Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 44
August 22, 2023
Kejayaan Besar Tak Mampu Dicapai Tanpa “Second Brain”
Berat kalau beban fikiran kena tanggung seorang diri.
Bila terlalu banyak perkara yang kena fikir dan tanggungjawab yang kena galas, kita perlukan second brain (otak kedua) yang dapat bantu lihat blind spot, dan mengingatkan apa yang kita lupa.
Otak kedua tu sepatutnya mereka yang lebih berjaya dan lebih pandai dari kita. Sekurang-kurangnya, mereka sesuai untuk kita jadikan sparring partner (rakan berlawan) dalam mencari idea-idea baharu.
[…]The post Kejayaan Besar Tak Mampu Dicapai Tanpa “Second Brain” appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 21, 2023
Perbaiki Kewangan Dulu, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah
Masa saya umur saya 23 tahun, saya teringin sangat nak beli rumah sendiri. Tapi waktu tu nak menyimpan RM50 sebulan pun tak mampu. Kerja baru setahun, baru kahwin, pendapatan cuma satu, gaji kecil, dan komitmen "hutang-hutang miskin" pun banyak.
Insentif daripada kerajaan untuk beli rumah pertama tak ada waktu tu. Nak beli rumah, memang kena stand-by duit deposit dan kos berkaitan sekitar 10% - 15% daripada harga rumah.
[…]The post Perbaiki Kewangan Dulu, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 20, 2023
Sibuk Mengemas, Rumah Flat Tak Akan Jadi Kondominium
"Bayangkan bangun jer dari tido, tengok suami dah siap lipatkan kain yg kau longgokan seminggu. Bayangkan...". Itu coretan di medsos yang menjadi impian isteri-isteri yang nak kesempurnaan... Dan impian lelaki yang terlalu nak menyenangkan hati isteri...
[…]The post Sibuk Mengemas, Rumah Flat Tak Akan Jadi Kondominium appeared first on MohdZulkifli.Com.
Carilah “Missing Piece” Itu Untuk Fahami Agama
Bertahun-tahun mengaji Quran, entah berapa puluh kali khatam membaca sepanjang hidup 38 tahun. Tapi tak pernah serius mengkaji apa kandungan keseluruhannya.
Sekadar belajar beberapa potong ayat sahaja.
Setiap kali saya terpandang Quran kecil ni, saya jadi insaf. Sepanjang 24 bulan terkurung dalam penjara, saya sempat 24 kali khatam membacanya dan 12 kali khatam terjemahannya...
[…]The post Carilah “Missing Piece” Itu Untuk Fahami Agama appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 17, 2023
Beli Kereta Untuk Digunakan, Bukan Untuk Dipamerkan
"Berapa lama boleh dapat stok Axia Rahmah ni Encik?". "18 bulan Bang!" jawab salesman Perodua.
"Uish... Setahun setengah baru dapat stok?... Banyaknya permintaan... Tapi baguslah... Dapat bantu golongan B40 beli kereta", balas saya...
"Tapi yang banyak beli kereta ni bukan B40 Bang, tapi golangan M40 (yang income lebih besar)..."
"Owh... Macam tu pulak..."
[…]The post Beli Kereta Untuk Digunakan, Bukan Untuk Dipamerkan appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 16, 2023
Solat Di Mana Sahaja, Asalkan Suci dan Tutup Aurat
Hanya kerana solat, berlaku kekecohan dalam pesawat MAS dari Sydney ke Kuala Lumpur. Tak pasal-pasal, hanya kerana solat menyusahkan banyak orang, penerbangan terpaksa berpatah balik, dan banyak jadual penerbangan tergendala.
Dan lebih buruk, ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa!
Padahal solat itu mudah bagi siapa yang ada ilmu. Mungkin itulah sebabnya kenapa Nabi s.a.w. katakan bahawa orang berilmu itu lebih utama berbanding orang beribadah.
The post Solat Di Mana Sahaja, Asalkan Suci dan Tutup Aurat appeared first on MohdZulkifli.Com.
Nak Kaya, Kena Ubah Diri Jadi Lebih Baik
Kita tak akan jadi lebih kaya dengan diri kita versi hari ini. Tapi kena upgrade diri jadi diri kita dalam versi yang lebih baik, barulah kekayaan yang banyak datang kepada kita.
Membina kekayaan sebenarnya bukanlah tentang membina poket, tapi membina diri.
Saya kenal banyak jutawan secara peribadi... Saya kenal mereka, dan mereka juga kenal saya secara peribadi.
[…]The post Nak Kaya, Kena Ubah Diri Jadi Lebih Baik appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 15, 2023
Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta
Orang cakap, kereta tu adalah harta. Sebenarnya bukan. Apa yang kebanyakan kita fikir itu adalah harta, rupa-rupanya itu adalah beban dari sudut kewangan.
Memang kereta tu harta. Tapi bukan harta kita. Ia harta bank. Kita kena kerah keringat kerja bulan-bulan untuk pastikan duit kita masuk ke 'poket' bank supaya kita dapat pakai kereta tu.
[…]The post Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta appeared first on MohdZulkifli.Com.
Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah
Belajar minta maaf walaupun tak bersalah atau tak tahu apa kesalahan kita. Minta maaf bukan semata-mata sebab kita bersalah. Tapi sebagai tanda merendah diri, dan kurangkan ketegangan dalam rumahtangga.
Itu antara tip rumahtangga supaya kekal harmoni, berdasarkan 20 tahun pengalaman kami dalam berumahtangga...
[…]The post Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 14, 2023
Risiko Jual Beli Emas Dari Individu Tak Dikenali
Gara-gara nak jimat beberapa ringgit, sebenarnya ada risiko besar yang mungkin bakal ditanggung oleh mereka yang berjual beli emas dari tangan individu yang tak dikenali.
Silap hari bulan, bukan sahaja kena tipu, tapi boleh sampai masuk ke 'dalam' (lokap atau penjara)!
[…]The post Risiko Jual Beli Emas Dari Individu Tak Dikenali appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

