Syaihan Syafiq's Blog, page 15
November 27, 2014
389: frust tak dapat beli KOPI? kecewa sebab tak ada orang nak jualkan kat kau BOLA? makan hati bila tengok kawan kau ada KLCC? rasa macam nak terjun jambatan sebab tak ada CERPEN40? lunaskan segala amarah dan dendammu dengan buku edisi terhad Fixi kali in
Ohai.
Hamek kau. Tajuk nak kemain panjang sebatu. But who cares, its my blog so whatevv...
Apa-apapun, saja je nak kabar yang Buku Fixi sekali lagi datang dengan buku edisi terhad bersaiz comel yang kau boleh sumbat dalam purse, poket atau beg, dan keluarkan untuk baca pada waktu senggang (atau curi-curi ngelat baca waktu kuliah atau di tempat kerja!) yang diberi nama MALAM .
Edisi kali ini super-eksklusif sebab hanya dijual di BBW.
Yep. BBW.
Big. Bad. Wolf.
Alah... pesta buku murmur segals yang selalu buat kat Mines (dan ada jugak pernah buat kat tempat-tempat lain merata lokasi *batuk* Times Square Penang *batuk*) yang ramai gila umat manusia selalu pergi sebab diorang jual buku paperback atau hardcover dengan harga gila babi murah sampai babi pun cemburu tengok harga macam tu.
Ni cover luar dia. Comel tak?
Cak! Ni pulak sebelah dalam dia. Comel macam Teletubbies gittuh!
Khabarnya buku comel kaler hitam-kuning ni bakal dijual kat BBW pada hari Sabtu (06/12/14), ada lah launching serba makneka pada tengah malamnya dan ada of course-lah akan ada penampilan penulis-penulis dalam antologi MALAM ni.
Kau nampak cerpen #6 tu? NAMPAK?! Tak nampak aku tumbuk muka kau!Sadly, saya tak dapat hadir sebab saya berada di luar kawasan (gitu!) pada tarikh berikut. Kalau tak of course saya tak lepaskan peluang ni untuk jumpa uols semua. Eh.
Tak apalah. Tak ada rezeki, nak buat macam mana, ye tak? Anggap saja tiada jodoh di antara kita (macam lirik lagulah pulak!)
Anggap saja cerpen ni pengubat rindu kalian akan tulisan saya untuk tahun ini yang saya sendiri akui agak tandus tanpa sebarang karya baru. Tapi okay-lah kan sebab tahun ni saya ada rilis 4 cerpen baru untuk kau orang. Kira not bad-lah tu...
Kepada mereka yang tak putus-putus tanya bila sambungan KOYAK nak keluar, Insya-Allah... saya dahpun hantar manuskrip ke Fixi. Sekarang ni tengah tunggu tuan/puan/cik editor belek dan kemaskini kasi power sikit. Bila nak keluar, wallahualam sebab saya sendiri tak boleh janji bila. Semua ni kerja Tuhan dan juga kerja penerbit. Bahagian saya dah beres.
In fact, FYI... saya dah hantar dua, ya... DUA manuskrip ke Fixi, dan salah satu daripadanya adalah sambungan kepada KOYAK. Jadi jangan nak main tuduh yang tahun ini saya tak produktif dan hanya lepak-lepak chill main dengan kucing je (*menjeling beberapa orang tertentu yang selalu carut saya dalam group WhatsApp*), dan sekarang ni tengah giat menulis manuskrip baru yang sadly tak sempat saya siapkan untuk NaNoWriMo.
Target asal nak cuba siapkan dalam tempoh sebulan, tapi disebabkan saya ada banyak urusan lain (saya juga mahu bergraduasi dan cari kerja, okay!) yang mesti saya dahulukan selain menulis. Jadinya tak sempatlah nak siapkan manuskrip baru ni untuk bulan November. Lajak sikit tak apa, asalkan kualitinya terjamin, tak gitu?
Kepada mereka yang kurius nak tahu inspirasi tentanng cerpen 'Hubungan Berhipotesis' dalam MALAM ni...
Ehm...
Macam mana nak jawab, eh?
Kalau 'E-mel Dari Seberang' dalam antologi percuma #MF2014 (yang ramai puji cakap sweet-sweet gitu! Thanks! #angkatbakulsendiri) saya dah kasi tahu yang ia loosely-based on a legit true event yang berlaku kat salah seorang kenalan saya...
Untuk 'Hubungan Berhipotesis' ni boleh jadi ala-ala spin-off kepada cerpen itulah (kot?). Tapi kali ni tak berdasarkan mana-mana true event. Saya main petik inspirasi dari observasi saya dan selebihnya repekan saya sendiri.
Cakap banyak tak guna, buku antologi MALAM ni menurut Fixi hanya akan dicetak 3000 naskah, dan dijual dengan harga RM8 seunit. Murmur segals uols!
Jadi pergilah beli, simpan elok-elok, lepas tu bawak ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun depan. Mana tahu kat sana nanti boleh jumpa dan laga-laga pipi sambil bergambar bagai. Ahaks.
Cheerio!

Published on November 27, 2014 20:30
November 11, 2014
388: persiapan diri untuk menulis sempena NaNoWriMo (dan apa yang aku lakukan sebelum, semasa dan selepas proses menyiapkan manuskrip [bahagian #3]
Ini merupakan bahagian terakhir dalam siri artikel tiga bahagian sempena NaNoWriMo. Bahagian pertama boleh dibaca di
sini
, dan bahagian kedua boleh dibaca di
sini
.
Kali ini kita akan bersembang tentang bagaimana hendak mengekalkan momentum untuk menulis, tips untuk memotivasikan diri dan juga hal-hal yang berkaitan.
Baiklah.
*cicip teh*
Pilih satu masa khusus, tetapkan masa tersebut, tetapi beri ruang untuk tidak terlalu terikat pada jadual tersebut.
Kebanyakan daripada kita tak punya kelebihan khusus untuk menulis secara sepenuh masa sebab ramai penulis yang aku kenal ada kerja tetap yang berbeza daripada minat dan kebolehan menulis mereka. Namun ini tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk menjadi ekstra bijak dalam pembahagian masa, masih sempat menyiapkan manuskrip di samping melangsaikan kerja-kerja harian dan juga rutin-rutin lain.
Pendek kata, bagi aku kunci kejayaan menyiapkan sesebuah manuskrip ada 2, iaitu:
Konstan menulisTahu waktu yang paling sesuai (dalam perkataan lain: optimum) untuk menulis dan bersedia untuk membuat komitmen terhadap penjadualan tersebut.
Bagi aku, tak perlu suatu rutin rigid untuk menulis. Memadailah kalau kita sekurang-kurangnya luangkan paling tidak sejam ke dua jam sehari untuk menulis. Kurang lebih, jumlah patah perkataan bakal bertambah, dan juga ini untuk memastikan bahawa plot, watak dan latar tempat/masa yang kau dah sediakan tu sentiasa segar dalam fikiran kau.
Sebab itulah program tahunan macam NaNoWriMo ni bagi aku merupakan suatu platform yang paling sesuai untuk kau konstruk suatu displin waktu menulis dan mampu menulis secara konstan dan sentiasa ada iltizam untuk terus menulis dan akhirnya menyiapkan manuskrip tersebut.
Ada orang mampu menulis separuh hari sehari, mencecah ribuan patah perkataan sehari. Ada orang cuma boleh tulis seribu-dua sebelum mula berasa bosan atau ketiadaan idea. Tak kisahlah berapapun, yang penting kau kena tahu kemampuan sendiri dan stick to that.
Macam aku, kalau aku dah ada rangka asas untuk sesebuah manuskrip, aku akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya dua jam sehari (selalunya pada waktu malam selepas jam 11 malam) dan cuba untuk kekal menulis dalam kadaran sebegitu. Kalau dalam dua jam tu aku boleh tulis sekitar 2 ribu patah perkataan, 2 ribu kali 6 hari dah 12 ribu perkataan. Pejam celik, tiga empat bulan dah siap 1 manuskrip.
Tapi word count aku tak menentu. Kadang-kadang dalam dua jam tu boleh cecah lebih dari dua ribu. Kadang-kadang, aku bukak manuskrip dan cuma betulkan tanda baca sikit-sikit, simpan dan tak sentuh dah untuk hari tersebut. Tak kisah. asalkan manuskrip disentuh setiap hari.
Itu penting.
Tulis hari-hari, tapi beri ruang untuk otak rehat.
Ini juga penting.
Perasan tak yang aku cuma menulis 6 hari seminggu, dan bukannya setiap hari?
Ini adalah kerana aku akan 'hadiahkan' 1 hari berehat untuk aku tidak menulis. Selalunya hari rehat ni aku gunakan untuk keluar dengan kawan-kawan, pergi settle-kan urusan peribadi atau habiskan masa dengan membaca buku.
Dengan cara ini, secara tidak langsung aku akan termotivasi dengan sendirinya bila aku tahu yang dalam seminggu ada waktu menulis 6 hari, dan aku akan look forward for that 1 hari 'bercuti' tu.
Tapi terpulanglah. Ada orang tak kisah dengan 'hari senggang' ni dan boleh je menulis setiap hari tanpa henti. Ikut suka hatilah. Ini cara aku, sebab aku rasa kalau hari-hari menulis aku rasa lemas dalam cerita yang tengah aku bangunkan tu, dan akhirnya akan burnout. Pernah jugaklah beberapa kali rasa macam nak give up sewaktu tengah menulis KOYAK dulu sebab aku cuba untuk push diri sendiri menulis tiap-tiap hari. Nampak gayanya metode 1 hari cuti bagi aku itu jugak yang paling efektif bagi aku. Jadi, aku amalkanlah untuk diri sendiri.
Yang penting harus ada motivasi, dan jangan pulak paksa diri sendiri. Ada hari-hari yang kita super-productive, ada hari-hari yang kita tepu tak tahu nak tulis apa. Yang penting, asalkan manuskrip bersentuh itu sudah cukup bagus bagi aku.
Beri ganjaran-ganjaran untuk teruskan motivasi
Aku selalunya pecahkan manuskrip aku kepada beberapa bahagian 'kecil' terlebih dahulu. Sebagai contoh, kalau dalam fikiran aku rancang nak tulis sesebuah manuskrip yang mungkin berdurasi sekitar 60-70 ribu patah perkataan, aku akan bahagikan sususan rangka plot kepada tiga bahagian kecil, setiap satunya sekitar 20 ribu patah perkataan.
Jadi, setiap kali aku sampai ke patah perkataan 20 rib pertama aku akan bagi ganjaran kepada diri sendiri. Tak kisahlah apapun, asalkan kita beri ganjaran sebagai motivasi untuk teruskan menulis. Selalunya aku akan belanja diri sendiri pergi makan tempat sedap-sedap, atau mungkin beli baju baju atau pergi buat rawatan rambut dan muka. Apa-apalah. Asalkan kita dapat raikan kejayaan menulis setakat itu.
Usah rasa rendah diri dan cemburu dengan 'kepantasan' menulis rakan-rakan lain
Menulis ni suatu kerja yang membosankan sebab kita akan bekerja secara sendirian untuk sejumlah waktu yang panjang. Hanya diri sendiri, komputer, tangan dan otak yang ligat berfikir.
Jadi sesekali lepas menulis, molek jugalah kalau kita bersosial dengan orang lain. Menerusi media sosial aku dah jumpa ramai rakan-rakan penulis lain. Ada di antara mereka yang tak suka berkongsi progress penulisan yang sedang mereka usahakan. Ada yang rasa bangga letak teaser kat Instagram, Twitter atau Facebook.
Pernah jugalah aku rasa demotivated bila terbaca news feed salah seorang rakan penulis ni yang sakan dok upload gambar word count buku barunya selang beberapa waktu.
Nasihat aku: usah hiraukan orang yang macam ni.
Biarlah kita dengan kerja kita. Jangan cuba nak bersaing dengan orang lain sebab kita sendiri yang tahu kemampuan dan kelajuan kita untuk menulis. Jadi, tak perlulah rasa iri hati dengan progress report rakan penulis lain. Itu urusan mereka. Yang penting, kau ambil masa kau sendiri untuk siapkan manuskrip kau.
*
Baiklah, cukup sahaja setakat ini. Artikel ini bakal bersambung (lagi, kot?) di bahagian seterusnya.
Selamat menulis semua!
=)

Published on November 11, 2014 04:17
November 6, 2014
387: girlfriend baru.
Published on November 06, 2014 01:30
November 5, 2014
386: tubuh.
Ok.
Ini merupakan topik yang agak serius.
Aku tak tipu. Sebenarnya sudah lama benar aku nak tulis pasal benda ni, tapi entah kenapa sampai sekarang secara jujurnya aku belum dapat keberanian untuk bincangkan tentang topik ini.
Baiklah.
*cicip teh*
Sebelum kita mula pergi jauh, harap korang dapat luangkan masa dan tonton video kat bawah ni terlebih dahulu:
Ramai yang pernah jumpa aku secara peribadi dah sedia maklum macam mana rupa fizikal aku yang sebenarnya.
Kalau nak diikutkan, aku akui memang aku struggle dengan isu body confidence ni sejak dari dulu lagi. Bukannya aku tak usaha nak naikkan berat badan, tapi dah macam-macam benda aku cuba. Aku try telan supplement, buat cardio, try main besi (walaupun atas usulan doktor aku tak elok angkat besi sebab takut akan beri beban ekstra pada jantung aku yang memang dari dulu lagi problematic). Kawan-kawan rapat pun ramai yang supportive ajak bersenam sambil make sure yang aku selalu makan (walaupun hakikatnya aku tak ada masalah dengan selera makan, percayalah!) on time dan makan benda-benda yang berkhasiat dan juga boleh naikkan berat badan.
Tapi entah macam mana badan aku tak jugak-jugak naik. Dengan ketinggian 172cm, aku cuma seberat 50-55kg (banyak bergantung kepada pos-Ramadhan dan pasca-Aidilfitri). Nak cari seluar yang padan memang susah tahap nak matilah. Pinggang padan, tapi singkat kemain. Pinggang tak padan, tapi labuhnya aku suka. Baju pun problem. Kalau beli kemeja saiz XS memang padan, tapi lengannya senteng macam aku pakai baju yang dah pre-shrunk .
Zaman sekolah menengah adalah 5 tahun gelap yang aku tak ingin ulang kembali. Aku tak suka. Banyak kenangan tak indah daripada yang menarik. Aku pergi sekolah yang all-boys, jadi ejek-mengejek dan buli di kalangan pelajar memang lagi serius kalau nak dibandingkan dengan sekolah yang campur jantina (rasanyalah). Oleh sebab susuk tubuh aku yang tak serupa macam manusia, aku jadi sasaran mudah budak-budak sekolah. Macam-macam nama tak sedap diorang bagi. Tak perlulah aku cerita, buat sakit hati je.
Habis SPM, aku lega sangat-sangat bila dapat keluar daripada 'neraka dunia' tu. Jujurnya, the teasing and bullying (verbal/physical) were so severe, aku banyak kali jugaklah sebenarnya nak contemplate untuk bunuh diri.
Yep. You read it correctly.
Aku tak tipu.
Tapi rasanya aku bertuah campur bersyukur punya rakan baik yang memahami. Aku tak pasti sama ada diorang ni betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku ataupun semata-mata berkawan dengan aku sebab kesian. Itu aku tak pasti dan aku tak pernah (dan tak ingin ambil tahu). Pokoknya, dengan adanya mereka setidak-tidaknya kewarasanku kekal dan aku tak adalah buat benda-benda bodoh macam toreh tangan atau cuba untuk bunuh diri (walaupun keinginan tu memang selalu ada).
Sekarang bila dah menjangkau usia dua puluhan, aku akui masalah body confidence ni masih lagi menjadi suatu isu utama (walaupun perlahan-lahan aku dah boleh terima hakikat yang aku tak mungkin boleh dapat bentuk tubuh normal macam orang lain). Aku dah mula terima hakikat dan amalkan prinsip:
Dan nampaknya it works sebab sekarang aku tahu siapa sebenarnya kawan aku yang sebenarnya sebab aku ada juga dapat tahu yang ada di kalangan kenalan (aku labelkan kenalan sebab aku kenal diorang ni) aku yang katanya berkawan dengan aku tapi kat belakang aku sakan dok kutuk dan kritik tentang rupa-paras dan badan aku. Lantaklah. Seriously, tak rugi pun tak kawan dengan orang macam tu.
Apa yang penting:
jaga kesihatan (fizikal/mental)jaga pemakananjaga pengisian rohanijaga hubungan dengan mereka yang ikhlas dengan kita.
Bagi aku, empat hal ini jauh lebih mustahak daripada contemplating on what that person is talking about you behind your back.
Entahlah.
Aku rasa langkah aku untuk menerima tubuh badan aku masih lagi jauh. Masih banyak lagi hal yang aku tak tahu (atau enggan untuk terima dan tahu) tentang tubuh aku yang aku perlu ketahui. Tapi setidak-tidaknya aku dah ambil langkah untuk menerima kehidupan pinjaman Tuhan ini seadanya dan make a full use of it.
Betul tak?

"Fuck them, it's their loss if they do not want to be my friend."

Published on November 05, 2014 07:46
October 30, 2014
385: persiapan diri untuk menulis sempena NaNoWriMo (dan apa yang aku lakukan sebelum, semasa dan selepas proses menyiapkan manuskrip [bahagian #2]

Kita dah sentuh tentang kajian, perician watak, latar tempat/masa, penyediaan rangka (outline) dan juga kepentingan membuat nota pendek dan juga mengambil gambar.
Kali ini, kita pergi lebih mendalam lagi, dan aku bakal berkongsi serba-sedikit tentang apa yang aku buat semasa dan selepas menyiapkan sesebuah manuskrip.
*tarik nafas*
Agak banyak juga yang kita cover dalam bahagian sebelumnya, bukan? Harap ada tips yang berguna untuk kau praktikkan.
Hehehe...
Ketahui gaya penulisan diri sendiri.
Kau dah ada watak yang bagus dalam minda, dan watak itu berada di dalam latar masa/tempat yang kau sudah selesa dan sedia untuk tulis. Kau juga sudah sediakan outline serba ringkas tentang apa yang bakal yang kau hendak tulis.
Jadi, apa lagi?
Kalau kau seorang pembaca tegar Fixi, pastinya kau sudah baca banyak variasi tulisan daripada pelbagai novelis di bawah syarikat Indie (bukan Hindi) itu. Nadia Khan dengan dialog-dialog tajam dan realistiknya, Ridhwan Saidi dengan gaya pop-kultur tersendirinya, Faizal Sulaiman dengan fahaman humanistic-approach dan situational story-nya dan macam-macam lagilah.
Setiap satu daripada mereka punya gaya penulisan yang memang jauh berbeza. Kalau letak sebelah-menyebelah, memang agak mudah untuk kesan siapa tulis apa tanpa lihat tajuk dan penulisnya. Serius.
Jadi, sebelum kau mula menulis, kau kena tahu apa gaya penulisan kau (sebab setiap orang punya gaya yang walau lebih kurang sama, tetap boleh dibezakan). Rujuk novel-novel kegemaran kau dan teliti bagaimana ayat-ayat yang ditulis oleh pengarang itu disusun. Pelajarinya dan cuba untuk adapt. Kalau kau rasa macam tak serasi, maknanya gaya penulisa sebegitu tidak sesuai untuk kau.
Bagaimana hendak tahu gaya penulisan itu sesuai dengan kita atau tidak, itu aku tidak punya jawapan spesifik. Aku selalunya akan siapkan bab pertama, cetaknya dan berikan pembaca tegarku (biarlah dia kekal misteri siapa) yang aku boleh percaya berikan kritikan habis jujur yang pedas untuk dia nilai. Kalau dia kata bagus, maka baguslah. Pendek kata, kau tiada pilihan selain terpaksa try-test-cuba sehinggalah kau bertemu dengan gaya yang benar-benar serasi dengan alur fikiran dan persembahan naratif kau.
Pilih tempat yang sesuai untuk menulis.
Dalam erti kata lain, di mana tempat kau bakal menghabiskan sejumlah masa untuk menaip/menulis. Ini sangat penting. Sama penting macam mencari rumah yang paling sesuai untuk disewa/dibeli. Kau kena cari lokasi yang paling sesuai dengan kondisi dan keselesaan kau.
Bagi aku, tempat aku menulis tidak lain tidak bukan adalah bilik tidur merangkap bilik kerjaku sendiri. Ia punya pengudaraan yang baik, akses ke tandas/dapur/ruang depan yang mudah dan lebih penting: ada privasi. Ada pintu yang boleh ditutup (supaya aku tak diganggu oleh benda-benda lain dari luar, kucing aku contohnya atau emak aku yang akan suruh aku tolong dia di dapur).
Ada orang selesa menulis menggunakan buku nota, gaya habis old-school macam menulis karangan SPM. Serius. Tak tipu. Aku kenal seorang penulis yang gemar menyiapkan setiap satu daripada babnya dengan menulis di atas kertas terlebih dahulu sebelum ditaip semula pada komputer. Ada juga yang mampu menaip satu bab penuh hanya dengan mengketik pada kekunci BlackBerry-nya sambil-sambil melepak bersama rakan-rakan di mapley.

Ada juga yang bajet hipster, hanya boleh menulis kalau di Starbucks, dikelilingi orang dan hiruk-pikuk barista. Mungkin sekali aroma kopi itu membantu. Entahlah. Ada yang lebih moden (seperti aku) yang menaip di komputer riba atau mesin taip. Makanya, pastikan terlebih dahulu metode apakah yang kau selesa sebab kau bakal luangkan masa yang banyak menaip/menulis.
Faktor yang harus dititik-beratkan juga adalah seperti berikut:
Adakah tempat tu selesa atau 'bertuah' buat kau. Ada orang tidak boleh menaip di tempat lain melainkan duduk di kerusi meja kerjanya, menghadap tingkap yang punya pemandangan laman depan rumahnya. Kalau dia cuba menaip di tempat lain, satu apapun tak tertulis. Merujuk kepada contoh lokasi aku di atas, jujur aku beritahu yang aku tidak sebegitu boleh menulis di tempat lain melainkan di dalam bilik tidur merangkap bilik kerjaku. Di situlah aku telah hasilkan dua novelku dan hampir kesemua cerpen-cerpen yang pernah tersiar.Selesa. Ini mustahak. Dalam erti kata lain, tempat kau menulis seelok-eloknya punya semua benda tanpa kau perlu bergerak banyak keluar dari situ. Aku selalu bawa sebotol air masak bersama jika aku mahu menulis (sebab aku akan cicip sedikit sesekali ketika letih menulis) dan juga ruang itu seeloknya bebas daripada gangguan. Kalau kebetulan aku berseorangan di rumah, aku tidak kisah biarkan pintu bilik terbuka sebab kucing aku bebas keluar masuk memerhati (kadang-kadang dia juga secara tidak langsung boleh menjadi mangkin inspirasi kepada cerita yang sedang aku karang), tetapi kalau ada orang lain di rumah aku akan pastikan yang pintu bilik itu bertutup rapat agar aku tidak diganggu. Jangan lupa juga bawa sedikit snek/makanan kalau kau jenis yang boleh menulis sejam-dua tanpa henti. Keropok cekedis, biskut ataupun kuih yang boleh dimakan sedang kau berehat seketika mencari ilham harus ada tersedia di dalam ruang menulis itu.
Bila waktu yang sesuai untuk membuat tetapan format?
Di zaman moden ini, kebanyakan penulis tidak lagi menulis menggunakan pen dan kertas. Semuanya jadi lebih mudah dengan adanya word processor seperti MS Word.
Rata-rata penulis baru selalunya akan membuat sebegini:
Buka word document baru. Terus taip 'Bab 1' dan taip ayat berikutnya.Untuk perenggan baru akan tekan space bar lima kali, untuk selangkan antara dua perenggan akan tekan Enter sekali.Untuk pergi ke bab berikutnya, tekan Enter sebanyak mana sehingga muka surat itu menginjak ke halaman berikutnya.
Ini salah. Percayalah. Pertama, ia akan menyukarkan diri sendiri ketika kau hendak tambah/tolak sesuatu di kemudian waktu (sebab terkial-kial mencari bahagian yang sepatutnya). Kedua, kau tak boleh expect setting dalam komputer kau bakal sama bila ia dibaca oleh editor kau kelak (kalau kau berniat hendak hantarnya untuk penerbitanlah).
Secara amnya, ini adalah peraturan habis ringkas yang semua penulis perlu tahu (rasanyalah, sebab aku dah tanya banyak penulis dan hampir semua setuju dengan metode aku).Untuk perenggan, guna kekunci 'Tab'. Tekan sekali sudah memadai.Guna font yang sedap mata memandang (Times New Roman, saiz 12) dan double spacing pada saiz kertas A4 atau letter. Senang di mata sendiri, senang di mata editor kemudian.Guna fungsi Page Break. Jangan tekan Enter banyak kali untuk tukar halaman berikutnya sebab nanti bila kau tambah/tolak sesuatu dari manuskrip kau, semua benda akan jadi huru-hara.Guna header dan footer. Pada header, letak judul tentatif manuskrip tersebut, beserta dengan nama pena kau. Pada footer, nombor muka surat.
BONUS TIPS (utk MS WORDS):
Aku akan activate tetapan 'Navigation Pane' dan 'Ruler' pada tab VIEW.Aku juga akan guna fungsi 'Heading 1' pada tab HOME dan kemudiannya aku tukar menjadi nama Bab yang sedang aku tulis. Jadi, setiap bab akan tersusun kemas menjadi semacam suatu siri tabs memanjang pada navigation pane di sebelah kiri ketika aku menulis.

Dlm kotak biru tu pulak macam mana rupa 'Navigation Pane'.
Nampak tak bila aku guna 'Heading 1' untuk gantikan perkataan 'BAB 1' tu ia akan secara automatik jadi 'tab' bawah navigation pane tu?
Senang bila kau nak rujuk balik dan edit mana-mana bab yang kau dah tulis di masa akan datang.
Tapi ramai jugak yang tak guna cara aku. Ada yang lebih suka simpan setiap satu bab dalam fail berasingan, disimpan dalam satu folder. Terpulanglah. Ikut keselesaan dan cara kau tulis dan sunting manuskrip kau.
Prolog. Perlu atau tidak?
Serius. Ini juga sebenarnya terpulang. Tetapi bagi aku, sebaik-baiknya tak perlu mulakan manuskrip dengan prolog.
Dalam erti kata lain, tulis je dulu sampai selesai, lepas tu baca balik dan tanya diri sendiri, "Kalau manuskrip ni ada prolog, ada beri kesan apa-apa tak?" dan "Kalau aku buang prolog ni akan terjejas teruk tak jalan cerita buku ni?"
Selalunya dua soalan penting di atas akan muncul bila kau sedang sunting draf pertama kau nanti. Prolog ni semacam teaser-lah bagi buku kau, memberi hint-hint awal tentang apa yang pembaca bakal temui dan terokai ketika membacanya. Tetapi selepas kau baca, dan kau dapati yang kalau tak ada pu tak apa, baik padamkan saja.
Tetapi peraturan ini berbeza sedikit dengan epilog.
Epilog ni macam bab habis akhir yang menceritakan apa yang terjadi selepas semua benda dah settle dalam cerita kau, kira macam penamat yang habis final-lah, the grand finale. Bagi aku, epilog ni perlu dalam sesebuah manuskrip berdasarkan tiga faktor utama:
Ia sebagai penanda bahawa buku ini bakal ada sambungan, sebab dalam epilog kau akan tulis sedikit teaser tentang apa yang bakal terjadi lepas tu.Ia sebagai pelengkap cerita. Tetapi kisah dalam epilog ni selalunya berlaku dalam durasi jauh dari bab akhir manuskrip tu, contohnya 5 tahun selepas adegan dalam bab akhir, dan kau nak cerita apa terjadi kat watak-watak kau.Pengukuh kepada ending yang kau dah buat dalam bab akhir. Contohnya dalam bab akhir orang jahat mati, jadi dalam epilog kau ceritalah yang hero akhirnya kahwin dengan kekasihnya dan hidup bahagia (ok, klise).
Ayat pertama dalam bab pertama harus power.
Ini merupakan nasihat yang diberikan oleh salah seorang pensyarah aku bila dia dapat tahu (lebih kepada terkantoi sebenarnya) yang aku sudah menerbitkan BISIK dan sedang dalam proses menulis sekuelnya, iaitu KOYAK.
Sekali lagi, tiada peraturan atau formulasi khusus untuk menghasilkan ayat pertama yang power dalam bab pertama manuskrip kau. Petua aku: tulis je dulu. Edit kemudian.
Ada penulis suka mulakan ceritanya dengan dialog, ada suka mulakan dengan situasi, ada suka mulakan dengan fakta. Ada pelbagai resepi yang boleh dicuba dan dipelbagaikan. Tak kisah macam mana kau mulakan ayat pertama kau, tetapi satu tips yang boleh kau cuba ialah print dua-tiga bab pertama manuskrip kau (sama ada yang dah siap atau tidak) dan tunjukkan pada seorang pembaca yang kau boleh percaya berikan kritikan paling jujur. Highlight ayat pertama dalam bab pertama manuskrip tu dan tanya pada dia lepas dia baca, apa pendapat dia tentang perenggan tu.
Selalunya, dalam kes aku, draf pertama memang huru-hara, tapi masuk draf kedua, ketiga dan yang terakhir selalunya dah habis solid sebab kau dah sedia maklum tentang kekurangan dan kelebihan manuskrip kau, dan semestinya dalam proses beberapa draf tu kau dah baiki mana yang kurang. Tapi hal ini molek kita cerita pada bahagian berikutnya dengan lebih terperinci.
Tahu limit harian menulis sendiri.
Ada orang boleh duduk tercokoh kat meja study tu dan menaip dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Solid. Siap 1 bab sehari.
Ada orang boleh tulis 2000 perkataan sehari. Ada orang ikut mood dia.
Yang penting, disiplin dan tahu masa yang paling sesuai bagi otak kau aktif menulis, dan juga limit harian untuk kau menulis.
Bagi aku, entah kenapa, mungkin sebab faktor sunyi (kot?) aku memang boleh menulis dengan baik selepas jam 11 malam ke atas, dan selalunya akan berhenti menulis sekitar 2 pagi (atau lebih, kalau tiba-tiba tersyok pulak menulis hari tu). Siang hari payah sikit nak menaip. Pernah cuba, tapi otak macam tak mahu jalan, ada je alasan merepek yang menyebabkan aku tak boleh nak menaip waktu siang (nak keluar pergi tengok wayanglah, ada drama best kat tv, gangguan kucing, kerja-kerja lain yang tertunggak, mak ajak pergi shopping, dll).
Jadinya, cuba perhatikan pola menulis yang paling kau selesa dan cuba kekal dalam jadual sebegitu.
Macam aku, kalau aku sedang usahakan satu-satu manuskrip, terus-teranglah aku cakap memang akan tak cukup tidur sebab aku menulis waktu tengah malam, lepas tu kena bangun awal pagi untuk buat kerja lain pulak. Mengantuknya jangan cakaplah. Tapi nak buat macam mana, dah itu je waktu yang paling best untuk otak aku beri ilham untuk menulis.
Beruntunglah mereka yang jenis boleh menulis pada bila-bila masa, di mana-mana jua dan dalam apa kondisi sekalipun. Asal tengah riba laptop, boleh je siapkan sekurang-kurangnya suku bab.
*
Baiklah, cukup sahaja setakat ini. Artikel ini bakal bersambung (lagi) di bahagian seterusnya.
Selamat menulis semua!
=)

Published on October 30, 2014 10:25
384: kau dah kenapa nangis tengok babak ni? #wipesmanlytears
Published on October 30, 2014 03:00
October 29, 2014
383: persiapan diri untuk menulis sempena NaNoWriMo (dan apa yang aku lakukan sebelum, semasa dan selepas proses menyiapkan manuskrip) [bahagian #1]
[image error]
Baiklah, jadi kau berhajat untuk menulis sebuah buku.
Artikel ini ditulis oleh seorang penulis muda yang baru mempunyai dua novel, beberapa cerpen tersiar, dan itu sahaja. Resume-ku tidaklah se-gah mana kalau hendak dibandingkan dengan orang lain di luar sana; namun aku tetap berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu tentang bagaimana hendak menulis yang telah berkesan buatku, dan diharap dapat membantu kalian jua (Insya-Allah).
Memandangkan lusa NaNoWriMo bakal bermula, rasanya moleklah aku turunkan artikel ini sebagai bantuan, ya tak?
Baiklah.
*teguk kopi*
Menyediakan rangka (outline), suatu kemestian atau tak buat pun tak apa?
Soalan ini selalu juga ditanyakan kepadaku oleh pembaca novel-novelku. Sebenarnya, kalau mengikut aku, sama ada kau jenis yang harus duduk dan sediakan rangka asas novel secara terperinci dahulu, ataupun jenis yang terus sahaja menulis sebaik sahaja mendapat suatu idea am, kedua-duanya sama boleh dipraktikkan. Kedua-duanya ada pro dan kontra masing-masing.
Aku ambil contoh peribadi. Ketika sedang mengusahakan novel sulungku, BISIK, aku cuma bergantung pada suatu idea asas - aku mahu tulis suatu kisah yang memperihalkan tentang seorang lelaki bernama Mikael. Dia punya rakan rapat. Seterusnya dia melalui kejadian aneh yang dia sendiri tidak boleh huraikan. Itu sahaja. Aku tidak merancang. Itu sahaja asas yang aku ada. Jadi, aku buka MS Word, dan terus sahaja mengarang suatu ringkasan pendek tentang peribadi watak utama aku itu, iaitu Mikael. Selebihnya, runtunan cerita selepas itu, dan sebagainya secara magisnya datang dengan sendirinya tatkala aku mengembangkan ciri-ciri dan peribadi watak Mikael ini. Hasilnya: bab pertama untuk draf pertama itu mengalami proses ulang-taip berkali-kali sehinggalah aku berpuas hati dengan jalan cerita yang sedang aku imaginasikan.
Aku ambil pula contoh novel keduaku, KOYAK. Entah kenapa kali ini aku merancang untuk membuat suatu struktur khusus, huraikan plotnya dengan teliti dari A ke B hinggalah bertemu Z. Dengan siapa watak itu bertemu, apa dia buat dan sebagainya. Semuanya aku perincikan di dalam rangka asas yang aku bangunkan terlebih dahulu sebelum aku mula mengarang bab pertama.
Ada pula beberapa penulis yang aku kenali yang memang gemar membuat rangka. Siap dengan peta minda, lengkap dengan anak panah segala bagai untuk membentuk sebuah jalan cerita sebelum dia mula mengarang.
Pernah tengok rangka asas Harry Potter yang disediakan oleh J. K. Rowling?
gambar diambil dari sini.Perhatikan bagaimana beliau memperincikan plot-plot yang bakal ditulis dengan sebegitu rupa (plot utama dan subplot), judul setiap bab, apa kejadian yang bakal terjadi untuk setiap bab dan seterusnya.
Makanya, tiada dua metode khusus yang boleh diikuti. Kalau hendak sediakan rangka pun bagus, tak sediakan rangka pun tak mengapa sebenarnya.
Aku tidak gemar untuk membuat perancangan sebegitu, ini adalah kerana pada kebanyakan waktu, aku sendiri tidak pasti akan penyudah sesebuah manuskrip yang sedang aku usahakan (dan selalunya aku akan sediakan dua-tiga penamat alternatif yang akan aku pilih di kemudian hari selepas aku selesai draf pertama). Aku lebih suka melihat sendiri bagaimana watak-watakku berkembang dan apakah cerita yang bakal mereka persembahkan kepadaku.
Namun begitu... walaupun tak sediakan sesebuah rangka khusus, ada moleknya sediakan satu senarai nota-nota ringkas yang boleh dirujuk agar plot yang dikarang menjadi tertib, kemas dan konklusif.
Kenali watak-watak yang hendak dibangunkan
Menyebut tentang nota ringkas pada poin di atas, ia berkait rapat dengan poin ini. Membangunkan sesebuah novel tidak lengkap tanpa watak-watak yang bergerak/berinteraksi antara satu sama lain. Makanya, menciptakan watak yang meyakinkan pembaca itu suatu hal yang amat-amatlah mustahak dan jujur aku jelaskan, paling payah hendak dibuat sebenarnya. Aku sendiri terkadang apabila membaca kembali tulisan-tulisan lamaku, ada saja yang aku ingin tambah/buang/baiki tentang watak-watak yang telah aku bangunkan dalam cerita-ceritaku. Makanya, menyediakan nota ringkas yang boleh dirujuk dengan mudah benar-benar membantu untuk menjana sesebuah watak yang meyakinkan pada bacaan pembaca.
Aku selalu mulakan dengan yang paling asas. Namanya siapa, visual amnya (ketinggian, warna rambut, warna mata), dan apakah kekuatan dan kekurangan mereka. Kemudian, aku kembangkan lagi dengan memberikan mereka personaliti berdasarkan pekerjaan apa yang mereka selalu lakukan.
Oleh itu, mari kita buat latihan ringkas ini: andai kata kau ingin tulis cerita tentang seorang petani moden bernama Abu. Isikan ciri-ciri fizikalnya terlebih dahulu dan seterusnya pejamkan mata. Selepas itu, kau bayangkan suaranya bila dia bercakap, adakah dia seorang yang sengau, berlidah pendek, elokuen dalam bahasa Inggeris (walau kerjanya seorang petani?) dan sebagainya. Selepas itu, cepat-cepat taip/tulis perincian itu pada nota ringkas kau dan simpan.
Nah. Selesai satu tugasan. Mudah, bukan?
Nota itu seterusnya boleh dikembangkan lagi mengikut keperluan manuskrip kau. Lukis kalau perlu. Sebab itulah aku tidak boleh tidak daripada menegaskan kepentingan mempunyai sebuah buku nota/conteng/idea jika kau serius mahu menulis. Perincian berikutnya tentang watak Abu ini mungkin sekali dia juga seorang penggemar Coke (dan membenci rasa Pepsi atas sebab-sebab yang tertentu), seorang vegetarian (sebab dia seorang petani?) dan punya suatu perkataan atau frasa yang dia sering guna ketika perbualan (cthnya: "Kau ni dah kenapa? Eh! *dia seorang yang gemar menyebut 'eh' di hujung ayatnya, entah kenapa, tabiat sejak kecil barangkali). Tulis perincian tersebut dan simpan kerana ia bakal membantu tulisan kau kelak.
Bina latar tempat yang konkrit
Selesai dengan watak-watak, tak lengkap kalau mereka ini hidup dalam vakum. Makanya, haruslah disediakan pula latar tempat untuk mereka 'hidup' dan berinteraksi antara satu sama lain. Kalau novel saifai, mungkin Abu si petani ini tinggal di planet Tattoine yang terletak 5 juta waktu cahaya dari bumi, punya iklim dan cuaca yang jauh berbeza daripada apa yang kita ada di bumi. Kalau novel fantasi, mungkin si Abu ini tinggal di pinggir Shire, hidup di dalam rumah pendek macam kolong berbentuk bulat ala-Hobbit.
Rancanglah dengan teliti.
Satu tips yang aku mahu kongsi dengan kalian ialah selalu ambil gambar (oh, bukan selfie, ya!) persekitaran. Bagi mereka yang telah membaca BISIK dan KOYAK, pastinya akan bertemu dengan tempat-tempat yang agak familiar seperti UKM dan sebagainya. Ini adalah kerana, sebelum aku mula menulis, aku sendiri telah pergi ke tempat-tempat yang aku hendak watak-watak aku kunjungi, ambil gambar-gambar setiap ceruk yang mungkin mereka bakal jelajahi (kerana selebihnya kau boleh bayangkan sendiri atau reka sahaja).
Tetapi bagaimana pula dengan tempat yang tidak wujud seperti hospital InTraMeRC dalam KOYAK? Jawapanku mudah sahaja. Tempat itu adalah bayanganku terhadap gabungan beberapa bangunan (hospital semestinya) yang pernah aku kunjungi.
Apa-apapun, membangunkan latar tempat bukan boleh dibuat sehari-dua. Ia bergantung kepada seberapa banyak perincian yang kau mahu beritahu pembaca dan berapa banyak perincian yang kau mahu pembaca bayangkan sendiri. Jadinya, fikirkan juga tentang infrastruktur kewangan lokasi tempat yang hendak kau guna itu, matawang yang bakal watak kau guna, ciri-ciri kerajaan yang menguasai tempat tersebut dan sebagainya. Ini penting untuk menyuntik seberapa banyak realisme atau informasi kepada pembaca.
Ia menjadi mudah jika latar tempat itu berlangsung pada persekitaran yang common. Tetapi, perincian sebegitu mustahak jika latar tempat manuskrip kau berlangsung di tempat yang langsung tidak menyerupai mana-mana lokasi yang pernah kau kunjungi.
Bayangkan situasi begini: ada dua watak yang sedang kau bangunkan; Abu si petani moden tinggal di pinggir sebuah kota. Dia hidup serba sederhana di dalam pondok menghadap sawah. Seribu kilometer daripada situ pula ada satu lagi watak bernama Senah (bakal love interest Abu, mungkin?) yang tinggal di kota metropolitan, hidup di apartmen sempit yang kotor berdebu, trafik yang menikam kalbu, dan harga barang yang cekik darah. Nampak jukstaposisi yang aku lakukan ini?
Tulis apa yang kau tahu... atau buat kajian terlebih dahulu
Poin ini ada berkait rapat dengan artikel yang pernah aku tulis dahulu .
Kita semua sedia maklum dengan fahaman 'Tulis apa yang kita tahu'.
Tetapi bagaimana pula jika manuskrip yang hendak dibangunkan itu merupakan sesuatu yang kau sendiri langsung tak tahu, dan kau tak tahu (atau tak mahu) reka? Jawapannya adalah membuat kajian.
Bayangkan menuulis sebuah babak di mana watak itu sedang berinteraksi di sebuah latar tempat yang berlaku pada kurun ke-13. Disebabkan kita tidak punya banyak informasi tentang latar tempat/masa yang hendak diceritakan, mesti payah hendak mula menulis ayat pertama dalam bab tersebut, bukan? Sebab itulah pentingnya kajian.
Habis ringkas: Google. Semua benda ada di hujung jari. Belek laman-laman web berkenaan dengan topik yang hendak kau ceritakan itu, simpan, atau bookmark laman tersebut, salin apa-apa yang kau rasa perlu.
Lebih gigih: pergi perpustakaan. Ya. Jangan tak tahu, untuk novel BISIK aku dulu ada beberapa babak dalam buku tersebut yang aku tak jumpa cari dalam Google dan aku bertemu informasi yang aku inginkan di perpustakaan UKM di Kampus Medikal di KL. Maka gigihlah aku ke sana, berbekalkan kontak seorang kenalanku yang sedang menuntut di sana, kad matriks dan komputer riba, aku masuk ke perpustakaan medik itu macam rusa masuk kampung. Mujur kenalanku banyak membantu untuk aku memperoleh informasi yang aku perlukan. Nampak tak betapa gigihnya aku? *tepuk bahu sendiri dengan bangga*
Dan poin ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan tips ambil gambar aku tadi. Sebabnya, dengan mengambil gambar-gambar lokasi (dan semestinya orang awam juga) tempat yang bakal kau gunakan sebagai latar masa, sedikit sebanyak ia menjadi asas kepada kajian yang sedang kau usahakan.
Lebih gigih lagi: pergi temubual orang. Ini aku pernah buat untuk novel keduaku: KOYAK. Atas bantuan kenalanku di HUKM tadi, aku dapat menghubungi seseorang yang memang kerjayanya dalam bidak kedoktoran, lebih spesifik lagi, psikologi. Sesuai benar dengan ciri-ciri watak Dr. Iesmawi yang sedang aku bina dalam novel tesebut. Jadinya aku usaha untuk aturkan sesi temubual dengan beliau. Alhamdulillah, mujur dia tidak menolak, malah berbesar hati untuk membantu setakat mana yang termampu. Sudah tentulah aku harus sogok dengan membelanja makan dsb. *ehem*
Selebihnya, diskusi kami dibawa ke e-emel. Aku dan dia bertukar-tukar e-emel, dan aku banyak bertanyakan tentang kerjayanya. Tidak lupa juga aku banyak mengambil nota tentang cara percakapannya, bagaimana gerak tubuhnya, apa yang dia pakai dan sebagainya sebab itu juga mustahak sebagai salah satu sumber kajian yang boleh mengukuhkan lagi watak/latar novel yang sedang aku usahakan ini.
Jujur aku bilang: membuat kajian dengan teliti dan tertib sebelum, semasa dan selepas menulis sesuatu manuskrip adalah sangat-sangat mustahak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pembaca kau menunjukkan cela atau kesilapan fakta yang kau tulis (cthnya bangunan tertentu yang tak sepatutnya berada bersebelahan dengan suatu bangunan lain, tetapi dalam novel kau, kau tulis ia letak bersebelahan).
Lagipun, dengan kajian yang baik, naratif yang bakal kau tulis akan lebih mudah ditulis, lancar dan kemas. Percayalah.
Menulis sebuah manuskrip bukanlah kerja enteng, namun boleh dilaksanakan!
Banyak kali juga ketika aku menulis, aku berasa seperti mahu jerit; "Ah, persetankan ini!" dan padam semua yang telah aku tulis. Banyak kali juga aku hendak menangis (dan telah menangis di bawah meja). Namun begitu, aku sedar bahawa tiada rasa yang lebih euforik daripada menghasilkan sebuah draf pertama, tekan enter lima kali, letak ke tetapan tengah dan taip lima huruf keramat yang kau nanti-nantikan: TAMAT.
Dengan sedikit persiapan rapi, luangan masa, dan ketetapan hasrat, semua orang boleh menulis. Itu aku yakin. Sebab aku percaya semua orang di dalam dunia ini punya cerita yang hendak mereka kongsikan, antara mahu dengan tidak sahaja. Itu kau perlu tanya diri sendiri.
*
Baiklah, cukup sahaja setakat ini. Artikel ini bakal bersambung di bahagian seterusnya.

Published on October 29, 2014 11:26
September 15, 2014
382: barang baik, barang baik! e-book perchuma dari FIXI y'all!
Well hello there good readers!
Sempena Hari Malaysia 2014, Buku Fixi bermurah hati nak kasi e-book koleksi antologi cerpen MF2014 untuk kalian semua!
Menampilkan nama-nama penulis yang pernah menulis untuk Fixi sebelum ini, termasuklah yours truly.Harap kalian bakal menyukai cerpen aku yang ditulis loosely based on true stories yang berlaku ke atas salah seorang kenalanku tidak lama dahulu.
E-book percuma ni boleh dimuat-turun daripada:BachabookueSentral Google PlayStoreDiharap selepas membaca e-book gratis ini, kalian terpancing untuk membeli karya-karya tulisan penulis-penulis FIXI yang lain (contohnya aku sendiri, eh) *tetap nak ada 'eh' tu, ye tak?*.
Apa-apapun, harap pembaca suka akan cerpen ringkas yang aku nukilkan dalam antologi kali ini.
Selamat membaca dan ' Selamat Hari Malaysia 2014 ' untuk semua!

Published on September 15, 2014 23:07
September 7, 2014
381: untuk kamu.
Published on September 07, 2014 22:24
August 28, 2014
380: the friend zone, cool atau tidak?
Mula-mula sekali, tengok video ni:
Kemudian.... bersedia untuk membaca bebelan aku.
Thanks.
Its tricky, being in an friend-only-zone sebenarnya. One side, kau berharap yang persahabatan itu kekal menjadi hanya suatu sahabat; one side lagi, kau berharap yang ianya akan berkembang menjadi sesuatu yang lebih konkrit (baca: bercinta).
Kau mula berfikir; "We literally know each other well, what could possibly go wrong if we started dating, amirite?"
Itulah ayat tanya yang akan merosakkan sesebuah persahabatan sebenarnya IMHO. Bagi aku, tiada yang lebih tricky daripada membuat transisi daripada berkawan, menjadi kawan baik kepada pasangan bercinta.
I know, ada juga yang akan cakap yang mereka dulunya berkawan dulu, kemudian baru bercinta, tapi berapa kerat je sebenarnya yang berjaya dalam transisi ini, betul tak?
TBH, aku pernah berada dalam situasi ini atau pernah meletakkan seseorang dalam situasi ini (baik secara sengaja ataupun secara tidak aku sedari).
Bagi aku, ini adalah ciri-ciri yang kau perlu tahu kalau kau dah campakkan kawan kau dalam kategori friend zone adalah seperti berikut:Kau selalu ajak dia untuk lepak bersama (usually just the two of you) dan kau buat aktiviti yang kau (atau dia pun) suka (cthnya lepak kedai kopi, tengok wayang, mencuba dessert kat mana-mana kafe)Kau selalu consult dia untuk semua past relationships kau, lepas tu kau most of the time kau akan ikut nasihat dia, dan kau akan cakap benda ni: "I know you always say the exact right thing, you're the best!" (atau lebih kurang macam inilah).Unconsciously, kau layan dia macam kau layan kekasih kau (cthnya kau willingly nak jemput dia kat rumah kalau kau nak ajak lepak, tolong bukakan pintu kereta, ambil berat secara melampau, rajin contact dia untuk bertanya khabar, dll).
Seriously... being friend-zoned ni tak ada yang indahnya. Sama ada kau atau kawan kau tu, salah seorang daripada kalian pasti akan end up terluka dan merisikokan kondisi di mana persahabatan kalian musnah begitu sahaja.
Nasihat aku mudah je, kalau kau mula rasa yang kau dah treat kawan kau extra special sehingga dia mungkin boleh rasa yang kau syok kat dia, kurangkan atau lebih baik hentikan je terus. Sebab takut kau terbagi wrong signal kat dia.
Kalau kau yang mula rasa something terhadap kawan kau... come clean. Bagi tahu dia point blank. Setidak-tidaknya lebih awal kalian clear the things between you guys, the better.
Tbh, there's no easy way out from this predicament sebab at the end of the day, mesti akan ada yang paling tidak terasa sikit. But then again, that's life, kan?

Published on August 28, 2014 01:04