Jodohku Mr. Pilot - 10









Bab 10




Stereng kereta dipulas
masuk ke dalam kawasan porch banglo.
Lama dia bertapa di dalam kereta dengan mata terpejam. Terasa keras dan kejang
semua otot-ototnya setelah berjam-jam menaiki pesawat dari Los Angeles ke kuala
lumpur. Bunyi pesanan ringkas yang masuk ke dalam hanset menyedarkannya dari
lena yang semakin membuai. Lantas enjin dimatikan dan pintu ditolak keluar.
Bagasinya yang diletak atas kerusi sebelah pemandu disambarnya. Mata yang sudah
jelas memerah dipisat-pisatnya.




“Assalamualaikum...”
Laungnya seraya ligat mengetuk pintu rumah dengan muka lesu. Kalau macam ni
gayanya, memang confirm lepas solat
terus terlentang atas katil sampai pagi esok.




“Waalaikumsalam...”
Suara mama menyambutnya sebaik saja pintu dikuak. Ejaz melangkah ke dalam
selepas menyalami tangan mamanya.




“Lambatnya
sampai rumah. Melencong apa?”




Flight delay la ma...ada masalah dengan
enjin, kalau tak pukul lapan tadi dah sampai dah.” Balas Ejaz berbunyi malas.
Terasa berat bertan-tan mulutnya tika ini, nak berbalas panjang pun rasa tak
bertenaga. Mata semakin layu minta dipejam.




“Sayang...mama
nak mintak tolong ejaz esok. Mama ada photoshot majalah GLAM untuk bulan depan.
Dia orang nak Ejaz dengan Warda jadi model. Boleh?”




“Ermmm...apa-apa
jela ma, Ejaz naik atas dulu.” Serius otaknya dah jammed sekarang, di matanya
ternampak katil saja. Tanpa membuang masa, terus tangga di dakinya dengan muka
serupa zombie saja.




Datin
Afifah sudah tersenyum lebar. Satu masalah dah selesai. Hansetnya atas sofa
dicapai.




Salam...sayang
esok jangan lupa ye photoshot.


Thanks
banyak-banyak sebab sudi tolong auntie ~ auntie afifah





Butang send ditekan seraya mula memanjat
tangga naik ke tingkat atas. Suaminya awal-awal lagi sudah tidur, penat setelah
seharian menghadiri majlis di kementerian pegajian tinggi siang tadi. Yang si
anak daranya Emira pula tak keluar-keluar dari bilik sejak balik petang tadi.
Perut tu tak lapar agaknya.




Bagasi
ditangan dicampaknya saja ketepi almari. Butang bajunya dibuka satu persatu dan
dicampak ke dalam bakul tepi pintu bilik air. Tuala di penyidai disambar dan
terus menghilang ke dalam bilik air. Seketika kemudian dia menapak keluar.
Sehelai t-shirt putih dan seluar tract disarung ketubuh sasanya. Setelah
menunaikan solat isyak terus badannya dihumban ke atas katil. Terasa selesa
yang amat sangat bila keempukan tilam terasa meyucuk-nyucuk tubuhnya yang
terasa sengal sana sini.




Sepotong
nama yang disebut mama tadi terngiang kejap ditelinga. terbangun badannya dari
tilam. “Aku mamai kot,” gumamnya rendah dengan mata yang semakin layu hendak
terkatup. badannya direbah semula, dan sekejap saja lena mula datang
menjemputnya...

*****




Mata Warda
tertala ke arah katil sebelum senyuman manisnya terukir di hujung bibir. Langsir
tingkap dari rona hitam putuh bercorak abstrak itu disingkap untuk menjemput
cahaya matahari masuk ke bilik yang masih terasa sejuk itu. Birai katil
dirapatinya, dan bibirnya didekatkan ke telinga itu.




“You....bangun
la. Dah siang.” Suara bisikan gemersik milik Warda itu menerbitkan segaris
sengih di bibir Ejaz yang masih enak berbungkus comforter
tebal itu.




“I
ngantuk lagi la sayang...semalam kan baru balik dari L.A. I miss you soo much.” Ejaz menggumam dalam mata yang terpejam.
Tangannya panjang menggagau mencari sepasang tangan halus itu dengan mata yang masih tepejam rapat. Sebaik saja
pegangannya jatuh ke tangan halus itu, terus ditariknya kuat hingga wanita itu
jatuh ke dalam pelukannya. Tangan halus itu dikucupnya puas.




“You...dah
siang la..”




“Sekejap
la...better you shut your mouth before
anything happen to you
,” ugut Ejaz rendah dengan suara serak ala-ala menggoda. tubuh sasanya makin dirapatkan ke arah tubuh langsing itu. bibirnya mula mendekat untuk mengucup bibir merah
menggoda itu. 



Mata dicelik perlahan. Dan saat itu juga biji matanya terus membuntang besar, tiba-tiba muka mama bertepek bedak sejuk betul-betul terpampang
depan matanya.




“Arghhhh!!!!”
Jerit Ejaz seraya bangkit dari pembaringan dengan dada berombak.
Terteleng-teleng kepalanya kekiri kanan bilik yang sunyi sepi dengan muka
bingung. Warda takde...mama pun takde. Kosong. Muka merah dan hangatnya
ditekup.




“Astaghafirullahalazim....Mimpi
rupanya...” Lama-kelamaan tawanya pecah sendiri bila teringat semula mimpinya
itu. Memalukan betul! Macam manalah aku boleh mimpi benda tak senonoh macam tu,
dengan Warda pulak tu! hishh...




Datin
Afifah diluar mengetuk bilik anak bujangnya itu.  Si Jay dari pagi dah sibuk menelefonnya
beberapa kali untuk mengingatkannya untuk photoshot
yang diadakan pagi ini. Tombol pintu tak berkunci itu dipulasnya.




“Alhamdulillah...bangun
pun anak mama. Ingat mata hari dah terpacak atas kepala baru nak bangun!” Dari
tadi lagi dia mengetuk bilik anak itu, tapi langsung tak berjawab. Langsungnya
dia turun ke bawah dulu untuk menolong kak temah menyiapkan breakfast.




“Ejaz
kenapa ni? Demam ke, muka merah semacam je?” Dahi dan leher itu disentuh laju.
Bimbang pula kalau tiba-tiba anaknya itu diserang demam panas sekarang. Karang
tak pasal-pasal terpaksa cancel pulak
photoshot nanti.




“Takde
la ma...pa..panas.” Jawab Ejaz gagap menyembunyikan rasa gugup. Tangan mama
yang masih melekap didahinya ditarik.




“Hai...pasang
air-cond bukan main kuat lagi pun
panas ke?” Soal Datin Afifah berbunyi pelik.




“dah...dah...dah
bangun..bangun cepat siap! Nanti kita terlambat!” Terkeluar sudah arahan
ala-ala tentera. Punggung si anak ditepuk-tepuknya kuat. Anaknya kalau nak
dikejut bangun memang ini saja caranya. Kalau tak memang takkan jalan. Selalu
jugak anak lelakinya itu merungut bila diperlakukan macam anak kecil begitu,
tapi apa nak dikesahkan...baginya semua anaknya masih kecil dimatanya.




“Ahh...malas
la...baru pukul lapan setengah. Nak pergi mana pulak ni? Kalau nak pergi pasar
ajak jela papa.”




“Heii!!!
Jangan nak buat-buat hilang ingatan pulak ye Ejaz! Mama dah janji ni nak bawak Ejaz
pergi photoshot untuk majalah GLAM
pagi ni.” Tukas Datin Afifah dengan mata yang membulat besar seraya bercekak
pinggang. Tapi bila tengok muka blur si anak, dia jungkit kening. Memang sah
mamai agaknya masa dia beritahu semalam.




“Ejaz
tak tau pun! Bila masa pulak Ejaz janji?” Soal ejaz dengan muka berkerut. Baru
ingat nak bersenang lenang dekat rumah, tak pun keluar melepak dengan Johan lepas
tension!




“Ahh...takde...takde...bangun
cepat! Ejaz dah janji dengan mama semalam. Warda pun dah bersiap agaknya.”




Sebaris
nama yang meniti dibibir mama itu mengeraskan gerak badan Ejaz yang ditarik mamanya
untuk turun dari katil. Muka mama dipandang lama.




“Warda?”




“Yela...kan
mama dah cakap semalam. Ejaz dengan Warda yang photoshot hari ni,” Balas Datin Afifah bersahaja. Membulat mata Ejaz
dengan riak terkejut besar.




What? Nak buat photoshot dengan Warda? No...no..no..a
big no!!”
Tolak Ejaz keras dengan muka kelat yang jelas terpeta. Mama ni
macam-macam la! Dah la hari tu memandai buat pengumuman depan press yang aku
nak kahwin dengan Warda! Sekarang nak buat photoshot
pulak? Nak buat pre-wedding photo apa?!
Aku tak nak!




“Cepat
la sayang...mama dah janji dengan photographer
tu pukul sebelas dah ada dekat sana. Jangan buat mama macam ni sayang. Malu
mama!” Pujuk Datin Afifah dengan muka ditarik sedih. Sudahlah semua pekerjanya
sudah bersiap-siap untuk gerak ke Mezelensa studio, Bangsar yang menjadi lokasi
untuk photoshot cover majalah GLAM edisi bulan april ini.




“Ejaz
tak nak! Lagipun Ejaz tak pernah setuju lagi kan nak kahwin dengan Warda. Mama
tolong jangan paksa Ejaz buat benda yang Ejaz tak suka boleh tak!” Bentak Ejaz marah.
Naik memerah mukanya memuntahkan segala yang berbuku di dada. Tangannya dalam
pegangan mama ditariknya hingga terlepas.




Datin
Afifah hilang sabar dengan sikap keras kepala anaknya itu. Panjang nafasnya
dihela. “okay...Ejaz tak nak sangat bergambar dengan Warda kan. Jangan mengadu
pulak dekat mama lepas ni cemburu tengok warda bergambar dengan model lain!”




Ejaz
merengus kasar. Takde maknanya!




BingkaS dia bangkit dan disambar tuala mandinya. Baru dIa berura-ura hendak menapak ke
dalam bilik air, tangannya disabit mama.




“Tolong
hantar mama dekat Bangsar, Pak Osman nak hantar papa pergi Melaka kejap lagi,”
ujar Datin Afifah seolah-olah arahan. Tegas dan keras bunyinya. Kemudian hanset
di tangan dilekap ke telinga untuk menyambung bicaranya dengan Jay untuk
menyelesaikan masalah yang tiba-tiba timbu gara-gara si anak bertuahnya itu.




Ejaz
hanya mampu memandang mama melangkah keluar dari bilik sambil suaranya rancak
bercakap di telefon. Nafas dalam dihela sebelum bilik air dimasukinya dengan
riak sebal. Setengah jam kemudian dia menapak ke tingkat bawah. Dilihat mama
sedang memasukkan beberapa helai baju daripada new summer collection ke dalam bag kertas besar.




“dah
jom cepat...mama dah lambat ni.” Gamit Datin Afifah sedikit keras pada anaknya
yang hanya tercegat memerhatikannya. Bengkak rasa hatinya. Segera dimasukkan baki dua helai baju lagi ke dalam beg dan bingkas bangkit dari sofa. Ejaz segera
membuntuti langkah mamanya keluar. Setelah kunci kereta yang tersangkut
didinding disambar, pintu ditutupnya.




Sesekali
Ejaz mencuri pandang kearah mama yang masih bermuka kelat disebelah. Hatinya
mula terhimpit rasa bersalah. Dia mengeluh dalam hati.




“Ma...mama
marah ke?”




Tajam
mata Datin Afifah menikam muka si anak yang tenang memandu disebelah. Dah tolak
baru nak tanya aku marah ke tak? Memang bertuah punya anak!




“Memang
mama marah! Semua benda mama dah uruskan, last minutes ejaz pulak buat
perangai! Dah nak kena cari model lain lagi, nak terang dekat pihak publisher lagi. Mana mama nak letak
muka!” Datin Afifah mula menghamburkan rasa geram di dadanya. Ejaz disebelah dah
terkulat-kulat dimarahi mama.




“Bukan
salah Ejaz...apa motif mama ajak Warda sekali buat photoshot sekali? Mama memang sengaja kan nak dekat-dekatkan kita
orang berdua kan!” Balah Ejaz pula menebak niat sebenar mama. Kereta dipandu
menghala ke lebuhraya Sprint.




“Dia
kan bakal isteri Ejaz jugak! Lagipun...family
Warda dah setuju.”




Ejaz
tergamam. Mengecil anak matanya bila telinga ditujah dengan berita yang baru
didengarinya itu. Family Warda dah
setuju? itu bermakna, Warda pun dah setuju ke? Tiba-tiba keadaan kabin yang
sejuk dengan hembusan air-cond jadi
panas.




“Warda
dah setuju?!” Soalnya bernada terkejut.




Datin
Afifah mengeluh kecil. Sehari lepas dia mendapat panggilan daripada Puan Sri Nabiha. Dia diberitahu kalau family mereka tiada halangan untuk mengikat semula
ikatan jodoh yang tak kesampaian dulu, tapi katanya Warda masih belum memberi kata
putus lagi. Anaknya di sebelah besar kecil, besar kecil je di matanya. Tak lain
tak bukan si anak bertuahnya itu ada berbuat bukan-bukan! Agaknya sebab itulah
sampai sekarang Warda masih belum membuat kata putus.




“Ejaz
ada buat apa-apa ke dengan Warda?!” Soal Datin Afifah lagak inspector polis.
Entah kenapa hatinya tetap kuat mengatakan kalau anaknya ada buat hal!




“Bu...buat
apa pulak?” Ejaz menyoal balik. Apa punya jenis soalan la mama ni! Mana ada aku
buat apa-apa! Kecuali la mimpi nakalnya pagi tadi. Itu pun cuma mimpi
okay...tak terniat pun nak berbuat perkara tak senonoh pada gadis itu. Apatah
lagi mereka masih tak ada apa-apa ikatan yang menghalalkan perbuatan. Dia
sangat hormat dengan gadis yang pandai menjaga diri dan aurat seperti Warda.




“Buat
apa-apa la sampai Warda tak nak kahwin dengan Ejaz.” Datin Afifah menekan. Ejaz
ternganga.




“Tadi
mama yang kata family warda dah
setuju.”




“Memang
la dah setuju! Tapi parent dia je.
Tuan badannya belum setuju lagi.”




Ejaz
memandang sekilas pada mama yang kelihatan kecewa, dapat dikesan bunyi hampa
disebalik suara mama itu. Warda tak nak kahwin dengan aku ke? Tak cukup kacak
ke aku nak jadi pendamping hidupnya? Poket tak cukup tebal ke? Pelbagai soalan
mula mengasak mindanya yang sudah penuh dengan sebaris nama itu. Jangan-jangan
dia masih berharap dengan lelaki yang dah kahwin tu tak! Perasaan bimbang dan
mula menjalar dan mencengkam hatinya.





Ejaz dah ada Inara la mama.”




“Jangan
sebut pasal perempuan tu boleh tak! Mama tak nak dengar, by hook or by crook...mama still
nak Ejaz kahwin dengan Warda. Full
stop!





“Ejaz
tak faham la kenapa mama dengan papa benci sangat dengan inara. Get to know him first! Then you can judge
her
. Tapi masalahnya sekarang, mama dan papa langsung tak pernah nak beri
peluang untuk kenal dengan Inara.”




Tawa
sinis mama kedengaran menyakitkan hati. “mama dah kenal sangat siapa Inara tu Ejaz!”




Berkerut
hebat pelipis Ejaz. Cuba ditebak air muka mama yang seakan bengang. “Apa maksud
mama?” Soalnya ingin tahu. Tak faham bagaimana pula mama boleh kenal Inara sedangkan
hendak berjumpa dengan gadis itu pun selalu saja mama dan papa mengelak.




“Mama
tak nak la memburuk-burukkan orang kan. Biarlah semuanya jadi rahsia yang hanya
mama dan papa yang tahu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke
tanah jugak.”




Pelik
Ejaz dengan ayat penuh kiasan mama. Hai...tetibe pulak keluar pepatah melayu,
apa kes? Aku dah kenal Inara hampir dua tahun, takkan la ada rahsia yang aku tak
tahu.




“Siapa
yang ganti tempat Ejaz ni ma?” Ejaz pesong cerita sambil garu kening.




“Tengok
jela...tapi yang pasti handsome. Baru
la sepadan nak bergambar dengan calon menantu mama kan.” Giat Datin Afifah selamba.
Rasa nak tergelak tergolek tengok mula anaknya yang dah serupa tercekik tulang
ikan aje!

*****




“Ma...Ejaz
nak pergi cafe sana tu dulu. Nak beli latte.”
Tunjuk Ejaz, manakala sebelah tangan lagi membuka bonet. Bag besar yang berisi
baju new collection yang diperagakan
pada fashion show lalu di ambilnya keluar.




“Hah...yela.”
Bag kertas diambilnya




“Mama
nak apa-apa tak?”




“Belikan
mama espresso...ermm..dengan cappucCino satu.”




Ejaz
angguk. Langkah laju mama memasuki Mezelensa studio dihantarnya. Setelah kereta
dikunci, terus dia berjalan kearah The coffee
bean & tea leaf cafe
yang terletak diseberang jalan.




May I help you sir?”




Matanya
ditebarkan pada papan kayu yang menyenaraikan jenis-jenis coffee dan makanan yang ada di cafe itu. “Ermm...give me
latte, espresso and cappuccino each one, and two slice of blueberry cheese cake.
Take away.”
Katanya ringkas. Kemudian dia duduk dikerusi berdekatan kaunter
sambil menunggu pesanannya siap. Tablet ditangan dibukanya. Schedule penerbangannya sepanjang bulan
April depan dibukanya.




Babe...aku dengar dekat studio depan tu ada
photoshot untuk majalah GLAM bulan april punya. Nak pergi tengok tak?”




Suara
tiga sekawan dibelakang Ejaz itu menarik perhatiannya. Dua orang perempuan yang
berhijab dan seorang free hair itu
dikerlingnya kejap. Bahunya diangkat rendah sebelum jatuh semula pada screen tab-nya




“Dengar
kata sepatutnya anak pemilik The Shilla Boutique tu yang jadi model, but last minutes terpaksa tukar. You know who? Daniel sein!”




Jantung
Ejaz terentap. Terus kepalanya melipat maut ke belakang.




Excuse me miss...who did you mention just
now?
Daniel Sein?”




Dilihat
ketiga-tiga gadis itu tak berkelip-kelip memandangnya. “ar...ar...yes.” Gadis free hair itu menjawab sedikit gugup.




Sir...your order is ready.”




Tanpa
pamitan terus Ejaz bangkit menuju ke kaunter. Setelah dilayangkan not lima
puluh ringgit, terus dia melangkah keluar laju. Ambil baki duit pun tak.




Ketiga-tiga
gadis itu terlopong dengan mata tak berkelip. “babe...tu bukan anak owner
The Shilla Boutique tu ke?”




Absolutely...yes.” Sambut gadis yang
memakai shawal biru yang masih terasa seperti di awangan itu




OMG...he so...gorgeous!




Sudahnya
masing-masing terkedu. Mengintai-intai langkah kaki lelaki kacak yang berjalan
pantas menuju ke pintu masuk studio itu dari sebalik kaca kafe.




Studio
berkonsep simple and moden itu dimasukinya dengan perasaan bercampur baur.
Apatah lagi setelah mengetahui kalau Daniel yang menggantikan tempatnya untuk photoshot hari ini. Memercik bara cemburu
di dada. Ejaz menundukkan kepala pada chinese
girl
yang menjaga kaunter pertanyaan studio yang berlatar belakangkan warna
hijau pucuk pisang itu.




 Sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam
ruang studio yang nampak penuh dengan system
lighting
dan pekerja yang terlibat, terus matanya jatuh kearah dua orang
merpati dua sejoli yang sedang berposing dihadapan kamera. Besar kecil besar
kecil je matanya melihat semua gaya mesra yang ditunjukkan Daniel dan Warda
yang tampak tidak kekok untuk bergambar bersama walaupun ini adalah pengalaman
pertama buat gadis itu. Berbulu mata!




“Yo...E.J!”
Raimy salah seorang pekerja majalah GLAM menyapanya




“Yo...”
Setelah mereka bersalam dan berpeluk seketika, pandangan Ejaz jatuh semula
kearah Warda dan Daniel. Mama pula dilihat sedang rancak bercakap dengan Jay sambil
duduk di hadapan monitor meneliti setiap gambar yang dihasilkan oleh photographer professional yang dijemput
khas itu.



“Macam
mana progress?”




Not bad...tak sangka pulak walaupun first time buat photoshot, tapi pandai posing depan kamera, and...she looks stunning bro! Just like the
professional ones, don’t you think so?
Daniel pulak macam biasalah, tak
pernah mengecewakan.” Bahu Ejaz dipeluknya dengan sengihan yang makin melebar.
Mungkin selepas majalah ini terbit, akan ramai lagi designer yang hendak
menggunakan khidmat gadis itu. Tak mustahil dengan kemampuan dan bakat yang
dimiliki itu.




Ejaz
mengancing gigi dengan kening yang ternaik sebelah mendengar ulasan Raimy. Tak
berkalih matanya dari memerhatikan setiap gerak-geri dan gaya yang
dipersembahkan keduanya.




“Perempuan
tu la kan yang bakal jadi isteri kau? Warda Erina Tan Sri Khalid Al-Fattah. You’re a very lucky man bro, congrats,
ujar Raimy ceria, bahu Ejaz ditumbuknya.




Ejaz
tersenyum.




“Tapi
kau tak cemburu ke tengok your
bride-to-be
berposing dengan Daniel tu? Kalau aku la...memang dah lama si Daniel
tu makan penumbuk.”




“Bukan
bersentuh pun kan.” Jawab Ejaz pendek menyembunyikan perasaan sebenarnya.
Mahunya tak cemburu?! Rasa dah nak hangus dah hatinya tika ini. Apatah lagi
bila melihat senyuman manis yang terlorek di bibir merah itu. Kemudian bahu Raimy
ditepuknya.




“Aku
jumpa my mom kejap.” Dia bergerak
kearah mama dan Jay. Lengan mama dicuitnya dengan muka straight.




Coffee...”




“Hah...sampai
pun, ingat tak jumpa jalan tadi.” Drink
tray
ditangan anaknya itu diambil. Jay mula menggerakkan jarinya dengan
gaya lembutnya menyapa Ejaz. “hai sweetie.”




Ejaz
tarik  sengih pada Jay. Kemudian matanya
mula mencuri pandang kearah screen komputer
besar di hadapnnya itu. Meneliti setiap gambar itu penuh rasa sebal dan bengang.




“kenapa
mama tak cakap mama suruh daniel yang gantikan tempat Ejaz!” Gumam Ejaz rendah
di telinga mamanya tapi bernada keras.




Datin
Afifah pandang muka si anak tanpa riak. “Mama dah warning awal-awal kan tadi...jangan complain walau dengan sesiapa pun model lelaki yang mama suruh
bergambar dengan warda. It’s your choice!
Ejaz yang menolak dulu. Jadi, jangan komen apa-apa sekarang.”




Muka
Ejaz bertukar cemberut. Tak puas hati!




“Atau...anak
mama ni jealous?” Giat Datin Afifah pula
dengan senyum yang tertahan-tahan. Ejaz hanya diam tak menjawab sambil memeluk
tubuh. Warda dan Daniel dipandangnya tajam.




Warda
yang sedang lincah untuk memberi pelbagai pose
di hadapan kamera serta-merta terasa kaku tatkala pandangan matanya
bersabung pandang dengan sepasang mata milik Ejaz. Jantungnya mula dipalu kuat
apatah lagi bila mata tajam itu menikam tepat kearahnya. Terasa sesak dadanya
saat itu. Apa pulak Ejaz buat dekat sini!




“Warda...you
okay ke?”




Suara
Daniel yang berbunyi dekat di cuping telinganya berjaya mengalih arah matanya
dari terus beradu. Segera kepalanya ditoleh. Riak resah jelas terbias diraut
wajahnya. “Arr...yeah...i’m okay.” Steady Warda...buat tak nampak je!




“Okay...
I think this is enough for today. Thank
you for your cooperation guys.
” Kata-kata abang Loy selaku photographer untuk photoshot hari ini berjaya membuatkan Warda melepas afas lega setelah
hampir satu jam setengah. Tepukan dari semua mula bergema meraikan penat lelah
semua di situ yang terlibat.




“Terima
kasih semua...” Ucap Warda seraya menunduk-nunduk tanda hormat pada semua yang
terlibat dalam photoshot hari ini.
Dia mula bergerak mendapatkan auntie
Fifah kelihatan tersengih lebar melihat hasil gambar hari ini.




“Okay
tak auntie?” Soalnya berbunyi bimbang
sebaik saja tiba. Jay sudah menunjukkan isyarat bagus seraya mengenyitkan mata
ke arahnya.




One hundred one point out of hundred.
Terima kasih sayang sudi tolong auntie,”
ucap Datin Afifah ceria sambil memaut tubuh langsing itu ke dalam pelukannya.
Dia cukup berpuas hati dengan hasil gambar. Kagum!




“Sikit
jela auntie...Warda tak kisah pun.”




“Daniel...terima
kasih sebab tolong  auntie last minutes,” kata Datin Afifah pada
Daniel pula.




It’s okay auntie...Daniel tak kisah.
Tambah lagi dapat bergambar dengan gadis secantik ni.” Mulut manis Daniel menutur
kata, menerbitkan rasa jengkel dihati Ejaz. Dasar mulut buaya!




Daniel
tersenyum penuh makna. Pagi tadi sepatutnya dia menghadiri event di hotel Equatorial,
Bangi. Tapi dia sanggup menyuruh pengurusnya membatalkan semua event tatkala mendapat panggilan
daripada Datin Afifah. Apatah lagi bila dia diberitahu kalau Warda akan turut
terlibat. Walaupun dia hanya bertindak sebagai pengganti Ejaz, tapi itu cukup
memberi kepuasan hati kerana dapat memberinya peluang untuk lebih dekat lagi
dengan si cantik manis. Apatah lagi semenjak berita perkahwinan warda dan Ejaz yang
semakin digembar gemburkan pihak media masuk ke telinganya, dia rasa semakin
tercabar untuk memiliki hati gadis itu.




Datin
Afifah menepuk bahu anak muda itu. “Auntie
pergi sana dulu.”




“Lapar
tak?”




Warda
angguk laju menjawab pertanyaan ringkas Daniel itu. “Ermm...lapar sangat...”
Tanpa sedar suara yang terkeluar kedengaran sangat manja, sampai Jay yang
‘patah’ itu pun kelihatan tergamam sebentar.




Lebar
sengih Daniel. Wajah cantik itu ditatapnya dalam. “you know what? I think you should realize something Warda...” Warda
naik kening. Tak faham.




“Suara
manja you tu boleh buat semua lelaki tak tidur malam kalau you nak tahu...
Silap hari bulan, Jay pun tumpang sekaki tak tidur malam ni,” Ujaran Daniel itu
meletuskan tawa besar mereka semua.




“Tersangat
la betul.” Sokong Jay dengan gaya lembutnya menolak bahu Daniel.




“Ada-ada
jela you all ni. Jom la makan...my treat” ajak Warda. Dia bimbang sakit
gastricnya akan kembali.




Serious?




Angguk
Warda laju. Ejaz yang duduk disudut hujung studio itu mula panas hati melihat
adegan yang mampu membuatkan hatinya terbakar hangus. Berdesing telinganya
mendengar tawa yang begitu mengusik jiwanya itu. Samaada Warda memang sengaja
nak menyakitkan hatinya atau memang betul-betul tak perasan dengan kehadirannya
disitu!! Arghhh...




Warda
bergerak mengambil bag Carlo Rinonya yang diletak diatas meja. Blackberrynya dibawa keluar dan dilihat
ada missed call daripada uminya dan Jannah.
Kemudian terus dimasukkan semula hansetnya itu ke dalam bag dan bergerak
mendapatkan Daniel dan Jay. Terlupa sudah akan kehadiran Ejaz di situ. Sekilas
dia terpandang pada cermin kaca panjang di studio itu. Dia tergelak sendiri.




“Daniel....I
tukar baju kejap ek.” Sebaik saja melihat tanda ‘okay’ daripada Daniel terus  disambar bag kertas di sebelah meja dan
dibawanya menuju ke dalam bilik kecil tak jauh dari situ. Lima belas minit
kemudian dia keluar.




“Jom..”
Ajak Warda yang tampil menarik dengan skinny
jeans
dan casual dress hitam yang
dipadankan dengan cardigan putih ditubuh langsingnya itu. Shwal yang melilit kemas bercorak abstrak terlilit kemas
dikepalanya melengkapkan lagi gaya ringkas tapi trendy itu.




“Ermm...you all pergi makan berdua jela, sebab I
nak discuss something dengan Datin pasal
gambar-gambar ni semua,” kata Jay pada mereka berdua. Memuncung Warda dibuatnya,
tapi Daniel pula sengih semakin melebar.




“Jom...naik
kereta I ajelah. Kereta you tinggalkan dekat sini dulu, after lunch I hantar balik you ke sini,” cadang Daniel memandangkan
mereka datang masing-masing. Warda angguk setuju seraya berjalan seiringan
menuju keluar. Sebaik saja mereka tiba dihadapan kereta Nissan Murano yang
diparkir berdekatan studio itu, Daniel bertindak membukakan pintu kereta lagak
seorang gentleman.




“Silakan princess Warda Erina...” 




Warda
tersenyum melihat perilaku Daniel itu. Kan bagus kalau Ejaz pun macam ni. Detik
hati kecilnya. Kakinya mula bergerak, namun belum sempat dia membolos masuk
pergelangan tangannya sudah direntap kuat seseorang sampai terkalih tubuhnya
kebelakang menghadap manusia yang telah merenggut pergelangan tangannya itu.
Kini sekujur tubuh sasa Ejaz tanpa segaris senyuman sudah berdiri betul-betul
dihadapannya. Beriak serius.




“You
nak pergi mana?” Soal Ejaz laju dengan pandangan tajam.




Keras
dan serius nada suara yang menampar pendengaran warda. Ejaz dipandangnya dengan
perasaan berbaur. Ada rasa rindu yang dilempiaskan disebalik renungan matanya
itu setelah hampir empat hari dia tak menatap seraut wajah kacak itu, sungguh
ada rindu yang bergayut hebat ditangkai hatinya. Namun bila mengingati semula
segala ucapan lelaki dihadapnnya itu dengan inara sebelum ini, segala rasa itu
bertukar tawar. Apatah lagi setelah megetahui kalau Ejaz sendiri yang menolak
untuk bergambar dengannya hari ini. Terasa maruahnya begitu rendah sekali
dimata lelaki itu. Seolah-olah dia yang sengaja terhegeh-hegeh hendak mendekati
lelaki itu, walhal dia hanya ingin memenuhi tuntutan pertolongan mama lelaki
itu cuma.




Segera
matanya dikalihkan dari terus merenung ke dalam dasar mata itu. Bimbang hatinya
goyah. “I nak pergi makan dengan Daniel. Lepas la!”




No! I takkan benarkan!!” Tempik Ejaz dengan
muka marah yang terpeta jelas.




Terlopong
kecil warda memandang Ejaz, sebelum tawa sinis terletus dicelah bibir merahnya.
“you siapa nak halang I keluar dengan Daniel. You’re not even my husband!




Ejaz
terpempam dengan suara lantang Warda itu. Manusia yang lalu lalang disitu mula
menoleh kearah mereka bertiga.




“Lepas
la!” Pergelangannya cuba ditarik, namun tangan sasa itu tetap teguh disitu.
Malah semakin sakit rasa tangannya dicengkam.




“Lepaskan
tangan warda, E.J!!” Daniel mula masuk campur. Lengan Ejaz dipegangnya kuat
menghantar amaran supaya Ejaz melepaskan tangannya. Namun Ejaz langsung tak
gentar, malah Daniel dicerlungnya bagai nak telan.




“Kau
siapa nak masuk campur hal aku dengan Warda.” marah Ejaz sebelum ditolak bahu Daniel supaya menjauh.




“Jangan
nak libatkan Daniel dalam masalah kita!” Potong Warda laju membela.




“Ooo...now you nak bela lelaki hidung belang ni
pulak la?!” Ejaz sakit hati.




It’s much better right? Daripada lelaki
yang bercakap tak pernah fikir perasaan orang lain...” Nafasnya ditarik dalam
melapangkan dadanya yang kian sesak dan sendat.


“Lagipun
you tak nak kahwin dengan I kan...macam yang you cakap. You tak pernah dan
takkan cintakan I. So...why don’t you mind
your own business
. Jernihkan balik hubungan you dengan teman wanita you
yang mungkin dah berantakan gara-gara I!” Luah Warda panjang dengan mata yang
berlinang air mata akibat dilambung sebak. Perlahan-lahan pautan tangan Ejaz dipergelangannya
kian longgar dan akhirnya terlepas.




Ejaz
terkesima melihat air jernih yang menitis jatuh itu. Langsung tak menyangka
kalau Warda mendengar perbalahannya bersama Inara tempoh hari. Hati gadis itu
terluka kerana kelancangan kata-katanya. Dan saat kini, naluri lelakinya begitu
mendesak jiwanya supaya menyeka air mata itu dari terus menitis. Ingin ditarik
tubuh langsing itu ke dalam pelukannya.




“Daniel...jom,”
ujar Warda laju seraya menyapu air mata dipipi. Lelaki itu digamit supaya masuk
ke dalam kereta. Pantas Warda membolos masuk ke dalam, tak betah untuk
berhadapn dengan Ejaz lebih lama. Hatinya kian lelah.




Wait!” Tangan sasa Ejaz laju menghalang
pintu kereta dari ditutup. Raut wajah lembut itu ditunaknya dalam. “You know what? You really know how to make
me crazy!
Turun!” Pergelangan Warda ditariknya supaya turun dari kereta.



“Tak
nak!” tepis Warda kuat.




“Turun
I cakap! Jangan sampai I dukung you depan orang ramai!” Ejaz mengugut keras.
Kian tercabar dengan sikap degil yang ditunjukkan Warda. Melihat Warda yang
masih keras berdegil, kesabaran di dada makin terhakis. Gigi diketapnya kuat
dengan dada berombak deras.




“You
yang cabar I Warda! You belum cukup kenal siapa I sebenarnya.”




Dan
tika itu juga tubuh Warda pantas dicempungnya ke dalam pelukan dan dibawa
keluar dari kereta. Ini memang betul-betul tindakan paling gila yang dia pernah
ambil sepanjang dia hidup atas muka bumi ALLAH ini! Silap-silap hari bulan kalau umi
dengan walid Warda nampak, mahu pitam orang tua itu melihat dia menyentuh anak dara mereka
sebegitu sekali.




 Daniel tersentak dengan tindakan gila Ejaz.




Let me go!! You dah gila ke! You takde
hak nak sentuh I macam ni,” tempik Warda dengan air mata yang merembes lagi. Dada
bidang Ejaz ditumbuk-tumbuknya kuat supaya lelaki itu menghentikan tindakan
gilanya itu! Sepanjang dia hidup selama dua puluh lima tahun ini, tak ada
seorang lelaki pun yang pernah berani menyentuhnya, waima tangan sekali pun!
Ejaz memang betul-betul melampau kali ni!!




Then tunggu sampai I ada hak! Lebih dari
ni pun I akan sentuh you!!”




Terentap
jantung Warda mendengar suara tempikan Ejaz yang bisa meluruhkan seluruh organ
dalamannya. Tak berkelip mata kaburnya memandang wajah garang itu. Gerun.
Kata-kata Ejaz tadi langsung tak mampu dicernanya. Otaknya kosong.




Datin
Afifah dan Jay yang sedang berbincang sesuatu di sofa berdepan dengan kaunter
dalam studio mula bangkit bila mendengar bunyi kekecohan di luar. Sebaik saja
kaki mereka menapak keluar, Datin Afifah sudah ternganga besar melihat anak
bujangnya dengan selamba mendukung Warda yang sudah menangis teresak-esak. Jay
sudah menutup mulutnya dengan majalah ditangan. OMG...




Sebaik
saja Ejaz tiba dihadapan mama dan Jay yang tergamam kaku, segera tubuh Warda
diturunkan.




I want to marry her mama!”




Datin Afifah tergamam.




Terbuntang
biji mata Warda dengan kenyataan tegas dan yakin Ejaz itu. Berkerut dahinya
hebat. “Ap...apa you cakapkan ni?”




“Ejaz
cakap apa tadi sayang? Cakap sekali lagi.” Tuntut Datin Afifah yang masih dalam
keadaan terkejut. Lengan anaknya itu dipegang kejap menuntut jawapan
sejelas-jelasnya.




“Ejaz
nak kahwin dengan Warda! Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah tunang, terus
nikah je!” Serupa rifle M16 bilah-bilah kata itu meluncur lancar ke pendengaran
Warda. Langsung tak tersekat-sekat. Garis-garis gurauan juga langsung tak
dikesan di raut wajah serius itu.




“Siapa
pulak yang nak kahwin dengan you?!” Warda membantah keras. Turun naik nafasnya
menahan marah yang bermukim di dada




Ejaz
pandang warda disebelah. Direnung wajah cantik itu tajam. Kemudian beralih
semula kearah mamanya. “Mama uruskanlah apa yang patut. Kalau nak buat wedding of the year pun takpe. Ejaz tak kesah!” Tambahnya lagi tanpa mempedulikan muka kelat Warda. Lengannya
tiba-tiba ditarik kuat.




“I
takkan setuju kahwin dengan you la!” Pekik Warda dengan muka memerah menahan
rasa sebal dan sebak yang bermukim. Untuk apa Ejaz berkahwin dengannya? Walhal
sudah terang lagi bersuluh dia tak punya tempat di hati lelaki itu. Atau Ejaz sengaja
nak menyeksa perasaannya?!!




But unfortunately your parent dah setuju
sayang. By hook or by crook! You
tetap akan jadi my wife dalam masa
terdekat ni. So... Be prepared!
Balas Ejaz seraya membalas pandangan mata itu sebelum mengulum sengihan nakal.




Warda
memegang kejaP dahinya yang mula berdenyut. Terkejut dengan berita yang bari
didengarnya itu. Walid dan umi dah setuju? Tapi kenapa aku langsung tak tahu? Lidahnya
terasa kelu untuk membalah setiap kata-kata tegas lelaki itu. Tatkala tubuhnya
diraih ke dalam pelukan oleh auntie
fifah pun, otaknya seolah-olah kosong.




“Syukur
alamdulillah...akhirnya kesampaian jugak hajat auntie untuk bermenantukan Warda,” kata Datin Afifah gembira
dengan keputusan yang diambil anak bujangnya itu.




Warda
terkesima. Seakan-akan sudah terngiang-ngiang bunyi paluan kompang ditelinga.
Ejaz yang kelihatan bersahaja sambil memeluk tubuh direnungnya tajam bagai nak
tembus. Rasa nak dicakar-cakar saja muka lelaki itu. Sesuka hati mak bapak dia
ambil keputusan!! Arghhhhh....







nota kaki kecil : perghhh...panjang gilos n3 ni ahakss...hope ade yg sudi komen ^^ ~weeeeeeeeeeeeeeeeee
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2013 03:12
No comments have been added yet.