Najibah Abu Bakar's Blog, page 5
October 25, 2014
Arabic Collections Online (ACO)
Sebuah koleksi digital dalam talian dinamakan Arabic Collections Online (ACO)telah dibiayaioleh New York University of Abu Dhabi, menghimpunkan karya klasik Islam yang berada di domain awam atau tidak lagi terikat dengan hak cipta.
ACO mensasarkan sehingga 15,000 bahan, hasil kerjasama dengan lima buah institusi besar seperti American University of Beirut, Columbia University, Cornell University, New York University dan Princeton University.
Bahan yang didigitkan terdiri daripada pelbagai bidan...
Membaca dan penyuburan akal budi
Membaca itu modalnya usia, kerana ia satu aktiviti yang menguras masa. Membaca itu juga menggunakan tenaga tiga kali ganda lebih besar dari keseluruhan tenaga yang digunakan oleh badan. Otak memainkan peranan penting ketika kita membaca dan inilah tenaga minimum yang diperlukan otak untuk berfungsi. Aktiviti membaca mempunyai nilai yang tinggi kerana modalnya juga tinggi.
Dengan tingginya nilai aktiviti membaca itu sendiri, pendekatan terbaik mengenai tujuan membaca bagi saya adalah saranan ya...
Membaca untuk menyuburkan akal budi
Membaca itu modalnya usia, kerana ia satu aktiviti yang menguras masa. Membaca itu juga menggunakan tenaga tiga kali ganda lebih besar dari keseluruhan tenaga yang digunakan oleh badan. Otak memainkan peranan penting ketika kita membaca dan inilah tenaga minimum yang diperlukan otak untuk berfungsi. Aktiviti membaca mempunyai nilai yang tinggi kerana modalnya juga tinggi.
Dengan tingginya nilai aktiviti membaca itu sendiri, pendekatan terbaik mengenai tujuan membaca bagi saya adalah saranan ya...
October 15, 2014
Cara memasukkan data buku dalam Goodreads
Saya selalu dihubungi ahli-ahli Goodreads Malaysia (GRMY) yang memohon bantuan untuk memasukkan data buku ke dalam sistem Goodreads. Benar, satu masa dulu saya memang ada membantu rakan-rakan memasukkan data buku di sana.
Tapi sayang sekali, sekarang masa saya agak terbatas untuk memasukkan data buku orang lain, kerana urusan keluarga (alhamdulillah, ahli dah bertambah) dan juga kerana saya turut membuat kerja-kerja freelance lain di rumah selepas waktu kerja hakiki (kena kejar deadline).
Jadi...
September 29, 2014
Tip membaca buku sukar
[Terjemahan dan adaptasi daripada buku How to Read a Book oleh Mortimer J. Adler]
Semua orang pasti pernah melalui pengalaman bertemu dengan bahan bacaan yang sukar, sehingga merangkak-rangkak membacanya, sedangkan apa yang diharapkan adalah sebuah pembacaanyang memberipencerahan.
Ramai yang menghadapi keadaan seperti ini membuat telahan bahawa mereka telah tersilap memilih buku. Sebenarnya bukan demikian.
Puncanya, kita terlalu mengharap sesuatu yang mustahildicapai ketika kali pertama membaca...
Tip membaca buku yang sukar
[Terjemahan dan adaptasi daripada buku How to Read a Book oleh Mortimer J. Adler]
Semua orang pasti pernah melalui pengalaman bertemu dengan bahan bacaan yang sukar, sehingga merangkak-rangkak membacanya, sedangkan apa yang diharapkan adalah sebuah pembacaanyang memberipencerahan.
Ramai yang menghadapi keadaan seperti ini membuat telahan bahawa mereka telah tersilap memilih buku. Sebenarnya bukanlah kita yang tersilap memilih buku.
Hakikatnya, kita terlalu mengharap sesuatu yang mustahildicapai...
September 27, 2014
“…Beginilah peradaban seluruh manusia….”
Kenapa Umat Islam Tertinggal, halaman 144:
“…Buku-buku yang diterjemahkan peradaban Islam, ilmu-ilmu yang diambilnya dari peradaban lain, dan hal-hal bagus lain yang dimanfaatnya dalam setiap penaklukan, serta cara-cara tepat yang dipetiknya dari peradaban lain, itu semua sama sekali tidak mencoreng kepeloporan Islam (tidak menafikan kedudukan peradaban Islam sebagai pelopor) dan bangsa Arab. Sebab, memang beginilah peradaban seluruh manusia; saling mengadopsi (mengambil manfaat) satu sama lai...
September 26, 2014
Ulasan buku: Bagaimana menulis dan menterjemah buku agama?
Judul: Bagaimana menulis dan menterjemah buku-buku keIslaman bermutu?
Pengarang: ‘Abdullah al-Qari b. Hj Salleh (AQHAS)
Penerbit: Al-Hidayah
Tahun: 2006
Harga: RM25.00
‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh bukanlah nama yang asing dalam dunia kepengarangan Islam tanah air. Beliau yang berasal daripada Kelantan, sempat berkelana menadah ilmu daripada kalangan orang alim diKelantan termasuk anak-anak murid Tok Kenali.
Beliau pernah mendapat anugerah tokoh Ma’ al-Hijrah Kebangsaan serta dinobatkan sebagai t...
September 24, 2014
Kebun kata
Malam ini mata
terpesona di kebun kata
rama-rama kertas
hinggap bawa hikmah
memujuk akal berhias.
Kebun kata
bertaburan dibadai masa
kurapikan semula penuh cinta
mengenang setiap musim semi
yang pernah harum di sana.
Panjat-memanjat sulur-paut
benih baru bertumbuh pucuk
makin subur kebun kataku
indah merimbun meneduhkan aku.
September 23, 2014
Beli buku dalam talian: data bibliografi penting
Saya pembeli buku tegar, hatta dalam talian – tidak kira yang dijual kedai buku maya mahupun orang perseorangan (peniaga sambilan). Saya rasa kebanyakan pembaca serius pasti pernah membeli buku dalam talian juga.
Adakalanya apabila memilih buku dalam talian, saya mengalami masalah membuat penilaian tepat mengenai sesebuah buku yang hendak dibeli. Ini kerana ramai pekedai buku dalam talian tidak menyediakan data bibliografi yang lengkap di laman kedai maya masing-masing. Imej kulit tidak memada...