Syed Ahmad Fathi's Blog, page 3
March 22, 2025
Alip Moose: “Beginilah Bila Bercakap Tak Tahu Apa-Apa”

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Alip Moose telah berkongsikan di media sosial perihal rasa tidak puas hatinya berkenaan dengan sebuah artikel yang ditulis oleh Syed Ahmad Fathi bertajuk “Peranan Satira Dalam Memahami Politik di Malaysia” yang tersiar dalam Zine Dari Johor. Artikel ini merupakan ulasan kepada buku yang ditulis oleh wartawan veteran Malaysia, saudara Wan Hamidi yang bertajuk Harapan Sang Pesimis. Alip Moose menulis:
Beginilah bila bercakap tak tahu apa-apa, tapi nak kata diri sudah serba tahu. Entah macam mana sebenarnya mereka berdua ini memahami DIAMAT & Kapital sebaiknya. Tapi tak hairan kalau seorang itu masuk parti DAP, seorang lagi lalang. ????
Alip Moose, 20 Mac 2025.
Membaca Zine Dari Johor, #01, 2025. Redo
Tulisan ini menunjukkan bahawa Alip Moose lebih mahir dalam memahami idea-idea Karl Marx seperti dialectic materialism (yang disingkatkan sebagai ‘diamat’) dan juga idea Marx dalam bukunya Kapital. Bagi beliau, tindakan Wan Hamidi bersama dengan Parti DAP dan Syed Ahmad Fathi yang bersifat ‘lalang’ menunjukkan mereka tidak memahami idea yang dibincangkan. Gelaran ‘lalang’ ini merupakan reference kepada buku yang ditulis oleh Syed Ahmad Fathi bertajuk Lalang di Lautan Ideologi. Bagi menguatkan hujahnya, Alip Moose telah menambah sebuah emoji bersama love bagi menunjukkan komen yang dibuat dilakukan dengan tenang dan cool.
Alip Moose juga berkongsikan sebuah paparan gambar cebisan tulisan Syed Ahmad Fathi dalam perkongsiannya. Walau pun tidak disebutkan secara jelas bahagian mana yang tidak dipersetujuinya, ini dapat ditelah dari cebisan penulisan yang dikongsikan. Dalam cebisan tersebut, Syed Ahmad Fathi bersetuju dengan kritikan Wan Hamidi yang menyatakan gerakan kiri hari ini sudah menjadi caca merba kerana percampuran ideologi wokism, politik alam sekitar, politik identiti, politik bilik tidur, dan intersectionality. Percampuran ini menyebabkan ia telah lari dari idea politik kiri asal yang memperjuangkan hak pekerja dan petani.
Perenggan ZDJ yang dikongsikan oleh Alip Moose pada 20 Mac 2025.Sebelum ini, Alip Moose pernah bertukar-tukar kritikan dengan Syed Ahmad Fathi dalam soal cancel culture. Walau pun pada peringkat awal beliau cuba mempertahankan cancel culture, namun akhirnya Alip Moose mengakui bahawa “cancel culture adalah toksik”. Debat perihal cancel culture ini direkodkan dalam Zine Dari Johor Bil. 07 pada tahun 2022.
Komen Alip Moose yang mengkritik Syed Ahmad Fathi dan Wan Hamidi ini walau bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pengguna media sosial lain. Sebuah komen telah ditulis di sebuah hantaran oleh Syed Ahmad Fathi di Facebook oleh seorang pengguna media sosial dari Austria, Jefry Musa, beliau menulis:
Hg lalang ka, sampah ka, hg ada buku. Tulis buku bukan senang. Cuba tanya mamat ni pulak sepanjang dia hidup dia buat apa? Kalau hg dia kata lalang, mamat ni tak lebih dari debu, ada menyemak, takdak nyaman.
Jefry Musa, 22 Mac 2025.
– Artikel tamat/ The Independent Insight.
The post Alip Moose: “Beginilah Bila Bercakap Tak Tahu Apa-Apa” appeared first on The Independent Insight.
February 28, 2025
Pendekatan Dalam Memahami Falsafah Barat Menurut Pandangan Pemikir Islam

Sejak sekian lama, kita memahami bahawa tamadun Barat dan tamadun Islam itu merupakan dua tamadun yang berbeza, mereka mempunyai dua akar falsafah yang berbeza dan saling bertentangan. Pandangan saya akan hal ini mula berubah apabila saya mendengar perbahasan oleh Roy Casagranda perihal bagaimana pemisahan ini sebenarnya merupakan satu konstruksi imaginatif orang Eropah yang mahu memisahkan diri mereka dengan bangsa Timur di mana sebenarnya falsafah dan tamadun mereka bermula. Jika perkara ini dikaji dengan teliti, kita akan dapati historiografi tamadun Barat ini penuh dengan paradoks, malah permulaannya juga di Timur.[1] Namun kerana konsep pemisahan ini telah disalin dan diulang selama berdekad dan berabad lamanya, ia menjadi satu fakta yang diterima ramai.
Pada 23 November 2024 di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur saya sempat mengikuti diskusi Wacana Kerancuan Falsafah Barat anjuran Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR). Dalam diskusi ini telah diperdalami bentuk-bentuk percanggahan pemikiran yang ada dalam falsafah Barat.[2] Perbentangan-perbentangan dalam diskusi ini kemudian telah dibukukan dalam satu buku kecil bertajuk Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat. Oleh itu, penulisan ini akan meninjau dan membincangkan beberapa idea di dalam buku kecil ini.
Membedah Kerancuan Sebuah Falsafah
Kita sering berkefahaman bahawa falsafah Barat itu berdiri atas faudasi rasional dan saintifik sepenuhnya. Menurut buku ini, dakwaan tersebut adalah satu kerancuan. Dakwaan ini perlu dinilai dengan kritis dan tidak boleh diterima atau ditolak secara bulat-bulat.[3] Ia perlu disaring dan diperincikan. Ditentukan mana yang boleh digunakan dan mana yang perlu disisihkan. Saya teringat akan apa yang ditulis oleh Syed Hussein al-Attas perihal kita seharusnya mempelajari ilmu “racun dan ubat” yang merupakan analogi beliau terhadap keperluan mengetahui ilmu dan falsafah Barat.[4]
Sebenarnya dakwaan bahawa falsafah dan pemikiran Barat merupakan pemikiran yang berlandaskan kefahaman saintifik itu memang boleh dipersoalkan. Malah dalam lapangan sains sendiri, ia dipenuhi dengan kontradiksi, paradoks dan pemikiran yang tidak konsisten. Fahaman saintisme yang merasakan hanya sains merupakan jalan untuk mencapai kebenaran dan pandangan bahawa kehidupan di dunia adalah berbentuk mekanistik telah dikritik hebat oleh para pemikir. Saya meminati penulisan Rupert Sheldrake akan hal ini. Beliau menulis sebuah buku bertajuk The Science Delusion bagi membidas buku tulisan aties militan, Richard Dawkins yang bertajuk The God Delusion. Walaupun Dawkins menyerang kepercayaan kepada Tuhan secara keseluruhan, jika dibaca bukunya itu, serangan beliau lebih terarah kepada agama Kristian.[5] Buku Sheldrake bagi saya menarik dalam membedah saintisme kerana beliau sendiri merupakan seorang saintis yang lahir dari institusi sains perdana Barat.[6] Dalam kata lain, ia adalah perbahasan dan kritikan dari dalam.[7]
Artikel pertama dalam buku ini bertajuk “Kerancuan Falsafah Barat: Satu Penelitian Semula”. Ia merupakan artikel yang paling panjang dalam buku ini. Ia ditulis oleh Mohd Suhail Mohd Sufian, Muhammad Firdaus bin Zalani, Amar Ismat Mohd Nasir, dan Muhamad Amirul Asyraf Ahmad Kamal Zulkhairi. Mereka berpandangan, pertentangan yang dibuat berkenaan dengan perbezaan antara falsafah Islam dan falsafah Barat membuatkan orang Islam merasakan sains adalah ilmu kufur dan menjadikan mereka bersifat anti-sains. Wujud dalam kalangan orang Islam kefahaman tentang pertentangan antara wahyu dan akal, dan menyebabkan mereka melihat solusi kepada masalah ini adalah pembangunan satu sistem dan institusi Islam yang tersendiri.[8] Pemahaman ini sebenarnya kefahaman yang salah kerana Islam tidak bertentangan dengan sains. Malah jika kita membaca Al-Qur’an itu sendiri, banyak ayat-ayatnya bersifat sains dalam menganjurkan manusia berfikir, melihat, dan mengkaji alam. Mereka menerangkan bahawa dalam epistemologi Islam, kedua-dua wahyu dan akal itu diiktiraf sebagai sumber ilmu yang sah. Ia boleh digunakan dan diharmonikan dalam kerangka yang betul.[9] Ini saya kira merupakan inti utama buku ini.
Pengaruh Agama Mithra Dalam Falsafah Barat
Dalam mengkritik falsafah Barat dan menunjukkan bahawa ianya tidaklah bersumberkan rasional semata-mata, pengaruh ajaran Mithra diketengahkan. Ajaran ini mempunyai pengaruh kepada pemikiran Plato dan Aristotle dan melahirkan pemikiran berbentuk politeistik dan panteistik.[10] Selain itu, pemikiran mistik dan bersifat occult juga dapat dikesan dalam pemikiran tokoh-tokoh sains seperti Newton, Boyle, dan Locke.[11] Kepercayaan Mithraisme ini bukan sahaja masuk ke dalam pemikiran pemikir sains dan pemikir rasional sahaja, ia juga menyusup masuk ke dalam ajaran Kristian. Ini dapat dilihat dari unsur-unsur sinkretik dalam agama Kristian yang menyerap masuk unsur-unsur kepercayaan pagan seperti yang dilakukan oleh Paul the Apostle dan Council of Nicaea. Oleh kerana bercampur-aduknya unsur-unsur pagan ini, Syed Naquib al-Attas berpandangan, apa yang ditentang oleh orang Eropah semasa era Enlightenment itu bukan wahyu tetapi pemikiran manusia sendiri yang sebenarnya berasal dari kepercayaan pagan.[12]
Walaupun saya merasakan pengaruh ajaran Mithraisme dan pagan itu memang ada dalam beberapa pemikir dan ahli falsafah Barat, ia bukanlah hujah yang kuat dalam kita mengkritik falsafah Barat. Kerana pada pandangan saya ia bukan dianuti oleh ke semua pendokong falsafah Barat tetapi dipercayai oleh sebahagian sahaja. Kefahaman sebahagian tokoh-tokoh ini juga tidak dijadikan faundasi kepada falsafah Barat yang lebih moden dan terkemudian. Oleh itu, kritikan yang menggunakan pendekatan ini bukan kritikan yang menyeluruh sebaliknya hanya menyentuh keperibadian sebahagian tokoh sahaja menurut pandangan saya. Pada pandangan saya, mengkritik substance pemikiran dan falsafah itu lebih berkesan dalam kita melakukan dekonstruksi terhadap pemikiran Barat. Sebab itu saya merasakan penulisan Sheldrake dalam hal ini lebih berkesan dalam menjawab dikotomi pemikiran rasional terutamanya dalam hal saintisme.
Ideologi di Sebalik Teknologi dan Perlaksanaan
Artikel kedua dalam buku Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat ini bertajuk “Perlunya Dimensi Teknokratik Dalam Membatasi Kesan Reduksionisme Liar” tulisan Fakri Zaky Jaafar dan Bahbibi Rahmatullah. Artikel ini bagi saya merupakan satu cubaan untuk melihat bahawa sebenarnya teknologi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita bukanlah bersifat neutral. Ia mempunyai ideologi yang tersendiri serta memberi kesan kepada budaya dan kehidupan kita.
Menurut Fakri dan Bahbibi, dalam pembinaan sesebuah tamadun, ia memerlukan barisan teknokrat. Namun masalah timbul apabila teknokrat ini tidak mempunyai kefahaman yang sama dengan ahli falsafah yang membuahkan falsafah sebuah tamadun. Maka wujudlah jurang antara dua golongan ini. Para teknokrat ini adalah golongan pelaksana yang menggunakan teknologi. Apabila mereka mereka melaksanakan sesuatu, sebenarnya pemilihan teknik dan pendekatan yang digunakan itu mempunyai kesan kepada corak sejarah dunia yang sedang dibina.[13]
Contoh yang diketengahkan dalam artikel ini adalah bidang pendidikan. Di Malaysia, pendidikan didirikan di atas Falsafah Pendidikan Negara yang cantik dan menyeluruh. Namun disebabkan pemilihan teknik reduksionisme dalam menjayakan falsafah ini oleh para teknokrat, natijah yang ingin dihasilkan dari falsafah tadi tidak terlaksana. Antara teknik reduksionis yang digunakan dalam pendidikan adalah penaksiran berdasarkan taksonomi Bloom.[14]
Reduksionisme sebenarnya hanya merupakan satu kerangka fikir dalam membantu manusia berfikir. Namun, masalah timbul apabila ia diangkat seolah menjadi falsafah asas yang digunakan sebagai satu-satunya cara berfikir, melihat, dan menyelesaikan masalah dunia. Inilah yang ditakrifkan sebagai “reduksionisme liar”. Cara berfikir yang memecahkan gagasan besar kepada komponen kecil ini mungkin berguna bagi memahami struktur mekanikal. Namun ia bermasalah apabila diaplikasikan dalam memahami kehidupan.[15] Sekali lagi saya merasakan perkara ini diterangkan dengan baik oleh Rupert Sheldrake. Dalam bukunya beliau menerangkan bagaimana dengan membedah haiwan kepada komponen-komponen kecil menjadikan kita tidak dapat mengkaji kehidupan itu secara lengkap. Ini menyebabkan beliau meninggalkan kajian biologi yang dirasakan kejam dan bersifat reduktif.[16] Kajian ini menggunakan sudut pandang bahawa kehidupan itu boleh dikaji seperti kajian mekanikal.
Cara menggunakan pemikiran reduksionisme adalah mengaplikasikannya dalam masalah tertentu sahaja. Misalnya ketika kita mahu menyelesaikan masalah perihal mesin, robot, atau komputer. Selepas masalah itu diselesaikan, kita berlu berhenti berfikir secara reduktif dan menggunakan kerangka fikir lain untuk menyelesaikan masalah lain.[17] Ini mengingatkan saya akan idea yang diutarakan oleh Eckhart Tolle perihal bagaimana untuk berfikir. Bagi Tolle kita tidak perlu berfikir setiap masa, berfikir hanya ketika perlu sahaja. Apabila tidak berlu, kita perlu berhenti berfikir.[18] Jika tidak, kita mungkin boleh jadi gila. Kemampuan berhenti berfikir adalah kemampuan yang sangat penting bagi membantu manusia berehat dan juga berasa bahagia.
Sekularisme dan Kematian Kemanusiaan
Artikel terakhir dalam naskah Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat bertajuk “Manusia Sekular dan Krisis Nilai” tulisan Mohd Nasir bin Mohd Tap. Artikel ini sangat keras dalam kritikannya terhadap sekularisme dan sekularisasi yang akhirnya menatijahkan kematian kemanusiaan.
Apabila manusia itu diputuskan hubungannya dengan kekudusan, maka melatarlah mereka cuba mencari apa yang hendak mereka perbuat di atas muka bumi ini. Mereka cuba mencipta pelbagai konsep bagi mengisi matlamat kewujudan mereka. Antaranya adalah usaha menjadi adimanusia (ubermensch) seperti yang dibawakan oleh Nietzsche.[19] Manusia sekular menjadikan manusia sebagai matlamatnya, dan manusia sebagai pusat bagi realiti.[20] Nilai-nilai pula dianggap relatif dan kebenaran dikatakan tidak wujud. Seperti yang diungkapkan oleh Jacques Derrida bahawa kebenaran itu tidak mungkin dicapai.[21]
Hasilnya adalah lahirnya manusia tanpa kemanusiaan.[22] Di mana manusia dianggap sebagai sebuah organisme tanpa jiwa.[23] Dari sekularisme lahirnya pemikiran yang merosakkan. Misalnya seperti apa yang disebutkan oleh Yuval Noah Harari bahawa apa sahaja yang boleh dilakukan adalah sebahagian dari alam semulajadi (all that is possible is natural).[24] Jika kita menerima idea ini, maka manusia boleh melakukan apa sahaja dan undang-undang itu sendiri tidak bernilai. Maka tidak hairanlah jika kita melihat hari ini negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Jerman boleh membantu Zionis membunuh lebih 40,000 manusia di Gaza, Palestin. Mereka tidak berasa bersalah kerana mereka adalah produk dari proses sekularisasi yang melahirkan moral-nihilisme.
Kesimpulan
Falsafah Barat dan akar sejarahnya sememangnya mempunyai dikotomi dan paradoks yang serius. Oleh itu, umat Islam perlu mengambilnya dengan berhati-hati dan tidak menerimanya secara bulat-bulat. Falsafah Barat itu ada sumbangannya terhadap peradaban dan pemikiran manusia. Namun ia bukanlah satu model yang sempurna yang boleh kita laksanakan. Sebaliknya kita memerlukan ilmuan yang dapat membantu kita menyaring dan memilih kebaikannya dan menyisihkan penyakit-penyakitnya. Jika tidak, kita akan mengikuti orang-orang Barat dan menjadi masyarakat yang bangkap dari sudut nilai dan kemanusiaan. Kita juga perlu menyedari bahawa kita sudah mempunyai akar falsafah yang lebih lengkap dan holistik di mana wahyu dan akal itu diterima sebagai sumber ilmu dan kebenaran. Falsafah baharu kita bukan membawa kepada pemikiran anti-sains, sebaliknya mengharmonikan rasional dan pemikiran saintifik dengan nilai-nilai jiwa dan keinsanan yang ada dalam agama Islam. Hanya dengan pendekatan inilah kita mampu membentuk manusia yang holistik, yang mampu berfikir secara rasional dalam masa yang sama mempunyai jiwa dan nilai keinsanan. Saya berfahaman, itulah pendekatan pemikir-pemikir Islam dalam kita mendepani falsafah Barat setelah saya membaca buku kecil ini.
BibliografiDawkins, R. (2007). The God Delusion. Black Swan.
Harari, Y. N. (2015). Sapiens: A Brief History of Humankind. Vintage.
Mohd Suhail Mohd Sufian, Muhammad Firdaus bin Zalani, Amar Ismat Mohd Nasir, Muhamad Amirul Asyraf Ahmad Kamal Zulkhairi, Fakri Zaky Jaafar, Bahbibi Rahmatullah, & Mohd Nasir Bin Mohd Tap. (2025). Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat. Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR).
Sheldrake, R. (2013). The Science Delusion. London: Coronet.
Syed Ahmad Fathi. (2023). Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat. Academia Book Review.
Syed Ahmad Fathi. (2024). Menganalisa Sains Sebagai Sumber Ilmu Dalam Lapangan Epistemologi. Reviu Epistemologi, 1-11.
Syed Ahmad Fathi. (2024). Nota Wacana Kerancuan Falsafah Barat. Diskusi Meja Bulat: Pemikiran Peradaban Baharu Siri 2, 1-8.
Syed Hussein Alatas. (2015). Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tolle, E. (2001). The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment. Hodder & Stoughton.
[1] Lihat tulisan saya bertajuk “Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat” untuk memahami dengan lebih terperinci lagi perihal paradoks ini.
[2] Nota perjumpaan ini boleh dirujuk dalam tulisan saya bertajuk “Nota Wacana Kerancuan Falsafah Barat.” Diskusi Meja Bulat: Pemikiran Peradaban Baharu Siri 2, 2024.
[3] Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat. Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR), 2025., hlm. x.
[4] Syed Hussein Alatas. Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015., hlm. 161.
[5] Richard Dawkins. The God Delusion.
[6] Rupert Sheldrake. The Science Delusion.
[7] Lihat juga tulisan saya yang bertajuk “Menganalisa Sains Sebagai Sumber Ilmu Dalam Lapangan Epistemologi.” Reviu Epistemologi, 2024.
[8] Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat., hlm. 3.
[9] Ibid., hlm. 13.
[10] Ibid., hlm. 17.
[11] Ibid., hlm. 19.
[12] Ibid., hlm. 20-21.
[13] Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat., hlm. 36-37.
[14] Ibid., hlm. 39.
[15] Ibid., hlm. 40.
[16] Rupert Sheldrake. The Science Delusion., hlm. 46-54.
[17] Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat., hlm. 44.
[18] Eckhart Tolle. The Power of Now.
[19] Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat., hlm. 56.
[20] Ibid., hlm. 57.
[21] Ibid., hlm. 60.
[22] Ibid., hlm. 63.
[23] Ibid., hlm. 65.
[24] Yuval Noah Harari. Sapiens: A Brief History of Humankind.
Pendekatan-Dalam-Memahami-Falsafah-Barat-Menurut-Pandangan-Pemikir-IslamDownloadThe post Pendekatan Dalam Memahami Falsafah Barat Menurut Pandangan Pemikir Islam appeared first on The Independent Insight.
January 28, 2025
Naquib al-Attas: Kritikan, Pengalaman dan Syarahan

Pendahuluan
Tulisan ini adalah catatan pengalaman oleh seorang pelajar sejarah yang tidak pernah membaca sehingga habis satu pun buku Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Penulis juga langsung tidak mahir dalam aspek-aspek falsafah, kajian ilmu Alam Melayu, metafizik, pengajian Islam, ilmu epistemologi, mahu pun apa-apa bidang kajian yang telah dikaji berdekad-dekad dengan tekun oleh Prof. al-Attas. Oleh itu, dapatan dan tinjauan yang dimuatkan dalam penulisan ini adalah pemerhatian pembaca awam sahaja, ianya tidak berautoriti dan tarafnya sekadar observasi umum. Penulisan ini akan memuatkan beberapa perkara. Pertama, kritikan terhadap pemikiran Prof. al-Attas. Kedua, pengalaman dan catatan nota penulis dalam pengalaman singkat mendengar syarahan Prof. al-Attas.
Latar Belakang Ringkas Pendidikan
Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor pada tahun 1931. Beliau menimba ilmu di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, England. Mempunyai ijazah dari Universiti McGill, Montreal dan juga ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti London.[1]
Kritikan Terhadap Pemikiran Naquib al-Attas
Kritikan merupakan perkara yang asas dalam tradisi ilmu. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan bahawa sesuatu ilmu itu mempunyai asas yang kukuh dan dapat dipertahankan. Selain itu kritikan juga penting dalam melahirkan satu tradisi ilmu yang sihat. Jika kritikan tidak dibuka, tradisi ilmu boleh berubah menjadi jumud, fanatik hizbi, juga berlakunya pengkultusan tokoh. Dengan adanya kritikan, sesuatu kelemahan itu dapat dilihat dan diperbaiki, perkara ini tentulah akan melahirkan bangunan keilmuan yang lebih kukuh dan dapat dipertahankan. Sebelum saya menghadiri syarahan Prof. al-Attas, saya sempat bertemu seorang sarjana yang mengkaji sejarah pemikiran Islam di Alam Melayu di Universiti Malaya.[2] Saya memaklumkannya tentang perancangan saya untuk menghadiri syarahan Prof. al-Attas. Maka kami mula berdiskusi tentang gagasan pemikiran al-Attas.
Menurut sarjana tersebut, Islam yang datang di Alam Melayu pada abad ke-5 itu masuk ketika Mekah dikuasai golongan sufi, disebabkan itu, versi Islam yang berkembang di Alam Melayu ini mempunyai pengaruh sufi yang kuat. Selain itu, berlaku juga percampuran dengan budaya dan kepercayaan Hindu-Buddha yang sedia ada di Alam Melayu pada ketika itu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa pemikiran yang bersifat sufi ini mendapat tempat di Alam Melayu hingga ke hari ini, ia mempunyai akar yang dalam dan panjang.
Antara kritikan beliau terhadap pemikiran Prof. al-Attas adalah penggunaan hadith yang tidak sahih dalam penyampaian. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar al-Attas yang tahu akan perkara ini tidak menegur dan membetulkan kesilapan ini. Bagi beliau sesuatu itu tidak menjadi sahih kerana ia banyak disebutkan oleh guru kita, sebaliknya ia sahih setelah diabsahkan menggunakan metodologi yang betul. Beliau juga berpandangan jalur pendidikan formal al-Attas itu lebih dekat dengan pemikiran tokoh-tokoh Orientalis. Bagi beliau, manhaj pemikiran kita perlulah berdasarkan nas al-Qur’an dan hadith yang sahih disamping mengutip ilmu dari tradisi Islam yang jernih.
Selepas dari pertemuan saya bersama sarjana di Universiti Malaya tersebut, saya bertemu dengan seorang lagi sarjana yang aktif menganjurkan wacana falsafah.[3] Saya meminta pandangan beliau berkenaan dengan falsafah pemikiran Prof. al-Attas. Bagi beliau, setelah membaca penulisan dan bahan rujukan al-Attas, beliau mendapati tulisan al-Attas adalah sekadar pengulangan bahan yang dibaca beliau dari sumber-sumbernya. Selain itu, perihal kajian manuskrip Melayu, menurut beliau kajian terhadap beberapa manuskrip Melayu sahaja tidak mencukupi untuk kita melahirkan satu pemikiran perihal pemikiran orang Melayu di zaman silam. Beliau berhujah bahawa terdapat lebih 30,000 manuskrip Melayu yang wujud, membaca beberapa manuskrip sahaja tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang bermakna.
Saya walau bagaimanapun berpandangan bahawa tugas mengkaji ribuan manuskrip Melayu itu bukan tugas yang boleh dipikul oleh seorang sarjana sahaja. Hal ini kerana hayat manusia itu sangat singkat, pastilah dia harus memilih skop dan batasan kajian yang munasabah sesuai dengan umur, keupayaan, dan jangka masa yang dipunyainya. Bagi saya, mengkaji beberapa manuskrip itu sudah menjadi satu sumbangan ilmu, maka tanggungjawab seterusnya mestilah diteruskan oleh generasi sarjana dan pengkaji terkemudian.

Pengalaman Mengikuti Syarahan “Islam: The Covenants Fulfilled”[4]
Syarahan pada 26 Januari 2025 ini merupakan syarahan pertama Prof. al-Attas yang saya hadiri. Sebelum syarahan bermula lagi, saya dapat merasakan seolah-olah acara ini mempunyai auranya yang tersendiri. Aura ini dapat dilihat dengan kehadiran para intelektual, tokoh masyarakat, menteri, komuniti buku, dan juga golongan pelajar. Ia seolah-olah merupakan malam yang menghimpunkan orang-orang yang berfikir, seolah-olah kita berjalan di tengah dewa-dewi. Selain itu, majlis ini juga terasa seperti begitu kuat unsur-unsur elitnya. Ditengah-tengah khalayak ini, saya merasakan begitu kerdil sekali, juga sedikit kekok, kerana saya hanya rakyat marhaen biasa sahaja. Saya tertanya-tanya juga, adakah saya di acara yang betul? Kerana biasanya, acara yang saya sertai hanya duduk di kerusi plastik sahaja.
Walaupun saya tidak pernah membaca sehingga habis buku Prof. al-Attas, saya ada membeli buku tulisan beliau bertajuk Islam and Secularism. Saya cuba membacanya, namun di bahagian awal, ketika mula menyelak naskah tersebut, saya terus dibawa ke dalam pertikaian akademik oleh Prof. al-Attas dengan orang lain. Ini membuatkan saya turned-off dan tidak menyambung bacaan. Mungkin sepatutnya saya bersifat lebih terbuka dan tidak cepat berputus asa. Selepas ini mungkin saya akan cuba menyambung bacaan.
Majlis bermula dengan ucapan perdana menteri, Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa Prof. al-Attas merupakan guru besar bangsa dan kemudian mendakwa bahawa beliau merupakan anak murid Prof. al-Attas di Universiti Malaya dahulu. Ini diikuti oleh ucapan Prof. Alparslan Açıkgenç yang telah memperkenalkan pemikiran Prof. al-Attas.
Menurut Açıkgenç, pemikiran al-Attas merangkumi pemikiran logik dan supra-logik yang membentuk sistem falsafahnya. Sistem ini merangkumi hal-hal ontologi, kosmologi, dan lain-lain termasuklah hubungan covenental manusia dan Tuhan. Syarahan al-Attas bagi Açıkgenç tidak hanya bersifat intelektual tetapi turut bersifat spiritual. Dalam menghadam pemikiran al-Attas, bagi Açıkgenç, penyakit yang paling besar yang menjalari umat Islam hari ini adalah kerosakan ilmu (corruption of knowledge) yang membawa kepada loss of adab.[5]
Selepas dua ucapan ini, barulah Prof al-Attas dibawa ke atas pentas, proses membawa beliau ke atas pentas ini agak lama juga kerana usianya yang sudah lanjut dan perlu ditolak menggunakan kerusi roda. First impression saya, saya dapati Prof. al-Attas agak garang, beliau menyuruh beberapa lampu ditutup kerana menganggu penglihatannya, dan juga ada sesuatu yang menganggu kakinya menyebabkan beliau sakit ketika susunan kedudukan beliau dilakukan.[6] Pada peringkat awal juga kedengaran suara beliau agak perlahan dan uzur, namun setelah beberapa ketika, mikrofon diperbetulkan dan Prof. al-Attas juga kedengaran lebih bertenaga.[7] Ketika memulakan ucapan, beliau berulangkali meminta maaf kerana tidak dapat mengingati bahagian salutasi yang dibekalkan kepadanya, juga beliau tidak mengingati nama dan jawatan menteri, Zamry Abdul Kadir.[8]
Prof. al-Attas memulakan syarahannya dengan menghuraikan makna “deenul haq”. Perkataan al-Haq menurut beliau membawa dua maksud iaitu kebenaran (truth) dan benar (true). Beliau kemudian menghuraikan tentang apakah itu “deen” dan juga tentang perbezaan konsep ketuhanan dalam Islam dan fahaman lain. Diterangkan tentang bagaimana konsep ini berubah apabila berlalunya zaman oleh kerana manusia perlu memahami lebih banyak perkara.
Menurut Prof. al-Attas, “millah is the prelude to the deen”. Deen ini disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW yang telah membawa konsep Tuhan yang bersifat universal, bukan konsep Tuhan yang bersifat tribal, nasional, atau mitologikal. Menurut beliau lagi, walaupun kita melihat banyaknya agama-agama, kekufuran itu hakikatnya merupakan satu perkara yang sama. Prof. al-Attas mengkritik penafsiran Seyyed Hossein Nasr di dalam The Study Quran yang disifatkan beliau sebagai satu penafsiran yang berbahaya.
Melalui kajiannya, Prof. al-Attas berpandangan bahawa nabi-nabi sebelum ini belum lagi Muslim sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Namun mereka berdoa untuk menjadi Muslim. Beliau berhujah bahawa perkataan “Muslim” itu tidak ditemui dalam vokabulari Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an juga mendapati bahawa nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW berdoa untuk menjadi Muslim tetapi mereka tidak disebut sebagai Muslim. Hanya selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW, mereka menjadi Muslim, beliau menyebut:
“Muhammad came and confirmed this Muslim covenant”.
Prof. al-Attas telah membangkitkan persoalan sama ada perkataan “aslama” itu wujud pada zaman awal dalam pembendaharaan kata bahasa Arab terutamanya dalam bidang agama. Bagi beliau, kebolehan beliau untuk bertanyakan soalan ini adalah melalui ilham yang diterimanya. Setelah melakukan kajian, beliau mendapati perkataan ini tidak wujud dalam bahasa Arab kuno. Menurut Prof. al-Attas, Allah yang menjadikan seseorang itu Muslim, ia bukanlah proses yang bersifat gradual seperti yang difahami oleh penafsiran biasa. Tetapi tentulah ada syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk menjadi Muslim, syarat-syarat ini boleh kita ketahui dari ayat-ayat al-Qur’an.
Dalam syarahannya juga, Prof. al-Attas menegaskan bahawa asal-usul manusia bukanlah dari monyet, tetapi dari Allah yang telah memulakan segala-galanya. Selain itu, beliau juga menyentuh tentang persoalan bahasa. Perkataan “Allah” misalnya, bukan merupakan kata yang wujud dari bahasa manusia, ia bukan berasal dari perkataan “ilah”. Dalilnya adalah dari ayat al-Qur’an dari Surah Taha ayat ke-14. Bahasa menurut Prof. al-Attas boleh dibahagikan kepada beberapa sifat. Pertamanya yang bersifat umum disebut sebagai lughoh. Kemudian bersifat percakapan dan disebut sebagai lisan.[9] Ketiga adalah bahasa yang berbentuk kalam, yang merupakan ucapan berdasarkan logik dan mempunyai tujuan. Prof. al-Attas juga menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan al-Baydawi yang menafsirkan al-Qur’an berdasarkan tatabahasa (grammatical).
Walaupun saya merasakan first impression saya terhadap Prof. al-Attas adalah sebagai orang yang garang, dalam syarahannya saya juga mendapati beliau merupakan seseorang yang merendah diri. Banyak ketika beliau meminta maaf jika beliau terlupa akan satu perkara. Perkara ini merupakan perkara yang baik, kerana ada sebahagian sarjana yang tidak akan meminta maaf di pentas umum kerana takut akan aura autoritinya akan hilang. Di penghujung syarahan beliau, Prof. al-Attas memohon maaf kepada hadirin atas segala kesilapannya dan juga perkara-perkara yang beliau tidak ingati (lupa).
Sebenarnya ada lagi ulasan dan rumusan syarahan yang lebih lengkap dan teratur, namun di dalam tulisan ini, saya sekadar membahaskan apa yang sempat saya tangkap dan faham sahaja.[10] Perkara ini dilakukan bagi menunjukkan level kefahaman saya dalam subjek ini yang tidak terlalu tinggi dan mendasar.
Penutup
Saya tertanya juga apakah kegunaan penafsiran terhadap perkara-perkara harfiah ini. Dalam diskusi pasca-syarahan saya bersama Izzuddin Khalis, beliau menerangkan bahawa sebenarnya perbahasan seperti ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Terutamanya dalam menolak hujah dan teori Orientalis yang menyatakan Islam sebagai hanya sebuah agama dari banyak agama-agama yang berkembang dalam sejarah manusia. Dengan perbahasan ini, ia dapat menjadi hujah yang meletakkan Islam sebagai agama yang benar dan bukan berkembang seperti berkembangnya agama-agama yang lain.
Walaupun saya tidak begitu berminat dengan perbahasan falsafah sufi, namun ada juga perbahasan-perbahasan Prof. al-Attas yang mempunyai silangan dengan bidang sejarah. Bahagian ini mungkin lebih dekat dengan saya dan menarik untuk saya baca dan tekuni dengan lebih lanjut. Walaupun saya bukan peminat, pengkagum, atau pengikut pemikiran Prof. al-Attas, saya kira wajar juga saya tuliskan catatan saya sebagai pandangan dari orang luar, kerana mungkin akan ada aspek-aspek yang tidak akan dicatatatkan oleh pengikutnya. Perkara ini bagi saya penting sebagai satu sudut pandang rujukan di masa hadapan.
Penghargaan
Saya ingin merakamkan penghargaan buat sahabat saya Mohd Shafiq bin Abas yang telah mengajak saya untuk menyertai syarahan ini.
[1] Nota tepi di kulit buku Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan. (terjemahan oleh Khalif Muammar A. Harris). Penerbit UTM Press dan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), 2025.
[2] Perjumpaan bertarikh 23 Januari 2025 bersamaan 23 Rejab 1446.
[3] Pertemuan di Kajang pada 26 Januari 2025 bersamaan 26 Rejab 1446.
[4] Syarahan bertajuk Extempore speech on “Islam: The Covenants Fulfilled” oleh Royal Laureate Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas pada 26 Januari 2025 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.
[5] Huraian ucapan Alparslan Açıkgenç berdasarkan nota catatan peribadi saya.
[6] Terdengar beliau menyebut “eh, what is that, hurt my leg!”.
[7] Pada peringkat awal, saya takut juga, kerana saya fikir keuzuran mungkin menyebabkan syarahan beliau sukar di dengari dan difahami. Namun setelah beberapa ketika, ucapannya jelas dan terang.
[8] Beliau menyebut “I’m so sorry, I can’t remember, this paper you given me”.
[9] Contoh bentuk lisan ini dapat difahami melalui kitab Ibnu Manzur iaitu Lisanul Arabiy.
[10] Untuk rumusan yang lebih lengkap, rujuk misalnya tulisan yang dihasilkan oleh Naqiuddin Said di laman Facebooknya. Lihat pautan.
Naquib-al-Attas-Kritikan-Pengalaman-dan-SyarahanDownloadThe post Naquib al-Attas: Kritikan, Pengalaman dan Syarahan appeared first on The Independent Insight.
January 10, 2025
Book Review : Voyage to the Great Indies (1644 – 1651)

Most history reads like a collection of facts, but sometimes they can come as puzzles. The latter can be described in my latest read, a book entitled Voyage to the Great Indies by Jean Guidon de Chambelle. Jean came from a wealthy and noble family in Paris. Somehow, there was a major turning point in his life that made him sign a five-year contract as a musketeer to serve the United Dutch India Company (VOC). Like many explorers of the time, he documented his experience sailing from Amsterdam to Malacca between 1644 and 1651.
Interestingly, it seems he did not include his name on the journal, which led to the manuscript being considered an “anonymous document.” It was shelved and forgotten in the national archives. The journal later came to light when Dirk Van der Cruysse, a Belgian historian with a special interest in the VOC, resolved the case and identified the mysterious author in 2003. Even so, the journal still holds many unsolved mysteries. In 2021, Phillip Mauran, a French historian, discovered a different record in the Paris Notaries Central Minute-Record, uncovering the large network of de Chambelle’s relatives—specifically his family’s role as Parisian Protestants.
Despite this, the journal can be considered an important document that offers a better understanding of what it was like to live in Malacca in the 17th century. When we discuss a historical document, we must first ask and validate: Who wrote it? When and where was it written? Why does it exist in the first place? In this case, it was written by a Parisian who one day decided to travel thousands of miles from home to serve as a mercenary—not for gold or glory but to tell the story in a truthful manner. This is what de Chambelle reminds the reader several times at the beginning of his journal. We can consider this journal an unbiased record, not written by the Dutch, Malay, or Portuguese—parties that all had their own interests in Malacca during that time.
This journal can be separated into four sections: the voyage from Europe to Asia, the living experience in Batavia (modern-day Jakarta), life in Malacca, and the return voyage to Holland. However, don’t expect this journal to be an extensive documentation of his journey, as I felt de Chambelle’s writings do not align with the years he spent in Asia. He only recorded the most significant and interesting events that happened in Batavia and Malacca. Even so, he described places he never visited during his stay. For example, regarding the Kingdom of Acquin (Acheh), he told the story of an ambassador sent by the General to visit the Sultana Taj ul-Alam Safiatuddin Syah (the ruler of Acheh) for a peace treaty. During the visit, the ambassador broke the country’s law, which stated that no one should look at the Sultana’s face. The ambassador and his escorts were seized, forced to prostrate before an elephant, and left waiting to be executed by trampling.
I found no exaggerated facts in this book, which is a good sign. However, it is still a journal with flaws. There are some words that cannot be translated (possibly translation from Malay or Javanese words transition into French). Overall, it is an interesting read.
The post Book Review : Voyage to the Great Indies (1644 – 1651) appeared first on The Independent Insight.
January 5, 2025
Reviu Filem – Napoleon

Baru-baru ini saya menonton filem yang berjudul Napoleon yang disiarkan di Apple TV. Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2023. Perkara pertama yang menarik minat saya ialah pelakon yang memainkan watak Napoleon itu adalah Joaquin Phoenix, yang sebelum ini membawa watak Commudus dengan baik di dalam filem Gladiator.
Filem ini dimulakan dengan hukuman mati secara guillotine yang dijatuhkan pada Louis XVI dan Marie Antoinette selepas revolusi Perancis. Napoleon pada ketika itu yang merupakan kapten pasukan artileri Perancis telah diberikan tanggungjawab oleh Jeneral Jean-Baptiste Certaux untuk memimpin pasukan artileri dalam Pengepungan Toulon. Siri peperangan ini amat penting bagi mengekang pemberontakan awam yang masih setia dengan monarki Perancis dan juga untuk menghentikan campur tangan kuasa luar seperti British supaya misi Revolusi Perancis mampu diteruskan. Tambahan pula pada ketika itu, Toulon merupakan pangkalan tentera laut terpenting kerana menempatkan kapal perang Perancis yang banyak. Napoleon dan tenteranya berjaya menawan semula Toulon dan sekaligus dilantik sebagai Brigadier Jeneral di usia 24 tahun.
Struktur politik Perancis pada masa itu pula masih belum stabil sepenuhnya. Maximilien Roberspierre dilihat menggunakan pengaruhnya di Tribunal Criminel secara autokratik terutamanya di fasa “Reign of Terror”. Ribuan rakyat jelata yang dituduh sebagai loyalist dan aristokrat telah dipenjara dan dijatuhkan hukuman mati. Rakyat Perancis mula tidak berpuas hati dan Roberspierre kehilangan sokongan sehinggakan beliau membuat cubaan membunuh diri dengan menembak kepalanya namun tidak berjaya ketika berlakunya kudeta parlimen. Beliau lalu dijatuhkan hukuman mati secara guillotine, menandakan berakhirnya fasa “Reign of Terror”.
Napoleon terus melebarkan sayap pengaruhnya bila dilantik sebagai Konsul Pertama selepas rampasan kuasa 18 Brumaire. Antara misi terpenting beliau ketika itu adalah untuk mendapatkan sokongan negara luar. Armand de Coulaincourt di hantar sebagai duta untuk memujuk Tsar Alexander I untuk mendapatkan sokongan Russia, manakala Charles de Talleyrand pula berjaya memeterai perjanjian damai melalui Perjanjian Luneville.
Di pertengahan filem, Napoleon digambarkan ditabal menjadi Raja Perancis berkitar hanya kerana beliau dianggap pemerintah kelas rendah, dan tidak dianggap pemerintah yang sah oleh British. Ini merupakan salah satu kelemahan plot filem ini kerana sewaktu Napoleon berperanan sebagai Konsul Pertama, beliau dianggap telah melakukan tugas itu dengan baik. Pada pandangan saya, sebab utama Napoleon ditabal menjadi raja adalah untuk menangani masalah politik dalaman Perancis yang masih berpecah. Dengan cara mengembalikan figura seorang raja dengan cara plebisit (undian), maka Perancis akan lebih bersatu kerana keputusan itu adalah keputusan majoriti.
Antara kelemahan lain yang terdapat dalam filem ini adalah Pertempuran Austerlitz – siri peperangan yang memperkenalkan Napoleon sebagai seorang taktikal perang yang hebat tidak ditonjolkan. Disamping itu, filem ini banyak memfokuskan kisah peribadi Napoleon dan isterinya, Josephine.
Di penghujung filem, Napoleon telah dibuang negara buat kali kedua di sebuah pulau kecil bernama St. Helena oleh pihak British dengan menggunakan kapal HMS Northumberland. Cuma kehidupan beliau di pulau ini hanya ditunjukkan pada beberapa minit terakhir. Ada beberapa peristiwa menarik yang boleh dimuatkan untuk membuatkan penonton lebih faham bahawa kehidupan Napoleon di St. Helena telah mendapat layanan yang tidak setimpal dengan statusnya sebagai raja Perancis.
The post Reviu Filem – Napoleon appeared first on The Independent Insight.
December 24, 2024
Bercakap Cakap Dengan Sunyi: Membaca Diari Zakaria Ali

Diari saya kira merupakan satu penulisan yang mengasyikkan. Berbeza dengan penulisan akademik yang biasanya menghilangkan diri si penulis, diari meletakkan penulis di tengah-tengah penulisannya. Maka nilai dan aura keinsanan itu sentiasa kuat dalam penulisan diari. Pembaca tidak membaca satu penulisan yang terpisah atau terawang-awangan, sebaliknya pembaca membaca dengan dekat perihal peribadi penulis itu, malah sebenarnya pembaca sedang memasuki alam peribadi si penulis, memahami dunianya dari dalam.
Diario de Mexico tulisan Zakaria Ali yang berjaya saya habiskan pada penghujung 2024 ini merupakan buah tangan yang saya dapatkan dari Tokosue, sebuah kedai buku kecil mandiri di Wisma Central, Kuala Lumpur yang menjual buku-buku dan karya seni yang jarang boleh didapati di gedung-gedung buku besar.[1] Tulisannya bersahaja dan segar.
Saya ada menulis sedikit catatan awal perihal buku ini ketika mula membacanya.[2] Di mana dalam catatan awal ini, saya merasakan kembara Zakaria Ali di Mexico pada zaman 70-an itu merupakan kembara di zaman emas para pelajar Malaysia mengembara di dunia. Vibe kembaranya persis vibe dalam buku Kembara Darus Senawi 1963 yang mencatatkan pengembaraan Ustaz Darus Senawi ke Mesir menaiki kapal laut pada 1963.[3] Membaca kembara orang dulu-dulu ini menarik kerana susah payah kembara pada zaman tersebut sangat real. Zaman tersebut belum ada teknologi pengangkutan dan komunikasi canggih dan selesa seperti yang wujud pada hari ini. Oleh itu jerih payah pengembaraan itu boleh kita telusuri dalam aksara-aksaranya. Tetapi di celah-celah kesusahan itu, pasti diselitkan juga manisnya di mana.
Sebagai seorang seniman, Zakaria Ali merasakan imej dan gambar itu lebih meninggalkan kesan yang lama kepada manusia berbanding baris-baris aksara.[4] Saya merasakan perkara ini ada benarnya, namun tidak semua manusia itu mempunyai bakat meninggalkan perasaan dan pengalaman melalui imej dan lukisan. Oleh itu, dalam banyak hal, medium penulisan masih merupakan medium terbaik untuk meninggalkan perasaan dan pengalaman. Jika dikatakan bahawa penulisan itu tidak dapat meninggalkan pengalaman dan perasaan yang tepat kerana ia terdedah dengan tafsiran, imej dan lukisan juga pada perkiraan saya dimaknai dengan berbeza apabila ia dinikmati oleh insan yang berbeza. Dalam kata lain, imej juga tidak terlepas dari tafsiran dan subjektiviti. Walaupun imej dan aksara itu sentiasa terdedah pada tafsiran, saya merasakan kita semua perlu meninggalkan pengalaman dan perasaan kita, baik dalam bait atau imej, kerana kita juga sebenarnya sebahagian dari sejarah. Penulis diari bagi saya merupakan homo historikus, iaitu seseorang yang mempunyai kesedaran sejarah, dengan meninggalkan penulisannya, mereka akan menjadi sebahagian dari sejarah.[5]
Bias & Prejudis: Peribumi Dari Kacamata Luar
Dalam diari ini, Zakaria Ali sejak dari awal melihat orang-orang Mexico dalam kanta yang negatif. Orang-orangnya dilabelkan dengan pelbagai label yang tidak baik seperti “penyangak”, keadaan negaranya juga dianggap tidak stabil dan dibimbangi dengan keberadaan bandidos dan juga hantu-hantu revolusioner.[6] Selain itu, mereka juga ditulis sebagai “beruk-beruk berlagak macho dari Puebla” dan juga “gengster olok-olok”.[7] Membaca deskripsi negatif yang dilontarkan kepada masyarakat peribumi ini memperingatkan saya perihal penulisan kolonial yang begitu prejudis terhadap masyarakat peribumi di Tanah Melayu pada satu ketika dahulu. Orang Melayu dikatakan sebagai pemalas dan sistem pemerintahan mereka dikatakan mundur, terkebelakang, dan feudal. Mungkinkah ini sememangnya fitrah penulis luar apabila menganalisa masyarakat yang berbeza darinya? Saya merasakan setiap masyarakat itu pastilah ada elemen-elemen jahat dan juga negatifnya, dalam masa yang sama, pasti juga ada elemen positif dan baik didalamnya.
Dalam masa yang sama, saya sedar bahawa deskripsi negatif yang dilontarkan oleh Zakaria Ali kepada masyarakat Mexico pada tahun 1970-an itu didasari pengalaman buruknya berurusan dengan pegawai, polis, dan pekerja di sana. Misalnya, beliau menceritakan perihal begitu susah untuk beliau mendapatkan barangan didalam peti yang dibawa bersamanya ke Mexico.[8] Walaubagaimanapun, Zakaria Ali tetap mahu dirinya di-mexico-kan, kerana untuk memahami masyarakat yang dikajinya, beliau perlulah berubah menjadi seperti mereka bagi memahami kehidupan mereka dari dalam dan dengan lebih intim. Di sini mungkin kita melihat satu nuansa yang lebih positif, walaupun Zakaria Ali tidak suka dengan kebanyakan perilaku orang Mexico, dia mahu menjadi sebahagian dari mereka dalam usahanya memahami masyarakatnya beserta seni yang dihasilkan mereka.
Selain label negatif, pemerhati luar juga akan cuba mencari persamaan antara masyarakat yang dilihat dan dianalisa dengan masyarakatnya sendiri. Misalnya ketika memperhatikan upacara keagamaan orang Indian di Mexico, Zakaria Ali melihat kekhusyukan mereka beribadat persis seperti orang-orang Melayu di surau kampung.[9] Dalam hal ini, saya teringat akan apa yang disebutkan oleh ahli sejarah E.H. Carr bahawa seseorang penulis itu adalah produk masyarakatnya, penulis itu tidak boleh dipisahkan dari masyarakat di mana dia lahir dan tumbuh.[10] Maka tidak hairanlah dalam menganalisa masyarakat Mexico, Zakaria Ali membuat persamaan-persamaan perihal apa yang dilihatnya dengan amalan masyarakatnya sendiri.
Bercakap Cakap Dengan Sunyi
Membaca diari Zakaria Ali, kita akan mendapati banyak tema-tema kesunyian di dalamnya. Misalnya, apabila beliau mendaki Gunung Popo di Mexico, permandangannya mengingatkannya pada kesunyian seperti uzlah Nabi Muhammad di Gua Hira. Keindahan permandangan Gunung Popo juga bagi Zakaria Ali telah mempengaruhi Tamadun Aztek yang pernah berdiri di Mexico. Aspek kesunyian bagi Zakaria Ali merupakan sarana bagi manusia untuk mengenali Ilahi.[11] Saya sangat bersetuju akan hal ini, saya sendiri merasakan kesunyian itu adalah teman baik kepada penulis.[12] Malah, jika kita membaca tulisan falsafah seperti The History of Hayy Ibn Yaqzan karya Abu Bakr Ibn Tufail, kita akan mendapati tema kesunyian itu mendapat peranan yang besar dalam pembangunan insan dan kembaranya dalam memahami kehidupan. Kesunyian yang disebut sebagai solitude diangkat oleh Ibn Tufail sebagai metod untuk bertafakkur dan berfikir bagi mencapai ilmu yang tertinggi.[13] Jadi tidak hairanlah dalam diarinya, Zakaria Ali juga mengangkat kesunyian sebagai penemannya di Mexico, kesunyian yang mengubati kesedihan.[14]
Selain menulis perihal observasi dan juga kehidupannya di Mexico, Zakaria Ali juga kerap di dalam diarinya membincangkan kepentingan menulis diari itu sendiri. Bagi beliau, diari adalah dirinya yang satu lagi, sebuah diri yang muncul bagi mencari ketenangan.[15] Perkara ini saya kira sangat dekat dengan pengalaman peribadi saya sendiri. Sering kali penulisan itu menjadi jalan keluar saat minda terasa berat. Dengan menulis, segala kekusutan minda turut terlerai bersama tinta-tinta yang terbit. Namun apabila saya menyelak diari Zakaria Ali, tidak semua hari ditulis apa yang berlaku di dalamnya walaupun beliau ada menyatakan bahawa beliau berusaha menulis diari hampir setiap hari. Kemungkinan besar, sebahagian dari diari ini telah ditapis dan tidak diterbitkan secara keseluruhan.
Selain menulis, Zakaria Ali juga merakamkan kenikmatan kesunyian mengembara. Kesunyian yang hadir dari pengembaraan bagi beliau mempunyai kualiti yang berbeza.[16] Menghasilkan kehidupan yang lebih berona dan tidak hanya berputar dalam rutin-rutin yang sama. Perkara ini saya kira hanya dapat dirasai oleh mereka yang mengembara, mereka sahaja yang akan merasai nikmat kesunyian ini. Kembara juga sebenarnya melahirkan pelbagai perasaan dan pemikiran, disebabkan itulah kita melihat terhasilnya begitu banyak buku-buku travelog. Penghasilan travelog ini bagi saya merupakan bukti tentang bagaimana kesunyian dalam pengembaraan itu melahirkan satu kenikmatan yang akhirnya dirasakan begitu penting hingga ia ditulis dan dibukukan.
Diari Zakaria Ali ini merupakan diari yang ditulisnya ketika dia menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam sejarah seni, oleh sebab itu, renungan kesunyiannya juga memuatkan renungan-renungan seninya. Beliau menulis perihal pandangan dan perasaannya apabila dapat meneliti karya seni. Juga petikan dari kata-kata seniman seperti Jose Clemente Orozco yang jujur mengatakan bahawa hidupnya tidak mengandungi hal-hal luar biasa, sebaliknya dia hanya seorang pelukis yang mengambil peluang untuk belajar melukis dan mempraktikkan seninya. Bagi Zakaria Ali, ungkapan ini menjadikan Orozco sebagai seorang seniman yang jujur.[17]
Penutup
Diari Zakaria Ali perihal kelananya di Mexico ini bagi saya merupakan karya yang enak dibaca. Renungan-renungannya jujur, mungkin terlalu jujur dan boleh jadi disalah sangka. Terutamanya kejujuran beliau dalam mengkritik orang-orang Mexico yang memberikan beliau pengalaman yang kurang senang di sana. Renungan-renungan kesunyian di dalam diari ini juga bagi saya sangat dekat dengan jiwa penulis. Maka bolehlah saya simpulkan bahawa kesunyian itu adalah teman baik bagi seorang penulis.
BibliografiCarr, E. (1964). What is History. Penguin Books.
Darus Senawi, & Izzat Ibrahim. (2021). Kembara Darus Senawi 1963. Kasi Terbit.
Ibnu Tufail, A. (2020). The History of Hayy Ibn Yaqzan (Translated by Simon Ockley and with introduction by Bakhtyar Husain Siddiqi). Islamic Book Trust, 2020.
Syed Ahmad Fathi. (2022). Memahami Falsafah Kehidupan Dari Allegori Hayy Ibn Yaqzan Karya Ibnu Tufail. Academia Book Review.
Syed Ahmad Fathi. (2024). Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia. Petaling Jaya: Cakna.
Syed Ahmad Fathi. (2024, Disember 24). Kesunyian Adalah Teman Baik Penulis. Meniti Jambatan Masa.
Syed Ahmad Fathi. (2024, Disember 15). Memori Permusafiran & Pembacaan di Celahannya. Meniti Jambatan Masa.
Zakaria Ali. (2019). Diario de Mexico. Kota Bharu: Kedai Hitam Putih.
[1] Zakaria Ali. Diario de Mexico. Kedai Hitam Putih, 2019.
[2] Catatan awal ini boleh dilihat di posting bertajuk “Memori Permusafiran & Pembacaan di Celahannya”. Meniti Jambatan Masa, 15 Disember 2024. Pautan: https://bersamakepuncak.blogspot.com/2024/12/memori-permusafiran-pembacaan-di.html
[3] Darus Senawi dan Izzat Ibrahim. Kembara Darus Senawi 1963. Kasi terbit, 2021.
[4] Zakaria Ali. Diario de Mexico., hlm. xvi.
[5] Kupasan lebih lanjut perihal manusia sejarah ini telah saya kembangkan dalam buku saya yang bertajuk Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia. Cakna, 2024.
[6] Zakaria Ali. Diario de Mexico., hlm. 9-10.
[7] Ibid., hlm. 156.
[8] Ibid., hlm. 19.
[9] Ibid., hlm. 83.
[10] E.H. Carr. What is History? Penguin Books, 1964. Lihat terutamanya hlm. 35-55 dalam bab “Society and the Individual”.
[11] Zakaria Ali. Diario de Mexico., hlm. 47.
[12] Getusan perihal peranan kesunyian kepada penulis ada saya notakan dalam penulisan bertajuk “Kesunyian Adalah Teman Baik Penulis”. Meniti Jambatan Masa, 24 Disember 2024. Pautan: https://bersamakepuncak.blogspot.com/2024/12/kesunyian-adalah-teman-baik-penulis.html
[13] Rujuk Abu Bakr Ibn Tufail (terjemahan Simon Ockley). The History of Hayy Ibn Yaqzan. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2020. Buku ini ada saya huraikan dengan lebih mendalam dalam artikel yang bertajuk “Memahami Falsafah Kehidupan Dari Allegori Hayy Ibn Yaqzan Karya Ibnu Tufail.” Academia Book Review, 2022.
[14] Zakaria Ali. Diario de Mexico., hlm. 74.
[15] Ibid., hlm. 88.
[16] Ibid., hlm. 120.
[17] Ibid., hlm. 158.
Bercakap-Cakap-Dengan-Sunyi-Membaca-Diari-Zakaria-AliDownloadThe post Bercakap Cakap Dengan Sunyi: Membaca Diari Zakaria Ali appeared first on The Independent Insight.
December 7, 2024
Bagaimana Inggeris membentuk naratif sejarah melalui penulisan?

Antara sumber sejarah yang terawal dan didokumentasikan dengan baik di negera ini adalah dari sumber penulisan dari golongan kolonial Inggeris. Sumber-sumber ini boleh didapati dalam bentuk laporan, dokumen rasmi kerajaan dan juga jurnal peribadi. Kemajuan Barat dalam penulisan secara tidak langsung membentuk satu naratif sejarah yang digunapakai oleh orang ramai sehingga hari ini. Namun pernahkah kita terfikir mengapa mereka mempunyai rekod yang begitu hebat sejak dari kurun ke-15 sedangkan kita juga pada waktu itu sudah mempunyai sistem penulisan? Berikut adalah berberapa sebab mengapa pihak kolonial Inggeris begitu minat menulis dan merekod jurnal.
Peningkatan tahap literasi dan pendidikan
Pada abad ke-16 dan ke-17, kadar literasi di Inggeris telah meningkat dengan mendadak. Antara faktor utama yang memacu peningkatan ini adalah penemuan mesin cetak pada abad ke-15. Bahan bacaan lebih mudah untuk dicetak dan diakses oleh masyarakat Inggeris. Institusi pembelajaran telah menyelaras buku-buku sekolah dengan lebih mudah dan dengan kos yang lebih murah, melahirkan lebih ramai golongan yang mampu membaca dan menulis. Menulis jurnal pada ketika itu menjadi satu cara untuk mengasah kemahiran literasi.
Amalan keagamaan dan kerohanian
Penulisan jurnal juga menjadi salah satu cara yang diterapkan oleh institusi gereja pada waktu itu untuk tujuan refleksi diri. Golongan-golongan yang berkhidmat di bawah gereja digalakkan untuk merekod perjalanan rohani mereka dalam jurnal peribadi. Ini termasuklah tentang merenung perkembangan moral dan agama, atau pengakuan diri dan disiplin dalam beragama.
Selain itu, golongan Puritan dari fahaman Kristian Protestan memberikan tekanan yang kuat kepada ahli mereka dalam proses introspeksi diri. Bagi mereka, setiap individu perlu menulis setiap kesalahan mereka yang bertentangan dengan aliran agama demi menjamin kesucian jiwa mereka.
Aliran pemikiran dan falsafah
Kebangkitan humanisme dan Renaisans pada abad ke-16 telah menghidupkan kembali minat penulisan klasik dikalangan masyarakat Inggeris. Idea-idea tentang individualisme, subjektiviti dan ekspresi peribadi semakin berkembang, banyak diperbahaskan dalam penulisan-penulisan ahli falsafah Inggeris seperti John Locke dan George Berkeley. Tidak hanya terhad kepada penulis dari Inggeris, antara penulisan yang dibaca dengan meluas pada ketika itu adalah karya seorang ahli falsafah Perancis, Michel de Montaigne yang mana eseinya mempengaruhi pemikiran masyarakat Inggeris untuk mewujudkan penulisan berkonsep eksplorasi diri atau jurnal.
Evolusi dunia sains
Pada abad ke-17, dunia sains mengalami evolusi yang cukup besar di dunia barat. Kaedah saintifik menjadi semakin kukuh dan ramai ahli sains dan pemikir seperti Sir Isaac Newton dan Robert Hooke mula mendokumentasikan penemuan mereka dengan sangat terperinci didalam jurnal mereka. Kaedah merakamkan pemikiran peribadi ini menyumbang kepada tabiat menulis untuk tujuan saintifik. Seiring dengan kemajuan saintifik ini juga, masyarakat diterapkan dengan amalan memerhati dan mendokumentasi sosiobudaya dan alam semula jadi lebih-lebih lagi jika berada di tempat baharu yang dilakukan oleh pihak kolonial di negara kita
Perubahan politik dan sosial
Pada tempoh abad ke-16 dan ke-17, England mengalami kekacauan politik yang besar. Perang saudara yang berlaku pada ketika itu antara Parlimen Long dan Raja Charles I, diikuti pula dengan perang antara Parlimen Rump dan Raja Charles II telah berlarutan selama 9 tahun. Selepas sesi peperangan yang panjang, Revolusi Glorious pula terjadi yang melihatkan penggulingan Raja James II dari takhta England oleh kerabat Orange-Nassau.
Tempoh masa yang kritikal ini membuatkan sesetengah individu merekod segala peristiwa yang berlaku dalam jurnal peribadi masing-masing. Mereka juga mula meluahkan pendapat mereka tentang politik dan perubahan sosial yang berlaku pada ketika itu dalam bentuk penulisan. Ini merupakan satu usaha mereka untuk memelihara peristiwa sejarah yang berlaku kerana penyebaran berita dalam bentuk lisan sangat perlahan dan tidak terjamin keasliannya.
Etika sosial dan golongan intelektual
Masyarakat Inggeris ketika itu telah terpecah dalam beberapa kelompok. Golongan bangsawan dilihat sebagai golongan yang harus dihormati dan intelektual. Menulis jurnal ketika itu menjadi salah satu cara mereka untuk membuktikan status sosial mereka dalam masyarakat.
Dalam pada masa yang sama, golongan wanita pula menjadikan penulisan jurnal sebagai cara mengekspresikan diri kerana peluang pendidikan formal dan peluang kerjaya profesional sering ditutup untuk mereka. Dengan menulis jurnal, golongan wanita ini merasakan mereka lebih bebas untuk mencurahkan pendapat dan menyebarkan pemikiran mereka. Disebabkan itu, lahirnya tokoh sastera dikalangan wanita seperti Anne Bradstreet dan Lady Mary Montagu.
The post Bagaimana Inggeris membentuk naratif sejarah melalui penulisan? appeared first on The Independent Insight.
November 24, 2024
Nota Wacana Kerancuan Falsafah Barat

Penulisan nota ini merupakan tulisan dan hadaman saya kepada diskusi Wacana Kerancuan Falsafah Barat yang berlangsung pada 23 November 2024 di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur anjuran Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR). Ia bukanlah transkrip verbatim kepada perbincangan yang telah berlangsung. Ia juga tidak merangkumi segala yang diperkatakan secara syumul dan menyeluruh, ada bahagian dalam perbincangan yang tidak dirakamkan mungkin kerana penulis terleka, termenung atau sedang micro-sleeping. Nota-nota ini juga mengandungi huraian penulis yang telah dicampur adukkan dalam usaha penulis untuk cuba memahami maudhuk kompleks yang diperbahaskan oleh para pembentang. Untuk tujuan kejelasan, bahagian yang ditokok-tambah oleh penulis akan dimulakan dengan kata “saya”. Pada mulanya tokok tambah ini dimuatkan di dalam teks, tapi untuk mengelak kekeliruan berpanjangan sehingga beratus tahun akan datang, kebanyakannya telah dipindahkan ke nota kaki. Nota ini tidak boleh dianggap sebagai kata-kata asal yang datang dari pembentang. Untuk mengetahui apakah kata-kata asal pembentang, para pengkaji disarankan untuk merujuk kepada video rakaman wacana.[1] Di akhir nota ini, penulis akan merakamkan rumusan penulis sendiri, rumusan yang dimuatkan bukanlah rumusan yang dibuat oleh pihak penganjur atau pembentang, tetapi adalah hasil hadaman penulis nota ini. Akhirul kalam, moga nota ini sedikit sebanyak menyumbang kepada khazanah falsafah pemikiran baharu umat akhir zaman.
Pengerusi Majlis
Ustaz Firdaus
Kerancuan falsafah Barat bukan satu perkara yang baharu. Prof. Naquib al-Attas misalnya pernah membahaskan persoalan sekularisme.[2]
Ucapan Pembukaan Majlis
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani, Pengarah Pemikir
Generasi pemikir baharu perlu kepada intelectual circle baharu. Perlu reformasi baharu dalam ummah. Abdul Rahman Azzam mengatakan kebangkitan Salahuddin al-Ayubi sebagai sunni revival yang dipelopori dua pemikar besar iaitu Imam Ghazali dan Nizhom al-Mulk. Oleh itu kita melihat bahawa perubahan umat itu mempunyai dasar intelektual. Kita mahu mematangkan pemikiran berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dan isu yang menjalari umat pada hari ini. Tema besar perbincangan wacana kali ini ialah falsafah ilmu. Kita akan cuba simpulkan wacana ini dengan beberapa nota asas.
Kerancuan Falsafah Barat: Satu Penelitian Semula
Ustaz Mohd Suhail Sufian, Felo Pemikir
Peristiwa sejarah yang disepakati ialah penjajahan fizikal, aqidah, dan pemikiran. Persoalannya, selepas penjajahan ini, adakah kita menjadi diri kita yang sebenar? Selepas berlakunya penjajahan, ada golongan yang menerima sepenuhnya pemikiran Barat, mereka ini digelar oleh Amerika Syarikat sebagai moderate Muslim. Ada juga golongan yang menolak sepenuhnya kemasukan pemikiran Barat, dan cuba membangunkan negara mereka dalam satu model yang terpisah, contohnya Taliban di Afghanistan. Tetapi, kita juga tidak dapat menolak kemajuan yang dibawa Barat kepada dunia.
Pendirian Islam mestilah adil. Kita lihat dalam sirah sendiri, Rasulullah tidak menolak semua apa yang ada dalam Arab Jahiliyah apabila beliau datang membawa risalah Islam. Namun, kita tidak boleh juga mengambil semua dari Barat itu secara keseluruhan. Jika kita telan kesemuanya, apakah yang akan terjadi kepada nilai akidah, syari’at dan tasawwur Islam? Persoalan yang perlu kita jawab pada hari ini ialah:
Adakah pemikiran Barat ini berdasarkan paksi akal yang mutlak?Adakah ia lahir dari progres sains sahaja?Barat melawan gereja dan merasakan manusia boleh menentukan nasib mereka sendiri. Manusia menurut Barat boleh menggunakan “ratio” untuk mengukir takdir mereka. Perkataan yang digunakan ulama’ dalam melabel kekeliruan pemikiran Barat adalah al-tahafut, istilah ini tidak bermaksud kesesatan atau penolakan mutlak. Maka istilah yang lebih adil dalam kita bersifat dengan falsafah Barat juga bukan penolakan tetapi istilah “kerancuan” itu lebih sesuai digunakan, yang mengambarkan adanya kekeliruan dalam pemikiran mereka.
Apakah masalah kemajuan? Antaranya adalah depresi dan kenaikan harga barang, ini adalah masalah yang kita perlu selesaikan dalam kita cuba melahirkan satu pemikiran baharu yang tidak dapat diselesaikan oleh model pemikiran falsafah Barat. Dalam kita menafsir falsafah Barat, kita tidak boleh hanya menggunakan Al-Qur’an dan Sunnah, kerana berlakunya perubahan sejarah dan suasana, kita perlu menggunakan metodologi yang lebih luas dan bersesuaian. Walaubagaimanapun, Al-Qur’an dan Sunnah akan sentiasa dijadikan asas dalam metodologi kita. Ibnu Rushd misalnya, apabila menafsir Aristotle, tafsiran yang dibuat adalah secara keseluruhan, bukan sekadar memilih apa yang dirasakan betul sahaja, di sini kita melihat beliau lebih jujur dari tafsiran Barat yang selektif, metodologi Ibnu Rushd ini adalah satu penghargaan kepada penulis yang ditafsirkannya. Kerancuan falsafah Barat bukan kerana pengunaan akal secara mutlak, tetapi kerana adanya unsur lain seperti Mithraisme. Ada penyelewangan yang menyebabkan ia tidak selari dengan falsafah Islam yang bersepadu.
Kesan Modenisme Terhadap Krisis Nilai Barat
Mohd Nasir bin Mohd Tap, Kolej Dar al-Hikmah
Perbentangan ini adalah berdasarkan petikan dari buku Sekularisasi: Dari Kematian Tuhan ke Kematian Insan.[3] Lazimnya, apabila disebut moden, ia adalah satu fenomena yang diukur dengan kemajuan material. Permasalahan asas dalam moral adalah keadilan dan kezaliman, antara kezaliman terbesar adalah syirik kepada Allah. Kezaliman ini membawa bencana kepada hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Barat pada asalnya memiliki agama, pada peringkat primitif ia bersifat animisme dan dinamisme. Dari semangat ia berkembang kepada kepercayaan polytheisme dan kepercayaan dewa-dewi menurut John B. Taylor. Kepercayaan Barat kemudian berkembang lagi selepas Council of Nicaea, di mana agama Kristian menguasai Eropah. Namun agama ini mendapat kritikan daripada orang-orang Yahudi dan Islam. Kemudian lahir pula kritikan dari dalam Kristian sendiri seperti Martin Luther. Selain itu, wujud juga kritikan ahli sains dan falsafah yang merasakan konsep triniti sebagai tidak logik.[4]
Penghakisan kepada kepercayaan agama di Eropah disebabkan oleh sikap institusi gereja yang bersifat dogmatik. Gereja mendogmakan fahaman sains, padahal asalnya ia adalah fahaman yang berdasarkan kajian dan eksperimen. Auguste Comte dalam menyifatkan kehilangan agama mengatakan berlakunya perubahan dari tafsiran agama kepada tafsiran falsafah. Kemudian wujud pula idea penolakan Tuhan seperti yang ditulis oleh Voltaire dan dilihat dari munculnya idea kematian Tuhan oleh Nitzche, dari “power of will” kepada “will of power”. Hujungnya adalah peninggalan agama, tiadanya nilai yang tsabit, semuanya adalah subjektif, apa yang disebutkan sebagai zaman post-modernisme. Juga wujudnya fahaman seperti positivisme yang menganggap apa yang benar adalah apa yang boleh diukur dan dicerap sahaja.
Perlunya Dimensi Teknokratik Bagi Membendung Kesan Reduksionisme Liar
Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar, UPM
“The Great Chasm” atau jurang besar sebenarnya berlaku juga dalam bentuk diri kita sendiri dalam peringkat individu. Jika dalam kajian keselesaan dalam bangunan, keselesaan itu dipecahkan kepada suhu, kelembapan, aliran udara, pakaian – ini adalah kaedah saintisme yang bersifat reduksionis.[5] Tetapi manusia ada kebolehan adaptif. Manusia bukan mesin seperti yang difahami oleh pemikiran atomistik dan mekanistik.
Reduksionisme hanya mengukur perkara yang boleh diukur. Sains merupakan salah satu cara untuk mencari kebenaran, tetapi saintisme merupakan ideologi yang mengatakan sains adalah satu-satunya cara untuk mencapai kebenaran dan menolak metodologi lain. Reduksionisme adalah salah satu cara fikir yang relevan, namun apabila ia tidak bertuan dan tidak bertuhan, ia boleh menjadi satu bentuk keganasan dan bersifat liar.
Metod reduktionisme ini boleh kita lihat dalam aplikasi harian, Blooms taxonomy misalnya, yang memecahkan pencapaian manusia kepada domain-domain yang berasingan. Apabila diaplikasikan dalam pendidikan, ia melahirkan manusia yang tidak menyeluruh. Kita juga boleh melihat kepada apa yang disebut sebagai Mac Namara fallacy, di mana polisi dibuat berdasarkan nombor-nombor tanpa mengambil kira keadaan setempat dan strategi semasa. Masalah masyarakat tidak boleh diselesaikan dalam kepakaran-kepakaran yang terpisah tetapi mesti ada penyatuan dalam satu design thinking. Perlu kembalikan penulisan esei dan buku di universiti, kerana ia dalam sejarah berjaya menjentik dan menyentuh manusia.[6]
Saintisme Dalam Pembentukan Konsep Kebenaran Barat
Dr. Muhammad Ikhwan Azlan, UIS
Apakah definisi Barat? Satu pandangan alam tertentu berdasarkan satu proses sejarah. Walaupun dalam sejarah Barat mereka berseteru dengan Islam, ia juga dalam beberapa ketika mempunyai hubungan harmoni dengan Islam di beberapa tempat. Universiti kita juga sebenarnya dari Barat, walaupun ada institusi universiti Islam kuno, kerana rangka dan falsafahnya telah berbeza. Memahami masalah adalah sebahagian dari penyelesaian.
Barat juga tidak statik, mereka sentiasa re-invent itself. Dalam tradisi turath, tiada konsep pembahagian epistemologi kepada konsep correspondence, coherance, atau pragmatic. Banyak tokoh-tokoh Barat sebenarnya lahir dari institusi, mereka mempunyai patron. Barat juga mempunyai tradisi humanities yang kuat, dan Bible Studies mereka adalah antara bidang kajian terbesar dalam universiti mereka. Sains juga memerlukan imaginasi dan ia kadang kala dipandu oleh fiksyen. Pengislaman ilmu bukan bermaksud mengislamkan komputer, tetapi mengislamkan akal, yang merupakan unsur rohani, mengembalikan akal alam pemikiran Islam.[7]
Sesi Diskusi, Kritik Balas dan Soal Jawab
Prof. Madya Dr. Saiful Akram Che Cob
Kerancuan seolah memberi satu konotasi negatif terhadap falsafah Barat. Imanuel Kant dalam mengkritik akal budi mengatakan “wahyu menang total tatkala akal kalah mutlak”. Ada sumbangan Barat yang tidak boleh kita nafikan.
Dr. Ikhwan Azlan
Bagaimana kita hendak meng-Islam-kan semula pandangan alam (worldview)? Pandangan alam ini adalah berdasarkan akal, yang kadang kala disebut sebagai aksiom, cara kita memahami realiti. Barat bukan merujuk kepada masyarakat dan geografi, tetapi satu pemikiran tertentu. “Barat” digunakan sebagai label sahaja. Kita kena fahami semula bagaimana pandangan Islam terhadap alam. Kita juga perlu akui Barat kuat daya self-criticsim, yang perlu kita contohi.
Ustaz Suhail Sufian
Dalam kita melihat perbezaan-perbezaan pemikiran perihal ilmu yang kita rasa berlainan dan berlawanan antara satu sama lain, sebenarnya “hanya orang kurang ilmu sahaja kata lain”. Ini kita dapat lihat dalam aliran pemikiran Islam sendiri, Muktazilah misalnya merupakan frontliner dalam sejarah Islam melawan Kristian. Muktazilah mengatakan bahawa akidah Kristian merupakan satu yang mustahil mengikut akal. Dalam Al-Qur’an sendiri kita disuruh melihat alam. Salah faham kita pada konsep ilmu itu menyebabkan kita merasakan ia rancu. Sintesisnya adalah kepada falsafah ilmu. Kita akan adil pada Barat berbanding Barat terhadap diri mereka sendiri jika kita memahami falsafah ilmu sebenar.
Mohd Nasir bin Mohd Tap
Kita tidak mengikut Al-Qur’an jika kita merendahkan akal, kerana Al-Qur’an tidak merendahkan akal bahkan meninggikan akal. Akal ada hijabnya seperti yang disebut oleh Ibnu Qayyim, contoh hijab-hijab akal adalah syahwat dan kekeliruan. Muktazilah selalu disebut secara negatif sahaja, walhal ia hanya berkuasa pada tempoh singkat belasan tahun sahaja. Teori atom sebenarnya ada dalam Islam dengan tafsirannya sendiri, jadi perlu dibawa semula pengajian ilmu kalam. Kita boleh belajar misalnya dari Hassan Hanafi di Mesir tentang bagaimana kita mahu menilai Barat.
Rohaizir Abdul Rais, Pengasas Sekolah Islam Nur Al-Azhar, Port Dickson
Pelajar yang didedahkan kepada falsafah melahirkan pemikiran yang berbeza. Sains diajarkan pada peringkat awal, tanpa diketahui adanya ideologi dan falsafah Barat didalamnya oleh guru-guru yang mengajarkan sains itu. Falsafah juga perlu diajarkan kepada pelajar pada peringkat awal bagi membantu mereka menapis falsafah yang salah ini. Islamization of Knowledge itu akan menjadi dalam bentuk tempelan sahaja jika falsafah Islam itu tidak dibawa sekali dalam pendidikan.
Dr. Imran, Ahli Fizik, Universiti Malaya
Sejak Decartes, pemisahan manusia dan alam menjadi mutlak, ia diperkuatkan lagi oleh Kant. Isu falsafah hari ini menjadi isu seputar kebebasan buat manusia. Perlu mengembalikan peranan insan dalam ilmu.
Saudara Aqil
Masalah pemikir Islam, kita hanya tunjuk kerancuan pemikir dalam pemikiran Barat, tetapi kita tidak tunjuk bagaimana falsafah Barat itu contadict dengan aksiom mereka sendiri. Misalnya enlightment itu sendiri bersifat self-contradictory terutamanya dalam persoalan kebebasan.
Rumusan Oleh Para Pembentang
Dr. Muhammad Ikhwan Azlan
Self-criticism Barat tidak sampai kepada mereka menolak keseluruhan worldview mereka. Persoalan yang perlu kita rungkai adalah bagaimana kita hendak berdepan dengan Tamadun Saintifik pada hari ini? Universiti Islam dalam erti kata sebenar itu sendiri belum terjelma, kerana kita sendiri tidak faham apa yang al-Attas gagaskan.
Prof. Madya Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar
Memang penting kita mengulas dalam pemikiran dalam domain falsafah, namun perlu juga kita berbahas dengan golongan teknokrat, saintis, dan teknologis, kerana mereka yang akhirnya akan melaksanakan falsafah ini dalam susunan kehidupan harian. Jika tidak, seratus tahun lagi kita akan membahaskan benda yang sama.
Mohd Nasir bin Mohd Tap
Islam sudah deal dengan tamadun luar sejak sekian lama. Kita tidak boleh jadi seperti golongan tradisionalis yang menjadikan Barat seperti mambang yang perlu kita jauhi, kita juga tidak boleh peluk, cinta, dan menyatu dengan falsafah Barat. Tetapi kita perlu menilai mereka dengan adil.
Ustaz Mohd Suhail Sufian
Jika kita keluar dengan 10 pandangan yang berbeza, maka itu adalah perkara yang biasa. Kita mahu wujudkan satu platform tempat kita boleh bincangkan topik yang taboo. Untuk lahirkan pemikiran baharu kita mesti berani bincangkan topik-topik yang dihindari. Siapa yang menanam pokok, dia akan dapat manfaat selagi pokok itu berbuah. Pokok yang paling bertahan lama adalah falsafah.

Rumusan Kepada Nota
Saya telah salin dan huraikan dengan ringkas sedikit sebanyak isi perbahasan yang dikeluarkan oleh pembentang dan pendiskusi dalam wacana ini. Di bahagian rumusan ini, saya mahu mengeluarkan pandangan sesuka hati saya sahaja perihal apa yang saya hadam, faham, dan rasa. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi yang menjemput saya ke wacana ini, baru saya sedar bahawa di Malaysia juga ada sebenarnya golongan pemikir. Saya sememangnya sudah sekian lama ingin bertemu beliau, akhirnya hasrat ini berjaya direalisasikan melalui wacana ini. Selain Ustaz Amirul, melalui wacana ini, saya juga akhirnya dapat bertemu dengan Dr. Saiful Akram buat kali pertama. Walaupun Dr. Akram banyak menulis dan berbahas dalam lapangan falsafah, saya pertama kali mengenali ranah pemikiran beliau melalui buku sejarah yang ditulis beliau.[8] Walaupun saya tidak pernah bertemu secara peribadi dengan beliau, beliau sudi memberi kata aluan kepada buku saya yang berjudul Lalang di Lautan Ideologi.[9] Setelah sekian lama berutusan di bumi maya, akhirnya dapat juga saya bertemu dengan Dr. Saiful Akram di bumi nyata.
Pada wacana kali ini, saya memilih untuk menjadi pendengar berbanding menjadi pembahas atau pendebat. Memang salah satu metodologi penghasilan ilmu itu adalah melalui kaedah argumentasi.[10] Tetapi saya merasakan ada kalanya metodologi yang lebih sesuai adalah dengan mendengar dan cuba memahami perbahasan. Saya tertarik dengan perbahasan ini kerana saya merasakan konsep sejarah tamadun Barat itu sendiri bermasalah dan mempunyai paradoks. Mauduk ini ada saya bentangkan dalam penulisan saya yang bertajuk Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat.[11] Di dalamnya saya ada membawakan beberapa kontradiksi dalam pembentukan sejarah tamadun Barat itu, terutamanya dalam menyoroti akar tamadunnya yang dikatakan bermula dari Mesir Purba dan Mesopotamia, padahal kedua-dua tamadun kuno ini bukan berada di kawasan yang boleh dikatakan sebagai “Barat”. Selain itu, Barat juga banyak mengambil idea sains dan falsafahnya dari alam dunia lain termasuklah alam Islam, dan sering berlaku tidak jujur dalam menyatakan sumber idea mereka. Saya juga bersetuju dengan pandangan Edward Said bahawa konsep “Barat” dan “Orient” ini hanyalah merupakan ciptaan semata-mata.[12] Saya lebih cenderung kepada fahaman bahawa semua tamadun-tamadun ini adalah tamadun yang sama kerana mereka berinteraksi dan saling meminjam antara satu sama lain. Tetapi dalam tamadun yang satu ini, ada aliran fikir yang berbeza. Dalam wacana ini, saya meminati definisi yang dibawakan oleh Dr. Muhammad Ikhwan Azlan yang tidak menyempitkan falsafah Barat itu dalam ruang geografi tertentu, tetapi ia didasari oleh sifat-sifat tertentu.
Dalam isu saintisme, baik dari sudut apa yang dibahaskan di dalam wacana dan juga dari sorotan literatur dalam kertas kerja yang dibekalkan, semuanya dibahaskan dari sudut falsafah. Saya kira terdapat satu buku yang penting yang tidak disentuh oleh mana-mana pembentang. Buku yang saya maksudkan adalah buku yang bertajuk The Science Delusion tulisan Rupert Sheldrake. Buku ini saya rasakan penting dalam membahaskan saintisme kerana ia membahaskan subjek ini dari sudut pandangan ahli sains dan bukan sekadar dari pandangan falsafah. Misalnya dalam apa yang disebut sebagai fundamental constant dalam lapangan fizik. Sheldrake telah membahaskan bagaimana sebenarnya nilai-nilai ini tidak constant jika dibaca melalui eksperimen sebenar, tetapi ia kemudiannya telah disamakan melalui standard yang ditetapkan oleh ahli metrologi. Oleh itu nilai constant fizik yang digunakan bukanlah nilai dari alam realiti, tetapi dari ketetapan ahli metrologi.[13] Buku Sheldarake ini sangat menarik, sebab itulah saya telah memasukkannya dan mengulas panjang tulisan beliau dalam buku saya Intelektual Yang Membosankan.[14] Saya merasakan tulisan Sheldrake adalah bacaan wajib bagi memahami saintisme dan berasa sedikit janggal apabila ia tidak langsung disentuh.
Wacana ini secara keseluruhannya merupakan satu perbincangan yang sangat subur dalam mencambahkan pemikiran. Menjadi pemikir merupakan satu perkara yang dituntut oleh Islam. Ini boleh difahami dari pelbagai ayat Al-Qur’an yang bertanya “tidakkah kamu berfikir?”. Namun harus juga diingat, Al-Qur’an juga sarat dengan ayat-ayat tentang beramal. Seharusnya fikiran kita yang sudah lurus dan bersih akan menghasilkan amal yang lurus dan bersih juga. Setelah dibentangkan tesis dan anti-tesis, saya kira sintesisnya adalah amal kehidupan kita, natijah kejayaan falsafah adalah bertambah baik hubungan sesama manusia dan juga hubungan manusia dengan alamnya. Meminjam kata-kata seorang young Hegelian bernama Karl Marx “The philosophers have only interpreted the world; the point, however, is to change it”.[15] Maka marilah kita beramal dan mengubah dunia kepada yang lebih baik.
BibliografiMarx, K. (1969). “Theses On Feuerbach”, First Published: As an appendix to Ludwig Feuerbach and the End of Classical German Philosophy in 1888. Moscow, USSR: Progress Publishers.
Mohd Nasir Mohd Tap. (2019). Sekularisasi: Dari Kematian Tuhan Ke Kematian Insan. Akademi Kajian Ketamadunan.
Said, E. W. (1991). Orientalism: Western Conceptions of the Orient. Penguin Books.
Saiful Akram Che Cob. (2018). Propaganda Visual Pada Era Penaklukan Jepun (1942-1945): Manifestasi Simbolik, Retorik dan Satira Radikal. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Sheldrake, R. (2013). The Science Delusion. London: Coronet.
Syed Ahmad Fathi. (2022). Lalang di Lautan Ideologi. Cukong Press.
Syed Ahmad Fathi. (2022). Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Barat Terhadap Timur. Sesi Mengopi Bersama JC IIUM.
Syed Ahmad Fathi. (2023). Falsafah Dan Metodologi Argumentasi Socrates. Jejak Tarbiah.
Syed Ahmad Fathi. (2023). Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat. Academia Book Review.
Syed Ahmad Fathi. (2024). Intelektual Yang Membosankan. Petaling Jaya: Kenyalang Press.
Syed Hussein Alatas. (2015). Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[1] Rakaman wacana boleh dirujuk melalui pautan: https://www.facebook.com/pusatpemikirummah/videos/508378678824128
[2] Saya merasakan tarik-tali dan cubaan menapis pemikiran Barat dari pemikiran umat Islam ini merupakan satu proses yang sudah berlangsung begitu panjang. Misalnya jika kita membaca buku tulisan Syed Hussein al-Attas beliau ada membicarakan bagaimana terdapat idea-idea Karl Marx yang baik untuk diambil, tetapi kita tidak boleh menjadi Marxis kerana ada ideanya yang bertentangan dengan Islam. Rujuk Syed Hussein Alatas. Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.
[3] Mohd Nasir Mohd Tap. Sekularisasi: Dari Kematian Tuhan Ke Kematian Insan. Akademi Kajian Ketamadunan, 2019.
[4] Saya berpandangan, di sini Mohd Nasir Mohd Tap cuba meringkaskan perkembangan kepercayaan Barat dari kepercayaan primitif animisme, kepada agama Kristian, dan kemudian kepada ateisme dan humanisme.
[5] Saya merasakan apa yang disebutkan oleh Mohamad Fakri Zaky Ja’afar ini mirip kepada apa yang ditulis oleh Rupert Sheldrake walaupun dalam bidang kajian yang berbeza. Sheldrake yang mengkaji lapangan biologi merasakan kaedah kajian yang membunuh hidupan, membelahnya, dan manganalisanya dari sudut-sudut yang terpisah merupakan metodologi kajian yang salah. Beliau mengkritik misalnya cubaan manusia mengkaji penyakit dari sudut DNA sahaja dalam Human Genome Project, walaupun berbillion dollar dihabiskan, satu perkaitan antara DNA dan penyakit tidak dapat pun dilakukan. Kerana penyakit bukan hanya dipengaruhi DNA. Lihat tulisannya dalam buku The Science Delusion.
[6] Saya merasakan saranan untuk membudayakan penulisan esei ini merupakan cadangan yang menarik dan jarang saya dengar, kerana saya fikir penulisan juga adalah sebuah proses fikir.
[7] Saya merasakan huraian Ikhwan Azlan ini sangat bagus terutamanya dalam memberikan satu definisi kepada Barat, Barat yang bukan diukur kepada batasan geografi tetapi dari sifat-sifat yang tertentu. Jika sifat itu ada dalam masyarakat Timur, mereka pun boleh dikategorikan sebagai Barat, huraian beliau ini banyak memetik pemikiran Naquib al-Attas. Wajar kiranya huraian ini dicermati dalam rakaman kerana nota ini tidak menangkap keseluruhan huraian beliau.
[8] Buku yang saya maksudkan adalah Propaganda Visual Pada Era Penaklukan Jepun (1942-1945): Manifestasi Simbolik, Retorik dan Satira Radikal. Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2018. Buku ini merupakan buku yang menarik perihal episod sejarah ketika Jepun menduduki Tanah Melayu, banyak juga perkara baharu yang saya belajar dari buku ini terutamanya perihal sosok-sosok nasionalis Melayu yang menyokong Jepun. Ada beberapa penulisan saya yang mana saya memetik idea dari buku ini.
[9] Syed Ahmad Fathi. Lalang di Lautan Ideologi. Cukong Press, 2022 (edisi kemaskini 2023).
[10] Metodologi argumentasi sebenarnya merupakan metodologi penghasilan ilmu sejak zaman kuno. Ini dapat dilihat dalam kaedah penghasilan ilmu dalam masyarakat Yunani misalnya. Rujuk misalnya tulisan saya yang bertajuk “Falsafah dan Metodologi Argumentasi Socrates”. Jejak Tarbiah, 2023.
[11] Syed Ahmad Fathi. “Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat.” Academia Book Review, 2023.
[12] Edward W. Said. Orientalism: Western Conceptions of the Orient. Penguin Books, 1991. Huraian panjang saya perihal idea beliau ada saya tulis dalam penulisan yang bertajuk “Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Barat Terhadap Timur.” Sesi Mengopi Bersama JC IIUM, 2022.
[13] Rupert Sheldrake. The Science Delusion. Coronet, 2013., hlm. 89-99.
[14] Syed Ahmad Fathi. Intelektual Yang Membosankan. Kenyalang Press, 2024.
[15] Karl Marx. Theses On Feuerbach.
Nota-Wacana-Kerancuan-Falsafah-BaratDownloadThe post Nota Wacana Kerancuan Falsafah Barat appeared first on The Independent Insight.
November 18, 2024
SIBF 2024: Forum Cakna Sejarah

Sempena Selangor International Book Fair (SIBF) 2024, akan berlangsung “Forum Cakna Sejarah” anjuran bersama Penerbitan Cakna dengan rakan kerjasama dari Pelita Dhihin di Piano Lounge, Pusat Konvensyen Setia City 2, Shah Alam. Forum ini akan berlangsung pada 30 November 2024 bermula 5 petang hingga 6 petang.
Forum ini akan menampilkan Firdaus Zainal, penulis buku Kejatuhan Kuasa Politik Melayu yang juga merupakan Ketua Editor Cakna selaku moderator. Saudara Nomy Nozwir, penulis buku Sunda: Pemberontakan Gelanggayu sebagai penelis pertama dan saudara Syed Ahmad Fathi, penulis buku Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia sebagai panelis kedua. Selain forum, penampilan istimewa saudara Affan Yunus turut akan berlangsung. Beliau akan mendendangkan Syair Sunda.
Semua sidang pembaca dijemput hadir!
The post SIBF 2024: Forum Cakna Sejarah appeared first on The Independent Insight.
November 9, 2024
Trump’s Assassination Attempt, His Win, and Political Fanaticism: The Loss of Rationality over Blind Feelings

By: Muhammad Nur
Fanaticism in political contestation often triggers irrational actions that are detrimental, not only to oneself but also to those around them. When people are caught up in political fanaticism, they tend to put personal interests and loyalty to candidates or political parties above human values and logic. This fanaticism creates a situation where dissent is no longer considered a natural and healthy thing in a democracy, but rather a threat that must be reduced. At least, supposed to be decreased or eliminated.
Cases of violence due to political fanaticism are still common in Indonesia. Some time ago, during the 2024 Presidential Election, we witnessed how differences in political choices caused various adverse incidents. In Madura, there were physical clashes between supporters that led to violence. In Batam, household and family violence (KDRT) is reported to occur due to disputes related to political support, not to mention all cases that have been happening about blind fanatism. There is also a more shocking case, where a child abuses his parents simply because of a difference in the choice of Indonesian presidential candidates. Then, the Mayor of Chilpancingo, Mexico was beheaded and killed after only 6 days in office. Not only that but the country that become the center of the country’s democracy, America. Even one of his presidential candidates, Donald Trump, who has now been elected president of the United States, was shot while giving a campaign speech in one of the states; Pennsylvania. This phenomenon shows how dangerous political fanaticism can be, which can trigger conflicts even within the family.
Currently, Indonesia is preparing for the simultaneous regional elections that will be held in various regions. The bad experience during the 2024 presidential election should be a lesson for all of us not to repeat the same mistakes. We must realize that political fanaticism will only exacerbate divisions in society. A fanatical attitude that considers its choice to be the most correct and rejects other views vehemently is a real threat to the unity and harmony of the nation.
In ideal politics, differences of opinion are natural and even necessary to form comprehensive and inclusive policies. Democracy should be a space to discuss, exchange ideas, and find the best solutions to benefit society as a whole. Without different views, there will never be innovations or new solutions. Therefore, openness and tolerance towards different views are important foundations for a healthy political life.
However, political fanaticism erodes that foundation. Fanatical supporters tend to refuse to listen to dissenting views and only believe information that supports their beliefs. They are trapped in an echo chamber, where they only hear opinions that align with their own beliefs. As a result, they can no longer think critically or objectively and are more easily manipulated by fake news or propaganda spread by parties who want to divide society.
In the upcoming simultaneous regional elections, we must be wiser in responding to political dynamics. Political fanaticism not only damages social and family relationships but also creates sharp polarization in society. Irresponsible political elites often exploit this situation to ignite the masses’ emotions for their political gain. They use the fanaticism of their supporters to mobilize public opinion, without thinking about the long-term impact on national unity.
The solution to overcoming bigotry in politics is to educate people about the importance of respecting different opinions and the ability to think critically. Good political education will help people understand that politics is not about winning or losing but about achieving a common good. It should also emphasize the importance of verifying information before accepting or disseminating it, to minimize the spread of hoaxes and damaging provocations.
Mass media and digital platforms also have a big role in promoting healthy political narrations. The media should be a source of balanced information, provide space for various points of view, and educate the public not to be easily provoked by sensationalist news that can be divisive. Political leaders are also expected to be role models in dealing with differences, promoting healthy dialogue, and reducing conflict rather than provoking it.
The 2024 presidential election should be an important lesson for all of us. Let us make the upcoming simultaneous regional elections a momentum to improve ourselves and prove that democracy in Indonesia is still strong and mature. We can make this political event a means to strengthen national unity, not the other way around. Instead of getting caught up in blind fanaticism, let’s use this opportunity to elect leaders who truly have integrity, a clear vision, and a commitment to bring positive change for all Indonesians.
Fanaticism in political contestation is foolish, driven by emotion because it puts blind loyalty above the greater interests of the nation. True democracy can only grow in a soil fertile with dissent, healthy dialogue, and an awareness that the strength of a nation lies in its ability to value diversity. We all have a responsibility to make politics a tool to advance civilization, not a source of division and hostility.
Muhammad Nur is a student of Arabic Language and Literature at UIN Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia. He can be contacted via email at muhammad.nur.perum@gmail.com.
Trumps-Assassination-Attempt-His-Win-and-Political-FanaticismDownloadThe post Trump’s Assassination Attempt, His Win, and Political Fanaticism: The Loss of Rationality over Blind Feelings appeared first on The Independent Insight.


