Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Budak Beca” as Want to Read:
Budak Beca
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Budak Beca

3.92  ·  Rating details ·  93 Ratings  ·  22 Reviews
Pak Sako bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya, nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak ...more
Paperback, 173 pages
Published 1957 by H.C. Muhammad Abdul RAhman
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Budak Beca, please sign up.

Be the first to ask a question about Budak Beca

Community Reviews

(showing 1-30)
Rating details
Sort: Default
|
Filter
Anis Suhaila
Jun 23, 2017 rated it really liked it  ·  review of another edition
Di Goodreads, novel ini tidak mendapat rating setinggi Anak Mat Lela Gila tetapi bagi saya, ia sebenarnya jauh lebih bagus. Komentar sosial yang dilakukan tentang negara kita dan orang Melayu masih relevan sehingga sekarang. Tahukah Pak Sako dulu yang perangai orang Melayu memang tidak akan berubah?

Tidaklah novel ini menjadi preachy dan memaksa-memaksa pembaca menerima pengajaran atau nilai moral kerana kita ada dua watak yang berlainan, yang kita boleh pilih untuk jadikan teladan. Dialog jauh l
...more
Naim AlKalantani
Sebuah satira yang tajam.
Nor Azzah
May 13, 2013 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: zamri-norazzah
Seingat saya Budak Beca merupakan novel Pak Sako yang saya baca. Sebelum ini saya pernah membaca novel yang memenangi Hadiah Sako. Terbetik di benak fikiran, jika sampai diwujudkan hadiah atas nama beliau, tentulah karya beliau sendiri cukup hebat.

Semasa di Pesta Buku KL baru-baru ini, baru terdetik di hati dan tergerak tangan untuk mencapai buku-buku Pak Sako yang telah diterbitkan semula dalam edisi baharu di ITBM. Sayangnya tahun asal buku ini diterbitkan, tidak pula dicatatkan di mana-mana d
...more
ainunsailah
Nov 02, 2016 rated it really liked it
Shelves: my-book-shelf
Tiga buku penting Ishak Hj Muhammad akhirnya habis dibaca. Angan-angan sejak sekolah menengah sejak terbaca dalam Buku Teks Sejarah. Mahu baca karya yang menaikkan semangat bangsa.

Budak Beca paling terkesan. Menceritakan realiti generasi merdeka. Sangat menyedihkan. Beratus tahun terjajah, hingga hilang jati diri. Jadi bangsa tak kenal diri. Hiburan, perempuan, cetek akal.

Ini generasi Merdeka yang ditinggal Barat. Patut senang sekali pergi. Misi mereka telah berjaya. Bagaimana mereka mengaut s
...more
Adi
Sep 21, 2011 rated it liked it
kalau baca tak pandang kiri kanan memang tak canggih,
tapi kalau faham yg watak budak beca tu bekas polis british yg lawan komunis,
kemudiannya berkawan, dibantu dan belajar ilmu membaca dari sahabatnya Mustapha, yg pernah dicopkan sebagai komunis masa darurat, maka ini sebuah sindiran yg sangat cerdik..
I Like
SyaMimi
Jul 03, 2018 rated it really liked it  ·  review of another edition
Sarat dengan kritikan sosial yang saya kira agak lantang namun sangat membina disertai idea jalan penyelesaian. Tulisan Pak Sako ini ternyata masih relevan walaupun buku ini dihasilkan pada tahun kemerdekaan 1957, kritikannya masih kena dan bertepatan dengan keadaan dan situasi masyarakat Melayu di negara ini, menunjukkan segelintir kaum Melayu masa kini, saya kira masih ditakuk lama.

Cerita berkisar tentang kehidupan seorang bekas mata-mata, Mamat Merdeka yang kurang pandai mentadbir kewangan d
...more
Nadhiah Aida
Jan 16, 2018 rated it it was amazing  ·  review of another edition
mendalam maksud cerita ni. bukan sekadar budak beca ... tapi kaitan kehidupan orang melayu ... kemerdekaan ... kekayaan .. kesenangan ... dan juga .. lupa diri ...

duit seribu jangan lah dianggap banyak .. sekelip mata akan habis ... jimat cermat ... duit ni penting ... memang duit tak boleh dibawa ke lubang kubur tapi .. sementara masih bernafas ... duit tu penting.

pemuda pemudi mudah lupa ... asyik senang lenang. ingat negara sudah maju merdeka tapi ... tiada apa yang difikirkan untuk menaikk
...more
Encik Psychopath
Sep 11, 2013 rated it liked it
Apa yang disindirnya ialah realiti sekarang. Apa yang disampaikan tentang kemerdekaan sangat jelas. Merdeka kah kita?
Shahrul AhLami
Budak Beca. Ishak Haji Muhammad a.k.a. Pak Sako. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2012.

1) Ini juga novel terbitan semula sebagaimana novel Anak Mat Lela Gila.

2) Watak utama dalam novel ini ialah Mamat. Dia pernah berkhidmat sebagai mata-mata khas.

3) Selepas berhenti jadi special constable, dia ingin hidup bergoyang kaki & berfoya-foya.

4) Mustapha, watak kedua dalam novel. Berkenalan dengan Mamat lalu cuba menyedarkan & mengubah perangai si Mamat.

5) Kedua-dua mereka bertukar menja
...more
Syahiran Ramli
Sep 06, 2017 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Buku ketiga Pak Sako yang berjaya dihabiskan dalam masa terdekat. Merupakan antara tulisan awal Pak Sako selepas Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Kali pertama diterbitkan pada bulan Ogos 1957, tahun dan bulan yang sama Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Atas inisiatif penerbit ITBM, maka diterbitkan kembali untuk dinikmati oleh generasi baru pada tahun 2012 yang mempunyai sebanyak 199 halaman.

Budak Beca secara dasarnya mengisahkan tentang kehidupan seorang bekas mata-mata yang dikenal
...more
Fairuz
Jan 16, 2013 rated it it was ok  ·  review of another edition
Satu perkataan sahaja yang berlegar-legar, berulang-ulang gema di ruang fikir bila aku selesai di mukasurat terakhirnya. Nasihat, nasihat, nasihat.
Amirul Zainuddin
Dec 05, 2017 rated it really liked it
Buku yang sangat bagus utk dibaca masyarakat harini. walaupun tulisan Pak Sako ni sudah lama, tapi setiap pengajaran yang ada dalam tulisannya relevan dalam masyarakat melayu dahulu hingga sekarang.

Pak Sako mengkritik dalam penulisan antaranya "Kita kaum Melayu di negeri melayu pada hakikatnya tidak ada yg kaya. Kita semuanya miskin, bukan pada tentang harta. tetapi pada serba serbi. Kita sudah bankrap, harta tidak ada, budi bahasa tidak ada, kasih sayang antara satu sama lain tidak ada, amanah
...more
Miyuke
Oct 13, 2018 rated it really liked it  ·  review of another edition
Beruntung Mamat Merdeka ditemukan dengan Mustapha. Sebelum jalan hidupnya menjadi lebih pincang, terselamat dia oleh kebijaksanaan Mustapha dalam mengatur hala tuju dan merancang kehidupan.

Membaca nukilan ini seolah-olah kita juga turut sama bersahabat dengan watak Mustapha. Bicara yang baik dan penuh kiasan, kewibawaannya, pengetahuannya serta peribadi yg molek menjadi tunjang kepada watak Mustapha yang kontra dengan sahabatnya Mamat.

Menelusuri kehidupan bersama Mustapha dan Mamat di dalam bua
...more
Erlena
Feb 04, 2018 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Sarat dengan kritikan sosial yang membina dan jelas menyerlahkan keprihatinan Pak Sako atas masa depan anak bangsa Melayu. Paling sesuai dibaca tatkala jiwa hilang/ patah semangat dan tercari-cari arah tujuan hidup. 👍

"Kita kaum Melayu di negeri Melayu ini pada hakikatnya tidak ada yang kaya. Kita semuanya miskin, bukan pada tentang harta benda. Tetapi pada serba-serbi.

Kita yang sebenarnya sudah bankrap; harta tidak ada, budi bahasa tidak ada, kasih sayang antara satu dengan lain tidak ada, aman
...more
Norziati
Jul 06, 2017 rated it liked it
Menggambarkan keadaan sosio-ekonomi Tanah Melayu sebelum dan ketika merdeka. Beberapa pandangan Pak Sako dalam novel ini patut diberi perhatian kerana masih releven dengan suasana semasa. Manakala kritikan yang dilemparkan kepada budaya dan tabii anak bangsa sendiri bertujuan menuntut perubahan sikap supaya dapat memajukan negara. Jarang dapat kita baca latar negeri pantai timur dalam zaman merdeka, oleh itu buku ini perlu menjadi alat perakam sosial yang bagus untuk kajian lanjut
Najah Mustapa
Jun 05, 2017 rated it really liked it
masih terasa teguran pak sako meskipun selesai membacanya. Sangat mendalam nasihatnya kepada bangsanya tapi dalam masa yang sama masih menikmati jalan cerita. Terlihat di situ betapa pak sako tidak ingin bangsanya jatuh dan kebelakang di tanah air sendiri.
Alin Sihite
Aug 20, 2017 rated it it was amazing
buku kecil yang penuh dengan pengajaran.
yang tak baca lagi, sangat sangat disyorkan untuk membacanya.
Nurliyana
Sep 03, 2015 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: favorites
Padat dengan kritikan sosial dari awal hingga ahir cerita yang masih relevan hingga hari ini.
Isu politik menjelang kemerdekaan, minda rakyat yang masih terjajah, diselit dalam cerita. Penuh pengajaran dan teladan.

Mana nak cari sahabat seperti Mustapha? Sanggup membantu Mamat yang hampir papa akibat suka berjoli dan berfoya. Akhirnya Mamat bangkit dan berusaha menjadi budak beca, mencari nafkah sendiri dan cuba untuk hidup dengan lebih baik.

Sharulnizam Mohamed Yusof
menarik. pak sako menceritakan gaya hidup pada zaman pra-merdeka. sisi yang kelabu dan gelap. sedikit rimas dengan cerita begini, tapi mungkin itulah kisah sebenar waktu itu. kehadiran mustapha sebagai "pembimbing" mencerahkan hidup mamat. itu mengajar kita juga. dan cerita-cerita, syair, pantun, sajaknya juga bermanfaat! hebat.
ninotaziz ninotaziz
Excellent self study of our people by Pak Sako and the excruciating realities, if the Malays do not wake up amidst the changes brought about by Merdeka.
Ema
Nov 15, 2016 rated it really liked it  ·  review of another edition
Kisah orang Melayu zaman sebelum merdeka. Nasihat dengan kata2 sindiran. Rasanya, tak jauh beza moral orang sebelum merdeka dengan zaman sekarang.
Nur Afidah  Mat Isa
rated it really liked it
Feb 26, 2014
Izzatil Husna
rated it it was amazing
Dec 15, 2017
Ludwig
rated it really liked it
Jul 15, 2018
Heikaljoe
rated it really liked it
May 26, 2015
Lukmanwahab
rated it it was amazing
Nov 12, 2015
nana
rated it it was amazing
Aug 05, 2017
Fadil Jaffar
rated it really liked it
Mar 05, 2013
Rose
rated it really liked it
Oct 21, 2012
fatinah
rated it really liked it
Aug 05, 2018
« previous 1 3 4 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malay ...more
No trivia or quizzes yet. Add some now »