Pengumuman - KEMASKINI Blog Sastera

Mohon perhatian daripada semua peserta bimbingan dan pengunjung blog sastera,
Setelah beroperasi selama 4 tahun memberi bimbingan sastera kepada semua yang berminat dan berbakat,Pihak pengurusan blog ini telah membuat keputusan, perubahan dan kemaskini perlu dilakukan, demi memenuhi etika penulisan dan penerbitan bahan bercetak.
Justeru itu,Blog sastera hanya memberikan bimbingan cerpen secara percuma di blog terbuka ini.Bagi bimbingan novel, mulai sekarang akan dilakukan di blog tertutup. Bagi peserta baru yang berbakat dan berjaya menyiapkan 3 buah cerpen melalui bimbingan blog sastera ini, akan berpeluang mendapat bimbingan sebuah novel secara percuma di blog tertutup.
*Untuk makluman semua, setiap peserta bimbingan cerpen hanya diberikan peluang menghasilkan 3 buah cerpen secara percuma.
Suka saya maklumkan setiap cerpen yang sudah selesai dibimbing dalam blog ini, akan saya padam dalam masa seminggu supaya blog sastera tidak mengalami muatan yang berlebihan.Demi menjaga disiplin operasi blog sastera, juga keselesaan peserta dan sifu, saya akan terus melakukan kemas kini blog dari semasa ke semasa.
Harap maklum.-Norani Eslah(pengurus blog sastera)http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 18:17
No comments have been added yet.


Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.