Azmah Nordin's Blog, page 5

July 9, 2012

Salam Sdr2 :) bersama2 ini saya sertakan analisis cerpen ...

Salam Sdr2 :) bersama2 ini saya sertakan analisis cerpen Tarjis Kasih hasil karya Sdr Fazli kita yg dibuat oleh Sdr S.M. Zakir yg amat kita hormati dan kasihi.  Semoga anda dpt membacanya, krn komputer saya tak dpt membaca pdf yg Sdr Fazli emelkan kpd saya. dan semoga, kata2 peransang S.M. Zakir ini, dpt memberikan inspirasi kepada kita semua :)


































http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 23:45

Ulasan Tarjis Kasih





Sdr Fazli, diharap dapatlah kiranya sdr menurunkan ulasan terhadap cerpen Tarjis Kasih yg telah dibuat oleh Sdr SM Zakir kita,  di WADAH, saya tak dapat baca daripada yg didownload, kra ia sampai dlm bentuk gambar je k










http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 01:29

Tarjis Kasih; oleh Al Fazli Haji Mohd. Salleh




Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Tarjis Kasih, hasil karya Sdr Al Fazli Mohd. Salleh , yang baru sahaja terbit di majalah WADAH, DBP, edisi  Jun  2012.  Utk pengetahuan kita semua, cerpen ini juga telah mendapat bimbingan daripada kelas di blog Sastera kita ni.  nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di ds, dapatlah kiranya fazli terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi bersama di sini. tahniah fazli :) gigih terus k.

















,,,,,,,,,,,









http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 01:27

July 1, 2012

Asti - bimbingan cerpen

Assalammualaikum Asti,

Saya sudah buka thread cerpen untuk anda mendapat bimbingan sifu.

Sinopsis anda juga saya pindahkan di sini, supaya mudah dirujuk. Harap dapat anda nyatakan nama penuh, jantina, umur dan pekerjaan, dalam thread ini. Maklumat ini penting untuk memudahkan sifu membimbing anda.

-kak aini


http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 01, 2012 05:41

June 20, 2012

SINOPSIS CERPEN

Bagi peserta dan pengunjung yang berminat menghasilkan cerpen bermutu dan bernilai murni, sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda garap ke dalam thread ini. Saya akan menilai berdasarkan checklist karya blog sastera yang disediakan. Kemudian akan saya daftarkan untuk mendapat bimbingan dari sifu az.
*Nyatakan nama ringkas anda pada sinopsis yang dimasukkan.(nama penuh,umur dan status, hanya perlu dinyatakan dalam thread anda setelah saya buka nanti)-kak aini(pengurus blog sastera)http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 15:22

June 19, 2012

Pengumuman - KEMASKINI Blog Sastera

Mohon perhatian daripada semua peserta bimbingan dan pengunjung blog sastera,
Setelah beroperasi selama 4 tahun memberi bimbingan sastera kepada semua yang berminat dan berbakat,Pihak pengurusan blog ini telah membuat keputusan, perubahan dan kemaskini perlu dilakukan, demi memenuhi etika penulisan dan penerbitan bahan bercetak.
Justeru itu,Blog sastera hanya memberikan bimbingan cerpen secara percuma di blog terbuka ini.Bagi bimbingan novel, mulai sekarang akan dilakukan di blog tertutup. Bagi peserta baru yang berbakat dan berjaya menyiapkan 3 buah cerpen melalui bimbingan blog sastera ini, akan berpeluang mendapat bimbingan sebuah novel secara percuma di blog tertutup.
*Untuk makluman semua, setiap peserta bimbingan cerpen hanya diberikan peluang menghasilkan 3 buah cerpen secara percuma.
Suka saya maklumkan setiap cerpen yang sudah selesai dibimbing dalam blog ini, akan saya padam dalam masa seminggu supaya blog sastera tidak mengalami muatan yang berlebihan.Demi menjaga disiplin operasi blog sastera, juga keselesaan peserta dan sifu, saya akan terus melakukan kemas kini blog dari semasa ke semasa.
Harap maklum.-Norani Eslah(pengurus blog sastera)http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 18:17

June 18, 2012

Khairulazwat - bimbingan cerpen

Assalammualaikum Khairulazwat,Saya sudah buka thread cerpen untuk anda mendapat bimbingan daripada sifu.sinopsis anda juga saya pindahkan ke sini, supaya mudah dirujuk sepanjang bimbingan.
Selepas ini sifu akan menunjukkan kpd anda cara mengolah sinopsis ini menjadi cerpen bermutu yang tidak klise. Semoga mudah usaha anda , asal saja tekun dan gigih!-kak aini.http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2012 09:58

May 28, 2012

Ecah: karya Aziyati MZ

Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Ecah, hasil karya Sdr Aziyali MZ yang pernah telah mendapat bimbingan dari blog Sastera kita ini. Cerpen Ecah baru sahaja terbit di Majalah Pelita, DBP, edisi Mei 2012. Nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di Pelita, dapatlah kiranya Azi terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi bersama di sini. tahniah azi :) gigih terus k.



.






http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2012 09:53

May 10, 2012

Buaya Sempadan; Al Fazli Mohd. Salleh





 Salam sdr2 :) bersama2 ini,  sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya,
saya menyiarkan gambar cerpen Buaya Sempadan, hasil karya Sdr Al Fazli 
Mohd. Salleh yang juga anak didik saya, yang baru sahaja terbit di Dewan Sastera, 
edisi Mei 2012.  nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di ds,
dapatlah kiranya fazli terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi
bersama di sini.   tahniah fazli :) gigih terus k.

























http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2012 06:16

April 30, 2012

Sastera Rakyat; Bagaimana Menghasilkannya

Sdr2,



Seperti yang anda tahu, pada zaman dahulu kala, Sastera Rakyat disampaikan secara lisan Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyampaiannya. Pada lazimnya sastera rakyat disampaikan melalui pertuturan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang cucu. Dan sebagainya.



Ada orang yg beranggapan bahawa Sastera Rakyat adalah suatu bentuk escapism ke dlm dunia magis. Apakah karya bentuk ini yg ingin anda hasilkan?








(novel remaja Sastera Rakyat ni baru beberapa bulan terbit, baru sampai sehari pd saya.. boleh dibuat contoh, jika anda mau)



Yang pasti, Sastera Rakyat sering mengalami perubahan. Sastera Rakyat merupakan kepunyaan bersama. Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang tertentu. Bagi tok cerita ataupun penglipur lara yang kerjanya bercerira, beliau juga tidak mampu mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni Yang Empunya Cerita.

Ok, jika anda berminat menghasilkan (mengolah semula) karya Sastera Rakyat seperti ini, di sini saya turunkan beberapa petua penulisan kreatifnya, utk anda.

Katakanlah anda memilih untuk mengolah semula cerita Pak Pandir. Utk itu, anda buat sedikit penyelidikan di perpustakaan ataupun lewat ruang siber. Cari buku2 atau artikel2 ttg sastera rakyat yg ingin anda hasilkan. Selepas membaca dan menghayatinya, maka segeralah tutup buku itu, atau pulangkan saja ke perpustakaan kembali. Kemudian, biarkan cerita itu hidup dalam minda anda, buat seketika. Apabila anda betul2 boleh melihat gambaran cerita itu macam menonton wayang di mata fikir anda, bermakna anda sudah bersedia!

Sastera Rakyat boleh ditulis dengan byk cara. Biasanya, orang mulakan cerita rakyat dengan perkataan `Pada suatu masa dahulu...' atau `Pada zaman dahulu...' dan sebagainya. Kebanyakan Sastera Rakyak mengandungi mesej pengajaran dan teladan kepada pembaca di akhir cerita. Jadi, fikirkan, apa mesej yg ingin anda sampaikan dlm Sastera Rakyat anda nanti?

Bagaimanapun, sebelum memulakan karya anda, elok jika anda membuat draf atau `peta'nya dulu. Pastikan latar/setting (masa dan tempat) dan situasi penting/gentingnya. Senaraikan watak-watak dan hubungan mereka antara satu sama lain. Perhalusi komplikasi atau masalah yang meletuskan situasi penting/genting tadi. Juga, senaraikan perkembangan plot (jalan cerita) yg akan timbul, apabila masalah itu diatasi. Jgn lupa gambarkan rupa wajah dan keseluruhan perawakan diri watak2 utam aitu k..

Siapa watak utama dlm karya anda nanti? Utk pengetahuan anda, watak2 utama dalam cerita anda adalah manusia dan boleh mati. Mereka bertemu dengan kejadian/kuasa supernatural atau lembaga magis atau lembaga menakutkan, dan menggunakan objek magis, tetapi watak utama2 itu sendiri tidak mempunyai kuasa magis.

Bagaimana perwatakan mereka? Biasanya, watak2 baik, haruslah daripada orang yg boleh disamakan kehidupannya dengan manusia di alam nyata. Watak2 haruslah mempunyai nama yg mudah disebut dan senang diingat oleh pembaca, nama2 yg umum atau yang biasa-biasa saja. Perwatakan manusia, biasanya dirujuk kpd profesyen mereka, sosial status, kedudukan dlm masyarakat, atau hubungannya dgn watak2 lain dlm cerita anda; misalnya, putera, puteri, ratu, sultan, suami, isteri, anak-anak, orang tua, pedagang, tukang besi, petani dan sebagainya. Dan setiap watak yg anda wujudkan dlm cerita anda kelak, seharusnyalah ada fungsinya terdiri dan saling menyumbang utk kekuatan cerita anda kelak.

Kalau zaman dahulu, Sastera Rakyat tidak kisah sama ada watak-watak itu mempunyai gelojak perasaan atau tekanan psikologi ataupun tidak. Orang tidak kisah apa yang si A telah buat ke atas si B, orang hanya nak tahu apa yg dilakukan oleh si B seterusnya. Tapi, utk menambahkan mutu dan daya tarikannya, kiranya lebih baik jika anda mampu memasukkan perasaan dalaman ini karya anda. Kerana, pembaca zaman sekarang - termasuk kanak2 dan remaja - sudah pandai menilai dan tidak mudah menerima segalanya bulat2 lagi, tanpa mempersoalkan akan kelogikan plot cerita anda kelak. Utk itu, pastikanlah watak2 utama mempunyai masalah yg lebih kurang sama dgn manusia biasa dan biarkan pembaca tidak sabar2 mahu menghabiskan bacaan, kerana ingin mengetahui sama ada berjaya atau tidak perjuangan watak2 tersebut.

Jika anda jadi pembaca, sudah tentu anda juga mahu `melihat' watak2 itu berjaya bukan? Kerana, sesungguhnya, itu jugalah keinginan anda utk diri sendiri; berjaya.



(gambar kat sebelah ni, tinggal separuh saja, akibat masalah scanner saya. Maaf)
http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 30, 2012 07:28

Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.