Kaz Ishak's Blog, page 5

July 13, 2012

melankolik 'the worst toilet' ; skodeng sikit epilog 3 naga

  
 


 





mak gua pernah cakap! benda free memang sedap!!



p/s : ini cubaan melankolik gua tentang "the worst toilet' dalam penulisan pulpa gua yang panjangnya hampir 500 muka surat pertama! harap dapat di terima! tak terima, boleh singgah bagi sedikit teguran yang membina pembangunan manusia-gua?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2012 00:55

July 9, 2012

antara filem malay-sia akan datang yang harus di tonton di panggung!





29 February - "... satu anugerah atau satu sumpahan?" kita saksikan nanti di panggung!  

lakonan hebat Remy Ishak sebagai ‘Budi’, pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton!
".. Apa nak kena dengan kau ni? Sejak kau berkawan dengan budak cina tu, macam-macam perangai kau! Kau ni memang nak menyusahkan semua orang lah!" kata nya.

29 FEBRUARI sebuah naskah filem arahan Edry Abdul Halim di pawagam mulai 30hb Ogos 2012!


ayuh zomba sekalian!

....

sebuah filemarahan Datin Paduka Shuhaimi Babadi pawagam mulai 13 september 2012!


tanda dan petanda-kedatangan seorang putera. "..suatu dilemma melayu"

*Antara peristiwa yang di isi dalam gagasan naratif filem Tanda Putera


*Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang. Keranda 152 adalah satu episod dari rantaian perjuangan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang selayaknya. Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.




*Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. 

 "... Dan mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Zedong.



p/s ; dan kedua-dua naskah filem ini punya simili pada gagasan naratif-satu paksi pada ruang-masa dan latar landskap ( milieu ) yang berbeza.

Long live Malaysian Cinema!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 04:08

July 8, 2012

rebiu ; filem 8 jam








semalam gua ke panggung pukul 8 malam tontonyang filem 8 jam. gua sampai panggung kul 8! Gua dah lambat sampai! gua beratur panjang, nak beli sweetcorn dan air pepsi. seraya dapat sweetcorn yang awek gua 'tolong' bayarkan, gua gegas membontot awek gua yang berlari masuk ke dalam panggung hall 3. bila gua buka pintu panggung, air pepsi gua terjelepuk jatuh depan pintu masuk panggung. angin satu badan gua tengok air pepsi gua yang berlimpah tuh. gua gagah kan jugak masuk panggung. buat bodoh sambil awek yang duduk kerusi belakang sekali ( house-seat namanya ) pandang-pandang gua yang tengah ralat menonong air pepsi gua tu. ( yang entah mana macam mana pulak dorang dapat duduk seat VIP tuh? ) getus gua tengok awek dua orang tu! dalam gelap, gua duduk kerusi tengah panggung, mula melayan sweetcorn gua tanpa air pepsi  sambil menonton 10 minit pertama filem 8 jam. disusuli dahaga gua memuncak sepanjang 80 minit yang berikut, menonton filem 8 jam ni.

awek gua tanya. "...sweetcorn ni macam tak sedap lah." Gua balas. "...mungkin tak cukup 'garam'." "... atau mungkin tak cukup 'marjerin' agaknya!" bentak awek gua yang memang pandai sangat kritik pasal makanan. Gua senyum ( dalam hati ralat sangat ) dan terus melayan sweetcorn gua yang tak berapa nak 'sedap' malam tuh sambil mata gua terkuak menontonyang filem 8 jam terbitan M.I.G arahan Ahmad Idham. kah kah kah.



p/s : hanya apa yang gua rasa ketika menonton.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2012 01:18

July 5, 2012

astro ; my home town?



lu org bikin! dorang tayangkan! dorang nak dengar citer lu org pasal pekan lu org!!!




gua bosan-bosan, cuba mengisi kebosanan lepas layan biskut kering, loya-toya, ketar lutut. budak cengeng nak cari idea. nampak pekan aku macam menarik malam ni. lain macam dia buat gua pening-migrain. gua amek kamera gua. layan rakam. jom kita layan benda ni?? 

gua sayang pekan gua!! kenapa gua sayang pekan gua? sbb kat pekan gua ada uncle wong. lelaki cina, umur 58 tahun, fasih berbahasa melayu, jual nasi lemak daun pisang siap bukus pakai kertas surat khabar tamil press!, sambal ikan bilis terbaik seluruh pangea!



click bawah ni pun boleh, tengok macam best je layan. ".... bila pekan kampung simpang siur nampak menarik tika-mana gelap-bosan-kosong melanda republik benak budak cengeng macam aku neh!" jom layan!  






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2012 10:47

July 2, 2012

rebiu filem ; aku, kau dan dia




semalam, sebelum gua pergi menonton euro, gua ke panggung dengan awek gua! layan filem yang dikatakan naskah terbaik dari pengarah muda Pierre Andre, Aku, Kau dan Dia. Lakonan Remy Ishak, Pekin Ibrahim dan Zarinatasha Jamal apa ntah. lu org pi tanya lebai google lah nama pelakon baru ni, sebab dia maha mengetahui bukan?!

dalam panggung, tengah gelap, gua sibuk melayan sweetcorn gua yg kesedapannya tahap sedang elok di lahapkan tekak gua yg loya pada visual-image yang di momok kan oleh emosi watak dalam naratif yang semacam melankolik yang membutuhkan benak gua. Namun dari se-awal naratif bermula, gua faham juga apa yang hendak diceritakan Pierre dalam ruang-masa watak Mia ( lakonan Zarinatasha ) yang semacam "the beautiful mind' ini. Membuka sudut pandang dari 'state of mind' ( internal sunshine of the spotless mind ) seorang gadis comel molek, anak orang kaya  yang baru lepas kematian tunangnya Ilhan ( lakonan Pekin Ibrahim ). sedap bila indikasi kecil dalam naratif memberikan kita-gua terikut bersama dalam rentak Rasa schizophrenia  budak Mia ni. serasa gamat gagasan filem 'fightclub' apabila benak emosi di mainkan dalam koda warna sayu-melankolia. Tapi pada gua watak-watak fisikal imaginasi schizo bukan kah seharusnya tidak boleh berubah? umur, rupa, bentuk asal fragmentasi imaginasi harus kekal selamanya. yg gua faham lepas menonton filem 'the beautiful mind' arahan Ron Howard dulu!? atau mungkin naskah filem juga hanya sebuah naskah filem. tidak ada betul atau pun salah.

perjuangan Mia dalam mengharung duka-laranya akibat kehilangan cinta-agungnya Ilhan, sangat indah apabila pengarah (pierre andre) membawa kita-aku meneroka fikir-rasa gadis cantik-molek ini dalam visual gelap-kelam dan sesekali watak diletakkan dalam susuk silhouette. Gua juga Rasa terkesan dengan penggunaan bahasa alam seperti 'angin' dalam perkembangan naskah lakon layar Pierre. sangat menarik apabila angin yang seingat gua punya konotasi 'bahwa akan ada kematian atau mungkin juga kelahiran' ( dalam gagasan makna akan ada yang pergi atau datang kembali )  di gunakan dengan sangat baik oleh Pierre. Scene ketika Mia terbaring dalam bilik sedang terkunang mata lesunya untuk terlena, angin bertiup dan kedengaran bunyi loceng! Ting! dalam fragmentasi imaginasiNya.

terkesan juga apabila manusia di sekeliling Mia yang begitu tenang-terkawal apabila mengetahui akan penyakit yang sedang Mia harungi itu, membantu Mia dengan nada pluralisme (penuh kasih-sayang). Ini gua salut pierre!! namun di manakah sisi asas yg harus ada dalam gagasan filem yang dibikin oleh pengarah muda yang sesungguhnya berugama islam? dimanakah tuhan yang mencipta dan menentukan segala. dan kita-aku mencari rentetan pada indikasi jelas gagasan naratif yang akan membina sudut pandang kita-aku pada pengisian yang baktil yang mana kita hamba tuhan yang maha esa! harus redha pada qada dan qadar ketentuanNya! jadi dimana sisi ini dalam perkembangan-ruang-masa naratif? sayang kerna itu, gagasan naratif menjadi kosong-buta-tak bernyawa! hanya cerita dan emosi yang meleret tiada paksi!

namun begitu, scene hyper reality imaginasi Mia juga sangat indah diterjemahkan Pierre, bantuan Abg Khalid Zakaria ( Cinematographer ) juga set Abg Ashraf ( Art Director ) membantu menjelaskan indikasi penting perkembangan naratif yang disimpan ( fore shadow information ), memberi nadi pada gua untuk sama bernafas, mencari, dan mengenali watak dalam ruang-masa naratif. Maka fungsi entiti ruang-masa itu terisi benar. resolusi naratif diberi indikasi kecil sepanjang naratif bergerak dan berkembang (walau hanya dalam ruang-masa-pemikiran watak Mia ).

dari sisi pembangunan dan perhubungan watak, pierre bijak mengaturkan ruang pertemuan  Izlan ( Remy Ishak ) dan Mia dan bibit rasa yang membuka kembali semangat Mia yang duka-lara-parah kerna cintaNya itu. namun tiada apa yang dapat di lihat selain itu. "... dan gua mula menyedut air pepsi yang mulai kehabisan, hanya tinggal air batu yang menyenak benak kepala gua yang menggerutu! dahagakan sesuatu! nak keluar panggung takut terlepas momen-momen yang mungkin menarik jiwa-resah-gelisah gua yang mahu disentuh! dan gua budak cengeng terkedu dalam menanti sesuatu itu sambil cuba menyedut saki baki air pepsi yang sedikit itu!" sedih.

Namun yang jadi masalah pada gua bila dialog-dialog yang meloyakan gua, puisi cinta yang tak punya sebarang keberatan ( weight ) di tampal dan di sampaikan tak kena tempat. Semacam punya rasa kepura-puraan dialog puitis yang di ucapkan. kerna pada gua ritma patah kata yang tidak punya suara ( resah-gelisah sang pencerita tentang apa terbenak dalam hatinya tentang sesuatu yang lebih bermakna) yang hanyalah puisi yang tidak punya makna! (seperti budak darjah enam baca atau tulis puisi tanpa tahu apa makna sebenar puisi itu!) dan itu yang gua Rasa dalam patah kata puisi dalam filem Aku, Kau dan Dia! meloyakan sifat ruang-masa naratif yang tak punya tsaqafa!


gua punya pendapat, Aku. Kau dan Dia, semacam percubaan Pierre untuk bercerita sesuatu yang dekat dalam lubuk rusuk kiri tubuhnya, serasa benar karya cinta agungnya, namun sedikit mencuba dalam kepuraan. apa yang agungnya kalau sifatnya hanya liberal- dalam nada pluralis!?  sayang sebab bukankah ini filem terbitan Tayangan Unggul? lu ade team yg sangat baik untuk digunakankan. namun naratifnya masih mampu gua katakan punya sesuatu yang harus ditonton! jadi jum tgk di panggung dan mungkin lu org boleh share apa yg lu org rasa?? dari gua menceceh syok sendiri nak cuba hidang kat lu org?!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2012 06:50

June 29, 2012

"... dan pukul aku sampai mati" budak pailang!




Filem Budak Pailang arahan Hashim Rejab ( Sekali lagi, Papa I Love You ) kali ini kembali dengan sebuah naskah filem yang lebih kasar sifatnya! membuka sisi gelap yang terkesan pada watak juga naratif. Kerja kamera yang baik dari Shareel ( d.o.p Papa I Love You, Mantra, 7 Petala Cinta, Hantu Dalam Botol Kicap ) dan Nordin Ismail ( Che Din ) selaku pengarah seni buat julung kalinya.

Dari gaya trailerNya. memberikan sensasi Rasa teruja apabila melihat anak muda kota ( yang melieuNya di bawah jambatan lebuhraya bertingkat, rumah flet kos rendah, sebalik tembok di pinggir landasan keretapi, dan dan dan  ) dalam resah-gelisah mencari ruang- dalam ruang-masa yang semacam terasa benar dapat disentuh oleh jiwa anak muda masa kini! kesan dan akibat yang terbentuk dari ruang yang sempit membuat jiwa anak muda memberontak mencari ruang untuk bernafas, dan akhirnya bertarung antara mereka sendiri, untuk terus teRasa bernyawa!

".... dan pukul aku sampai mati!"


Dari trailer, gua tidak lah pulak mampu menilai keseluruhan naskah filem. Namun secara jujurnya, dari apa yang gua lihat, ritma jiwa anak muda yang jujur, naif, bukan kepalang, terisi dalam ruang yang semacam sempit dalam pemberontakan emosi yang sifatnya kasar persis filem Serigala Terakhir arahan Upi Avianto.


Sama-sama kita sabar menunggu kemunculannya di pawagam 1 November 2012 nanti!

"... kau pailang? bak datang!" katanya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2012 09:35

June 26, 2012

AjiNohMotor ; filem pertama dari pengarah muda Razif 'Ajiboy' Rashid!







Film pertama Razif 'Ajiboy' Rashid. AjiNohMotor. punya rencah dan fungsi Rasa yang baik. Pada tajuknya sahaja dapat kita Rasa indexical yg punya konotosi jelas bahwa filem ini punya kelainan dari naskah filem-filem dari brand MIG sebelum ini. Lihat dari posternya sahaja, punya semacam nada soft/halus/lembut/ringan yang menghiburkan! Pasti ringan je benak kepala menonton filem ini nanti!



AJINOHMOTOR sebuah filem aksi romantik islamik komedi ( dari genreNya gua belum hadamkan maksudnya) tapi yg pasti ia bakal menggegarkan panggung serta membuatkan kita tergelak terbahak-bahak dengan unsur-unsur komedi satira yg punya gaya bahasa semacam Ernts Lubitsch, Aki Kaurismaki atau mungkin Yoji Yamada-Tora San! ( watak-watak naif dalam ruang-masa yg mengelirukan membentuk satira komedi yg menghiburkan ) : apapun AjiNohMotor akan mula di putarkan di panggung pada 20 September 2012! Lakonan Zalif Sidek, Alex Yanz, Shahfiez, BoyIman, juga Wawa Zainal!



Yang belum mengenali Razif 'Ajiboy' Rashid, beliau merupakan pengarah muda dari kelompok pembikin filem muda di bawah program pengarah muda MIG (bakat pengarah muda yang digilap David Teoh yang punya potensi sangat besar!). Dan kalau penting untuk diketahui, Razif 'Ajiboy' Rashid juga antara anak didik maestro Mamat Khalid ( Kala Malam Bulan Mengambang, Hantu Kak Limah Balik Rumah) yang mana beliau ( Ajiboy) menerima didikan secara direct (maksud gua beliau antara yang terpilih dalam proses penurunan ilmu yg lebih mesra!) dari abg Mamat Khalid sendiri (untuk lebih senang difaham, kira abg Mamat turunkan Saka kat Ajiboy lah lebih kurang! kahkahkah). Dan gua pasti Ajiboy punya sentuhannya sendiri yang di bentuk dari gagasan pemikiran Mamat Khalid! Itu yg buat gua teruja nak menonton filem Ajinohmotor ini di panggung nanti!



Sama-sama kita nantikan kemunculan naskah naratif Razif 'Ajiboy' Rashid ini di panggung 20 September 2012!







p/s : mungkin gua akan cuba sembang lebih lagi tentang naskah filem bila gua berkesempatan menontonnya nanti! dan harap Razif 'Ajiboy' Rashid dan filem AjiNohMotor, dapat membentuk satu trend waima branding baru pada kelaziman filem-filem terbitan MIG!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2012 21:48

June 21, 2012

novel bogel tulisan gua ; epilog 3 naga









Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-797-6
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 15 Jun 2012
Kategori: Novel






Adegan 1
Celik

KETIKA ini aku lelah, lesu, lengit, malas, atau apa pun istilah yang menggambarkan aku berbangsa Melayu. Yang aku tahu, hidup ini hanya ada buku, DVD cetak rompak dan kadangkala kalau mahu bersosial, aku akan ke panggung. Itupun kalau ada filem yang Sofia mahu tonton. Selain meneroka kepala gila sang legenda pemikir dunia. Agar dapat memahami cerita-cerita picisan mereka. Untuk aku memahami jalan hidup yang pernah mereka lalui. Agar dapat aku teladani patah-patah kata mereka yang tak pernah aku faham, walaupun berbeza-baza dialektikal gagasan idea merata. Namun, akhirnya aku sangap sendiri. Menanti sesuatu yang dicari untuk datang bergolek-golek, macam ayam golek dari bazar Ramadan. Atau mungkin ayam betina dari bangsal kelam dengan lampu neon warna warni, di pinggir tanah licin. 
Aku sendiri, sentiasa mahu mempercayai bahawa aku berada di atas landasan yang betul, namun mencari landasan yang mana sebenarnya aku berada. Di mana pun aku berdiri, berada, bila mana pun, pasti akan ada suara. Walaupun dalam sunyi. Hanya jika aku mahu. Atau mungkin tidak ada apa pun yang sebenarnya aku katakan. Sunyi dan sepi sendiri, masih menyeronokkan jika punya gagasan idea yang mampu mengisi ruang kosong ini. Biskut samprit coklat yang diisi dalam tin Milo, biskut kegemaran aku yang mama buat sudah habis, kosong, yang tinggal hanya saki-baki serbuk coklat yang manis di dalam tin Milo, di depan mata aku. Meredap aku sendiri. Dan tekak aku masih mualkan sesuatu. 
Sambil aku mengetuk perlahan tin Milo yang kosong itu dengan jemari kurasanku, mendendangkan rentak lesu, mencari ilham untuk melakukan sesuatu, untuk mengisi kebosanan kepala aku yang masih berdengung. Dan aku mula tonyoh, conteng atau mungkin menulis sesuatu, di muka-muka kosong jurnal picisan aku ini, tentang aku. Tentang kita. Dan semua kita yang bernama manusia yang punya limitasi akal. Kemuncak limitasi akal ini lah adalah kesedaran yang akan membentuk perubahan. Anjakan gagasan pemikiran. Suatu revolusi pemikiran berlangsung dan membentuk dunia pandang baru. Gagasan idea. Sebuah dentuman yang akan mengejutkan kita dari lena yang mengasyikkan, membentuk suatu kubikel kesedaran. Bunyi dentuman guruh di langit mengejutkan tidur-tidur ayam aku. Ketika aku yang sedang lena berlengkar di atas katil. Kepalaku menerawang melihat kipas silling yang berpusing menghasilkan bunyi nyaring yang menyakitkan hati. Kemudian mataku beralih melihat ke arah peti televisyen di dalam bilik ini, yang sedang menyiarkan berita. Rimas benak mata melihat berita TV yang disiarkan tanpa aku langsung mengambil perhatian terhadap apa yang di perkatakan wanita Melayu kacukan Cina tersebut. Akhirnya hanya manusia menghukum manusia dan manusia mengkafirkan manusia lain. Humanistik menjadi medium propa kesesatan, terutama apa yang sedang berlaku di balik tanah tumpah darah. Telinga aku menjadi tuli dan mata aku benak menjadi lengit. Aku tak gemar dalam keadaan lengit begini. 
.....
antara mimpi dan celik. 3 remaja mencari kebenaran dalam pengembaraan. dalam sedar juga tidak..
Adegan 2

Mimpi

DERU angin dari kipas siling bilik ini kedengaran semacam mentertawakan aku. ‘Sial!’ bisik hatiku. Sambil mengira, satu hingga sepuluh, cuba menenangkan diri. Seperti mengira biri-biri yang melompat melintasi pagar di atas kabus lapang. Sesekali aku cuba mengelat, memandang ke arah mana mereka tuju, cuba mengatur langkah untuk memerangkap mereka nanti. Mereka ketawa sambil bertempiaran memanjat ke puncak gelung besi.
Selesai aku mengira, aku membuka mata. Cahaya silau menyenakkan mata. Aku melihat mereka di atas puncak gelung besi ini mentertawakan aku dan aku bergegas memanjat gelung besi itu, mengejar mereka, Khalid, Sean dan Iskandar yang cuba melarikan diri dari aku.
Mereka ketawa, sambil cuba mengelakkan diri dari aku yang cuba mengejar mereka di gelung besi di taman permainan itu. Mereka memanggil aku lengit berulang-ulang kali. Hampir 10 minit aku cuba mengejar dan menangkap mereka, sehingga aku menjadi lelah, mengalah. Dan aku ditertawakan.
“Lengit! Arul lengit! Arul lengit!” ulang Khalid, Iskandar, dan Sean.
Aku tak tahu sama ada aku gembira, punya rakan-rakan baik dan mereka bersama-sama aku dalam dunia permainan kejar mengejar di taman permainan in. Atau aku sedih kerana aku manusia yang cepat mengalah. Mereka bingkas dan licik, mentertawakan aku. Aku kemudian mendesak tubuh badan aku untuk terus mengejar mereka. Tiba-tiba suara ketawa itu terhenti. Aku yang berada di atas puncak gelung besi itu memandang ke bawah melihat tanah padang permainan itu bertukar menjadi warna merah pekat. Aku ketakutan dan pandangan mata aku semacam melihat kesan vertigo ke arah bawah gelung besi itu. Seperti dalam filem klasik Alfred Hitchcock! Nafas aku berdegup kencang. Aku takut dan menutupkan mata, mengharapkan ketakutan itu akan hilang. Kejutkan aku dari mimpi yang aneh ini!
Aku membuka mata kembali dan deruan angin dari kipas siling ini semacam punya ritma dan irama yang membingitkan.
Mungkin benar aku budak cekai atau mungkin malaun yang malang! Yang akhirnya tewas, pada yang menipu dan yang tak sedar ditipu. Namun budak berintenet, yang tak mudah ditipu, juga dikenali mereka sebagai graduan blogspot. Benar teknologi merapatkan jurang geografi dunia, tapi teknologi juga membunuh komunikasi fizikal sesama manusia. Yang terjadi, aku dan mereka yang menjual burger, punya harapan. Menyimpan harapan di kaki lima, tamadun Andalusia zaman ini. Aku bukan dan tidak punya sebarang masalah delusi grandeur, malah aku rasa aku ini anti grandeur-delusion! Kesudahannya katil empuk ini semacam menelan aku. Membenam tubuh layu aku seperti rasa dalam dingin badan aku. Dan katil ini seperti jalan kehidupan yang menelan aku hidup-hidup. Semacam road movie! Seperti filem Thelma And Louise? Badlands? Atau mungkin Dari Jemapoh Ke Manchestee? Jalan raya menjadi indikasi bagaimana untuk melihat sesuatu dalam hidup. Lengkarkan tubuh di katil ini dan jangan berharap untuk menentang godaan untuk bingkas bangkit dari lena. Katil dalam bilik aku ini punya jembalang, mambang, hantu mahupun jinnya sendiri!
Aku sendiri hanya menyerah bila mana katil dan tilam ini sudah mencengkam tubuh aku yang lesu. Sensasinya tidak mampu aku kawal. Tubuhnya yang lembut, putih dan gebu. Bila mana tubuh aku bertemu dengan tubuhnya, aku tenggelam dalam sensasi magisnya. Bersatu, meletuskan nikmat syurga di dunia. Kepala aku masih berpinau, berdengung! Memikirkan tentang aku, kami dan makna pada epilog tiga naga ini. 
Aku sendiri yang buat pilihan. Atas apa yang aku mahukan dalam kehidupan. Mungkin, dalam perjalanan hidup, dalam kepelbagaian pilihan yang dibentangkan, kita silap membuat pilihan. Tapi adakah kerana kita takut untuk membuat pilihan, kerana takut pilihan yang kita buat itu nanti tidak akan sempurna, maka kita tidak membuat pilihan tersebut?
Aku masih lagi tercampak dan berlengkar di atas tilam empuk ini. Aku menutupkan mata, dan hanya itu yang aku mampu lakukan. Tutupkan mataku! Namun, aku takut untuk terlena. Kerana aku punya mimpi yang sentiasa bermain dalam lena aku kini. Dan mimpi ini sentiasa berulang-ulang.
Mimpi ini seperti permulaan filem arahan Andrey Tarkovskiy, Andrei Rublev. Hanya ia berlangsung di sebuah festival belon panas. Melalui sebuah belon panas yang terbang tinggi, aku mengelilingi kota yang tak pernah aku kenal. Dan bila aku bangkit dari mimpi ini, persoalan yang berada di atas gagasan otak aku adalah sama seperti soalan Mawi ketika baharu keluar dari Akademi Fantasia! “Rasa macam mimpi!”
.........


buku novel Epilog 3 Naga hanya akan ada di pasaran massa awal bulan August 2012!

tapi kalau ada yg terdetik nak dapatkan naskahNya awal! jom datang beramai-ramai ke Pesta Buku Selangor di SACC awal bulan July ni! naskah novel Epilog 3 Naga akan di jual di sekitar pesta buku tersebut!
p/s : click untuk membilas tekak yang mual.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2012 20:16

March 30, 2012

tulisan layang untuk dr pHd syok sendiri yang bijak pepandai!





selepas kak nab merujuk pada gua akhbar sinaran hairan minggu lalu, dan selepas gua lelah, lesu, lengit dan macam2 lagi yang mengambarkan gua seorang pemuda melayu dan apabila selesai membelek gambar2 yang terlampau banyak sangat di antara lima muka surat tulisan agung Nita Abu Hassan dan Haslina Kamaludin itu, gua mulai sgt kusut dan kepala mengerutu republik kutu gua berdenyut kencang, terketar lutut! namun gua gagahkan juga menghela patah kata petikan picisan tersebut walaupun ia menyenakkan mata gua yang masih rabak dek mereneng semalaman melayan biskut kering member gua husin mata toncit di kaki lima universiti mamak tepi longkang!




dalam fikir gua, benar, filem harus punya polimik! agar ia akan terus hidup! punya gagasan perdebatan! dan tiada siapa berhak menidakkan hujah polimik ini dari pinggir bibir montok sesiapa pun! dan hujah ini akan terus membuka ruang-masa sesebuah filem (naratif visual-imejan) agar terus immortal! namun bila hujah berbaur retorik ala-ala peluru pepandai yang memalu patah kata yang meloyakan seperti antaropologigil, seksologigil, sosologigil, dan berbagai lagi yang menggigilkan kepala lutut gua, bila ia terlintas di halwa benak mata bingit gua ini yang berair-air ijakulasi yang mengelikan, gua jadi lebih bingung, geli kerana tersentuh. Benar bila teks naratif membuka subteks dan kemudian di susuli sudut pandang idealogi pada sisi ism-ism yang di lihat dari sisi kesan dan akibat pada pemahaman terhadap idealogi yang di gebangkan waima di gorengnya!, dan dan dan. namun begitu, apa lah yang lu busuk hati sangat. kalau lu bijak pandai, apa lah kiranya kalau lu buka teks filem untuk di debatkan, mencari dan membuka ruang polimik, dari lu menceceh macam budak-budak mentah dengan hujah yang tak pun terhaul dek otak tepu zomba yang sentiasa tercari-cari otak2 yang mengiurkan untuk di lahap. nama dr phd! tapi sembang macam pelajar taska cuddies. kah kah kah.




dan dr! tak ada istilah filem seni? filem itu? filem ini! filem adalah filem dr phd woi!! sebagaimana buku adalah buku! tak ada pulak orang nak kata "ini buku seni"?? hanya pengisian yang menentukan citarasa sang pembaca! tak belajar kat taska cuddies ke??


pada gua begini. "...If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over childish issue blown out of proportion!"


dipetik dari bidas malique tentang lirik bawa aku pergi!


p/s ; gua tersenyum kambing yang tak mandi 3 tahun tak henti-henti ketika membelek petikan tulisan tersebut sambil mulut busuk gua tak putus-putus melayan kuih talam di gerai nasi lemak uncle wong! namun dalam hati gua sangat sedih bila ada bijak pepandai kita yang punya hati tengik!




oh!! uncle wong sangat fasih berbahasa melayu, lebih fasih dari gua!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2012 23:13