Syaihan Syafiq's Blog, page 17

June 27, 2014

369: senarai buku terbaik yang sudah aku baca setakat ini untuk tahun 2014.

Bukan dalam sebarang senarai khusus, cuma senarai buku terbaik yang sudah aku baca setakat ini.
=)
This Is How You Lose Her - Junot DíazFive Star Billionaire - Tash AwThe Fault in Our Stars - John GreenSurvivor - Chuck PalahniukInvisible Monster (Remix) - Chuck PalahniukRepublik Kutu (edisi cetakan semula dari PiBiBi)The White Castle - Orhan PamukThe Lake - Banana YoshimotoThe Luminaries - Eleanor CattonThe Stand (Complete & Uncut Edition) - Stephen King (okay, yang ini sebenarnya aku sudah baca, tetapi naskah yang aku ada hilang dan aku beli yang baru dan baca kembali kerana ini antara naskah nukilan beliau yang terbaik pernah aku baca setakat ini)... dan ini pula senarai buku yang sedang aku baca (dan entah bila hendak habiskan):And the Mountains Echoed - Khaled HosseiniInfinite Jest - David Foster Wallace (yang ini pula sebenarnya aku baca dari pertengahan November tahun lepas tetapi masih belum-belum habis kerana ia setebal 1079 halaman dan aku tidak sebegitu gigih hendak baca dalam kadaran yang konstan selalu)... dan  ini senarai buku yang aku harap akan boleh perolehi dan baca tidak lama lagi:Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage - Haruki Murakami (aku sudah pra-pesan naskahku dari mphonline yang baru-baru ini telah membuat promosi diskaun untuk buku-buku pra-pesan terpilih. Aku memang tidak sabar untuk membaca tulisan terbaru daripada salah seorang penulis kegemaranku ini)Mr. Mercedes - Stephen King (khabarnya edisi kulit keras sudah terbit tetapi aku sanggup bersabar dan menantikan edisi kulit lembutnya kerana aku tidak sebegitu kaya untuk beli yang kulit keras)Frog Music - Emma Donoghue (selepas teruja dengan berita bahawa novel beliau yang terdahulu bakal diadaptasi ke layar perak, aku agak optimistik untuk membaca tulisan terbaru dari penulis hebat ini)
Bagaimana pula dengan anda? Beritahu aku di ruang komen di bawah.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2014 21:00

368: [siri haiku merepek] #09 - ulang tahun.

menjelang esok
musimnya akan beda
berseronoklah!

menjelang esok
usiaku tambah satu
hampiri maut

menjelang esok
tiada cuak dan ragu
hanya optimisme

menjelang esok
kapkek, donat dan soda
sebelum puasa



1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2014 08:59

June 14, 2014

367: [siri ulasan buku] #41 - kumpulan cerpen 40 karya arif zulkifli.

Buku kecil edisi terhad Kumpulan Cerpen 40 hasil nukilan sepenuhnya saudara Arif Zulkifli ini dilancarkan secara rasminya pada Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC tempoh hari, di mana atas sebab-sebab peribadi, aku tidak dapat hadiri. Walaubagaimana pun, aku amat berterima kasihkepada penulisnya kerana menyimpankan satu naskhahkomplementer buat aku yang terlepas peluang untuk membelinya kerana kalau tidak salah, masuk sahaja hari keempat PBAKL14, buku tersebut telah pun selesai habis terjual. Aku agak berbangga kerana pernah dua kali berkongsi antologi cerpen Fixi (BOLA dan juga KLCC), makanya secara tidak langsung sedikit-sebanyak aku sudah disediakan dengan bentuk penulisan yang dipersembahkan oleh ArifZulkifli ini. Jangan ditanya kenapa kulit buku ini merupakan sepasang rahang gigi manusia kerana aku sendiri tidak tahu (mungkin penulisnya ada maksud yang tersirat?). Ada 40 cerpen pendek yang termuat dalam antologi cerpen edisi terhad setebal 180 halaman kali ini dan kebanyakannya hanya 3 muka surat dan memang pendek-pendek belaka. Kesemuanya menggunakan 40 tajuk novel-novel Bahasa Malaysia terbitan Fixi yang terdahulu sehinggalah yang terbaharu iaitu AWAN (tulisan Syafiq Aizat, sekuel kepada AJAIB) dan juga SANCTURIA (novel keempat tulisan ShazJohar). Apa-apa pun, usai membaca kesemua cerpen yang terkandung di dalam antologi ini, aku tidak menafikan bahawa penulisnya punya bakat besar dan tidak mustahil suatu hari nanti beliau bakal tampil dengan novel sulungnya pula. Tema utama yang dapat dikesan semestinya elemen sinisismeterhadap masyarakat Malaysia (khususnya orang Melayu).Walaupun penulis berusaha untuk menghasilkan cerpen dalam pelbagai spektrum genre (psychological-thriller: NGERI, post-apocalyptic futurisme: ZOMBIJAYA, dystopian fiction: DOSA, horror/mysticism: ASRAMA, societal criticism: JERAT, dll) apabila membaca Cerpen 40, kau tidak boleh lari daripada menyedari ada semacam suatu kesamaan yang nyata iaitu suntikan keagamaan yang kuat dalam hampir 70 peratus cerpen yang terhimpun.
Disebabkan kebanyakan cerpen yang ditulis pendek-pendek belaka (barangkali kerana harus mematuhi jumlah maksimum ketebalan naskhah tersebut), pada hemat aku satu kelemahan yang amat ketara dalam hampir kesemua cerpen yang ditulis oleh Arif Zulkifli adalah kegagalan setiap satunya untuk mencapai penyudah yang memuaskan, menyebabkan kebanyakan cerita bagaikan menjamah lauk yang tidak cukup masin. Dalam kata lain, rasa puas itu tidak kesampaian. Banyak cerpen yang termuat aku kira punya banyak potensi dan ruang untuk dikembangkan dan dipanjangkan lagi untuk memberi perspektif dan ‘kedalaman’ penceritaan di samping perincian watak/latar yang lebih khusus. Apa-apa pun aku puji penulis kerana berusaha untuk menghasilkan kepelbagaian dalam penulisan beliau. Bukan senang hendak menulis dalam pelbagai genre seperti apa yang telah berjaya dihasilkan oleh Arif Zulkifli ini. Cumanya memandangkan antologi edisi terhad kali ini hanya memuatkan karya-karya dari satu penulis sahaja, kita tidak disajikan dengan variasi teknik penceritaan seperti mana yang terkandung dalam antologi edisi terhad FIxiyang terdahulu. Oleh sebab itu juga, keseragaman fitur bahasa dan aspek naratif yang disajikan dalam Cerpen 40 amat jelas sekali.
Lima cerpen kegemaran aku (bukan mengikut kronologi) adalah: BISIK, MENTAL, KOYAK, TABU dan juga GERGASI. Secara keseluruhannya, buku antologi cerpen ini tidaklah menepati jangkaan aku, tetapi sekadar memadai untuk menjadi sebuah lagi koleksi edisi terhad yang boleh dibuat simpanan.    



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2014 10:11

May 26, 2014

366: [siri ulasan buku] #40 - kacau karya ariff adly

Tajuk: KACAU
Siapa penulisnya?Ariff Adly (@kiddkiid)
Tajuk lain yang aku kira lebih ampuh:KAOK (bahasa Indonesia untuk ‘berteriak)
Genre:Psychological/horror/mysticism. Fiction.
Baca novel ini jika anda gemar:Siri Suangi tulisan H.M. Tuah Iskandar. (sila Google kalau tak pernah dengar)
Latar tempat: logik vs. merapu?Typically logic. Ada sekitar Cheras, Seremban, Semenyih dan lain-lain. Kawasan bangunan tinggal dan sewaktu dengannya.Jadi, secara amnya agak relatable-lah.
Petikan paling meninggalkan kesan:“You put a smile on your face, while inside you feel like dying. You wear a smile, for the sake of supporting others, and that, THAT Al, is strength,” – Jimie, bab 12, halaman 167.
Ulasan aku:Aku mempunyai perasaan yang berbelah bahagi sesudah membaca KACAU ini. Ada beberapa perkara yang aku benar-benar suka tentang novel setebal 327 halaman ini, ada juga yang aku tidak begitu suka dan ada juga yang aku langsung tidak berkenan. Jadi, untuk memudahkan pembacaan ulasan aku (yang aku rasa mungkin bakal panjang berjela-jela ni) aku bahagikan kepada tiga seksyen. Selamat sakit mata tenung skrin lama-lama. Kthanxbye.
Pros:1.1  aku suka langgam bahasa yang digunakan oleh penulis dalam KACAU ni. Ia terasa segar, ada semangat urban, berbau remaja dan semestinya relatable. Aku tak ada masalah dengan code-switching yang sangat-sangat berleluasa dalam lontaran dialog watak-watak dalam novel ini kerana itulah lumrah kita sebagai seorang rakyat Malaysia, tak gitu?2.2  plot-pace yang baik. Tak terlalu meleret-leret (*batuk* novel sendiri *batuk*) dan tidak pula terlalu laju. Sedang-sedang saja. Just nice. Kelajuan pacing plot dalam KACAU ini seimbang, memberi ruang untuk perasaan suspens dan cuak itu membengkak sebelum meletus dan menyusut, hanya untuk dibengkakkan semula. Bagus!3.3 dari skala 1 hingga 5, aku beri 3 setengah untuk nuansa seram dan psiko yang terhasil. Penulis nyata bijak membengkakkan babak suspens dan membiarkan pembaca tidak sabar-sabar untuk terus membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya.4.4 aku suka apabila penulis bijak memanipulasikan teknik epistolary (walaupun tidak secara menyeluruh) ke dalam naratif cerita. Petikan tweet, SMS dan diari yang dipaparkan sebagai naratif sedikit-sebanyak berjaya memberikan unsur realisme kepada naratif yang digarap oleh penulis. Rasanya kalau diperbanyakkan pun lebih baik kerana ia boleh membuka lebih banyak dimensi kepada perkembangan watak-watak yang dibangunkan.5.5 kudos kepada penulis kerana mengangkat genre yang boleh aku klasifikasikan sebagai psychological/horror/mysticism ini. Aku yakin, penulis banyak membuat kajian tentang Ulek Mayang dan juga elemen-elemen seram yang diwujudkan dalam KACAU. Nampaknya novel ini bukanlah sekadar tulisan remeh kerana bukan senang hendak takutkan orang sebenarnya.6.6  penyudah dan epilog epilog yang perfect. Serius. Semacam klu awal kepada pembaca yang bakal ada sekuel KACAU menyusul selepas ini. Paling tidak pun aku kira mesti penulis sedang merencanakan suatu spin-off. Betul, tak?#kekening
Cons:1.1  onomatopeia sangat-sangat berleluasa digunakan dalam naratif kadang-kadang membunuh mood tegang yang ditimbulkan oleh penulis. Contohnya pada halaman 84, efek bunyi kuku mencakar itu pada hemat aku tidak diperincikan dengan baik dan penulis seolah-olah agak malas dengan sekadar menzahirkannya dalam bentuk bunyi (baca: Sreeaattt… kreeeaatt.. kreaaaaatt) sedangkan efek onomatopeia itu telah dizahirkan tidak sampai 15 baris sebelumnya. Ada juga beberapa bahagian dalam novel ini yang menggunakan onomatopeia untuk menggantikan kesan bunyi yang terhasil, tetapi kesannya tidak begitu efektif.  Contohnya pada halaman 40, bunyi ‘DOOOOM!’ yang menandakan ada objek berat jatuh dari tingkat tiga itu semacam kelakar. Sepatutnya elemen onomatopeia ini menjadi ‘perencah’ untuk menyedapkan naratif dan bukannya dikhususkan sebagai sebahagian besar daripada naratif.2.2. KACAU ini seram memang seram. Tetapi kebanyakan babak yang dimunculkan seakan ‘been there, done that’ dan macam suatu saduran daripada novel atau filem seram Hollywood. Kadang-kadang ada beberapa babak yang agak klise bagi aku. Contohnya babak ada salah satu watak sedang berada di dalam bilik air dan ternampak kelibat perempuan berambut panjang di belakangnya itu bagi aku agak biasa-biasa (overkilled by Japanese horror flicks if you ask me). Tetapi aku respek bahagian ketika Syira dirasuk dan mula meracau-racau tak tentu hala (oh, dan bahagian dekat-dekat nak habis dalam novel ini). Itu seram. Serius.3.3. Perincian watak agak lemah. Setiap satunya bagi hemat aku tidak begitu menonjol kerana tiada ciri-ciri istimewa yang membuatkan watak itu menonjol. Dialog yang digunakan lebih kurang sahaja gayanya, baik watak lelaki mahupun perempuan, menjadikan pembaca agak sukar untuk membuat pemetaan dan mengisi ciri-ciri setiap satu watak yang dibangunkan oleh penulis.Physical attributes watak-watak juga agak kabur. Jujur aku jelaskan, yang (ya, mungkin aku yang terlepas pandang, jadi maafkanlah aku) bahawa ada salah satu watak bernama Al dalam novel ini mati-mati aku sangka merupakan seorang lelaki, sehinggalah ke halaman 92 baru aku sedari yang Al ini seorang perempuan. Mungkin disebabkan namanya yang agak androgynous menyukarkan lagi untuk aku membuat kesimpulan awal terhadap perincian watak tersebut. Watak-watak dalam KACAU ini aku ringkaskan sebagai tidak begitu berjaya untuk menyampaikan pathos yang perlu disampaikan dan hanyalah sekadar logos kepada pergerakan naratif.4. Point of view yang kurang jelas. Ya, KACAU ditulis dalam 1st person POV (I do this, I see that, I kicked the ball, etc…) serupa seperti apa yang aku sering guna dalam BISIK dan KOYAK. Namun masalahnya di sini adalah di mana apabila setiap bab dipotong kepada sub-bab dan setiap sub-bab tersebut digantikan dengan POV watak yang berlainan. Ia bagus kalau dilaksaknakan dengan bijak, tetapi bagi aku dalam KACAU ia menjadikan pembacaan sedikit huru-hara dan menyusahkan. Aku acap kali harus mengulang-baca beberapa sub-bab untuk mengetahui POV watak mana yang sedang menyuarakan naratif. Mungkin itulah sebab utama penulis sengaja berbuat sedemikian. Entahlah, hanya tuan penulis yang tahu.5.5  aku tak suka ‘Prolog’ novel ini. Semacam tak ada fungsi. Aku kira lagi afdal kalau penulis tulis bab berasingan sebagai prolog ataupun petik naratif pada baris akhir halaman 123 dan 124 sebagai prolog kerana bagi aku, itulah katalis yang lagi ampuh sebagai pembuka tirai untuk KACAU. But then again, ini hanyalah pendapat aku semata-mata. Penulis mungkin ada sebab lain kenapa dia memilih bahagian prolog itu ditulis sedemikian.6.6. Part cinta muda-mudi, tulis lirik lagu bagi kat gf/bf. Itu klise, bai. #muntahhijau
Last verdict:Aku suka novel ini, nuansa seramnya sampai. Cumanya aku agak terganggu dengan laras bahasa yang bagi aku terlalu santai dan ditaburi profaniti yang tidak perlu sehinggakan sedikit mengganggu mood pembacaan aku. Overall, aku suka dan semestinya aku syorkan buku ini untuk dibaca oleh semua penggemar genre seram. Syabas buat penulis kerana berjaya menghasilkan suatu bentuk penulisan yang jelas sekali nampak kebersungguhan beliau dalam membuat kajian awal sepanjang proses menulis naskhah KACAU ini.

=)



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2014 08:24

February 23, 2014

365: [siri ulasan buku] #39 - kasyaf karya khairi mohd.

** ulasan ini mempunyai mini-spoiler. Jadi bagi sesiapa yang belum membaca KASYAF sila baca hingga habis dahulu sebelum baca ulasan ini. Terima kasih daun keladi **
KASYAF ditulis oleh saudara Khairi Mohd, yang (menurut biodata ringkas yang tersedia di halaman permulaan novel) merupakan seorang jurutera; makanya tidak begitu menghairankanlah jika novel berat ini agak terdorong ke arah situ. Mulanya aku kira KASYAF itu adalah nama salah seorang watak yang terdapat di dalam novel tersebut, namun sepertiga selesai membaca novel ini barulah aku tahu apa maksud sebenar perkataan sepatah itu. Susah bagi aku untuk mengklasifikasikan suatu genre khusus buat KASYAF, jadi mungkin ia sesuai diklasifikasikan sebagai sebuah introduksi metafiksyen sains kepada dunia Kasyaf. Ceritanya dikomposisikan dalam ruang lingkup kurang lebih 48 jam kacau-bilau yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Bangi dan kawasan yang sama waktu dengannya, gara-gara kewujudan seorang makhluk bernama Lakhus yang sedang memburu  seorang wanita bernama Hasnitah, yang dikhabarkan merupakan kunci kepada sesuatu yang dibutuhkan oleh kerajaan syaitan. Bunyinya menarik, bukan?
Usai membaca novel KASYAF yang setebal 424 ini, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku nyatakan. Pertama, penyudahnya bagaikan agak tergesa-gesa dan sedikit ‘lari’ dari komposisi asal teras ceritanya. Kedua, ia banyak meninggalkan tanda tanya yang dibiarkan tidak berjawab, menyebabkan membaca naskhah tebal terbitan FIXI ini bagaikan suatu hal yang tidak lengkap. Naskhah ini aku kira bagaikan sebuah companion reading, sebuah stand-alone sequel kepada suatu siri cerita daripada tulisan-tulisan sebelumnya daripada penulis kerana banyak sungguh perkara yang aku jumpai dalam KASYAF yang bagaikan dinyatakan sepintas lalu seakan rangkuman atau rumusan kepada kisah sebelumnya. Dalam erti kata lain, novel KASYAF ini merupakan sekuel kepada karya terdahulu penulis.
>> nota tambahan: sudah disahkan di Goodreads bahawa penulis pernah menulis kisah-kisah yang dinyatakan secara sepintas lalu dalam KASYAF menerusi tulisan beliau yang terdahulu (menggunakan nama pena yang berlainan iaitu Xarine). rujuk sini
Profesor Aleem Zufry atau lebih dikenali sebagai Zack pula muncul sebagai protagonis yang dideskripsikan oleh penulis sebagai seorang bijak pandai yang sihat tubuh badannya dan mempunyai kelebihan Kasyaf ini, dan hanya dia (Zack) yang mampu untuk menghalang Lakhus daripada memburu dan membunuh Hasnitah. Premisnya tampak menarik, ditambah pula dengan ritma plot yang bergerak “tersangatlah laju sehingga kau tak sedar sudah baca dua belas bab”, mengingatkan aku akan keserupaan teknik dari pergerakan plot seperti yang wujud dalam novel PECAH dan GERGASI. Terlalu banyak hal yang berlaku dalam satu-satu situasi sehingga terkadang aku selaku pembaca berasa letih untuk kejar dan hadam kesemuanya. Watak demi watak diperkenalkan dengan baik, dengan introduksi ringkas (dan secara berperingkat-peringkat lewat teknik imbas kembali) menjadikan setiap satu daripada watak yang diperkenalkan terasa maujud. Ditambah pula dengan latar tempat yang amat-amat realistik dan deskriptif, aku tidak perlu berimaginasi banyak (atau kuat) untuk membayangkan latar lokasi cerita ini berlangsung. 
Nyatanya penyelidikan dan perincian yang khusus dan mendalam telah dilakukan oleh penulis sebelum memulakan rangka asas novel ini kerana aku betul-betul kagum dengan ketelitian beliau dalam memperincikan latar tempat yang berlangsung dalam KASYAF ini. Suatu hal yang amat-amat aku puji. Banyak informasi tentang hal-ehwal nuklear, susunan geografi latar tempat di mana KASYAF berlangsung, sehinggalah kepada hal-hal berkaitan dengan kejuruteraan dipersembahkan dengan jelas dan teliti, terkadang aku rasa macam baca buku teks Fizik pun ada juga. 
Namun apa yang kurangnya dalam novel ini adalah pada hemat aku, oleh sebab plotnya yang bergerak terlalu laju, ia bagaikan menganaktirikan perkembangan watak dengan baik. Setiap satu watak yang diperkenalkan tadi bagaikan statik dan tidak mengalami sebarang perubahan drastik (baik dari segi fizikal, mental atau rohaninya) melainkan Lakhus sehinggakan terkadang aku merasakan yang Zack ini bukanlah hero atau watak utama dalam KASYAF, tetapi Lakhus. Setiap satu watak yang diperkenalkan punya cerita serba sedikit untuk beberapa ketika, dan kemudiannya untuk sebahagian besar seterusnya watak itu seakan-akan ‘mati fungsi’ di situ sahaja tanpa sebarang penyudah yang konklusif. Aku ambil contoh watak kakak kepada Hasnitah yang dirasuk oleh sesuatu dan menjadi agen kepada kuasa jahat, Hasnitah dan dilemanya yang tidak tahu mengapa dia harus diselamatkan dan tentu sekali Nealoffa (okey, nama ini lucu sedikit pada hemat aku) yang kematian ayahnya – apakah kesudahan bagi kisah mereka? Zack selaku teraju utama novel ini sebaliknya diperkenalkan dengan baik sekali di awalan cerita, tetapi sehingga ke halaman terakhir tidak banyak yang pembaca tahu tentangnya melainkan dia berasa bertanggungjawab untuk menyekat Lakhus daripada memburu Hasnitah dan seterusnya memasuki Lab Four di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. 
Dalam tempoh sesingkat 48 jam modus operandi Lakhus yang mulanya (berdasarkan fahaman akulah, kalau salah mohon dibetulkan, ya?) bertujuan hendak menjejaki Hasnitah yang dikhabarkan merupakan kunci kepada kekuasaan yang hendak Lakhus perolehi. Tetapi separuh pembacaan KASYAF, watak Hasnitah itu bagaikan langsung tiada fungsi kerana objektif Lakhus telah pun bertukar kepada hendak menceroboh masuk Lab Four. Jadi, Hasnitah yang diperkenalkan di awal novel itu seakan-akan hilang fungsinya dan lebih menghairankan lagi langsung tidak menjadi aset penting lagi sehinggalah ke penghabisan cerita yang [SPOILER] disudahkan dengan kehadiran makhluk asing. Oleh sebab terlalu banyak hal yang berlaku pada satu-satu masa dan banyak sungguh watak-watak diperkenalkan, perkembangan setiap satu daripada watak penting dalam novel ini dirasakan agak pipih dan terasing. Namun begitu, aku andaikan bahawa berpadananlah watak-watak dalam KASYAF ini tidak begitu berkembang memandangkan ruang masa keseluruhan durasi latar tempat dalam novel ini berlangsung hanya kurang lebih daripada dua hari, menjadikan bukan watak itu sebagai fokus utama tetapi ceritanya. Jadi masuk akallah juga barangkali.
Oh, menyebut akan Hasnitah, ada satu kecanggungan kontinuasi yang aku kesan dalam novel ini. Ia wujud ketika babak ada dia di dalam komuter, tudungnya tertanggal, tetapi sebaik sahaja selesai gerabak itu berlanggar dia elok sahaja bertudung, tanpa ada sebarang indikasi (atau mungkin sekali lagi aku terlepas pandang) yang tudungnya itu dikenakan semula. Maaflah kalau aku tersalah baca, tetapi itulah apa yang aku kesan.
Dek kerana kepantasan pergerakan plot cerita dalam KASYAF ini, aku acap kali berasa letih dan akhirnya meletakkan novel ini ke samping untuk memberi ruang kepada otakku menghadam apa yang sebenarnya berlaku kepada Zack dan rakan-rakannya, dan apa yang bakal dilakukan oleh Lakhus seterusnya sehinggalah ada suatu ketika aku merasakan bagaikan plot ceritanya menjadi kurang menggigit dek kerana aku sudah boleh jebak dari awal apa yang bakal berlaku selepas itu (tambah-tambah lagi apabila [SPOILER] Nealoffa mendapati bahawa mata ayahnya telah ditukar, secara automatis aku sudah boleh teka yang mata ayah si Nealoffa itu bakal digunakan sebagai kunci di bab mendatang, berketepatan dengan hukum Senapang Chekhov).
Novel KASYAF ini adalah antara novel FIXI yang ‘terbersih’ (baca: bahasa kesat yang amat minimum dan unsur seks yang hampir tiada) walaupun tema dan kisah yang disampaikannya mungkin agak berat dan payah untuk dihadam oleh pembaca kurang matang. Langgam bahasa yang dituturkan oleh watak-wataknya pula segar dan terkadang mempunyai ‘punch-line’ yang agak kelakar sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila membaca dialog yang dituturkan oleh Nik dalam loghat Terengganu dan salah-faham yang berlaku antara watak-watak lain yang cuba untuk memahami lidahnya yang pekat itu. Ini adalah antara novel rare yang di mana aku lebih terdorong untuk menyokong dan menyebelahi antagonis iaitu Lakhus, dan ingin tahu apa yang dia bakal lakukan seterusnya dan langsung tidak mempedulikan akan kisah Zack dan rakan-rakannya dan juga Hasnitah. Cumanya, seperti yang aku jelaskan di awal tadi, penyudah novel KASYAF ini terasa bagaikan tergesa-gesa dan tidak mengimbangi kemantapan awalan ceritanya yang bagi aku antara introduksi terbaik dalam senarai novel-novel keluaran FIXI. Habis ke halaman 424, aku berkata, “Eh, punyalah si Zack dengan member-member dia dok berkejaran bagai nak hentikan si Lakhus, last-last habis macam tu je? Bersambung pulak tu… Ceh, geram betul!”
Bagi peminat novel seperti PECAH dan GERGASI barangkali bakal menyukai apa yang Khairi Mohd sampaikan di dalam KASYAF, kerana bagi aku ritma laju plotnya serupa. Aku benar-benar usulkan novel ini kepada sesiapa yang mahu bahan bacaan yang sedikit mencabar dan informatif. Yang pastinya, novel ini berada di dalam kelompoknya yang tersendiri daripada barisan sedia ada novel-novel terbitan FIXI yang selebihnya.



1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2014 11:05

February 10, 2014

364: its that day again! urghh...

Optional song to listen to while you're reading this nonsense...

Its (almost) that day again when all people who are in a relationship would publicly display their utmost lavish loveness (is that even a word?) to their significant other, and poor singletons like me sulk in our cramped bed while watching a rerun of Girls (or Looking, or even worst... that movie), eat ice cream and reminiscing on why are we, perfectly date-able single guys/girls are still single.
Ring any bells?
Anyways, a close friend of mine had coffee with me the other day and we got to talking about this touchy subject on why certain people (read: me, almost especially) are still single; and here are some of the things that we discovered and agree upon. Some people are desperate, and desperate people tends to settle. What is meant by settling is that some people have the tendency to lower their expectations and aspirations on any potential lovers, they are willing to just being 'tak apalah' with anybody that wants to be with them.
Now that, my friend, is called being in a toxic-relationship.
I am not ashamed to share a certain personal experience about this matter. I use to be in a toxic-relationship myself. I was with this person, despite this person clearly not having any interest in me in be in a serious relationship other than 'lepak-lepak' buddy, that I am willing to over and over again be somewhat used by this person as they see fit.
Six months down the road, I finally realize that the relationship is not going anywhere but staying static, its fucking annoying. This person only calls me to hang out as friend, yadda yadda yadda...
I, my friend... have been friendzoned. Thank you very much.
So the next thing I do is to tell this person directly how I feel and call it quits. We went out separate ways, life has never been better.
So in short, I realized that I had made 2 crucial mistakes. a) I appear to be too available, that person think that I can be toyed around easily, 2) I stayed friends with that person for too long, it had taken a dangerous toll on me (not gonna explain that).
2. Still "coping" in recovering from your previous unsuccessful relationship Some people are still at the moping stage after they had broken up from someone else. Its okay to mope and sulk, reminiscing on what had gone wrong with the relationship (and hopefully learn something out of it!) but when the 'coping' period is crazily way too long, it tends to get in the way of any potential new relationship to take place.
You get what I mean?
Imagine that you just broken up with someone, and you dearest friend had set you up on a blind date. You and this new bloke (or girl) are at this cute restaurant, having your dinner and passing small talks, and you realize that you have been ranting for the past 2 hours about your ex-girlfriend to this new girl.
Will you turned off that girl?
Err... most likely!
You see, a friend of mine had this theory whereby when you broke up with someone, you should not immediately date someone new right after that (that's what people call rebound) but in fact you should wait and let all the emotional baggage and trollies and whatnot to settle in first. You should have some 'me' time first. Find out what is wrong with you that had made the relationship went awry and reminds yourself to not make the same mistake again. Also, having some 'me' time is crucial so that you are mentally and physically stable enough to think clearly when you are approaching (or being approached) by someone new.
Now my friend and I agree that the duration of 'me' time depends on how long is the previous unsuccessful relationship is. For example, if you have been dating this guy for like two months and then you guys broke up, you should have a solid one month of 'me' time before starting to date someone new.
It is advisable to use that time pretty wisely actually. Go travel, pick a hobby, get lost in a new project. Do something that is invigorating and stimulating your heart and mind, you will forget about that bloke/girl that had broken up with you in the first place. 
3. Being unrealistic in love-searching Now I blame the television and the local literature for this, like seriously. Go to any local bookstores and look at the shelves of Malay bestsellers. See if you can spot a trend there.
Get it?
Most of the local literature made available for purchase in the market are fluffy love stories filled with uninspiring characters with fantastic love story. I mean yeah it is harmless and actually a bit fun to have a fantasy, but when your fantasy is too large and overpowering, it tends to cloud your judgement.
Evident #1: most local literature have characters who are either insanely beautiful, pious as hell, rich as fuck or any combination of the above.
Evident #2: no matter how ghastly the trials and tribulations that character went through, at the end of the day, they live happily ever after.
Well, snap out of it folks! Life is not all peachy and dandy. Reality is harsh, and brutally honest sometimes.
Most people out there who mope around saying that they are undate-able is in fact actually having an illusion of grandeur that love is all about being swept off their feet by their 'prince-charming', living in huge extravagant castles and have shitloads of money. No, seriously, I am not kidding at this part. There are women (and men) out there who dreamed of all these nonsensical bullshit when they themselves are a pathetic screw-up themselves. Most of the characters in the novels and television are made that way to feed off to their fantasy, promoting unrealistic circumstances and occurrences when it come to finding their loved ones.
***
Anyways, what I am trying to say here is that it is not the end of the world if you are still single when Valentine's Day came later this week. Its just another day, big deal! (ayat penyedap hati sangat!)
Cheers!



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2014 12:46

January 8, 2014

363: bagaimana KOYAK bermula.

Entri kali ini mungkin agak terlewat sebenarnya, memandangkan novel keduaku telah pun selamat dilancarkan pada 14 Disember yang lalu di Annexe, Central Market, bersempena dengan acara ArtForGrabs yang terakhir untuk tahun 2013. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah aku telah diberi kesempatan dan peluang kedua oleh Buku Fixi untuk menerbitkan sekuel kepada Bisik, yang diberi nama; Koyak.
Sebenarnya sewaktu aku menyudahkan manuskrip Bisik kira-kira dua tahun yang lalu, aku benar-benar tiada perancangan dan tidak mahu menyambung kisah yang berlaku di dalam Bisik. Ini adalah kerana pada hemat aku, kisah yang telah aku aturkan di dalam Bisik memang aku mahu tamatkan di situ. Namun aku harus berterima-kasih kepada pembaca Bisik yang tidak putus-putus bertanya dan mengusulkan agar kisah Mikael itu harus disambung, dan aku sesungguhnya terhutang budi atas sogokan pembaca semua.Aku baca semula Bisik berulang-kali, mencari-cari idea bagaimana hendak menyambung kisah Mikael dan watak-watak yang masih ada di penghujung Bisik itu. Ternyata, hendak menyelami dan mendalami semula ke dalam jiwa dan kaca-mata Mikael adalah suatu pengalaman yang amat-amat sukar buatku. Ini adalah kerana bagi aku, untuk aku menyelami dan menjiwai Mikael dan melihat dunia dari kaca matanya itu merupakan suatu pengalaman yang meletihkan dan terkadang agak menakutkan buatku. Cukup-cukuplah dengan insiden beberapa kali aku mulai ‘terdengar’ bisik-bisik aneh di waktu malam ketika sedang rancak menjadi “Mikael” dan menulis Bisik dahulu.
Agak lama juga aku tercari-cari inspirasi untuk Koyak, dan suatu kemujuran yang tidak terduga berlaku ke atasku apabila aku diberi peluang untuk ke UNIMAS atas urusan kerja sekitar awal 2013. Peluang aku menaiki pesawat secara solo buat pertama kali ke Kuching, membantu pensyarahku dalam pembentangan seminarnya dan seterusnya membuat detour aku sendiri ke Labuan untuk bertemu kenalanku di sana merupakan titik-tolak di mana kebanyakan inspirasi untuk mengkonstruk asas kepada plot Koyak mulai terhasil. Aku habiskan kira-kira sepuluh hari di kota Labuan, melawat hampir ke segenap ceruk pulau kecil itu, melihat, merasai dan menikmati dunia luar (bagi aku yang belum berpeluang untuk ke luar negara, selain ke Singapura dan beberapa bandar di Thailand), ilham untuk menulis Koyak datang bertimpa-timpa. Draf asal untuk Koyak mulai terbentuk ketika aku di Labuan, tetapi jujur aku katakan konstruksinya jauh berbeza seperti apa hasil akhir yang telah dibukukan itu.
Mulanya aku hanya mahu menulis dari dua perspektif, iaitu daripada kaca mata Julia dan juga kaca mata Mikael. Sepulangnya aku ke Selangor, ketika aku sedang berada di atas pesawat, meriba 1Q84 tulisan Haruki Murakami, aku seperti mendapat satu lagi eureka moment. Aku mahu mencabar diriku sendiri dan menulis sesuatu yang di luar ruang selesaku, iaitu menulis dari perspektif ramai orang yang akhirnya bertemu di satu titik klimaks. Makanya aku segera memohon pramugari pesawat itu beberapa helai tisu (kerana ketika itu aku masih lagi belum mempunyai iPad dan kebetulan pula buku notaku berada di dalam beg sandang di kompartmen atas kepala, agak leceh untuk aku bangun dan ambil) dan segera menulis secara kasar imej-imej watak yang terlintas di kepalaku. Maka dengan pantas lebih kurang tujuh helai tisu AirAsia putih itu terisi dengan cakar ayam yang merupakan nama-nama watak yang akhirnya dijelmakan di dalam Koyak: Dr. Iesmail, Farizz, Fairudz Hanif, Sarah, Suraya, dan semestinya watak-watak dari Bisik iaitu Mikael, Shah dan Julia. 
Setibanya aku di LCCT aku ke Starbucks untuk memesan segelas Americano sebelum buru-buru menaiki bas yang akan menghubungkan aku ke KL Sentral. Ketika itu sekali lagi aku terinsipirasi. Entah kenapa, arsitektur dalaman LCCT itu sendiri secara tidak langsung membuat aku segera membayangkan InTraMeRC, pusat psikiatri yang bakal menjadi salah-satu latar tempat terpenting dalam Koyak. Bagaikan seorang tourist sesat, aku galak mengambil gambar itu-ini dan apa sahaja yang aku kira dapat membantu aku dalam membayangkan interior dan segala ceruk InTraMeRC itu kelak. Seterusnya, aku pulang ke UKM dan mula membuat draf asas dan merangka-rangka bagaimana hendak mengaitkan kesemua watak-watak yang telah aku coretkan secara kasar di atas kertas tisu itu tadi.
Itu antara hal yang paling sukar. Sekali lagi aku mencabar diriku dalam membina sebuah plot berselirat yang (syukur, rasanya aku berjaya) menghubungkan kesemua watak-watak baru dan lama dengan seimbang dan baik sekali. Seterusnya, aku menemui beberapa jalan buntu, aku tidak tahu banyak hal dalam bidang psikiatri mahupun perubatan. Jadi, aku tebalkan muka dan hantar beberapa e-mel kepada rakan-rakanku yang sama ada sedang mengusahakan ijazah perubatan atau sememangnya seorang pengamal ilmu perubatan. Alhamdulillah, salah seorang kenalanku (yang enggan dirinya dikenali orang) sudi membantu aku. Berkali-kali juga membuat janji-temu bersama beliau, baik di luar waktu kerjanya (kami akan bertemu di McDonald’s) atau aku sendiri ke tempat kerjanya dan menunggu sehingga dia selesai dengan kerjanya dan melepak di kamarnya; berbual dan berbincang tentang perihal perubatan, psikiatri dan hal-hal yang berkait. Segala-galanya aku catatkan dalam buku notaku dan akhirnya aku abadikan sebahagian besar perincian dan informasi yang aku perolehi itu dalam watak Dr. Iesmail. Terima kasih wahai sahabat, jasamu amat-amat aku hargai dan akan aku kenang sampai bila-bila.
Separuh jalan menulis Koyak, aku mula merasakan bahawa manuskrip ini entah kenapa hilang kick-nya dan momentum dan drive untuk aku terus menulis mulai menyusut. Mujurlah seorang lagi kenalanku, Syafiq Azwan hadir tepat pada masanya. Atas gesaan dan usulan demi usulan yang dia ujarkan, lewat cicipan kopi dan roti bakar akhirnya aku punya semangat untuk segera siapkan manuskrip Koyak. Lewat Ogos barulah draf pertama Koyak siap sepenuhnya, suatu durasi yang bagi aku amat lama memandangkan aku mendapat idea dan siap menulis Bisik dahulu dalam tempoh hanya 6 minggu sahaja. Aku peram manuskrip itu di dalam thumbdrive selama sekitar dua minggu dan menyibukkan diri membuat hal lain sebelum kembali membelek dan membetulkan apa yang patut. Akhirnya, setelah aku berpuas hati barulah aku hantar ke Fixi. Syukur, ia diterima dan lajukan ke Disember ia siap dicetak untuk dijual dan dimiliki oleh semua, khususnya mereka yang menantikan sambungan Bisik.
Sesungguhnya aku tidak boleh secukupnya mahu ucapkan terima kasih buat pembaca dan peminat tulisanku yang tidak henti-henti menggesa dan meminta agar Bisik lekas-lekas disambung. Kalau bukan atas kalian semua, rasanya kini aku masih lagi terkial-kial menulis entah apa. Nah, terimalah hasil kerjaku yang terbaru, KOYAK, aku dedikasikan khas buat mereka yang sabar menanti sambungan Bisik dahulu. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi. Oh, peringatan awal buat mereka yang masih belum mendapatkan Koyak, jangan terkejut bila mendapati ‘bab 2’ naskhah itu tiada. Terus tenang dan bacalah Koyak hingga selesai, anda pasti akan menemui sesuatu yang tidak terjangka.
=)



1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 08, 2014 21:50

December 28, 2013

362: [siri ulasan buku] #38 - seronok karya saat omar.

Aku seorang pembaca yang sukar untuk dipuaskan. Benar, itu aku tidak sekadar mereka-rekakan fakta. Tanyalah kepada kenalan rapatku, pastinya mereka sedia maklum kalau ada naskhah novel yang baru selesai aku baca, jika ditanyakan soalan “Jadi apa kau rasa terhadap novel (masukkan nama judul novel tersebut) yang kau baru baca tu?” pastinya ada sahaja ulasan panjang-lebar yang akan aku bebelkan sehingga terkadang tidak cukup kalau duduk dengan hanya berbekalkan secangkir kopi panas.
Jadi, apabila aku memperoleh naskhah SERONOK nukilan Saat Omar, sebenarnya aku punya satu perasaan skeptikal yang agak tinggi terhadap novel yang berkulit agak *ehem* kontroversial ini. Pertama, dan ini pernyataan habis ikhlas daripada aku, aku langsung tidak mengenali penulisnya. Aku tidak tahu latar-belakangnya, umurnya berapa, tinggalnya di mana dan segala macam hal lagi yang berkaitan dengannya. Kedua, novel ini telah terbit September yang lalu dan aku baru sahaja berpeluang untuk membacanya, sudah tentulah sudah ramai pembaca tegar dan kipas-susah-mati Fixi uar-uarkan dan mendiskusikan tentang novel ini; makanya aku tidak dapat mengelak daripada sedikit-sebanyak sudah pun mempunyai sedikit prior knowledge tentang apa yang aku patut jangkakan ketika membaca novel setebal 318 halaman ini.SERONOK kisahnya ringan, namun usah anggap ceritanya ‘seringan’ apa yang dipaparkan. Sebagai seorang pelajar kesusasteraan, aku secara tidak langsung telah dilatih untuk melihat apa yang terselindung di sebalik anekdot dan cynicism yang dipaparkan dalam novel SERONOK ini. Bukan hendak memuji atau bersifat biased, tetapi jujur aku katakan SERONOK adalah antara naskhah ‘ringan’ terbaik dari Fixi yang pernah aku baca setakat ini. SERONOK sarat dengan dark humour dan tempelakan masyarakat dan naskhah ini secara tidak langsung membuat kau berfikir tentang tanggapan peribadi kau terhadap sesuatu isu dan tanggapan keseluruhan masyarakat terhadap isu yang sama.
SERONOK dimulakan dengan memperkenalkan pembaca dengan Amirul, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Rozilla, isteri kepada Bakar, seorang pelakon televisyen yang terkenal. Rozilla mengupah Amirul untuk mengintip Bakar yang kononnya sedang main kayu tiga di belakang Rozilla. Apa yang wanita itu tidak tahu adalah bahawa Amirul dan Bakar sebenarnya punya lipatan sejarah yang tersendiri dan sebenarnya sudah pun saling mengenali kerana mereka merupakan rakan sebilik ketika di universiti lagi, dan sebenarnya mereka berdua bukan sekadar rakan sebilik malah lebih daripada itu. Jengjengjeng…
Aku suka bagaimana penulis menyuntik simbolisme melalui watak-watak yang dipaparkan dalam SERONOK. Bakar ini disimbolkan sebagai epitome kepada bintang filem tanah air. Perilakunya saling tidak tumpah seperti kebanyakan artis (artis?) tanah air yang sibuk mengejar populariti tetapi pada masa yang sama hidup dalam kepura-puraan dan bagaikan tidak mahu mengaku dan kononnya mahu hidup berlandaskan bagaikan norma orang kebiasaan. Ini klise kehidupan. Amirul pula wataknya punya konflik diri, konflik perasaan love-hate-relationship antara dirinya sendiri, antara dirinya dengan sejarah Bakar yang terdahulu dan antara dirinya yang mahukan perubahan, suatu anjakan paradigma yang amat-amat dia perlukan dalam hidupnya. Dia bagaikan tersepit dalam bayang-bayangnya tersendiri. Dia antara mahu mengaku seksualitinya bahawa dia seorang homoseks, ataupun menidakkan fakta itu dan mencuba untuk berubah, ataupun terus-terusan menipu dirinya sendiri, ibunya, masyarakat dan juga Tuhan. Rozilla pula dicerminkan sebagai seorang yang clueless, habis bimbo namun percaya bahawa cinta itu wujud, maujud, dan apa yang perlu hanyalah keilkhlasan dan ketegasan untuk cinta itu datang. Konflik segi tiga antara Amirul-Rozilla-Bakar aku kira amat dinamik sekali, walaupun terkadang aku rasakan ketiga-tiga watak ini dibina agak tipis.
Aku suka apabila penulis bijak menggunakan referens kepada filem-filem tertentu dan lagu-lagu tertentu untuk mengukuhkan latar dan konstruksi sesebuah babak. Itu bijak. Bagi aku, pembaca yang ingin (atau sedang) membaca SERONOK harus bijak untuk bukan sahaja menikmati jalan cerita yang terhidang, malah harus secara kritikal mengupas dan meneliti setiap apa yang berlaku kerana teras utama cerita ini adalah berlandaskan dark comedy (humor yang menjenakakan sesuatu hal yang berat). Sebab itulah aku bilang naskhah ini adalah sebuah naskhah yang bagus.
Ada beberapa babak dalam SERONOK yang mungkin pembaca akan anggap sebagai nonsense dan suatu lelucon biasa, tetapi sebenarnya ia sedang memperihalkan sesuatu yang lebih berat dan serius. Aku ambil contoh [SPOILER] babak paling akhir dalam SERONOK apabila Rozilla dan Amirul bertemu di rumah Rozilla dan mereka mulai bergocoh: beradu tumbuk-terajang sehingga berdarah-darah dan kedua-duanya terhumban ke atas meja kaca hingga pecah berderai sebelum kedua-duanya ketawa berdekah-dekah dan menganggap bahawa itulah ‘cinta definisi baru’ mereka. Babak ini bagaikan homaj kepada satu babak bergocoh dalam filem ‘Mr. & Mrs. Smith’ lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie. Pada hemat aku, babak krusial ini sebenarnya menunjukkan bahawa pertembungan dua identiti yang berlainan fahaman (Amirul dan Rozilla) ini merujuk kepada penerimaan antara satu sama lain akan kelebihan dan kekurangan yang lagi satu dan kesediaan antara satu sama lain untuk forgive and forget akan apa yang berlaku antara keduanya pada masa lampau. Nah, tidak faham? Abaikan sahaja bebelan aku ini.
Antara babak lain yang mencuit aku adalah babak di hadapan pintu bilik hotel Rahim (seorang lagi pelakon yang ingin menyaingi Bakar untuk berebut jawatan presiden persatuan pelakon) apabila Amirul dipertemukan semula dengan ‘orang minyak’ yang pernah datang menerjahnya ketika dia di universiti dulu, bagaimana orang minyak itu berjaya membuat Amirul percaya akan kewujudan magisnya yang mampu membantu dia untuk “masuk” ke dalam bilik hotel Rahim dengan cara Amirul harus berbogel dan memeluk orang minyak itu dan merempuh masuk ke dinding. Bagi aku ini tidak lain tetapi merupakan suatu tempelakan bahawa masyarakat kita, 1) masih lagi percaya kepada hal yang karut-marut dan tidak masuk akal, 2) sanggup memilih jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu, 3) percaya kepada ‘kekuasaan’ makhluk halus seperti orang minyak (walaupun sudah berada di ambang 2014).
SERONOK juga mengetengahkan isu-isu berat lain seperti ceteknya pengetahuan dan rasa kebertanggungjawaban masyarakat untuk mengambil-tahu tentang (bukan sahaja kebajikan, malah) psikologi, perasaan dan konflik yang dilalui oleh orang yang mengalami krisis identiti dan kecenderungan seksual di luar tabii. Aku ambil contoh watak Pak Halim, jiran kepada Amirul, ayah kepada Sazali, seorang lelaki yang kurius ingin tahu tentang masalah dan permasalahan yang dialami oleh golongan homoseksual (kerana dia dalam diam mencurigai seksualiti Sazali). Pak Halim ini bagi aku simbolisme kepada masyarakat Malaysia secara amnya. Rata-rata mendabik dada memberitahu dunia bahawa mereka ini seorang yang terbuka, tetapi berapa ramai yang akan kekal terbuka apabila hal ini berlaku kepada diri anda sendiri? Andaikan situasi yang terjadi kepada Pak Halim berlaku kepada anda, apakah anda akan bertindak sedrastik dia, seterbuka dia, atau adakah anda akan mengambil langkah yang sebaliknya? Itulah yang SERONOK ingin anda fikirkan.
Peleraian SERONOK [SPOILER] juga aku kira sesuatu yang berat. Tidak ramai orang di luar sana yang tahu sengsara dan aib yang harus disorok oleh mereka yang menghidap HIV, dan hal ini disentuh dan dipaparkan dengan baik sekali dalam SERONOK. Sekali lagi naskhah ini membuat aku berfikir jauh, mengenangkan pastinya ramai mereka di luar sana yang sedang melalui hari-hari sengsara dalam senyap kerana khuatir diri mereka tidak diterima oleh masyarakat. Aku sedar dan aku sendiri sedia maklum bahawa tahap penerimaan dan kesediaan masyarakat kita terhadap golongan yang hidup dengan HIV masih lagi di tahap yang rendah, dan kesedaran yang sewajarnya seharusnya diberikan kepada masyarakat secara amnya dan secara totalnya.
SERONOK, suatu naskhah yang bukan sekadar dibaca untuk seronok-seronok; tetapi sebenarnya mengajak pembaca untuk berfikir di mana letaknya diri anda di koordinat masyarakat. Ini satu naskhah yang bijak (aku tidak cukup untuk mengulang perkataan ini) dan seharusnya dibaca oleh semua orang.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2013 12:42

December 27, 2013

361: [siri ulasan buku] #37 - gantung karya nadia khan.

Aku secara harfiahnya melonjak kegirangan apabila boss besar Buku Fixi memberitahu aku yang novel keduaku bakal dilancarkan bersama-sama dengan novel kedua Nadia Khan. Jujur aku bilang, aku tumpang bangga dan terharu apabila diberi peluang untuk berkongsi lime-lightdengan satu-satunya novelis Fixi di mana novel debutnya, KELABU, sudah entah berapa kali diulangcetak dan masih lagi mengungguli carta bestseller toko-toko buku sekitar Malaysia. Jadi apabila aku mendapat tahu yang Nadia Khan bakal muncul dengan novel keduanya yang berjudul GANTUNG, senyum aku sampai ke telinga.
Sebenarnya aku punya ekspaktasi yang agak tinggi untuk GANTUNG kerana bagi aku, KELABU merupakan antara novel terbitan Buku Fixi yang terbaik sehingga ke hari ini (aku punya senarai 10 novel Fixi kegemaran sepanjang masa tetapi atas sebab-sebab tertentu aku enggan dedahkan di sini, maaf ya?). Jadi apabila aku mula membaca GANTUNG, aku berharapkan sesuatu yang luar biasa, aku mengharapkan yang aku merasai sensasi yang kalau tidak serupa, lebih kurang sama seperti mana selepas aku membaca KELABU dua tahun yang lalu (dua tahun, gosh…lamanya!).GANTUNG aku klasifikasikan sebagai novel psikologi/seram, setebal 293 halaman dan punya 44 bab tidak termasuk epilog. Itu konstruksi asas novel ini. GANTUNG berkisar tentang empat remaja sekolah (aku kira mereka ini pelajar tingkatan empat), Gibbs, Ray, KJ dan Troll yang bersekolah di sekolah elit bernama Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang. Ya, nama sekolahnya kelakar. Abaikan nama sekolah tersebut, ia bukanlah penting mana sangat pun. Empat bersahabat ini menjalani kehidupan sebagai pelajar berlandaskan prinsip Musketeer Code, suatu peraturan di mana tiada sesiapa di kalangan mereka tidak dibenarkan mempunyai kekasih tetap dan perempuan yang didampingi oleh salah seorang daripada mereka harus secara literalnya dikongsi bersama. Oh, naskhah GANTUNG ini awal-awal lagi harus aku jauhkan letaknya daripada dicapai oleh mereka yang di bawah umur kerana di dalamnya banyak sungguh adegan-adegan yang pada hemat aku amatlah tidak age-appropriate.
Aku tidak nafikan pada penelitian aku kekuatan sebenar penulisan Nadia Khan terletak pada kebolehan beliau untuk mencerna dan menghasilkan watak-watak yang bersifat bersahaja, walaupun tidak begitu dinamik (ada beberapa watak yang tidak mengalami sebarang perkembangan baik dari segi emosi, fizikal dan sebagainya), tetapi dekat dan relatabledi hati pembaca. Seperkara lagi, aku juga lihat bahawa kekuatan mana-mana karya hasilan Nadia Khan terletak pada dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak yang dibinanya. Jika diteliti, hampir 70% daripada keseluruhan teks dalam novel GANTUNG ini merupakan dialog. Plot cerita banyak bergerak atas bantuan dialog yang dituturkan, itu teknik yang digunakan oleh Nadia Khan. Beliau tidak perlu menjadi seorang penulis yang overtly descriptive, menghuraikan latar tempat dan masa agar pengisiannya dapat membantu pemahaman pembaca; hanya dengan lontaran-lontaran dialog yang apt, bersahaja dan realistik, beliau mampu menggerakkan plot dengan berjaya sekali. Ini kelebihan penulis yang aku nampak.
Baiklah, kembali kepada ulasan GANTUNG. Jujur aku beritahu, apabila sampai separuh aku membaca novel ini aku tidak nampak lagi hala tuju plot cerita. Ya, aku sedar yang wujud dua susunan plot yang sedang bergerak secara selanjar, di mana:
a)      Kisah Gibbs, Ray, KJ dan Troll di sekolah/asramab)      Kisah Khalil (seorang bekas pelajar yang tiba-tiba ‘dipanggil’ ke sekolah) dan watak “cikgu” yang sehingga ke bab terakhir barulah pembaca tahu nama sebenarnya.
Dua plot ini bergerak secara selanjar, di samping itu juga ada kisah-kisah sampingan si Jeremy dan Lina dan tak habis-habis diganggu oleh sejenis makhluk dan juga beberapa lagi kisah sampingan yang aku kira sengaja diada-adakan oleh penulis untuk throw offpembaca daripada menjebak apa yang bakal berlaku seterusnya. Di sini aku lihat kepintaran penyusunan plot yang dilakukan oleh penulis. Seperti kejutan yang berlaku di tengah-tengah novel KELABU, di mana pembaca ‘dipaksa’ untuk mengubah persepsi visualisasi terhadap Amir hampir 360 darjah, begitu juga yang berlaku dalam novel GANTUNG ini. Cuma bezanya twist itu diletakkan hampir ke dua-tiga bab paling penghabisan.
Masih ingat yang aku beritahu yang sampai separuh membaca aku masih tidak tahu hala tuju plot cerita novel ini? Nah, sepertiga pembacaan seterusnya, dua plot yang bergerak secara selanjar itu akhirnya bertemu di satu insiden yang tidak terduga dan pada ketika itulah semuanya mulai make some senses. Masuk bab 36, aku berjaya menjebak dengan hampir tepat apa sebenarnya yang berlaku dan siapa sebenarnya Khalil si bekas pelajar yang tiba-tiba muncul di sekolah itu. Aku enggan untuk dedahkan lebih lanjut kerana khuatir ia akan menjadi spoiler. Cuma bagi aku, bahagian selepas sub-bab kedua di epilog itu aku agak tidak boleh terima. Rasanya kalau Nadia sudahkan GANTUNG setakat sub-bab pertama epilog itu aku rasa sudah cukup bagus. Tetapi penyudahnya bagi aku yang menyebabkan naskhah ini hilang 1 bintang di Goodreads.
GANTUNG pada penelitian aku lebih terarah kepada aspek psikologi dalaman yang dialami oleh watak-watak itu, dan bukannya unsur mistik seram seperti novel ASRAMA (yang aku baca di Twitter dan Facebook, ramai yang membanding-bandingkan antara kedua-duanya). Elemen cetusan seram yang terhasil dalam beberapa babak-babak krusial dalam GANTUNG bagi aku lebih bersifat bersahaja dan terkesan. Ketepikan sentimen agama, ketepikan juga nuansa ketidaklogikan dan cuba nikmati dan hayati jalan cerita yang disampaikan di dalam GANTUNG.

Ini merupakan naskhah hasilan Nadia Khan yang bagus, namun pada hemat aku masih lagi tidak mampu menandingi kebagusan KELABU. Mungkin kerana genre-nya berbeza dan beliau sekadar ingin bereksperimentasi dengan tema remaja sekolah yang diangkat di dalam novel ini yang menyebabkan GANTUNG merupakan novel yang lain dari yang lain. Aku beri 3 setengah bintang untuk GANTUNG. Naskhah ini wajar dibeli dan dihadam oleh semua peminat penulisan Nadia Khan dan juga bagi mereka yang mahukan kisah remaja sekolah bukan kontemporari. 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2013 09:58

December 26, 2013

360: [siri ulasan buku] #36 - cerpen faizal sulaiman karya faizal sulaiman.

Faizal Sulaiman kembali lagi dengan percaturan kedua beliau selepas debut novel beliau, SUMBAT, laku keras di pasaran. Kali ini, beliau tampil dengan sejumlah koleksi cerpen (30 kesemuanya) yang dimuatkan dalam antologi yang berjudul ‘Cerpen Faizal Sulaiman’. Kekal dengan trademarkkoleksi antologi cerpen yang terdahulu, FIXI kali ini mengekalkan konsep kulit berwarna kelabu. Faizal Sulaiman seharusnya berasa bangga kerana kini nama beliau sebaris dengan penyumbang-penyumbang siri antologi cerpen yang terdahulu seperti Khairul Nizam Bakeri, Nadia Khan dan Shaz Johar. Hai, entah bilalah koleksi cerpen aku hendak cukup banyak seperti mereka ini agar dapat menerbitkan antologi cerpen sendiri pula… #berangan #optimis
Antologi yang memuatkan 30 buah cerpen yang menurut Faizal Sulaiman merupakan koleksi beliau sejak lima tahun yang lalu mempersembahkan rencah kisah yang pelbagai. Sukar untuk meletakkan satu label khusus yang dapat merangkumkan tema cerpen-cerpen yang termuat di dalam antologi ini, tetapi pada hemat aku, kebanyakannya cerpen yang terkandung di dalam koleksi berkulit secangkir latte ini banyak bertunjangkan kemanusiaan. Tiga cerpen terakhir yang termuat di dalam antologi ini pernah disiarkan di dalam antologi cerpen lain (KOPI, BOLA dan KLCC) iaitu Kopi Julia, Sesaat Ke Gawang dan Izzaq; makanya dalam ulasan kali ini aku tidak akan mengulang-ulas ketiga-tiga cerpen tersebut.
Nah, berikut merupakan ulasan serba ringkas terhadap setiap cerpen yang terkandung di dalam antologi Cerpen Faizal Sulaiman ini. Semoga ulasan ini sedikit-sebanyak membantu penggemar buku-buku FIXI di luar sana untuk menilai dan seterusnya mengangkat senaskhah antologi cerpen ini untuk dibaca dan dijadikan koleksi peribadi. Maaf kalau ulasan ini agak bersifat teknikal dan banyak memperkatakan tentang naratif, konstruksi cerita dan hal-hal teknikal dan bukannya berkisar kepada plot setiap cerpen semata-mata.
=)
1.      IRIAku agak bersetuju antologi setebal 279 halaman ini dibuka dengan cerpen yang berjudul ‘IRI’ ini. Bagi aku, ini adalah antara cerpen (walaupun pendek, hanya sepanjang 3 setengah halaman) namun naratif yang digarap cemerlang sekali. Faizal Sulaiman bijak bermain dengan psikologi pembaca dan membuat seolah-olah apa yang dilakukan oleh Azraq itu bukanlah suatu dosa, malah suatu kemestian untuk kelangsungan hidupnya demi meneruskan hidupnya yang berlandaskan iri. Nah, bebas spoiler bukan ulasan cerpen ini? Hahahaha…
2.      JANGAN JERUTJudul cerpen ini agak misleadingbagi aku. Sampai ke sudah aku tidak nampak celah manalah yang menidakkan perbuatan ‘menjerut’ itu sebenarnya berlaku. Entahlah. Apa-apa pun, sekali lagi Faizal Sulaiman bijak dengan percaturan naratif dari sisi yang amat-amat tidak disangka-sangkakan. Satu cerpen yang bagus, cuma bagi aku mungkin boleh diperpanjangkan lagi untuk membuatkan lebih banyak elaborasi dan ruang untuk watak-watak yang ada berkembang. Aku suka cerpen ini.
3.      KERANA DIAIni cerpen sentimental. Bagi mereka yang sudah selalu singgah ke blog Faizal Sulaiman pastinya sudah sedia maklum bahawa Faizal Sulaiman nyatanya handal menulis kisah-kisah kemanusiaan. Bagi aku, Faizal merupakan pemerhati sosio-psikologi manusia yang bagus. Beliau mampu melihat apa yang di sebalik seseorang manusia, dan sekali gus menerapkan apa yang beliau lihat ke dalam tulisannya. Jalan cerita cerpen ini agak mudah; dua orang kenalan bertukar-tukar pendapat tentang cinta dan hala tuju hidup masing-masing. Namun pengakhirannya bagi aku cukup manis, seperti latte di kulit hadapan buku ini.
4.      SULAIAku bertanyakan kepada Faizal Sulaiman, apakah maksud ‘Sulai’, dan beliau hanya tertawa dan minta aku baca hingga selesai cerpen ini untuk mengetahui jawapannya. Usai membaca cerpen ini, aku tidak boleh tidak daripada tersenyum sendirian. Cerpen ini boleh dikatakan suatu tribut kepada insan yang paling Faizal sayang dan hargai di dunia ini, iaitu ayahandanya. Indah. Aku suka cerpen ini.
5.      SOSOK DAN MAYATAbaikan nama watak yang berbaur klise dalam cerpen ini, abaikan juga naratif tergesa-gesa yang wujud dalam cerpen ini. Plot cerpen ini sudah bagus, tetapi entah di mana silapnya, selesai aku membaca, aku tersebut: “Eh, macam tu je habis?”
Banyak hal yang disebut dalam plot cerpen ini yang tidak dirungkaikan sehingga selesai, dibiarkan melenyap dan itu yang membuat aku sedikit terganggu sebenarnya. Cerpen ini boleh menjadi bagus, sayangnya ia bagaikan nasi goreng kurang garam, tidak begitu menyelerakan.
6.      JALAN AKHIRCerpen ini membuatkan aku terpaksa ulangbaca sebanyak dua kali. Bacaan pertama, aku tidak faham susun-atur kronologi plot yang dipersembahkan. Bacaan kedua, aku tandakan sebagai salah satu cerpen yang biasa-biasa sahaja. Sukar untuk meletakkan genre yang sesuai kepada cerpen ini. Psychological thriller bukan, horror-thriller pun bukan. Sekejap kau akan fikir ini kisah hantu, tetapi penyudahnya tidak pula seperti mana kisah hantu sepatutnya ditamatkan. Entahlah, aku keliru dengan cerpen ini. Terlalu banyak elemen yang disumbatkan (no pun intended) ke dalam cerpen ini.
7.      ISKANDAR, ISADORAMembaca tajuknya sahaja telah membuatkan aku terus meletakkan mindset bahawa ini paling tidak pastinya kisah cinta ala-Romeo dan Juliet. Nyatanya sangkaanku jauh meleset. Penceritaannya bagus, tetapi pada hemat aku bagaikan ditulis hendak cepat siap. Plotnya sudah bagus, menggigit. Kisah lelaki psikotik yang payah hendak melepaskan rasa cintanya terhadap seseorang. Tetapi, seperti yang aku cakapkan tadi, kenapa ringkas sangat?
8.      RODAIni cerpen tipikal Faizal Sulaiman. Bagi aku, beliau ini seorang yang gemar menulis kisah asam-garam laki-bini barangkali (jangan marah ya, bang Pejal…). Naratif yang digunakan baik dan susunan plotnya kemas sekali. Benarlah kata-kata lapuk klise; “Karma is a bitch, but history has a way repeating itself.”
9.      ROMANTIKA BOULEVARD KE KOTA TIMURMasya-Allah… letih hendak menghabiskan pembacaan cerpen ini. Cerpen yang mengangkat tema cinta antara dua dunia ini bagus, cumanya pada hemat aku ia ditulis agak longgar dan tidak kemas, menyebabkan pembaca (hanya aku, barangkali?) menghadapi kesukaran untuk mengikut kronologi plot yang dipersembahkan. Kisah cinta Khusairi dan Liyana yang terpisah antara dua tahun dan latar tempat yang berbeza ini mengingatkan aku akan filem ‘The Lake House’ dan ‘You Got Mail’, cumanya ini versi Melayu.
10.  BELAKANG, NIAT, TUTUPIni satu lagi pada hemat aku cerpen yang tajuknya agak misleading, tetapi dalam hal yang baik. Aku suka langgam bahasa yang digunakan dalam cerpen ini, lain dari yang lain dan terkadang terasa bagaikan suatu satira tempelakan kepada masyarakat desa sebenarnya kalau diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam. Apa yang pasti, aku suka watak Deraman dalam cerpen ini. Dia kelakar!
11.  BALASAku sudah pernah baca cerpen ini di blog peribadi Faizal Sulaiman sebelum ini, jadinya tiada sebarang kejutan atau pembaharuan dalam versi ini. Kisah lelaki kecewa yang hendak secara literalnya membalas dendam terhadap bekas kekasihnya yang datang beraya.
12.  ADHACerpen ini juga pernah aku baca di blog Faizal Sulaiman (nampak tak yang sebenarnya aku ini seorang stalker yang comel?). Kisah kemanusiaan don’t judge a book by its cover yang pada hemat aku digarap cemerlang, cuma ceritanya biasa-biasa sahaja. Alah, biasalah typical mindset orang macam kita senang cerita.
13.  HULUBALANGNah, ini raja kepada segala raja tajuk cerpen misleading dalam antologi cerpen ini. Aku tahu Hulubalang ini merujuk kepada nama restoran yang dimiliki oleh Amir, Fir dan Zizul dalam cerpen ini, tetapi entahlah… aku masih rasa tajuknya macam tak kena dengan cerita. Oh, dan aku bagaikan dapat menghidu yang ini merupakan spin-offkepada novel SUMBAT, betul tak abam Pejal?
14.  PINTASCerpen ini mengaplikasikan Hukum Senapang Chekov. Introduksi awal memperkenalkan pembaca kepada kotak permainan yang akhirnya akan digunakan untuk tujuan yang lebih gelap sebenarnya. Satu cerpen yang bagus.
15.  BIARKAN AWAN ITU BERWARNA MERAH JAMBUMaaflah Faizal, ini merupakan cerpen yang paling aku tidak suka dalam antologi cerpen ini. Mungkin kerana nama-nama wataknya yang kelakar dan seperti tak kena tempat, mungkin kerana ia bergenre saifai (kan?), mungkin juga kerana ada elemen penipuan di penghujung cerita ini yang menyebabkan aku hendak tertawa dan mempunyai perasaan yang berbaur terhadap cerpen ini, sama ada aku hendak suka kerana Faizal Sulaiman berjaya ‘menipu’ aku yang comel ini, ataupun tidak menyukainya kerana berasa tertipu. Ahaks.
16.  JEFFAku tidak boleh tidak merasakan kemiripan cerpen ini dengan novel sulung aku, BISIK. Entahlah, mungkin sebab ada adegan yang melibatkan kucing, mungkin.
17.  TUMPANGIni antara cerpen yang paling pendek. Tidak puas baca. Banyak kisah tidak selesai. Kasut merah dalam cerpen ini mengingatkan aku akan lagu ‘Gypsy’ nyanyian Lady GaGa. Okay, aku melalut.
18.  KASIH SUCICerpen ini kalau diperpanjangkan menjadi novella (atau novel) aku kira ada kebarangkalian aku akan beli (atau pinjam) dan baca. Plotnya bagus, cukup bagus sebenarnya untuk diangkat menjadi drama bersiri 20 episod di TV3. Eh, aku komplimen secara jujur, tahu? Oh, dan aku jujur kasihan terhadap Suci, betul-betul aku kasihan akan dia.
19.  UMPANKisah anak ikan memerangkap rakan-rakannya yang lain yang mencuba untuk membuat onar. Menarik, tetapi terlalu ringkas. Oh, dan aku tertanya-tanya, apa benar kertas soalan peperiksaan universiti (atau kolej) disimpan di dalam bilik kebal yang sulit? One could only wonder…
20.  PELANGUIAku pernah ternampak tajuk cerpen ini di blog Faizal Sulaiman tetapi entah kenapa aku tidak terpanggil untuk membacanya ketika itu. Ketika aku terlihat yang cerpen ini termuat dalam antologi ini, terus sahaja aku meng-Google apalah yang dimaksudkan dengan ‘Pelangui’ namun aku menemui jalan buntu. Rupa-rupanya ia merupakan suatu mythical creature, suatu hantu yang mengganggu ibu yang sedang sarat mengandung. Pelangui ini lebih kurang macam Penanggal, betul tak Faizal Sulaiman?
21.  TIGA LELAKI DAN CANGKIR KOPIWah wah wah… tajuknya agak mirip dengan tajuk cerpen aku yang termuat dalam antologi KOPI. Nah, ini kisah cinta kontemporari yang aku suka. Plotnya simple tetapi penyudahnya sempurna sekali. Salah satu cerpen kegemaran aku. Cerpen ini sedikit-sebanyak mengingatkan aku akan drama ‘Kopi dan Dia’ yang pernah disiarkan di televisyen suatu ketika dahulu.
22.  SEKUFUSekufu kalau merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada situasi sama taraf. Cerpen ini dibaca bagaikan separuh siap, macam minum teh tanpa seketul kiub gula. Kurang kick. Sayang sekali.
23.  NOIRNoir menurut kamus Merriam-Webster bermaksud ‘crime fiction featuring hard-boiled cynical characters and bleak sleazy settings’ (fiksyen jenayah yang menampilkan watak sinikal dan latar yang tidak begitu jelas ß pandai-pandai je aku translate). Cerpen ini menggunakan teknik epistolary (yang tak tahu apakah teknik epistolary, sila Google sebab ini bukan kelas teknik naratif sastera, ya?).
Sebenarnya aku agar sangsi dengan judul cerpen ini. Apakah kerana nama watak cerpen ini Noir atau apakah Faizal Sulaiman ingin mempersembahkan sebuah kisah yang berlandaskan maksud ‘noir’ itu sendiri. Mungkin aku yang terlebih fikir sehingga membuat pelbagai andaian sebegini. Apa-apa pun, cerpen ini bagus, lain dari yang lain. Suatu percubaan berani yang berjaya buat Faizal Sulaiman.
24.  ADAMIni satu lagi cerpen tipikal Faizal Sulaiman. Nah, jelas seperti apa yang aku katakan, Faizal Sulaiman memang gemar menulis kisah kemanusiaan yang bertunjangkan elemen ukhwah kekeluargaan dan silaturahim antara anak-beranak dan ibu-bapa. Wah, Islamik pula komentar aku kali ini. =)
25.  SICK BAYCerpen ini mengingatkan aku akan cerpen Fatrim Syah yang termuat dalam antologi FOBIA terbitan BUKU ROMAN. Kemiripan jalan ceritanya wujud dalam satu ikatan benang yang samar-samar sahaja. Kisah hantu. Nah, itu sahaja ulasan aku tentang cerpen ini. Oh, bunyi cakar-cakar kaca itu seram ya? (Sebab aku ada pengalaman peribadi yang hampir serupa. #eh #asrama #uitmmerbok)
26.  LAKON LAYAR TERAKHIR (Bahagian 1 & 2)Aku rangkumkan sekali dua cerpen ini kerana cerpen ini bersambung antara kedua-duanya sebenarnya, kiranya ala-ala sekuel gitu. Cerpen ini sebenarnya boleh jadi lebih bagus, tetapi entahlah… sebaik sahaja aku habis baca aku mengeluh kerana (walaupun ia sudah diceraikan kepada dua bahagian, aku masih lagi merasakan banyak hal yang dibiar tidak diceritakan dengan baik). Komposisi cerpen ini pada hemat aku sesuai kalau digarap dan dikembangkan untuk menjadi novella (atau novel?) agar watak-watak dalam cerpen ini dapat dikembangkan dengan lebih baik dan seterusnya disudahkan dengan lebih sempurna. Sayang sekali, ini antara cerpen yang berpotensi untuk menjadi cerpen kegemaran aku tetapi atas kekurangan ini menyebabkan aku rasa tidak puas hati. Faizal, do something! (Eh, tertinggi suara pulak. Maaf abam Pejal…)
Nah, ulasan pendek-pendek (pendek ke?) kesemua cerpen yang terkandung dalam antologi ini (kecuali tiga yang terakhir kerana pernah aku ulas dalam review sebelum ini). Apa yang pasti, apakah aku bakal menyogok kalian untuk pergi mendapatkan antologi ini?
Jawapannya semestinya ya, kalau anda penggemar dan pengikut tegar penulisan Faizal Sulaiman, dan kalau anda salah seorang pembaca tegar FIXI yang menyukai novel debut beliau, iaitu SUMBAT.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2013 06:35