Najibah Abu Bakar's Blog, page 6
September 23, 2014
Kenapa mereka masih enggan membaca?

Menurutnya, beliau telah mengusahakan supaya kelasnya memiliki sebuah perpustakaan mini yang sesuai. Bekas-bekas buku telah disusun elok menurut nama pengarang dan juga genre. Begitu juga dengan sudut bacaan, lengkap dengan ‘kerusi direktor’ yan...
September 20, 2014
10 yang membentuk diri
Selepas meneliti beberapa senarai 10 buku dalam Bucket Listpembaca tegarlain, saya bertanya diri, “Bagiku buku-buku yang mana, dan kenapa buku-buku itu? Apa yang membuat 10 itu begitu membekas hinggaperlu diabadikan dalam sebuah entri blog?”
Pertanyaan itu datang diam-diam kepadadiri berulangkali. Mendesak saya mencoret untuk ingatan peribadi, mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain pula.
Memang awalnyasaya berasa tak sampai akal memikirkan judul-judul itu. 10 dari beber...
September 15, 2014
Selaut ilmu hadis, tak terenangkan
Sedikit ilmu hadis yang sempat saya pelajari ketika sekolah menengah bukanlah apa-apa. Terlalu asas. Hanya sekadar tahu secara ringkas apa beza ilmu riwayah dan dirayah, serta tingkat kedudukan hadis seperti qudsi, sahih, hasan, mutawatir, maudu’, dha’if dan beberapa lagi.
Sewaktu di universiti pula, walaupun hadis selalu menyulami subjek-subjek berbahasa Arab yang dipelajari, itu semua jarangmenggerakkan diri menjejak matan hadis di dalam mana-mana kitab hadis. Begitu jauhnya terpisah diri se...
September 4, 2014
Sheikh Hamza Yusuf di IKIM.fm

“Hamza Yusuf 2010 Doha” by Omar Chatriwala from Doha, Qatar – Sheikh Hamza Yusuf. Licensed under CC BY 2.0 via Wikimedia Commons.
Sebuah buku yang sangat saya suka ditulis pengantarnya oleh Sheikh Hamza Yusuf. Manakala video Sheikh Hamza yang mula-mula sekali saya tonton adalah videonya yang mengupas mengenai How to Read a Book (tonton di YouTube). Beliau banyak mengambil ilmu Islam daripada ulama’ tanah Arab selepas menganut Islam pada usia 18 tahun. Pengasas Kolej Zaytuna ini merupakan salah...
September 2, 2014
Tuah Jebat di Petronas

Sejarah pembentukan syarikat cari gali minyak nasional, Petronas
Buku ini pertama kali saya sedar kewujudannya ketika menjawat jawatan kontrak di Perpustakaan Desa di kampung halaman.
Saya menyukainya pandang pertama (mungkin disebabkan tajuk yang menyentuh jati diri Melayu) dan tidak sia-sia apabila isinya meninggalkan kesan nostalgia mengenai organisasi perkasa ini, yang dianggap sebagai ‘lombong emas’ negara.
Turut mengandungi foto-foto terawal ketika Petronas mula dirintis, buku ini pasti me...
June 13, 2014
Program pengajian bidang kepustakawanan di Malaysia
Tidak lama dahulu ada pembaca yang bertanya bagaimana untuk mengambil kursus sains maklumat di Malaysia.
Berikut adalah beberapa pilihan program pengajian dalam bidang kepustakawanan:
Peringkat diploma dan sarjana muda
UiTM
USIM
UNISEL
Peringkat sarjana dan doktor falsafah
IIUM (sarjana – kerja kursus)
IIUM (sarjana – penyelidikan)
IIUM (doktor falsafah)
UM
UiTM
Boleh cuba berhubung sendiri dengan pihak yang berkenaan untuk maklumat lebih lanjut. Senarai di atas sekadar memberikan maklumat singkat untuk...
May 1, 2014
Gadis dari Kampungmu, Imam
Hari ini datang
sekumpulan santeri Tashkent
lalu berkata salah seorang
anak muda Uzbek kepadaku
dalam bahasa asing
yang terbata-bata
kenalkah kamu Imam Bukhari
dan Sahihnya yang masyhur?
Sesungguhnya darah kami ini
tumpah pada tanah yang sama.
Dan mereka mengunjuk aku
kepada seorang bakal sarjana
dari kampungmu Imam
lembut manis senyumnya
sudi memeluk pinggangku
untuk berfoto bersama
merakamkan sebuah ukhuwah
atas harum namamu!
April 29, 2014
Bagaimana Menjadi ‘Goodreads Author’

Profil Sasterawan Negara Shahnon Ahmad di Goodreads
Jadual di bawah menerangkan bagaimana pengarang boleh mendaftar sebagai ‘Goodreads Author’
Perkara
Penjelasan
Apa itu Goodreads?
Goodreads di http://www.goodreads.com adalah satu media sosial yang ada 'timeline' seperti Facebook tetapi berkisar mengenai buku-buku.
Kegunaan Goodreads
Di Goodreads anda boleh mendaftar diri sebagai ahli pembaca atau pengarang. Selepas mendaftar diri sebagai ahli anda boleh masukkan data buku yangpernah dibaca atau...
April 27, 2014
Buku ‘jarang’ dan buku ‘nadir’
Dari buku Modern Book Collecting(1980) oleh Robert A. Wilson:
Kedua-dua istilah ‘jarang’ (scarce) dan ‘nadir’ (rare) selalu digunakan saling berganti di dalam katalog penjual buku bekas. Bagaimanapun, kebanyakan pengumpul buku dan penjual sepakat bahawa ‘jarang’ bermakna sesebuah buku itu susah untuk ditemui dalam pasaran sekarangatau dalam waktu terdekat. Tetapi buku itu akan muncul juga dalam tempoh munasabah. Berbeza dengan buku ‘nadir’, ada kemungkinan ia sukar ditemui bertahun-tahun, mala...
Kapsul Nurani & buku mengenai buku
Kapsul Nurani? Ibarat ‘goreng pisang’ panas. Sesuai pada musim hujan. Buku mengenai buku. Buku yang menyarankan buku. 50 penulis berhimpun dalam satu. 50 inspirasisekali beli. Buku ini boleh dibeli daripada saya. Mohon hubungi saya melalui borang ini sekiranya berminat
Nur Dhuha seorang kenalan Facebook telah membeli buku ini daripada saya semalam, sambil bertanya lanjut:
Adakah buku lain tentang buku dan baca yang boleh [Najibah] cadangkan kepada saya?
Buku-buku lain yang saya sarankan kepad...