Jodohku Mr. Pilot - 9









Bab 9




Tepat jam sembilan setengah
malam Lexus LFA milik Ejaz tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur,
KLIA. Penerbangannya menuju ke L.A dijadualkan pada jam sebelas malam ini.




Langkah
diatur tenang dan bergaya sambil menarik flight
bag
dan bagasinya menuju ke Caffe Ritazza. Dari kejauhan lagi dia sudah
nampak kelibat Johan yang sedang membaca paper. Baca paper tengah malam? Sesekali coffee dihadapannya disisip.
Sewaktu dia melintasi sekumpulan pramugari dan pramugara yang mula bergerak
kearah balai perlepasan, dia mula terasa pelik bila terasa dirinya menjadi
tumpuan. Siap menjeling-jeling lagi.




Pelik
ke aku hari ni? Dalam celahan sekumpulan pramugari itu, secara tak sengaja dia
menangkap seraut wajah ketat Inara. tiada secalit senyuman pun yang menghiasi. Menoleh
kearahnya sekilas pun tidak.




“E.J...”
Laung Johan seraya melipat paper ditangannya.




“Yo...”
Sahutnya seraya mengangkat tangan kanannya. Terus kakinya melangkah kearah
Cafe. Mengikut flight plannya
hari ini, dia akan menaiki penerbangan yang sama dengan Kapten Raven lagi. Sabar
jela...




Kerusi
depan Johan ditariknya. Flight cap
yang dikepit bawah lengan disangkut pada pemegang flight bagnya.




“Amacam
hari ni groom-to-be kita? Nampak tak
ceria je. Chill la bro,” usik Johan seraya
menumbuk kuat bahu sahabatnya yang kelihatan berserabut. Muka tak boleh kelat
lagi agaknya, macamlah memikirkan masalah dunia, perang Israel-Palestin! Tapi air
muka sajalah, kalau dari segi penampilan memang tip top dari atas ke bawah.
Ejaz la katakan...




“Kau
jangan menambah angin aku malam ni boleh tak? Dah la aku satu flight dengan Kapten Raven  malam ni,” balas Ejaz bernada sedikit keras. Tension sebenarnya! Setelah membuat
pesanan orange juice kegemarannya,
dia termenung jauh. Sepanjang malam tidurnya terganggu dengan bayangan Warda
dan Inara silih berganti. Berselirat rasa wayar otaknya malam ini.




“Memang
aku dah agak benda ni akan jadi macam ni. Kalau tak buat apalah mama kau
beria-ria sangat nak Warda ganti tempat dalam fashoin show semalam tu. Simple
analysis
je bro...mama kau still berhajat nak bermenantukan Warda. As simple as that...takkan tu pun kau boleh
tak perasan.” Tuna croissant dalam
piring dihadapnnya digigit. Jam tangan dikerlingnya sekilas, takut lambat pula
nanti. malam ini penerbangannya dijadualkan menuju ke Osaka, Jepun.




Ejaz
mendengus. “Aku tak habis fikir kenapa mama nak sangat Warda kahwin dengan aku.
Padahal dah terang-terang dulu dia yang tinggalkan aku dulu!” Badan sasanya
disandar geram ke kepala kerusi.




“Cerita
tiga tahu dulu tak sama dengan cerita sekarang E.J. After all...I think you and Warda will be a sweet couple. Sorang cantik, sorang handsome. Perfect match!




Kening
Ejaz dah terjungkit sebelah mendengar komen si Johan. “Oh yeah...you think so. And sekarang hubungan aku
dengan Inara dah berantakan!” Tekannya soal kedudukan hubungannya dengan Inara
yang sudah seperti telur dihujung tanduk saja. Cuma tinggal jatuh and pecah
macam tu saja. Lihat saja riak muka dingin yang ditunjukkan Inara saja dia sudah
boleh mengagak.




“Berantaan
yang menanti belah. Kau baca paper ke
tak pagi tadi? front page bro!
‘MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KEDUA DATO’ DR. HASBULLAH BERSAMA PUTERI TUNGGAL
PEMILIK AL-FATTAH CORPORATION AKAN BERLANGSUNG TAK LAMA LAGI’...nahh!” paper yang dibacanya tadi diletak
betul-betul dihadapn mata  Ejaz. Terpampang
jelas tajuk utama paper disitu. Siap dengan
gambar besar bagak lagi. Mulanya dia tak percaya juga dengar kata Adrian di operation centre sebentar tadi. Tapi setelah
dia sendiri membaca artikel itu, dia sendiri jadi speechless.




Terbuntang
besar biji mata Ejaz melihat tajuk utama paper hari ini. “What the hell is this!! kenapa sampai keluar paper macam ni?” bengang Ejaz mula memuncak. Merah padam mukanya dengan mata yang masih tak lepas melekat di dada akhbar.




“Kau expect benda jadi simple macam dalam fikiran kau ke? kau sedar tak berapa ramai reporter yang datang fashion show butik mama kau malam
semalam? memang patut la pun keluar paper!
tekan Johan dengan mata membulat besar.




Ejaz
raup mukanya kasar. Keluhan kecil terlepas. “Kau agak-agak Inara dah baca ke paper hari ni?”

Soalan
bodoh Ejaz itu mengundang ketawa Johan. “Aduh...E.J...E.J...orang baca paper awal pagi, sekarang dah nak masuk
pukul sembilan empat puluh lima malam dah. Lagipun sekarang benda ni dah
tersebar satu Malaysia, kau baru nak tanya Inara dah baca ke tak? What point? Kalau dia tak baca pun mesti
ada radio rosak yang dah beritahu punya.”




Keluhan
terlepas dari celah bibir merah Ejaz. Mungkin sebab berita ini juga muka Inara
kelihatan dingin kepadanya tadi. Nampaknya dia sudah tak boleh lari lagi dari
masalah yang timbul ini.




“Kahwin
jela dengan Warda, E.J...bukan senang nak jumpa gadis macam Warda tu zaman
sekarang ni. Baik, sopan, tutup aurat, cantik...dan yang penting sekufu dengan
kau. Lagipun restu keluarga tu penting. Kalau kau kahwin dengan Inara sekali
pun, tapi kalau mama papa kau tak restu,
no point
...mungkin setahun dua tahun boleh la kau kata korang bahagia, but then...??” Pandai sungguh Johan menyusun kata-kata nasihat. Di bukannya apa, dia hanya mahukan yang terbaik
buat Ejaz. Nak kata dia benci Inara pun tak jugak, mereka berkawan. Tapi dia
boleh kenal Inara tu orangnya jenis macam mana. Tak suka dikongkong, apatah
lagi nak terikat dalam ikatan perkahwinan buat selama-lamanya. Dia tak nampak
Inara akan setia.




“Masalahnya
aku tak cin....”




“Jangan
cakap tak fikir otak E.J! Kau tak tahu apa yang Allah dah rancang untuk kau. Siapa
jodoh kau yang sebenarnya! Semua tu kerja Allah. Macam mana kau nak nafikan
pun, kalau dah tersurat Jodoh kau dengan Warda, korang tetap akan kahwin
jugak! lagipun kau tak rasa ke semua ni satu takdir. lepas tiga tahun kau boleh jumpa balik dengan Warda” pangkas Johan laju. Tak suka bila Ejaz dengan bongkaknya mengatakan
kalau dia tak cintakan Warda. Padahal dari sinar mata itu, dia nampak sesuatu
yang istimewa tiap kali Ejaz memandang Warda. Bukannya dia tak perasan kalau
mata Ejaz sering kali mencuri pandang pada gadis cantik itu semalam. Cuma saja
buat-buat buta!




Ejaz
mati kata. Lama dia bertelekuk. Orange juice dihadapnnya juga sudah naik cair
tak disentuh.




“Hoi...”
Jari dipetik johan tepat depan mata Ejaz yang mengelamun jauh. “Dah nak pukul
sepuluh dah ni, tak nak gerak ke. Mengamuk kapten Raven nanti.”




Sebaris
nama kapten Raven itu menyentap semua lamunan Ejaz. Terbang dibawa angin dalam
KLIA itu. Terus jam tangan dilihatnya, sebelum matanya membulat besar




 “Weh...weh aku gerak dulu la...jumpa kau
khamis nanti.” Terus flight capnya
disambar dan disangkut ke kepala. Flight
bag
nya laju ditarik laju meninggalkan cafe. Mampus aku kalau lambat sampai!




“E.J...aku confirm kapten Raven says congrats to you,” laung johan
diikuti dengan tawanya yang terbahak-bahak. Geli hati melihat muka Ejaz yang
macam tertelan biji durian saja.




Have a nice flight...jangan kau jumpa
muka warda pulak dekat celah-celah awan nanti sudah.” Ibu jarinya menunjukkan
tanda ‘good’ dengan muka penuh
kenakalan. Dilihat Ejaz sudah menunjukkan buku lima kearahnya, sebelum
tersenyum kecil dan bergegas melangkah untuk memulakan tugasnya pada hari ini. But please, jangan kapten Raven tambah
serabut otak aku yang dah sedia short
circuit
ni!




Los
Angeles....i’m coming!!




*****

Sebaik saja tubuhnya
membolos masuk ke dalam kokpit pesawat MH 7769 penerbangan ke Los Angeles itu,
segera tempatnya duduknya diambil.




This is my world...dia
suka duduk di kokpit kecil ini setiap kali dia memerlukan ketenangan, apatah
lagi dalam keadaan malam sebegini, menyajikan panorama yang cukup menenangkan. Baginya
airport tak pernah mati, setiap masa
ada saja pesawat yang terbang dan mendarat disitu. Bulat matanya memerhati
keadaan kokpit pesawat. Mungkin bagi orang yang tak pernah masuk ke dalam
kokpit pesawat akan tercengang, terlopong, dan berserabut dengan segala butang,
meter dan radar yang ada. Tapi baginya itu adalah dunianya...tak dapat
dibayangkan hidupnya tanpa semua itu.




Aviation is my passion...kata-kata
itu yang dipegangnya semenjak kakinya melangkah masuk ke akademi penerbangan di
San Farncisco dulu. Setelah membuat engine
runup
dan system checks. Clipboard file yang terkepil ‘before takeoff checklist’ disebelah
tempat duduknya dicapai. Satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap
juruterbang yang mengendalikan pesawat sebelum penerbangan dimulakan. Meliar matanya
memerhati checklist panjang
ditangannya itu seraya tangannya laju memetik panel-panel butang yang untuk
melancarkan penerbangan.




Before-Takeoff
Checklist


Auxiliary fuel
pump — Off

Flight controls
— Free and correct

Instruments and
radios — Checked and set

Landing gear
position lights — Checked

Altimeter — Set

Directional gyro
— Set

Fuel gauges —
Checked

Trim — Set

Propeller —
Exercise

Magnetos —
Checked

Engine idle —
checked

Flaps — As
required

Seat
belts/shoulder harnesses — Fastened

Parking brake —
Off




Setelah
memastikan semua butang sudah ditekan seperti yang termaktub. Clipboard itu diletaknya semula si tepi
kerusinya.




“Before-takeoff
checklist complete down to final items.”

Suaranya sedikit kuat. Memang sudah menjadi kebiasaannya mereka akan membuat announcement kecil sebegitu walaupun sendirian
di dalam kokpit pesawat, untuk memastikan tiada senarai yang tertinggal.




Bunyi
pintu kokpit dibuka menggamit perhatiannya. sebaik sesusuk tubuh itu membolos
masuk, segera senyumnya dilorek




Bonjour captain,” tegurnya seraya
menunduk sedikit tanda hormat kepada kapten Raven selaku pilot dalam
penerbangan ini.




Bonjour young man...” balas kapten Raven
berbunyi ‘good mood’ ditelinganya.
Dalam hatinya mengucap syukur.  Bahunya
terasa ditepuk sebelum kapten Raven mengambil tempat di kerusi sebelahnya.




tuk..tuk..tuk...




Pintu kokpit diketuk dri luar. Sesaat keudian terjengul wajah kak maria
selaku ketua kabin krew dalam penerbangan pesawat MH 7769.




 You want anything captain? Co. pilot Ejaz?
Soal Maria selaku ketua cabin attendant
dalam penerbangan ini




Give me an apple juice later on.” Bilang
kapten raven. Manakala Ejaz menggeleng, masih terasa kenyang setelah minum air
jusnya tadi.




Okay captain,” sambut Maria. Senyuman
kecilnya tertarik melihat kenyitan mata Ejaz kepadanya, sebelum menutup semula
pintu kokpit rapat. Siapalah yang tak kenal dengan Ejaz Fakhri...nakal!




Kira-kira
dua puluh minit kemudian pushback tractor
mula menolak pesawat MH 7769 itu untuk masuk ke landasan.




The checklist is complete.”




Start the flight engine.” Kapten Raven
bersuara. Laju tangan Ejaz menolak butang di panel bahagian atas.




Start light, check.”




N1 rotation, check,” kata Kapten Raven.




Okay...stabilizing,” balas Ejaz tenang. Kemudian
headset dipakainya dan mic dibawa ke
depan bibir. “MH 7769...”




MH 7769 clear for takeoff.” Announcement dari menara kawalan
kedengaran bergema dalam kokpit pesawat itu.




Takeoff.




Roger.” Ejaz menyambut penuh yakin. Ini
adalah crucial part bagi semua yang
bergelar pilot. Bahagian takeoff dan landing memang paling susah sekali.




Kelajuan
pesawat mula bertambah melalui landasan yang diterangi dengan lampu-lampu kecil
dikiri kanan. Dada ejaz mula dipalu hebat, apatah lagi bila kapten raven
disebelah menilai semua skill-nya. Dicengkam
kuat hand controller dihadapnnya
untuk memastikan alignment pemanduannya lurus. Pesawat sedikit bergegar. Beberapa
minit kemudian pesawat mula naik ke udara membelah langit malam meninggalkan
lapangan terbang KLIA dibawah sana yang masih disimbahi cahaya.




Jari
Kapten Raven menolak ke atas butang gear. “Gear
up
.”




Check,” balas Ejaz dengan sengihan
lebar. Nafas lega terluah kecil dari celah bibirnya. Berjaya takeoff dengan jayanya!




Better than the last time.” Suara mendatar
Kapten Raven itu membuatkan dia tertoleh. Makin lebar seyuman bibir merahnya
dengan kata pujian yang diberikan. Bukan senang nak dipuji, apatah lagi oleh
Kapten Raven yang memang terkenal dengan sikap strict nya.




Thank you captain.”




“Saya
terbaca dalam paper hari ni...you nak
kahwin. Betul?”




Soalan
dari Kapten Raven itu seolah mencekik batang lehernya. Nak tak nak terpaksa diangguk
juga kepalanya. “Yup.”




It’s a good news for a young man like you. By
married can build your sense of responsibility. Take my words.
Tapi susah
la sikit, isteri nanti asyik kena tinggal je.” Nada selamba Kapten Raven itu
mengundang tawa kecil Ejaz. Entah kenapa seraut wajah cantik Warda melayang
lembut matanya, melorekkan senyuman yang semakin lebar. Isteri? Entah kenapa
sepatah ayat itu cukup untuk memutikkan rasa bahagia dibenak hati lelakinya.




Semua
angannya terhenti bila lengannya terasa dicuit.




You make the announcement,” arah Kapten
Raven menyerahkan tugas membuat pengumuman kepada semua anak kapal dan
penumpang pesawat MH 7769 ke Los Angeles itu kepada Ejaz. Mic sekali lagi
ditarik rapat ke bibir.




“Assalamualikum
and a very good evening ladies and
gentleman, boys and girls. My name is Ejaz fakhri your co.pilot, together with
me is captain Raven. welcome board with airlines MH 7769 to Los Angeles. This flight
will takes about 18 hour and 5 minutes.We are closing at the thirty seven thousand
deep per sea level, with a speed flow 100 km/h. For a time being please sit
back, relax and enjoy this flight. Thank you for flying with Malaysia airlines
...” tenang sekali bunyi suaranya.







Sebaik
saja menamatkan pengumuman, matanya ditalakan kearah menghadap langit gelap
yang akan menemaninya buat beberapa jam ini. Hopefully dapat tengok sun
rise
kalau cuaca elok. Kata-kata Johan terngiang ditelinga.




Have a nice flight...jangan kau jumpa
muka Warda pulak dekat celah-celah awan nanti sudah.”




Tanpa
sedar, ada senyuman bahagia yang terukir disitu.




*****

Warda menolak pintu kereta
Suzuki Swiftnya sebaik saja kereta diberhentikan dikawasan porch banglo mewah
milik keluarganya. Setelah tiga tahun dia tak menjejakkan kaki ke sini, kini
dia pulang semula. Lama matanya memerhatikan surat khabar yang terdampar di
seat sebelah pemandu itu bagai nak tembus. Dalam diam ada rasa takut yang
bergayut dibenaknya memikirkan reaksi walidnya soal perkara ini.




Tapi
nak lari pun dah tak sempat, benda dah tersebar meluas. Pada mulanya dia pun
tak tahu soal itu, maklumlah orang pemalas nak membelek surat khabar. Itu pun
dia tahu setelah Jannah pulang dari rumah abangnya di Puchong. Terkocoh-kocoh
sahabatnya itu mendapatkannya di dalam bilik sambil surat
khabar dikibar-kibar ala-ala bendera saja lagaknya.




Terkejut
tak payah cakap. Terkejut beruk tambahan lagi bila siap ada gambar lagi yang
terpampang besar di dada akhbar itu. Rasa nak pitam bila membaca tajuk utama
artikel itu. Entah kenapa ada rasa malu yang menerjah dirinya bila mendengar
kata-kata usiakan si Jannah yang tak berhenti menyakatnya sejak pagi tadi lagi.




Dalam
benaknya tertanya-tanya samaada Ejaz sudah membaca atau tidak berita di akhbar
itu. Entah apa pulak reaksi lelaki kacak itu agaknya?




Tangannya
diangkat untuk mengetuk pintu rumah yang tertutup rapat. Tai belum sempat tangannya
menyinggah, pintu sudah terkuak terdahulu dari dalam. Tersembul wajah si
adiknya Raeef.




“Akak...”
Tubuhnya sudah dipeluk erat terlebih dahulu sebelum sempat dia membuka mulut. Basah
hujung matanya mengenangkan betapa rindunya dia pada dua orang si adik
kembarnya itu. Kepala Raeef diusapnya.




“Akak
minta maaf Raeef...akak dah lama tak balik sini. I miss you so much.” Luah Warda sebaik saja tubuhnya dilepaskan. Air
mata yang mengalir ke pipi adik lelakinya itu diseka.




“Raeef
rindu sangat dekat kakak.” Rengek si adik menerbitkan senyuman lebar dibibir
merahnya. Kepala si adik dilukunya.




“Hei...umur
dah dua puluh tiga pun cengeng lagi ke?!”




“Dua
puluh tiga tu muda lagi la!” Raeef menjawab manja. Kemudian tangan kakaknya
ditarik masuk ke dalam. “Umi, dengan walid dah tunggu dari tadi lagi,”
beritahunya. Wajah si kakaknya dipandang dalam. Ada sesuatu yang mengacau
benaknya semenjak melihat berita di akhbar pagi tadi sebenarnya. Tapi melihat
riak kakaknya yang terbias sedikit kerisauan itu, dipendamkan saja
pertanyaannya. Lain kali jela.




Warda
menarik nafas dalam sebaik saja kelibat walid dan uminya kelihatan sedang duduk
santai dihadapn televisyen. Tak banyak perubahan yang berlaku dalam rumah itu.
Tangan si adik digenggamnya erat untuk meminjam kekuatan.




“Assalamualikum
walid...umi,” sapanya sopan. Tangan walidnya dicapai dan dikucup lama.




“Waalaikumsalam.”
Mendatar suara walid menyapa cuping telinganya. Laju kepalanya diangkat
memandang kearah walidnya itu dengan rasa tak percaya. Tak ada riak dingin yang
kelihatan pada raut wajah itu. Sebak merempun dada, berkaca matanya. Terharu.




Warda
melutut dihadapan walidnya denga mata berlinang. Tangan itu digenggamnya erat.
Sesak rasa dadanya yang memanggung rasa bersalah yang menggunung selama ini.“Maafkan
dosa warda selama ni walid...Warda berdosa...” Menggigil dan bergetar suaranya
yang terlepas. Basah pipinya dengan air mata yang melurut jatuh. Teresak-esak
dia di peha walidnya itu.




Tan
Sri Khalid Al-Fattah mengeluh kecil. Kepala puterinya itu diusap. “Semuanya salah
walid...walid tak pernah cuba faham hati anak walid sendiri selama ni. Maafkan
walid...”




Warda
menggeleng. “Bukan salah walid...” Tubuh itu dipeluknya erat. Sebak. Setelah
keadaan kembali tenang, Warda meletakkan kepalanya ke bahu walid.




“Warda
tau kan kenapa walid dengan umi panggil warda balik sini?” Puan Sri Nabiha pula
mula bersuara. Terangkat terus kepala Warda dari bahu walidnya. Umi dipandang.




“Pa...pasal
Warda dengan...Ejaz?” tebak Warda walaupun dia cukup yakin soal itu.




Puan
Sri Nabiha angguk mengia. Semalam dia sudah berbincang soal puteri tunggal
mereka itu dan anak sahabat mereka itu. Dan mereka sudah mengambil  kata putus setelah memikirkan baik buruknya. Tapi
yang paling penting adalah kebahagian anak mereka itu sendiri.




“Benda
dah jadi besar macam ni sampai masuk
paper
semua.” Tan Sri Khalid Al-Fattah mula buka mulut. Pada mulanya dia
memang agak terkejut dengan berita besar yang terpampang di dada akhbar pagi
tadi. Warda telan liur payah. Cuba memasang telinga sebaik-baiknya untuk mendengar komen
daripada mulut walidnya itu.




“Warda
nak kahwin dengan Ejaz?” Tan Sri Khalid Al-Fattah bertanya.




Naik
tercekik Warda dengan soalan direct
yang dilontarkan padanya itu. Merona mera pipinya. Malu dengan kedua orang
tuanya, apatah lagi bila hujung matanya menangkap senyuman nakal yang ditarik
adiknya yang sedang melayan movie di channel HBO di depan.




Terlorek
senyum Puan Sri Nabiha melihat perubahan air muka yang terbias diwajah cantik
itu. dia sebenarnya tak kisah, malah lagi suka kalau anaknya berjodoh dengan
Ejaz. Dulu dia tidaklah terlalu menyokong keputusan suaminya untuk menjodohkan
puteri mereka itu dengan anak sahabatnya itu, mungkin kerana dulu dia belum
mengenali budak yang hendak dijodohkan itu, apatah lagi dalam keadaan anaknya
dipaksa sebegitu rupa. Tapi entah kenapa sekarang dia cukup suka dengan anak
sahabat suaminya itu. nampak cukup sepadan dengan puterinya itu.




“War...Warda...”




“Walid
dengan umi takkan memaksa kali ni. Semuanya terserah pada Warda. Walid tak nak
benda yang sama berulang balik.”




Senyap.
Warda menalakan matanya kelantai yang diselimuti karpet berbulu putih itu. Tak punya
jawapa untuk itu. Kalau aku nak...tapi Ejaz tak nak...ishh!! Apa yang aku
merepek ni? Sadis betul! Macam anak dara tak laku pulak.




“Tapi
walid nak Warda fikir baik buruknya. Benda ni satu malaysia dah tersebar,
sedikit sebanyak keputusan Warda akan effect
nama keluarga dan company kita,” tambah
Tan Sri Khalid Al-Fattah lagi seraya mengetuk 
kepalanya sebagai simbolik supaya anak gadisnya itu memikir semasak-masaknya.




“Dah...walid
naik atas dulu, esok pagi ada meeting.
Warda tidur sini je, dah lewat sangat pun nak balik.”




Walid
hanya melihat saja langkah walidnya naik ke atas. Kemudian pandangannya jatuh
pula pada uminya yang sedang tersenyum-senyum memandangnya.




“Umi
ni kenapa?” Soal Warda dengan nada tertahan. Malu bila ditenung uminya sebegitu
dalam dan bermakna. Seolah-olah bicara hatinya mampu dibaca uminya seperti air
lalu. Kepalanya semakin ke belakang bila muka uminya semakin mendekat kearahnya
dengan senyum penuh makna.




“Warda
dengan Ejaz ada apa-apa ke?”




Warda
kalut. Terkelip-kelip matanya memandang mama dengan muka gelisah yang terpeta
jelas. “Ma...mana ada umi!” Tegasnya gelabah. Sesaat kemudian tawa uminya
pecah. Menderu laju darah naik ke pipinya. Apesal umi ni!




“Kalau
takde apa-apa kenapa muka tu merah je? Anak umi dah jatuh cinta ke?” Giat Puan
Sri Nabiha menambah warna diwajah anak gadisnya itu.




“Kak...umi
dengan Rafeeq kata abang Ejaz tu handsome.
Betul ke?” Soal Raeef turut nak masuk korum mengusiknya.




“Entah...”
Jawab Warda acuh tak acuh. Padahal memang tak boleh disangkal lagi kekacakan
yang dimiliki lelaki itu.  Bingkas dia
bangkit dari sofa putih gading itu. Bag Carlo Rinonya disambar laju sebelum
pipi umi dikucupnya laju. Tak betah berlama-lama disitu. Naik pecah nanti
dadanya dengan debaran menggila bila diasak-asak dengan soalan berkisar soal
Ejaz. Mendengar sepotong nama itu saja sudah mampu membuat jantungnya dipalu
hebat!




“Warda
naik atas dulu umi.” Macam bullet train
suaranya meluncur laju tanpa nokhtah. Mencicit dia naik ke atas menuju ke
biliknya yang sudah lama ditinggalkannya. Rindu dengan patung teddy bearnya. Sebaik saja pintu bilik
ditolak, memori lama bertamu semula ke kotak fikirannya. Pintu balkoni yang
tertutup rapat direnungnya lama. Kembali terfikir bagaimana dia nekad untuk
terjun dari balkoni itu semata-mata tak mahu ditunangkan dengan Ejaz dulu. Terasa
dirinya begitu bodoh sekali dulu. Semata-mata kerana cinta...dia jadi buta!




“Hishhh...buat
apalah kau nak kenangkan cerita tiga tahun dulu tu Warda?! Ejaz tak nak kahwin
dengan kau dah sekarang!” Katanya tegas pada dirinya sendiri memperingatkan
dirinya kalau Ejaz telah jadi milik wanita lain kini. Ada rasa kesal yang
bergayut dilubuk hatinya. Tapi semuanya dah terlambat, dah hangus jadi debu!




Bag
Carlo rinonya dicampak atas katil. Shawl yang masih melilit kemas dikepala
dicabut. Pintu almari dibukanya untuk menarik keluar tuala, dan saat itu juga
sepasang baju kurung moden rona putih bermanik terlayar tepat dihadapan
matanya. direnung lama baju kurung itu dengan perasaan bercampur baur. kelat, payau, kesal semuanya ada...



Baju tunang yang tak sempat disarung ke tubuhnya dulu. Masih kelihatan
cantik dan elok berbalut dengan plastik lut sinar. Baju itu dibawanya keluar.
Entah kuasa apa yang seakan menggerakkannya, dia melangkah ke hadapan meja
solek disatu sudut bilik. Baju itu disuakan ke tubuhnya.




“Cantik.”
Suara yang datang dari arah belakang itu meranapkan semua lamunan Warda. Segera
baju itu diletakkan semula ke dalam almari.




Puan
Sri Nabiha hela nafas panjang. Duduknya dilabuhkan ke birai katil sebelah anak
gadisnya. “Umi sayang nak bagi baju 
Warda tu dekat Erin masa dia tunang dulu.”




Warda
tersenyum dengar cerita umi. Erin adalah adik sepupunya. “Kenapa tak bagi je
umi...Warda dah takde kesempatan pun nak pakai baju tu dah.” Ada getar yang
tersimpan dalam suaranya itu.




“Kenapa
cakap macam tu pulak?”




Kelu
lidahnya untuk membalas. Bahunya tiba-tiba terasa dipeluk dan diusap kasih.




“Jodoh
tu misteri kan....hanya ALLAH saja yang tahu siapa lelaki yang ditakdirkan buat
warda. Tapi hati umi kuat mengatakan kalau Ejaz adalah satu-satunya lelaki yang
dilahirkan dan ditakdirkan buat jadi pendamping anak umi ni. Walaupun jodoh
Warda dan Ejaz tak kesampaian tiga tahun dulu...tapi ternyata sekarang allah
dah membuka semula jalan untuk menyatukan hati Warda dan Ejaz. Semua ni bukan satu
kebetulan sayang...tapi takdir! Takdir yang dah mempertemukan kamu berdua,
walaupun pada hakikatnya kedua-duanya tak pernah kenal dan tahu rupa
masing-masing. Hebat kan kekuasaan ALLAH...”




Lembut
sekali bicara lembut yag menampan telinga Warda itu, menusuk dan menyentuh
hingga ke dasar hatinya yang paling dalam.




“Tapi
Warda dah terlambat...” Tuturnya perlahan berbunyi sebak. Kepalanya diletakkan
ke bahu uminya lembut sekali, lengan itu dipeluknya erat sekali.




“Dah
ada wanita lain dalam hati Ejaz sekarang umi...” Sambungnya dengan mata yang
mula dilinangi air hangat. Masih jelas lagi dimatanya riak wajah cemas yang
terbias diwajah kacak itu semalam. Dan suara itu juga yang menemani tidur
lenanya semalam. Sungguh hatinya terasa semakin sesak dan lemas dengan perasaan
cinta yang mula berputik mekar buat Ejaz sekarang.




“Janji
Allah itu pasti! Tapi kita sebagai hamba perlu banyak berdoa sayang...” Pujuk Puan
Sri Nabiha. Air mata anaknya itu diseka dan dihapuskan. Betullah telahan
matanya kini, hati ibunya kuat mengatakan kalau anaknya itu ada memadam
perasaan. Kuasa Allah siapalah kita nak menghalang. Dalam masa sesaat, sejam,
sehari, sebulan mahupun setahun, kalau Allah dah ketuk pintu hati kita dengan
rasa cinta terhadap seseorang itu, pasti kita tak mampu menolaknya dengan apa
cara sekalipun.




Lama
mereka terdiam. Tiba-tiba kepala Warda terasa disenggol dengan bahu uminya
sampai terangkat kepalanya yang sedap-sedap landing disitu, manja.




“Umi
lupa nak tanya...macam mana Warda dengan Ejaz boleh jumpa? Umi tak rasa
pertemuan dekat majlis ulangtahun mama Ejaz tu pertemuan kali pertama.” Tanya Puan
Sri Nabiha dengan kening sebelah terjungkit menuntut jawapan si anak.




Warda
garu kepala tak gatal. “Jumpa secara tak sengaja dekat KLIA dulu. Tapi sumpah
Warda tak tahu tu Ejaz. Masa majlis tu barulah Warda kalau itu rupanya bakal
tunang Warda dulu.” Ceritanya membuka cerita yang membawa pertemuan pertamanya
dengan ‘abang pilot blur’ tu. Ada sengihan kecil yang dikoyaknya bila terkenang
semula peristiwa pendek itu




“Umi
nak tau tak...Ejaz yang selamatkan Warda, masa Warda jumpa dengan abang Muslim
dekat Mid Velley dulu.” Ceria bunyi suaranya.




“Oh
ya?”




Warda
angguk laju. “Sampai pecah bibir dia kena tumbuk dengan abang Muslim.”




So...Warda dengan Muslim...”




“Dah
tak ada apa-apa umi. Hubungan yang dah ketemu dengan titik nokhtah! Tak mungkin
bersambung balik.” Katanya tegas. Dan sudah jelas lagi bersuluh kini hatinya
milik siapa. Dilihat uminya tersenyum lambat-lambat. Sesaat kemudian hidungnya
dipicit geram umi.




“Dah...mandi!
Lepas tu tidur,” arah Puan Sri Nabiha seraya bingkas bangkit. Dahi si anak
dikucupnya laju.




“Ai..ai...mem.
Good night umi...assalamualikum.” Ujarnya.
Setelah daun pintu ditutup semula, dia bingkas bangun dan ditarik tuala merah
jambu miliknya dalam almari. Baju ditanggalnya dan dililit tuala ke badan
sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.




Kira-kira
dua puluh minit kemudian dia keluar. Baju pajama kuning air disarungnya. Rambut
basahnya dikirai-kirai dan dilap dengan tuala kecil ditangan, sebelum dibalut.
Segar!




Warda
berjalan kearah balkoni. Kunci sliding
door
itu dibukanya dan ditarik kuat. Sekelip mata saja angin sejuk malam
mula menerobos masuk ke dalam bilik. Berkibar-kibar langsir putih disitu.
Terasa nyaman tubuhnya. Perlahan-lahan dia mula menapak keluar, dan berdiri
dihadapn palang besi berukir itu.




Matanya
ditalakan lembut kearah langit yang kelihatan cantik dengan sinaran
butiran-butiran bintang yang bertaburan di dada langit. Matanya dipejam rapat
menghayati bayu malam yang menyapa nyaman tubuhnya, dan saat itu juga seraut
wajah  ejaz melayang ditabir matanya.
Perlahan-lahan matanya dibuka semula, dan tika itu juga pandangannya jauh
kearah  pesawat yang tampak berkelip-kelip
diatas sana. Ada kemungkinan tak lelaki itu berada di dalam kapal terbang atas sana
tu?




“Ejaz...”
Terlepas sebaris nama itu, meniti lembut dicelah bibir merahnya. Tangannya
menongkat dagu, seraya matanya dilepaskan bebas kearah langit berbintang yang
terbantang luas. Lambat-lambat senyuman manis terukir indah di bibir mungil itu.





"If today, a smile should appear on your face, it's because at this very minute, I am thinking of you and I am smiling too."





nota kaki kecil ^^ : bonjour to all readers...segala komen yang memberansangkn amatlah dihargai *it just like my caffein u know...nnti bulat je mata ni nk menaip dgn kelajuan pecutan kuasa kuda muahaha >_< n dila pun tahu ada silent reader yg bce cerita ni. I really appreciate it. enjoy ur reading. <3




much of luv:

Dila Dyna










1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2013 20:59
No comments have been added yet.