Mohd Zulkifli Shafie's Blog, page 43
August 29, 2023
Pengalaman Perit Pelaburan Hartanah Yang Ramai Tak Tahu
"Tuan Zul... Alhamdulillah, kami dah dapat jual sebuah rumah kami yang kita bincang hari tu. Selesai jual rumah tu nanti, insyaAllah kami dapat tambahan cashflow RM1,700 sebulan!".
Berita gembira yang saya terima tentang status kewangan sepasang murid saya, dealer Public Gold. Mereka berdua kakitangan kerajaan. Kesilapan mereka beli beberapa hartanah tanpa ilmu sebelum ni menyebabkan kewangan mereka 'berdarah' sekitar RM5,000 sebulan!
[…]The post Pengalaman Perit Pelaburan Hartanah Yang Ramai Tak Tahu appeared first on MohdZulkifli.Com.
Jangan Cakap Flight Delay, Tapi Retime!
"Encik, maaf ya. Flight delay ke 4.50 petang (dari 2.50 tengah hari)..."
"Owh... Itu bukan delay... Itu retime jer...", balas saya kepada staff AirAsia.
Haha... Kami sama-sama gelak. Saya dan team yang sedang tunggu flight dari Kuching ke KLIA lepas habis program 3 hari 2 malam di sana.
Saya sengaja ubah perkataan "delay" tu kepada "re-time" sebab kesan emosinya berbeza.
[…]The post Jangan Cakap Flight Delay, Tapi Retime! appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 28, 2023
Kerana Beban Itu Berat, Otot Kita Semakin Kuat!
Hari ni serba mudah. Boleh buat bisnes di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, tak terikat dengan waktu pejabat. Asalkan ada internet, kerja kami boleh jalan. Tapi kami bukan bermula dengan semuanya mudah macam hari ni.
Lebih 7 tahun saya dan isteri buat bisnes direct selling Amway. Itu bisnes pertama kami, dan itulah bisnes paling lama kami pernah buat sebelum kami jumpa Public Gold. Pengalaman buat bisnes Amway tu banyak membentuk jati diri kami dalam bisnes hari ini.
[…]The post Kerana Beban Itu Berat, Otot Kita Semakin Kuat! appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 27, 2023
Kalau Yakin Produk Kita Memang Bagus, ‘Kompanglah’ Kuat-kuat!
“Kalau produk yang kita jual, atau servis yang kita sediakan memang dapat bantu selesaikan masalah orang lain, kenapa perlu segan atau berdiam diri? Beritahulah kepada dunia!”
Itulah lebih kurang apa yang saya faham dari mesej yang nak disampaikan Grant Cardone, seorang billionnaire dalam bukunya bertajuk “Be Obessed or Be Average”!
Malu, segan dan kurang yakin untuk promosikan produk. Itu perasaan yang semua orang rasa masa baru-baru belajar nak buat marketing dan sales. Khususnya orang introvert macam saya.
[…]The post Kalau Yakin Produk Kita Memang Bagus, ‘Kompanglah’ Kuat-kuat! appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 26, 2023
Tip Jaga Mindset Supaya Sentiasa Positif
“Stay away from negative people. They have a problem for every solution” - Albert Einstein
Saya pegang betul-betul kata-kata ni. Kalau komputer kita pasang anti-virus dan spam filter, mindset kita lagi penting kena jaga.
Sebab apa yang ada dalam fikiran kita itulah yang mencorakkan kehidupkan kita.
[…]The post Tip Jaga Mindset Supaya Sentiasa Positif appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 24, 2023
Abu Bakar Bawa Duitnya Ribuan Dirham Ketika Hijrah
"Ketika Nabi s.a.w dan Abu Bakar Siddiq r.a bergegas ke Kota Madinah, dia (Asma', anak perempuan Abu Bakar) berkata, mereka ada kira-kira empat ke lima ribu dinar (anggaran nilai sekarang RM5 - RM6 juta) di dalam rumah dan bapanya telah ambil kesemua dinar tersebut untuk membiayai perjalanan mereka berdua."
[…]The post Abu Bakar Bawa Duitnya Ribuan Dirham Ketika Hijrah appeared first on MohdZulkifli.Com.
Kerana Birokrasi SOSMA, Saya Terpaksa Mengaku Bersalah!
Macam pengguin... Itulah keadaan saya ketika dipindahkan dari Penjara Kajang ke Penjara Tapah (November 2019).
Stesen Petronas R&R Tapah ini mengingatkan semula memori saya waktu itu. Iaitu ketika tangan, kaki dan pinggang saya digari.
Nak jalan pun susah. Langkah kecil-kecil macam penggiun. Sampai sakit kaki saya melangkah sebab kedua-dua belah kaki saya tercekik dengan gari.
Habis banduan lain tengok pada saya ketika saya di escort keluar dari Penjara Kajang.
[…]The post Kerana Birokrasi SOSMA, Saya Terpaksa Mengaku Bersalah! appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 23, 2023
Bila Gaji Naik, ‘Ikat’ Gaya Hidup Dulu
"Eh, Abang naik MRT? Kenapa tak naik Grab?"
"Tak apalah... Naik MRT jimat sikit. Lagipun Abang tak urgent pun..."
Perbualan ringkas masa isteri hantar saya ke stesen MRT tengah hari tadi. Saya ada appointment sekejap di KL siang tadi. Naik MRT, selain jimat, dapat paksa diri untuk exercise. Ambil peluang bakar kalori terus...
[…]The post Bila Gaji Naik, ‘Ikat’ Gaya Hidup Dulu appeared first on MohdZulkifli.Com.
August 22, 2023
Nak Berjaya Menabung Kena Paksa Sampai Terbiasa
Nak menyimpan memang kena paksa. Tak boleh tunggu duit lebih baru nak menyimpan.
Dapat gaji, pejam mata dan paksa diri menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji (selebihnya baru berbelanja). Paksa, paksa, dan paksa sampai terbiasa - jadi tabiat.
Bila dah jadi tabiat, barulah kekayaan akan sentiasa bertambah.
[…]The post Nak Berjaya Menabung Kena Paksa Sampai Terbiasa appeared first on MohdZulkifli.Com.
Pengalaman Terpenjara Mengajar Saya Hargai Nikmat Kebebasan
Menghitung hari. Inilah antara rutin harian saya ketika dua tahun dalam penjara dulu.
Setiap hari saya akan tick pada kalender ni. Dan kira berapa hari lagi berbaki untuk saya pulang ke pangkuan keluarga... Perkataan paling sedap didengar pada ketika itu ialah "BEBAS".
Setiap kali tengok rakan-rakan yang bebas terlebih dahulu, saya sentiasa bercakap pada diri sendiri, satu hari nanti akan sampai giliran saya pula. Hari pembebasan itulah hari paling manis dan paling indah dalam hidup saya.
[…]The post Pengalaman Terpenjara Mengajar Saya Hargai Nikmat Kebebasan appeared first on MohdZulkifli.Com.
Mohd Zulkifli Shafie's Blog
- Mohd Zulkifli Shafie's profile
- 9 followers

