Abdul Latip Talib's Blog, page 20
October 31, 2010
DIULANG CETAK

Abu Bakar Sahabat Sejati yang terbit pada July 2008 telah diulang cetak beberapa kali kini diulang cetak lagi.

Dalam masa yang sama novel ini yang diterbitkan dalam antologi Khalifah-Khalifah Yang Benar juga telah diulang cetak.
Terima kasih kepada pembaca yang memberikan sokongan.
Published on October 31, 2010 17:55
October 26, 2010
AKAN TERBIT

1872....
Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal. Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula....
Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan. Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang?
Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu.
Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap....
Published on October 26, 2010 22:30
October 18, 2010
RESENSI BUKU DI TV1

Pada 14hb Oktober yang lalu telah diadakan bincang buku Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur dan Tok Janggut Pahlawan Pahang di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV l.
Program tersebut dikendalikan oleh pengacara dan juga penulis terkemuka, Tuan Ramlee Awang Murshid.
Published on October 18, 2010 16:59
TAWARAN HEBAT KOLEKSI NOVEL SEJARAH
http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/novel-sejarah-islam-abdul-latip-talib-edisi-jimat/
bookcafe.com.my sedang mengadakan promosi menjual novel sejarah Islam koleksi jimat dengan tawaran diskaun 25%. Novel-novel tersebut boleh dibeli dengan harga antara RM 10.50 hingga RM 11.25 sahaja. Rebut peluang ketika stok masih ada.

bookcafe.com.my sedang mengadakan promosi menjual novel sejarah Islam koleksi jimat dengan tawaran diskaun 25%. Novel-novel tersebut boleh dibeli dengan harga antara RM 10.50 hingga RM 11.25 sahaja. Rebut peluang ketika stok masih ada.
Published on October 18, 2010 16:50
October 1, 2010
TOP 30 SEPTEMBER 2010
Edisi Jimat, Perang Uhud dan Tok Janggut tersenarai dalam Top 30 September 2010. Syukur…
1. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
2. Dear Yayah The Series
3. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
4. Cita Rasa Malaysia - Terengganu
5. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan
6. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (ed. jimat)
7. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (ed. jimat)
8. Khalid: Memburu Syahid (ed. jimat)
9. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (ed. jimat)
10. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (ed. jimat)
11. Tariq: Penakluk Andalusia (ed. jimat)
12. Ikramah: Penentang Jadi Pembela (ed. jimat)
13. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
14. Mendidik Anak Perempuan
15. 501 Soal Jawab Darah Wanita
16. Tok Janggut
17. Tuhan Masih Mencintaiku
18. Seperti Keju & Coklat
19. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
20. Senangnya Memasak Puding & Desert
21. Laskar Cinta
22. Senangnya Memasak Ayam
23. Komik-M: Aku, Kau & Malaysia
24. Komik-M: Budak Takraw 2
25. Komik-M: Semangat Gahsing
26. Qasidah Untuk Kekasih
27. Travelog Syahadah
28. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
29. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
30. Tuk Mudin Datang
Nota: Dari http://www.universitipts.com



Published on October 01, 2010 13:32
September 29, 2010
TERIMA KASIH
"Disamping membaca buku akademik, saya suruh pelajar sekolah ini membaca novel sejarah Islam," kata Tuan Mohd bin Md Isa, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban.
Beliau sendiri sudah membaca novel tersebut dan mendapati kandungannya baik dan sesuai dibaca oleh pelajar sekolah.
"Apabila kisah sejarah itu dijadikan novel ianya menjadi lebih menarik serta mudah difahami. Tambahan pula faktanya betul," kata beliau lagi yang membeli novel sejarah Islam untuk perpustakaan sekolah tersebut.
Terima kasih tuan pengetua kanan yang cemerlang…
Beliau sendiri sudah membaca novel tersebut dan mendapati kandungannya baik dan sesuai dibaca oleh pelajar sekolah.
"Apabila kisah sejarah itu dijadikan novel ianya menjadi lebih menarik serta mudah difahami. Tambahan pula faktanya betul," kata beliau lagi yang membeli novel sejarah Islam untuk perpustakaan sekolah tersebut.
Terima kasih tuan pengetua kanan yang cemerlang…



Published on September 29, 2010 04:24
September 25, 2010
NOVEL TOK JANGGUT SUDAH TERBIT

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.
Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang...
Published on September 25, 2010 22:16
MAJLIS ANUGERAH SAYEMBARA NOVEL SEJARAH JOHOR 111



Bergambar kenangan...


Kak Ain dan dua orang pelajar yang minat membaca novel sejarah Islam

Pelajar ini juga minat membaca novel sejarah Islam.


Published on September 25, 2010 21:59
MAJLIS PERKAHWINAN




Puan Nisah Haron dan suami serta anak-anak turut datang. Terima kasih.

Azzah AR, Shazleen dan Waida juga turut datang. Terima kasih.

Puan Ainon Mohd (Pengerusi PTS), Prof Abdullah Hassan puan Mahaya, Puan Ida Munira, A. Rahim Ismail turut datang. Terima kasih.

Puan Azzah Aziz, Puan Ainon dan...
Published on September 25, 2010 21:32
September 10, 2010
JEMPUT DATANG

Tarikh: 18 September 2010 Tempat: Rumah saya di Kampung Kerangai Acara: majlis perkahwinan anak. Semua dijemput hadir.
Published on September 10, 2010 09:03
Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
