Roslan Hamid's Blog, page 135
June 6, 2016
Jika ‘songlap’ duit, sila kembalikan…
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
MENJELANG Ramadan yang mulia kita diminta bermuhasabah (mengkoreksi diri). Ada ustaz dalam tazkirah di masjid menyentuh kemestian bertaubat bagi membolehkan seseorang memasuki Ramadan dengan hati suci bersih.
Ada tiga syarat bertaubat iaitu segera berhenti melakukan perkara dosa (maksiat), menyesal perbuatan lalu dan berazam tidak mengulanginya. Ini bagi kesalahan dengan Allah SWT tetapi jika kita bersalah dengan manusia ada satu lagi syarat iaitu berjumpa orang atau pihak terbabit, meminta maaf dan menyelesaikan apa-apa yang kita terhutang.
Itulah, kata sang ustaz, berdosa kepada Allah SWT mudah kita memohon ampun, Allah SWT sangat suka kepada orang bertaubat tetapi kesalahan sesama manusia amat berat; jika kita ada terambil hak orang kita wajibkan pulangkannya.
Misalnya, sesiapa yang menyeleweng, pecah amanah atau menyonglap harta dan wang tidak kiralah RM1 atau berbilion-bilion ringgit, di samping meminta maaf dia perlu kembalikan wang itu. Dan jika orang atau pihak terbabit sudah meninggal dunia, wang itu perlu dipulangkan kepada waris dan jika waris pun susah dicari, dermakan wang itu dengan doa agar ganjaran pahala diberikan kepada orang terbabit. Tetapi jika dia tiba-tiba ‘muncul’ wangnya tetap perlu dikembalikan sekalipun kita sudah menderma kesemua wang berkenaan.
Jika kita bersalah mengambil wang individu dalam jumlah tak banyak, mungkin kita boleh pulangkan tetapi bagaimana kita songlap wang rakyat yang bukan sedikit tetapi berjuta-juta dan berbilion-bilion ringgit, bagaimana kita mahu mencari jalan keluar? Demikian juga bagi kesalahan mendera orang termasuk rakyat dari segi fizikal seperti membantai mereka dalam tahanan atau menyembur gas asid di sesuatu perhimpunan, bagaimana kita mahu mendapat pengampunan? Allah tetap akan mengampunkan kita tetapi bagaimana dengan manusia termasuklah yang diadili secara palsu kerana kita menggunakan ‘saksi palsu’ dan ‘hakim korup’?
Demikianlah, kata seorang lagi ustaz dalam tazkirahnya, kesalahan manusia sesama manusia amat berat. Apatah lagi pemimpin terhadap rakyatnya. Pemimpin perlu adil dan amanah kerana antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah SWT adalah imam (pemimpin) yang adil. Abu Hurairah r.a. meriyawatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya. Mereka adalah imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu serta berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan dia takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kirinya, dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” – Riwayat Imam Muslim
Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka bergembiralah mana-mana pemimpin yang dapat berlaku adil. Namun ingatlah kita semua adalah pemimpin kerana pemimpin adalah daripada setinggi-tinggi kedudukan (raja, presiden, perdana menteri) sehinggalah kepada seorang suami yang bertanggungjawab terhadap orang di bawah tanggungjawabnya dan hamba ke atas harta tuannya.
Dalam kesinambungan tamadun manusia malah kehidupan manusia sendiri dua komponen pihak iaitu pemimpin dan orang dipimpin (rakyat) perlu wujud (ada). Jika tiada rakyat, tiadalah pemimpin, jika ada rakyat pasti ada pemimpinnya. Peri pentingnya hubungan pemimpin dan rakyat dapat dilihat daripada kata-kata mutiara seperti 'raja dan rakyat tiada terpisah jua', 'baik pemimpin baiklah rakyat' dan 'raja adil raja 'disembah'; raja zalim raja disanggah'.
Pemimpin bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Jika mereka adil, ganjaran hebat menanti mereka tetapi jika pemimpin zalim seperti makan rasuah, songlap duit rakyat dan mendera rakyat seperti mengenakan cukai melampau, rakyat perlu menggantikan mereka. Ini kerana sepanjang sejarah negara kita sukar menemui seseorang pemimpin sudi meminta maaf kepada rakyat seterusnya dengan rela meletakkan jawatan. Apa yang ada adalah pemimpin yang hendak berkuasa dulu, kini dan selamanya (menongkat langit).
Apa guna terus mengekalkan pemimpin korup kerana demokrasi yang menjadi amalan negara kita memelihara hubungan pemimpin-rakyat. Rakyat memilih pemimpin, maka timbullah slogan seperti 'daripada rakyat untuk rakyat' dan 'daripada rakyat kepada rakyat'. Di sini jelas sekali kepentingan rakyat...jika rakyat hidup menderita dalam sebuah negara yang kaya raya tentunya ada yang tak kena. Mungkin berlaku ketidak-telusan di sana sini. Sempena kedatangan Ramadan yang mulia, adakah pemimpin kita bersedia meminta maaf kepada rakyat? Diucapkan Ramadan Kareem kepada semua pembaca!

Published on June 06, 2016 16:04
PRK Sungai Besar, KK ‘previu’ PRU14?
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62)
SUASANA seperti pesta sudah terlihat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar (KK); maklumlah di kedua-dua kawasan Parlimen ini akan dilangsungkan pilihan raya kecil (PRK) – tarikh penamaan calon pada 5 Jun manakala pengundian 18 Jun.
PRK ini secara kebetulan akan memilih wakil rakyat bagi separuh penggal terakhir selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada Mei 2013. Jadi ia boleh dianggap sebagai ‘previu’ PRU14.
Wawancara dengan penduduk di kawasan terbabit menunjukkan bahawa rakyat semakin ‘vokal’ dan ‘berani’ dalam mendepani apa saja kemungkinan perkembangan politik – misalnya mereka mengalu-alukan pertandingan PRK yang membabitkan pelbagai pihak – ada kemungkinan besar akan berlangsung pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
PAS sudah menamakan calonnya di Kuala Kangsar (Dr Najihatussalehah Ahmad) manakala Umno-BN (Datin Mastura Mohd Yazid); demikian juga di Kuala Selangor (calon PAS, Dr Abdul Rani Osman) manakala calon Umno-BN, Budiman Mohd Zohdi. Ketika artikel ini ditulis, Pakatan Harapan yang besar kemungkinan diwakili Parti Amanah Negara (PAN atau Amanah) masih belum menamakan calon bagi kedua-dua kawasan Parlimen itu.
Apa kata rakyat di kawasan terbabit mengenai kemungkinan pertandingan tiga penjuru atau lebih? Bagus, kata seorang peniaga sebuah kedai makan berhampiran tebing Sungai Perak yang popular dengan menu laksa Kuala Kangsar…”jika banyak pihak bertanding, akan lebih meriahlah pilihan raya kita kali ini,” ujar beliau tanpa mahu menyebut namanya.
Seorang lagi peniaga di pasar pagi hujung minggu Kuala Kangsar juga mengungkapkan perkataan senada…bagus jika berlaku pertandingan membabitkan pelbagai pihak kerana ia akan memeriahkan pilihan raya kecil yang pasti menjadi tumpuan khasnya di kalangan parti politik, pemimpin dan pengkaji politik serta cendekiawan kerana signifikan PRK ini dari pelbagai sudut.
Kenapa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini sangat penting? Pertama ia diadakan separuh penggal selepas PRU lalu (ke13)…jadi pihak-pihak terbabit boleh melihat bagaimana prestasi mereka di mata rakyat, lebih-lebih lagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagaikan mewakili majoriti kawasan Parlimen lain di Semenanjung di mana komposi pengundinya terdiri daripada orang Melayu (lebih kurang 60 peratus) manakala Cina (kira-kira 30) peratus manakala bakinya orang India dan kaum-kaum lain.
Bagi Umno-BN lebih-lebih lagi kepimpinan PM Najib Razak dengan pelbagai tuduhan salah laku serta menghadapi tentangan termasuk daripada bekas PM , Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalannya iaitu Muhyiddin Yassin, bagaimana agaknya pandangan rakyat (walaupun kali ini hanya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar) terhadap beliau? Apakah pengundi tergerak untuk menolak PM Najib dan Umno-BN dengan menyatakannya melalui kertas undi (undi protes), sama-samalah kita saksikan nanti.
Sebenarnya, semua komponen parti BN menghadapi ‘goncangan kuat’ – Umno penuh dengan masalahnya, demikian juga MCA dan MIC – persoalannya apakah semua ini dapat ditutup rapat daripada dihidu pengundi atau berkesankan penggunaan ‘tongkat sakti’ mereka dengan membuat penganugerahan limpahan projek (buat permulaan pengumumannya saja) bagi membolehkan Umno-BN menang ‘dulu, kini dan selamanya’.
Jika Umno-BN ‘gementar’ mahu melihat nilaian prestasinya oleh pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ‘perasaan tidak keruan’ parti-parti anti-BN dipercayai adalah lebih tinggi. Ini adalah pilihan raya pertama dihadapi mereka pasca keruntuhan Pakatan Rakyat (dianggotai PAS, PKR dan DAP) lebih-lebih lagi PAS yang kini bergerak ‘solo’ (namun wujud kerjasama PAS-Ikatan). Kumpulan serpihan PAS pula telah menubuhkan satu parti baru – Parti Amanah Rakyat (PAN atau Amanah) yang bersama-sama PKR dan DAP telah menubuhkan gerakan pembangkang dinamai Pakatan Harapan.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah medan dan peluang terbaik parti-parti ini untuk mengetahui tanggapan rakyat kepada mereka bagi membolehkan mereka ‘mencermin diri’ menuju PRU-14.
PAS yang tewas hanya lebih 300 undi di Sungai Besar dan 1,000 undi di Kuala Kangsar, kedua-duanya di tangan Umno-BN pada PRU 2013, boleh membuat penilaian berdasarkan keputusan PRK ini. Ya, apakah rakyat masih menyokong PAS ataupun undi sudah lari, mungkin kepada Umno-BN dan mungkin juga kepada parti baru. Atau parti ini akan membuat kejutan kemenangan yang membawa tanda rakyat merestui perjuangan mereka.
PAN (Amanah) juga boleh ‘mencermin diri’ – sama ada ia ada sokongan atau tidak…ya berdasarkan keputusan PRK nanti bolehlah pemimpinnya membuat penilaian – ya apakah relevan perjuangan mereka atau tidak. Ringkasnya banyak perkara dapat diketahui berdasarkan keputusan PRU Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini…ia bagaikan ‘previu’ PRU ke-14 yang akan diadakan dua tiga tahun lagi…

Published on June 06, 2016 02:49
May 31, 2016
Think less of food this Ramadan…
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***
IN a week time we would be observing Ramadan, the 9th month of the Islamic calendar (Hijra) when Muslims worldwide fast for the whole month. To all readers, 'Ramadan Kareem' (Generous Ramadan) and 'Ramadan Mubarak' (Blessed Ramadan).
Ramadan is the month when Muslims abstain from taking food and drinks during the day. So Ramadan is about taking less food because you can only eat after sunset but the irony of it, Ramadan is the month when many Muslims spend so much time, money and concern (thinking) on it.
In my opinion it is timely to think, see (for example TV programmes on food and cooking), talk and write less on food at this time of the year. Let’s stick to our well known ‘kata orang-orang tua’ (old folks saying), ‘makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan’ (eat to live, not live to eat). Actually the saying was coined by the great Greek Athenian philosopher, Socrates.
So dear readers I am not going to write about food in this article but ‘switch’ to three important things (regarding ‘masjid’, night hour and ‘solat’ (prayer) as lesson from the Prophet’s (s.a.w.) Isra’ and Mi’raj journey mentioned by an ‘ustaz’ (religious teacher) during his ‘tazkirah’ at a ‘masjid’ near my house recently. We could put into practice regarding the three things mentioned during this coming Ramadan. ‘Insya-Allah’ we would lead a tranquil life if we take concern of the three things mentioned.
First is regarding ‘masjid’ – the Prophet’s (s.a.w.) Isra’ journey was from Masjidilharam to Masjidil Aqsa. It was a journey from a ‘masjid’ to another ‘masjid’. In our daily life especially among men, ‘masjid’ should be always in our mind.
For the five times ‘fardu’ (obligatory prayers) that are subuh, zuhur, asar, maghrib and isyak, we must have the ‘keazaman’ (determination) to perform all of them in ‘jemaah’ (congregation) in ‘masjids’ or ‘suraus’ (small masjid) where the ‘azan’ (call for prayers) were heard from.
Thus our daily schedule depends ‘heavily’ on the ‘solat’ times. For example, to perform the subuh prayer said at 5.40 am, we have to wake up very early; then during office time we should end meetings before 1.00 pm so that we have ample time to attend the zuhur mass prayer…the same goes on for the other ‘solat’ times.
As for the masjids…to a person who is ‘always on the move’, he had already set plans in his mind, which masjids he would attend for his payers. He had set the time – for example for subuh prayer he would perform it at a masjid near his house, for zuhur it is a masjid near his office, for asar it is a masjid on his way for a meeting and for maghrib and isyak prayers it is a masjid where there is a ‘tazkirah’ (lesson) between the two prayers.
When a Muslim is determined to do all his obligatory prayers at masjids, insya-Allah he would have the blessing of Allah SWT. He is among the seven righteous people whom Allah will shade on the Day of Judgment.
Abu Huraira reported: The Prophet, peace and blessings be upon him, said, “There are seven persons whom Allah will shade on a Day when there is no shade but His. They are a just ruler, a young person who grew up in the worship of Allah, a person whose heart is attached to the MASJIDS, two persons who love each other who meet and depart from each other for the sake of Allah, a man whom a beautiful woman of high status seduces but he rejects her by saying I fear Allah, a person who spends in charity and conceals it such that his right hand does not know what his left hand has given, and a person who remembered Allah in private and he wept.” (Sahih Bukhari 629, Sahih Muslim 1031)Well, dear readers by going to the masjids, insya-Allah all your problems would be solved. But of course you must be ‘ikhlas’ (sincere)…you go to the masjid only for Allah SWT shake and nothing else. For example during this Ramadan, you don’t have to think about food for ‘iftar’ (breaking of fast) because many masjids would have spread of food for congregators. The food may not be lavish or up to ‘your standard’, but remember the wise man saying…’eat to live not live to eat’.Then if you wish to ‘upgrade’ the food serve, why not you sponsor the food and drinks for ‘iftar’ at the masjid – perhaps for a day or two. Insya-Allah your good deeds would be rewarded handsomely by Allah SWT. It was because Ramadan is the best time of the year for Muslims to double or triple his good deeds as required by Islam.Muslims should not be involved in a wastage ‘project’ such as spending lavishly for breaking of fast at high class hotels and restaurants; they should be reminded that they are accountable for five things before the coming of five. The Prophet (s.a.w.) said: "Take benefit of five before five - your youth before your old age, your health before your sickness, your wealth before your poverty, your free-time before your preoccupation, and your life before your death." (Hakim)So to Muslims brothers and sisters; do not indulge in empty, hollow and unbeneficial deeds, for Allah SWT says in Surah Al-Asr: "Verily! Man is in loss, Except those who believe and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's cause)." Yes with the money you have (wealth) why not spend a little amount of it to sponsor food for ‘iftar’ at masjids this Ramadan.Let it be known that Ramadan is a sacred month among all other months and Allah SWT wants all His subjects to fulfill the month with obedience and ‘taqarrub’ (be nearer) to Him. The continuous satiety of an individual’s life will fulfill and enhance the soul with obstinacy and extremity. We hope that Ramadan will help develop loving and caring Muslims.Yes, dear readers especially men; you are required to be at the masjid five times daily for the obligatory prayers but that does not mean that you should be at the masjid all day and night long. It was because a large part of the recommended good deeds (sunat) should be done at home or elsewhere such as at your workplace and when you are among human beings and other creatures.During the day we are busy working but at night we are blessed with free time for us to rest and sleep and it is recommended for us to spare the last 1/3 of the night at home to do recommended (sunat) good deeds such as performing the night prayers such as ‘solat tahajud’, making du’a (supplication) and doing ‘dzikir’ and reflections on ourselves.According to some ‘ulamas’, our home is a godown for us to gather ‘pahala’ (Allah’s blessing); for small deeds such as a wife making drinks for her husband would be rewarded handsomely by Allah SWT, what’s more if she cooks and serves food for the whole family either for ‘iftar’ or ‘sahur’ during Ramadan.So this Ramadan, do not waste our precious time for example playing ‘dam haji’ (checkers) and carom while waiting for the time for ‘iftar’. Fill it with ‘zikir’ (dhikir that is eulogizing Allah in the words taught by the Prophet or in the words prescribed in the Qur’an) and increase our du’a (supplication) to Him.Work hard to gain maximum benefits from the gifts of Allah SWT during Ramadan. In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months
Who know perhaps this is our last Ramadan, thus grab the oppourtunities given by The Almighty ; we should do our best to please our Creator, Allah SWT. Every second counts thus fulfill it with activities in accordance to the Creator’s wish.
This Ramadan, one’s tongue should be wet with words of praising Allah SWT (lidah perlu basah dengan kalimah Allah) with the chants of ‘Laa Ilaha IllAllah (there is no God except Allah) which is the heaviest in weight in the side of Allah SWT.
“Then there are many more ‘kalimah’ that should be read such as ‘Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahuakbar’, Astaghfirullah al Lazi La Ilaha ‘illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illahi’, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’, and ‘Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim’. There is a hadith saying that chanting ‘Subhanallahi Wabihamdihi’ once, a ‘nakhlah’ tree would be planted for that person in Paradise.
In doing our daily chores such as paying bills, waiting for public transport and even when one is trapped in a massive traffic jam, why not use the time to recite the above ‘kalimah’.
These ‘kalimah’ should be chanted in full concentration for the maximum rewards by Allah SWT but for the ‘zikir selawat’ (praises to Prophet Muhammad s.a.w.) its reciters' would also be rewarded even if his mind is not on what they recite, what more if he pays full attention to it. Among the simplest ‘selawat’ is ‘Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad, Wa’ ala Ali Saiyidina Muhammad’.
Ramadan and the noble Qur’an cannot be separated. It was in this month that the first verses of the Qur’an were revealed to the Prophet s.a.w. through Angel (Malaikat) Jibril a.s. So to Muslims brothers and sisters why not brought along a small Qur’an with you and recite it while you are waiting in a line or better still during long journeys on buses and trains.
And when travelling don’t forget to bring along a packet of dates with you, so that when it is iftar time, pass the dates to person or persons next to you for you would be rewarded handsomely by Allah SWT as the Prophet s.a.w. had declared: “If a person gives iftar to a fasting person in this month, his sins would be forgiven. And he will be given as many rewards as has that fasting person.” Insya-Allah a few dates would help you 'settle' your 'hunger problem' and unable you to perfom your 'solat' thus what's the benefit to waste time, talk and think too much on food?

Published on May 31, 2016 15:49
Be ‘fair’ to the fairer sex...
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Do not spy one another,
nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49: 12)
***
DURING last Sunday (May 8th) ‘kuliah subuh’ (early morning lesson) at a ‘masjid’ near my house, I followed it attentively as the subject of discussion was provocative and interesting – a wife must ‘gives herself up’ (ready to make love) to her husband whenever he requires it!
The 'ustaz' (religious teacher) was reading on the topic about 'nafkah' (alimony) to ones wife; he must adhere to this commitment in their marriage life.
Other than the 'normal' livelihood expenses such as food, shelter and clothing for the whole family, a husband must gives special maintenance expenses to his wife so that she could buy her personal requirements such as toiletries and make-up.
"But for the wife to receive the alimony, there are several requirements for her to honor; among them, she must always be ready to fulfill her husband's sexual desire. In short she cannot said 'no' to her husband advances for sex unless she is sick, menstruating, or has just given birth," said the 'ustaz'.
Yes, men can always have sexual intercourse with their spouses; many husbands had this phrase 'buried' in their heads and let it out whenever they have the chance to do so: "Women must give husbands sex 'even on camels'." They were good in quoting a 'hadith' of the Prophet s.a.w. who was reported saying when husband and wife are riding on the back of the camel, when the husband asks her, she must give in...
They too knew of some other 'hadiths' on the subject such as the one narrated by Abu Huraira; Allah’s Apostle said: “If a husband calls his wife to his bed (i.e. to have sexual relation) and she refuses and causes him to sleep in anger, the angels will curse her till morning.”
In another 'hadith', Ali k.w. reported that the Messenger of Allah said: “When a man calls his wife to satisfy his desire, let her come to him though she is occupied at the oven.” (Attested by Tirmizi) Not long time ago, Perak Mufti Tan Sri Harussan Zakaria was quoted saying that men can always have sexual intercourse with their spouses even if the latter do not agree because a Muslim women has 'no right' to reject her husband's demand.
According to Harussani, a woman’s agreement to marry will be sought when her father gives her away to a man in marriage. Subsequently, she can only refuse her husband sex if she is menstruating, sick, or has just given birth.“Once she got married, the dowry is paid, she can’t refuse unless when she’s (on her) period,” he said, saying that the Qur'an clearly states that it will be 'haram' or forbidden to have a sexual intercourse with a woman who is menstruating. (MM)In our 'male dominated society', whenever the topic on sex between husbands and wives were discussed including in 'masjids'; the favorite argument was women cannot 'in any way' refuse their husbands advances but in more than 50 years of my existence, I had never came across discussion and talk on whether a husband could refuse his wife 'advancing' for sex.During the question and answer session of the 'kuliah subuh', I did not know from where the strength I had when suddenly I rose to my feet to pass a note to the ustaz which reads: "Assalamualaikum wbt Ustaz - Apakah hukumnya (berdosakah) jika seorang suami tidak memenuhi kehendak batin isterinya untuk bersetubuh disebabkan letih atau lemah tenaga batin?" (What's the position from the Islamic law (is it sinful) if a husband refuses sex to his wife on the reason he is tired or suffered from manly problems such as impotency?)The 'ustaz' said one important task a husband has to fulfill to his wife is giving her the 'nafkah zahir' and 'nafkah batin'. 'Nafkah zahir' is regarding livelihood expenses such as food, shelter and clothing while 'nafkah batin' are things and actions to fulfill her emotion, feeling to the extent of fulfilling her rights in having sex with her husband. Providing 'nafkah zahir' and 'nafkah batin' are both 'wajib' (obligatory), thus refusing sex when a wife 'needs' it, the husband I am afraid is doing a sinful act, said the 'ustaz'.The husband has to care for her and her desires. She has certain rights upon her husband. Allah SWT states in the Qur'an with the meaning: "...And women have rights similar to the rights of men in a just manner, and the men have a degree (of advantage) over them..." (Al-Baqarah: 228)Yes, in Islam husband and wife both have the right for sexual satisfaction, a spouse's sexual advances should be welcomed.Scholars said one basic right of every husband and wife taking on a contract never to have sex other than with their own legitimate partner is that each spouse should therefore provide sexual fulfillment (imta') to the other, as part of the bargain.
They said a women’s right for sex with their husband is established from the Qur’an and authentic Sunnah (hadith) from the Prophet s.a.w.
In the Qur'an we read: {turn not away (from a woman) altogether, so as to leave her (as it were) hanging} (4:129) Further the Prophet s.a.w. approved Salman's word to Abu al-Darda': "...and your wife has a right over you." (Sahih Bukhari)
And al-Qurtubi said: “She has over him the same right of sexual cohabitation he has over her.”
Allah says in the Qur’an, “They are a garment for you and you are a garment for them…” (Al-Baqarah: 187).
Allah SWT clearly points out that men and women are each other’s garment, so a husband who ignores this function (being a garment for his wife, ‘meaning satisfying her needs physical/emotional) commanded to him (and given to him) by Allah SWT has clearly committed a sin.
To those husbands who faced ‘manly problems’, the ‘ustaz’ said: “Please seek treatment...'insya-Allah' you would be cured...but if you still ‘could not perform’ after trying hard over the years, then speak openly to your wife that she is ‘free to go’ but if she loves you and choose to stay on and pardon you for your shortcomings...then 'alhamdulillah' the marriage would be intact! But still keep trying to cure yourself.

Published on May 31, 2016 02:30
May 30, 2016
Iktibar Sarawak untuk Sungai Besar, KK
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) yang diketuai Parti Bumiputera Bersatu (PBB) menyapu 72 daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 7 Mei lalu membayangkan Umno tidak akan dapat mewujudkan sayapnya di Bumi Kenyalang buat masa yang lama. Jadi tidak betullah dakwaan pemimpin Umno bahawa jika Umno tiada, 'bangsatlah' bangsa Melayu kerana di Sarawak tiada Umno!Penganalisis politik berkata Umno hanya boleh 'kacau daun' jika kedudukan BN di Sarawak goyah. Sekarang BN Sarawak pimpinan KM Adenan Satem kukuh, jadi 'minta maaflah' - Umno tidak diperlukan dan diminta 'main jauh-jauh' dari Sarawak. Atau ia tidak diperlukan 'dulu, kini dan selama-lamanya'.Dulu semasa berkuasa (lebih tiga dekad), KM Taib Mahmud yang bersara pada 2014, berkata parti rasis Umno tidak diperlukan di Sarawak. Pemimpin tertinggi Umno pun tidak berani menyanggah kenyataan Taib itu. Malah sesetengahnya seperti TPM ketika itu, Muhyiddin Yasin memberi jaminan bahawa Umno tidak ada niat untuk mengembangkan sayap ke negeri itu.Penganalis politik berkata Umno tidak ada sebab masuk Sarawak selagi PBB masih berfungsi seperti Umno. Bezanya Umno dianggotai orang Melayu tetapi PBB dianggotai Bumiputera Islam dan bukan Islam (Iban). Keadaan berlainan di Sabah di mana Umno berkesempatan terbabit dalam perjalanan politik negeri itu.Di Sabah kewujudan Umno adalah kerana faktor terdesak apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar BN menjelang PRU 1990. Umno mengambil kesempatan mengembangkan sayap selepas pemerintah PBS keluar daripada BN. Di Sabah Bumiptera bukan Islam pun boleh menyertai Umno.Pada PRN Sarawak baru-baru ini, BN yang diterajui PBB menang besar. Natijahnya ia bermakna Sarawak dan rakyatnya tidak perlukan Ummo. Umno diminta 'main jauh-jauh'. Namun pada pilihan raya itu ramai pemimpin Umno 'berkampung' di Sarawak. Antaranya, Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Bumi Kenyalang itu. Turut terkorban bersamanya adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (KK), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.Sekarang ini gegak gempita politik dihalakan kepada kemungkinan pilihan raya kecil Sungai Besar dan KK. Kedua-duanya adalah kawasan tradisi ditandingi PAS. Majoriti pengundi Sungai Besar dan KK adalah Melayu (lebih 60 peratus). Cakap-cakap politik sudah banyak didengari; ini termasuklah 'perebutan' di kalangan parti-parti bukan BN untuk mengemukakan calon. Misalnya PAS dan parti serpihannya PAN (Amanah) sudah memukul gendang masing-masing.Adalah hak masing-masing berbuat demikian tetapi amat-amatil apa yang berlaku pada PRN Sarawak. Terimalah hakikat bahawa PAS 'dibelasah' 11-0 manakala PAN 13-0. PAN bertanding 13 kerusi semuanya kalah; demikian juga PAS bertanding 11 kerusi tak menang satu pun sedangkan pemimpin dan medianya heboh dengan kelahiran anak sulung, malah ada menyebut anak sulung kembar dua, tiga malah sampai 11!Selain 'masalah' antara PAS dan PAN, terimalah hakikat bahawa pertindihan kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan (misalnya antara DAP dan KEADILAN) tidak menyenangkan rakyat. Pihak yang gembira adalah BN yang akhirnya diberi mandat jitu oleh rakyat menyebabkan KEADILAN hanya berjaya mengekalkan tiga kerusi manakala DAP hanya tinggal tujuh kerusi saja.PRN Sarawak sudah menghantar 'signal' jelas kepada parti-parti anti-BN. Kegagalan kamu 'bersatu' membawa padah; ambillah iktibar...jika perkara ini diulangi pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan KK malahan pada PRU akan datang kamu sebenarnya menempah kecundang dan ini sekali gus memusnahkan harapan sebahagian besar rakyat yang sudah bosan dengan segala 'kejelekan' Umno BN sebaliknya mahu negara ini ditadbir oleh pihak terbaik yang sentiasa patuh kepada Yang Maha Kuasa!

Published on May 30, 2016 06:53
May 29, 2016
70 tahun Umno, majoriti Melayu tak berduit…
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
BARU-BARU ini Umno menyambut 70 tahun penubuhannya tetapi dikritik hebat kerana gagal membawa golongan Melayu/Bumiputera keluar daripada kepompong kemiskinan. Umno didakwa tidak lagi berjuang untuk Melayu tetapi segelintir golongan yang digelar ‘Umno Putra’.
PM Najib Razak pada ulang tahun ke-70 parti itu pada 11 Mei lalu mendakwa selagi Umno berdiri teguh, orang Melayu akan kekal sejahtera dan membangun di Malaysia. Benarkah seluruh orang Melayu mendapat manfaat daripada ‘keberadaan’ Umno atau hanya golongan ‘Umno Putra’ seperti didakwa sesetengah pihak?
Adalah menarik untuk mengupas isu ini berdasarkan profil pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang laporan tahunannya berakhir 31 Disember 2015 dihantar kepada pelabur baru-baru ini. Kedua-dua skim ini adalah antara usaha kerajaan Umno BN untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu/Bumiputera dalam dunia pemilikan harta dan bisnes termasuk pasaran saham.
Berdasarkan laporan mengenai pegangan unit dalam kedua-dua skim (ASN dan ASB), dinyatakan pelabur dengan saiz pegangan paling kecil (sedikit) iaitu 5,000 unit ke bawah adalah paling ramai – bagi ASN adalah sebanyak 97.91 peratus daripada jumlah pelabur manakala bagi ASB adalah 72.1 peratus. Ini seolah-olah membayangkan bahawa orang Melayu/Bumiputera secara keseluruhannya (majoritinya) kurang berduit dan tidak mampu ‘melanggan’ saham yang diperuntukkan kepada mereka.
Mengenai profil pelabur ASN, laporan pengurusnya dalam Bahagian 1 (e) menyatakan: "Pada 31 Disember 2015, seramai 1,250,867 individu telah menyertai ASN."
Ada disertakan sebuah carta di bahagian ini; apa yang ingin difokuskan di sini daripada 1,250,867 pelabur ASN itu, 97.91 peratus atau 1,224,608 daripada mereka mempunyai pegangan 5,000 unit dan ke bawah. Bilangan unit yang dilanggan adalah 237,415,468 ataupun bersamaan hanya 13.58 peratus daripada keseluruhan jumlah unit sebanyak 1,748,716,297.
Bagi mereka yang mempunyai pegangan unit antara 5,000 hingga 10,000 adalah sebanyak 8,193 individu atau 0.65 peratus jumlah pelabur dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 57,494,552 atau 3.29 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Kumpulan berikutnya adalah yang mempunyai pegangan unit antara 10,001 hingga 50,000 unit iaitu sebanyak 11,734 orang (0.94 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 256,098,583 atau 14.64 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Kemudian bagi golongan memiliki 50,001 hingga 500,000 unit adalah seramai 6,047 orang (0.48 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 901,735,681 atau 51.56 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Mereka yang mempunyai pegangan unit paling tinggi (500,001 ke atas) hanya sebanyak 285 orang (0.02 peratus) dengan bilangan unit dilanggan sebanyak 295,972,013 atau 16.93 peratus daripada keseluruhan jumlah unit.
Carta ini menunjukkan bahawa pelabur ASN sebahagian besarnya (97.91 peratus) adalah secara 'kecil-kecilan' saja. Mereka mempunyai saham yang sedikit sekali gus wang yang juga sedikit.
Bagi ASB pula, daripada jumlah 8,874,998 pelabur, 72.1 peratus daripada mereka (6,399,839) memiliki pegangan 5,000 unit (bersamaan RM5,000) dan ke bawah. Jumlah unit dilanggan kumpulan ini adalah 3,446,248,948 atau hanya 2.4 peratus daripada jumlah sepenuhnya unit dilanggan sebanyak 142,241,473,318.
Bagi mereka yang memiliki 500,001 unit ke atas (kumpulan memiliki pelaburan tertinggi) adalah hanya seramai 18,003 orang atau 0.2 peratus daripada jumlah pelabur dengan unit dilanggan mereka sebanyak 13,744,039,031 atau 9.7 peratus daripada keseluruhan unit dilanggan.
Berdasarkan profil pelabur kedua-dua skim ASN dan ASB ini bolehlah kita andaikan bahawa majoriti orang Melayu/Bumiputera sebenarnya ‘tidak berduit’. Apa tidaknya, 97.91 peratus daripada pelabur ASN dan 72.1 peratus pelabur ASB tidak memiliki lebih daripada 5,000 unit saham (lebih kurang RM5,000). Hanya sejumlah kecil saja yang mempunyai wang atau unit melebih 500,000; persoalannya apakah mereka ‘orang Melayu/Bumiputera biasa’ atau ‘orang Umno Putra’?
Cuba bayangkan bagaimanakah prestasi (pencapaian) usaha kerajaan Umno yang kini sudah mencapai usia 70 tahun dalam menggalakkan Melayu/Bumiputera melabur dalam skim amanah dan meningkatkan status mereka dalam bidang ekonomi termasuk perniagaan apabila hampir 100 peratus daripada pelabur ASN dan lebih 70 peratus pelabur ASB mempunyai kurang RM5,000 dalam akaun mereka!
Berdasarkan perangkaan daripada laporan tahunan ASN dan ASB kepada pelabur setiap tahun, bolehlah kita andaikan sebahagian besar Melayu/Bumiputera khasnya orang Melayu tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh. Ya, orang Melayu/Bumiputera sebahagian besarnya ‘tidak berwang’, yang ‘berwang’ mungkin orang Melayu ‘Umno Putra’! Mungkin ASN yang dilancarkan oleh PM Hussein Onn pada 20 April 1981 dan ASB kira-kira 10 tahun kemudiannya, sudah 'membantu' orang Melayu, persoalannya 'Melayu yang mana satu'?

Published on May 29, 2016 15:27
May 27, 2016
Pertandingan 3 penjuru hampir pasti di Kuala Kangsar...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) KAMI tiba di Kuala Kangsar (KK) kira-kira jam 9 pagi hari Ahad, 22 Mei. Destinasi pertama adalah pasar pagi di lorong-lorong di sisi bangunan kedai berhampiran tebing Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Suasana begitu sibuk. Kenderaan berantaian, bergerak perlahan-lahan. Selepas dua kali berpusing, menggelilingi Jam Besar, barulah kenderaan kami dapat dipakir berhampiran tebing Sungai Perak.
Apa dicari di pasar pagi KK? Sang isteri berhajat makan durian. Suatu ketika dulu ketika berkunjung ke pasar pagi ini, kami dapat menikmati durian Bukit Gantang yang terkenal itu, tetapi pagi 22 Mei nampaknya ‘duri dan bau durian’ pun tak ada. Namun seperti biasa pasar mingguan itu ‘menawarkan’ pelbagai juadah, hasil pertanian, hasil laut serta sungai, pakaian dan peralatan yang dapat memuaskan kehendak dan hati pengunjung. Sang isteri nampaknya seronok dapat beli kuih ‘eksotik’ seperti dangai dan cucur topi jawa yang jarang ditemui di tempat lain.
Jika isteri minatnya begitu, apa pula hajat saya? Ya, saya mahu lihat ‘suasana dan bahang politik’ Kuala Kangsar. Al-maklumlah Kuala Kangsar akan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Jun ini; tarikh penamaan calon pada 5 Jun manakala pengundian 18 Jun. Jadi apa yang saya saksikan di Kuala Kangsar?
Nampaknya petugas berbaju jingga (oren) Parti Amanah Negara (PAN atau Amanah) sudah ke depan mempengaruhi orang ramai dan peniaga di pasar pagi itu. Di sana sini ada saja petugas berbaju oren. Ada yang berkumpul beramai-ramai di depan gerai; suatu ketika saya yang sedang mengepit akhbar Harakah keluaran terbaru (23-26 Mei) yang baru saya beli di pasar pagi itu, disapa oleh seorang ‘kakak’ berbaju-T lengan panjang berwarna oren.
“Hai ‘bang’ beli Harakah nampak! Harakah, Harakah juga. Nah ‘paper’ Amanah,” katanya sambil menyerahkan senaskhah akhbar Amanah Bilangan 2 dan risalah ‘Deklarasi Rakyat’. Ahh, orang dah bagi, barang ‘free’ ambilllah saja. Selepas mengucap terima kasih, saya mahu cepat-cepat ‘blah’ sebab mahu ‘mengejar’ anak isteri yang sudah entah ke mana, tetapi ‘kakak’ itu ‘lecture’ saya pulak!
‘Kakak’ itu banyak ‘songelnya’. Pada akhir ‘kempennya’ itu, dia menghalakan jarinya ke arah seseorang yang berada di gerai di seberang jalan. Ya, orang itu saya kenal; dia bekas MB Perak dan kini Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau juga adalah Adun Changkat Jering dan Ketua Pembangkang Dun Perak.
Hai, ini peluang baik untuk saya lakukan ‘interbiu spontan’, bisik hati saya. Saya kenal Nizar tetapi Nizar tak kenal saya. Selepas mengucapkan salam, saya pun bertanya dia…”Dato’ ini ‘ramai-ramai’ bertanding ini macam mana ni? Umno bertanding, Amanah pun nak bertanding, PAS lagilah akan bertanding. Macam mana ni Dato;?
“Ehh, ‘ramai-ramai’ bertanding lagi bagus, lagi meriah. Meriah nanti Kuala Kangsar kita. Tak ada masalah, siapa saja nak bertanding silakan. Nanti kita akan tengok siapa sebenarnya yang mendapat sokongan penduduk…”
Nizar seorang politikus mesra rakyat. Dia bergerak dengan pantas; sekejap saja dia sudah berada di gerai sebelah, senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Dia ‘tidak lokek’ menyua tangan, menyalami orang ramai. Ketika beredar dari pasar pagi itu, saya lihat dia sudah berada di gerai di pinggir Sungai Kangsar, jauh dari tempat saya berjumpanya.
Berdasarkan perkembangan sesama termasuk kempen yang dijalankan oleh petugas yang diketuai Nizar sendiri, sah Amanah akan bertanding di Kuala Kangsar. Bagaimana pula dengan PAS? Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mengesahkan akan mempertahankan hak bertanding kerusi tradisi itu; demikian juga dengan Pesurujaya PAS Perak, Razman Zakaria yang berkata ‘tiada rundingan’ dengan Pakatan Harapan (Amanah sebagai anggotanya selain DAP dan PKR) mengenai kerusi Kuala Kangsar.
Ya, sah PAS akan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar; di pasar pagi KK itu saya tidak lihat ‘kempen’ dan ‘kehadiran’ PAS tetapi apabila meninjau di Bukit Chandan, ‘terpegun’ saya melihat puluhan bendera PAS berkibaran di sisi jalan menuju Istana Sultan Perak. Di kawasan tanah bawah istana, markas operasi PAS sudah digerakkan, kelihatan kenderaan memenuhi kawasan padang menandakan ramai petugas sudah memulakan kerja bagi menawan KK yang dulunya PAS tewas hanya dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.
Hebat petugas PAS…bendera parti sudah dinaikkan…jentera parti malah kerja sudah dijalankan sebaik mungkin…insya-Allah PRK kali ini adalah medan terbaik untuk membuktikan sokongan rakyat kepada parti Islam sebelum menuju pilihan raya umum akan datang.
Selain PAS dan Amanah; Umno-BN lagi sudah nyata akan bertanding mempertahankan kerusinya kerana jentera parti sudah lama digerakkan. Malah pemimpin-pemimpin kanannya, yang terbaru Ketua Puteri, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin sudah mengerakkan lebih 500 puteri ‘memasuki kampung, meredah lembah dan sungai serta mendaki bukit’, mempengaruhi rakyat agar menyokong calon Umno-BN dulu, kini dan selamanya.
Ya, berdasarkan laporan perkembangan semasa dan apa yang saya lihat sendiri, saya percaya akan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan PAS, Umno-BN dan Amanah (Pakatan Harapan) dalam PRK Kuala Kangsar!

Published on May 27, 2016 15:46
May 23, 2016
PRK Kuala Kangsar: Anak sungai pun berubah…
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62)
Asal kapas menjadi benang,Daripada benang dibuat kain,Barang lepas jangan dikenang,Sudah menjadi hak orang lain.
Anak punai anak merbah,Terbang turun buat sarang,Anak sungai pun berubah,Inikan pula hati orang…
SEBAGAI bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) penulis bagaikan terasa sesuatu di hati apabila disebut Kuala Kangsar atau singkatannya KK yang sekarang ini menjadi buah mulut rakyat dan pemimpin kerana akan diadakan pilihan raya kecil (PRK) Jun ini serentak dengan Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Parlimen Kuala Kangsar (P067) dengan lebih 33,000 pengundi - (Melayu/Islam 68 peratus), Cina (24 peratus) dan India (7 peratus) - pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu dimenangi oleh calon Umno-BN, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (kini Allahyarham) menewaskan calon PAS, Khalil Idham Abdullah dengan majoriti kecil 1,082 undi. Calon Bebas, Kamilia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno) hilang deposit apabila hanya mendapat 447 undi.
Kini pengundi di KK berpeluang memilih wakil rakyat baharu selepas Wan Mohamad Khair-il meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Sarawak yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato' Noriah Kasnon.
Berdasarkan rekod PRU lalu, terdedah bahawa majoriti kemenangan Umno-BN di KK semakin merosot, daripada lebih 5,000 pada PRU 2004 kepada lebih sedikit daripada 1,000 pada PRU 2008 dan PRU 2013. Sehubungan itu, adalah menarik untuk mengetahui bolehkah calon PAS memintas Umno-BN pada PRK Kuala Kangsar ini?
Penganalisis politik berkata, PAS perlu rasional dalam perkiraannya kerana kali ini ia akan bertanding ‘sendirian’ kerana sekutunya dulu, DAP awal-awal lagi sudah menyatakan tidak akan membantu PAS malah ia sendiri (DAP) berada dalam Pakatan Harapan yang turut disertai KeADILan dan PAN (Amanah) yang beriya-iya meletakkan calonnya juga.
Sukar menduga pihak yang akan menang di KK nanti; kita terpaksa menunggu sama ada berlaku pertandingan satu lawan satu (misalnya Umno-BN lawan PAS) atau tiga penjuru (Ummo-BN lawan PAS lawan PAN) atau lebih daripada itu sebelum boleh membuat analisis yang mantap. Juga perlu diingat bahawa peratusan pengundi bukan Melayu/Islam adalah tinggi (lebih 30 peratus), jadi kemampuan mendapat undi dan sokongan daripada kumpulan ini adalah penting untuk meraih kemenangan.
Ketepi sebentar PRK Kuala Kangsar, kita ‘menjenguk sejenak’ MCKK yang melahirkan sejumlah tokoh politik semasa seperti Anwar Ibrahim, Nazri Aziz, Hishammuddin Hussein, Saifuddin Abdullah, Rafizi Ramli dan tidak terlupa Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS.
Sepanjang lebih lima tahun menyedut udara Kuala Kangsar pada tahun-tahun 1970-an dulu, penulis sempat ‘berekspedisi’ ke kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar menyebabkan nama-nama seperti Manong, Sayong, Kati, Lubuk Merbau dan Kota Lama Kiri kekal dalam ingatan sehingga kini. Ya, apa khabar makcik dan pakcik pengundi di kampung-kampung ini? Didoakan pakcik dan makcik memilih parti dan calon yang boleh membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
‘Jiran’ MCKK adalah SMK Clifford (pelajarnya kadang-kadang menjadi seteru dan kadang-kadang kawan; antara sebabnya di sekolah ini ada budak perempuan); jadi kepada ‘bekas budak-budak Clifford’ apa khabar anda semua?
Semoga kita semua (terutama bekas pelajar MCKK, Clifford dan penduduk KK) dalam perlindungan Allah SWT; marilah kita sama-sama mengisi tahun-tahun terakhir mencari keredaan Illahi sebelum kita dijemput-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. yang kita kasihi meninggal dalam usia 63 tahun (ikut kiraan tahun Hijrah dan mengikut kiraan tahun Masihi kira-kira 60 tahun), jika kita ditakdir meninggal dunia ikut usia Nabi s.a.w. ada baki beberapa tahun kita hidup di dunia ini? Ada beberapa kali lagi kita berpeluang sambut Hari Raya?
Atau usia kita sudah melebihi usia Nabi s.a.w.; atas kelebihan itu marilah kita bersama-sama menuju kepada Illahi termasuklah dalam perkara siasah (politik). Nabi s.a.w. telah menunjukkan kaedah berpolitik secara Islam untuk keselamatan kita dunia dan akhirat; apa kita tunggu lagi dalam usia 'senja' ini...ikutlah cara Nabi s.a.w. mentadbir manusia dan negara sebagaimana diperintahkan Yang Maha Kuasa.
Bagi kebanyakan pelajar, mereka menghabiskan lima tahun masa remaja mereka di MCKK. Lima tahun di MCKK adalah hanya sebahagian daripada penghidupan seseorang yang mungkin mempunyai hayat 50, 60 atau 70 tahun. Lima tahun yang `habis' di MCKK itu boleh `dikaji balik, direnung-renung, dikenang-kenang, diambil pengajaran', pendeknya dimuhasabahkan, tetapi apabila sesesorang itu sudah habis hayatnya (50,60 atau 70 tahun), dia tidak akan berpeluang lagi untuk melakukan semua itu.
Lima tahun di MCKK melahirkan insan-insan yang ‘kontras’ politiknya seperti Hishammuddin (Umno) dan Iskandar (PAS). Berdasarkan pengalaman, tidak segan untuk penulis menyatakan MCKK dulunya condong kepada kehidupan ala-Barat; apatah lagi jika seseorang itu kemudiannya melanjutkan pelajaran ke UK atau USA namun kata bijak pandai Melayu…anak sungai pun berubah, ini pula hati orang!
Sekarang pada usia ‘senja’ ini, renung-renunglah lima tahun kehidupan kita di MCKK…adakah kita masih mahu kekal dulu, kini dan selamanya atau kita mahu berubah (ya anak sungai pun berubah…) dan kepada penduduk (terutama pengundi) di KK, adakah kita juga mahu kekal dulu, kini dan selamanya sedangkan dunia berterusan berubah…yang muda menjadi tua, yang tua sudah mati…persoalannya sudah bersediakah kita dengan bekalan ke alam sana. Saat kita dipanggil-Nya tidak lama lagi; mungkin 5 tahun (sempena tempoh belajar di MCKK) lagi atau 5 bulan atau 5 minggu atau 5 hari, mungkin esok atau hari ini. Atau mungkin selepas membaca celoteh ini!

Published on May 23, 2016 07:29
May 19, 2016
Etika kewartawanan hanya untuk dipelajari?
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62)
TANGGAL 3 Mei adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Sempena hari penuh bermakna bagi wartawan ini, izinkan saya mengimbau sedikit sebanyak pengalaman saya dalam profesion ini sejak memulakan kerjaya sebagai pemberita pada 1986. Ya, sudah 30 tahun saya terbabit dalam bidang ini.
Melihat perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi masa kini, terasa begitu berbeza dunia kewartawanan masa lalu dan kini. Pada zaman awal pembabitkan saya dalam dunia persurat-khabaran, ilmu kewartawanan perlu dipelajari sebelum seseorang itu memasuki bidang ini tetapi hari ini sesiapa saja boleh ‘jadi wartawan’ dengan wujudnya alam maya tanpa sempadan.
Ramai ‘warga siber’ berperanan sebagai ‘tukang pecah berita’ (breaking news); jadi mungkin hari ini tiada orang tertunggu-tunggu untuk mendengar berita terkini di radio dan televisyen dan mengikuti laporan lebih terperinci dalam surat khabar pada keesokan harinya.
Disebabkan kurang ilmu kewartawanan secara mantap seperti mengetahui etika kewartawanan, ada ‘wartawan bikinan sendiri’ dalam dunia siber membuat laporan hentam keromo saja termasuk mengetengahkan pandangan dan emosi masing-masing.
Semasa saya menuntut dulu, seorang pensyarah kewartawanan berbuih-buih mulutnya menyatakan seseorang wartawan itu tidak boleh membabitkan dirinya (seperti memberi pendapat, pandangan dan rasa hati) dalam penulisan berita dan rencananya.
Masih terngiyang-ngiyang peringatan itu walaupun sudah hampir 35 tahun berlalu…laporkan saja sesuatu kejadian kerana awak pelapor bukan pengulas, katanya. “Tugas awak macam posmen, menghantar surat, isi dalam surat itu jangan awak pandai-pandai tambah,” tegasnya.
Tetapi hari ini apabila membaca dan mengikuti berita dan rencana (termasuk dalam akhbar arus perdana serta radio dan TV nasional) apatah lagi dalam dunia siber, terasa apa yang dikuliahkan pensyarah itu tidak terpakai lagi. Pelapor (wartawan) sudah mengambil bahagian dalam pemberitaan. Mungkin si wartawan membuat laporan seadanya tetapi telah ditambah itu sang editor, menjadikan laporan itu kelihatan ‘senget’ (bias).
Ambil contoh, sebuah laporan politik yang memperincikan keputusan pilihan raya, mengapa ada nada seperti ‘pihak kita’ bagi merujuk kepada Umno-BN? Adakah pihak media bekerja sebagai wartawan yang membuat laporan atau mengesahkan sudah menyebelahi pihak dinyatakan?
Kemudian dinyatakan pula, parti pembangkang sebagai ‘pihak lawan’, persoalannya sejak bila parti yang didakwa pembangkang itu menjadi lawan kepada golongan media? Bagi negeri-negeri dikuasai pakatan bukan Umno-BN seperti Selangor, mengapa dinyatakan sebagai negeri pembangkang; hakikatnya pemerintahnya adalah sah, mereka menang dalam pilihan raya!
Syarikat media gergasi yang ada di negara kita sering mendabik dada mereka mempunyai wartawan terbaik dan cukup terlatih, tetapi mengapa perkara asas kewartawanan ini mereka ‘tidak lepas’? Mengapa wartawan mereka sebelah kakinya sudah masuk ke kem yang disebelahi mereka, menunggu masa untuk memasukkan kedua-dua kakinya ke dalamnya?
Media ini mendakwa mereka bebas, objektif dan telus dalam laporan mereka; hakikatnya mereka seakan-akan sudah menjadi organ parti. Mereka mendakwa sebagai media arus perdana hakikatnya mereka tidak lebih daripada organ parti.
Oleh itu akhbar mereka perlu dilabel dan dicetakkan perkataan ‘Untuk Ahli Umno saja’, ‘Untuk Ahli MCA saja’ atau ‘Untuk Ahli MIC saja’, sama seperti syarat dikenakan ke atas Harakah yang dicop ‘Untuk Ahli PAS saja’.
Jika akhbar-akhbar arus perdana ini sudah disahkan sebagai organ parti, ia juga perlu diletakkan di rak-rak khas yang ditulis ‘Untuk Ahli Umno’ dan parti lain. Jika bukan ahli Umno dan parti BN lain yang membelinya, pihak berkuasa hendaklah melakukan rampasan dan serbuan dengan segera. Penjual dan penerbitnya hendaklah dikenakan tindakan juga.
Jika akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan, Roket dan terkini Amanah, didakwa ‘bias’ dalam laporan mereka, hal itu tidak menghairankan kerana kesemuanya adalah organ dan suara parti. Semua orang tahu, mereka tidak berselindung tetapi apabila media yang mendakwa sebagai akhbar nasional, tetapi bertindak bagaikan organ parti, terjejaslah imej dan kredibiliti wartawan.
Menyebelahi sesuatu pihak dalam pemberitaan ini juga dikesan dalam siaran berita luar negara. Tidak lama dulu menonton siaran berita luar negara mengenai pencerobohan ke atas Iraq, wartawan Barat yang bersama pasukan tentera Amerika dan Britain, mengungkapkan ‘perang kita…’ dan ‘tentera kita…’. Ini secara tidak langsung mengesahkan wartawan berkenaan adalah sebahagian daripada armada tentera Amerika atau Britain.
Perkembangan ini membuat hati ini tertanya-tanya apakah prinsip asas kewartawanan itu terpakai lagi. Atau apakah penulis tersilap tafsir asas kewartawanan yang diajar oleh pensyarah dulu? Rasanya tidak, tetapi itulah hakikatnya dunia…yang berkilau-kilau itu menjadi buruan manusia sama seperti kelkatu yang menyerbu lampu bercahaya tetapi semuanya musnah kemudiannya.
Ya, hanya jauhari mengenal manikam…sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia ini, marilah kita menggembalikan nilai kemanusiaan diri kita seperti mematuhi etika kewartawanan bagi yang ‘teringin sangat’ menjadi wartawan termasuk mereka yang bergiat dalam dunia siber!

Published on May 19, 2016 03:25
May 16, 2016
'Tiada beban batu digalas'
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
TERKEJUT saya apabila dikunjungi tiga pemimpin kanan PAS tempatan baru-baru ini. Dalam perbincangan kami kemudiannya, mereka meminta saya menulis mengenai sikap dan kecenderungan pelbagai pihak yang semakin lantang malah sudah ke peringkat menghina ulama.
Saya nyatakan sukar untuk saya menulis subjek berkenaan kerana minat saya sejak sekian lama adalah perkara-perkara berkaitan sosial masyarakat tetapi sempat saya sebutkan salah satu kisah Israq Mikraj yang sedang kita sambut sekarang ini iaitu mengenai bagaimana Rasulullah s.a.w. menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang mengumpul kayu api, mereka tidak mampu untuk memikulnya, namun mereka terus menambah beban kayu tersebut.
Segera teringat di kepala akan artikel saya dalam English Section Harakah baru-baru ini yang mengupas penyataan kontroversi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak OIC di Istanbul baru-baru ini bahawa "My religion is Islam; not Sunnis, Shias" (Agama saya Islam; bukan Sunnah atau Syiah). - sila rujuk 'My religion is Islam; not Sunnis, Shias...' di muka N28 Harakah, 2-5 Mei 2016
Saya sudah tanyakan kepada beberapa orang ustaz mengenai penyataan Erdogan itu; seorang ustaz berkata yang lebih kurang begini maksudnya...ulama-ulama hebat termasuk ulama empat mahzab (Imam Ahmad Hambal, Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Abu Hanifah) dan di rantau kita tok-tok guru telah mem'pakej'kan ilmu Islam itu untuk kita pelajari dan amalkan, mengapa kita perlu susahkan diri kerana ilmu kita secubit cuma berbanding ulama berkenaan malahan hampir semua daripada kita tidak menguasai bahasa Arab iaitu punca dan rujukan pertama/utama ilmu-ilmu Islam.
Subhanallah...mengapa tiada beban batu digalas. Ulama adalah pewaris Nabi, mereka diamanahkan menyampaikan ilmu yang diwariskan Nabi. Daripada merekalah kita menimba ilmu yang kemudian kita amalkan dalam kehidupan kita. Jika mereka tidak turunkan ilmu kepada kita (tidak amanah) termasuk memudahkan kefahaman kita, bagaimana kita dapat memanfaatkannya dalam kehidupan kita?
Apabila diminta menulis mengenai peri pentingnya penghormatan kepada ulama dan berhenti dengan segera mencerca mereka, teringat saya kenangan indah bersama-sama sahabat (sesetengahnya pemimpin) dalam PAS yang melakukan khidmat bakti di rantau dan negara dilanda musibah seperti di Afghanistan/Pakistan dan Aceh, Indonesia lebih sedekad lalu.
Ya, dulu kita bersama-sama meredah kepayahan (seperti minum air perigi dan makan seadanya) untuk sama-sama belajar erti derita saudara seagama di Peshawar, Aceh dan sebagainya...tetapi mengapa sekarang kita sudah membawa jalan masing-masing. Masih teringat dalam minda bagaimana kita bersama-sama menegakkan satu papan tanda bernama 'Al-Noor-Al Khidmat School' di sebuah kem pelarian Afghanistan yang gersang di Jalozai, Peshawar. Ya nama itu sebagai penghormatan kepada pemimpin dan tok guru kita ketika itu, Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Ada di kalangan rakan-rakan 'seperantau' kita (seperti ke Peshawar) sudah meninggal dunia. Ada yang meninggal sebelum berlaku sedikit pergeseran dan kita 'membawa haluan masing-masing' termasuk menubuhkan sebuah parti baru. Tidak dapat saya bayangkan akan remuk redam hati insan-insan ini jika mereka masih hidup dan menyaksikan betapa jauh kita sudah pergi...Ya dulu kita bersama, sekarang?
Demikian juga diri ini sebagai bekas petugas di Harakah lebih sedekad lamanya, amat terasa remuk redam di hati (demikian juga agaknya di hati rakan-rakan) apabila rakan dan bekas rakan setugas (termasuk bos besar dan pengarangnya) tidak sehaluan dan membawa diri masing-masing. Saya tahu ada yang berkecil hati kerana terasa tersisih tetapi apa hendak dikata...itulah namanya perjuangan kehidupan.
Cuma apa yang dapat disimpulkan di sini, teruskan tunjukkan kecintaan kita kepada alim ulama kerana ada satu doa berbunyi: "Ya Allah, aku memohon agar cinta kepada-Mu, cinta kepada hamba-Mu yang menyintai diri-Mu dan cinta kepada amalan yang mendekatkan cinta kepada-Mu." Ya, siapa di kalangan manusia yang dapat menunjukkan jalan menuju Illahi ini kalau bukan alim ulama?

Published on May 16, 2016 07:05
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.