Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 54
November 3, 2022
Jawatan Kosong Di UiTM Pahang – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Penolong Pegawai Keselamatan
2. Pembantu Keselamatan
3. Kerani (Penerbitan)
4. Pemandu
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,696.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UiTM Pahang.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Owen Sama Nilai Dengan Mbappe!
Bekas penyerang legenda Liverpool, Michael Owen mengakui dirinya mungkin sama bernilai seperti bintang muda Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe menerusi nilai perpindahan semasa mereka.
Mbappe menjadi pemain kedua mencatat sejarah termahal dalam nilai pasaran selepas perpindahannya dari Monaco untuk menyertai PSG dengan tanda harga £163 juta pada tahun 2018.
Ketika itu, Mbappe menjadi antara penyerang yang sangat memukau menerusi ketajaman serta kelincahannya untuk menarik minat PSG biarpun masih berusia 18 tahun.
Sila Baca Disini : Melaka Dan Sarawak Digantung!
Owen Sama Nilai Dengan Mbappe!Real Madrid dilaporkan telah membida penyerang tersebut pada musim panas tahun lalu dengan membuka harga £145 juta, walaupun Mbappe masih lagi mempunyai baki kontrak setahun bersama PSG.
Namun, Mbappe menolak peluang untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol itu secara percuma musim panas ini, sebaliknya beliau menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun untuk kekal bersama juara Ligue 1 tersebut.
Seperti Mbappe yang meledak nama pada usia muda, Owen juga telah mencuri tumpuan dunia bola sepak pada suatu ketika, setelah memenangi Ballon d’Or pada usia 21 tahun selepas memenangi Europa League, FA Cup, serta EFL Cup bersama Liverpool.
Dan bekas penyerang kebangsaan England itu turut percaya, nilai perpindahan beliau sewaktu remaja dulu juga mungkin sama nilai seperti Mbappe kini.
“Saya tak tahu, maksud saya rasanya seperti angka lebih tinggi sedikit pada satu atau dua tahun lalu berbanding sekarang,” jelas Owen menerusi Sport Bible ketika ditanya kemungkinan nilai pasaran beliau terkini.
“Ianya jelas sekali, nilai perpindahan Erling Haaland bukan suatu gambaran sebenar untuk harganya kerana ia turut meliputi yuran agensi serta beberapa syarat lain ditetapkan dalam kontrak.
“Jadi ia sebenarnya lebih kepada pasaran terbuka atau bebas, iaitu ketika usia saya masih muda dan berada pada prestasi kemuncak.
“Saya sendiri tidak tahu, anda bercakap soal harga £100 juta sebegitu, ianya sangat sukar untuk saya perkatakan.
“Jadi, apakah nilai Mbappe ketika ini? Saya sendiri tidak tahu. Jika beliau meninggalkan PSG, anda semua mungkin akan melihat nilai harganya sebesar £150 atau £200 juta?
“Tetapi ya, saya juga pada suatu ketika merupakan seorang pemain yang mencipta sesuatu impak seperti memenangi Ballon d’Or, memenangi dua gelaran kasut emas, dan pergi ke Piala Dunia pada usia 18 tahun serta lain-lain lagi,” jelas Owen menerusi Sport Bible.
Melaka Dan Sarawak Digantung!
Kelmarin, Malaysian Football League (MFL) telah pun mengesahkan bahawa Melaka United dan Sarawak United tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super 2023 akibat kekurangan dalam hal perlesenan kelab.
Keputusan yang dibuat oleh badan penganjur liga itu menyaksikan Liga Super 2023 yang dirancang akan mempunyai 18 pasukan kini dikecilkan kepada 16 kelab sahaja.
Dengan penyingkiran dua kelab ini, mereka sekali gus tersingkir untuk menyertai mana-mana kejohanan Liga Malaysia musim hadapan.
Sila Baca Disini : Pasukan Iran Bakal Disingkirkan?
Melaka Dan Sarawak Digantung!Namun begitu, mereka sebenarnya masih lagi berpeluang untuk meneruskan penglibatan mereka dalam Liga Malaysia musim hadapan dengan turun ke divisyen bawahan.
Caranya adalah dengan Melaka dan Sarawak menyertai Amateur Football League (AFL) dan memulakan hidup baharu dalam saingan Liga M3.
Liga M3 adalah saingan yang paling hampir dengan Liga Super selepas Liga Premier direhatkan dulu penganjurannya.
Dan kerana kedua-dua pasukan ini tidak boleh menyertai liga simpanan yang bakal diwujudkan, maka hanya AFL sahaja saingan yang mereka boleh tuju.
Melaka dan Sarawak kedua-duanya boleh menyertai AFL dengan mengemukakan permohonan kepada badan penganjur liga bawahan itu.
Akan tetapi, mereka pastinya memerlukan kelulusan AFL dahulu sebelum boleh masuk bertanding.
Bagi Ketua Pegawai Operasi AFL, Raimi Fakri Fuad, situasi dialami Melaka dan Sarawak memerlukan perbincangan antara MFL dan pihak mereka terlebih dahulu.
“Kita kena tengok dulu macam mana penyingkiran itu dibuat. Sebab kalau mereka jatuh terus ke Liga M3 itu kenalah penyingkiran yang bermerit.
“Tapi jika disebabkan oleh hal perlesenan sebegini, pihak saya atau AFL perlu duduk berbincang untuk melihat semula bentuk hukuman yang diberikan kerana gagal dalam isu perlesenan ini,” kata Raimi menerusi Harimau Malaya.
Raimi turut menegaskan yang jika Melaka dan Sarawak menamatkan saingan di dua kedudukan terbawah liga, maka ianya lebih mudah untuk proses penyingkiran ke Liga M3 dilakukan.
Jika kedua-dua pasukan ini tidak berjaya untuk ke Liga M3 atau AFL secara keseluruhan, mungkin Melaka dan Sarawak perlu beraksi di luar Malaysia.
Sektor automotif dijangka lepasi rekod tertinggi tahun ini
Sektor bagi automotif Malaysia telah dijangkakan bakal mencipta sejarah baharu pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) diramalkan telah melepasi rekod tertingginya yang telah dicatatkan pada 2015. Penganalisis CGS-CIMB, Mohd Shanaz Noor Azam berkata, TIV 2022 dijangka merekodkan angka tertinggi baharu kepada 667,000 unit, melepasi jumlah yang dicatatkan pada 2015 iaitu 666,674 unit dan menjangkaui sasaran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 630,000 unit.
Namun pada tempoh sembilan bulan 2022, TIV telah mencecah 81.6 peratus daripada jangkaan kami iaitu 637,000 unit disokong permintaan kukuh dan tempahan tertunggak yang diperoleh ketika tempoh akhir pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) Jun lalu. Ia akan meningkatkan unjuran baharu TIV tahun ini sebanyak 4.7 peratus kepada 667,000 unit. Lebih-lebih lagi, kami berpandangan sesetengah pembeli boleh membawa ke hadapan pembelian mereka bagi memanfaatkan penjimatan cukai atau kadar faedah yang lebih rendah.
Gambar sekadar hiasan
Walaubagaimanapun, melangkaui pada tahun ini, ia akan menjangkakan potensi penurunan TIV tahun ke tahun pada 2023 susulan kenaikan kadar faedah dan potensi rasionalisasi dalam program subsidi bahan api yang melembapkan sentimen pengguna tahun hadapan,” katanya dalam nota penyelidikan. Jumlah TIV pada September meningkat sedikit 0.1 peratus kepada 677,659 unit dipacu jualan lebih kukuh daripada segmen kenderaan komersial yang melonjak 11 peratus bulan ke bulan.
Bagaimanapun, TIV kenderaan penumpang menyusut 1.1 peratus pada September susulan jualan lebih rendah daripada kereta penumpang dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merosot masing-masing 1.6 peratus dan 5.1 peratus. MAA mengaitkan jumlah TIV yang mampan disebabkan tempahan yang sihat untuk pesanan yang diterima sebelum 30 Jun 2022.
Untuk bulan Oktober pula, persatuan berkenaan mendedahkan jualan bulan ke bulan dijangka tidak stabil Sementara itu, MAA menjangkakan jualan ibu tidak berubah dengan syarikat pengeluar kereta dijangka terus berusaha memenuhi pesanan tertunggak dalam beberapa bulan akan datang. Bagi tempoh suku ketiga 2022, TIV mengukuh 7.7 peratus suku ke suku kepada 185,125 unit, disokong jualan lebih tinggi dicatatkan Proton yang melonjak 28 peratus disebabkan pemulihan volum pengeluaran model popular seperti Proton X50 dan Saga. Bagi tempoh sembilan bulan, TIV melonjak 62 peratus tahun ke tahun kepada 516,798 unit, dipacu oleh jualan yang lebih tinggi dalam segmen bukan nasional (+73 peratus), diterajui oleh jenama Jepun, manakala Perodua dan Proton mencatatkan pertumbuhan TIV 55 peratus pada suku dikaji.
Pasukan Iran Bakal Disingkirkan?
FA Ukraine akhirnya telah bersuara tentang desakan agar Iran disingkirkan daripada edisi Piala Dunia Qatar 2022.
Sebelum ini sudah ada beberapa pihak mendesak agar Iran disingkirkan daripada Piala Dunia 2022 atas alasan sebab kemanusiaan. Ada juga yang mencadangkan agar tempat Iran diberikan kepada Ukraine.
Ketua Pengarah Eksekutif Shaktar Donetsk, Sergei Palkin adalah antara individu yang menggunakan kapasiti kelabnya mencadangkan agar Iran digantikan dengan Ukraine dalam Piala Dunia 2022 yang akan datang.
Sila Baca Disini : Barcelona Mahu ‘Pikat’ Arteta!
Pasukan Iran Bakal Disingkirkan?Ini kerana menurut Palkin, Iran telah menjadi pembekal senjata berterusan kepada Rusia untuk menyerang Ukraine.
Lantas, beliau telah mendesak agar Iran dikenakan sekatan oleh FIFA, seperti mana mereka lakukan ke atas Rusia.
Palkin dalam kenyaatannya menerusi laman rasmi kelab berkata: “Ketika pemimpin Iran berseronok menonton pasukan kebangsaan mereka di Piala Dunia, rakyat Ukraine akan dibunuh oleh dron dan peluru berpandu dari Iran.”
“Hampir 250 dron telah pun menyerang bandar di Ukraine. Semuanya dihasilkan dan dihantar oleh pihak berkuasa dan pakar dari Iran.”
“Tentera mereka juga melatih dan menganjurkan pelancaran dron yang memusnahkan rumah, muzium, universiti, pejabat, arena sukan dan taman permainan, serta orang awam.”
“Orang awam ini termasuk kanak-kanak yang bermimpi bermain untuk pasukan kebangsaan Ukraine di Piala Dunia,” kata Palkin.
“Shakhtar Donetsk menyeru FIFA dan masyarakat antarabangsa untuk mengharamkan penyertaan Iran dalam Piala Dunia 2022 kerana penyertaan negara mereka dalam serangan pengganas di Ukraine,” Palkin menyambung.
Menerusi berita terbaru, FA Ukraine sendiri menerusi jurucakapnya mendesak agar FIFA segera membuang Iran sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.
Ukraine telah menggunakan hujah yang sama bahwa Iran tidak berhak bertanding dalam Piala Dunia 2022 kerana pemimpin politik mereka membantu Rusia.
Menurut pandangan beberapa pakar, agak sukar untuk FIFA menggantung Iran dengan Piala Dunia bakal bermula 20 November akan datang.
Untuk menggantung sesebuah pasukan, ianya memerlukan proses yang rumit dan agak panjang. Selain itu, slot yang kosong juga perlu diisi oleh pasukan lain berdasarkan merit dan pertimbangan tertentu. Atau FIFA sanggup membiarkan sahaja kumpulan yang ada Iran cuma ada 3 pasukan?
Nampak gayanya, Iran mungkin akan terus diberikan hak beraksi di Piala Dunia dan itu akan membuatkan Ukraine pasti tidak duduk diam.
Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dikreditkan Pada Disember Ini. Berikut Senarai Penerima ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !
Bagi yang memerlukan bantuan kewangan, berita baik untuk anda kerana masih ada beberapa pakej bantuan yang akan diedarkan oleh pihak terbabit.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori keperluan.
Salah satu bantuan itu ialah Bantuan Khas RM1,500 yang mungkin ramai orang terlepas pandang, tetapi mereka layak menerimanya.
RM1,500 Bantuan Khas & Senarai PenerimaKerajaan negeri Kedah bersetuju memberi bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 untuk setiap penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ahad berkata, bantuan khas kewangan itu membabitkan bayaran RM8 juta yang akan dibayar pada Disember ini.
Tarikh BayaranDisember 2022
Maklumat LanjutSebarang maklumat lanjut boleh menghubungi berdasarkan maklumat berikut:
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman,
Malaysia
+604-702 7000
+604-702 8400
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM1.059 billion dengan jangkaan defisit 14.17 peratus atau RM104.12 juta.
Menurutnya, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM839.12 juta dengan RM104.04 juta daripada jumlah itu adalah sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
November 2, 2022
Jawatan Kosong Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 05 November 2022 (Sabtu)Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Barcelona Mahu ‘Pikat’ Arteta!
Barcelona dikhabarkan mahu bawa pulang semula bekas graduan mereka iaitu Mikel Arteta ke kelab yang berpangkalan di Catalonia itu.
Kejayaan Mikel Arteta menaikkan Arsenal membuatkan Barcelona mempunyai rancangan untuk membawanya pulang semula ke kelab itu.
Arteta bukan satu satunya nama yang dimahukan Barcelona untuk kembali ke Blaugrana. Seorang lagi ialah Lionel Messi.
Sila Baca Disini : MFL Mansuh Peraturan Gol!
Barcelona Mahu ‘Pikat’ Arteta!Barcelona dikatakan tertarik dengan prestasi Arteta di Arsenal pada ketika ini. Oleh sebab itu, Barcelona menyenaraikan namanya dalam senarai pengurus yang mereka mahukan pada masa hadapan jika Xavi dipecat atau tidak lagi bersama mereka.
Xavi sebelum ini menyatakan bahawa beliau sedar akan tekanan yang sedang dihadapi selepas gagal membawa Barcelona mara ke peringkat kalah mati Liga Juara Juara Eropah.
Maka dengan menamatkan musim dengan trofi adalah sangat penting untuk Xavi atau beliau berisiko bakal dipecat.
Mikel Arteta dirasakan sebagai calon pengganti yang dianggap paling ideal memandangkan idea bola sepak modennya dan juga kemampuannya menguruskan pemain pemain muda tampak berpotensi besar.
Di Arsenal, Arteta berjaya membangunkan dan meningkatkan pemain pemain muda dengan sebaiknya. Ada banyak perkara yang dianggap boleh menjadi daya tarikan untuk Arteta menyertai Barcelona.
Barcelona sangat yakin bahawa mereka adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia dan juga hubungannya dengan kelab lamanya itu.
Arteta juga sangat rapat dengan Pep Guardiola. Beliau merupakan mentor yang mungkin boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi Arteta untuk ke Barcelona.
Sebelum ini, Arteta pernah berguru di La Masia dan bermain untuk Barcelona C dan Barcelona B. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Pengarah Bola Sepak Barcelona, Mateu Alemany dan Pengarah Sukan, Jordi Cruyff.
Arsenal pastinya tidak mahu membiarkan Mikel Arteta pulang semula ke Barcelona dan melepaskan pengurus tersebut.
Arsenal sebelum ini meletakkan kepercayaan kepada Arteta walaupun pada awalnya ramai pihak tidak mempercayai kemampuannya mengendalikan kelab besar seperti Arsenal.
Oleh sebab itu, Lembaga Pengarah Arsenal benar benar memberikan sokongan kepada Arteta dan ianya termasuk memberikan dana yang besar dalam jendela perpindahan bagi mendapatkan pemain yang dia mahukan.
Selain itu, Arteta juga diberikan sokongan untuk mengeluarkan bintang seperti Ozil dan Arteta diberi mandat untuk mendapatkan pemain yang beliau mahukan.
November 1, 2022
Biasiswa MAIWP Intensif Khas Pelajar Cemerlang Sesi 2022/2023
Tawaran Biasiswa Insentif Khas MAIWP untuk Pelajar Cemerlang dalam Pengajian Dalam Negeri kini dibuka untuk permohonan bagi sesi 2022/2023.
Pemohon yang layak boleh memohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat lanjut berkaitan permohonan Biasiswa Intensif Khas MAIWP Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut;
Tarikh Tutup PermohonanPermohonan dibuka sehingga 11 November 2022 (Jumaat)
Mohon juga : Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat Online ~ Mohon Disini Sekarang !
Bidang Pengajian Yang Ditaja
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KLINIKAL & KESIHATAN
Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SASTERA
Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SAINS SOSIAL
Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KEJURUTERAAN
Eletrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan,Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.
ATAU
lain-lain bidang pengajian yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MOA)/Badan Profesional dan mematuhi hukum syara’.
Syarat Umum PermohonanWarganegara Malaysia beragama IslamBermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahunTidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihakTertakluk kepada pengiraan Had Kifayah dan syarat biasiswa MAIWPSyarat khusus permohonan boleh rujuk laman web www.maiwp.gov.my?utm_source=rss&u... MemohonBorang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah;
>> BORANG BIASISWA DALAM NEGARA TAHUN 2022.pdf <<
Atau boleh didapati di pejabat MAIWP di alamat;
Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala LumpurSemua kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)Kaunter MAIWP Cawangan WP PutrajayaKaunter MAIWP Cawangan WP LabuanDokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi Skim Bantuan Biasiswa MAIWP (Insentif Khas Pelajar Cemerlang)
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah LENGKAP seperti berikut:
Dua keping gambar berukuran pasport pelajar dengan latar belakang putih. (menutup aurat bagi wanita).Salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & PelajarSalinan kad pengenalan suami/bapa, isteri/ibu dan tanggungan/ surat anak angkat JPN/ akuan sumpah wali jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang sudah berkahwin/bekerja)Salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ suami/ bapa dan isteri/ penyata pendapatan TERKINI ibu/ pengesahan pendapatan suami/ bapa dan isteri/ ibu *disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja*)Salinan sijil nikah.Salinan sijil cerai/prosiding mahkamah/pengesahan masalah keluarga TERKINI dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI TERKINI.*Salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh/ Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.*Salinan kad penukaran agama Islam.*Salinan kad pemohon/ tanggungan untuk orang kelainan upaya (OKU).*Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*Salinan bil utiliti / cukai pintu TERKINI.Salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/ Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran Belajar daripada KPT.Salinan Pengesahan Belajar/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran tanggungan yang belajar di IPT.Salinan buku akaun bank pelajar (KECUALI Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank)Salinan sijil kurikulum, kokurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.*
*jika berkenaan*
PERHATIAN
***Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.
Pertanyaan dan Maklumat LanjutSebarang pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang ini sila hubungi;
03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632
‘Mana duit suami aku?’
Kuala Lumpur: Luahan isteri penyanyi popular, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani dalam status WhatsApp baru-baru ini yang mendakwa suaminya tidak mendapat gaji apabila menjayakan konsert Doa Buat Zamani menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Menerusi foto suaminya membuat persembahan di konsert 30 September lalu, Nur Juliana atau lebih dikenali sebagai Julie menulis status yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.
“Saya (ini) seorang sahaja dalam hidup saya, saya tahu, apa dosa dia sampai awak (kamu semua) sakit hati dengan dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya yang kamu kawan dia.
Mohon juga : Bantuan 1 Malaysia Sehingga RM900 Yang Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi ~ Mohon Sekarang!
Semak juga : BKM Fasa 4 : Semak Jumlah & Tarikh Bayaran Setiap Kategori | Semak Sini Sekarang !
Baca juga : Sewa bulanan RM160 – RM250: Ini senarai projek & cara memohon Rumah PPR yang sedang dibuka
Mohon juga :Cara Membuat Pengeluaran Simpanan KWSP Sebelum Usia 55 Tahun Secara Online – Info Lanjut Sila Click Gambar !
“Seminggu lagi nak operate (pembedahan). Apa niat baru nak bagitahu (beritahu) benda ni semalam. Dia memang down (kecewa) sekarang. Awak gembira (seronok) kan?
“Jika dia memutuskan (membuat keputusan) untuk melepaskan harapan hidup atau apa-apa, dia akan berada di sana selepas pembedahan (pembedahan), saya bersumpah saya akan mencari awak sehingga lubang cacing adalah**n… cctv adalah semua ada,” tulisnya.
Menerusi status seterusnya, Julie meminta semua pihak mendoakan individu yang dikatakan melarikan wang konsert Doa Buat Zamani itu mendapat pembalasan.
“Kesian (kesian) laki saya (suami) tak dapat satu sen pun. Tapi dia boleh bau dari awal. Tapi jangan ingat awak boleh terlepas. Saya lagi pandai dari awak,” tulisnya.
Sementara itu, penganjur Indera Entertainment yang menganjurkan konsert itu, Aalan Ahmad berkata, perkara ini telah diselesaikan dengan Zamani secara baik, Sabtu lalu.
“Saya terkejut apabila Julie menghantar mesej WhatsApp kepada seseorang yang mendakwa saya menipu wang tayangan suaminya dan mengaku tidak menerima satu sen pun.
“Saya berjumpa Zamani Sabtu lalu dan menjelaskan segala-galanya tiket itu tidak dijual. Saya juga mengajaknya pergi ke penjual tiket iaitu mytickets.asia.
“Mereka masih belum tutup dan berjanji akan berbuat demikian minggu ini. Saya kata kita akan datang bersama dan kita akan tahu berapa tiket yang dijual. Saya sudah jelaskan semua bayaran berkaitan dan keuntungan hanya melebihi RM4,000,” katanya berkata.
Menurutnya, walaupun tiket tidak dijual, pihaknya memenuhi tempat duduk dengan penonton seolah-olah menjemput ahli kelab peminat untuk menyaksikannya.
“Kita akan isi supaya nampak cantik. Ketika saya berjumpa Zamani Sabtu lalu, saya membuat penjelasan dan keadaan ketika itu okey. Dia menjelaskan segala-galanya.
“Sebelum berpisah, kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak apa, dia nak habiskan pembedahan dan selepas itu kami mula bekerja semula seperti biasa. Saya tidak faham kenapa perkara ini timbul,” katanya.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
