Azmah Nordin's Blog, page 6

April 1, 2012

10 Petua Utk Siapkan Novel

(tulisan ini ditulis khas untuk kita kongsi bersama, terutama sekali utk Ummu Anas, peserta bengkel yg membangkitkan persoalan ttg perkara ini kepada saya sebentar tadi :))



1. Tentukan masa utk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tnggjwb bila masa solat tiba. Begitulah tnggjwb memenuhi waktu menulis. Masa yg sesuai yg dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (mcm yg saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yg anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dgn kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan utk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sgt cinta...?







2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dgn sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.





3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) ttp sama.



4. Jgn tergugat melihat skrin computer anda yg kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir ttg salah ejaan, salah tata bahasa dll lain2, krn itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yg penting ceritanya dulu, biar mengalir mcm sungai. Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dgn imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.



5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yg anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dlm tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jgn ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.





6. Jgn berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ked lm jiwa watak-watak utama yg menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak2 tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak2 utama anda dgn mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dlm proses penciptaan kreatif anda nanti.



7. Berkaryalah tentang sesuatu yg anda suka, ini utk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.



8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat2 anda. Mana yg tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda.





9.Jangan ragu2 meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku2 secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dgn si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan? Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?



10. Hanya anda yg boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yg memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yg paling baik, adalah dgn menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir k



http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2012 20:46

February 7, 2012

Kenapa Novelis/Cerpenis Perlu Baca Puisi?

Kenapa? Tentu anda akan tanya. Sebenarnya, bukan hanya novelis, biar dlm genre apa sekalipun, setiap penulis perlu baca puisi utk memperbaiki kemahiran penulisan mereka. Prinsip puisi boleh digunakan dalam semua bentuk penulisan yg anda laksanakan.



Jom kita lihat apa kelebihan yg ada pada puisi, jika anda membaca-hayatinya;







1. Puisi mengajar menggunakan perkataan seekonomi mungkin;



dlm setiap puisi, tidak satu pun perkataan itu `membazir'. Para penyair setengah mati (yg saya kenal la k) memerah otak utk mendapatkan perkataan yg paling tepat dan berkesan utk meluahkan pendapat, ilham, mesej dan perasaan. dan kita pula, sebagai pembacanya, bebas menafsirkan pengertian puisi, menurut pandangan kita masing-masing tergantung darimana sudut pandangnya.



2. Puisi menggunakan imaginasi yg sgt kuat;



puisi adalah epitom - keunggulan `tunjuk dan lihat'. Dalam puisi, anda tidak mempunyai byk ruang untuk menceritakan setiap apa yg berlaku. Para penyair menciptakan gambaran yg begitu kukuh dan betul2 berupaya memberikan kilasan subjeknya utk pembacanya



3. Puisi adalah inspirasi;



sama ada suka ataupun tidak, puisi adalah refleksi atas peristiwa yang terjadi. dan alatnya adalah motivasi dan kepekaan dari seorang penyair. Sebuah karya yg dijalin dgn sebegitu rupa indahnya, puisi mengandungi emosi yg kuat dan lazimnya boleh kekal zaman berzaman. Kadangkala, sebuah puisi yang mungkin hanya sebaris dua kata-kata bermakna, sudah boleh menggerakkan keinginan anda untuk berkarya. Tindak balas emosi kita, setiap kali selepas membaca sesebuah puisi, boleh membuatkan cakrawala pemikiran kita terbuka hingga tercetusnya idea/ilham kita sendiri terhadap subjek yg diangkat oleh penyair tersebut.



Dengan perkataan lain, puisi adalah ibaratkan cahaya rembulan yang keluar dari sebalik kepulan awan hitam, di dalam kebutaan mata hati :)



Sumbernya?



Selain drpd buku2 antologi puisi yg byk boleh kita perolehi di DBP dan di toko2 buku yg lain, kita juga boleh memperolehi puisi2 yg baik lewat internet, di laman2 web sastera Malaysia mahupun di Indonesia. Jika anda boleh berbahasa Inggeris, ia adalah satu bonus. byk laman web yg menawarkan puisi harian yg boleh anda langgan terus ke inbox emel anda.



Namun, andainya anda benar2 tak menggemari puisi, kenapa anda tak lirik2 lagu puisi, yg telah memberikan byk inspirasi kepda saya, semasa mula2 belajar menulis dahulu :)



(sdr.2 sprti karya yg lain di blog ini, karya ini juga sudah terbit; hak cipta terpelihara k)



http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 07, 2012 19:36

December 31, 2011

TAWARAN ISTIMEWA TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum warahmatullah.disediakan oleh: Noraini Eslah (pengurus blog sastera)
Istimewa buat semua pengunjung blog sastera!Sesiapa yang berminat dan berhajat mengikuti bimbingan sastera; kelas cerpen dan novel,sila beri maklumat pribadi; nama penuh, umur dan pekerjaan/pelajar. Kemudian akan kita rundingkan kelas bimbingan yang sesuai untuk anda mula mengikuti bimbingan sifu az. Insya-Allah, ketekunan anda mengikuti bimbingan sastera sifu Azmah Nordin akan memungkinkan anda menghasilkan karya sastera bermutu dan bernilai murni.
Yakinlah!Dengan mengikuti kelas bimbingan dua buah cerpen serta sebuah novel secara percuma di blog sastera ini, oleh sifu Azmah Nordin; anda mampu menghasilkan karya sastera bermutu yang layak dipertandingkan. Yakinlah dan mulai sekarang...!
**Turunkan nama anda di bawah ini:.......http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2011 23:44

Checklist Ciri-ciri Karya Sastera (1 & 2)

Disediakan oleh: Ummu Anas

Khusus buat semua peserta kelas-kelas bimbingan blog sastera yang dimuliakan,

Setelah berbincang dengan sifu Az, sempena bermulanya tahun baru 2011, berikut saya bentangkan checklist yang wajar bagi setiap karya yang ingin kita garap dan beroleh bimbingan di blog sastera ini, antaranya:

1. Mesti menerapkan nilai murni.




2. Mengandungi nilai perjuangan.

3. Memenuhi hak-hak kemanusiaan.

4. Menepati akhlak mulia

5. Menjaga norma-norma kesejahteraan masyarakat.

6. Melindungi etika sosial.

7. Memelihara hak dan maruah wanita.**( mohon sifu beri sentuhan pengalaman berkarya berkaitan isu ini).

8. Menjauhi ciri-ciri salahlaku sosial dan keruntuhan moral.

9. Membudayakan ilmu bagi mengangkat martabat bangsa.


Kesemua ciri-ciri tersebut saya paparkan dengan tujuan setiap karya yang kita garap akan selari dan seiring dengan kehendak kebanyakan penerbit2 yg akan kita kemukakan karya2 kita kelak. Karya yang menepati ciri-ciri begitu akan mudah diterima oleh mana-mana jua penerbit kerana sifatnya yang sempurna baik dan berkualiti. Selebihnya ia memang bercirikan karya sastera bermutu tinggi.

Kebelakangan ini hampir semua penerbit tidak mahu menerima karya2 yg mengandungi unsur2 negatif yang memaparkan kegagalan hidup, kehancuran rumah tangga, pergaduhan dan keganasan, jenayah berat dan keruntuhan moral. Hal sedemikian cuba dielakan kerana kebanyakan pendapat pakar-pakar saikologi dan motivasi menyarankan, masyarakat yang baik terbina dari didikan dan pendedahan yang juga baik. Jika unsur2 yang tidak baik banyak diketengahkan, maka akan membentuk kebiasaan tidak baik dalam masyarakat. Justru itu peranan media massa dan media cetak bertanggungjawab menyediakan sebanyak mungkin bahan-bahan berunsur positif. Di sinilah bermulanya peranan kita selaku penulis, khasnya karyawan sastera. Mari kita mulakan langkah fikir, tulis dan persembahkan kepada masyarakat dari hasil pena kita yang mendidik insan sejagat. Ayuh kita mulakan!

( Insya-Allah, dalam kelapangan yg lain saya akan sambung lagi bicara berkaitan isu-isu ini.)



Checklist Ciri-ciri Karya Sastera (2)

disediakan oleh: Ummu Anas

Salam sejahtera semua peserta blog sastera yg budiman. Lanjutan dari perbincangan saya dengan sifu az, senarai semak yang terdahulu saya sambung lagi di sini.

Pertamanya saya mengingatkan diri saya kemudian mengajak peserta lain menumpukan perhatian kita kepada cara sifu membimbing kita berdasarkan pengalaman lebih 20 thn beliau dalam penulisan kreatif(sastera). Andainya kita patuh dan tekun mengikuti bimbingan beliau, kita akan pergi jauh ke hadapan dalam bidang penulisan kreatif. Yakinlah!

Berikut beberapa senarai semak yang sangat penting diambil perhatian:

1. Menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.


- dlm hal ini cuba sepenuhnya menggunakan perkataan2 dari perbendaharaan BM, bukan dri bahasa2 lain samaada English atau Indonesia. Di sinilah letaknya tanggungjawab kita memartabatkan BM. Sedia kita maklum sebagai penulis, secara langsung bahasa menggambarkan pribadi kita... Fikir2kanlah hal ini dengan mendalam.

2. Teliti dan bijak memetik dan mengutip ilham.

- sebagai penulis, kita perlu peka dgn perkembangan sosial terkini dan menyedari isu-isu yang menjadi tumpuan. Di sini sebagai penulis yg berwiba, kita perlu bijak bertindak memurnikan halatuju kehidupan masyarakat. Bukannya tambah mengeruhkan keadaan..., mari sama-sama kita fikirkan persoalan berkaitan hal ini.

3. Mengangkat isu perjuangan hidup dlm karya kita.

- misalnya dari susah jadi senang, dari jahat menjadi baik, dari jahil kepada bijak berilmu. Elakkan pengkaryaan yang hanya berupa satu catatan dan keluhan. Mesti angkat watak yang gigih bangun membina kecemerlangan hidup.

4. Menghindari eksploitasi ke atas wanita.

- isu ini saya kira hangat, sbb saban hari jika kita teliti, nilai2 kemuliaan wanita sering diperlekehkan...,sangat wajar kita saling berbincang serius dlm hal ini terutama di kalangan penulis lelaki n wanita, supaya kita berhati2 sepanjang mengangkat isu wanita dlm karya. Elakkan dari menindas wanita dalam karya kita...

5. Memberi tumpuan pada isu kerukunan keluarga dan keharmonian masyarakat supaya saling berkait antara satu sama lain.

- dlm hal ini, memandangkan kebanyakan punca keruntuhan moral masyarakat datang dari rumahtangga yg bermasaalah, ada baiknya kita ketengahkan penyelesaiannya dgn mencadangkan model institiusi keluarga yg teguh dan berjaya. Supaya nanti seluruh anggota masyarakat dapat membangun keluarga yang bahagia, sekaligus beransur2 menuju keharmonian sejagat.

Bagi entri checklist kali ini, saya tumpukan 5 isu ini dahulu untuk sama-sama kita upas dan bahas. Agar nanti proses pengkaryaan kita akan lebih sempurna.

***Saya ingatkan sekali lagi berkaitan isu Bahasa Malaysia, sedapatnya cuba terjemahkan dahulu perkataan asing yang kita serapkan ke dalam karya. Jika terpaksa menggunakan istilah
dari bahasa asalnya, sendengkan dan terangkan maksudnya dlm BM.

Dengan ini saya persilakan sesiapa saja dari peserta blog sastera utk memberi pandangan.
**Dipersilakan...

http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2011 13:09

December 13, 2011

Penulis Muda; Cabaran & Idealisma


Seringkali saya terdengar pelbagai pertanyaan dan keluhan penulis muda, antaranya;  (a)  bagaimanakan mahu mencari kekuatan untuk menyiapkan sesebuah karya? (b) Kenapa karya mereka yang digarap dengan begitu sempurna dari segi teknik penulisan dan gaya bahasa, ditolak bulat-bulat, sedangkan karya penulis mampan terus diburu oleh penerbit tersebut?   Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda? 
    Agak lama saya memikirkan bagaimana hendak menjawab soalan penulis-penulis muda ini.   Sekali gus memikirkan apakah saya  perlu  turut berpolemik tentang posisi dan takrif penulis muda itu lagi ataupun tidak.  Kerana semua orang sudah tahu bahawa penulis muda itu tidak mengira usia tetapi lebih fokus kepada usia kepengarangannya dalam bidang kreatif atau penulisan. Kalau seorang penulis itu sudah menulis dan menghasilkan beberapa buku contohnya, kita tidak boleh melabelkan beliau sebagai penulis muda walaupun usianya muda belia, tapi umur kepengarangannya sudah semakin matang.   Dalam erti kata yang lain, penulis yang berusia muda ini, jika dalam penghasilan buku, sudah ditakdirkan lebih dahulu `makan garam’ daripada penulis yang berusia lanjut tetap baru mulai berjinak-jinak dengan dunia kepenulisan ini. Biar dalam usia apa pun,  menghasilkan karya kreatif bukan suatu kerja yang mudah, itu yang pasti.
       Saya lalu kembali kepada persoalan  (a) daripada  penulis-penulis muda tadi.  Sebagai jawapan,   kiranya elok saya perturunkan semula 10 petuanya di sini;
1.    Tentukan masa untuk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tanggungjawab apabila masa solat tiba. Begitulah tanggungjawab memenuhi waktu menulis. Masa yang sesuai yang dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (macam yang saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yang anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dengan kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan untuk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sangat-sangat cinta...?
2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dengan sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.
3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) tetap sama.
4. Jangan tergugat melihat skrin computer anda yang kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir tentang salah ejaan, salah tata bahasa dll lain-lain, kerana itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yang penting ceritanya dulu, biar mengalir macam sungai.   Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/memilukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dengan imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.  Gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan cerita, untuk memulakannya.
5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yang anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dalam tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jangan ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.

6. Jangan berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ke dalam jiwa watak-watak utama yang menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak-watak tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak-watak  utama anda dengan mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dalam proses penciptaan kreatif anda nanti.

7. Berkaryalah tentang sesuatu yang anda suka, ini untuk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.
8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat-ayat anda. Mana yang tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda..
9.Jangan ragu-ragu meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku-ragu secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dengan si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan?  Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?
10. Hanya anda yang boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yang memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yang paling baik, adalah dengan menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir.
Untuk persoalan b);  Kenapakah karya yang setengah mati mereka garap dengan begitu sempurna teknik dan gaya penulisannya, ditolak bulat-bulat oleh pihak penerbitan, sebaik siap dinilai?
      Sekali lagi saya termenung panjang memikirkannya. Ya, kenapa karya yang ditulis  proses penciptaannya, boleh ditolak mentah-mentah oleh pihak penerbit?  Segera saya kembali ke zaman silam, 20 tahun yang lalu, semasa saya masih di tahap penulis muda..   Waktu itu, sama macam penulis muda sekarang,  saya juga selalu penuh dengan gelojak,  selalu saja andrenalin terpacu bukan alang kepalang, semangat juga meluap-luap untuk bangkit dan memperjuangkan nasib mereka yang saya anggap teraniaya oleh pihak-pihak tertentu - lewat penulisan.       Apa yang buat semangat juang saya hidup  dengan sebegitu rupa, sebenarnya? Sekelip lintasan menjelma.  Segera saya ingat;   Perjuangan!  Dan setiap perjuangan itu tentulah berpaksikan kepada sebuah idealisme atau sebuah cita-cita besar pengarangnya!    Bukankah itu yang dilakukan oleh setiap pengarang-pengarang Berjaya dan besar, selama ini?   Yang pasti, sama ada sedar mahupun tidak,   dalam kehidupan setiap insan – biar dalam bidang apa pun yang diceburi - mempunyai idealism atau sebuah cita-cita besar yang perlu dicapai sebagai tujuan hidupnya.  Berniaga,  berpolitik,  hidup bermasyarakat, berbangsa yang berbudaya  dan malah berkarya juga harus memiliki semangat idealisme yang jitu.   Ini kerana mereka tidak sudi  kewujudan mereka yang hanya sekali di dunia ini hanya sekadar pak turut semata-mata.   Ini soal  energi positif yang kita gelar idealism. Ini  soal harga diri..        Hanya dengan dengan idealisme, seseorang pengarang akan memiliki prinsip hidup dan keteguhan diri untuk menegakkan idealisme itu dalam kehidupan sehari-hari. Hidup (yang dipersembahkan lewat karya)  tanpa idealisme bak  lauk pauk tanpa garam, tawar, dan hambar rasanya.  Seorang pengarang tanpa idealism yang disalurkan lewat karyanya, ibaratkan sebuah  mesin yang bergerak setiap saat, hanya untuk melaksanakan tugasan harian secara rutin – tanpa sebarang makna, sama ada kepada dirinya ataupun kepada masyarakat lingkungan, bangsa mahupun negara.
       Di jiwa para pengarang yang mempunyai idealisme, lazimnya  membuak-buak dengan  semangat untuk melakukan perubahan dan pembaharuan lewat karya mereka.  Berbeza dengan pengarang yang biasa-biasa,  pengarang idealis lazimnya adalah seorang yang  gigih mengasah bakat tanpa henti,  bercita-cita besar dan tinggi, rajin belajar dan terus belajar memperbaiki kelemahan diri dan  memperkukuhkan keupayaan dirinya dalam cara mempersembahkan perjuangan lewat karya penulisan kreatifnya,  dengan agar mesej yang mengandung harapan untuk melihat pembaharuan dan perubahan,  sampai kepada khalayak pembaca.   (mungkin kita boleh bicara tentang idealisme ini, dengan lebih terperinci,  dalam lain artikel)
Jadi, kenapa karya yang begitu baik dari sudut proses penciptaannya dan sempurna pula dari sudut idealismenya, juga ditolak mentah-mentah oleh penerbit alas an tidak boleh jual?  Barangkali,  sebagai pengarang,  kita perlu melihat dari sudut penerbit juga.  Perlu sedar sepenuhnya bahawa buku adalah industri, bukan sekadar romantisme menuangkan seluruh gelojak perasaan dan buah fikiran yang meledak-ledak itu,  ke dalam karya kita.  Dan sebagai sebuah industri, sudah tentu pihak penerbit akan berfikir dari sudut perniagaan; bukan semata-mata dari segi pulangan keuntungan yang berlipat ganda, tapi dari sudut perundangan andainya karya kita yang mereka terbitkan kelak,  menyentuh isu-isu sensitive dan menerbitkan kemarahan pihak-pihak tertentu. 
Wah,   apakah itu bermakna seorang pengarang perlu korbankan idealism,   semata-mata untuk melihat karya kita terbit di penerbitan tersebut?  Sama sekali tidak.   Pengarang tersebut harus berpegang teguh pada idealismenya.   Cuma cara mempersembahkan mesej kita itu saja, yang perlu diperhalusi.  Bukankah penulis penulis karya kreatif sastera?  Berkreatiflah secara sastera.  Banyak cara untuk mengatasinya,  misalnya, dengan menulis cerpen atau novel satira.  Secara tidak langsung,  tiada seorang pun boleh menuduh atau mendakwa kononnya kita  `menyerang’  peribadi sesiapa ingin kita `lawan.. Siapa makan cili, dia terasa pedas sendiri.  Andainya dibaca oleh peribadi berkenaan pun,  dia tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarang ataupun penerbit yang menerbitkan karyanya, kerana ia  sama sekali tidak menyebut tentang nama peribadi, jawatan, jabatan, kaum, negeri asal peribadi berkenaan dengan jelas.  Malah, jika dia cuba mengambil tindakan undang-undang pun,  bermakna dia sengaja membuka pekung di dadanya sendiri – sebab bukan semua orang tahu akan perbuatan jeliknya bukan?
Dan untuk soalan (c) (d) Kenapa penulis mampan lebih mudah dapat laluan karyanya diterbitkan, dibandingkan dengan karya-karya penulis muda?   Jawapannya mudah saja;   sebelum penulis mampan itu menjadi penulis mampan, dia terlebih dahulu melalui detik-detik getir yang dilalui oleh setiap penulis muda sekarang.   Dia belajar daripada kesilapan, dan berusaha memperbaiki diri dalam proses penciptaannya agar memenuhi piawaian pihak penerbit.  Dia belajar memahami bahawa antara pihak penerbitan (terutama sekali para editor) hubungannya perlu seperti aur dengan tebing,  saling memerlukan.  Dia belajar bahawa tiada sesuatu pun yang mudah diperolehi -  berbaloi atau  tahan lama.  Kerja keras, termasuk memaksa diri untuk terus berkarya terus adalah antara ramuan untuk menjadi seorang pengarang mampan.
      Jadi,   sekarang tiada lagi cabaran maha berat lagi menggerunkan penulis muda, bukan?  Pasti anda pernah mendengar pepatah dalam bahasaInggeris; `publish or perish’, `publish’, bermakna karya anda diterbitkan oleh pelbagai pihak media massa untuk dibaca, dihayati dan dinikmati khalayak pembaca, atau `perish’, yang bermakna akan hilang begitu saja, tanpa diterbitkan.  Andainya karya anda diterbitkan dibaca khalayak pembaca,  bermakna anda sudah pun berjaya berkongsi idealisme dan menyampaikan mesej yang anda perjuangkan itu.  Terserah kepada pembacalah untuk meneruskan perjuangan itu.  Anda sudah laksanakan tanggungjawab di bahagian anda.  Selagi anda menghasilkan karya dengan nawaitu yang murni (menegakkan keadilan, memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya dan sebagainya),  selagi itu hayat kepengarangan anda akan berpanjangan hingga ke penghujung usianya,  insya Allah.   Untuk itu,  menulislah dan gigih terus k!  http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 13, 2011 21:16

November 12, 2011

Buah Sastera; Jom Kita Berkebun!

Sdr2,



Percayalah, kita tak boleh ubah org lain, tp kita boleh ubah diri kita sendiri supaya lebih giat lagi berkarya.



--------------------------



Buah Sastera; Jom Kita Berkebun!











Ramai orang tau, di sebalik rasanya yang enak, buah2 juga mengandungi khasiat yg tinggi. Ia diperkaya dgn zat galian yg mempunyai nilai-nilai perubatan, dan mampu mengubati pelbagai penyakit. Kita ambil buah delima di atas sana, sebagai contoh. Isinya bukan sekadar merah cantik dan manis pula, tapi kulitnya yg mengandungi asid tannin, amat berkesan utk menghapuskan masalah pelbagai cacing dlm perut kanak2. Yakni, di samping airnya digunakan oleh orang2 ubat kumur di negara Iran dan Iraq, utk mengatasi masalah bau pernafasan.



Begitu juga dengan buah epal, strawberry, nenas, pisang, durian, manggis, tomato, cili dan sebagainya. Semuanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Jadi, apa perbezaannya antara buah2an ini dgn buah2an sastera? Masa tumbuh besarnya; ada yg memakan masa hanya dua tiga bulan sudah berbuah, dan dalam masa 2 - 3 bulan kemudian ia sudah mati dan perlu ditanam semula. Ada yang boleh hidup beratus2 tahun, misalnya pohon delima, durian dan sebagainya, boleh dinikmati turun-temurun, mungkin hingga ke akhir zaman. Wallahualam.



Nah, apa kaitannya buah2an dengan dunia sastera? Andainya pohon buah2an ditanam oleh para pekebun, dlm dunia sastera, sebagai penulis, andalah yang menanam pohon buah-buahan sasteranya. Dan, sebagai pohon karya pertama anda, tentulah anda telah memilih anak pokok dari baka (bahan cerita) yg terbaik, menanamnya di tanah (ilmu bantu) yg bersesuaian dan mencurahkan seluruh kasih sayang (menghidupkan watak2nya) dgn menyirami dan membajainya (menerapkan nilai2 murni) dgn betul, bukan?



Jadi, apa jenis pohon (karya) yg terbaik utk anda tanam? Yang mampu memberikan buah-buahan (hasil) kpd anda yg telah menekuninya, siang dan malam itu? Buah apa yg paling anda gemari? Ok, mungkin saja anda suka makan buah delima. Lazat, manis, cantik isinya dan sgt2 berkhasiat. Hingga, mungkin buah sastera dari pohon yg anda tanam ini, boleh sampai memenangi pelbagai anugera sastera - sebaik ia terbit. Tapi, bila ia akan terbit? Apakah anda sanggup tunggu ia sehingga terbit dulu, baru mahu menanam pohon buah yang lain?



Pohon delima! Wah, kalau tak silap saya, bertahun2 jugalah baru pohon delima ini mau menghasilkan buah - itupun, kalau ia berbuah! Jadi, bagaimana? Mau terus tunggu bertahun2 lamanya juga? Sampai bila? Dibuatnya pohon itu, hanya mampu membesar (terbit) dgn cantiknya, berbunga juga mcm pohon2 yg lain, tp tidak menghasilkan sebarang buah, nahas!



Cadangan saya; sementara anda menanti pohon (karya) anda terbit dan menghasilkan buah (royalti/honorarium/nama/pahala/kepuasan jiwa) kenapa tak tanam pohon-pohon lain dulu. Yakni, selain pohon delima, kenapa tak tanam juga pohon mangga, pohon kelapa, pohon pisang, pohon rambutan dan sebagainya? Semuanya pohon2 yg boleh menyumbangkan pelbagai khasiat kpd masyarakat. (lalang tak memerlukan bantuan anda utk ditanam bagai, ia sudah cukup kuat utk tumbuh dan hidup sendiri!) Jika bernasib baik, mungkin ia akan berbuah secara serentak dan bayangkan apa perasaan anda ketika itu!



Sebagai permulaan, selain daripada menanam pohon delima, misalnya, kenapa tak tanam pohon yg cepat berbuah, seperti pohon tomato, pohon cili, pohon ubi kayu atau apa2 seumpamanya (cerpen) yg cepat membesar dan mendatangkan hasilnya, sebagai latihan agar anda dpt memahirkan diri anda dlm dunia perkebunan sastera ini. Tanam dan terus tanam, selagi anda masih ada tenaga dan bakat. Berjuanglah tanpa henti, selagi mampu.





Yang pasti, apabila anda berkebun dengan niat utk menyumbangkan yg bermakna dlm dunia perkebunan sastera, yakni, dengan nawaitu yg bersih tentunya, ia pasti akan mendatangkan hasil yang baik juga. Kerana, saya yakini, Tuhan Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang.



Lagi byk anda membaca karya2 yg baik dan menulis, sebenarnya, lagi baik gaya penulisan anda, percayalah :)



(Sebelum saya terlupa; karya sastera kita juga boleh dianggap sebagai anak yg lahir dari darah daging kita sendiri; memang sukar melahirkannya, tapi apabila dihamili dgn cara betul, dan begitu lahir diberikan pendidikan dgn penuh kasih sayang, anak itu akan mendewasa dan menjadi anak yg baik juga akhirnya. Begitulah seterusnya :)



Mudah2an, suatu hari nanti, saya dpt jemput anda ke Sastera dgn Sifu (ciptaan aranam utk saya tu) pula k :) InsyaAllah.



http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2011 19:23

November 9, 2011

Apa Itu Cerpen

Semua orang tau, cerpen adalah sebuah cerita yg jauh lebih pendek drpd sebuah novel. Cara menghasilkannya, antaranya;




1. Tersangat terhad jumlah watak dan episod di dalamnya.

2. Dimulakan di bahagian paling hampir dengan penyelesaiannya.

3. Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

4. Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya.

5. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

6. Dan, yg paling penting, nawaitu semasa menghasilkan cerpen ini, perlu bersih dan jernih, tentunya k :)



Perkara Penting Yg Perlu Ada Dlm Cerpen;

Terdapat beberapa perkara penting yg boleh mengangkat cerpen anda sebagai karya yg bermutu tinggi. Membiasakan diri dgn petua menulis cerpen ini, mampu membantu anda mempelajari cerpen2 lain yg anda baca dan hayati, mampu membantu anda membezakan antara cerpen bermutu dgn yg tidak, dan membantu anda memperbaik-kukuhkan lagi karya anda sendiri.

1. Cerpen harus dicerita dari sudut pandangan watak (watak2) utamanya. Watak utamanya mungkin hanya seorang, tp boleh juga dua orang, bagi menghidupkan karya dan membolehkan pembaca mengenali dan berasa hampir dengan pergolakan jiwa watak2 dlm karya anda. Jika anda mahu ada dua watak utama dlm cerpen anda, boleh saja dngan menggunakan tanda pemisah (* * *) bagi memudahkan anda menguasai jalan ceritan dan fokus fokus kpd pergolakan jiwa satu2 watak dgn lebih teratur, konsisten dan tidak bercelaru.

2. Unsur2 konflik haruslah, diperkenalkan pada paragraf pertama lagi, seboleh mungkin; cuba gambarkan ttg
suasana, waktu dan latar, secara tidak langsung, pada paragraf2 pertama. Elakkan drpd membuat ayat `memberitahu', sebaliknya ayat `tunjuk' (sila baca ttg ini di Senarai Pos kat sebelah kanan anda tu k) Mulakan dgn pergolakan jiwa watak utama yg berkaitan dgn tema (ada artikel ttg tema, di Senarai Pos itu) cerita anda. Elakkan menggambarkan pemandangan latar pada paragraf pertama.

3. Unsur2 suspen juga harus seboleh mungkin diwujudkan pada paragraf pertama atau kedua cerpen anda, supaya pembaca akan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya kpd watak2 yg menghadapi konflik itu dan bagaimana kekusutan fikiran watak utama dlm cerpen itu diungkaikan.

4. Pada klimak cerita, yg berhampiran atau akhir cerita, seharusnya menjadi tempat di mana konflik itu dileraikan.

5. Ceritanya harus difokuskan pada satu peristiwa, pada pusat segala masalah hidup yg dihadapi oleh watak utamanya. Interaksi antara watak2 utama, adalah antara nadi dlm karya cerpen anda - jadi pastikan prwatakan watak utama ini sentiasa ditonjolkan, dan hanya `menunjukkankan' latar belakang yg diperlukan saja. untuk menggerakkan plot (jalan cerita). Cuba memulakan setiap paragraf dgn aksi fizikal atau luahan perasaan, utk menarik minat pembaca.

6. Cerita digambarkan lewat sudut pandangan watak utama, tanpa campur tangan pengarang. Maksudnya, sudut pandang itu harus bersesuaian dgn perwatakan watak utama, Agama, pemikiran, pembawaan diri, fahaman politik, ideologi, dn sebagainya - bukan pengarangnya. Ini boleh dipelajari, jika anda berbengkel dgn saya di blog ini k

8. Lazimnya, akhbar2 tempatan menerima karya yg berjumlah 8 - 10 mukasurat, sementara majalah pula antara 10 - 14 mukasurat saja. Jadi, pastikan anda tidak melangkau jumlah itu. Pastikan karya yg dihantar, mengandungi nilai2 murni, misalnya, perjuangan, kasih sayang sesama insan, pengorbanan, keinsafan dan sebagainya.

7. sebelum hantar karya yg sudah siap kpd pihak penerbit, perlu disemak-edit dahulu buat beberapa kali, utk mempastikan ceritanya cukup kuat, padat dan menarik. Mungkin lebih baik jika dibiarkan karya anda itu buat sehari dua selepas siap ditulis, sebelum anda kembali kpdnya untuk menyemak-editnya semula dgn fikiran yg lebih segar, dan mungkin juga dgn tambahan/penukaran idea yg baru tiba dan lebih menarik drpd sebelumnya.

9. Judul karya; bagi saya, ljika anda memberikan judul awal2 sebelum karya anda siap, anda akan terikat pada judul itu. Padahal, di sepanjang berkarya, plot cerita akan berkembang, hidup dan berubah dgn sendirinya, bersesuaian dgn cerita anda. Jadi, lebih mudah memberi judul setelah karya anda siap, kerana judul itu nanti akan merangkumi ke seluruhan cerita anda, tp biar suspen. Judul yg baik, biasanya, memiliki 1, 2 dan 3 perkataan.

http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2011 19:46

PERATURAN PRAKTIK BLOG SASTERA

Disediakan oleh: Ummu Anas (Noraini Eslah)



Salam sejahtera untuk semua peserta dan pengunjung blog sastera yang budiman.



Berikut saya senaraikan dan jelaskan peraturan praktik Blog Sastera bagi memudahkan para peserta mengikuti kelas bimbingan cerpen dan novel.



Bimbingan cerpen dan novel yang sifu Az lakukan di Blog Sastera ini adalah percuma dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk setiap kelas bimbingan;











1. Kelas Bimbingan Cerpen



1.1. Hanya tiga (3) buah cerpen bagi setiap peserta yang sifu bimbing secara percuma.



1.2. Semua sinopsis cerpen bagi bimbingan percuma mesti dibedah dalam diskusi sinopsis sebelum diolah dan mesti menepati checklist karya sastera yang disediakan.



1.3. Jangka masa yang diberi untuk menyiapkan setiap cerpen hanya selama sebulan.



Sebaik-baik sinopsis cerpen selesai dibedah, peserta mesti segera memulakan olahan dalam masa sebulan. Jika tidak siap dalam tempoh itu, bimbingan cerpen itu boleh dilanjutkan hingga selesai; tetapi akan dikira memasuki tempoh bagi bilangan kedua, jika masuk bulan yang kedua. Begitulah seterusnya.



1.4. Jika satu sinopsis cerpen mengambil masa hingga lima bulan baru selesai olahan, bererti untuk bimbingan cerpen berikutnya, peserta mesti mengikuti bimbingan berbayar dengan sifu lain. sbb peluang yg diberikan di sini, tidak anda hargai



1.5. Bagi yang dapat menyelesaikan tiga buah cerpen dalam jangkamasa yang diberikan, dicadangkan untuk memulakan satu novel dengan bimbingan percuma di blog Sastera.



1.6. Bagi thread cerpen yang dibiarkan kosong selama sebulan tanpa memberi tahu pengurus blog, ia akan dipadam dan diberi tempoh seminggu untuk menghidupkannya semula.



2. Kelas Bimbingan Novel



2.1. Hanya novel yang pertama sahaja yang diberi bimbingan percuma selama enam bulan. Juga dengan syarat ianya novel kanak-kanak dan novel remaja.



2.2. Sinopsis novel yang ingin digarap, mesti terlebih dahulu dibedah dalam diskusi sinopsis supaya mematuhi checklist ciri-ciri karya sastera yang sudah disediakan.



2.4. Semua thread novel yang dibiarkan kosong tanpa sebarang makluman lebih sebulan akan dipadam. Selepas dipadam, jika peserta mohon thread dihidupkan semula, ianya bersyarat dalam masa dua minggu saja untuk segera digarap. Selepas tempoh ini, thread akan dipadam sekali lagi.



2.5. Bagi novel pertama, jika thread sudah dipadam sebanyak dua kali - tidak akan dihidupkan kembali, sebaliknya peluang ini akan diberikan kepada peserta lain yg lebih memerlukannya dan lebih bersedia memberikan komitmen terhadap karya sendiri dgn serius.



2.6. Setiap novel bimbingan percuma yang sudah sampai kepada 3 bab terakhir, akan dipindahkan bimbingan ke blog Visi Sastera yang lebih privacy dan terlindung; ia blog yang dikhaskan untuk menyelesaikan bab-bab terakhir novel sahaja. Setiap peserta berkenaan akan diberitahu dan diuruskan kemudian, di hujung bimbingan bersama sifu kelak.



**Sangat2 diharapkan semua peserta mematuhi format Blog Sastera setiap kali menghantar karya;



Size huruf 12-Newtimes Roman, double spacing. Kegagalan mematuhi format ini akan membuat sifu az enggan mengedit karya peserta sehinggalah format dipatuhi.



***Selepas melakukan posting peserta mesti memberitahu saya di shout box, supaya dapat saya senaraikan mengikut giliran utk sifu edit.



Terima kasih di atas kerjasama semua peserta meneliti peraturan yang disediakan ini; semoga dapat dipenuhi dengan mudah. Selamat berkarya dengan jayanya!





http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2011 14:38

November 5, 2011

Motivasi Untuk Terus Berkarya

Mungkin, saya boleh katakan bahawa ada sesuatu dalam diri anda yang ingin bangkit memperjuangkan sesuatu, yang mendorong anda menulis. Sesuatu yang membara dan membuak2 ganas dalam dada anda... sesuatu yang menyentuh pilu yg memerlukan pembelaan anda, sesuatu yang membangkitkan semangat perjuangkan dlm diri anda... apa saja, dan semunya menjurus kepada sesuatu yg bernilai murni sifatnya, tentunya.



Walau bagaimanapun, andainya contoh di atas itu tidak juga dpt mendorong anda menulis, mungkin kita boleh gunakan satu cara lain pula. Cara paling mudah; fokus kepada faedah yg anda boleh perolehi daripada karya anda, apabila ia siap. Apatah lagi jika sudah terbit.



Ya, betul... sudah tentu ada faedahnya, bukan? Pernah anda baca karya yang seronok dibaca?







Maksud saya, yg anda benar2 seronok? Boleh bayangkan bagaimana seronoknya pengalaman pengarangnya semasa menghasilkan cerita dalam karya itu?



Untuk membina suatu dunia yang baru (dalam karya) dengan pelbagai jenis watak dan gelojak perasaannya, dengan situasi yang pelbagai dan sebagainya... dan kemudian melihat balik pada hasil karya yg sudah menjadi/siap. dengan suatu perasaan bersyukur tidak terhingga kpd Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan anda kekuatan dalaman dan luaran utk melaksanakannya dengan sempurna... di samping perasaan lega,gembira, puas yang bukan alang kepalang; itulah faedah yg sebenarnya, dalam dunia penulisan.



Sebaik2 saja karya anda diterbitkan, anda akan menikmati faedah yang seterusnya; anda dapat abadikan `nama' anda sebagai seorang pengarang, bukan hanya untuk tahun buku/novel itu diterbitkan, malah untuk selama2nya - jasad mungkin saja akan meninggal suatu hari nanti, tapi nama anda akan kekal terus pada buku2 anda. Dan menyedari karya anda yg dihasilkan dengan semangat juang yang kuat, mampu menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam hidup khalayak pembaca, mampu membuatkan mereka berfikir sekaligus memberikan mereka keseronokan dalam pembacaan, sudah membuatkan anda terdorong utk berkarya terus. Selain daripada itu, penulis juga boleh memperolehi faedah `escapism' melalui penulisan. Penulis dapat berimaginasi, membayangkan perjalanan cerita, lakonan watak2nya, rasa `thrill'nya, berlagak seperti pencari jodoh di dalamya, membalas dendam di dalamnya, meluahkan perasaan di dalamnya, melakukan pengorbanan di dalamnya, melahirkan hero/heroin di dalamnya dan sebagainya.



Tapi, faedah yang paling best sekali tentulah kerana anda menguasai segalanyanya secara total di dalam karya anda itu, bukan?





(Sprt sebahagian drpd artikel di dlm blog ini, artikel ini adalah sedutan drpd artikel2 yg saya jumpa di internet dan saya gabung dgn pengalam peribadi yg telah menghasilkan puluhan karya berbentuk cerpen. semoga ia dpt dimanfaatkan oleh semua pembaca, lagipun lewat website yg ilmunya saya perolehi itu, membenarkan saya menyalin apa2 yg patut k)





http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2011 04:35

November 2, 2011

Siti Sara - bimbingan novel

Assalammualaikum Siti Sara,Saya sudah buka thread novel anda utk mulakan langkah seterusnya; harap anda sediakan senarai watak dan perawakan watak utama dan watak-watak sampingan yg penting termasuk antagonis(penentang watak utama-yg jg kanak-kanak).
Saya doakan anda cekal n tekun dlm menggarap novel pertama anda ini.-noraini eslah.http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2011 02:54

Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.