Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 59
October 23, 2022
| Info KWSP | 17 Cara Untuk Keluarkan Wang KWSP Anda Sebelum Bersara
Lebih-lebih lagi berkenaan pengeluaran wang KWSP yang merupakan simpanan kecemasan kita. Setiap kali isu i-Citra dibangkitkan, kami rasa itu sahaja cara untuk mengeluarkan wang kami daripada KWSP. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengeluarkan wang tersebut. Di sini, Team Digital Mukmin akan berkongsi satu lagi cara yang mungkin anda tidak tahu tentang cara mengeluarkan wang KWSP.
Terdapat dua kategori pengeluaran Wang KWSP yang dibenarkan:
Pengeluaran sebahagianPengeluaran penuhKriiteria Pengeluaran Sebahagian1) Pemohon berumur 50 tahun.
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.Memiliki simpanan Wang KWSP2) Tujuan untuk membina rumah
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur bawah 50 tahun.Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.3) Perumahan fleksibel
Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.4) Kesihatan
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 55 tahun ke bawah.Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.5) Pendidikan
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 55 tahun ke bawah.Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)).6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Warganegara dan Bukan Warganegara.Di bawah umur 55 tahun.Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.7) Perumahan PR1MA
Warganegara sahaja.Berumur 55 tahun ke bawah.Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.8) Simpanan melebihi RM 1 juta
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 55 tahun ke bawah.Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.9) Beli rumah
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 55 tahun ke bawah.Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.Ahli membeli rumah kediaman.Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 55 tahun ke bawah.Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.11) Haji
Berumur 55 tahun ke bawah.Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.12) i-Citra
Warganegara, bukan warganegara dan penduduk tetap (PR)Berumur 55 tahun ke bawah.Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonanKriteria Pengeluaran Penuh1) Pemohon berumur 55 tahun
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai 60 tahun.Memiliki simpanan dalam akaun 55.2) Pemohon berumur 60 tahun
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 60 tahun ke atas.Pemohon mempunyai simpanan dalam KWSP.3) Pekerja berpencen dan pesara pilihan
Berumur bawah 55 tahun.Pekerja dalam sektor awam ATAU Kementerian Pertahanan ATAU Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSPDiberikan taraf pencen oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).4) Hilang Daya Upaya(OKU)
Warganegara dan Bukan Warganegara.Berumur 60 tahun ke bawah.Mempunyai simpanan dalam KWSP.Pemohon tidak bekerja.Pemohon telah hilang upaya fizikal dan mental yang telah disahkan oleh pegawai perubatan..Hilang Upaya mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP dimana temujanji oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan di kaunter.5) Meninggalkan negara
Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja ATAUberhasrat meninggalkan Malaysia.Berumur 60 tahun ke bawahMempunyai simpanan dalam KWSP
6) Kematian
Pastikan anda mengambil langkah untuk membuat penamaan supaya waris terdekat anda dapat mengeluarkan simpanan KWSP. Ini kerana pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada waris yang sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan.Maklumat LanjutSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, sila hubungi KWSP di :
Laman Web KWSP KLIK DISINI
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
MFL Mansuh Peraturan Gol!
Saingan Piala Malaysia musin ini akan bermula dengan satu pembaharuan iaitu permansuhan peraturan gol di tempat lawan(away gol rule).
Malaysian Football League (MFL) mengambil pendekatan sebegini bertujuan untuk selaraskan peraturan dengan AFC dan UEFA.
Persoalannya, adakah dengan tiada peraturan ini akan memberi kelebihan buat pasukan yang bertanding?
Sila Baca Disini : Cristiano Ronaldo Buat Perangai!
MFL Mansuh Peraturan Gol!Atau ia dapat meningkatkan lagi keseronokan dalam bola sepak untuk mereka berjuang hingga minit terakhir?
Memandangkan pusingan awal Piala Malaysia akan membuka tirai minggu hadapan, mari kita lihat dua pasukan yang pernah ‘tersakiti’ akibat peraturan jaringan tempat lawan.
Kedah vs Pahang (2019)
Pertemuan dua jaguh dari Utara dan Pantai Timur ini akan menjadi salah satu perlawanan terbaik di dalam sejarah Piala Malaysia.
Siapa sangka, kedua-dua pasukan akan terikat secara agregat 8-8 di separuh akhir sebelum Kedah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
10 jaringan terhasil di Stadium Darul Makmur sudah cukup memberi gambaran bagaimana atmosfera ketika itu dan lebih 29 ribu penonton menjadi saksi detik indah tersebut.
Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan kerana kedudukan masih terikat 6-6 secara agregat. Sepanjang 30 minit, kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan sehingga terhasilnya empat jaringan.
Jaringan minit terakhir Dickson Nwakaeme pasti akan diingati kerana pemain ini meraikan jaringan seperti pasukannya terselamat dari kekalahan dan pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti.
Namun sayang seribu kali sayang, jaringan itu tidak memberi apa-apa makna buat Pahang dan Nwakaeme jelas kecewa seperti beliau tidak mendapat ‘taklimat’ berkenaan peraturan gol di tempat lawan.
PDRM vs Kelantan (2016)
Kelantan cuba bangkit di suku akhir kedua dan mereka berjaya melakukannya. Namun kemenangan 1-0 agak terlewat untuk menghalang kemaraan PDRM ke separuh akhir.
Kemenangan PDRM di tempat lawan memberi kelebihan buat skuad Sang Saka Biru biarpun mereka terikat 2-2 secara agregat.
Di separuh akhir, PDRM cuba melakukan perkara yang sama ke atas Kedah namun begitu tuah tidak bersama-sama mereka.
Sang Saka Biru kemudiannya tumbang 2-1 ditangan Kedah untuk membolehkan mereka layak ke perlawanan akhir dan seterusnya menjadi juara menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.
Namun begitu, ia tetap menjadi satu sejarah buat PDRM dapat mara sehingga ke separuh akhir.
Ada baik, buruknya seperti:
Sebenarnya peraturan gol di tempat lawan ini ada kelebihan dan kekurangannya jika dilaksanakan. Pasukan yang bermain di tempat lawan dahulu akan mendapat kelebihan untuk mencari jaringan awal.
Sementara pasukan yang akan membalas ‘kunjungan’ pula akan berada di keadaan tertekan jika mereka tewas dalam perlawanan pertama.
Apatah lagi jika pasukan yang ada kelebihan ini akan bermain secara bertahan dan cuba melambatkan permainan untuk mengekalkan kelebihan tersebut.
Secara tidak langsung, ia mengurangkan keseronokan dalam bola sepak dek perkara sebegitu.
Dengan mansuhnya peraturan ini, ia satu tindakan tepat oleh MFL dan akan membuatkan para pasukan berjuang sehingga minit terakhir.
Malah, ia memberi peluang untuk pasukan tersebut bangkit di perlawanan timbal balik selepas dikecewakan dalam perlawanan pertama untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Walaupun pemansuhan ini akan mendedahkan potensi kepada masa tambahan dan penentuan sepakan penalti (penalty shoot-out) dan akan meletihkan pemain, namun ianya akan mempromosikan bola sepak menyerang serta meningkatkan tahap hiburan bola sepak itu sendiri.
Cristiano Ronaldo Buat Perangai!
Cristiano Ronaldo yang tidak gembira, berkeupayaan mencuri tumpuan di luar padang serta sama hebatnya seperti kelicikannya menambat perhatian di dalam perlawanan di sebalik itu pun semakin berkurangan.
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan berang tetapi fokus juga kini tertumpu kepadanya apakah brliau benar-benar seorang pengamal disiplin yang bakal mengambil tindakan atau sekadar mahu berkongsi ‘kemasyhuran’ daripada kerenah pemain termahalnya itu.
Perihal Ronaldo beredar meninggalkan bangku pemain simpanan belum pun perlawanan menentang Tottenham di Old Trafford awal pagi kelmarin berakhir, bukanlah kali pertama.
Sila Baca Disini : EPL Ditakluk Oleh ‘Taikun Amerika’!
Cristiano Ronaldo Buat Perangai!Sebagai pemain gantian yang tidak digunakan, CR7 memasuki terowong pemain sejurus permainan memasuki minit ke-89 dan seperti dilaporkan Daily Mail, beliau mungkin telah beredar meninggalkan stadium sebelum wisel penamat dibunyikan.
Sungguh kurang sopan tindakannya itu kerana enggan meraikan bersama rakan-rakan sepasukan yang memperlihatkan antara persembahan terbaik mereka musim ini ketika mengukir kemenangan 2-0 ke atas Spurs.
“Kurang rasa hormat”, “tak boleh diterima”, “pentingkan diri” dan “lupa daratan” adalah antara komen-komen terhadap tingkah-lakunya itu baik daripada pengulas dan pengkritik televisyen mahupun peminat di media sosial.
Sikap besar kepala Ronaldo sebagai pemenang lima kali Ballon d’Or tapi menduduki tangga ke-20 dalam anugerah terbaru itu beberapa hari lalu bukan saja menjadi masalah kepada Ten Hag, malah kepada Ralf Rangnick terdahulu daripadanya.
Hanya tiga hari sebelum pertemuan dengan Spurs itu, Ronaldo turut mengundang kontroversi apabila beliau digantikan Marcus Rashford ketika menentang Newcastle yang berkesudahan 0-0.
Reaksi pemain berusia 37 tahun itu mudah difahami apabila beliau menggeleng-gelengkan kepala serta menuturkan sesuatu ketika dirapati Ten Hag di garis tepi padang.
Pengurus United ketika itu berkata beliau tiada masalah dengan kekecewaan yang diperagakan ayam tambatannya itu tetapi tingkah lakunya awal pagi kelmarin jelas mengundang reaksi berbeza kerana jelas tidak menghargai kemenangan hasil jaringan Fred dan Bruno Fernandes yang menenggelami dirinya.
“Saya akan menangani perkara ini esok,” kata Ten Hag sejurus usai perlawanan. “Saya mahu menumpukan kepada pasukan dan persembahan menakjubkan daripada semua 11 pemain dan yang masuk sebagai gantian.”
Maknanya, pada penglihatan pengurus itu, Ronaldo tidak lagi tergolong sebagai menakjubkan, jauh sekali menguntungkan pasukan.
Sebelum ini pun, Ten Hag tidak lokek menghamburkan pujian kepada Rashford yang masuk menggantikan Ronaldo, Ahad lalu dan bermula dalam kesebelasan utama, awal pagi kelmarin.
“Daripada segi serangan, anda perlu dinamik dan itulah yang mampu dibawa Marcus. Anda dapat lihat dalam 20 minit terakhir menentang Newcastle, beliau masuk dan mengubah permainan,” katanya.
Kata-kata dan perbandingan itu harus membuat Ronaldo berasa hati, tambahan beliau hanya tersenarai dalam kalangan gantian.
Mungkinkah kejadian terbaru ini bakal menyaksikan pemain antarabangsa Portugal itu tersisih lebih lama sebagai hukuman?
Atau Ten Hag sekadar mahu menumpang kesempatan dengan mengutarakan rasa kurang senangnya terhadap Ronaldo tanpa diiringi sebarang tindakan?
EPL Ditakluk Oleh ‘Taikun Amerika’!
Liga Perdana Inggeris (EPL) kekal menjadi liga paling terkenal dan mencabar di planet Bumi buat masa ini.
Di tengah padang hanya 33.4 peratus adalah pemain berbangsa Inggeris manakala hanya enam pengurus berbangsa Inggeris mengendalikan pasukan.
Hanya tiga pasukan sahaja seperti Brentford, Brighton dan Tottenham yang dimiliki oleh ahli perniagaan kelahiran Inggeris.
Sila Baca Disini : Erling Haaland Dedah Rahsia Beliau!
EPL Ditakluk Oleh ‘Taikun Amerika’!Matthew Benham, Tony Bloom dan Daniel Levy bersama Joe Lewis memiliki kelab di liga utama negara itu di samping pemilik dari Itali, Thailand, UAE, Greece, Arab Saudi, Serbia dan China.
Bagaimanapun kini pemilik dari Amerika Syarikat (AS) lebih mendominasi. Koleksi taikun dari negara Uncle Sam itu menguasai EPL dengan Bill Foley menjadi anggota terbaharu.
Ahli perniagaan dari Texas itu dengan kekayaan bernilai AS$1 bilion (RM4.7 bilion) dan memiliki pasukan hoki ais Vegas Golden Knights, sudah membeli Bournemouth baru-baru ini.
Warga Britain kelahiran Russia, Maxim Demin menerima 172 juta euro (RM786 juta) bagi penjualan kelab yang dinaikkan pangkat ke EPL.
Keluarga Glazer, pemilik pasukan American football, Tampa Bay Buccaneers telah menjadi ‘perintis’ pada Mei 2005 selepas membeli Manchester United yang menjuarai pelbagai kejuaraan sehinggalah pemergian Sir Alex Ferguson pada tahun 2013.
Krisis semasa menyebabkan peminat kecewa dengan pengurusan serta telah mendesak pemergian Joel dan Avram Glazer. Malah, dalam era keemasan ‘Red Devils’ beberapa peminat mengasaskan FC United of Manchester sebagai protes.
Fenway Sports Group, yang mengendali pasukan besbol Boston Red Sox dan pasukan hoki ais Pittsburgh Penguin selain mempunyai pelabur seperti bintang bola keranjang Los Angeles Lakers, LeBron James telah membeli Liverpool pada 2010.
Dua belas tahun kemudian, dengan Jurgen Klopp menjadi pengurus, John W Henry dan Tom Werner menikmati kejayaan piala Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Begitu juga Chelsea, selepas ‘era Abramovich’ dan ‘kejatuhannya’ susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah dijual kepada dana pelaburan Clearlake Capital Group diterajui Todd Boehly dan Mark Walter iaitu pemilik pasukan besbol Los Angeles Dodgers dan pemegang saham Lakers, dengan harga 4.7 bilion euro (RM21.5 bilion).
Stan Kroenke pula pemilik syarikat induk Kroenke Sports & Entertainment yang mengawal Los Angeles Rams (American football), Denver Nuggets (bola keranjang), Colorado Avalanche (hoki ais) dan Colorado Rapids (bola sepak), menjadi pemegang saham majoriti Arsenal sejak 2018.
Di bawah pengurusannya mereka cuba untuk kembali ke puncak.
Usahawan Josh Harris dan David S Blitzer (pemilik antara lain pasukan bola keranjang Philadelphia 76ers) dan John Textor, dengan beberapa kelab di Brazil, menguasai Crystal Palace selama tujuh tahun bersama Steve Parish.
Wesley Edens, pemilik bersama pasukan bola keranjang Milwaukee Bucks, memiliki Aston Villa bersama Nassef Sawiris dari Mesir sejak 2018.
Di Fulham, ahli perniagaan permotoran AS-Pakistan Shahid Khan, yang juga pemilik pasukan American football, Jacksonville Jaguars dan syarikat gusti profesional All Elite Wrestling, sudah menguasai kelab itu selama sedekad.
Andrea Radrizzani memiliki 56 peratus saham Leeds namun 44 peratus daripadanya dimiliki 49ers Enterprises, yang juga menguruskan pasukan American football, San Francisco 49ers.
Malah di Manchester City yang dimiliki pelabur dari UAE, terdapat 10 peratus kepentingan AS menerusi firma pelaburan Silver Lake.
Kenapa ramai ahli perniagaan AS membeli kelab EPL?
“Ia mudah. Di Amerika Syarikat tiada naik atau turun divisyen,” kata Arch Bell. “Kelab adalah francais dan satu-satunya penyelesaian untuk mempunyai pasukan dalam EPL adalah dengan membelinya. Di Eropah terdapat lebih banyak pilihan untuk menjana wang.
“Jika anda membeli pasukan divisyen dua atau tiga di Sepanyol, Jerman atau England anda boleh berkembang, meningkat, layak ke Eropah dan pelaburan boleh digandakan. Bournemouth satu contoh terbaik.”
Wartawan ESPN itu melihat faktor utama lain menjadi alasan ahli perniagaan AS beralih ke EPL.
“Budaya dan bahasa banyak membantu,” kata Bell. “Mereka sangat tertarik dengan bola sepak Inggeris kerana itu.
“Kelab-kelab itu lebih mahal, tetapi wang yang anda peroleh daripada hak siaran TV adalah besar, motivasi dan peluang untuk bersaing dengan yang terbaik adalah besar dan oleh itu mereka memutuskan untuk mengambil risiko.”
Pada 2020-21, 20 kelab EPL menerima 2.958 bilion euro (RM13.5 bilion) daripada televisyen sebagai sebahagian daripada penjualan antarabangsa dan domestik bagi hak siaran perlawanan mereka untuk 2022-25.
Bagaimanapun trend itu bukannya sesuatu yang unik buat England kerana di Itali, terdapat pelabur Amerika juga di Milan, Inter, Roma, Fiorentina, Spezia, Parma dan Venezia.
October 22, 2022
Erling Haaland Dedah Rahsia Beliau!
Disebalik kejayaan seorang pemain bola sepak, pasti akan ada diet ketat yang meliputi kehidupan seharian mereka termasuklah Erling Haaland.
Bintang Manchester City itu kini begitu sukar untuk dihalang kemaraannya dengan Haaland mempunyai misi untuk mengejar dan memecahkan rekod jaringan terbanyak musim lepas di Premier League.
Kualiti yang ada pada Haaland cukup membezakan dirinya dengan pemain lain dan selain menerusi latihan yang keras, diet yang mantap juga diamalkannya.
Sila Baca Disini : Kane Mahu Juang LGBT Di Qatar!
Erling Haaland Dedah Rahsia Beliau!Namun begitu, diet yang diamalkan oleh Haaland adalah berbeza dengan majoriti pemain. Pendekatan yang digunakan Haaland adalah dengan kembali kepada alam semula jadi.
Haaland mendedahkan yang dirinya mengamalkan diet yang sebenarnya mudah dilakukan bukan sahaja pemain bola sepak tetapi semua orang.
Kuncinya adalah matahari, air dan daging. Ya anda tidak tersilap baca bahawa itulah amalan penting beliau secara semula jadi.
Selain itu, Haaland juga turut mementingkan kualiti air yang diminumnya. Bukan sebarangan air yang diminum Haaland, beliau pastikan apa yang ditelan tidak memudaratkan badannya.
“Perkara pertama yang saya lakukan di pagi hari adalah untuk mendapatkan cahaya matahari kerana ianya baik untuk irama sirkadian saya.
“Saya juga telah mulakan untuk menapis air yang saya minum. Saya rasakan ianya baik untuk badan saya,” kata Haaland.
Irama sirkadian yang dimaksudkan oleh Haaland sebenarnya adalah circadian rhythms yang merupakan sebuah kitaran badan berubah-ubah dalam masa 24 jam.
Irama ini menggabungkan fizikal, mental dan tingkah laku dan kitaran ini akan berubah mengikut respon kita terhadap cahaya dan kegelapan.
Dan telah terbukti apabila mendapatkan cahaya matahari di siang hari ianya akan membantu badan menjadi lebih baik dan memperoleh vitamin yang baik.
Selain cahaya matahari dan air, Haaland juga mengamalkan pemakanan protein iaitu daging untuk menaikkan prestasinya ketika beraksi.
Namun ianya bukanlah sebarang daging, tetapi ia adalah daging yang segar dan tidak diproses.
Malah, Haaland juga adalah seorang pemakan organ dalaman lembu seperti hati dan jantung!
“Orang lain katakan yang daging adalah tidak sihat dan mereka tidak memakannya tetapi saya risau dengan apa yang saya makan.
“Adakah mereka berkata mengenai daging McDonald’s atau daging daripada lembu yang dipastur yang tinggal berdekatan dengan rumah anda?
Haaland juga mengatakan yang beliau akan cuba dapatkan makanan dari sumber yang paling semula jadi dengan daging yang diperolehnya adalah daripada penjual tempatan.
“Paling penting, saya rasa makan makanan berkualiti adalah dengan memperolehnya daripada penjual tempatan,” ujar Haaland.
Jawatan Kosong Di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Johor di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. MANAGER, HUMAN RESOURCES & ADMIN
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk IklanLokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Tadbir
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2022 (Isnin)Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 2,080.00 – RM 9,546.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Anda Wajib Fahami Dan Maksud 13 Lampu Penunjuk Pada Kereta Anda
Kebiasannya bagi sesebuah kereta, ia terdapat banyak simbol dan lampu penunjuk pada panel instrumennya. Namun, Jika lampu-lampu ini menyala, sebenarnya terdapat sesetengah pengguna membawa kenderaan mereka ke bengkel untuk diperiksa walaupun tiada kerosakan yang begitu serius berlaku.
Jom anda fahami tentang lampu dan simbol dalam meter kereta anda:
1) Lampu pada brek tangan
Namun, jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.2) Lampu bagi check engine
Lampu ini akan menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.3) Lampu bagi bateri
Apabila lampu ini mula menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.4) Lampu bagi ABS
Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.5) Lampu bagi Traction Control System
Traction Control System(TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.6) Lampu untuk amaran bahan bakar
Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.7) Lampu untuk amaran tali pinggang keledar
Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.8) Lampu untuk amaran suhu enjin
Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.9) Lampu untuk amaran aras minyak enjin
Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.10) Lampu untuk amaran EPS (stereng kuasa elektrik)
Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.11) Lampu untuk amaran beg udara SRS
Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.12) Lampu untuk amaran pintu kereta* Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.13) Lampu pada ECO* ECO sebenarnya adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kangar – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Negeri Perlis di Majlis Perbandaran Kangar dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
2. PENGHANTAR NOTIS
3. PEMBANTU AWAM
Lokasi : Perlis
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,672.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Kangar.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Nombor Plat DEN 8 Laku Keras Dengan Nilai Kutipan RM 3.26 Juta
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil pendaftaran nombor plat siri DEN manakala DEN 8 merekodkan bidaan tertinggi bernilai RM98,888.
Disamping itu, nombor plat paling banyak mendapat bidaan adalah DEN 1305 dengan harga tertinggi RM6,200 melibatkan 20 pembida. Bidaan yang dibuat menerusi JPJeBid itu dilakukan selama lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.
Sumber: google image
Namun Pengarahnya JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya menyasarkan kutipan hasil siri pendaftaran DEN sebanyak RM2.6 juta namun selepas bidaan ditutup. Bilangan pengguna berdaftar dengan JPJeBid adalah seramai 938,751 dengan jumlah keseluruhan pembida adalah 4,473. Harga bidaan tertinggi DEN 8 diikuti nombor DEN 6 bernilai RM71,000 dan DEN 3 (RM68,889). Mohd Misuari juga berkata, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran yang dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
