What do you think?
Rate this book


199 pages, Paperback
First published January 1, 1957
Dalam Budak Beca karya Pak Sako ini, telah dimainkan dua watak yang sangat berbeza tingkah-laku dan pemikiran serta pandangan mereka. Mamat Merdeka gelaran yang diberi orang merupakan bekas mata-mata khas yang baru pulang ke kampungnya. Sungguhpun duitnya banyak namun dunia Mamat adalah dunia besok saja. Masa depan tidak ada. Wang yang ada digunakan untuk berhibur sahaja. Akhirnya, dari kehidupan yang mewah, kini dia menjadi penarik beca.
Berbeza pula dengan Mustapha, seorang pegawai yang dihantar ke Pantai Timur untuk mengkaji dan mendapatkan data mengenai kehidupan rakyat di negeri tersebut. Dia seorang pemuda yang berpandangan jauh dan semasa keberadaannya di situ, banyak perkara yang dipelajarinya.