Najibah Abu Bakar's Blog
May 21, 2020
دانلود اپلیکیشن چیتا بت
اپلیکیشن چیتا بت
اپلیکیشن چیتا بت
اپلیکیشن چیتا بت,اپلیکیشن برنامه چیتا بت,اپلیکیشن شرط بندی چیتا بت,اپلیکیشن سایت چیتا بت بدون فیلتر,نصب اپلیکیشن چیتا بت ,چیتا بت,سایت پیش بینی چیتا بت,دانلود بازی چیتا بت
اپلیکیشن برنامه چیتا بت
اولین شاخه اپلیکیشن شرط بندی چیتا بت را می توان پیش بینی فوتبال دانست که با بالاترین کیفیت ممکن ارائه شده است. مسئولین سایت بهترین اسکریپت های ممکن را برای این سایت در نظر گرفته اند و شما می توانید از کیفیت و سرعت این اسکریپت ها بهترین بازده...
August 16, 2019
July 30, 2019
3 Coretan Rabu

Sedang Baca
Minggu ini sempat membaca bab pertama buku David McCullough The Greater Journey: Americans in Paris. Buku ini dibeli di jualan Big Bad Wolf.
Bab pertama dalam bukunya menceritakan tentang ‘watak’ pengembara utama dalam catatan sejarah ini. Mereka terdiri antaranya daripada pelukis, penulis, bekas guru, anak kepada para doktor dan anak seorang paderi. Usia mereka berbeza-beza, tetapi setiap mereka punya suatu impian: melihat Paris! Pengarang menceritakan faktor daya tarikan Paris...
July 29, 2019
3 Coretan Isnin

Sedang Baca
Sudah lama beli buku Mantik dan Etnomantik karya Prof Dr Mat Rofa Ismail ini, tetapi masih di bab pertama. Siapa sangka buku yang selama ini diam di rak tidak sukar pun untuk dibaca, malah mudah dimesrai seperti Tafsir Al-Azhar walaupun membawa inti yang berat.
Sempat membuat diri tertawa. Kenapa perlu belajar mantik yang benar? Supaya tidak tersalah mantik seperti syaitan yang menyangka dirinya lebih hebat daripada Adam a.s. kerana dia daripada api, manakala Adam a.s. daripada t...
3 Nota Isnin

Sedang Baca
Sudah lama beli buku Mantik dan Etnomantik karya Prof Dr Mat Rofa Ismail ini, tetapi masih di bab pertama. Siapa sangka buku yang selama ini diam di rak tidak berat pun untuk dibaca, mudah dimesrai seperti Tafsir Al-Azhar walaupun membawa inti yang berat.
Sempat membuat diri tertawa. Kenapa perlu belajar mantik yang benar? Supaya tidak tersalah mantik seperti syaitan yang menyangka dirinya lebih hebat daripada Adam a.s. kerana dia daripada api, manakala Adam a.s. daripada tanah....
July 23, 2019
Daripada Pustakawan kepada Penterjemah

Perjalanan sebagai pustakawan sehingga menjadi penterjemah membuka dunia saya yang sempit, menjadikannya lebih kaya secara intelektual.
Ada beberapa hal yang dikongsi dunia kepustakawanan dan penterjemahan yang membuat hidup tidak jemu:
1. Sentiasa ada hal yang baharu untuk dipelajari – limpahannya luas dan alirannya tak berhenti-henti. Membuat diri berasa sangat kerdil dan kemahabesaran Tuhan dirasai. Dikelilingi buku di perpustakaan, dengan dikelilingi dokumen untuk diterjemah, perasaanny...
July 21, 2019
Kenapakah memilih bidang penterjemahan?

Lama betul tidak bercerita di sini. Terlalu lama, sehingga saya kembali menulis kali ini bukan lagi sebagai seorang pustakawan, tetapi seorang penterjemah. Rasa kelakar pun ada. Masih ingat ikrar hidup saya mahu berbakti sebagai seorang pustakawan. Sungguhlah rencana kita terlalu naif. Allah sahajalah sebaik-baik Perencana.
Kenapakah tiba-tiba memilih untuk bertukar bidang?
Kalau dikatakan 100% kehendak hati, tentulah berdusta namanya. Namun banyak hal yang terjadi, beransur-ansur mengajak d...
February 19, 2019
Tentang Buku I
Setiap buku yang dihasilkan, mampu bercerita tentang pembuatnya dari segenap aspek, bermula daripada pengarang, penyunting, pembaca pruf, pereka letak, penerbit malah pembacanya.
Oleh itu, buku itu sendiri merupakan artifak budaya yang penting, melahirkan suatu bidang rentas disiplin yang dikenali sebagai ‘sejarah buku’.
Bidang sejarah buku sangat mengujakan kerana ia mengumpulkan pakar dan amatur daripada berbagai-bagai kerjaya dan disiplin, semuanya untuk memperkatakan mengenai buku dalam...
September 6, 2018
Mengunjungi Tokoh Buku: Shaharom TM Sulaiman

Foto pertemuan pertama dengan tokoh buku Shaharom TM Sulaiman di UiTM Puncak Perdana.
Prof. Shaharom terlibat menulis kata pengantar untuk buku Kertas-kertas yang Merubah Fikir terbitan Jejak Tarbiah. Buku ini dilancarkan pada bulan April lepas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Sejak beberapa lama saya telah tertangguh mengunjunginya selepas kunjungan pertama pada akhir Mac 2018 yang lepas kerana alahan mengandung. Tujuan mengunjunginya kali ini adalah untuk menyampaikan naskhah...December 19, 2016
Ibn al-Muqaffa’ dan Khudai-Nama
Ibn al-Muqaffa’ adalah seorang pengarang prosa terkenal yang hidup pada zaman kesultanan Umayyah dan Abbasiyah. Beliau dilahirkan di Firuzabad, Fars, Iran dan awalnya menganut agama Zoroaster.
Bapanya mempunyai darah Parsi dan pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan Bani Umayyah di bawah seliaan al-Hajjaj. Namun atas kesalahan penyalahgunaan harta yang diamanahkan kepadanya, bapanya telah dihukum potong tangan. Setelah itu dia digelar al-Muqaffa’.
Ibn al-Muqaffa’ memeluk Islam ketika umurnya...