Kumpulan Puisi Quotes

Rate this book
Clear rating
Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan by Rahimidin Zahari
33 ratings, 4.12 average rating, 5 reviews
Kumpulan Puisi Quotes Showing 1-11 of 11
“penawar
daripada
segala penawar
hanya hidayah
dan makrifat-Mu
menjadi penyembuh
kepada sekalian
penyakit

denyut zikrullah
berdetaklah di pembuluh
jantung hatiku.

(Jantung Hati)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“jalan pulang berada djauh di belakang waktu
yang lama telah engkau tinggalkan. tiada
esak tangis dan kepiluan untuk engkau luahkan
di pintu angan kerana segala yang bermula
telah pun berakhir.

(Pintu Angan)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
tags: pulang
“wujudku ini
hanya sementara
seperti embun mengering
di hujung rumputan
matahari menyalai sinar
semerah halia bara,
jasadku melebur
kembali kepada tanah

(Laut Makrifat)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
tags: hidup
“para penghuni menjadi halimunan
lesap di balik gelombang awan -
yang tinggal hanya nama dan
bayang-bayang; juga sehelai
daun kenangan.

(Sehelai Daun Kenangan)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“aku debu piatu
mencari cahaya
dari rumah tidak berpintu
kerana pintu itu
telah engkau lengkapkan
di dalam diriku.

(Rumah)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“yang aku ada
hanya sebatang pena
tajam runcing;
dengan pena
tajam runcing
kulukiskan engkau
dan kutusukkan
kedua matamu.

(Sebelum Berbuka)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
tags: pena
“masa depan tertulis
di tangan penguasa
yang bijaksana akan
mengatur dan merakam
kejadian; manakala
yang dungu
memusuhi kelisanan.

(Awang Batil)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“kusaksikan bangau yang terbang
dan kini kembali semula ke sawah
mengenang hari lalu yang sudah
dan membina masa depan yang entah.

(Becah Keranji)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“ketika pesta puisi itu berlangsung beberapa hari,
beberapa malam; aku pula tertidur beberapa hari
beberapa malam, tanpa jaga.

(Pesta Puisi)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
“perjalanan
dipendekkan hari
aku nekad keluar
meninggalkan
negeri mimpi
buat membasuh
dukaku.

(Membasuh Dukaku)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan
tags: mimpi
“aku pergi
dan tidak akan
berpaling lagi
kampung jauh
lagi terpencil itu
sedang menggamitku
dan di langit hatiku
layang-layang itu
akan sentiasa
berterbangan indah.

(Flight of the Kids)”
Rahimidin Zahari, Kumpulan Puisi: Sehelai Daun Kenangan