Najibah Abu Bakar's Blog, page 4
April 13, 2015
Ulasan: Cherita Jenaka iaitu Pa’ Kadok, Pa’ Pandir, Lebai Malang, Pa’ Belalang, Si-Lunchai
Saya memilih buku ini untuk dibaca kerana sebelum ini menghadamThe Tales of Nasrettin Hoca, jenaka klasik yang dikatakan berasal dari Asia Barat dan kemudian tersebar ke banyak pelusuk lain dunia.
Kisah2 Hoca/Hodja yang mempunyai sisi pengajaran sosial yang bermanfaat, membuat saya tertanya-tanya sejauh mana pula jenaka klasik Melayu memiliki kedalaman pengajaran sosialnya. Terdetik di fikiran kisah Pak Kadok yang menggadai kampung halaman.
Mencari di Google berdasarkan kata kunci Pak Kadok,...
March 30, 2015
Ulasan: Etika Belajar & Mengajar al-Qur’an (Imam al-Nawawi)
Judul: Etika Belajar & Mengajar al-Qur’an
Pengarang: Yahya bin Sharif al-Nawawi
Penerbit: Yamani Angle
Tahun terbit: 2010
Halaman: 148
———————————————
Buku ini penting sebagai alat muhasabah diri dan juga menetapkan kayu ukur yang harus kita pegang apabila berhubung dengan Al-Qur’an.
Imam al-Nawawi yang juga telah mengarang Arba’in al-Nawawiyah (Hadith 40: Terjemahan dan Sharahnya), mengarang buku ini untuk menyampaikan kepada kita adab-adab dengan Al-Qur’an – tidak kira sebagai pembaca, pel...
March 27, 2015
Ulasan: Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang (ZF Zamir)
Sejak 2013 memerhatikan dari jauh mengenai gerakan TFTN serta pengasasnya Zul Fikri Zamir, banyak pertanyaan yang muncul di benak fikiran mengenai sumber kebangkitan dan semangatnya. Siapakah tokoh di sebalik aktivisme pendidikan ini? Dan ke manakah matlamat akhir aktivisme ini? Akhirnya melalui buku ini serba-sedikit mendapat jawapan mengenai idea dan pemikiran yang diusung oleh beliau.
Anak kepada seorang guru perpustakaan, beliau terdedah kepada pelbagai bahan bacaan sejak usia muda. Kemu...
March 12, 2015
Matan, syarah, hasyiah, taqrir
Sebuah buku (kitab) biasanya terdiri daripada matan iaitu karangan asalnya, syarah yang menghuraikan matan itu dan hasyiah yang menghuraikan syarah. Kadangkala ada pula taqrir yang menghuraikan hasyiah.
(5 Tokoh Penggugat Zaman, Dato’ Paduka Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid)
March 3, 2015
Ulasan: Balai Maqamat (Mohd. Affandi Hassan)
JUDUL: Balai Maqamat
PENGARANG: Mohd. Affandi Hassan
PENERBIT: ITBM
TAHUN: 2014
Sukar mengulas sebuah buku yang berada di luar jangkauan pemikiran dan intelek kita. Buku ini adalah salah satu daripada buku-buku seperti itu, mencabar pembaca kerdil dan kekurangan ilmu seperti saya. Apatah lagi pada akhir sekali, pengarang sempat ‘mengusik’ pembacanya, bagi mereka yang ingin menilai buku ini, harus sanggup lebih dulu menilai dan menyelami Gagasan Persuratan Baru, buku yang sudah lebih lima tahun be...
February 25, 2015
Pustakawan, tukang pilih yang berprinsip

12 September 1825 – 11 August 1908
BUKAN. Sejak dulu pustakawan dan para pekerja perpustakaan bukan orang yang menjaga buku dari sudut fizikal semata-mata. Mereka bukan hanya tukang angkut buku dan kemas rak. Mereka bukan hanya tukang membaiki buku yang rosak. Mereka bukan hanya tukang pungut denda dan pandai berkata ‘shhh’ kepada pengunjung. Pada era teknologi, mereka bukan sekadar penghubung antara kemudahan IT dengan pengguna dan penyelesai masalah komputer dan pencetaknya.
Pustakawan harus...
Pustakawan, Tukang Pilih yang Berprinsip

12 September 1825 – 11 August 1908
BUKAN. Sejak dulu pustakawan dan para pekerja perpustakaan bukan orang yang menjaga buku dari sudut fizikal semata-mata. Mereka bukan hanya tukang angkut buku dan kemas rak. Mereka bukan hanya tukang membaiki buku yang rosak. Mereka bukan hanya tukang pungut denda dan pandai berkata ‘shhh’ kepada pengunjung. Pada era teknologi, mereka bukan sekadar penghubung antara kemudahan IT dengan pengguna dan penyelesai masalah komputer dan pencetaknya.
Pustakawan harus...
February 24, 2015
Ulasan: Anugerah Cinta Paling Glamor (Raihan Abu Bakar)
JUDUL: Anugerah Cinta Paling Glamour
PENGARANG: Raihan Abu Bakar
TAHUN: 2014
PENERBIT: 2 On Seven Management
Ketika meneliti judul novel ini kali pertama, anggapan yang bermain di fikiran adalah ‘satu lagi buku novel popular menghidangkan cinta’ sudah muncul di pasaran, memenuhi kehendak pembaca tanah air. Ternyata setelah membaca blurb, diikuti bab-bab awalnya, anggapan ini meleset sama sekali.
Novel ini membawa kisah yang belum disentuh oleh mana-mana pengarang, menghidangkan pertembungan dua ke...
November 2, 2014
Sumbangan abadi pengumpul buku
Cuba kita bayangkan, menurut Gabriel Zaid dalam bukunya So Many Books, secara kumulatif dari kurun ke-15 sehingga kini, dunia sudah menghasilkan 52 juta judul buku! Ini adalah judul yang direkodkan, bagaimana dengan yang diterbitkan secara kecil-kecilan, bebas, tidak terakam dalam sejarah?
Siapa yang punya kesanggupan untuk mengumpul keseluruhannya, walaupun dia seorang yang menyukai genre apapun, asal berbentuk buku? Apatah lagi dengan segala kesibukan dunia hari ini; terlalu berbeza dengan w...
October 29, 2014
Catatan Temu Santai 3 (TS3)

19 Oktober, Perpustakaan Raja Tun Uda, Temu Santai 3 anjuran Goodreads Malaysia
Pada hari Ahad 19 Oktober yang lepas, Goodreads Malaysia telah menganjurkan Temu Santai 3 di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Turut sudi menyerikan sesi kami, adalah YM Raja Ahmad Aminullah, penggiat seni dan budaya yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia.
Di bawah adalah sedikit catatan ringkas mengenai isi pertemuan dua jam tempoh hari.
Mengenai Maraton Membaca Malaysia
Maraton Membaca Malaysia adalah us...