Kaz Ishak's Blog, page 3
July 1, 2013
sesuatu tentang wayang jadi saksi

Wayang gambar bertindak balas secara pantas dengan keadaan nasib penontonnya, dan menjadi ubat mujarab bagi mereka yang tahu mengendalikannya selepas menonton. Manusia filem bukannya manusia biasa, bintang-bintang pujaan adalah buah hati, penggerak contoh, model tiruan, dan wajah impian dalam tidur yang penuh dengan mimpi yang cantik-cantik. Wayang gambar juga diibarat sebagai sesuatu yang luminous, terang, bercahaya, dan ganjil. Yang ganjil itu ialah majis yang mengharukan, silap mata yang menyeronokkan dan memukau, dan sifat layar perak itu sendiri yang terasa dapat disentuh tetapi jauh dan jarak. Hati penonton bergegar, berombak-ombak, tergapai-gapai kerana bintang yang dipuja berdiri tinggi, kemudian jauh, kemudian dekat semula seolah-olah boleh disentuh muka mereka. Paling menyayat hati ialah kesedihan dan penderitaan di layar perak hampir terlalu serupa dengan cerita sendiri.
Apa saja yang diberikan di layar perak pasti akan tersemat dalam ingatan dan dijadikan renungan sehari-hari sebagai cerita diri sendiri. Dalam keadaan yang sebegini rupa seorang individu yang menonton punyai hubungan yang semakin akrab dengan layar mereka. Zaman dan kehidupan mendesak manusia untuk bergerak pantas, tersepit dalam ruang yang mendesak, terapung-apung, mewujudkan manusia yang terbuang, terusir, terpinggir. Kehidupan terasa kosong, tidak terlalu berat dan menekan tetapi semacam mencubit-cubit, melingkari hidup sehari-hari dan terasa ingin dilepaskan sekaligus. Anak-anak muda mula terasa dibuai-buai untuk menguasai sikap dan tata-laku mereka. Maka terwujud jugalah wayang yang hidup dengan mimpi sosial, ketika waktu ingin memperbetulkan dan mengangkat diri sendiri, ketika dan waktu ingin memperbetulkan diri sendiri di kampung-kampung juga bandar yang berkeadaan berselerak, tersepit dan dihimpit kehidupan yang mendesak manusia untuk terus bergerak.
Wayang-wayang ini memberikkan kebebasan itu, menjawap masaalah yang berlegar-legar dalam hati dan benak mereka, dan menjadi ubat mujarab dalam mimpi nyata anak anak muda zaman ini. Wayang juga turut memberikan jangkauan yang jauh seolah-olah dunia yang dicipta di layar itu adalah dunia contoh yang berada di halaman dan dalam bilik tidur mereka dekat dan tersentuh oleh mereka. Mereka yang menonton, majorati besar, di negara kita sebenarnya adalah mereka yang terselubung dalam kesempitan pemikiran dan kehidupan, yang disebabkan oleh ruang yangsempit dan mendesak. Mereka terbuai-buai dalam gelap, diikat dan diletakkan dalam ruang yang sempit, vacuum, yang mendesak untuk mereka terus bernafas dalam ruang yang sempit itu, oleh kerakusan mereka yang berkuasa.
Maka wayanglah yang menceritakan dan memutarkan hidup mereka semula, dengan pelakon yang sama naif yang membuatkan kita rasa dekat, tergolong dan rasa berada dalam satu lingkaran yang sama. Hubungan langsung penonton dengan layar bukannya hubungan mencari sesuatu yang sensible, mengukur sikap atau mencari sesuatu yang berfikir, tetapi rasa sebenar yang tersusun begitu mudah dan tidak menyulitkan. Dan pembikin filem pula, sama-ada menulis, mengarah dan mengerjakan filem dan bintang-bintang filem, mahupun pemusik lebih bijak dari penonton.
Mereka pandai bergerak, pandai mengeluarkan tutur-kata, mudah menitiskan air-mata dan bijak berjenaka bila keadaan semakin sesak dan menyenakkan. Maka berlakulah timbal-balik yang cukup sempurna di mana timbal-balik itu bersifat komplementari. Keadaan ini tentunya dapat berlaku dalam keadaan yang tertentu dan ditetapkan oleh waktu yang dirasai bersama zaman yang tak tentu hala.
.…
kaz ishak01/07/2013
Published on July 01, 2013 03:53
April 26, 2013
fragmen epilog 3 naga
Published on April 26, 2013 04:12
epilog 3 naga

Yang tak sempat dapatkan buku novel epilog 3 naga, boleh beli terus dari saya!
Cara-caranya ;
1. Buat pembayaran harga buku RM 25 ( termasuk kos pos ) ke akaun berikut ;
AmBank - 212-002-005011-2 ( Mohd Kamarul Zaman Bin Ishak )
2. Hantarkan bukti pembayaran ke kaz1982godot@gmail.com, serta nama penuh dan alamat penuh rumah anda!
3. Dan dengan selamba buku novel epilog 3 naga akan dihantar ke rumah anda.
Note ;
*Setiap naskah yang dibeli dari blog akan ditanda-tangan oleh saya sendiri.
*Penghantaran buku dibuat menggunakan khidmat PosLaju dan memerlukan tanda tangan penerima.
*Dan kalau boleh, sila maklumkan pada saya pada email bukti pembayaran sekiranya anda memesan lebih dari 1 naskah untuk satu alamat.

klik kat SINI untuk baca rebiu naskah novel epilog 3 naga!

boleh baca fragmen novel epilog 3 naga kat SINI!
Published on April 26, 2013 03:30
April 15, 2013
donut.donut.donut.

makan donut.
tengok wayang.
lagi bagus.
kalau dah bosan sangat.
boleh susun-susun donut.
buat logo.
Published on April 15, 2013 20:59
April 14, 2013
Rebiu filem Langgar ; naratif dendam terancang yang tidak kesampaian.

Langgar filem sulung arahan Syed Hussain ( Sein ) skrip tulisan Peirre Andre dan Sein, terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd, sekali lagi memperlihat bobrokkan naratif gangsterisme di celah kota Kuala Lumpur.
Langgar diterajui lakonan baik oleh Adi Putra, Hans Isaac dan Zulhuzaimy. Di barisi jujuk pelakon yang punya nama besar seperti Khir Rahman dan Namron, selain dibintangi juga oleh Natasha Hudson, Bell Ngasri.
Mengangkat sebuah naratif tentang dendam seorang pensyarah yang menuntut bela terhadap kematian isteri serta anaknya yang masih dalam kandungan isterinya yang dibunuh oleh tiga orang 'gangster' Hans, Namron dan Khir Rahman, yang mana merupakan balaci pailang Uncle Yew, ketua sindiket kongsi gelap juga Ah-Long. Dan ketiga-tiga gangster muda ini yang sebenarnya punya hubungan 'brotherhood' kemudian telah berpecah dan membentuk gagasan puak masing-masing yang kemudian punya konflik antara ketiga mereka, atas dasar dengki, tamak dan kuasa. Menarik apabila 'Langgar' juga memperlihatkan pergolakkan dalaman dalam sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap walaupun ia tidak sehebat pergolakkan seperti filem Blood in Blood out, The Goodfellas, atau mungkin The Godfather!
Dari seawal shot pertama dan kemudian jelas pada adegan pertama, Sein melalui lakon layarnya, membuka lembaran naratif dengan sangat baik, tersusun, dengan memperlihatkan adegan 'pelanggaran' yang paling dahsyat dalam rentetan 'langgar' yang di'langgar' watak utama, Azam lakonan Adi Putra yang mendukung perjalanan naratif *the storyteller, dan menarik bila shot pertama itu telah berjaya memperlihatkan gagasan naratif secara keseluruhan, dan penonton dipahat untuk turut sama meneroka jelas naratif juga pergolakkan emosi yang dilalui oleh watak dan sebab-akibat 'langgar' yang di'langgar' watak Azam itu. Dan isim ini jelas memberi makna pada naskah naratif 'Langgar' itu sendiri. Dan naratif adalah tentang watak yang punya cerita. Dan informasi ini terang dan jelas dirancang melalui lakon layar Sein.
Penonton kemudian dibawa kembali flashback mengikuti rentetan kisah yang berlaku sebelum 'pelanggaran' dahsyat tersebut, yang menyebabkan adegan 'langgar' itu berlaku. Dan bermula episod 'dendam' Azam memburu ketiga-tiga watak yang membunuh isteri dan anaknya. Ini jelas, menarik!
Naratif berkembang baik, melalui backstory yang jelas namun sedikit diambil mudah dan ini menyebabkan ia 'hampir' tidak mampu menarik penonton untuk sama merasai potensi emosi sebenar yang dipaparkan oleh watak. Dan bila keseluruhan naratif jelas merupakan 'twist' plot dendam Azam, keseluruhan gagasan naratif dilihat tidak kesampaian apabila rentetan pada twist plot/rancangan Azam tersebut tidak kelihatan jelas, tiada sebarang indikasi ( bukan tiada langsung ) hanya ia tidak jelas tentang plotting tersebut yang tidak memberikan impak pada naratif. Hanya beberapa informasi ringan tanpa sebarang cause and effects yang lebih dramatik.
Menarik juga apabila naratif 'Langgar' memperlihatkan watak-watak yang punya rona dialektikal. Lakonan hebat Adi Putra sebagai Azam yang punya watak tenang namun punya isim hitam, dendam. Hans Isaac sebagai Jimmy yang cool namun licik, Namron sebagai Radzi yang agresif-pasif, Khir Rahman sebagai Mail 'Parking' yang agresif-obsessif juga Zulhuzaimi sebagai Loy yang punya watak pasif-pesimis-tenang dan cool.
Gua sangat teruja melihat watak Jimmy ( Hans Isaac ) gangster yang cool, kemas, pakai kot, bunuh orang secara kejam! nampak real habis bro! Rasa Reservoir Dog kat situ.
Masing-masing punya rona watak yang berbeza yang menyebabkan penonton punya rahi untuk mendekati watak-watak ini. Kerana bintang dalam wayang harus dapat disentuh, terasa dekat dan jauh dalam satu masa yang sama. Sein membentuk watak dalam naskah skrip dengan baik. Namun tidak kesampaian pada potensi yang seharusnya. Ini kerana watak-watak itu hanya hidup dalam lakonan namun tidak meninggalkan kesan terhadap penonton. Contoh watak Ajib 'Sengat' lakonan Soffi Jikan atau mungkin Temulak lakonan Shaheizy Sam atau mungkin watak Renton lakonan Ewan McGregor dalam filem Trainsporting.
Menarik bila Sein seperti terkesan dengan filem-filem yang lebih anti-komersial yang berbaur 'rebel' anak muda dan 'ganas' persis Drive, Reservoir Dog, atau mungkin Seven Psychopath apabila adegan-adegan pembunuhan yang ganas contohnya watak Jimmy membunuh konco Mail 'Parking' dengan menggunakan screwdriver dan juga percikkan darah gantang dilayarkan dalam beberapa adegan pembunuhan yang lain yang lazimnya hanya dapat dilihat dari filem-filem Tarantino. Menarik dan ini 'jarang' dipersembahkan dalam sejarah sinematik Malaysia.
Naratif filem 'Langgar' dibuka dan ditutup dalam satu adegan yang sama memperlihatkan jelas cerita 'Langgar' yang hendak disampaikan, tersusun dan kemas. Kudos pada Sein dan penulis skrip Pierre Andre.
Namun yang menjadikan Langgar sedikit tidak kesampaian apabila beberapa adegan/scene yang crucial/penting tidak diangkat sebaiknya contoh kematian Bell Ngasri, seperti dilihat sebagai sebuah jenaka yang membunuh rasa teruja filem tersebut. Juga kematian Mail 'Parking' yang seperti dibuat-buat plastik dan dilihat tidak punya unsur dramatik dalam gaya sinematik yang menarik. Dan beberapa lagi adegan-adegan kecil seperti ketika kamera perlahan track-back to reveal ruang kelam bilik psikitrik selepas dialog 'corny' doktor. Namun adegan-adegan kecil ini tidaklah sehingga membunuh keseluruhan gagasan filem tersebut
"Sein! Alang-alang dah 18! Bagi lah aku darah lagi! Aku nak tengok darah memancut-mancut dan kepala, tangan, kaki kena potong. Mata kena cocok dengan batang pensil! Kepala paip kena potong! Baru jadi bual orang bro!!"
Beberapa adegan fighting dalam naratif sedikit mentah ( bersifat kebudak-budakkan ) dan 'Langgar seharusnya lebih besar dari itu. Sebab lu cerita kartel yang bunuh orang beramai-ramai bro! Jual dadah luar negara! Kumpulan kongsi gelap yang punya beribu konco! Dan gua tak nak bandingkan 'Langgar' dengan filem Scarface atau yang lain yang setara dengannya ( walaupun bila gua tengok susuk Radzi 'Namron' persis Tony Montana 'Al-Pacino' yang mengusahakan sebuah kelab malam yang dibalik tabir kelab itu punya sindiket kongsi gelap )
Production design filem Langgar juga dilihat sedikit hambar. Entah kenapa sentuhan team Tayangan Unggul kali ini tidak langsung menyengat. Contoh yang paling ketara, pengisian dalam ruang bingkai yang tidak langsung membantu juxto / shot adegan 'Langgar' pada permulaan dan penutup naratif yang kelihatan sedikit longgar walhal adegan itu harus lebih besar yang memberi impak maksima pada penonton. 'Mengharap kaca yang berderai, dapat dilihat jelas close-up, darah merecik gantang! kepala dipenggal lebih dahsyat dari filem BUNOHAN!!
Filem 'Langgar' diceritakan dengan lakon layar yang sangat baik oleh Sein walaupun juxtoposisi shot Sein masih mentah ( tak punya sebarang kreativiti yang mampu menjentik sensasi teruja atau dalam bahasa yang lebih mudah 'kekaguman' ). Kudos Tayangan Unggul kerana sekali lagi berjaya mengangkat naskah skrip yang baik.
Tahniah sekali lagi pada Syed Hussain ( Sein ) kerana kejujuran pengarahannya jelas tampak dilayar dan keterujaan sang pengarah untuk bercerita jelas timbul di permukaan naratif. Harap Sein akan terus melangkah lebih gantang dalam mengarah naskah naratif sebegini lagi. Kali ini mungkin lebih 'rebelious lagi?'

p/s ; Dengan selamba Sein main 'langgar' bikin filem! Mungkin dalam benak Sein! "Peduli apa orang nak kata. Aku ada cerita dan aku nak cerita! "
Published on April 14, 2013 21:53
rebiu filem Langgar ; naratif dendam terancang yang tidak kesampaian.

Langgar filem sulung arahan Syed Hussain ( Sein ) skrip tulisan Peirre Andre dan Sein, terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd, sekali lagi memperlihat bobrokkan naratif gangsterisme di celah kota Kuala Lumpur.
Langgar diterajui lakonan baik oleh Adi Putra, Hans Isaac dan Zulhuzaimy. Di barisi jujuk pelakon yang punya nama besar seperti Khir Rahman dan Namron, selain dibintangi juga oleh Natasha Hudson, Bell Ngasri.
Mengangkat sebuah naratif tentang dendam seorang pensyarah yang menuntut bela terhadap kematian isteri serta anaknya yang masih dalam kandungan isterinya yang dibunuh oleh tiga orang 'gangster' Hans, Namron dan Khir Rahman, yang mana merupakan balaci pailang Uncle Yew, ketua sindiket kongsi gelap juga Ah-Long. Dan ketiga-tiga gangster muda ini yang sebenarnya punya hubungan 'brotherhood' kemudian telah berpecah dan membentuk gagasan puak masing-masing yang kemudian punya konflik antara ketiga mereka, atas dasar dengki, tamak dan kuasa. Menarik apabila 'Langgar' juga memperlihatkan pergolakkan dalaman dalam sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap walaupun ia tidak sehebat pergolakkan seperti filem Blood in Blood out, The Goodfellas, atau mungkin The Godfather!
Dari seawal shot pertama dan kemudian jelas pada adegan pertama, Sein melalui lakon layarnya, membuka lembaran naratif dengan sangat baik, tersusun, dengan memperlihatkan adegan 'pelanggaran' yang paling dahsyat dalam rentetan 'langgar' yang di'langgar' watak utama. Azam lakonan Adi Putra yang mendukung perjalanan naratif *the storyteller, dan menarik bila shot pertama itu telah berjaya memperlihatkan gagasan naratif secara keseluruhan, dan penonton dipahat untuk turut sama meneroka jelas naratif juga pergolakkan emosi yang dilalui oleh watak dan sebab-akibat 'langgar' yang di'langgar' watak Azam itu. Dan isim ini jelas memberi makna pada naskah naratif 'Langgar' itu sendiri. Dan naratif adalah tentang watak yang punya cerita. Dan informasi ini terang dan jelas dirancang melalui lakon layar Sein.
Penonton kemudian dibawa kembali flashback mengikuti rentetan kisah yang berlaku sebelum 'pelanggaran' dahsyat tersebut, yang menyebabkan adegan 'langgar' itu berlaku. Dan bermula episod 'dendam' Azam memburu ketiga-tiga watak yang membunuh isteri dan anaknya. Ini jelas, menarik!
Naratif berkembang baik, melalui backstory yang jelas namun sedikit diambil mudah dan ini menyebabkan ia 'hampir' tidak mampu menarik penonton untuk sama merasai potensi emosi sebenar yang dipaparkan oleh watak. Dan bila keseluruhan naratif jelas merupakan 'twist' plot dendam Azam, keseluruhan gagasan naratif dilihat tidak kesampaian apabila rentetan pada twist plot/rancangan Azam tersebut tidak kelihatan jelas, tiada sebarang indikasi ( bukan tiada langsung ) hanya ia tidak jelas tentang plotting tersebut yang tidak memberikan impak pada naratif. Hanya beberapa informasi ringan tanpa sebarang cause and effects yang lebih dramatik.
Menarik juga apabila naratif 'Langgar' memperlihatkan watak-watak yang punya rona dialektikal. Lakonan hebat Adi Putra sebagai Azam yang punya watak tenang namun punya isim hitam, dendam. Hans Isaac sebagai Jimmy yang cool namun licik, Namron sebagai Radzi yang agresif-pasif, Khir Rahman sebagai Mail 'Parking' yang agresif-obsessif juga Zulhuzaimi sebagai Loy yang punya watak pasif-pesimis-tenang dan cool.
Gua sangat teruja melihat watak Jimmy ( Hans Isaac ) gangster yang cool, kemas, pakai kot, bunuh orang secara kejam! nampak real habis bro! Rasa Reservoir Dog kat situ.
Masing-masing punya rona watak yang berbeza yang menyebabkan penonton punya rahi untuk mendekati watak-watak ini. Kerana bintang dalam wayang harus dapat disentuh, terasa dekat dan jauh dalam satu masa yang sama. Sein membentuk watak dalam naskah skrip dengan baik. Namun tidak kesampaian pada potensi yang seharusnya. Ini kerana watak-watak itu hanya hidup dalam lakonan namun tidak meninggalkan kesan terhadap penonton. Contoh watak Ajib 'Sengat' lakonan Soffi Jikan atau mungkin Temulak lakonan Shaheizy Sam atau mungkin watak Renton lakonan Ewan McGregor dalam filem Trainsporting.
Menarik bila Sein seperti terkesan dengan filem-filem yang lebih anti-komersial yang berbaur 'rebel' anak muda dan 'ganas' persis Drive, Reservoir Dog, atau mungkin Seven Psychopath apabila adegan-adegan pembunuhan yang ganas contohnya watak Jimmy membunuh konco Mail 'Parking' dengan menggunakan screwdriver dan juga percikkan darah gantang dilayarkan dalam beberapa adegan pembunuhan yang lain yang lazimnya hanya dapat dilihat dari filem-filem Tarantino. Menarik dan ini 'jarang' dipersembahkan dalam sejarah sinematik Malaysia.
Naratif filem 'Langgar' dibuka dan ditutup dalam satu adegan yang sama memperlihatkan jelas cerita 'Langgar' yang hendak disampaikan, tersusun dan kemas. Kudos pada Sein dan penulis skrip Pierre Andre.
Namun yang menjadikan Langgar sedikit tidak kesampaian apabila beberapa adegan/scene yang crucial/penting tidak diangkat sebaiknya contoh kematian Bell Ngasri, seperti dilihat sebagai sebuah jenaka yang membunuh rasa teruja filem tersebut. Juga kematian Mail 'Parking' yang seperti dibuat-buat plastik dan dilihat tidak punya unsur dramatik dalam gaya sinematik yang menarik. Dan beberapa lagi adegan-adegan kecil seperti ketika kamera perlahan track-back to reveal ruang kelam bilik psikitrik selepas dialog 'corny' doktor. Namun adegan-adegan kecil ini tidaklah sehingga membunuh keseluruhan gagasan filem tersebut
"Sein! Alang-alang dah 18! Bagi lah aku darah lagi! Aku nak tengok darah memancut-mancut dan kepala, tangan, kaki kena potong. Mata kena cocok dengan batang pensil! Kepala paip kena potong! Baru jadi bual orang bro!!"
Beberapa adegan fighting dalam naratif sedikit mentah ( bersifat kebudak-budakkan ) dan 'Langgar seharusnya lebih besar dari itu. Sebab lu cerita kartel yang bunuh orang beramai-ramai bro! Jual dadah luar negara! Kumpulan kongsi gelap yang punya beribu konco! Dan gua tak nak bandingkan 'Langgar' dengan filem Scraface atau yang lain yang setara dengannya ( walaupun bila gua tengok susuk Radzi 'Namron' persis Tony Montana 'Al-Pacino' yang mengusahakan sebuah kelab malam yang dibalik tabir kelab itu punya sindiket kongsi gelap )
Production design filem Langgar juga dilihat sedikit hambar. Entah kenapa sentuhan team Tayangan Unggul kali ini tidak langsung menyengat. Contoh yang paling ketara, pengisian dalam ruang bingkai yang tidak langsung membantu juxto / shot adegan 'Langgar' pada permulaan dan penutup naratif yang kelihatan sedikit longgar walhal adegan itu harus lebih besar yang memberi impak maksima pada penonton. 'Mengharap kaca yang berderai, dapat dilihat jelas close-up, darah merecik gantang! kepala dipenggal lebih dahsyat dari filem BUNOHAN!!
Filem 'Langgar' diceritakan dengan lakon layar yang sangat baik oleh Sein walaupun juxtoposisi shot Sein masih mentah ( tak punya sebarang kreativiti yang mampu menjentik sensasi teruja atau dalam bahasa yang lebih mudah 'kekaguman' ). Kudos Tayangan Unggul kerana sekali lagi berjaya mengangkat naskah skrip yang baik.
Tahniah sekali lagi pada Syed Hussain ( Sein ) kerana kejujuran pengarahannya jelas tampak dilayar dan keterujaan sang pengarah untuk bercerita jelas timbul di permukaan naratif. Harap Sein akan terus melangkah lebih gantang dalam mengarah naskah naratif sebegini lagi. Kali ini mungkin lebih 'rebelious lagi?'

p/s ; Dengan selamba Sein main 'langgar' bikin filem! Mungkin dalam benak Sein! "Peduli apa orang nak kata. Aku ada cerita dan aku nak cerita! "
Published on April 14, 2013 21:53
March 20, 2013
mat tiara sang perokok tegar!
MAT TIARA atau nama sebenarnya Muhamad Joned Al-Akhsan, lelaki Melayu, bertubuh keding yang sangkakan dirinya Jhebat, hebat! Tapi sebenarnya badigol besar! Sedang berdiri dengan seluar kargo warna cokelat kusam, dengan t-shirt bundle tertulis perkataan FREEDOM! Begitu terujanya dia bila berjalan mendabik dada memakai baju tersebut. Mat Tiara bersandar pada kereta Toyota Corolla cabuknya yang berwarna putih, di hadapan panggung wayang yang semacam suram-kelam. Di perkarangan panggung itu, Papan tanda yang tertulis PANGGUNG FILIM KITA, terjelepuk di atas tanah ditimpa debu dan pasir pekan Changkat! Ruang di dalam panggung musnah dimamah api yang baru sahaja reda. Kosang dan ganjil dan ruang yang itu semacam mengurung sesuatu! Terasa mood dan atmospiar yang menghimpit, agak gelap dan menakutkan. Langit malam gelita-gelap, awan hitam berarak menyembunyikan bintang dan bulan. Deru angin semacam memberi indikasi jelas bahwa hujan akan turun. Sesekali langit hitam dibilas sabung kilat bertingkah bunyi getir guruh.
Sambil pura-pura seolah sedang ralit membaca majalah picisan Harakahkahkah, Mat Tiara seperti gaya Sivaji The Boss, berkaki senteng kuak dada gempak bersendeng pada bumper dan bonet kereta yang penuh karat. Dengan rokok tersangkut di cuping telinganya, dan kaca mata hitam bingkai bulat wayfarers ala John Lennon, yang disangkut terbalik di belakang kepalanya yang berambut fesyen gaya Joe Jambul tinggi melangit. Ketika itu, Mat Tiara semacam cuba mengusaikan patah kata dalam benak fikirnya, cuba menerangkan sesuatu kepada Mamat Khalid, lelaki berusia awal 50-an, pegawai POLIS SUKERALA, kampung Simpang Siur, beruniform warna hijau kundang dan bertopi cab ere, yang sejak dari tadi dengan buku jurnal hitamnya, entah apa yang ditulisnya lalu tersenyum sendiri. Mamat Khalid menunggu Mat Tiara untuk menyelesaikan keluh-kesahnya yang tak berkesudahan. Minit bertukar jam dan Mamat Khalid masih gagah setia di hadapan lelaki kepeng itu yang kelihatan tepu benak otak geliga, seperti ada lipan yang jaga, tak reti bercakap waima mengatur kata ceritanya. Muka bengkek Mamat Khalid semakin jelas kelihatan. “Badigol punya budak! Nak memperkudakan aku! Dia ingat aku suka sangat dengar cerita dia ni? Kau belum kenal aku siapa sebenarnya!? Ini abang Mamat lah. Berapa juz kau khatam, dan berapa juz pula aku khatam? Semua rakyat jelata tahu siapa aku tau!!” cebik Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bini aku kat rumah tu tengah kempunan tempoyak! Ni aku belum sempat pergi beli lagi!? Apa aku nak jawap nanti? Tak dapat lah aku bersenggama malam ni?” keluh Mamat Khalid dalam hatinya sendiri. “Bila aku dah tukar jadi Frankenstein, bini aku jadi Warewolf dari Bangladesh dan anak-anak aku pulak jadi Zombi kilang biskut! Baru kau tahu erti pertualang!” sambung cebik di hatinya lagi menunggu Mat Tiara bercerita. Cerita tentang beruk pakai kaca mata hitam mendapat bunga!
MALAM ITU SEMAKIN SEJUK, membeku otak tepu Mat Tiara yang sudahpun lesu dek hampir seharian bermesyuarat. Namun mesyuarat hari itu hanya mengambil masa 3 minit. Yang selebihnya, berbelas jam, bersembang di warung Pak Jahail, tentang nasi lemak tetek 50sen Cik Salmah, yang dihidangkan panas segar malar. Nasi lemak berlapikkan daun pisang dan dibungkus dengan menggunakan surat khabar Tamil Press, dibilas bersama air kopi jantan cap Ayam, yang disesah Ridhwan, seekor musang licik perpakaian sut manusoid lelaki kerdil bertanjak songsang, berbangsa Melayu kacukan Cina, berusia lewat 20-an, dan Fared, lelaki berbangsa Melayu Asli, berkulit hitam sawo matang, berusia awal 20-an, sang penternak ayam tegar. Dan wajah mereka bertiga malam itu, Mat Tiara, Fared dan Ridhwan pucat kelesuan. Lengit.
KOPI JANTAN CAP AYAM itu sudah pun sedang elok tahap haul suhu ekalnya. Kesedapan likatnya yang dibancuh Cik Salmah, anak gadis sunti Pak Jahail, yang punya susuk tubuh persis bintang lejen Saloma, beradab dan sopan paling gerek di seluruh pangea Kampung Simpang Siur, Pekan Changkat ini. Pahit dan manis Rasa kopi jantan itu seperti juga adab dan sopan sang pembancuhnya yang lembut pekertinya. Dari jauh, Cik Salmah yang berpakaian kurung labuh berwarna hitam, rambut ikal jatuh sehingga paras dada, berjalan keluar dari dapur warung penuh seksualitasi terkawal, menghampiri meja Mat Tiara dan rakan-rakannya melepak, sambil membawa dulang yang dibebani 3 cangkir kopi jantan dihidangkan di hadapan Mat Tiara, Ridhwan dan Fared. Menggil Ridhwan melihat tubuh Cik salmah yang mengasyikkan itu. Sampai terasa kekok tangannya gigil memegang cangkir yang berisi air kopi yang mula direguknya. Namun wajah Fared pula kecewa kerana kopi jantan kaw-kaw panas yang dimintanya itu ditemani ketulan ais batu yang membeku isim-isim sensasi kopinya. Kecewa. Resah dan gelisah dibuatnya untuk mengatakan bahwa minuman itu bukan seperti yang diidamkan. Senyuman manis dari bibir montok Cik Salmah, mencairkan nurani Fared yang kecewa terhadap permintaannya yang tidak dimakbulkan itu. Dengan nama TUANPENGARAH, Fared redha. Dan keredhaan Fared itu kemudian menjadi polimik debat penuh kashaf, yang dibentangkan di tengah meja terbang warung Pak Jahail itu, antara Mat Tiara, Ridhwan dan Fared. Namun, kondisi sembang-gebang dan omong kosong tentang ‘keredhaan Fared, atas kehendak TUANPENGARAH’ itu tidak punya sebarang sensasi ijakulasi fikir-rasa waima pencetus epilog sintesisNya, namun tidak lah diharapkan juga polimik mereka-mereka itu akan ditemukan dengan satu katarsis! Seperti buih-buih gelocak kopi jantan kaw-kaw panas yang mulai hilang di permukaan air kopi yang pekat likat. Seperti juga goreng pisang panas yang dihidangkan sebelum mula bermesyuarat mulai lemau masuk angin. Begitu juga gagasan idea omong-omong kosong mereka. Seperti tahi ayam yang di ternak Fared! “Oh TUANGPENGARAH, kau berikanlah kami kiblat yang lebih utuh dari sensasi sembang-gebang dalam ruang-masa mesyuarat-mesyuarat sebegini.” Bisik Mat Tiara sendiri sambil memandang ke arah bulan dan bintang yang mulai kelihatan. Seraya itu dia menyalakan sebatang rokok Canyon yang dibelinya RM 3 sekotak di kedai runcit Wak Deraman semalam yang sudah pun kehabisan, dan yang tinggal hanya sebatang itu. Di nyalakan rokok itu menggunakan mancis cap Flyingman. Klasik gaya rokok yang dinyalakan Mat Tiara itu apabila batang mancis yang satu dikeluarkan dari kotak mancis Flyingman, digeser pada bahagian kesat kotak itu dan ternyala api kecil membara, lalu dicucuhnya rokok Canyon yang sebatang itu. Kepulan asap dihembus keluar dari rongga pernafasannya, seperti juga kabus dingin malam itu.
DITEMANI REMBES CAHAYA BULAN, kabus malam yang dingin menyelubungi puncak bukit Simpang Siur. Dari perkarangan warung Pak Jahail di celah kaki bukit, di pinggir kampung, perlahan kabus mega berarak memperlihatkan sebuah banglo agam tersergam indah di puncak bukit itu. Susuk gambarannya seperti rumah banglo dalam filem Psycho arahan maestro auteur Alfred Hitchcock! Terasing dan misterius. RUMAH BANGLO ANGGERIK VILLA, yang semacam tersorok dan terpelosok nun di atas puncak bukit itu, adalah tempat beradunya TUANGPENGARAH bersama banjingan produserNya, Tuan TAUKEHSAYUR, lelaki berbangsa Cina kacukan Melayu. Tuan TAUKEHSAYUR yang secara alaminya, waris pemilik empunya rumah Banglo Anggerik Villa itu adalah seorang penipu dan yang sangat pantang ditipu! Susuk tubuhnya hanya dapat digambarkan melalui celoteh-celoteh mereka yang penah menjejakkan kaki di dalam rumah banglo agam tersebut. Namun hanya yang terpilih dan bijak laksana sahaja yang akan dijemput ke banglo Anggerik Villa yang berada di atas puncak bukit, kampung Simpang Siur, Pekan Changkat itu. Golongan-golongan proletar dan kuli-kuli seperti Mat Tiara, Ridhwan juga Fared sang penternak ayam jangan kata ‘dijemput’, di’impikan’ mereka untuk menyentuh pagar keramat banglo agam itu pun belum tentu!Rumah banglo anggerik villa yang berada nun agam tinggi di puncak bukit, jika dilihat pada waktu malam dari warung Pak Jahail, di kaki bukit Simpang Siur itu, kelihatan meriah bercahaya neon berwarna warni berkelip-kelip semacam punya pesta keramaian sepanjang malam, setiap hari. Sepanjang tahun! Seperti manusia yang mendiami ruang-masa rumah banglo agam itu tidak pernah mengerti akan patah kata tidur waima mimpi. Stuktur binaan rumah banglo Anggerik Villa punya reka bentuk asas senibina kolonial British era 40-an, namun mengikut kata-kata cerita mereka yang pernah menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah banglo tersebut, reka dalaman ruang dalam rumah banglo itu seperti punya konsep ala-tradisi Negara Matari Terbit! Namun ruang itu semacam mengurung sesuatu! Terasa mood dan atmospiarnya itu menghimpit, agak gelap, ganjil dan menakutkan. Hanya TUANPENGARAH maha mengetahui kerna dia yang menentukan segalanya mengikut citaRasanya juga atas nasihat guru Feng Shui, Master Chen, lelaki tua bijak laksana, yang suatu ketika dahulu pernah diusir keluar dari Kampung Simpang Siur dan seluruh pangea Pekan Changkat oleh bapa kepada tuan TAUKEHSAYUR, pemilik rumah banglo Anggerik Villa suatu ketika dahulu, dek kerana ajaran dan kebijaksanaan guru Feng Shui, Master Chen yang dikatakan dahulu mampu menggugat keamanan penduduk kampung! Dan selepas kematian bapa tuan TAUKEHSAYUR tidak berapa lama dahulu, guru Feng Shui, Master Chen telah di beri pengampunan oleh TUANPENGARAH, dan tuan TAUKEHSAYUR yang menurut perintah TUANPENGARAH yang maha pengampun telah menetapkan syarat, bahwa guru Feng Shui, Master Chen boleh kembali ke Pekan Changkat dan Kampung Simpang Siur dengan syarat, dia harus menetap di dalam rumah agam banglo Anggerik Villa dan tidak dibenarkan sekalipun menjejakkan kakinya keluar dari rumah banglo itu dan bersua-muka waima punya sebarang komunikasi dalam apa jua bentuk, dengan sesiapa pun, selain mereka yang menghuni rumah banglo itu. Dan tiada siapa pun di dalam kampung yang pernah melihat susuk tubuh TUANPENGARAH yang maha agung lagi maha mengetahui itu, kecuali mereka yang berada di kasta tertinggi masyarakat monarki Pekan Changkat, golongan-golongan kenamaan juga dikenali popular sebagai golongan borjuis. Tapi mengikut cerita yang didengar oleh penduduk kampung dari mereka yang pernah bekerja di dalam rumah banglo agam itu, TUANPENGARAH yang satu itu, digambarkan seperti seorang lelaki tua berbadan kecil, berambut putih, dan berkaca mata tebal. Dia yang sempurna sifatnya. Wajah yang cantik bak bulan purnama, nada katanya selembut puisi terindah mahakarya agung dan sifatnya maha segalanya sempurna bak kopi jantan cap ayam yang sedang elok tahap haul suhu ekalnya.
“Kesempurnaan likatnya seperti yang di bancuh Cik Salmah! Anak dara sunti Pak Jahail.” bak kata Fared.
Dingin angin bersulam riuh yang mengisi serat-serat malam itu, di warung Pak Jahail. Mat Tiara, Ridhwan dan Fared duduk melepak sambil menikmati kopi jantan mereka, melihat ke arah Pak Leman yang berdekah-dekah ketawa dan teresak-esak nafasnya dek teruja, bercerita tentang kesah lembunya yang hilang ketika malam raya korban tahun yang lalu. Atau mungkin yang sebenarnya Pak Leman sangat sedih mengenangkan lembu kesayangannya yang hilang itu sehingga dia menyembunyikan kesedihan itu dalam cerita dan tawa-riaNya yang berdekah-dekah itu. Dan itu yang di sedari Mat Tiara, Ridhwan dan Fared apabila melihat Pak Leman yang tidak putus-putus teruja bercerita pada Pak Jahail dan Hasnul, pemuda rockers kampung yang berusia 18 tahun, yang katanya baru pulang dari persembahan gig, atau sebenarnya persembahan kugiran di Pasaraya Serbaguna Hack Choi, di Pekan Changkat, yang sebetulnya hanya mahu singgah untuk tapau teh o’ ais untuk diminumnya dalam perjalanan pulang ke rumah, namun terpaksa mendengar cerita picisan Pak Leman itu hanya untuk menjaga hati orang tua tersebut. “Kalau tidak didengarnya, dikatakan tidak beradap pula.” bisik hati batu Hasnul yang punya nada keMelayuan sendiri.
Kaza, seorang budak lelaki berusia 12 tahun berlari ayam masuk ke dalam warung Pak Jahail mencari nafasnya kembali. Kaza berdiri di sebelah Mat Tiara, memandang lesu ke arah Pak Leman yang sedang asyik bercerita berdegar-degar tawanya. “POM! POM! POM!” bunyik runut hujah Pak Leman kepada Pak Jahail dan Hasnul yang masih lagi melayan,walaupun air teh o’ air yang dibungkusnya itu sudah kehabisan. “Kalau tak di layan, katanya tak beradab pulak!” Kaza ketawa kecil melihat semangat Pak Leman itu, dengan wajah keliru, tak faham apa yang di sembangkan Pak Leman itu. “Apa yang seronok sangat tu Pak Leman?” tanya Kaza dengan nada naïf. Pak Leman tersentap seketika mendengar kata budak kecil sememeh itu. “Haish! Kau ni Kaza! Orang tua-tua cakap jangan menyampuk! Ni apa ke hal kau datang sini malam-malam ni?” Tanya Pak Leman pada Kaza yang berdiri kaku sambil menepuk-nepuk pehanya untuk mengisi ruang-masa separa sedar dirinya, menghilangkan rasa bosan!“Mak suruh cari abang Fared.” Ujar Kaza sambil memandang ke arah Fared yang sedang duduk dengan wajah yang masih ralat terhadap kopi jantan cap ayam yang diminumnya itu di sebelah Mat Tiara dan Ridhwan. “Abang Fared! Mak suruh sembelih sebarang dua-tiga ekor ayam. Buat masak untuk makan malam nanti!” jelas Kaza lagi.Fared yang sedang membentangkan papan Dam Haji, mengeluh panjang. “Apa lah mak kau ni? Malam-malam macam ni suruh orang sembelih ayam? Kau tak tau ke? Ayam pun ada tahu tidur!” keluh Fared.“Alar, ayam tidur-tidur ayam je. Senang nak kejut!” jawap Kaza.“Ha! Pergi layan je lah budak ni! Tak dilayan naik rimas pulak dia membebel!” ujar Ridhwan sinis.“Haarghh, yelah.” Jawap Fared sambil menelengkan kepalanya pada Mat Tiara dan Ridhwan, memberi isyarat untuk beredar.Fared dengan nada kecewa, menutup semula papan Dam Haji, lalu bangun dan mengheret tubuhnya berjalan keluar dari warung tersebut. Kaza membontot Fared berjalan beredar dari perkarangan warung Pak Jahail. Dalam pada ketika itu, kedengaran suara orang bertempik nama Mat Tiara. Berulang kali! Mat Tiara yang sedang asyik melayan kopi Jantan Cap Ayamnya tidak langsung mendengar suara tempikkan itu.“Ada orang panggil nama kau lah?” ujar Ridhwan.Mat Tiara cuba arah suara itu datang. Kelihatan Husin, lelaki Melayu berusia awal 20-an, dengan jambul tingginya, berbaju kemeja lusuh dengan butang baju dikancing hingga ke leher, berseluar kodroi warna cokelat gelap, gaya ala Ringo dari kugiran The Beatles, sedang mengayuh basikalnya deras dari arah jalan besar menuju ke arah warung Pak Jahail sambil menempik nama Mat Tiara berulang kali.“Apa ke hal si Husin ni? Malam-malam macam ni terjerit-jerit macam terlintas kelibat hantu Kak Limah?” ujar Pak Leman menyebuk.Husin, mengayuh basikal tuanya lebih deras menghampiri warung Pak Jahail, melemparkan basikal tua warna hitamnya ke tanah lalu berlari menghampiri Mat Tiara.“Mat! Panggung Filem kita terbakar!” tempik Husin dengan nada paling nyaring, cemas sambil cuba mencari nafasnya kembali! Deru nafasnya kencang berbunyi dari rongga tekaknya.Mat Tiara, Ridhwan, Pak Leman, Pak Jahail, Hasnul dan Cik Salmah terkanjat mendengar kata-kata Husin itu.….“Jadi lepas tu, sa…. saya bergegas ke panggung. Sampai panggung, tengok panggung dah marak terbakar.” Jelas Mat Tiara pada Mamat Khalid.
Published on March 20, 2013 02:36
February 9, 2013
BERITA PANAS & TERKINI: DEMONSTRASI DI KAMPONG PISANG!
Dilaporkan untuk akhbar Berita Hairan Lagi Ajaib oleh Zainor MisVeryFar. Bale! Bale!
KG PISANG, DEKAT DENGAN KG BUAH PALA,TAK JAUH DARI KG TEMBIKAI, 8 JAN: Pagi tadi ramai zombi dan ...makhluk-makhluk lain berdemonstrasi di luar Kampong Pisang. Beberapa zombi, pontianak, pelesit, polong, toyol dan beberapa pelajar perfileman dari beberapa universiti terkemuka dan yang tak ada muka, mendesak agar subteks filem Mamat Khalid yang terbaru didedahkan.
Ini adalah kerana mereka tidak dapat tidur memikirkan amende yang dicakapkan oleh Si Mamat dalam filemnya, HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT. Sebenarnya yang tak boleh tidur tu cuma pelajar-pelajar aje. Yang lain tu mana tidurnya. Kerja diaorang berkeliaran malam-malam.
Keadaan menjadi tegang apabila zombi-zombi mencekik pelajar-pelajar dan memakan otak mereka. Selepas itu, kesemua zombi dikejorkan ke hospital dan terus dimasukkan ke dalam ICU. Doktor-doktor pakar mengesahkan puncanya adalah otak-otak tersebut terlalu bersih akibat tidak pernah digunakan. Laporan terkini mengatakan keadaan zombi kini stabil. Tetapi kesemua zombi tersebut didapati kini tergila-gilakan Facebook dan Twitter. Ada di antara mereka mahu ke Mid Valley untuk menonton filem WAWA TERKEJUT.
Doktor-doktor kebingungan. UNESCO sudah pun diberitahu tentang fenomena luar biasa ini dan dijangka CIA, FBI, JKR, SPR, RPM, MAT LANDON (Sarjana Kreatif di sebuah universiti terkenal) serta Persatuan Teh Tarik 1Malaysia akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Dilaporkan juga bahawa Sam Hoosni akan membuat ukiran khas dari kulit-kulit durian untuk memperingati peristiwa luar biasa ini. Cayalah lu, Sam!
Semasa demonstrasi, Penghulu Kg Pisang cuba nak redakan ketegangan dan berusaha menceritakan tentang subteks filem Mamat. Kata Penghulu: “Salam Satu Zombi dan –er, Makhluk yang lain-lain. Citernya begini. Dr Shamsuddin, Jin yang paling besar di daerah ini, mula muncul di Kg Pisang pada tahun 1877. Ye, 1877. Ia itu, sebelum tahun 1876 le tu. Tapi belum sampai ke tahun 1888lah. Yelah, 1877. Setahun selepas 1876. Setahun lagi barulah 1988.”
Keadaan Penghulu juga dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital Kg Durian yang tidak jauh dari Kg Belimbing. Yang dekat dengan Kg Rambutan le tu. Punca kejadian di atas Penghulu itu tidak pasti. Ada yang katakana dia baru nonton filem WAWA TERKEJUT. Ada yang kata dia baru lepaih nonton DVD ADNAN SEMPUT.
Jangan dengor kabar angin! Itu semua koje anasir-anasir yang nak pecah belahkan kampong kita. Sabor jerlah. Tengoklah DVD TERONG WANGSAMAJU.
p/s ; sbb gua layan sgt tulisan ini, jadi gua re-post apa yang dikhabarkan dari Berita Hairan. kah kah kah

Published on February 09, 2013 03:46
February 7, 2013
prolog cinephilia

cin·e·philiapencinta filem, terutama mereka yang arif tentang sinemaa devoted moviegoer, especially one knowledgeable about the cinema.

#cin.e.philia ; naskah naratif genre ; thriller horror “romantika wayang seram” dalam nafas komedi. Berlatar-belakangkan sebuah lanskap Pekan Changkat, sebuah pekan pseudo-noir yang penuh dengan isu negativiti jemaah masyarakat. Kaza, seorang cinephilia sesat dalam alam aneh persis fantasi wizard of oz terpaksa mencari jalan pulang ke alam realiti. Membuat pilihan untuk terus ralit mencari cinta agungnya Sofia atau membiarkan dirinya terperangkap selamanya dalam dunia 'filem&wayang' di alam aneh.. Pekan Changkat?
*sambung baca di sini!
Published on February 07, 2013 02:38
January 15, 2013
CINEPHILIA

Kepala aku mula menerawang, terfikir bayang kata-kata U-Wei Haji Saari, “filem itu bersifat spiritual.”Andrei Tarkovsky, pengarah tersohor Rusia, pula mengatakan “filem di zaman ini, semakin hilang sifat spiritualnya.”

WAYANG GAMBAR BERTINDAK BALAS SECARA PANTAS DENGAN KEADAAN NASIB PENONTONNYA, dan menjadi ubat mujarab bagi mereka yang tahu mengendalikannya selepas menonton. Manusia filem bukannya manusia biasa, bintang-bintang pujaan adalah buah hati, penggerak contoh, model tiruan, dan wajah impian dalam tidur yang penuh dengan mimpi yang cantik-cantik. Wayang gambar juga diibarat sebagai sesuatu yang luminous, terang, bercahaya, dan ganjil. Yang ganjil itu ialah majis yang mengharukan, silap mata yang menyeronokkan dan memukau, dan sifat layar perak itu sendiri yang terasa dapat disentuh tetapi jauh dan jarak. Hati penonton bergegar, berombak-ombak, tergapai-gapai kerana bintang yang dipuja berdiri tinggi, kemudian jauh, kemudian dekat semula seolah-olah boleh disentuh muka mereka. Paling menyayat hati ialah kesedihan dan penderitaan di layar perak hampir terlalu serupa dengan cerita sendiri. Apa saja yang diberikan di layar perak pasti akan tersemat dalam ingatan dan dijadikan renungan sehari-hari sebagai cerita diri sendiri. Dalam keadaan yang sebegini rupa seorang individu yang menonton punyai hubungan yang semakin akrab dengan layar mereka.
Zaman dan kehidupan mendesak manusia untuk bergerak pantas, tersepit dalam ruang yang mendesak, terapung-apung, mewujudkan manusia yang terbuang, terusir, terpinggir. Kehidupan terasa kosong, tidak terlalu berat dan menekan tetapi semacam mencubit-cubit, melingkari hidup sehari-hari dan terasa ingin dilepaskan sekaligus. Anak-anak muda mula terasa dibuai-buai untuk menguasai sikap dan tata-laku mereka. Maka terwujud jugalah wayang yang hidup dengan mimpi sosial, ketika waktu ingin memperbetulkan dan mengangkat diri sendiri, ketika dan waktu ingin memperbetulkan diri sendiri di kampung-kampung juga bandar yang berkeadaan berselerak, tersepit dan dihimpit kehidupan yang mendesak manusia untuk terus bergerak. Wayang-wayang ini memberikkan kebebasan itu, menjawap masaalah yang berlegar-legar dalam hati dan benak mereka, dan menjadi ubat mujarab dalam mimpi nyata anak-anak muda zaman ini. Wayang juga turut memberikan jangkauan yang jauh seolah-olah dunia yang dicipta di layar itu adalah dunia contoh yang berada di halaman dan dalam bilik tidur mereka dekat dan tersentuh oleh mereka.
Mereka yang menonton, majorati besar, di negara kita khususnya, sebenarnya adalah mereka yang terselubung dalam kesempitan pemikiran dan kehidupan, yang disebabkan oleh ruang yang sempit dan mendesak. Mereka terbuai-buai dalam gelap, diikat dan diletakkan dalam ruang yang sempit, vacuum, yang mendesak untuk mereka terus bernafas dalam ruang yang sempit itu, oleh kerakusan mereka yang berkuasa. Maka wayanglah yang menceritakan dan memutarkan hidup mereka semula, dengan pelakon yang sama naïf, pada aku, yang membuatkan kita rasa dekat, tergolong dan rasa berada dalam satu lingkaran yang sama.
Hubungan langsung penonton dengan layar bukannya hubungan mencari sesuatu yang sensible, mengukur sikap atau mencari sesuatu yang berfikir, tetapi rasa sebenar yang tersusun begitu mudah dan tidak menyulitkan. Dan pembikin filem pula, sama-ada menulis, mengarah dan mengerjakan filem dan bintang-bintang filem, mahupun pemusik lebih bijak dari penonton. Mereka pandai bergerak, pandai mengeluarkan tutur-kata, mudah menitiskan air-mata dan bijak berjenaka bila keadaan semakin sesak dan menyenakkan. Maka berlakulah timbal-balik yang cukup sempurna di mana timbal-balik itu bersifat komplementari. Keadaan ini tentunya dapat berlaku dalam keadaan yang tertentu dan ditetapkan oleh waktu yang dirasai bersama ( zaman yang tak tentu hala ).
Persoalan dalam otak aku yang kosong, sambil minum air Coca-cola dengan jagung sweetcorn yang dibeli sebentar tadi, kenapa filem picisan dirai-kan seperti sebuah karya yang agung! terdetik dalam anganku, bagaimana para interlek pembikin filem negara, TUANPENGARAH, di pinggiran oleh sistem industri perfileman.. Suara mereka sayu kedengaran kerana berada jauh dihujung kampung.. Nun di puncak bukit! kenapa? sedih sebenarnya.
“.. kalau kau ke pekan malam ini, kau harus punya hati. Kalau kau ke hutan malam ini, kau harus sedia mati.” bisik suara halus di halwa benak fikir-rasaku.
TIBA-TIBA BUNYI DENTUMAN YANG KUAT MENGEJUTKAN AKU DARI LENA. Haramjadah. Aku tertidur sebenarnya. “Berapa besar punya badigol!” bisik cengeng aku sendiri. Kepala mula berdengung. Bingung. Nafas berdegub kencang. Mencari keseimbangan fikir-rasa. Sepatutnya aku yang harus tonton wayang-gambar ini! Dan segala gagasan retorika aku tentang filem itu tadi hanya sebuah landskap idea, sebuah disambiguasi separa sedar dalam benak kepala otak tepu aku ini ketika gambar-wayang tonton aku. Aku bingkas membuka mata kundang, terbuntang dan kelihatan aku keseorangan di dalam panggung tersebut. Filem di layar masih lagi belum tamat. Terasa sangat ganjil melihat sekeliling aku kosong, namun aku gagahkan untuk menonton filem itu sehingga selesai. Sesekali dalam gelap panggung itu, bulu tengkuk aku meremang bilamana memikirkan tentang kemana pergi penonton yang ramai-ramai tadi? 28 minit seterusnya, naratif filem yang aku tonton itu sesekali buat aku pecah perut namun perasaan aku masih seriau dek keseorangan dalam panggung itu. Sebaik filem itu selesai, lampu panggung dengan sendirinya terbuka. Mata aku menilau ke arah segenap ruang dalam panggung itu, namun tiada seorang manusia pun kelihatan. Pekerja panggung yang sepatutnya membuka pintu keluar panggung juga tidak nampak batang hidungnya. Pelik, aneh, ganjil, seriau, dan segala rasa ada dalam benak hati aku yang cengeng! Aku persis budak cekai melangkah keluar dari pintu keluar panggung. Menelusuri lorong sempit yang sebenarnya menyeramkan. Ruang lorong sempit itu membikin aku claustrophobic. Aku seorang diri melangkah menuju ke lobi panggung melalui lorong keluar belakang panggung itu. Hanya kedengaran bunyi dialog-kesan khas-latar muzik dari dalam panggung lain yang masih memainkan filem. Aku menyelinap, membuka sebuah pintu keluar panggung itu yang terkuak sedikit, memanjangkan leher aku menjenguk ke dalam panggung. Namun tiada seorang pun manusia yang sedang menonton filem yang sedang elok dimainkan itu. Panggung itu juga kosong. Aku mula gelisah, bingkas berlari meninggalkan panggung itu dan hanya telapak kaki aku yang gantang berlari menghasilkan bunyi echo dalam ruang lorong yang sempit itu. Aku keluar dari pintu lorong tersebut dan tiba di perkarangan lobi panggung. Ruang legar lobi itu juga kosong, tidak kelihatan seorang pun manusia yang berkongsi nafas dalam ruang aku bernafas ini. Suasana sunyi, sepi. “Badigol! Apa pulak sueh yang melanda otak tepu aku ini?” seranah hati aku!
Dengan perasaan penuh cemas, aku berlari keluar dari panggung itu, dan kelihatan alam yang di depan mata aku bukan lagi kota yang aku kenal. Sebuah ruang alam ganjil. Namun mata aku tertumpu pada disambiguasi indah cahaya yang menyala-nyala pada lapisan langit alam aneh ini yang diseliputi Aurora Borealis persis catan ranah warna Dewi Fajar Rom. Kelihatan langit kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah Matari akan terbit dari arah tersebut. “Di mana sebenarnya aku berada ini?” soal hati aku yang mulai paranoia, resah-gelisah. Aku menonyoh kelopak mata aku berkali-kali, mengharap empat mata aku ini menipu pandangan fikir-rasa. Aku membuka kembali benak mata, namun kota yang aku diami kini benar-benar telah bertukar menjadi sebuah pekan terpencil. Semacam terpinggir, terpelosok dari kesesakkan. Aku gagahkan langkah menuju ke tengah pekan tersebut. Dan angin surya merembes segenap partikel resahku. Aku yang menghirup udara pada injap ruang aneh itu. Dan baunya payau persis wain merah dari kota Casablanca, disulami hancing bau Guinness Draught beer persis di kota Bombay. Dan aku serasa seperti Humphrey Bogart menunggu masa yang tak kunjung tiba. Atau mungkin ini semua hanya delusi paranoia aku sendiri. Nalar separuh sedar akibat Insomnia yang aku alami, menyelimuti sedar-ku.
….
BACA NASKAH CINEPHILIA LAGI DI SINI!
Published on January 15, 2013 06:21