Azmah Nordin's Blog, page 3
April 3, 2013
Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn terama...
Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Sujud Seorang Kekasih hasil karya Sdr Azridah Ps Abadi yang juga anak didik saya, yang baru sahaja terbit di Majalah WADAH, DBP Sabah, nanti dapatlah kiranya azridah terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi bersama di sini. tahniah Azridah :) gigih terus k.
http://feeds.feedburner.com/sastera
Published on April 03, 2013 06:35
March 9, 2013
SEjarah Sabah yg Dicerita Rakyatkan,
(sdr2 sekalian, ini lagi sebuah sejarah sabah yang dipermudahkan oleh penulisnya, yg saya cut and paste (bulat@), bagi memudahkan kita faham tentang mengapa Suluk tidak wajar menuntut Sabah lagi. bacalah, sangat kreatif karya penulis ini. menghiburkan malah)
Cerita Rakyat...
Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.
Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.
Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.
Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.
Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.
Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.
Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.
Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….
TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..?

Published on March 09, 2013 22:24
Sejarah Sabah Yg Mudah Difahami
(para pengunjung blog Sastera dan semua anak didikku tersayang. Ini ada dua buat artikel yg saya cut and paste (bulat2) utk kita lebih memahami akan kedudukan Sabah sebagai salah sebuah anggota yg membentuk Negara Malaysia. Semoga ia memberi menfaat kepada kita semua)
Perang saudara Brunei. sebab ni ada kaitan napa Kesultanan Sulu (kalau ujud pon) tak layak tuntut Sabah.
dulu, Brunei diperintah oleh Sultan Muhammad Ali. Muhammad Ali ni ada anak lelaki yang suka sabung ayam. namanya, Pengiran Muda Bongsu.
bendahara time tu, adalah Abdul Momin. dia ni pun ada anak kaki sabung ayam gak. namanya Pengiran Abdul Mumin.
satu hari neh, Pengiran Muda Bongsu dan Pengiran Abdul Mumin adakan pertandingan sabung ayam. masa tu, kalah lak anak raja ni. marah dia. tak puas hati, dia bunuh anak bendahara.
bila bendahara Abdul Momin tau hal ni, marah la dia. sebab Pengiran Abdul Mumin tu anak yang paling dia sayang. so dia pun menghadap Sultan Muhammad Ali, dan tuntut hutang darah dibalas dengan darah.
Sultan Muhammad Ali of kos la tanak kan. jadi mengamuk la Abdul Momin ni. dia bawa pengikut2 dia serang istana. dia cekik Sultan Muhammad Ali sampai mati, dan bunuh keluarga diraja.
lepas tu, Abdul Momin tabalkan diri sendiri jadi sultan. dia pakai gelaran Sultan Abdul Hakkul Mubin. sebagai tanda perdamaian dan untuk ambil hati sedara mara dan penyokong Sultan Muhammad Ali, Sultan Abdul Hakkul ni melantik Muhyiddin, iaitu cucu Sultan Muhammad Ali, sebagai bendahara baru.
tapi dalam diam, meka merancang untuk balas dendam. so, meka pun berkomplot. malam2, meka buat bising dengan mengetuk istana dan rumah2 di sekitar dengan senjata (kalau aku salah, minta betulkan. malas nak gugel).
si Abdul Hakkul ni bimbang, takut2 ada yang nak balas dendam, so minta pendapat Muhyiddin. nah, pucuk dicita, ulam mendatang. Muhyiddin pun nasihatkan Abdul Hakkul supaya pi tinggal di Pulau Cermin buat sementara waktu, sampai keadaan reda.
Abdul Hakkul ikut ja cadangan tu. dia tak syak lansung rancangan tu adalah untuk dethrone dia dari tahkta.
Muhyiddin pun lantik diri sendiri sebagai sultan.
bila pengikut Abdul Hakkul disuruh pi istana tanya apsal lama sangat tada berita apa pun dari Muhyiddin, terkejut la meka bila tahu Muhyiddin dah jadi raja.
meka maklumkan hal ni pada Abdul Hakkul. marah la dia. dan dibawanya la tenteranya untuk serang Muhyiddin.
Muhyiddin pun lari pi Kinarut, Papar (Sabah). bertahun2 dia tinggal kat sana (sebab tu di Papar ramai orang Brunai). pehtu, dia balik ke Pulau Cermin untuk adakan final battle, once and for all, dengan Abdul Hakkul.
tapi angkatan Abdul Hakkul ni kuat. So Muhyiddin pun minta bantuan dari Sultan Sulu. dia janji, akan bagi TANAH TIMUR SABAH pada Sultan Sulu. maka, dihantar la tentera Suluk ke Pulau Cermin.
Sultan Sulu hantar orang2 dia, tapi dikatakan meka tak buat apa pon. meka betapuk (bersembunyi) ja sampai la nak dekat2 si Abdul Hakkul ni kalah, baru meka kuar pehtu serang angkatan si Abdul Hakkul. akhirnya, menang la Muhyiddin dan dia ditabalkan jadi sultan (Sultan Bolkiah sekarang, keturunan Muhyiddin ni la).
pehtu dah dasar caprut sejati, tentera Suluk ni angkut segala barang2 berharga yang ditinggalkan di Pulau Cermin. tak tau malu punya bangsa, meka angkut juga pompuan2 dan kanak2 untuk dihadiahkan kepada Sultan Sulu.
maka di sini la sebabnya napa Brunei sampai ke hari ni nafikan meka dah bagi Sabah pada Sultan Sulu. bagi meka, perjanjian tu void sebab menurut meka, Sultan Sulu takde pon tolong meka dalam perang saudara nih.
sekian. cerita bodoh orang2 zaman dulu yang suka berbunuh-bunuhan hanya disebabkan kalah sabung ayam.http://feeds.feedburner.com/sastera

January 25, 2013
Cerpen - TEPAK KASIH - Dewan Sastera Mac 2012
Peserta-peserta blog sastera yang dimuliakan,
Di sini saya paparkan cerpen saya berjudul 'Tepak Kasih' yang telah tersiar dalam DS tahun 2012 . Diharapkan ia memberi idea kepada peserta blog sastera, cara mudah memasukkan ilmu bantu ke dalam karya sastera.
-kak aini.
TEPAK KASIH
Oleh: Noraini binti
Eslah
Terasa sempit dadanya dan semput pernafasannya diasak runsing dan sugul.
Berkali-kali Kak Su menarik nafas panjang dan dalam, kemudian dilepaskannya
perlahan-lahan untuk menstabilkan kecamuk perasaannya. Dengan kelopak mata yang
berat dan pandangan yang berpinar, Kak Su melirik jam loceng di atas almari
soleknya. Baru pukul dua tiga puluh minit petang. Huh! Bagaikan sudah seharian
suntuk aku tertidur... Desah hati Kak Su
yang resah. Padahal cuma berbaring untuk meredakan pusing kepala seusai solat
zohor. Namun berkali-kali dia tersentak
digugah kecamuk perasaan sendiri.
Sudah berturut hari, cuping telinganya seperti dipenuhi bisikan pantun
tradisi itu,
Cempedak
di tengah halaman,
Uratnya tindih-bertindih,
Jangan lama tegak di halaman,
Naiklah ke rumah makan sirih.
Bingung, resah dan buntu fikirannya diasak bisikan pantun itu yang tidak
mahu sirna dari perasaannya. Entah siapa yang mengalunkannya, Kak Su tidak
tahu. Sudah masuk hari kelima bisikan itu terngiang-ngiang dan mengganggu
lenanya,siang dan malam. Ingin sekali dia istirehat dan melelapkan matanya, walau
telah menelan beberapa biji pil yang diberikan doktor kepadanya. Tetap juga
bisikan itu mengungkap bait-bait pantun yang sengaja mengasak dan menggamit
mata fikir dan mata hatinya supaya bertindak segera!
‘Ah! Mengapa perasaanku mesti didesak? Mengapa bukan Abang Lan? Mengapa
tidak Ammar?’ Desahnya berkali-kali, cuba mengimbangi antara akal dan hati.
Tetapi akal dan hati tetap bertingkah membela perasaan. Perasaan pula merasa
sangat tertekan kerana terbeban sendirian, sedangkan mereka bertiga sama-sama
terlibat dalam urusan besar ini... Tetapi Abang Lan dan Ammar berlepas tangan;
terkatung-katung Kak Su sendiri menimbang-nimbang tindakan terbaik. Hingga pula
menjejaskan kesihatan Kak Su karena berturut hari tidurnya tidak lena, makan
tidak kenyang dan mandi tidak basah!
Semilir petang yang terasa suam
dan berbahang menerjah kasar lewat jendela bilik Kak Su yang terbuka separuh,
tambah galak merusuhkan perasaanya yang serba tidak keruan. Bisikan pantun itu menerjah
lagi gegendang telinganya,
Kolek hilir mudik,
Bermalam di Kuala Linggi,
Dalam sirih secarik,
Terkandung hajat hati.
Sekonyong-konyong angin yang menguak tabir jendela biliknya menampar kasar
pipi mulus Kak Su, membuat dia terkejut dan cuba bangun dari pembaringan.
Tetapi kepalanya yang pusing dan berdenyut-denyut menambah lagi tekanan kepada
tubuhnya yang longlai. Mendadak terasa pedih hatinya diguris kata-kata yang
terpacul dari mulut suami tercinta, lima hari yang lalu;
“Pelik! Awak kata, kononnya keluarga Cikgu Rohaya sahabat karib awak itu
tidak cerewet. Cuma mengajak kita berbincang-bincang. Tapi mengapa bila
berdepan dengan saya, mereka mahu beradat-adat berbagai?” Rungut Abang Lan
dengan muka mencuka sebaik pulang dari merisik dan melamar. Mungkin Abang Lan
terasa aib dan dirinya seperti dipermain-mainkan.
“Sungguh bang..., Cikgu Rohaya tidak cerewet. Dia mahu urusan adik
bongsu saya dan anak sulongnya disegerakan...” Tersekat kata-kata Kak Su di
rengkongnya kerana perasaan mulai tersinggong atas tempelakan suaminya.
“Adakah patut! Wakil pihak perempuan bertanya; ada membawa tepak sirih? Sedangkan
seminggu sebelum itu, awak kata Cikgu Rohaya tidak menyuruh kita membawa selain
cincin emas. Jika dituju ke batang hidung awak, apa akan awak jawab? Malu saya!”Mencerlang
mata bundar Abang Lan merenung muka Kak Su yang tertunduk membatu ke hamparan
ruang tamu.
Bibir Kak Su bergerak-gerak hendak menuturkan sesuatu, tetapi bungkam
lantaran tersilau jelingan tajam Abang Lan. Lalu berkaca-kaca mata Kak Su
menahan pilu hati sendiri. Kak Su maklum benar tabiat panas baran Abang Lan;
tidak boleh kata-katanya dipotong mendadak, dia akan membisu hingga beberapa
hari dengan lirikan dan jelingan tajam. Bisa! Sangat bisa dan memedihkan
perasaan. Kak Su tidak sanggup menghadapi hirisan tajam ke atas perasaannya
dalam saat memikirkan kebahagiaan masa depan adik bongsunya, Ammar.
Perasaan Kak Su terlonta-lonta ingin menyuarakan kepada Abang Lan,
‘Sirih dan tepaknya itu perlambangan kehalusan budi bahasa kita. Tanda
hormat dan pembuka kata untuk menyampaikan hajat besar.’
Tetapi, sejurus terpandang muka Abang Lan yang kemerah-merahan terkesan
luapan hatinya, Kak Su pantas menelan perasaan pedih hati. Biarlah reda dulu
panas perasaan Abang Lan, kemudian nanti akan dipujuk perlahan-lahan. Detak
hati Kak Su.
Kelmarin, ketika minum petang, baru kelihatan cerah semula muka Abang
Lan. Senyum tipisnya mulai murah semula menghiasi wajah bundar sawo matang
dengan mata sepet yang luyu. Sekurang-kurangnya dapat meyakinkan Kak Su
tersinggung dan malu alahnya sudah reda. Seolah-olah memberi laluan bagi Kak Su
meluahkan suara hatinya pula. Kebetulan pula dengan tarikh ulangtahun
perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Mudah-mudahan ini satu peluang baik untuk
memujuk..., desis Kak Su dalam hati.
Kak Su beranikan diri bersuara berbekalkan doa yang tidak putus-putus,
“Abang..., ingat lagi tidak, 17 tahun yang lalu kita diijab kabulkan di
pekan Loughborough, Leicestershire? Semasa kita di tahun akhir pengajian di
United Kingdom...” Perlahan-lahan dan satu-satu perkataan Kak Su ungkapkan
dengan renungan tenang ke wajah Abang Lan.
Dalam hati Kak Su, Allah saja yang tahu betapa gementar dan sangat
khuatir masih ada kesan tersinggung hati suaminya.
“Tentulah ingat. Bukankah kedua-dua pihak keluarga kita juga turut
berkumpul di tanahair. Malahan mereka mengadakan majlis meraikan pernikahan
kita.” Balas Abang Lan tenang dengan renungan bersahaja sambil matanya
mengitari hidangan Laksa Johor yang sedang Kak Su cedokkan khas untuknya.
“Menurut kata emak abang, mereka juga membawa tepak sirih dan sirih
junjung ke rumah ayah Su. Itu jadi simbol menyempurnakan adat pinang meminang
dan perkahwinan kita...” Berbunga-bunga hati kak Su menuturkan imbauan majlis
yang sudah berlangsung lama dahulu.
“Entah saya tak ingat semua itu.. Rasanya emak tidak pun memberitahu
begitu kepada saya.” Mendatar dan dingin nada suara Abang Lan dengan gaya tidak
acuh terhadap kata-kata Kak Su. Begitu asyik menyudu Laksa Johor dalam mangkok
di hadapannya, tanpa menghiraukan pandangan Kak Su yang tertancap minta
perhatian dan simpati.
Terasa bagaikan runtuh siling ruang makan ke pundak Kak Su. Langit
bagaikan menurunkan hujan air panas yang mendidih menyimbah seluruh tubuh Kak
Su dan terus menyelinap ke dasar hatinya. Lantas hati Kak Su melecur hancur, bersepai
dan serpihannya berpuing-puing di udara rumah banglo mereka yang terbina dari
tautan kasih seorang guru Bahasa Malaysia dengan seorang pensyarah dalam bidang
pengurusan bangunan. Sungguh tidak diduga! Besar erti kasih dalam simbol tepak
sirih bagi seorang guru Bahasa Malaysia, tapi remeh bagi seorang yang
menguruskan bahan binaan yang berhati seperti Abang Lan. Ya Allah! Aku yang
berlebih-lebihan atau dia yang tidak peduli?
“Pelik! Saya pelik mengapa Cikgu Rohaya dan Doktor Ridwan mahu melayani
adat yang remeh temeh begitu?” Sinis berbaur ego suara Abang Lan menuturkan
pandangannya.
‘Huh! Susah sangatkah bagi Abang Lan untuk memenuhi permintaan wakil
keluarga Cikgu Rohaya supaya mengulangi proses melamar dengan membawa tepak
sirih, pada pagi sebelum akad nikah?’ Getus hati Kak Su merasa pelik dengan ego
Abang Lan.
Sekonyong-konyong menerpa gambaran wajah tirus melepak bermata bening
Cikgu Rohaya yang bertutur lembut, “Saya minta maaf banyak-banyak Suhaila pada
awak dan Dr. Azlan. Tidak langsung saya berniat menyusahkan keluarga awak...”
Cikgu Rohaya seolah-olah menelan perkataannya sendiri dan kelihatan serba salah
dengan apa yang telah berlaku.
“Saya faham Rohaya, niat baik dan hajat wakil keluarga awak itu
melambangkan kehalusan budi bahasa. Insya-Allah akan pihak kami penuhi sebelum
akad nikah nanti...” Janji Kak Su berbasa basi sewaktu melanjutkan perbincangan
berdua, di surau sekolah tempat mereka berdua mengajar.
Berturut hari Kak Su mencuba mencari ruang munasabah untuk meleraikan kusut
perasaannya di depan Abang Lan. Namun tetap juga Abang Lan menutup pintu
perbincangan. Ditambah lagi Abang Lan mudah melenting setiap kali Kak Su
menyentuh isu tepak sirih yang cuba diungkit semula. Nada suara Abang Lan pula
akan mendadak tinggi dan sinis!
“Berapa kali mesti saya sebut, saya tidak mahu melayan hajat yang remeh
itu! Ah! Saya tidak mahu membuang masa...! Saya sibuk dengan tugas membawa
pelajar-pelajar melawat sambil berlajar.” Tegas suara Abang Lan dengan mimik
mencuka dan mendengus kasar.
Kak Su masih belum serik dan masih ingin memujuk dan mengharap simpati
Abang Lan,
“Tapi bang, tepak sirih sebagai simbol ketinggian budi bahasa untuk
mengikat hati kedua-dua pasangan dan kedua-dua pihak keluarga, mesti kita terus
pelihara...”
“Ah! Karut! Terserah pada awak, saya tidak memberi jawapan atau berjanji
kepada pihak keluarga perempuan. Lagi pun ini urusan adik awak. Saya sudah
tolong uruskan jamuannya, sudah cukup!” Ungkit Abang Lan lebih sinis dan
menghiris perasaan Kak Su.
Dengan rasa sebak dan suara tertahan-tahan, bibir Kak Su yang masih
bergetar memaculkan kata-kata,
“Kita tidak ada tepak sirih dalam simpanan. Kita beli yang baru, ya
bang... Boleh disimpan buat warisan. Putera-puteri kembar kita pun sudah di
tingkatan empat, lambat laun akan bertemu jodoh juga...” Bergetar suara Kak Su,
ada riak cuak menanti jawapan Abang Lan.
“Sudah! Suka hati awak... Mahu beli atau pinjam, saya tak kisah. Ini
urusan nikah kahwin adik awak. Tentang anak-anak saya, tahulah saya mengatur
kemudian!” Mencerlang mata Abang Lan menatap tepat ke muka bujur sirih Kak Su
yang terkebil-kebil.
Bara amarah itu bagaikan lahar gunung berapi pendam yang tiba-tiba
membuak termuntah lantaran digegar permintaan dan sergahan yang tidak diduga.
Sangat malang, diri Kak Su yang berwatak lembut penyayang menjadi sasaran ledakan
amarah Abang Lan. Sekian lama Kak Su menuruti dan sangat menghormati apa jua
keputusan Abang Lan. Cuma sekali ini ketara Kak Su sangat menuntut simpati dan
pengertian dari suami tercinta. Malangnya hanya cemuhan yang Abang Lan
lontarkan kepada Kak Su.
‘Huh! Sungguh tidak patut, terlalu ego! Tidak mengapa, biar aku uruskan
sendirian pertunangan dan pernikahan satu-satunya adikku, Ammar!’ Tiba-tiba
bangkit tekad Kak Su, tidak mahu menyerah kalah kepada hamburan cabaran dari
Abang Lan.
Sedaya upaya Kak Su cuba bangkit bersandar di birai katilnya tetapi badannya masih sangat longlai. Kak Su
merebahkan semula tubuhnya yang tersadai untuk beristirehat sementara tiba
waktu solat asar.
Perlahan-lahan pandangan
mata Kak Su meredup dan menjauh ke
belakang..., semakin kelam dan kabur... Kak Su terpaku seperti sedang menonton
dirinya sendiri, melakonkan episod demi episod...
Kak Su duduk bersimpuh
sopan di atas tikar mengkuang yang terbentang di ruang tengah ibu rumah yang
lapang. Dengan lemah lembut dan teliti, jari-jari runcing Kak Su menyusun kemas
helaian daun sirih ke petak khas di dalam tepak sirih yang turut tersisip kacip
pinang. Kemudian, diisikan pula lima cembul yang tersedia dalam tepak sirih
dengan hirisan pinang, gambir, kapur, cengkih dan tembakau. Kesemua lima cembul
ini disusun sebaris, melambangkan corak kehidupan orang-orang Melayu yang
sangat mementingkan nilai dan adat untuk membentuk hidup yang bersatu. Bibir
limau seulas Kak Su mengukir senyum puas, sambil tubuh tinggi lampainya
perlahan-lahan bangun menatang tepak sirih yang sudah sempurna diisi
selengkapnya.
Sebaik saja selesai
memberi penerangan ringkas kepada rombongan kaum keluarga yang bersama-samanya,
Kak Su berhati-hati menuruni anak tangga batu rumah pusaka arwah ayah dan
ibunya. Dia dan adiknya Ammar yang berpakaian lengkap pengantin lelaki Melayu,
beriringan menuju ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sampai di halaman rumah
pengantin perempuan yang juga tersergam tangga batunya, seorang nenek ahli keluarga Cikgu Rohaya
menyambut dengan serangkap pantun;
“Cempedak di tengah
halaman,
Uratnya tindih-bertindih,
Jangan lama tegak di halaman,
Naiklah ke rumah makan sirih.
Berseri-seri wajah setiap seorang wakil keluarga Kak Su
menyambut kata-kata wakil keluarga Cikgu Rohaya. Setelah naik ke anjung rumah dan duduk berhadap-hadapan, pihak perempuan
menghulurkan tepak sirih penyambut. Kemudian dibalas pula oleh pihak lelaki
dengan menghulurkan tepak sirih pengantar.
Cikgu
Rohaya terus berujar, "Jamahlah sirih kita, orang yang budiman..."
Lalu
Kak Su juga turut berujar, "Sama-sama kita menjamah sirih, orang yang
bijaksana..."
Kedua-dua belah pihak saling
membuka penutup tepak sirih sebagai simbol mencicipi sirih yang terhidang.
Sejurus, Cikgu Rohaya menghulurkan kembali tepak sirih Kak Su. Begitu juga
dengan Kak Su, dengan sopan menghulurkan kembali tepak sirih milik Cikgu Rohaya.
Lapang rasa fikiran Kak Su,
datang berkunjung membawa hajat beserta pula dengan membawa tepak sirih yang
melambangkan adat orang yang inginkan hidup rukun damai dan bermuafakat. Sirna
debaran di hati dan terlerai simpulan di lidah untuk memulakan bicara.
Lebih-lebih lagi Kak
Su mengerti, tepak sirih yang lengkap dengan isinya itu bermaksud, orang yang
membawa berkata; “Tuan, saya menghormati tuan. Besar harapan, tuan juga
menghormati kami. Semoga kedatangan kami membawa kebaikan untuk tuan membuat
pilihan.”
Lazimnya yang menjadi tradisi dahulu lagi, semasa mula mencicipi sekapur
sirih, dimulakan dengan meratah kepingan pinang. Ini membawa erti jawapan dari
pihak perempuan seperti berkata;
“Saya
tahu pihak tuan juga dari keturunan orang baik-baik dan sentiasa berbuat baik
kepada orang lain.”
Semakin terlerai
serabut jiwa Kak Su setelah dapat mengembalikan fungsi sirih pinang di dalam
tepak sirih sebagai tali penghubung rasa antara yang memberi dan yang menerima.
Semuanya berkaitan rapat dengan sistem nilai masyarakat Melayu, iaitu saling hormat-menghormati,
berbudi bahasa, bersatu-padu, hidup beradat dan berperaturan.
‘Ah!
Mengapalah..., susah sangat untuk Abang Lan memahami dan mempraktikan hakikat
ini? Berdosakah melakukan perkara harus sebegini, hanya dengan niat baik supaya
ikatan yang penting itu dimulakan dengan sesuatu yang mulia??? Hati Kak Su
mendesah panjang...
Tiba-tiba
telefon bimbit yang Kak Su letakkan di sisi kirinya berdering dan bergetar
tanda ada panggilan dari seseorang. Sedaya upaya dia mengangkatnya dengan
tangan kanan yang terasa sangat lemah. Terasa bagai cuba mengangkat seketul
batu besar lagi berat. Kak Su tersadai lemah di pembaringan, begitu lemah tidak
bermaya tubuh langsingnya untuk dibangun dudukkan. Rupanya dia bermimpi dalam
lena yang sebentar tadi. Kepalanya yang pusing masih lagi terasa berdenyut,
belum lagi lega dan reda seperti yang dimimpikannya...
“
Hello...” Kak Su cuba melepaskan suara yang terperangkap dalam rengkongnya.
Serak dan kering malah terasa tersangat perit tekaknya.
“Su,
sejak semalam abang telefon, mengapa tidak jawab...?” Cuping Kak Su menangkap
suara garau suaminya berbaur bimbang dan curiga.
“Su
demam, bang...Tidak larat bangun...” Ujar
Kak Su dalam perit rengkong yang bagaikan sudah berhari-hari tidak meneguk air.
Juga seperit hatinya yang masih terluka dengan sikap suami yang terlalu ego.
“Agaknya
awak pulun berkemas dan membeli belah untuk persiapan kenduri kahwin, Ammar?”
Tuduh melulu Abang Lan yang masih berbaki ragu-ragu.
Badan Kak
Su yang terasa sangat lemah dan berbahang tidak upaya menjawab kebimbangan
Abang Lan. Dia mengumpul segenap tenaga untuk
membangunkan tubuh langsingnya dari posisi baring kepada duduk, tetapi rasa
tidak terangkat kepalanya. Terlalu berat bagai melebihi lima puluh lima
kilogram berat badannya. Sedaya upaya Kak Su cuba membulat tekad, dia tidak mahu mengaku kalah. Tarikh pernikahan Ammar
hanya tinggal sepuluh hari saja lagi! Dia mesti segera bertindak menyempurnakan
persiapan yang sudah dirancang.
“Tuukk…Tuk…Tukk.”
Ketukan di pintu bilik membuatnya tersentak tiba-tiba. Terpangkas serta-merta
semua lamunannya.
Terhuyung-hayang
Kak Su melangkah ke pintu. Perlahan-lahan tangan kanannya memutar tombol pintu,
sementara tangan kiri mencengkam dahinya. Sekonyong-konyong pandangan Kak Su
yang kabur tertangkap kelibat Ammar yang berbaju-T berbelang biru putih dan
berseluar panjang hitam, tercegat di depan pintu. Ammar cuba tersenyum walaupun
berkerut dahinya memandang Kak Su dengan
kehairanan.
“Berkali-kali saya
ketuk pintu hadapan, kakak tidak muncul. Mujur saya membawa kunci pendua. Abang
Lan menelefon saya, katanya kakak demam... Terukkah demamnya, kak?” Ammar
bertanya dengan nada dan wajah cemas sambil menekap tangan ke dahi Kak Su.
“Demam biasa saja, petang semalam kakak berhujan semasa balik
dari mengajar. Sudah ke klinik dan sudah dapat cuti sakit untuk hari ini dan
esok. Cuma kepala kakak yang masih pusing.” Terang Kak Su sambil bergerak
perlahan menuju ke bilik air untuk berwuduk.
Seusai
solat ‘asar, Kak Su mendesak Ammar menghantarnya ke Pekan Ulu Tiram yang cuma
tiga kilometer dari rumahnya. Tepak sirih dan keperluan hantaran mesti segera
dilengkapkannya. Kak Su sudah membulatkan tekad tidak mahu bertekak dan
bertengkar lagi dengan Abang Lan. Biarlah dia sendiri membeli tepak sirih yang
bagi diri Kak Su sebagai lambang kerukunan dan setia kasih. Tidak patut
dipertengkarkan dan tidak patut berkecil hati atas sikap tidak acuh Abang Lan
yang dibaluti ego tebal. Seikhlasnya Kak Su mahu hari bahagia Ammar yang
semakin hampir turut membahagiakan hatinya juga. Biarlah Abang Lan dengan
egonya, desah Kak Su.
“Cepat kak! Kita melintas sekarang…”
Ammar memimpin tangan Kak Su untuk melintasi lampu isyarat pejalan kaki yang
berwarna hijau dengan ikon orang melangkah. Kereta Ammar terpaksa di parkir
jauh kerana kesesakan lalu lintas.
Kak Su cuba menpercepat langkahnya mengejar langkah Ammar yang mendahuluinya.
Sambil Kak Su melangkah pantas, matanya melilau memerhati ke barisan kedai di
seberang jalan. Enjin puluhan kenderaan
yang berhenti di hadapan mereka berbunyi
seperti orang sedang merungut, menunggu saat lampu hijau bulat menyala
memberi laluan kepada kenderaan pula. Pasti akan meluru dan memecut, kecut
perut Kak Su tergambar begitu.
Sungguh sibuk
dan gawat lalu-lintas di hadapan Kak Su dan Ammar. Begitu jugalah kegawatan hati
Kak Su ingin tepak sirih yang dihajati segera berada dalam tangannya. ‘Ya!
Sebentar lagi tepak sirih itu sudah kubeli dari kedai peralatan pengantin di
seberang jalan sana…Jadilah ia tepak kasih bagiku!’ Gumam Kak Su sambil kakinya
melangkah kian pantas ke kaki lima kedai.
Lampu isyarat hijau dengan ikon orang berjalan kaki tiba-tiba bertukar warna
merah. Memaparkan ikon orang berdiri. Berkerut
dahi Kak Su menahan kebingitan di telinga. Berdenyut-denyut semula kepalanya
terganggu dek bunyi deru enjin kenderaan dan hon kereta yang ditekan
berkali-kali. Mujurlah sempat dia menyeberangi jalan raya yang sibuk dan padat
lagi kalut itu. Kak Su tercungap-cungap kepenatan sambil tangannya
mengurut-ngurut dadanya. Tiba-tiba…
“Oppsyyh! Isyh…Tengok kaki awak!” Jerit Kak Su tersangat terkejut, dan merah
padam mukanya.
Ammar turut terkejut, dalam sekelip mata tidak terduga berlaku sesuatu yang
membuat airmukanya berubah! Dari merah
padam kepada pucat lesi. Sangat-sangat terkejut dan menerbitkan marah pula!
Hampir saja Kak Su terjelepuk jatuh dan tersungkur ke atas simen kaki lima
kedai. Kaki kanannya bertembung selisih sepasang kaki panjang gagah berseluar
panjang hitam dan berkasut kulit hitam berkilat. Yang tiba-tiba terhenti
langkah di hadapan mereka berdua. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
“Maaf! Maafkan…Maafkan saya tidak sengaja!” Lelaki tinggi gagah berdada bidang
dan berbaju merah pulasan kelihatan tercungap-cungap. Hampir juga dia rebah
arah hadapan Kak Su. Segera tangan kirinya memaut bahu Ammar yang sedang
membantu Kak Su berdiri semula.
Mujur mereka
sudah menghampiri kaki lima kedai. Tidak di pinggir jalan…Ngeri untuk Kak Su gambarkan
jika berlaku di atas laluan melintas jalanraya tadi
“Awak patut
buka mata besar-besar! Tidak merempuh orang sesuka hati!” Rungut Kak Su dengan
nada marah dan muka merah padam. Sempat Kak Su melirik, tangan kanan lelaki itu
memegang kemas beg plastik terang berisi sebuah tepak sirih!
Kecoh sebentar kaki lima kedai di tepi laluan lintasan pejalan kaki. Orang
ramai yang lalu lalang tercengang-cengang memandang ke arah seorang lelaki yang
bertembung laluan dengan seorang wanita. Kedua-duanya hampir sebaya dalam
lingkungan umur empat puluhan. Suasana hingar-bingar pekan Ulu Tiram yang sibuk
sesak pada waktu lewat petang itu mengeruhkan semula hati Kak Su. Lebih-lebih
lagi bertembung dengan lelaki sekalut itu.
Membuak-buak rasa marah di hati Kak Su.
Sebaik sahaja Kak Su dapat berdiri semula…Satu lagi kejutan!
Melongo mata bundar Kak Su sebaik tetancap tepat ke wajah lelaki itu. Hampir saja dia
menjerit sekuat hatinya!
“Abang Lan!” Lemah
seluruh tubuh Kak Su dan terus tersandar ke dada bidang suaminya, Doktor Azlan
pensyarah sebuah IPTS yang terlalu sibuk. Terlalu terkejar-kejar masa berkerjaya,
sehingga hampir mengorbankan adat-istiadat bangsanya dan perasaan isterinya
sendiri. Sungguh tidak patut! Desis Kak Su dalam hati.
Sepantas kilat
tangan kiri Abang Lan mendakap bahu Kak Su. Tangan kanannya pula menghulurkan
plastik berisi tepak sirih sambil matanya merenung Ammar dan Kak Su, silih berganti. Lalu kata
Abang Lan,
“Ambilah tepak
sirih ini untuk dijadikan tepak kasih yang dapat menghimpunkan tautan kasih
seisi keluarga kita. Kita masih perlukannya menjadi simbol menyampaikan hajat
dan menyatukan hati kita semua…” Lirih suara Abang Lan, tidak lagi
melengking-lengkip pada pendengaran Kak Su.
Kerunsingan
Kak Su telah bubar dan denyutan pusing kepala Kak Su juga sirna. Kekusutan
fikiran terlerai dan persefaham menyingkirkan sikap tidak acuh. Himpunan kasih tersimpul dan tersimpan
semula di dalam tepak kasih!

Published on January 25, 2013 17:04
January 18, 2013
Balqis
(saya kongsikan bersama salah satu cerpen saya yg kini telah diantologi persendiriankan dlm Titian Gelora, terbitan DBP, utk pengunjung yg tinggal di luar negara dan tak dpt membelinya. Terutama sekali utk Fatin dan peserta2 bengkel lain, yg mahu melihat bagaimana saya mengangkat latar Mesir ke dlm karya. Terima Kasih DBP :) yg sgt byk membantu saya dlm dunia penulisan, selama ini)
------
BALQIS
DI ANTARA kemerduan irama gambus yang menyesakkan pendengaran, perasaan dan fikirannya, Adam berteleku di tepi jendela bilik penginapannya yang serba ekslusif. Entah mengapa, sejak mengunjungi gudang membuat permaidani tempoh hari, dia merasakan seluruh jiwa raganya dingin beku bagaikan dia terperangkap dalam ketulan ais; bertahun-tahun lamanya. Padahal, dia berbaring di sisi isterinya yang bertubuh hangat lagi gebu!
Malangnya, peristiwa di gudang membuat permaidani itu terus datang dengan gambaran wajah kanak-kanak perempuan yang cornel. Wajah yang tersirat berjuta rasa pilu.
Setelah melalui tiga malam yang dingin berturut-turut dengan segala resah gelisah, sekaligus menyeksakan batin dan kewarasannya, Adam merasakan bumi Kaherah yang dipijak itu bukan saja penuh dengan sejarah, tetapi juga menyimpan suatu sejarah hidup peribadinya, yang sekian lama cuba dikuburkan dan dilupakan.
Perlu mencari kepastian, desis hatinya. Jika tidak, gila jadinya dia. Demikianlah, Adam merasakan irama gambus yang kedengaran sayup-sayup lagi memukaukan itu, menggamit dan bagaikan menyeru-nyeru namanya, dia kian resah. Sewaktu dia melangkah keluar dengan berhati-hati dari bilik penginapannya, terasa seperti dia turut berusaha memecahkan ketulan ais yang sekian lama mencengkam jiwanya. Tetapi gagal.
Ya, sekurang-kurangnya aku berusaha, fikirnya. Dia melangkah cepat-cepat ke lif, seolah-olah sedang dikejar oleh bayang-bayang sejarah silamnya. Sejarah
silam itu menghantui benaknya pada waktu siang dan mengganggu tidumya pada waktu malam. Dan dalam tidurnya, dia mengigau dan terus mengigau. Dia mengigau tentang hidupnya sebagai siswa di Universiti Al-Azhar, sepuluh tahun yang lalu. Tentang pengajian-nya dalam jurusan ekonomi itu. Tentang politik tanah airnya. Tentang ibu bapanya yang sudah lama menjadi arwah. Tentang isteri pilihan keluarga, yang disogokkan kepadanya sebaik-baik saja dia kembali ke tanah air. Tentang cinta. Dan tentang ... Balqis, yang bergerak bagai sedang menarikan tarian perut diiringi irama
gambus.
"Siapakah engkau dan kepunyaan siapakah dirimu?" soal Adam bagaikan tercabar bercampur geram terhadap sikap gadis siswi jurusan sastera yang baru
dikenalinya.
"Namaku, Balqis binti Abu Hurairah bin Abu Qarrun bin Abu Munabbah al-Yamaani. ... Perlu saya teruskan lagi?" soal Balqis, nakal. Dan setelah melihat kening
Adam bertaut, dia ketawa kecil. "Dan ... diriku kepunyaan siapa? Aku diciptakan Allah untuk dirimu... Adam, tidakkah engkau tahu?"
"Mari ke sini!" perintah Adam, semakin geram. Irama gambus yang merdu, menerpa ke jendela hatinya, sebaik-baik saja bas yang membawa rombongan Persatuan Sejarah Universiti Al-Azhar itu, berhenti di hadapan gedung yang bertulis Cleopatra Papyrus
Institute. Gadis Timur Tengah yang nakal itu melirik manja ke arahnya sebelum bergegas turun.
"Engkaulah yang ke mari!" cabar gadis itu, dengan loghat Timur Tengahnya yang agak pekat.
Adam mendengus kasar, mengancing gigi dan menggenggam penumbuk. Dia melangkah turun, lambat-lambat, cuba menenteramkan perasaannya. Dia mengekori ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh pensyarah mereka, memasuki sebuah galeri yang penuh dengan lukisan-lukisan reproduksi Mesir Kuno di atas papyrus, kertas asli Mesir. Dan mereka terus ke bengkel pembuatannya, dengan menuruni lorong tangga pula. Biarpun matanya menyorot ke arah beberapa orang remaja lelaki yang duduk meraut batang-batang papyrus, sejenis rumput yang tumbuh di pinggiran sungai, tetapi seluruh fikirannya tertumpu ke arah gadis Timur Tengah yang nakal yang memakai pakaian dari Barat itu. Begitu dia melihat inti batang papyrus dibelah tipis-tipis dan kemudian disusun rapat dua lapis,dia merasakan hatinya yang dibelah tipis-tipis dan kemudian disusun rapat dua lapis - dengan hati Balqis!
"Setelah tepinya dirapikan dan dihaluskan permukaannya dengan batu," jelas ketua rombongan Persatuan Sejarah itu lagi, "hasilnya ialah selembar
kertas yang amat liat dan lentur, dapat digulung kecil
tanpa patah."
Amat liat dan lentur, dapat digulung kecil tanpa patah? Tanya hati Adam tiba-tiba. Dia hampir tergelak. Bagi Adam, semua kaum wanita begitulah sifatnya setelah dirapi tepinya, dihalusi pennukaannya, biarpun liat, ia masih boleh lentur dan dapat digulung kecil tanpa patah. Dia yakin, begitulah sifat Balqis, gadis Timur Tengah yang bagaikan memberontak dan menonjolkan sifat yang liat kerana terbawa-bawa
dengan fahaman pejuang pembebasan hak wanitanya. Jangkaan Adam memang tidak meleset. Setelah bertahun-tahun bersama-sama Persatuan Sejarah, dia dapati gadis itu boleh dilentur dan dapat digulung kecil tanpa patah apabila dimasukkan ke dalam poket peribadinya. Akhirnya, dua minggu sebelum dia berangkat pulang ke tanah air, setelah berjaya menerima skrol ijazah, segera tercetus keinginannya untuk melihat perkampungan Balqis yang jelita itu.
"Mesir ialah kurniaan Nil," ujar Balqis sambil tersenyum.
"Hmm ...?" Adam termangu mendengar jawapan itu apabila dia mengajukan keinginannya.
"Ah, bukankah sejarawan Yunani Herodotus pernah berkata begitu?" tingkah Balqis sambil menahan teksi. "Untuk itu, silakanlah menikmati keindahan kurniaan Nil bersama-sama."
Teksi usang itu meluncur laju. Di sepanjang perjalanan menuju ke kampung Balqis yang terletak di pinggir Sungai Nil, pandangan Adam menerawang ke arah kedai-kedai menjual cenderamata di Giza. Teksi terus dipecut ke Saqqara, sekitar 27 kilometer dari Kaherah. Lalu menyusuri anak terusan cabang Sungai Nil, mengitari seluruh daerah perladangan jagung yang subur, berselang-seli dengan padi dan kapas.
Alangkah indahnya pemandangan itu! Desis hati Adam. Dia disentuh nostalgia apabila melihat rumah-rumah petani dari bata lempung, seakan menghirup nafas di pinggiran sungai. Suasana di sebuah perkampungan petani di pinggiran sungai, di negeri kedah,
menghimbau kembai ke dalam ingatannya. Alangkah indahnya suasana itu. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak berkejaran di bawah pohon kurma, beberapa orang lelaki yang berpakaian jallabiya berkemeja panjang sampai ke buku lali sedang menunggang
keldai yang membawa muatan berat, beberapa orang wanita berpurdah hitam membawa guci dan keranjang di atas kepala; tanpa memperdulikan trak-trak yang bergerak laju dan beberapa penduduk tempatan yang berpakaian Barat.
"Indahnya," ujar Adam yang menikmati sebuah gambaran perkampungan yang tidak banyak berubah sejak ribuan tahun, lengkap dengan beberapa ekor unta yang dikerah membawa batang-batang pelepah daun palem untuk dijadikan atap rumah di kampung itu.
"Silakan," tegur Balqis, sebaik-baik saja teksi berhenti.
"Assalamualaikum ...," tegur seorang lelaki tua yang kemudiannya dikenali sebagai Ab Qarrun, datuk Balqis. "Alhamdulillah, selamat datang, aku amat senang menerima kunjunganmu. Dan aku yakin, jika kedua-dua ibu bapa Balqis masih hidup pun, tentu
mereka juga senang menerima kunjunganmu, cucuku. Ah, aku seperti sudah lama mengenalimu, melalui cerita-cerita yang dibawa oleh Balqis, setiap kali dia
mengunjungiku."
Demikianlah, Adam dilayani penuh mesra oleh Abu Qarrun. Tidak dirasanya masa berlalu sehingga begitu lewat petang. Akhimya, tanpa banyak alasan, tanpa sedikit pun keberatan, Adam menerima pelawaan lelaki tua itu agar dia bermalam saja di rumah usang mereka. Namun, ketika dia hendak bertolak pulang pada keesokan paginya, Abu Qarron mengajukan suatu soalan yang menggugat ketenteraman fikirannya.
"Adam, apa niatmu terhadap cucuku?" soal Abu Qarrun dengan suaranya yang bernada lembut tetapi tegas. "Apa perasaanmu terhadap Balqis? Jelaskan, cepat!"
"Err ... saya amat sayang padanya, tuk," ujar Adam, teragak-agak sedikit. "Hubungan kami amat rapat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tapi kami
tak pernah. ..."
"Aku tahu, aku tahu ...!" tingkah lelaki tua itu. "Aku banyak mendengar cerita daripada Balqis sendiri, juga daripada teman-teman sekampusnya yang tinggal
sekampung. Seluruh isi kampung juga sudah tahu. Apa tindakanmu untuk membersihkan nama cucuku itu?"
"Niat saya cukup suci, tuk. Saya ingin sekali mengambil Balqis sebagai isteri, jika ...," jelas Adam. Dia ingin menjelaskan kedudukannya sebagai siswa Universiti Al-Azhar yang dibiaya oleh bapa saudaranya. Dia ingin menjelaskan betapa cuma seminggu saja lagi, dia perlu bersiap-siap untuk pulang ke tanah airnya. Dia ingin sekali mengadu betapa dia tidak mampu membiayai tiket penerbangan Balqis ke Kedah,
andainya dia menikahinya. Dia ingin sangat-sangat.
"Kalau begitu, selesai masalah!" pintas lelaki tua itu sambil menyeka air jernih di kelopak matanya. "Alhamdulillah adalah pujian-Mu, dan keagungan adalah sarung-Mu, dan kesombongan adalah sedang-Mu,seluruh makhluk adalah hamba-Mu jadikan malaikat-malaikat dan penghuni langit sebagai saksi; aku, hamba-Mu yang hina ini, nikahkan cucuku Balqis dengan Adam dengan mas kahwin, dan tasbih serta tahlil atas-Mu!"
Balqis yang sejak tadi sibuk di dapur, tiba-tiba muncul di ruang tamu. Lantas, lelaki tua itu menjelaskan akan pemikahan cucunya dengan Adam. Balqis ternyata agak tersentak, tetapi sejurus kemudian mengangkat muka menatap wajah Adam dengan suatu
pandangan yang lembut.
"Mas kahwinku, bagaimana?" soal Balqis, seperti mencabar.
Memikirkan tentang kebiasaan dowry yang mencapai $20000 hingga S30000 di Kaherah itu. “Perlukah aku mengadakan emas, perak atau permata," sela Adam, "Sebagai mas kahwin untuk diberikan kepada Balqis?"
"Tidak perlu," tegas lelaki tua itu. "Mas kahwin Balqis ialah dengan membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi Muhammad S.A.W. penghulu seluruh Rasul. Berikanlah selawat kepada Muhammad supaya dengan izin Allah, akan aku halalkan Balqis bagimu.”
Lantas, tanpa membuang masa lagi, Adam pun membaca selawat Nabi. Dan, selama seminggu kemudiannya, sebelum dia berangkat pulang ke tanah air, dia dan Balqis menyempurnakan hidup sebagai suami isteri. Cuma seminggu saja.
Pintu lif yang terbuka, tiba-tiba menyentak lamunan Adam ke alam nyata. Dia melangkah keluar dari perut lif itu, seperti dia melangkah keluar meninggalkan
kenangan silam yang sering menghantuinya. Apalah yang dapat dilakukan lagi, apabila sekembalinya ke tanah air setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar. Dia dijodohkan dengan anak gadis bapa saudaranya; bapa saudara yang dengan murah
hati membiayai pengajiannya hingga ke seberang laut itu. Untuk tidak melukai hati keluarganya, dia menangguhkan berita tentang dia dan Balqis. Dan sewaktu dia mencecahkan dahi untuk membatalkan air sembahyang isteri pilihan keluarganya yang tidak kurang cantiknya jika dibandingkan dengan Balqis, pada malam pertama,
nalurinya memberitahu supaya dia menangguhkan saja dulu berita tentang dia dan Balqis. Dan berita itu tertangguh-tangguh terus, berturut tahun. Seperti surat
yang dijanjikan untuk dikirim kepada Balqis dulu, turut tertangguh-tangguh.
"Good morning, sir," tegur bell captain hotel ketika melihat Adam muncul di lobi.
"Morning ...!" balas Adam, segera berlalu pergi.
Tatkala langit subuh musim dingin belum menampakkan diri, dengan hati yang berat lagi berbelah bagi, Adam menjengah muka di pintu bandar utama. Dia mengeluh singkat, penuh resah. Saat itu, suasana sekitar deretan hotel yang bercambah di pesisiran Sungai Nil yang membelah kota, cuma kelihatan hidup dengan beberapa buah teksi usang bergerak perlahan mencari penumpang.
"Andainya encik ingin pergi sendirian tanpa berkumpulan, eloklah encik menyewa teksi. Belanjanya murah dan selamat pula."
Hampir tergelak Adam mengingati pesanan bell captain hotel itu, ketika dia dan beberapa orang ahli rombongan yang dianjurkan oleh panitia Aga Khan Award supaya mengunjungi Kaherah. Namun, kehadiran isterinya dalam rombongan itu dibiayai oleh bapa mentuanya.
"Berbahaya sendirian ke Kaherah," usik bapa mentuanya sambil mengenyitkan mata. "Gadis-gadis Kaherah cantik-cantik belaka."
Serta-merta dadanya sebak. Nafasnya sesak. Di kembali diganggui oleh peristiwa di gudang membuat permaidani tempoh hari. Peristiwa yang sedikit sebanyak mengembalikan ingatannya kepada sejarah hidupnya di bumi Kaherah, sepuluh tahun yang lalu; juga
seperti bumi Kaherah yang penuh sejarah; dengan piramid dan Sphinx yang amat mengagumkan; dengan makam-makam peninggalan yang bersalutkan emas dengan gadis-gadisnya yang jelita; dengan irama gambus dan tarian perut; dan dengan Balqis!
Serentak, kakinya terus berundur, ingin kembali ke tempat penginapan yang serba eksklusif - di sisi isterinya. Dia perlu mencari kepastian, jika tidak mahu
peristiwa di gudang membuat permaidani tempoh hari terus-terusan menggugat ketenangannya. Dia perlu.
Lalu dia menahan sebuah teksi dan mengarahkan pemandunya ke sebuah perkampungan yang tidak berubah sejak dulu. Dia pernah menginap di salah sebuah rumah di perkampungan itu, bersama-sama Balqis, selama satu minggu.
"Mustahil!" desis hatinya. "Mustahil kalau cuma seminggu, sudah membuahkan hasil. Karut! Kerja gila jika mempercayainya! Tapi. ..."
Teksi usang itu terus meluncur laju. Setiap kali mereka melewati sesebuah bangunan bersejarah, pemandu teksi itu mengerling ke arahnya melalui cermin kecil yang tergantung di hadapannya. Dia bertanya sama ada Adam berminat untuk singgah di Cairo
Marriot, bekas istana mendiang Raja Farouk dan Alexandaria yang gemar berfoya-foya dan kemudiannya digulingkan oleh Gamal Abdel. Adam menggelengkan kepala, menolak tawaran pemandu itu. Teksi usang itu terus meluncur laju melewati bangunan Cleopatra Papyrus Institute, melewati pelancong-pelancong dari Eropah yang kelihatan seronok
menunggang unta di padang pasir, melewati beberapa buah piramid raksasa yang dibina khas untuk Firaun Khufu atau Cheops, melewati sisa-sisa kuil peninggalan zaman silam. Teksi itu terus melewati daerah perdagangan Kaherah, melintasi Universiti Al-Azhar dan kemudian mereka melewati tanah perkuburan yang berbatu-batu panjangnya, merangkap daerah penempatan bagi mereka yang miskin. Hatinya tertanya-tanya, 'apakah di tanah perkuburan ini tempat kedua-dua ibu bapa Balqis dikebumikan? Dia mengeluh panjang. Ah, masih hidup-kah lagi Abu Qarrun, lelaki tua yang memelihara Balqis
sejak kecil itu? Apakah lelaki tua itu juga sudah disemadikan di tanah perkuburan itu kini?
Namun lamunan Adam segera terbang, apabila teksi itu tiba-tiba berhenti di hadapan bangunan yang bertulis Carpet School. Serta-merta wajahnya pucat seperti mayat. Dengan suara yang sedikit kasar, dia mengarahkan pemandu teksi itu meneruskan perjalanan ke tempat yang ditujuinya. Kemudian, dengan suara yang lembut, setelah berjaya mengawal perasaannya, dia menjelaskan kepada pemandu itu bahawa dia telah
pun melawat gudang membuat permaidani itu beberapa hari yang lalu bersama-sama isterinya.
"Allah, bang. Rendahlah mutu permaidani-permaidani ni," bisik isterinya pada ketika itu. "Ah, patut pun, budak-budak kecil yang disuruh buat!"
Begitu isterinya membebel tentang mutu permaidani itu. Adam merasakan bagai terpanggil untuk menghampiri beberapa orang kanak-kanak yang sedang membuat permaidani itu. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga ke sepuluh tahun itu,dengan pipi yang kemerah-merahan, mata bulat yang jernih dan sayu, duduk berderet-deret membuhul satu per satu benang-benang sutera untuk dibuat permaida-
ni. Seorang pengawas lelaki yang berwajah dingin dan bengis, memberi arahan dan memerhatikan kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak itu. Dengan tidak semena-
mena, salah seorang daripada kanak-kanak itu memberanikan diri mengangkat muka dan menatap wajah Adam, bagai meraih simpati. Beberapa detik kemudian, sinar mata kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan sembilan tahun itu berubah, menjadi bercahaya-cahaya. Dengan tidak semena-mena, dia melonjak datang dan memaut leher Adam.
"Ayah! Saya tahu ayah akan datang ...!" ujar kanak-kanak itu, berulang kali dan tersekat-sekat.
"Saya tahu! Biar apa pun orang lain kata, saya tak peduli. Saya tahu, saya juga ada ayah seperti budak-budak lain. Saya tahu, ayah saya akan datang dan menyelamatkan saya daripada pengawal yang jahat itu!"
Dengan tidak semena-mena, tubuh kanak-kanak perempuan itu tersentak ke belakang dengan kasarnya. Pengawal lelaki yang berwajah bengis itu, tidak putus-putus menghamun kanak-kanak perempuan yang meronta-ronta dalam genggamannya.
"Ayah! Tolonglah saya, ayah!" rintih kanak-kanak perempuan itu, tersedu-sedan. "Jelaskan pada pengawal lelaki yang jahat itu, saya bukan anak yang tidak berbapa. Saya ada ayah juga. Dan ayah saya sudah datang, untuk membawa saya pergi. Tolonglah, ayah ...!"
"Tapi, saya tak pernah mempunyai anak perempuan," jelas Adam, biarpun dia amat bersimpati dengan nasib anak malang itu. "Percayalah, kalau saya ada anak perempuan, saya akan berterus terang. Buat apa saya berbohong. Tapi, saya ada anak lelaki, tiga orang semuanya, nun jauh di negara Malaysia. ..."
Dengan tidak semena-mena, kanak-kanak perempuan itu berhenti meronta-ronta. Dengan teresak-esak, dia menyeka air matanya dan merenung wajah Adam dengan pandangan yang amat sayu. Aneh, air muka yang jernih yang terpancar di wajah kanak-kanak
perempuan itu, seakan-akan pemah dilihat di wajah seorang kanak-kanak lain sebelum ini. Nafas Adam tersentak. Ah, mustahil! Mustahil! Mustahil air muka anak kecil ini serupa dengan air muka anak-anakku! Karut! Karut ...! Bantah hatinya, kerusuhan.
"Ada apa, bang?" soal isterinya, terpinga-pinga dan tidak mengerti sepatah pun perkataan yang diucapkan oleh anak kecil itu.
"Maafkan kami tuan," ujar pengawal berwajah bengis itu. "Saya tak sangka anak ini akan berkelakuan begini ganjil kerana selama ini, dia cuma berangan-angan saja kononnya dia juga mempunyai ayah. Budak ini anak tanpa ayah, anak luar nikah, tuan. Maafkan kami. ..."
"Tak mengapa, tak mengapa ...," jawab Adam, serba tidak kena.
"Saya akui, kelakuan anak itu memburukkan pandangan pelancong terhadap kami. Saya mohon maaf, tuan," tingkah pengawal berwajah bengis itu. "Saya sudah cukup bertimbang rasa padanya. Dia cucu petani miskin. Di sini dia diberi peluang belajar membaca dan menulis, sambil bekerja menenun permaidani. Ah, kalau bukan kerana datuknya, datuk saudara saya juga, dah lama saya halau dia dan sini. Maafkan kami, tuan. ..."
Dengan wajah yang tersirat berjuta-juta rasa pilu, kanak-kanak perempuan itu bergegas menghala ke belakang gudang. Dan sewaktu Adam dan isterinya kembali menaiki teksi untuk segera pulang, sekali lagi kanak-kanak perempuan itu datang secara mencuri-curi; bimbang dilihat oleh pengawal lelaki berwajah bengis itu. Adam dan isterinya menjenguk ke luar tingkap teksi dan meneliti wajah kanak-kanak perempuan itu. Dengan tidak semena-mena, hati Adam disentuh pilu.
"Apa yang pak cik boleh buat untukmu, nak?" soal Adam, lembut.
"Nah, ambillah permaidani kecil ini," ujar kanak-kanak perempuan itu, perlahan. "Permaidani ini memang saya tenun khas untuk ayah saya, apabila ayah saya datang. Bertahun-tahun lamanya, saya menenun dan melukis gambar di permaidani ini. Setiap
wang saku saya, saya gunakan untuk membeli benang-benangnya. Nah, saya harap permaidani itu menyenangkan ... tuan, biarpun tuan tak mengakui saya anak
tuan. ..."
"Siapa namamu, nak?" soal Adam, teragak-agak menyambut pennaidani pemberian anak kecil itu. Diterima salah, tidak diterima mungkin akan membuatkan gadis kecil itu kian parah.
"Nama saya, Ruqqayah binti Adam bin Imran bin Abdul," jawab anak kecil itu, kembali teresak-esak. "Dan arwah ibu saya bemama Balqis binti Abu Hurairah bin Abu Qarrun bin. ...." Tanpa menghabiskan kata-katanya, anak kecil itu terus berlari pergi,
meninggalkan Adam yang berwajah sepucat mayat.
"Ada apa, bang?" tanya isterinya. "Apa yang budak tu cakap? Apa?"
Teksi usang itu terus memecut laju, menyusuri sebuah perkampungan petani di pinggiran Sungai Nil. Teksi itu kemudian beransur-ansur perlahan dan berhenti di hadapan sebuah rumah usang. Adam turun dari teksi sambil menggenggam sehelai permaidani comel sebesar sapu tangan lelaki. Pada permaidani itu tertera dengan lukisan wajah Balqis dan Adam, dalam pakaian perkahwinan ala Barat. Dengan hati yang
berdebar-debar, dia melangkah menghampiri seorang lelaki yang sangat tua yang sedang berdiri di bawah pohon kurma. Lelaki itu terkejut dan kemudian tersenyum.
Adam tersedak hiba. Pada hari ini, dia bertekad akan melangkah keluar dari ketulan ais yang sekian lama memerangkap jiwa dan raganya. Dia wajib menembusi ketulan ais itu, untuk menebus dosanya. Dia perlu!

Published on January 18, 2013 12:00
Buaya Sempadan; Al Fazli Mohd. Salleh
Salam sdr2 :) bersama2 ini, sekali lagi, dgn teramat sgt bangganya, saya menyiarkan gambar cerpen Buaya Sempadan, hasil karya Sdr Al Fazli Mohd. Salleh yang juga anak didik saya, yang baru sahaja terbit di Dewan Sastera, edisi Mei 2012. nanti selepas tempoh bulan terbitnya cerpen ini di ds, dapatlah kiranya fazli terbitkan keseluruhan cerpen utk kita kongsi bersama di sini. tahniah fazli :) gigih terus k.
http://feeds.feedburner.com/sastera
Published on January 18, 2013 04:46
January 10, 2013
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
Sifu tersayang!
Setulus hati, seikhlas doa
seisi blog sastera dan sastera kayangan juga visi sastera
serta semua anak-anak didik sifu mengucapkan 'selamat ulangtahun kelahiran'
semoga sifu sentiasa diberkahi Ilahi dalam semua hal sepanjang hayat!
Segunung kata terima kasih dari kami semua atas perkongsian ilmu sastera yang sifu curahkan.
agi idup agi ngelaban!

Published on January 10, 2013 01:48
January 1, 2013
USUS: Menang Hadiah Sastera Perdana
oleh Azmah Nordin
(Sdr2 sekalian atas permintaan Abufarwizah :) saya terbitkan cerpen ini kembali di blog Sastera kita ini, dgn tujuan utk perkongsian bersama. diharap, sdr2 semua k :))
Di antara kengiluan diterjahi ratapan dan raungan ngeri yang bagaikan tidak kunjung henti berdengungan di gegendang telinganya, dalam debaran yang bukan alang kepalang menggoncang dadanya, dengan tangan yang terketar-ketar menatang sedulang hidangan makanan yang ditempah oleh Prof. Raja, Linda bergegas keluar dari pintu dapur hospital. Aroma harmoni dari hidangan berasaskan kualiti dan citarasa tinggi itu menyelusup keluar dari bawah penutup dulang yang diperbuat daripada perak, lalu menusuk rongga pernafasaannya. Dia menegang rahang.
Keangkuhan; Tatkala peluang mencipta nama, meraih prestij, menggondol kekuasaan dan menabung komisyen dibahagi-bahagi macam kuih, dan para eksekutif tertinggi Hospital Besar Bongawan (HBB) dan penabur dana melahap atau memuntahkan. Tatkala nikmat berhasil dikeruk atau direbut, lewat pujuk-rayu perdaya. Mereka yang menjadi doktor pakar sama terkenalnya dengan para pesakitnya. Tatkala kepercayaan murni diperkosai, serta perompakan harapan dan harga diri seorang anak kecil, seorang pesakit dan seorang ibu digelar. Tatkala wanita polos lagi serba naif diseret ke sumur segala kegetiran, untuk sebuah tujuan absurd. Tatkala mata dunia terbelalak dan sepakat bahawa menuding telunjuk ke arah wanita bukan cara bijak untuk mencapai maksud; Linda rasakan peta keangkuhan yang dicermininya itu, tidak akan pupus dikunyah angin waktu, biar sampai ke akhir zaman sekalipun. Ia kekal begitu-begitu juga, selagi segelintir lelaki seperti Prof. Raja dan Bos, ketua pakar bedah itu masih wujud. Pasti.
Apakah itu mainan perasaan terkilannya cuma? Terkilan? Untuk apa harus terkilan pada Prof. Raja, kalau dosa lelaki itu sekadar mengarahkan Chef dapur hospital itu menyedia-hidangkan sendiri tempahan makanan kepadanya? Untuk apa terkilan segalanya, kalau dia sendiri bukan tukang masak pun – jauh sekali sebagai Chef, keluh hatinya, dibalut kedukaan yang amat parah. Aneh,memang. Prof. Raja yang tidak pernah sekali mencemar `duli’ (diri) dengan makanan lain selain makanan dari hotel 6 bintang, tiba-tiba mula menempah makanan dapur hospital itu, sejak 3 hari yang lalu.
Alangkah! Desisnya, kehairanan. Ketika melalui koridor dapur menuju ke bangunan HBB, sempat dilirk-kitar-pantaukan setiap kegiatan seluruh karyawan di seluruh pelusuk kawasan dapur bawah tanah yang semerbak dengan pelbagai jenis masakan. Dan, bau harum didihan pelbagai jenis masakan, berombak-ombak di udara dapur yang seluas separuh padang bola sepak dengan pelbagai aktiviti yang membingitkan itu, sebelum melolos diri keluar dari kaca-kaca jendela dan lalu tersebar menerawang di antara hembusan angin kencang, menyelinap di sela-sela dedaun dan reranting di pepohon perhiasan dan segenap pelosok kawasan hospital itu, bagaikan menyuntikkan kesegaran murni kepadanya – biarpun apa yang akan dilakukan sebentar lagi, sama sekali tidak murni.
Ah! Apabila kesempatan melunasi hasrat lama terpendam muncul lewat Chef yang menerima tempahan makanan Prof. Raja, penolong kepada timbalan pengarah HBB itu – terus di muka pintu dapur hospital itu – apa seharusnya dilakukan oleh Linda, seorang mantan ibu, mantan isteri orang dan entah apa-apa lagi? Selintasan ungkapan suara hatinya terngiang dalam ingatannya. Linda, lulusan ijazah Bachelor of Science dari institusi tinggi tempatan, dengan cita-cita hanya satu; pakar pemakanan hospital, seperti arwah ibunya, berkaca mata, berambut separas tengkuk saja itu sendiri, mengeluh singkat.
Sungguh, dia sudah cukup berusaha untuk pergi meninggalkan luka yang tidak mahu sembuh, untuk terus berjalan tegar di atas kerapuhan semangat. Biarpun acap kali tersadung di tebing lautan nestapa, terendam dalam dendam yang diperam dengan linangan air mata. Ingin dilihatnya segala kepahitan ini berakhir dengan kesaksamaan; Ingin ditutup-pulihkan semua nafas duka. Ingin akhiri kisah nanah yang menitis daripada luka yang lara. Ingin diakhirinya dengan suasana damai, meskipun tak mungkin seceria dengan Amy dulu. Tapi gagal.
Siapa sangka? Buat pertama kali semenjak 15 tahun menggeluti kawah-kawah yang mendidih dengan pelbagai kelompok gulai dan sayur-sayuran, dari satu hospital ke satu hospital, kesempatan itu datang setelah mendapat kenaikan pangkat dan dipindahkan ke hospital ini. Jelasnya, siapa yang tidak kenal pada nama Prof. Raja, penolong timbalan pengarah HBB yang kerap keluar masuk pelbagai media massa dengan pelbagai kejayaan bereksperimen dan penemuan perubatan baru itu? Siapa? Linda bukan saja kenal, malah tidak pernah akan lupa, tidak selagi nama lelaki itu terpahat dalam luka di hatinya yang paling dalam berturut tahun lamanya, biarpun setengah mati dia cuba melupakannya. Nama itu, kini sudah berkarat berat, dan kesan toksid dari karat itu merebak-kotorkan warna sanubarinya.
Isk...! gerutunya. Padahal, sepanjang hidup yang diingatnya, ingin diyakini diri; secara dasar, dia pembersih orangnya. Kerana itulah, kebersihan dapur hospital; paling diutamakan. Seperti dia utamakan kebersihan Amy yang di tahan berulang kalinya untuk berulang-kali melalui rawatan kemoterapi, yang berakhir dengan pembedahan demi pembedahan pula. Entah mengapa, dengan amat lambat tapi pasti, benaknya lalu ditujahi pelbagai soalan yang menakutkan; andainya Amy hanya seorang pesakit biasa yang penyakitnya `ringan’ seperti deman atau batuk-batuk biasa dan sebagainya, apakah doktor-doktor pakar itu akan tercabar untuk mengunjunginya bersusun jari, setiap hari? Apakah akan ada pihak pelabur yang `bermurah hati’ mengeluarkan dana ratusan ribu ringgit, untuk membiayai pembedahan demi pembedahan ke atas Amy?
Kini, Linda yang menatang sedulang makanan tempahan Prof. Raja itu, mengancing gigi, mempercepatkan langkahnya di koridor berbumbung menuju ke Menara HBB. Dikerlingnya pepohon bunga di taman mini yang terkulai patah, dipukul deruan angin yang berpusar-pusar liar mengitari seluruh gugusan bangunan hospital. Seperti dia mengerling untung nasib pesakit-pesakit daripada golongan papa kedana yang hanya mempunyai `penyakit biasa-biasa saja’. Ternyata, setiba di HBB (layanan yang sama dari hospital-hospital lain), mereka akan langsung dirujuk kepada pekerja-pekerja kebajikan atau terus saja ke Yayasan Penyelidikan untuk dijadikan bahan uji-kaji. Dia seperti dapat mendengar amaran/peringatn pakar-pakar perubatan yang tidak diungkapkan secara lisan, mahupun secara hitam putih, tapi tetap wujud; Hei, jangan pula ada yang iri hati kepada mereka yang kayaraya lagi berpengaruh yang mungkin dihidangkan segelas tapai atau arak berjenama mahal kegemaran mereka yang bermutu tinggi setiap masa makan malam. Layanannya juga, tentu sekali jauh berbeza dibandingkan dengan pegawai-pegawai perubatan yang andainya terpaksa ditahan sebagai pesakit. Mana ada yang berani mencerobohi privacy atau keselesaan para doktor merangkap pesakit ini, tau menanyakan apa-apa soalan yang mungkin memalukan mereka?
Sensitif isu itu, memang. Yang pasti, pencerobohan privasi hanya dibenarkan ke atas pesakit yang tidak berwang dan tanpa pengaruh dan sebagainya saja, bukan? Misalnya kepada Amy!
Linda yang melangkah berhati-hati di sela orang ramai di lobi bangunan HBB, menuju ke pintu lif khas buat karyawan itu, tersendu keharuan. Barangkali, boleh saja dia beranggapan bahawa tempahan makanan Prof. Raja itu sebagai sesuatu yang positif. Satu penghormatan bagi dapur hospital yang tidak pernah Prof. Raja pandang, biar dengan sebelah ekor mata pun sebelum ini. Seolah-olah mengesahkan bahawa lontaran terma `Makanan Hospital’ yang sering menjadi cemuhan bahan cemuhan masyarakat itu, adalah tepat. Padahal, bertungkus-lumus dia dan karyawan dapur hospital, menjaga reputasi dengan seboleh mungkin, seberkhasiat mungkin dan seenak mungkin. Mungkin lelaki itu sudah mulai mahu mengikhtiraf masakan hospital? Yalah tu! Dengusnya, sinis. Bagaimanapun, masuk hari kedua, Linda bertindak. Chef yang memasak dan menghidangkannya sendiri kepada Prof. Raja di tingkat tujuh bangunan HBB, diminta memberikan perhatian kepada seorang kenamaan yang baru dimasukkan di wad VVIP, sementara tugas melayan Prof. Raja akan Linda diambil-alih.
Mujur Chef itu akur, keluh hati Linda, dengan peluh dingin terus memercik di seluruh liang roma. Setitik demi setitik terbit membulat dan bergulungan turun dari tubuhnya, bersama-sama serentetan kenangan yang bergulir datang. Terpampang kembali, bagaimana semuanya bermula, Amy yang meraung akibat sakit perut, digegaskan ke hospital, 15 tahun yang lalu. Begitu sampai, `kes’ Amy berpindah dari satu tangan ke satu tangan pegawai perubatan dan doktor pakar yang lain. Dari satu kaedah rawatan ke satu kaedah rawatan yang lain. Amy yang masih kecil itu, sudah dituntut untuk menyerahkan seluruh kepercayaan bulat-bulat kepada mereka yang bergelar doktor pakar, di hospital besar Kota Kinabalu.
Alangkah pahitnya mengenang kisah silam. Alangkah hodohnya dunia kenyataan! Rintih hatinya, dalam ratap dan ngongoi berlanjut panjang di dalamnya. Namun, secepat itu, dia mengulum senyuman sulit. Ah, pasti melegakan apabila kesempatan melunasi hasrat yang lama terpendam terpenuh nanti. Asal jangan terlalu gementar hingga dibuatnya sampai pengsan, saat menghidangkan makanan kepada Prof. Raja kelak, sudah memadai. Cukuplah dia jatuh pengsan di tepi Lindal hospital Amy dahulu!
Ya cukuplah, keluh hatinya, dibalut duka. Begitu pintu lif berdesis terbuka, dia melangkah masuk dan tercegat di sisi petugas yang membawa peti alat pertukangan kayu. Serta-merta gambaran seorang lelaki penyembelih ayam membelah perut ayam sudah dicabut bulunya di atas meja dapur hospital, menerjah ingatannya. Entah mengapa, mendadak saja ayam togel itu mengingatkan dia kepada Amy, 15 tahun yang lalu!
“Betulkah pembedahan susulan itu perlu dilakukan lagi, tuan doktor?” tanya Linda yang baru berusia 25 tahun ketika itu, selepas sekumpulan doktor pakar mengunjungi Amy yang terlantar dalam ngeri, di atas katil hospital Kota Kinabalu. Jari jemarinya terketar-ketar, membelai wajah Amy yang mengembang oleh rawatan kemoterapi, sama seperti seluruh tubuh kecilnya. Amy yang telah keguguran hampir 90% daripada rambutnya itu, sugul bak bunga layu menanti ajal. Sayu hatinya melihatkan bola mata Amy yang melingkar lebam, tenggelam jauh ke dalam tengkorak. Sempat terlintas di benaknya untuk membawa pulang Amy ke rumah, supaya dapat dirangkul dengan penuh kasih sayang dan lebih kemas, berbanding dengan di atas katil yang berselirat dengan pelbagai peralatan perawatan berteknologi canggih yang sekali pandang bak kaki labah-labah raksasa mencengkam Amy. Sekali gus, mungkin boleh juga dirawat segala kesengalan diri sendiri bahana terlalu kerap tidur di tepi Lindal Amy, dengan hanya beralaskan tikar mengkuang dan tuala sebagai bantal yang dibawa dari rumah itu. Dia tambah tertekan apabila sering `disoal-siasat’ oleh ahli keluarga pesakit lain tentang suaminya yang kian jarang dilihat melawat Amy di hospital itu.
“Terpaksa. Kalau tidak, keadaan anak puan akan bertambah parah, kalau tiada tindakan segera diambil. Silap-silap, polyposis di dalam perutnya akan membiak terus dan bercambah dengan seganas-ganasnya... ”ujar Dr. Raja,. doktor pakar kanser itu, dengan bersungguh-sungguh. Doktor muda berkaca mata, berambut ikal, bertubuh melengkung tinggi, berjubah putih, berkulit hitam manis itu, bagai tidak melihat akan kerlingan sinis beberapa jururawat dan doktor yang mengiringi lawatan mereka dari satu katil ke satu katil pesakit itu. “Bagaimanapun, terserahlah kepada keputusan puan, sama ada mahu diteruskan rawatan ini atau pun tidak... atau tanyakan Bos, ketua saya itu... untuk pengetahuan puan, diagnosis penyakit anak puan ini dibuat oleh Bos sendiri, bukan saya.”
Seganas-ganasnya? Dengan hati yang dicengkam rasa takut yang amat sangat, Linda meleretkan pandangannya ke arah Amy yang terlentuk lena dalam dalam pengaruh ubat tahan sakit itu lagi. Terkedip-kedip, dia mendengarkan penjelasan Dr. Raja tentang tujuan pembedahan colectomy perlu dilakukan; untuk mengeluarkan sebahagian daripada usus besar ataupun kolon Amy. Oklah, yang penting Amy sembuh, itu saja yang dia pinta. Bagaimana dapat Linda jangkakan, setelah ditandatangi surat keizinan, dan Amy langsung melalui pembedahan colectomy, tiba-tiba dia diberitahu bahawa pembedahan susulan perlu dilakukan sesegera mungkin; pembedahan untuk mengeluarkan rektum, di bahagian hujung usus besar Amy di mana ketumbuhan polip baru secara berleluasa - menurut Dr. Raja – dan secara tidak langsung, semua isi perut Amy dikeluarkan sehingga Amy terpaksa pula melalui pembedahan ileostomy pula, untuk menembuk-bukakan usus kecil ke atas dinding bahagian kaviti perut di bawah dada, bagi membolehkan hampasan atau kotoran mengalir ke dalam beg, di bahagian luar tubuh Amy yang kian hari kian bagai mayat hidup saja itu.
Tak habis-habis! gerutu Linda, membara. Ini perlu dilakukan, puan, jika tidak, silap-silap, ia akan membiak sampai ke mata anak puan pula nanti, Dr. Raja cuba memujuk-tenangkannya. Bagaimana pun, ia bergantung pada puan juga untuk membuat keputusannya, saya hanya menyampaikan diagnosis yang saya dan Bos lakukan, tempoh hari, tambah Dr. Raja lag, serius. Ke mata? Desis Linda, tergerun getir dan tersepit ngeri. Dan akhirnya, terpaksa akur dan bersetuju saja. Aduh, masalah lain pula timbul. Berulang-kalilah pula usus kecil itu tersekat atau tersumbat akibat terpintal-pintal, macam terpintalnya hos paip dalam pelbagai bentuk rupa, menghalang pengaliran cecair melewatinya. Bagaikan tidak tertangguh-tangguhkan lagi – ataupun, bagaikan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai perut - beberapa pembedahan lain pula dijalankan, untuk meluruskan kembali usus kecil Amy. Jelasnya, apabila prosedur ini dilakukan, mahu tidak mahu, ia turut melibatkan keseluruhan usus kecil Amy pula yang diangkut-keluarkan; itu bermakna Amy terpaksa bergantung pada tiub intravenous feeding sepanjang hayatnya – kalau hayatnya panjang.
Ya, Tuhan, tolong! Raung Linda tanpa suara, apabila diberitahu bahawa semakin banyak pula Amy ditumbuhi dengan desmoid tumor atau tumor jinak yang jaringan ikat yang umumnya berasal dari selaput pembungkus otot dari fascia otot (musulus rectus).
“Jangan bimbang, puan. Tumor jinak adalah benign (tidak bahaya),” kata Dr. Raja sambil menyengih senang, sebelum menambah lagi; tentang biarpun polips terus membiak secara perlahan-lahan, ia tetap teguh. Memang sukar untuk mengeluarkannya, dan andainya dipotong juga, ia akan tumbuh dengan lebih ganas lagi. Sukar mengatasi masalah usus kecil tersumbat itu tanpa mengeluarkan tumor berkenaan. Terutama sekali apabila tumor jinak itu terlalu besar, sebesar sebiji anggur, dan sedang merebak pantas. “Risiko trauma dan pendarahan dalaman mungkin terjadi. Berbahaya itu. Bersabarlah, puan.”
Linda hanya mampu terkebil-kebil, tidak terkata-kata. Dia terus terkebil-kebil apabila mereka membuat keputusan untuk membiarkan saja tumor jinak yang terbukti tidak juga sejinak mana itu di dalam usus kecil Amy begitu saja. Mereka lalu menjahit tutupkannya perut Amy semula. Macam menjahit mayat yang baru dibedah siasat; mayat hidup.
Pada lewat malam itu, Amy tiba-tiba meraung dan meraung ngeri tidak ketentuan, dari tengah malam hingga menjelang subuh. Linda dan jururawat syif malam terkial-kial cuba mententeramkan Amy, namun tidak berhasil. Sedangkan doktor pelatih yang bertugas enggan datang melihat keadaan Amy. Dia hanya mampu terpinga-pinga, apabila doktor pelatih itu menafi segalanya, sambil memarahi jururawat syif malam yang dianggap sengaja memburukkan namanya kepada Dr. Raja, mentornya. Bagaimanapun, dia turut bersyukur apabila doktor pelatih lain datang memberikan suntikan untuk menenangkan Amy.
“Sebenarnya, sedari mula lagi, kami sudah mengesyakinya... kes anak puan memang sudah tidak tertolongkan lagi ... tapi itulah, keputusan terletak di tangan puan juga, bukan? “ujar Dr. Raja, terang-terangan menyalahkan Linda kerana menandatangani borang-borang kebenaran untuk mengizinkan pembedahan demi pembedahan dilakukan ke atas Amy, selama ini. “Janganlah pandang kami begitu, puan. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk anak puan, percayalah.”
Percayalah? Jerit hati Linda, biarpun mulutnya bungkam. Mereka sudah mengesyaki Amy memang tiada peluang sembuh sedari awal lagi? Kalau begitu, kenapa mereka tidak berterus-terang saja kepadaku sedari awal, supaya Amy boleh kubawa pulang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama-sama keluarga tersayang – sekurang-kurangnya, sebelum suamiku yang lemah semangat itu begitu tertekan, kerana terpaksa ambil cuti tanpa gaji daripada majikannya, dan kejemuan berulang-alik ke hospital itu tanpa boleh berbuat apa-apa untuk meringankan derita Amy - lari mencari kebahagian di pangkuan `isteri’ mudanya lain pula dan terus ghaib entah ke mana. Meninggalkan aku terkapa-kapa sendirian menghadapi segala butiran istilah-istilah perubatan yang tidak kumengertikan langsung ini? Sebaliknya, kenapa - dengan jubah putih, dengan leher digayuti stestoskop yang kilau-mengilau dicecahi lampu tidur di tepi katil Amy, mereka menakut-nakutkan aku supaya menandatangi borang keizinan itu, untuk terus membolehkan mereka bereksperimen ria ke atas jasad anak gadisku yang malang itu? Kenapa? Tapi, soalan-soalan yang bagaikan pisau bedah atau picagari berisi penuh dengan kemo (racun) itu, hanya berceracak tajam ke dalam dada yang membara pedih.
Amyyy... maafkan ibu... maafkan ibu... ibu sangat naif...! Sambil terengah-rengah menghela nafas, dia terus menggoyangkan tubuhnya ke depan dan ke belakang, di kerusi plastik berhampiran jendela itu. Dia terus termangu kebodoh-bodohan, cuba menelusuri kembali kronolgi segalanya, sehingga membuatkan Amy terlantar bak mayat hidup di katil hospital, tapi dia gagal. Dia terus termangu dalam keadaan begitu, sambil merenung wajah Amy, tatkala jururawat menjeritkan pegawai perubatan supaya segera datang memberikan bantuan pernafasan kepada Amy yang menghembus nafas terakhir. Dia terus begitu, apabila kegelapan dunia menyambut dan merangkulnya dengan penuh kasih sayang, ketika dia rebah pengsan di tepi Lindal mayat anak kecilnya itu.
Linda mematikan kenangan silamnya. Tanpa sedar, kian dia lif itu bergerak menghampiri tingkat tujuh bangunan hospital itu, semakin bibirnya bagaikan terjungkit-jungkit dengan sendiri, mengukir seringaian aneh. Kiranya, sebagai pengurus perkhidmatan nutrisi, Linda tiada masalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat, jika di perlukan, bukan? Mahu yang setengah masak saja? Oh, tiada masalah. Mahu yang mentah terus pun, boleh. Segar lagi bahan-bahan masakannya. Jika tak percaya, boleh tanya kepada sepupunya, doktor di bahagian patologi itu. Kebelakangan ini, anak saudara itu sentiasa sibuk saban malam, melakukan bedah siasat ke atas mayat yang tiba di jabatan patologinya itu. Sayang, sungguh sayang, menurut sepupunya. Ramai pula yang mati muda. Mangsa kemalangan, penagih dadah, bunuh diri dan sebagainya. Banyak organ yang terbuang begitu saja, kerana terlewat beberapa jam sampai ke hospital dan tak sesuai digunakan sebagai organ transplan lagi. Termasuk usus manusia yang masih hangat lagi!
Malam tadi, apabila mendengarkan luahan perasaan Linda tentang tempahan makanan Prof. Raja itu, dengan bau darah hanyir dan bau tengik usus pecah mayat yang dibedah siasat itu, terkocoh-kocoh sepupunya datang menghulur bantuan dan apa-apa lain yang patut, bersesuaian dengan resepi masakan istimewa teramat istimewa tempahan Prof. Raja itu.. Anak saudaraku memang baik, sporting lag! Getus hatinya. Sebaik-baik saja sepupunya beredar pulang, Linda bingkas menyediakan bahan-bahan utama berwarna merah jambu yang kegelapan di sana sini itu, dicucikan dengan berhati-hati supaya tidak koyak selaput yang membungkusi bahan mentah itu, sebersih mungkin. Diuli-gaulkan dengan pelbagai rempah ratus untuk menaikkan rasa dan menghilangkan bau hanyirnya. Kemudian, diperam berjam-jam, untuk memastikan kelazatannya apabila dimasak, mencapai ke tahap paling maksima. Begitu menjelang dinihari, sebelum karyawan dapur mula bekerja di dapur, dijerangnya belanga di atas dapur dan dimasukkan bahan-bahan yang telah siap diperam itu. Semerbak bau memenuhi ruang udara dalam dapur mininya itu. Dia menyeringai lagi. Fikirnya, tidak boleh tidak, biar sampai boleh dikategorikan sebagai hidangan yang teristimewa antara yang teristimewa, dari segala sudut. Mutu masakan dan seni hiasan makanan haruslah setanding indahnya dengan sajian makanan daripada restoran hotel-hotel enam bAmyg kunjungan tetap Prof. Raja, sebelum ini – jika tidak lebih pun. Sekali gus berupaya menciptakan satu sajian makanan yang memiliki kelainan luar biasa!
Pintu lif yang berdesis terbuka di tingkat tujuh bangunan utama HBB itu, menyentak lamunan Linda ke alam nyata. Dengan nafas yang terengah-rengah, dengan tekad yang membulat, sambil menatang dulang makanan teristimewa itu, tanpa menghiraukan beberapa orang yang duduk di sofa empuk di ruang menunggu itu, dia bingkas menuju ke meja seorang wanita jelita berpakaian bak eksekutif korparat berwarna lembut, untuk menanyakan di mana pejabat Prof. Raja.
“Maafkan saya puan. Tapi, lebih baik puan bawa balik saja makanan itu ke dapur hospital,” tegas wanita jelita itu, dengan wajah yang sugul. ”Saya tak rasa Dr. Raja bersedia menerima apa-apa makanan pun, ketika ini.”
“Eh? Kenapa pula tidak? Dr. Raja sendiri yang menempah makanan ini dari dapur saya, tau?” tingkah Linda, panik. Dapat dilihat semua usahanya – dengan bantuan sepupunya dari bahagian patologi – lebur begitu saja, sebelum sampai ke sasaran. Wanita jelita ini sengaja mahu sabotaj apa?
“Puan, bukan saya tak mau benarkan puan ke pejabatnya,”jelas wanita jelita itu, seolah-olah dapat membaca suara hatinya. “Prof. Raja yang baru beberapa hari ni dapat berita buruk; Suzanna, anak tunggalnya baru saja disahkan menghidap kanser usus yang teruk. Tak cukup dengan itu, Bos, ketua pakar bedah itu sudah mula merancang nak buat pelbagai eksperimen ke atas anaknya. Beliau tengah tertekan tu.”
“Oh!” hanya itu yang mampu Linda ucapkan. Kanser usus? Serta-merta, segala penderitaan yang Amy, anak gadisnya lalui sepanjang enam bulan melalui pelbagai proses `pemulihan’ di HBB itu, membayang tiba. Hatinya berdarah lagi, tapi kali ini bukan untuk dirinya. Sebaliknya untuk seorang gadis lain yang tidak berdosa – anak Prof. Raja. Tidak, tidak! Dia tidak mungkin tergamak melakukan apa yang Prof. Raja lakukan terhadap semangatnya – kepada Prof. Raja semula. Aku bukan Prof. Raja, aku Linda. Dan Linda, pada dasarnya, pembersih orangnya, luar dan dalam.
“Kalau saya benarkan puan masuk ke pejabatnya nanti, silap-silap, puan pun akan kena sumpah seranahnya, seperti yang baru saya kena tadi...” sela wanita jelita itu lagi. “Itulah...”
“Tak mengapa, saya mengerti. Terima kasih...bye!” ujar Linda perlahan, dan lalu dengan kepala tertunduk ke lantai, dia segera menuju ke pintu lif semula. Batalkan. Tidak berbaloi semua ini. Sama sekali tidak!
“Hello...? Ini makanan Dr. Raja tempahkah?”tanya seseorang.
Serta-merta Linda berpaling ke sisi dan tersua wajah seorang wanita berusia lingkungan lewat 50an, bergermerlap dengan barang-barang kemas, berseluar labuh dan berblouse putih longgar. Wanita itu menguntum senyum. Wanita itu menghulurkan tangan seperti sedia menyambut dulang makanan itu daripada Linda. Linda yang diperhatikan wanita setiusaha itu, terasa bagai terjerut nafasnya. Tapi, tidak menyerahkan dulang itu, seperti yang diminta.
“Tak perlulah kamu takut sampai pucat macam tu. ”gerutu wanita tua itu, langsung mengambil alih dulang makanan itu daripadanya. “Biar aku saja serahkan kepadanya makanan ini. Sejak semalam lagi dia tak makan, kasihan... Prof itu tak mungkin berani menyumpah seranah aku, percayalah. Aku ibu mertuanya.”
Linda yang terkejut gentar, hanya mampu termangu memerhatikan wanita itu berjalan terkedek-kedek memasuki pejabat Prof. Raja. Didorong oleh naluri dalam ingin tahunya, dia merapatkan diri di luar pintu pejabat itu. Terdengar suara wanita tua itu berceloteh panjang sambil memujuk agar Prof. Raja menjamah makanan. Terdengan bunyi seperti penutup sajian makanan diangkat dan diletakkan di atas meja. Terdengar bunyi seperti orang tersentak nafas. Sunyi sepi sesaat dua.
“Suzanna...!” Tiba-tiba, kedengaran suara lelaki dari dalam pejabat, meledak dengan ratapan dalam ngongoian yang panjang dari seorang lelaki.
Linda terlongo, cemas. Serta-merta dia terbayang pada sosej ayam mini cuma.. yang diuli-bentuk sebegitu rupa menyerupai usus dalam perut kanak-kanak, siap dengan sos tomato dan daun sadri lagi. Tanpa ilmu anatomi atau gambaran perut manusia, seperti dilukiskan oleh sepupunya, doktor dari bahagian patologi itu, tidak mungkin da dapat menyusun-gubah-kreatifkan sosej ayam mini itu hingga kelihatan seperti betul-betul macam usus yang terletak elok dalam perut kanak-kanak. Itu tidak termasuk lagi minuman cocktail daripada jus tomato yang memerah darah. Tapi, semuanya bahan berkhasiat dan selamat dimakan.
“Hidangan makanan apa yang puan seri ambil dari anda tadi, hingga membuatkan Prof. Raja meratap tak henti-henti macam tu?” tanya wanita jelita itu, dengan mata yang bercahaya. Dia lantas bergegas menuju ke pintu lif, melewati meja setiausaha yang kini tercangak-cangak memandang ke arah pejabat Prof. Raja.
“Ayam kukus saja, seperti yang ditempah... sosej ayam mini... ”getus Linda dengan sekilas pandang ke arah wanita setiausaha itu dan terus bergegas memasuki pintu lif yang berdesis terbuka. Aneh, begitu pintu lif berdesis tertutup, serta-merta terasa seperti sesuatu yang aneh telah berlaku ke atas dirinya; ratapan dan raungan ngeri Amy yang tidak pernah berhenti berdengungan di gegendang telinganya, semenjak 15 tahun itu, terhenti tiba-tiba... akhirnya.

Published on January 01, 2013 07:49
December 31, 2012
PERATURAN PRAKTIK BLOG SASTERA 2013
Disediakan oleh: Noraini Eslah/Ummu Anas
(Pengurus Blog Sastera)
Kemaskini Peraturan(1/1/13);
1. Blog Sastera hanya memberikan bimbingan cerpen secara percuma di blog terbuka ini.
2. Bagi bimbingan cerpen berbayar akan dilakukan di blog tertutup.
3. Bimbingan novel pula hanya di lakukan di blog tertutup dan berbayar.
4. Setiap peserta bimbingan cerpen, diberikan peluang untuk menghasilkan 3 buah cerpen dengan bimbingan percuma.
5. Tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan sebuah cerpen hanya satu bulan. Jika tidak siap dalam tempoh tersebut, disambung ke bulan berikutnya. Kiraan bulan berikutnya dikira sebagai tempoh sebuah cerpen lagi. Bererti setiap peserta hanya diberi masa bimbingan percuma selama tiga bulan sahaja. Masa selepas itu akan dikira dengan bayaran pula. (Bagi bimbingan yang dikenakan bayaran, akan dilakukan di blog tertutup).
6. Bagi peserta baru yang berbakat dan berjaya menyiapkan 3 buah cerpen melalui bimbingan percuma, akan berpeluang mendapat bimbingan ncr(novel cerita rakyat) secara percuma di blog tertutup.
7. Setiap cerpen yang sudah selesai diedit dalam blog ini, akan saya padam dalam masa seminggu. Ini bagi mengelakkan blog sastera mengalami masalah disebabkan berlebih muatan.
**Untuk memohon mengikuti blog tertutup dan berbayar, sila hubungi azmahnordin@gmail.com
Langkah-langkah Mengikuti Bimbingan Percuma Blog Sastera;
1. Bagi yang berminat mengikuti bimbingan cerpen, sila beritahu di shout box blog ini. Hanya nama yang terpapar di shout box saja yang akan saya daftarkan segera. Saya tidak akan menjemput anda melalui email.
2. Sila masukkan sinopsis cerpen yang ingin anda olah ke dalam thread sinopsis, yang kelihatan di sebelah kiri shout box.
3. Masukkan sinopsis anda ke dalam thread sinopsis. Posting cerpen mesti dilakukan ‘page by page’ kerana kotak komen di dalam blog ini muatannya kecil sahaja. Perlu juga ada ‘google account’ untuk proses ‘posting’; ia mudah saja dengan ‘klik’ mengikut arahan di kotak komen.
4. Setiap sinopsis anda akan saya baca dan nilaikan dahulu, samaada bernilai murni ataupun tidak. Hanya sinopsis yang bernilai murni sahaja yang akan saya pilih untuk mendapat bimbingan sifu. Selepas proses penilaian, akan saya buka thread bimbingan untuk anda.
5. Sebaik sifu mulakan bimbingan, harap segera mengolah cerpen anda menepati masa yang ditetapkan. Setiap kali selesai posting karya anda, harap beritahu di shout box bagi memudahkan saya menyusun giliran edit.
6. Sebelum membuat ‘posting’ karya anda, sila pastikan penulisan anda memenuhi format blog sastera; size huruf 12– Newtimes Roman dan double spacing. Kegagalan mematuhi format ini akan membuat sifu enggan mengedit karya peserta, sehinggalah format dipatuhi.
Senarai-semak ciri-ciri karya sastera;
1. Mesti menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.
2. Mesti menerapkan nilai murni.
3. Mengandungi nilai perjuangan.
4. Memenuhi hak-hak kemanusiaan.
5. Menjaga norma-norma kesejahteraan masyarakat dan menjaga sensitiviti beragama.
6. Memelihara hak dan mengangkat maruah wanita di mata masyarakat.
7. Mengelakkan paparan salahlaku sosial dan keruntuhan moral.
8. Menggunakan ilmu bantu untuk mengangkat mutu karya.
Kesemua ciri-ciri tersebut mesti dipenuhi, supaya karya kita akan mudah diterima oleh pihak penerbitan. Kebelakangan ini semua penerbit tidak mahu menerima karya-karya yang mengandungi unsur-unsur negatif. Antara unsur-unsur negatif yang dimaksudkan;
1. Kehancuran rumahtangga
2. Pergaduhan dan keganasan
3. Pembunuhan dan jenayah berat
4. Perbuatan sumbang.
Isu-isu sedemikian perlu dielakkan. Sewajarnya hanya bahan-bahan berunsur positif sahaja yang di ketengahkan kepada pembaca. Supaya dengan ini kita akan menghasilkan karya sastera yang mendidik masyarakat menjadi baik dan hidup dengan sejahtera.
Ayoh! Kita mulakan segera!(2013)http://feeds.feedburner.com/sastera

Published on December 31, 2012 09:23
10 Petua Utk Siapkan Novel
(tulisan ini ditulis khas untuk kita kongsi bersama, terutama sekali utk Ummu Anas, peserta bengkel yg membangkitkan persoalan ttg perkara ini kepada saya sebentar tadi :))
1. Tentukan masa utk menulis dan anggaplah sebagai sesuatu yang suci; mcm memenuhi tnggjwb bila masa solat tiba. Begitulah tnggjwb memenuhi waktu menulis. Masa yg sesuai yg dirasai masa anda paling kreatif – lewat malam? Dinihari? Subuh? Atau mengikut waktu pejabat biasa (mcm yg saya lakukan?) Ataupun, anggaplah masa yg anda janji pada diri sendiri itu, macam masa yang anda janjikan utk memenuhi `dating’ dgn kekasih; mesti dipenuhi, mesti diutamakan, kalau tidak putus cinta. Kalau anda tak cinta, tak kisahlah kalau putus sekalipun kan? Anda malah mungkin sengaja cari pasal atau alasan utk tidak meneruskan perhubungan itu. Tapi kalau anda sgt cinta...?
2. Jauhkan diri atau ketepikan segala bentuk gangguan; tekan punat off pada peti televisyen. Silent/senyapkan telefon bunyi telefon, hanya jawab sms setelah anda siap tugasan (penulisan) pada hari itu. Tetapkan masa menulis semasa tiada orang di sekeliling anda. Atauun, macam saya, sumbatkan telinga dengan ear phone dan mainkan muzik drpada mp3 dgn sekuat yang boleh, supaya anda tidak terganggu dgn sebarang bunyi lain di sekitar anda.
3. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita anda. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang pesat - hala tuju (mesej) ttp sama.
4. Jgn tergugat melihat skrin computer anda yg kosong. Tulis saja apa yg terlintas dalam fikiran anda, tak perlu fikir ttg salah ejaan, salah tata bahasa dll lain2, krn itu semua boleh diedit-perbaiki kemudiannya. Yg penting ceritanya dulu, biar mengalir mcm sungai. Mulakan dari gelojak perasaan watak utamanya atau dari satu babak memalukan/menyayat hati/menyeramkan/menggetarkan yg disusuli dgn imbas balik demi imbas balik sehingga terungkai mengapa ia boleh berlaku.
5. Dari bab ke bab, pasti anda sudah ada buat draf secara mental. Tiada satu pun yg anda tulis akan kekal atau tidak boleh dipadam, selagi ia belum dihantar kepada penerbit atau sudah terbit. Apatah lagi jika manuskrip itu masih berada dlm tangan sendiri, anda boleh mengubah-perbaiki pada bila2 masa saja. Jadi, jgn ganggu pengaliran ceritanya semasa anda perturunkan ke atas skrin computer. Jika ada tidak berpuas hati dengan ejaan, jalan cerita, gaya bahasa dan sebagainya, ia boleh diubah kemudiannya.
6. Jgn berasa anda perlu memulakan cerita dari titik permulaan atau mengikut urutan kronologi atau terlalu bergantung kpd draf asal novel anda. Masuk sepenuhnya ked lm jiwa watak-watak utama yg menghadapi konflik hidup itu, dan gambarkan sepenuhnya dr sudut pandangan watak2 tersebut. Kenali jiwa/perasaan/psikologi/kerjaya watak2 utama anda dgn mendalam, supaya anda tidak berasa tertekan hingga tersangkut dlm proses penciptaan kreatif anda nanti.
7. Berkaryalah tentang sesuatu yg anda suka, ini utk mengelakkan daripada anda menghadapi buntu pemikiran atau Writers Block.
8. Ulang kaji dan edit berulang-kali. Ini perlu dilakukan, setelah karya anda siap ditulis. Anda boleh tambah-cantikkan bahasa, susun-indah-kmplekkan ayat2 anda. Mana yg tidak berkaitan atau longgar, anda hanya perlu padam/delete daripada menyemakkan manuskrip novel anda.
9.Jangan ragu2 meletakkan diri anda di kalangan penulis lain. Buat satu senarai penulis yang baru menghasilkan beberapa buku2 secara sederhana saja mutunya, dan berkatalah pada diri sendiri `jika dia boleh buat, aku juga boleh – malah jauh lebih baik dariapda dia.’ Apa yg membezakan anda dgn si penulis itu, adalah kesungguhan mereka utk menghasilkan karya demi karya, dan jika mereka boleh, anda juga boleh, bukan? Sudah tentu akan ada ulasan dan krikan terhadap karya anda, begitu terbit nanti. Itu biasalah. Lagipun, hanya karya yang baik saja yang akan mendapat perhatian utk diulas atau dikritik – yang tidak baik, diabaikan, seolah-olah tidak pernah wujud. Jika ramai penulis top yg sanggup melalui pelbagai kritikan terhadap karya mereka – knp pula anda tidak, bukan?
10. Hanya anda yg boleh menentukan sama ada karya anda sudah siap ataupun belum. Biarpun anda mungkin akan menunjukkan manuskrip anda kepada rakan2 yg memang pakar dlm penulisan kreatif – dan sebagai kawan, tentulah dia akan memuji karya anda utk menjaga hati – kerana itu adalah tugas mereka. Yg paling baik, adalah dgn menghakimi karya sendiri. Pemisah antara karya bermutu dengan tidak bermutu hanya satu – diri anda. Jadi, tentukanlah bila atau bagaimana anda mahu melihat karya anda lahir k

Published on December 31, 2012 09:18
Azmah Nordin's Blog
- Azmah Nordin's profile
- 14 followers
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.