Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 55
November 1, 2022
Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah 2023 (Cara Mohon & Dokumen )
Tahukah anda bahawa anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP untuk tujuan membeli rumah
Harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan ada pembeli yang tidak mampu membelinya.
KWSP membenarkan pengeluaran hanya dari akaun 2 untuk tujuan ini.
Mohon juga : Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat Online ~ Mohon Disini Sekarang !
Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dan jika semua dokumen lengkap diserahkan
Permohonan anda boleh disemak dengan melihat transaksi dalam i-Akaun KWSP anda.
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Syarat-syarat berikut mesti dipenuhi untuk pengeluaran:
Warganegara MalaysiaBerumur 55 tahun ke bawah.Membeli rumah kediaman.Baki minimum RM500 dalam akaun 2.Tidak pernah sebelum ini mengeluarkan KWSP 2 untuk tujuan yang sama.Permohonan loan/ pinjaman telah diluluskan.Cara PermohonanUntuk permohonan, anda perlu hadir ke pejabat KWSP berdekatan anda dan bawa bersama dokumen berikut.
Kad pengenalanSurat perjanjian jual beli rumah.Buku bank atau penyata akaun simpanan.Maklumat lanjut secara terperinci dokumen yang diperlukan, boleh dilihat di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#subsale?utm_source=rss&utm_medium=rssperlu hadir ke pejabat KWSP?ya. Untuk pengecaman cap jari dan untuk memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.
adakah ia terpakai untuk pembelian rumah kedua?
ya. Walau bagaimanapun, dokumen yang berbeza diperlukan untuk rumah kedua.
bagaimana untuk menyemak status permohonan?
Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)
Aeril & Wawa kerja keras, bisnes akan diwarisi anak2 – “Hayla bakal CEO”
Aktor dan usahawan popular, Aeril Zafrel serta isterinya Wawa Zainal mengakui perniagaan diusahakan selama ini adalah untuk diwarisi empat cahaya mata mereka.
Menurut laporan Utusan Online, aktor berusia 34 tahun itu berkata, dia dan isteri yang juga seorang aktres sudah merancang perkara tersebut demi memastikan masa depan anak mereka terjamin.
Baca juga : Senarai Pengeluaran KWSP Sebelum 55 Tahun Yang Boleh Dibuat Secara Online SahajaBaca juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600 Dibayar Mac ~ Mohon Disini Sekarang !!
“Kami selalu memberitahu anak kedua kami, Hayla, bahawa dia akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Sesungguhnya apa yang kami usahakan sekarang adalah untuk masa depan mereka.
“Kami cuba mencari dan memasang strategi untuk mengekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Satu perkara yang saya pelajari, untuk mendaki itu mudah, tetapi untuk mengekalkannya sukar,” katanya.
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana dia mampu melakonkan watak dengan sangat baik.
“Kami selalu memberitahu anak kedua kami, Hayla, bahawa dia akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Sesungguhnya apa yang kami usahakan sekarang adalah untuk masa depan mereka.
“Kami cuba mencari dan memasang strategi untuk mengekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Satu perkara yang saya pelajari, untuk mendaki itu mudah, tetapi untuk mengekalkannya sukar,” katanya.\
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana dia boleh melakonkan watak dengan sangat baik. “Kami selalu memberitahu anak kedua kami, Hayla, bahawa dia akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Sesungguhnya apa yang kami usahakan sekarang adalah untuk masa depan mereka.
View this post on Instagram
A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat,” ujarnya.
Syarikat JV Sersol Dan Takuni Mula Perkukuhkan Perniagaan EV Di Tiga Negara
Syarikat Sersol Bhd telah menjalinkan usaha sama (JV) dengan syarikat tenaga dan pakar motosikal elektrik Thailand, Takuni Group PCL untuk mengukuhkan pelan pertumbuhan perniagaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pemeteraian perjanjian usaha sama di Bangkok itu menyaksikan Sersol mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menggabungkan entiti Malaysia untuk mengendalikan pembuatan, pemasaran dan pengedaran bateri motosikal EV, bateri EV dan platform pengecasan di seluruh rantau ini.
Berikutan dengan perjanjian itu, JV Sersol-Takuni akan menubuhkan kilang bateri di Malaysia, memanfaatkan storan tenaga, meningkatkan kualiti dan kecekapan bateri serta menghasilkan platform pengecasan berkualiti tinggi untuk motosikal EV dan e-skuter.Pengarah Urusan Sersol, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat, berkata syarikat itu kerjasama dengan Takuni Group yang disenaraikan di Bursa Saham Thailand (SET), dengan permodalan pasaran sebanyak 2.864 bil baht (RM355.2 juta) dijangka dapat ‘menghijaukan’ segmen skuter dan motosikal, dengan kedua-duanya kini menjadi mod pengangkutan popular di seluruh Asia Tenggara. Ia akan sentiasa memenuhi keperluan kritikal pada masa ini dalam krisis tenaga dan iklim global yang berterusan. Dalam menggabungkan sumber dan keupayaan kami, kelebihan daya saing Sersol dan Takuni terkandung dalam keupayaan kami untuk melaksanakan pengumpulan kredit karbon.
Gambar sekadar hiasan
Selain daripada itu, ia merancang untuk menawarkan program pemajakan untuk basikal e-hailing di ketiga-tiga pasaran ini,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Hwa Tat juga, syarikat usaha sama baharu itu secara asasnya jadi meluaskan kekuatan Takuni dalam menyediakan perkhidmatan komprehensif, memfokuskan pada penyimpanan tenaga. Dalam meningkatkan penggunaan tenaga hijau untuk motosikal EV dan e-skuter, perkongsian ini akan menyumbang kepada mempercepatkan mandat peralihan tenaga boleh diperbaharui di beberapa negara di Asia Tenggara untuk mencapai pelepasan karbon ‘Sifar Bersih’ menjelang 2050. Ia menjangkakan syarikat usaha sama baharu itu menjana jualan RM900 juta di seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Sementara itu, dalam laporan Meticulous Market Research Pvt Ltd, pasaran e-skuter dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 28.9 peratus dari 2022 hingga 2029 untuk mencapai nilai pasaran AS$625.03 bilion (RM2.952 bilion) menjelang 2029. Kebanyakan potensi pertumbuhan berpunca daripada peningkatan pelaburan oleh pengeluar asal (OEM) dan syarikat ride-hailing yang didorong oleh dasar dan peraturan kerajaan yang menggalakkan serta peningkatan subsidi untuk EV.
Gambar sekadar hiasan
Namun, Statista pula meramalkan segmen motosikal EV berkembang pada CAGR 10.2 peratus kepada AS$102 bilion (RM481.8 juta) menjelang 2030. Hwa Tat juga berkata, syarikat JV itu menyasar untuk mengumpul pertumbuhan pasaran sebanyak 10 peratus dalam kedua-dua segmen di Malaysia dan Thailand dipacu peningkatan penggunaan e-skuter dan basikal dalam aplikasi penghantaran kurier serta e-dagang, selain penurunan harga bateri yang ditawarkan kepada pengguna.
Disamping itu, peningkatan jumlah pelaburan oleh pihak berkuasa kerajaan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV telah meningkatkan ramalan pertumbuhan dalam tempoh yang diramalkan ini. Syarikat JV ini akan memperkenalkan stesen pengecasan SWAP bateri, di mana pengguna boleh menukar bateri dengan cepat tanpa menunggu untuk mengecas semula. Ini akan mempercepatkan penggunaan e-skuter dan motosikal EV di ketiga-tiga negara. Kemudahan mengecas akan menjadi faktor kejayaan yang penting untuk perniagaan mereka.
Surat Rasmi Ringkas – Contoh Format Surat Permohonan Yang Betul
Surat rasmi merupakan surat yang dikarang bagi urusan-urusan rasmi seperti urusan membuat permohonan, urusan membuat laporan, urusan membuat aduan dan sebegainya.
Contoh surat rasmi di bawah adalah contoh surat yang betul. Ramai yang menulis format surat rasmi yang salah.
Format Surat RasmiContoh format surat rasmi 2021 adalah seperti dibawah. Antara elemen penting yang perlu ada dalam surat rasmi adalah seperti:
Nama & Alamat Pengirim surat rasmi.Nama & Alamat Penerima surat rasmi.TarikhPanggilan Penerima SuratPerenggan Pengenalan SuratPerenggan Tujuan Surat RasmiPerenggan Huraian Tujuan Surat RasmiPerenggan Harapan Terhadap Surat RasmiTandatangan dan Nama Pengirim SuratDi atas ini adalah elemen-elemen penting yang wajib ada dalam format contoh surat rasmi 2022 yang betul. Pastikan anda menggunakan bahasa melayu baku dalam penulisan surat rasmi dan juga surat tidak rasmi.
Portal Malaysia juga kerap menulis surat rasmi didalam setiap urusan formal dan berkepentingan seperti menghantar surat rasmi mohon cuti, surat rasmi berhenti kerja dan lain-lain jenis surat rasmi.
Contoh Surat Rasmi RingkasIni adalah contoh bergambar surat rasmi. Anda boleh download dan print bagi memudahkan rujukan di kemudian hari. Admin 1Malaysia berharap agar anda dapat manfaat daripada artikel ini.
Contoh Format Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah
Download : Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah
Contoh Format Surat Rasmi Permohonan Jawatan Kosong
Contoh Format lain :
Baca Juga : Contoh Perjanjian Sewa Rumah
Semoga artikel surat rasmi format kerajaan & peribadi pdf ini bermanfaat untuk kegunaan anda. Jom kongsikan contoh surat rasmi ini kepada rakan-rakan anda yang memerlukannya.
October 31, 2022
Senarai Pengeluaran KWSP Sebelum 55 Tahun Yang Boleh Dibuat Secara Online Sahaja
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini membenarkan ahlinya membuat permohonan pengeluaran simpanan secara dalam talian sahaja.
Berikut adalah senarai perkara yang membolehkan pengeluaran simpanan pencarum KWSP:
Beli & Bina RumahAhli KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 masing-masing sebelum mencapai umur 55 tahun untuk tujuan membeli atau membina rumah. Rumah kediaman tersebut termasuk banglo/teres/rumah berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio/pangsapuri servis/rumah bandar/SOHO atau rumah kedai yang mempunyai unit kediaman di Malaysia.
Membiayai Pendidikan TinggiPengeluaran dari Akaun 2 KWSP adalah dibenarkan bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman PerumahanAhli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Menunaikan HajiBagi ahli KWSP yang beragama Islam, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran Akaun 2 untuk mengerjakan ibadat haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan.
Tujuan KesihatanKWSP juga membenarkan ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.
Cara Membuat PengeluaranPengeluaran KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal I-Akaun KWSP dengan tatacara berikut:
Log masuk di portal berkenaan;
Pilih menu pengeluaran;
Pilih jenis pengeluaran;
Isi maklumat yang dikehendaki secara tepat dan benar.
Maklumat lanjut berkenaan pengeluaran KWSP boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI
Berilah Peluang Ahli KWSP Tidak Aktif Keluarkan Wang
WALAUPUN negara berada dalam fasa endemik dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa, masih ramai lagi yang terjejas akibat penularan wabak tersebut.
Baca Juga Dapatkan Insentif KWSP RM250
Ada yang diberhentikan kerja, ada yang memilih skim pemisahan kerja sukarela (VSS) dan sebagainya. Golongan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40.
Beban Kewangan Semakin TerasaMungkin ada dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang daripada ketika mereka dibayar. Beban kewangan semakin terasa dengan kenaikan harga semua sektor barangan keperluan serta kos persekolahan atau pendidikan universiti untuk anak-anak. Itu belum termasuk kos rawatan ke klinik atau hospital.
Benarkan Pengeluaran Sekali LagiJadi, sekiranya kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk ahlinya yang tidak aktif, ia akan memberi manfaat kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup (menggunakan sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP) untuk tujuan tertentu.
Wang KWSP adalah hak milik pencarum dan ahli yang tidak aktif perlu dibenarkan mengeluarkan wang bagi membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung.
Tandatangan Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0Bagi mereka yang ingin menyokong pengeluaran KWSP 2.0 ini, sila tandatangan petisyen pengeluaran KWSP kali terakhir di pautan berikut : Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0
Join group komuniti Facebook KWSP di sini : Klik Sini.
Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600 Dibayar Mac ~ Mohon Disini Sekarang !!
BAJET 2023 : Bonus Raya Penjawat Awam (Bantuan Khas Aidilfitri) dinaikkan kepada RM600 bagi tahun 2023 berbanding RM500 pada tahun 2022.
Berita gembira buat semua penjawat awam!Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan, bersama-sama Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 berkuat kuasa Januari 2023.
Mohon Juga : Bayaran RM900 Satu Keluarga Dikreditkan Hari Ini ~ Semak Kelayakan Anda Disini !
Mohon juga : Bantuan RM480 Untuk Para Ibu & Isteri B40
Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 telah dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2022.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian dan lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Menteri Kewangan, penganugerahan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika negara melalui tempoh mencabar ini.
Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?
Bantuan Kewangan Khas Aidil Fitri Penjawat Awam merupakan bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri merupakan salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan dan persiapan awal menyambut Hari Raya.
Tarikh Bayaran
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac 2023, bersama-sama Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 berkuat kuasa Januari 2023.
Jumlah BayaranPenjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM600
October 30, 2022
Angka Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Cukup Membimbangkan
Rekod kes kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 52 peratus tahun ini dan angka itu amat cukup membimbangkan serta ia perlu dipandang serius pihak berkuasa. Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) iaitu Datuk Mohammad Hisham Shafie berkata, data peningkatan itu juga perlu dipandang serius bukan saja oleh agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah pengguna jalan raya.
Disampung itu menurutnya juga, rekod statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan 52 peratus berbanding tahun lalu dan tidak mustahil jumlah kematian dijangka naik dengan mendadak. Pelbagai faktor mungkin boleh dikaitkan kenapa perkara ini berbanding tahun sebelum ini.Sewaktu Covid-19 melanda negara kita, banyak pengguna jalan raya kurang dan tidak dapat ke destinasi seperti pulang ke kampung halaman dan bercuti.
Namun beliau berkata, bahawa peningkatan kenderaan keluar pada hujung minggu amat ketara di semua lebuh raya terutama sewaktu cuti perayaan dan cuti umum bersambung pada hujung minggu selepas tiada lagi sekatan. Sikap pengguna memainkan peranan penting kerana mereka berada di jalan raya dan berkongsi dengan pengguna lain. Sikap tidak menghormati undang-undang serta ego semasa memandu antara punca kemalangan itu berlaku.
Gambar sekadar hiasan
Mohammad Hisham juga berkata, bahawa penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan dan tindakan tegas mesti diambil jika mendapati pemandu melakukan kesalahan. Ia cukup dilihat kematian akibat kemalangan jalan raya ini sudah menjadi satu bencana yang amat buruk di Malaysia. Kemalangan jalan raya antara cabaran sukar yang perlu ditangani. Rekod menunjukkan purata 17 kematian saban hari dengan kebanyakannya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Negara kita juga pernah mencatatkan satu kematian akibat nahas jalan raya bagi setiap 84 minit dan mungkin data peningkatan pada waktu sekarang berubah serta menjadi bertambah buruk,” katanya.
Namun katanya juga, kajian pakar juga telah menunjukkan sebanyak 80 peratus kemalangan disebabkan oleh sikap manusia dan ia termasuk mentaliti menganggap mereka ‘kebal’ iaitu antara kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pemandu. sebelum ini melaporkan sebanyak 402,626 kemalangan jalan raya dengan 4,379 kematian direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dilaporkan berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 147,094 kes berbanding 255,532 kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian direkodkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.
Gangguan Pada Nombor Casis Dan Enjin
Nombor casis adalah umpama kad pengenalan pada kenderaan dan ia juga perlu diberi penekanan oleh pemilik kenderaan. Ramai pemilik tidak pernah mengetahui apa itu nombor casis malah tidak ramai yang tahu di mana letaknya nombor casis itu. Berbeza mengikut jenama dan model kenderaan, nombor casis ada yang terletak di bonet, bawah kerusi pemandu selain kerangka.
Bagi nombor enjin pula, ia terletak di bahagian enjin. Sekiranya pemilik kenderaan mendapati ada kesan gangguan seperti nombor tidak jelas, kesan cetakan semula atau tampalan, mereka perlu merujuk kenderaan berkenaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengesahan.
Disamping itu, Penolong Pengarah/Jurutera iaitu JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ir Ts Norhabib Mohd Kamin juga berkata, bahawa nombor casis tidak boleh diubah dan perlu diperiksa untuk kesahihan jika terdapat gangguan pada nombor berkenaan. Ia amat penting bagi memastikan kenderaan berkaitan bukan kenderaan klon. Biasanya, pemilik kenderaan hanya menyedari ia kenderaan klon ketika mahu memperbaharui cukai jalan atau ingin menjualnya.
Pada kebiasaannya juga, ia terdapat status meragukan dalam sistem JPJ seperti nama pemilik tidak sama dengan sijil pemilikan kenderaan serta nombor pendaftaran kenderaan berbeza dengan apa yang didaftarkan untuk casis. Menurut Norhabib juga, nombor casis dan enjin bukan sahaja sangat penting malah ia perlu ada sebelum sesebuah kenderaan itu didaftarkan. Sekiranya terdapat gangguan pada nombor berkenaan, kenderaan berkaitan boleh disita. Bagi proses seterusnya, kenderaan itu akan dirujuk ke Jabatan Kimia yang akan membuat proses pengecaman nombor casis dan mengeluarkan laporan lengkap kepada JPJ untuk tindakan susulan. Katanya, nombor casis dan nombor enjin kenderaan mestilah terang, jelas serta tidak diusik.
Sumber: google image
Proses Pemeriksaan Gangguan Nombor Casis:
1. Kenderaan gagal pemeriksaan Puspakom atau kes aduan daripada pemilik
2. Kenderaan hadir ke JPJ untuk pemeriksaan.
3. Jika terdapat gangguan, kenderaan akan dirujuk ke Jabatan Kimia
4. Setelah laporan kimia diperoleh, jika terdapat gangguan pada nombor berkaitan, kenderaan akan dilarang lesen.
Guna bahan kimia khas
Sementara itu, seramai 23 pegawai Jabatan Kimia bergilir-gilir untuk melakukan ujian forensik membabitkan gangguan nombor casis serta enjin kenderaan. Pegawai Sains, Ahli Kimia, Bahagian Kriminalastik Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Mohamad Firdaus Ramli berkata, khidmat mereka sering digunakan apabila ia membabitkan gangguan nombor casis dan enjin.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar permohonan kepada Jabatan Kimia sebelum kami melakukan pemeriksaan yang mengalami gangguan casis. Jadual tugasan mereka juga sentiasa penuh kerana pemeriksaan dilakukan di seluruh negara. Untuk mendapatkan kembali nombor asal, kami gunakan bahan kimia khas membabitkan proses dikenali sebagai elektrokimia,” katanya.
Menurut Mohamad Firdaus, kebiasaannya, nombor casis yang diganggu dapat dikembalikan melalui proses ini. Menerusi laporan yang dikeluarkan, katanya, ia akan menentukan sama ada nombor berkenaan diganggu atau sebaliknya. Proses untuk mendapatkan kembali nombor itu mengambil masa kira-kira setengah jam. Keputusan ujian makmal pula mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari.
Selain itu, menurut Mohamad Firdaus, pihaknya juga membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan lain membabitkan kes kemalangan, kebakaran, senjata api, letupan serta keaslian barang kemas.
Bentley Bakal Meraikan Ulang Tahun Yang Ke-25
Dengan sempenanya ulang tahun yang ke-25 Bentley di Malaysia, Bentley Kuala Lumpur telah pun memperkenalkan model ‘Flying Spur Hybrid’ ke pasaran tempatan. Model kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) itu dijana dengan enjin 2.9 liter pengecas turbo berkembar V6 dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa 544PS dan tork 750Nm. Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.3 saat dan dengan satu isian bahan api penuh dan 18kWh bateri lithium-ion, ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 800 kilometer (km).
Sumber: youtube
Disamping itu, Flying Spur Hybrid ini telah didatangkan dengan tiga mod E pemanduan iaitu EV Drive, Hibrid dan Hold bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan. Mod EV akan berfungsi sebaik ditukar mod bagi pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) dan sesuai untuk kegunaan dalam bandar serta berjarak pendek, sekitar 40km. Untuk rekaaan luaran, antara yang membezakan ia dengan varian lain ialah logo ‘Hybrid’ pada dapra hadapan, ekzos quad oval dan tempat pengecas EV pada sisi dapra belakang. Ia juga datang dengan lampu utama LED matrik dan lampu nyalaan siang (DRL). Model GT ini juga datang dengan pilihan rim aloi bersaiz 22 inci spesifikasi Mulliner Driving dengan tiga pilihan kemasan selain 21 dan 20 inci ciri standard.
Sumber: google image
Namun, dengan bahagian Ruang kabinnya yang juga tampil cukup mewah dan bergaya. Ia juga telah dilengkapi sistem infotainmen serba baharu 12.3 inci skrin sesentuh dengan 10 pembesar suara dan opsyen 16 pembesar suara Bang & Olufsen. Model ini dipasang di Crewe, United Kingdom. Ia adalah kilang neutral karbon pertama untuk pengeluaran kereta mewah di dunia. Bentley Flying Spur Hybrid dijual pada harga bermula RM945,000 yang juga boleh didapati dalam varian Azure dan S. Ia kini dibuka untuk tempahan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
