Siapa Yang Salah Quotes
Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu
by
Syed Hussein Alatas48 ratings, 4.02 average rating, 10 reviews
Siapa Yang Salah Quotes
Showing 1-3 of 3
“Hal ini saya lakukan untuk menjelaskan bagaimana soal-soal kebudayaan dan peribadi Melayu telah dibahaskan dengan cara jauh daripada ilmiah. Mereka yang membahaskan soal peribadi Melayu bukan ahli dalam ilmu-ilmu yang bersangkutan dengnnya.
Walaupun setengah daripada mereka ini berkelulusan ijazah, ini belum bermakna mereka itu ahli dalam ilmu masing-masing. Ijazah itu menandakan tingkat pelajaran dalam sesuatu bidang, belum keahlian dalam sesuatu ilmu. Selain itu, dalil-dalil yang mereka gunakan untuk menentukan peribadi Melayu kebanyakannya lemah, penentuan masalah pun kurang teratur cara-caranya.”
― Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu

“Kebudayaan Melayu berdasarkan nilai-nilai yang beradab dan bersifat kemajuan. Keburukan-keburukan yang terjadi adalah penyelewengan semata-mata yang terdapat di seluruh masyarakat dunia. Umpamanya, jika terdapat seorang Melayu malas, ini tidak bererti kebudayaan Melayu mengutamakan unsur malas. Pada hakikatnya ialah kebudayaan Melayu menganjurkan unsur rajin. Demikian juga jika ada ebebrapa orang Melayu yang terganggu fikirannya, mengamuk, membunuh beberapa orang, mata gelap, ini tidak bererti bahawa sifat mengamuk itu merupakan bahagian utama (basic part) daripada watak Melayu.”
― Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu
― Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu
“Dr Mahathir mengatakan bahawa peradaban telah menekan segi peribadi Melayu ini, iaitu mengamuk. Walaupun demikian katanya, unsur ini merupakan bahagian daripada peribadi Melayu. (Halaman 118).
Sebetulnya unsur mengamuk yang diakui oleh kebudayaan bukanlah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Dalam tulisan sejarah terdapat huraian tentang peristiwa mengamuk yang ertinya lain sama sekali. Yang dimaksudkan dengan mengamuk ialah suatu cara bertempur melawan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Pahlawan yang mengamuk itu menyerang musuh, dengan cepat, membinasakannya, menimbulkan huru-hara dalam kalangannya, menunjukkan keberanian yang luar biasa. Keadaan jiwanya tidak terganggu. Ingatannya tidak hilang. Ia tidak menyerang anak, isteri, atau sebarang orang di jalan. Amuk pahlawan yang dilukiskan dalam sejarah Melayu adalah perbuatan yang waras, satu peribadi pahlawan Melayu di masa yang lampau, bukan letupan jiwa yang sangat tertindas merupakan perbuatan gila membinasakan manusia lain secara membabi buta. Daripada siasat dan tipu daya pertempuran perbuatan yang gila dan tidak teratur itu merugikan. Tidak pernah tenttera Melayu dahulu menggunakan pahlawan yang mengamuk secara gila.”