PERATURAN PRAKTIK BLOG SASTERA

Disediakan oleh: Ummu Anas (Noraini Eslah)



Salam sejahtera untuk semua peserta dan pengunjung blog sastera yang budiman.



Berikut saya senaraikan dan jelaskan peraturan praktik Blog Sastera bagi memudahkan para peserta mengikuti kelas bimbingan cerpen dan novel.



Bimbingan cerpen dan novel yang sifu Az lakukan di Blog Sastera ini adalah percuma dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk setiap kelas bimbingan;











1. Kelas Bimbingan Cerpen



1.1. Hanya tiga (3) buah cerpen bagi setiap peserta yang sifu bimbing secara percuma.



1.2. Semua sinopsis cerpen bagi bimbingan percuma mesti dibedah dalam diskusi sinopsis sebelum diolah dan mesti menepati checklist karya sastera yang disediakan.



1.3. Jangka masa yang diberi untuk menyiapkan setiap cerpen hanya selama sebulan.



Sebaik-baik sinopsis cerpen selesai dibedah, peserta mesti segera memulakan olahan dalam masa sebulan. Jika tidak siap dalam tempoh itu, bimbingan cerpen itu boleh dilanjutkan hingga selesai; tetapi akan dikira memasuki tempoh bagi bilangan kedua, jika masuk bulan yang kedua. Begitulah seterusnya.



1.4. Jika satu sinopsis cerpen mengambil masa hingga lima bulan baru selesai olahan, bererti untuk bimbingan cerpen berikutnya, peserta mesti mengikuti bimbingan berbayar dengan sifu lain. sbb peluang yg diberikan di sini, tidak anda hargai



1.5. Bagi yang dapat menyelesaikan tiga buah cerpen dalam jangkamasa yang diberikan, dicadangkan untuk memulakan satu novel dengan bimbingan percuma di blog Sastera.



1.6. Bagi thread cerpen yang dibiarkan kosong selama sebulan tanpa memberi tahu pengurus blog, ia akan dipadam dan diberi tempoh seminggu untuk menghidupkannya semula.



2. Kelas Bimbingan Novel



2.1. Hanya novel yang pertama sahaja yang diberi bimbingan percuma selama enam bulan. Juga dengan syarat ianya novel kanak-kanak dan novel remaja.



2.2. Sinopsis novel yang ingin digarap, mesti terlebih dahulu dibedah dalam diskusi sinopsis supaya mematuhi checklist ciri-ciri karya sastera yang sudah disediakan.



2.4. Semua thread novel yang dibiarkan kosong tanpa sebarang makluman lebih sebulan akan dipadam. Selepas dipadam, jika peserta mohon thread dihidupkan semula, ianya bersyarat dalam masa dua minggu saja untuk segera digarap. Selepas tempoh ini, thread akan dipadam sekali lagi.



2.5. Bagi novel pertama, jika thread sudah dipadam sebanyak dua kali - tidak akan dihidupkan kembali, sebaliknya peluang ini akan diberikan kepada peserta lain yg lebih memerlukannya dan lebih bersedia memberikan komitmen terhadap karya sendiri dgn serius.



2.6. Setiap novel bimbingan percuma yang sudah sampai kepada 3 bab terakhir, akan dipindahkan bimbingan ke blog Visi Sastera yang lebih privacy dan terlindung; ia blog yang dikhaskan untuk menyelesaikan bab-bab terakhir novel sahaja. Setiap peserta berkenaan akan diberitahu dan diuruskan kemudian, di hujung bimbingan bersama sifu kelak.



**Sangat2 diharapkan semua peserta mematuhi format Blog Sastera setiap kali menghantar karya;



Size huruf 12-Newtimes Roman, double spacing. Kegagalan mematuhi format ini akan membuat sifu az enggan mengedit karya peserta sehinggalah format dipatuhi.



***Selepas melakukan posting peserta mesti memberitahu saya di shout box, supaya dapat saya senaraikan mengikut giliran utk sifu edit.



Terima kasih di atas kerjasama semua peserta meneliti peraturan yang disediakan ini; semoga dapat dipenuhi dengan mudah. Selamat berkarya dengan jayanya!





http://feeds.feedburner.com/sastera
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2011 14:38
No comments have been added yet.


Azmah Nordin's Blog

Azmah Nordin
Azmah Nordin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Azmah Nordin's blog with rss.