Status Updates From Budak Beca
Budak Beca by
Status Updates Showing 1-30 of 61
ainisreading
is on page 157 of 173
Adapun sebab-munasabab yang telah menjadikan kita miskin dan melarat dalam negeri kita sendiri yang kaya dan mewah ini ada banyak, ada macam-macam, dan satu daripadanya yang sedang dihadapi oleh pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi kita zaman sekarang ialah perangai suka tunjuk lawa, tunjuk ranggi, terlalu pandai berbelanja, tetapi tidak pandai mencari.
— Feb 19, 2024 03:36PM
Add a comment
ainisreading
is on page 104 of 173
Kemiskinan bukanlah bererti tidak ada wang atau harta benda. Kemiskinan juga bererti tidak sihat tubuh badan, lemak otak, tidak cerdas atau cergas fikiran. Tidak kuat jiwa. Tidak berkobar semangat, tidak ada kemahuan yang kuat untuk berbudi kepada manusia sesama manusia, kepada masyarakat, kepada bangsa dan tanah air.
— Feb 19, 2024 05:58AM
Add a comment
ainisreading
is on page 53 of 173
Pengetahuan Mamat dalam hal-hal ekonomi, kemajuan masyarakat dan politik tidak ada lama sekali. Jiwa yang ada dalam dadanya ialah jiwa hamba, betul budi bahasa dan tutur katanya masih baik tetapi fikiran dan tinjauannya kepada masa depan amat gelap.
Dia sama sekali tidak mempunyai rancangan hidup. Dia tidak tahu apa akan jadi kepada dirinya. Kepada negerinya dan kepada kaum bangsanya pada masa akan yang datang.
— Feb 19, 2024 03:46AM
Add a comment
Dia sama sekali tidak mempunyai rancangan hidup. Dia tidak tahu apa akan jadi kepada dirinya. Kepada negerinya dan kepada kaum bangsanya pada masa akan yang datang.
Miyuke
is on page 99 of 199
Membaca novel ini setakat ini telah membawa saya ke satu zon lain. Berlatar belakangkan negeri Terengganu pada tahun-tahun hampir merdeka menyebabkan saya menghubungi ibu bagi mendapatkan gambaran tepat di mana tempat sebenar sebagaimana yang digambarkan oleh penulis untuk lebih menghayati penceritaan.
— Oct 12, 2018 12:38AM
Add a comment
Erlena
is on page 98 of 199
Dalam buruk kulihat cantik
Pada lurus kunampak lentik
Bila patuh menjadi fanatik
Menjelmalah naga dari jejentik
— Feb 01, 2018 07:39AM
Add a comment
Pada lurus kunampak lentik
Bila patuh menjadi fanatik
Menjelmalah naga dari jejentik


















