Najibah Abu Bakar's Blog, page 3
April 3, 2016
Rezeki Puisi April 2016
Puisi ini adalah hasil persinggahan ketika menelaah sejarah Perpustakaan Iskandariah yang diabadikan dalam pelbagai media. Dari pencarian itu, saya bertemu dengan filem Agora yang menyorot kehidupan Hypatia di ambang berkembangnya Kristianiti di dunia timur.
Pertembungan agama Kristian dan sains Greek menyebabkan Hypatia, seorang sarjana wanita Greek yang terkenal, terhukum akibat kekeliruan besar terhadap sains ‘anutannya’.
Persoalannya, perlukah sejarah manusia melalui detik demikian; dikot...
April 2, 2016
Memulihkan taraf pustakawan
Artikel inilah yang mengubah seluruh perjalanan hidup saya dan menanamkan sebuah cita-cita yang dianggap mundur ke belakang. Artikel yang saya sangka hilang ini, ditemui semula dalam kotak lama yang berisi nota-nota zaman sarjana ketika saya pulang bercuti pada akhir tahun 2015. Ia bertarikh 10 November 1994, ditulis oleh Prof Shaharom TM Sulaiman.
Sebuah artikel mengenai pustakawan….
Artikel inilah yang mengubah seluruh perjalanan hidup saya dan menanamkan sebuah cita-cita yang dianggap mundur ke belakang. Artikel yang saya sangka hilang ini, ditemui semula dalam kotak lama yang berisi nota-nota zaman sarjana ketika saya pulang bercuti pada akhir tahun 2015. Ia bertarikh 10 November 1994, ditulis oleh Prof Shaharom TM Sulaiman.
March 28, 2016
“Novel ni untuk 18 tahun ke atas saja.”
“Ummi, boleh tak kita ke MPH? Fatimah nak beli buku untuk Kak Syira.”
Sudah seminggu anak perempuan saya Fatimah beria-ia mahu menghadiahi kakak sepupunya sebuah buku sempena hari lahir.
Akhirnya Ahad lepas kami singgah di sebuah kedai buku di Seksyen 7 Shah Alam. Tentulah selepas ibunya sudah singgah ke syurga para wanita di sekitar itu (klu: wanita dan busana tak dapat dipisahkan).
“Fatimah nak beli buku apa?” Tanya saya.
“Buku **** yang paling seram.”
Oh! Hati saya terdetik. Saya berkira-k...
March 26, 2016
Advencer Pembacaan Digital
Seorang kenalan buku di Facebookpada 10 Mac baru-baruini menghangatkan kembali semangat saya untuk membaca secara digital. Dia telah memperkenalkan saya dengan Calibre.
Sebelum ini saya pernah mencuba Calibre; waktu ituCalibre masih dalam peringkatawalpembangunannya. Saya pun sudah lupa tahun berapa. Barangkali sebelum 2010 lagi. InterfaceCalibre ketika itu saya ingat tidak sebaik sekarangdan tidak ada cara yang mudah untuk memasukkan kaver buku melainkan saya perlu belajar XML.
Sebelum menge...
November 23, 2015
100 Pengulas Terbaik Malaysia di Goodreads
Menurut Profesor Ajmal, bekas dekan ISTAC/ISLAH, tujuan utama ulasan buku ditulis adalah untuk menarik minat pembaca kepada buku-buku yang diulas itu.
Seorang pengulas buku ada peranan penting dalam rantaian penjualan buku dan penyampaian idea dalam masyarakat. Ia bertindak sebagai orang tengah untuk memperkenalkan buku-buku yang mengandungi isi dan idea yang baik kepada pembaca.
Setiap pengulas mempunyai potensi mempengaruhi orang lain supaya berkenalan dengan buku, pengarang, genre, siri da...
September 20, 2015
Amanat terpenting Balai Maqamat Affandi Hassan
[Artikel ini telah tersiar di Selangorkini 11-18 September 2015; teks yang disertakan di sini adalah naskhah asal sebelum disunting oleh pihak editor Selangorkini]
USAHA Affandi Hassan mengadaptasikan bentuk maqamah daripada kesusasteraan Arab-Islam Andalusia sebagai alat untuk membawa ke hadapan Gagasan Persuratan Baru, boleh dianggap sebagai satu percubaan yang tulen dan idea yang segar. Meskipun maqamah sememangnya dianggap antara fenomena kesusasteraan Arab klasik yang paling popular di l...
August 7, 2015
Rumah Berhala Diana, Ephesus
Laale menceritakan dalam karyanya yang berjudul Ephesus (Ephesos), Rumah Berhala Diana di Ephesus pada zaman Greek dan Rom (kini di wilayah Anatolia, Turki) menyimpan pelbagai karya seni dan buku-buku yang bernilai; selain menjadi tempat keagamaan, ia turut berfungsi sebagai arkib atau perpustakaan. Menurut Tatian dari Assyria (120-180 M), ahli falsafah berbangsa Ephesus bernama Heraclitus (535-475 SM) telah menyerahkan karyanya On Nature ke rumah berhala ini, di mana Euripides (480-406 SM) m...
July 29, 2015
Ketinggian nilai perpustakaan dalam tamadun Islam
Dalam buku Ahmad Shalaby berjudul History of Muslim Education, beliau turut membincangkan peranan penting perpustakaan. Pada masa itu, perpustakaan bukan sekadar gedung menyimpan buku, tetapi juga memegang kendali sebagai pusat pengajian dalam kapasitinya yang tersendiri.
Akademi Islam yang pertama iaitu Bayt al-Hikmah, diasaskan beserta dengan koleksi buku yang dimiliki oleh Harun al-Rashid. Sehingga hari ini, para sarjana pendidikan Islam saling berbeza pendapat sama ada ia patut dikelaskan...
Ketinggian Nilai Perpustakaan dalam Tamadun Islam