Abdul Latip Talib's Blog, page 18

January 5, 2011

PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU


Pahlawan Melayu di bumi sendiri namanya hampir dilupakan, sejarah perjuangan mereka hampir tidak lagi dikenang. Atas kesedaran itulah kisah mereka dijadikan novel agar pembaca dapat mengenang kembali nama serta menghayati perjuangan mereka. Alhamdulillah usaha kami itu tidak sia-sia kerana sudah ramai yang membacanya. Sesungguhnya bangsa yang maju tidak seharusnya melupakan jasa pahlawan mereka walaupun suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai penentang dan penderhaka . Malah Kita sepatutnya berbangga dengan pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dol Said,Mat Kilau, Pendekar Siamang Gagap, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi.


























Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri




Pusara Pendekar Siamang Gagap













 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2011 14:49

December 31, 2010

TOP 50 Judul Kreatif Dewasa (1 Januari - 31 Disember 2010)

Alhamdulillah,

Daripada 50 senarai yang terlaris tahun 2010, novel sejarah Islam mengungguli 25 judul. Terima kasih atas sokongan pembaca. Terima kasih tim PTS dan terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa memberi sokongan...





KREATIF DEWASA

1. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
2. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
3. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
4. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
5. Khalifah-khalifah Yang Benar
6. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
7. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
8. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
9. Perang Badar: Perang Penentuan
10. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
11. Bilal Bin Rabah
12. Khalid: Memburu Syahid
13. Ali Bin Abi Talib
14. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
15. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
16. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Edisi Jimat
17. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Edisi Jimat
18. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
19. Khalid: Memburu Syahid - Edisi Jimat
20. Tariq: Menang ataupun Syahid
21. Tariq: Penakluk Andalusia - Edisi Jimat
22. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Edisi Jimat
23. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur - Edisi Jimat
24. Syahadah Gadis Aties
25. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
26. Ikramah: Penentang Jadi Pembela - Edis Jimat
27. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
28. Negeri 5 Menara
29. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
30. Punya Cinta Ramadan
31. Bara Cinta Canberra
32. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
33. Wasilah Cinta Weera
34. Atas Nama Cinta
35. Kasih Seharum Manisah
36. Ku Seru Nur Kasih
37. Tasawuf Cinta
38. Tuhan Masih Mencintaiku
39. Tuesdays With Morrie
40. Tok Janggut
41. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu
42. Salju Sakinah
43. Aku Bukan Malaikat
44. Aminah: Cinta Puteri Quraisy
45. Maria
46. Lasykar Pelangi
47. Tahajud Cinta Nisa
48. Biarawati Qaseh Puteri
49. Qasidah Untuk Kekasih
50. Hakikat Cinta

NOTA: Data laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Nassri Abd. Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.


http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_50_judul_kreatif_dewasa_1_januari_-_31_disember_2010/




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2010 16:31

AZAM TAHUN BARU 2011


Malam ini penutup tirai 2010...saya meraikan malam tahun baru 2011 ini dengan menyiapkan bab terakhir kisah PERANG KHANDAQ.

Pengajaran dari kisah perang Khandaq, Allah boleh memilih sesiapa saja termasuk angin ribut bagi membantu menegakkan Islam...

Allah juga pernah memilih labah-labah dan burung merpati bagi melindungi... Nabi Muhamad dan Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam Gua Thur...dan Allah pernah memilih seekor anjing bagi menemani pemuda yang bersembunyi dalam gua kahfi...Allahu Akbar...

Azam tahun 2011 menulis 12 buah novel...Insya-Allah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2010 06:21

TERIMA KASIH

Terima kasih diucapkan kepada Halaqah Akar Tradisi Ilmu TV9 yang menjemput kami bersiaran pada 28hb yang lalu. Dan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang turut mendoakan. Semoga kisah-kisah Saidina Abu Bakar as Siddiq yang kami ceritakan dapat dijadikan renungan dan teladan dalam kehidupan kita.




Bergambar kenangan setelah selesai bersiaran...

Bersama Producer Tuan Ahmad Noor Sulaiman

Bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam



Pelajar UIA yang turut menyaksikannya...














 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2010 04:24

December 27, 2010

MALAM INI DI HALAQAH TV9



Malam ini Selasa jam 10 malam HALAQAH TV9 akan memperkatakan mengenai ABU BAKAR AS SIDDIQ.

Pengacara: Ustaz Badli Shah Alaudin

Pendakwah: Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al Idrus

Penulis novel sejarah Islam : Abdul Latip bin Talib.

Temui kami malam ini...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2010 13:36

ANUGERAH BUKU NEGARA 2010




Sekeping sijil dan sebuah tropi Anugerah Buku Negara dengan Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati menjadi pilihan Buku Umum Terbaik (Fiksyen) 2010 menyuntik semangat untuk menulis dengan lebih tekun dan gigih berusaha pada tahun 2011.

InsyaAllah..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2010 13:31

PESTA BUKU KANAK-KANAK 2010

Saya dan Tuan Bahruddin di Booth PTS sesi bertemu peminat disamping mempromosikan novel Sejarah Islam.



Adik Firdaus ini minat membaca novel sejarah Islam sejak berumur 7 tahun. Beliau mempunyai koleksi novel sejarah Islam dan sudah membaca semuanya. Menurut ayah dan ibunya yang turut datang, Firdaus menjadikan tokoh Islam seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq sebagai idolanya.

Novel Hijrah sudah berada di pasaran termasuk bookcafe.com.my


Bergambar Hajah Sri Diah dan Chef Hanieliza



Novel Sejarah Islam turut dijual di Pesta Buku Kanak-kanak




Bertemu ramah dengan Tuan Anuar Othman seorang penulis, wartawan dan peniaga buku dari Singapura. Beliau turut mempromosi serta menjual novel sejarah Islam di negera tersebut. "Novel Leftenan Adnan masuk ke sekolah-sekolah di Singapura," katanya.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2010 13:08

December 21, 2010

HIJRAH SUDAH TERBIT


Novel Hijrah ini sudah terbit, tebalnya 640 muka surat, harganya RM35.00 senaskhah, penulisannya selama dua bulan, novel ke 12 tahun 2010.

Novel ini menceritakan kisah suka duka Nabi Muhamad sejak dilahirkan, melalui zaman kanak-kanak dan remajanya hingga berkahwin dengan khadijah serta diangkat menjadi Rasulullah.

Seperti Rasul sebelumnya, Nabi Muhamad juga menempuh pelbagai dugaan, cemuhan, penghinaan, dikeji, disakiti malah beberapa kali percubaan mahu membunuhnya namun gagal kerana baginda dilindungi Allah sawt.

Walaupun Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa sahaja dan Nabi Muhamad dikurniakan mukjizat namun Allah tidak menghendaki Islam itu disebarkan dengan begitu mudah. Nabi Muhamad dan para sahabatnya terpaksa menempuh pelbagai halangan serta dugaan yang menyedih serta menyakitkan sehingga akhirnya mereka berhijrah ke Madinah.

Peristiwa Hijrah bermulanya kegemilangan Islam…

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2010 02:05

December 16, 2010

ANUGERAH BUKU NEGARA



Malam tadi berlangsung Anugerah Buku Negara @ Royale Chulan anjuran Yayasan Buku Kebangsaan. Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah "Buku Umum Terbaik (Fiksyen)".






Pada 28hb Selasa jam 10 malam saya dijemput bersiaran selama satu jam di Halaqah TV9 topik perbincangan "Abu Bakar Sahabat Sejati." yang kisahnya diceritakan dalam novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2010 17:56

ANUGERAH


Malam tadi berlangsung Anugerah Buku Negara @ Royale Chulan anjuran Yayasan Buku Kebangsaan. Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah "Buku Umum Fiksyen Terbaik".





Pada 28hb Selasa jam 10 malam saya dijemput bersiaran selama satu jam di Halaqah TV9 topik perbincangan "Abu Bakar Sahabat Sejati." yang kisahnya diceritakan dalam novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati...

 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2010 17:56

Abdul Latip Talib's Blog

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Abdul Latip Talib's blog with rss.