Abdul Latip Talib's Blog, page 16
April 21, 2011
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011
Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC bermula pada hari ini 22 April hingga 1 Mei...Datanglah beramai-ramai di Booth PTS dan beli buku-buku pilihan anda...
Booth PTS C01 - C012 Dewan Tun Hussein Onn PWTC...
Imam-Imam Yang Benar ada dijual di booth PTS...
Perang Khaibar baru saja terbit...
Perang Khandaq yang baru terbit ada di pesta buku...

Booth PTS C01 - C012 Dewan Tun Hussein Onn PWTC...

Perang Khaibar baru saja terbit...

Published on April 21, 2011 16:23
April 3, 2011
IMAM-IMAM YANG BENAR

Imam-Imam Yang Benar kumpulan empat buah novel iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali disatukan dalam sebuah buku. Sudah terbit dengan harga RM55.00 boleh didapati dirangkaian kedai buku diseluruh negara.
Published on April 03, 2011 17:34
March 22, 2011
SUDAH TERBIT

10 ribu tentera Ahzab (bersekutu) bersatu bagi menghancurkan Kota Madinah, 3 ribu tentera Islam bersedia untuk mempertahankannya, Salman al Farisi mencadangkan supaya menggali parit.
Pada saat tentera Islam sedang di kepung musuh dari segenap penjuru, dikala mereka yang munafik melarikan diri dari medan perang, Allah turunkan para malaikat disertai hujan lebat dan angin kencang menyebabkan tentera ahzab melarikan diri.
Allah memberi kemenangan kepada pasukan muslimin bukan secara mudah dan percuma. Mereka berusaha keras dengan membina sistem pertahanan yang paling canggih pada masa itu, mengatur strategi perang, bertahan dan menyerang dengan menggunakan senjata yang sama dimiliki musuh, kepakaran mengatur pasukan dan keberanian menghadapi musuh yang tiada tandingan, ketaatan dan kepatuhan kepada Rasulullah serta peranan pasukan perisik yang berjaya memecahbelahkan pihak musuh. Semuanya itu digabungkan menjadi satu barulah datang bantuan daripada Allah swt.
Novel ini sudah terbit berada di kedai buku tidak lama lagi...
Published on March 22, 2011 16:52
March 18, 2011
DOKUMENTARI DOL SAID PAHLAWAN NANING
Usaha pihak TV Hijrah mendokumentarikan kisah pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajah patut diberi pujian dan sokongan kerana usaha tersebut dapat memperkenalkan pahlawan-pahlawan tanah air, menghargai serta menghayati perjuangan mereka serta dapat menanam semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air terutama di kalangan generasi muda.
Usaha tesebut dimulakan dengan mendokumentari kisah Dol Said Pahlawan Naning yang pengambarannya dijalankan di sekitar Naning Alor Gajah Melaka. Kemudian penebit dan kru pengambaran datang ke rumah saya bagi menemuramah saya sebagai penulis novel Dol Said Pahlawan Naning.
Selepas ini mereka mendokumentarikan pula kisah Pahlawan yang lain seperti Parameswara, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain lagi.

Published on March 18, 2011 16:37
MUSTAFA KAMAL ATATURK
Mustafa Kamal Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar "Khalid al Walid" kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.
Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.
Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar "bapa moden Turki itu" ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.
Penulisan novel Mustafa Kamal Ataturk berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah…Terima kasih
kepada yang memberi sokongan…
Ketika Mustafa Kamal Ataturk berada di puncak kuasa...
Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini...

Mustafa Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah serta melakukan pelbagai penghianatan terhadap Islam...
Semasa di Turki sempat bertemu ramah dengan beberapa orang rakyat Turki...

Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini...

Published on March 18, 2011 16:18
March 11, 2011
IMAM IMAM YANG BENAR

Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam Maliki adalah imam besar Ahli Sunah Waljamaah yang benar. Mereka memiliki ilmu yang sangat luas serta diakui ketokohannya sehingga boleh mewujudkan mazhab sendiri. Walau berlainan mazhab namun mereka saling hormat menghormati. Imam Maliki pernah berguru dengan Imam Hanafi, Imam Syafie pula pernah berguru dengan Imam Maliki dan Imam Hanbali pernah berguru dengan Imam Syafie.
Kisah hidup serta perjuangan empat imam yang benar itu dikumpulkan dalam sebuah buku menjadi 4 dalam 1 dijadualkan terbit pada 25 Mac nanti dengan harga RM 55.
Published on March 11, 2011 15:32
JALAN-JALAN DI KOTA LONDON

Semasa berada di London sempat melawat Istana Buckingham atau Buckingham Palace dan London Eye. Dalam cuaca pagi yang dingin kami berjalan kaki menuju ke kediaman resmi Ratu Inggeris itu. Dari jauh kelihatan orang ramai yang terdiri daripada pelancong sudah memenuhi perkarangan luar istana yang menjadi lambang kemegahan kerajaan British. Kami menyaksikan pertukaran shif pengawal istana. Setelah rampai tamat jam 12 kami berjalan kaki menuju ke London Eye yang menjadi tumpuan orang ramai.

Published on March 11, 2011 05:09
March 9, 2011
MELANCONG DENGAN WANG ROYALTI
Sekarang barulah dapat peluang pergi melancong dengan wang royalti sesuatu yang tidak pernah saya mengimpikannya sebelum ini. Alhamdulillah kini impian itu menjadi kenyataan apabila dapat melancong ke Turki dan London. Namun pemergian itu bukan untuk berlibur saja tetapi lebih kepada membuat kajian serta persediaan menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari yang peninggalan sejarahnya masih ada di Istanbul. Dan selepas ini merancang pergi ke Andalus Sepanyol pula bagi persediaan menulis kisah Isabella.
Semasa menulis kisah Salahudin Ayubi, Tariq dan Sultan Muhamad al Fateh saya memang tidak berkesempatan melawat tempat di mana berlakunya peristiwa tersebut. Bagi menulis Kisah Mustafa Kamal Ataturk baru berpeluang pergi ke tempat tersebut dengan harapan semoga lebih berkesan penceritaannya…
Bergambar semasa di London eye
Bergambar di depan Masjid Biru Istanbul Turki.

Published on March 09, 2011 17:41
February 23, 2011
DIULANG CETAK

Novel Hijrah yang tebalnya lebih 600 muka surat dengan harga RM 35 terbit pada Disember 2010 akan diulangcetak lagi.

Novel Imam Hanafi akan diulang cetak kali ketiga....
Published on February 23, 2011 01:18
PERGI MELANCONG
Jika tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi kami akan pergi melancong ke Turki, London dan Paris. Di Turki kami akan menziarahi Makam Sultan Muhamad al Fateh, Abu Ayub al Ansari di Istanbul dan Mustafa Kamal Ataturk di Ankara. Kisah Sultan Muhamad al Fateh sudah dijadikan novel. Kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari akan dijadikan novel. InsyaAllah. Di Turki juga banyak tempat yang menarik antaranya Masjid Biru, Aya Sofea, Istana Topkapi, Selat Bhosphorus, istana Sultan-sultan Ottoman dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang singgah di Kota London dan Paris. Semoga perjalanan kami selamat dan berjalan lancar…
Makam Sultan Muhamad al Fateh di Istanbul.
Kota Paris.
Turki...
London...
Makam Abu Ayub al Ansari seorang sahabat Nabi Muhamad saw.

Kota Paris.

Turki...

London...
Published on February 23, 2011 01:06
Abdul Latip Talib's Blog
- Abdul Latip Talib's profile
- 283 followers
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.