Jodohku Mr. Pilot - 11

Bab 11

Warda buang
pandang ke arah balai perlepasan antarabangsa KLIA dengan riak separuh rela.
Ikatan trench coat krim separas lutut
yang dipakainya diikat ketat. Sejuk pula tengah-tengah malam ni bertandang ke airport.
Si
inche beloved ‘HUBBY’ dekat sebelah
ditunak tajam. Entah dah setinggi mana gunung dosa yang ditambaknya semenjak mereka
diijab kabulkan tepat jam sebelas pagi tadi. Dalam hati tak habis-habis
mengutuk tindakan gila Ejaz Fakhri yang kini sudah sah menjadi imamnya.
Oh yes...already changed
status from single to married. Dah boleh update dalam status relationship dalam facebook.
Rasa macam tak percaya yang sekarang dia sudah menjadi ‘MRS. WARDA ERINA’ dalam
masa tak sampai dua bulan. That’s mean,
starting from this moment...kehidupan
single mingle dah sampai expired date. There is no such things about
you and me from now on...but ‘us’!!!
“Nanti
dah sampai sana jangan lupa call mama. I
already inform James to pick both of you at the airport, so takkan sesat. No sms, no email, no skype or other such
things. Call!”
“Ma...i’m a pilot okay...setakat Bali tu dah
macam rumah kedua dah.” Ejaz menjawab dengan muka bosan. Baru bulan lepas dia
terbang ke Bali, Indonesia. Dah biasa sangat dengan orang-orang dekat sana. Teringat
pula dia pada Pak Bagus dan Pak Gegey yang menjadi pemandu pelancongnya ketika
pertama kali menjejak kaki di sana tiga tahun dulu.
Apalah
yang nak dikalutkan sangat mamanya ini pun entah...kalau terbang ke USA ke,
Paris ke...patutlah juga risau, jauh. Ini setakat negara seberang, 3 jam dah
sampai sana.
“Yes...I know. Tapi dulu pergi
sorang-sorang, but now with your wife.
Mesti la mama risau dengan keselamatan menantu mama ni. Itulah, mama suruh
pergi Itali ke..Swiss ke...nak pergi Bali jugak!”
“Tak advanture la mama kalau pergi
negara-negara barat sana. Lagipun Bali kan one
of the most beautiful spot for honeymoon. Romantic for newly wed couple like
us. And..Ejaz confirm Warda mesti
suka dengan laut dekat sana, totally
superb. Betul kan sayang?” pinggang langsing Warda ditariknya rapat dengan
mata tajam menikam si isteri, dalam diam menuntut jawapan.
“Ahaha...betullah
tu. Lagipun Warda pun first time pergi
sana. Yeah...i’m excited!” balas
Warda nada excited overdose dengan
senyuman lebarnya menumpakkan susunan gigi putih yang tersususn rapi. Pelukan Ejaz
dibalas. Konon-konon romantik...padahal rasa nak dicekik-cekik aje batang leher
Ejaz sampai putus nafas!
Yeah...excited
sangat. And aku tak taulah kalau
tiba-tiba aku kena travelling
sorang-sorang dekat sana nanti. Tak pasal-pasal kena jual nanti dengan
bapak-bapak indonesia dekat sana. Choii! Simpang malaikat empat puluh empat.
“Baguslah
kalau Warda dah suka,” kata Datin Afifah seraya menepuk-nepuk lembut pipi gebu
menantu barunya itu. Warda tersengih sumbing penuh ceria. Pinggang Ejaz
dicubitnya kuat sampai berkerut muka jejaka itu menahan sakit, tapi terpaksa
tarik muka cool depan parent dan keluarga mertuanya.
“Sudah..sudah
la tu Fifah. Final call dah tu, nanti
terlepas flight pulak budak berdua
ni,” celah Dato’ Dr Hasbullah mencantas bebelan isterinya yang masih belum
menampakkan aura-aura nak stop.
Ejaz
dan Warda meleraikan tangan masing-masing. Sesi peluk memeluk mula ambil
tempat. Berlinang air mata Warda ketika memeluk tubuh uminya.
“Umi
jaga diri tau. Jangan risaukan Warda.”
“Apalah
yang umi nak risaunya? Warda kan dah ada suami sekarang...lainlah kalau anak
umi ni travel sorang-sorang, harus la
jugak umi risau.” Puan Sri Nabiha berseloroh. Hidung comel si anak dipicitnya.
“Itu
pun kalau dia tak tinggalkan Warda.”
“Hish...ada
pulak cakap macam tu. Ingat...Warda tu sekarang ni dah jadi isteri Ejaz. Jaga
Ejaz baik-baik. Itu syurga Warda mulai hari ini. Ingat tu...layan Ejaz.” Rendah
saja bunyi ayat terakhir itu masuk ke lubang telinga Warda.
“Come again umi...layan?”
“Yela...layan
suami. Takkan itu pun umi nak ajar kot, budak sekarang ni kan dah advance. Tak payah cerita pun dah tau
sendiri.” Kening umi terjungkit dengan makna penuh tersirat. Tiba-tiba air liur
ditelan rasa berbatu. Tahulah dia sekarang apa maksud ‘LAYAN’ umi tu.
“Apa
umi ni! Malu la.” Gumam Warda perlahan tapi keras berbunyi. Dicubit lengan umi
halus. Tak pasal-pasal pipi dah panas tau! Nasib baik Ejaz dan yang lain
berdiri agak jauh, kalau tak mana nak disorokkan muka!
“Apa
nak malunya? Suami sendiri kan...Warda jangan nak jadi isteri derhaka sayang.
Tak cium bau syurga tau...” Puan Sri Nabiha memanjangkan lagi nasihatnya.
Bukannya boleh diteka fikiran anaknya itu, nanti ada jela otak bergeliga tu
bikin onar. Ini pun nasib baik anaknya itu tak buat aksi terjun tingkap lagi
siang tadi. Syukur alhamdulillah...elok-elok saja anaknya itu duduk dibirai
katil dengan persalinan baju nikah yang sudah tersarung cantik membilang masa untuk diijab
kabul.
“Taulah
umi...” jawabnya dengan muncung panjang sedepa. Setelah bersalam dan berpeluk
dengan walid, dia bergerak pula pada Jannah yang tersengih memanjang macam
kerang busuk.
“Apa
senyum-senyum?!”
“Eh...suka
hati aku la nak senyum ke, nak masam ke...muka aku kan.” Kata Jannah dengan
senyum tertahan-tahan. Memang masin mulut aku! Akhirnya Warda berkahwin jugak
dengan abang pilot handsome ni.
Hehe...
“So...amanat terakhir sebelum sebelum aku
melayang ke langit?” kening Warda terjungkit sebelah sambil berpeluk tubuh.
“Give the best services for your
husband...okay dear.”
Membuntang
mata Warda dengan mulut terlongo besar. Besar kecik, besar kecik je Jannah
dimata.
“Macam
takde benda lain kan kau nak kata! Ha...ha..” perut Jannah dicucuk-cucuknya
dengan jari telunjuk sampai tergeliat-geliat sahabatnya itu macam ulat bulu.
“Okay..okay.
stop! Memang itupun kan tujuan sumi
isteri tu berbulan madu. H.O.N.E.Y.M.O.O.N...hari-hari yang penuh dengan
kemanisan dan kenangan romantik. Tak payah nak malu-malu sangat la kan...”
kemudian tawanya pecah melihat muka berkerut-kerut Warda. Tubuh itu diraihnya
ke dalam pelukan.
Kemudian
Ejaz dan Warda mula bergerak masuk ke dalam balai perlepasan sambil melambai
tangan, hinggalah bayang semua lenyap dari mata.
“Umi
cakap apa tadi lama sangat?” Nah...tu dia soalan pertama Ejaz yang keluar
semenjak mereka diijab kabulkan siang tadi. Lepas akad nikah masing-masing buat
dono, muka selamba derk.... Ejaz ke sana, Warda ke sini. Sibuk melayan teman
masing-masing sampai langsung tak bercakap sesama mereka. Masa acara sarung
cincin tadi pun masing-masing buat muka stone!
“Nothing...women stuff...bla..bla..bla...you
tak perlu tau kot.”
“I
pun tak nak ambil tau la.”
Warda
tarik muka. Tadi dia jugak yang tanya! Cehh... kakinya melangkah sikit ke
belakang daripada Ejaz yang menjinjit bagasi yang hendak dibawa by hand masuk ke dalam
kabin. Yang lain semuanya dah selamat dicampak masuk ke dalam kargo.
“Could you please move more faster?
Tinggal kita aje yang tak naik lagi ni.” tutut Ejaz tatkala melihat langkah
penuh ‘ayu’ yang diatur isterinya itu. Melihat muka tak ambil port Warda itu benar-benar menguji
kesabaran. Kakinya berpatah balik. Tanpa amaran terus tangan halus itu dipegang
dan ditariknya laju ke arah aerobridge yang
berhubung terus dengan pintu kapal terbang
“I
nak duduk tepi window.” Celah warda
laju sebelum Ejaz melabuhkan duduknya dengan muka tak bersalah.
Ejaz
lepas nafas. Baru aku nak duduk. Dia keluar semula. “As you wish princess.”
“Thank you.”
Setelah
duduk, mata Warda mula melilau kedepan kebelakang kabin MH 225 itu. Kot...kot
la tiba-tiba Inara ada sekali dalam penerbangan ni. Tapi nampkanya macam takde.
Ejaz
tarik majalah di poket kerusi hadapnnya. Diselak majalah itu dengan riak tenang
tanpa mempedulikan isterinya disebelah. Ini kali kedua dia naik flight sebagai
passanger, kali pertama dulu ketika menunaikan umrah bersama mama papa tahun
lepas. Rasa tak biasa pula dia duduk di sini, selalunya dia berada di dalam
kokpit. Tapi memandangkan ini adalah masa cuti, ada baiknya dia manfaatkan
sebaiknya. Bukan senang nak dapat cuti macam ni.
“Woii....E.J.”
“Adrian!
Yo..bro.” sapa Ejaz ceria sambil
berjabat tangan gaya lelaki dengan Adrian, salah seorang pramugara yang
bertugas dalam penerbangan ini.
“Aku
minta maaf sangat-sangat E.J...aku tak dapat attend majlis kau siang tadi. Emergency.” Ujar Adrian seraya
menumbuk bahu Ejaz.
“Bukan
kau patut fly ke Thailand ke hari
ni?” soal Ejaz. Warda disebelah hanya mampu terkebil-kebil memerhati dua jejaka
kacak itu berbual.
“Last minutes exchanged.” Gadis disebelah
Ejaz dikerling. Dapat diteka kalau itu adalah isteri Ejaz. Cantik dan comel
kelihatan dengan trench coat, blue skinny
jeans dan shawl latar putih
berbunga biru yang melilit kemas di kepala.
“Honeymoon?”
“Ermm...yeah...sort of.”
Adrian
tersengih lebar.
“Woaaa....Have a romantic trip then. Oh yeah...sebelum aku lupa we all nak
celebrate birthday party untuk
Melissa dekat Bali nanti. If you care to
join...come.” Pelawa Adrian pula. Mereka akan menyambut parti Hari jadi
Melissa, salah seorang kabin attendance yang turut bertugas dalam penerbangan
ini di Hard Rock Hotel nanti.
Birthday party?
Agak-agak macam manalah agaknya definisi sambutan ‘birthday party’ bagi dia orang ni semua ye? Tapi yang pastinya
bukan buat kenduri doa selamat....dance..drinks..pills...Nauzubillah...Husnuzon
Warda!
“Okay...i’ll talk to you later.” Sambut Ejaz tak
memberi jawapan jitu. Agak was-was untuk memberi kata putus memandangkan Warda
ada sekali dengan mereka. Takut nanti isterinya kena culture shock pula tengok parti hari jadi yang bakal berlangsung
itu nanti. yang pasti bukan untuk stok-stok orang yang jaga pergaulan seperti isterinya.
Adrian
berlalu setelah menghadiahkan senyuman buat Warda.
Warda pandang muka kacak
Ejaz tanpa lepas. Terfikir-fikir dikotak fikirannya, macam manalah agaknya
keadaan Ejaz kalau dua puluh empat jam dikelilingi oleh peramugari yang vogue
da vass...dan seksi meksi macam ni. Tak tergugat ke iman kalau dah selalu
sangat dihidang dengan susuk tubuh mantap pramugari yang ada. Agaknya kalau aku ni...langsung tak
dipandang agaknya. Yelah...apalah yang nak dibanggakan, tinggi macam model pun
tak...seksi pun tak, berhijab lagi. Tanpa sedar ada keluhan yang terlepas
dicelah bibir mungil itu.
Ejaz
toleh kearah Warda yang sudah beriak mendung. “You kenapa? Sakit perut ke?
Kalau lapar I suruh dia orang serve
dulu makanan untuk you.” Ada bunyi bimbang yang terselit di celah nada suara
itu.
Warda
geleng. “Tak la...entah. nothing.”
Naik
berkerut pelipis Ejaz dengan jawapan yang diberi. Dipandang saja isterinya yang
sudah menyandarkan kepala ke kepala kerusi sambil melepas pandang kearah
landasan di luar yang terang disimbah cahaya lampu oren.
“Sleepy?”
“Nope.”
“Boring?”
“Nope.”
“Then...kenapa muka tu macam tu?” tanya
Ejaz masih cuba memancing suara isterinya itu. Masih terasa lagi debaran di
dadanya ketika menggengam tangan bapa mertuanya pagi tadi. Hanya dengan sekali
lafaz saja Warda Erina Tan Sri Khalid Al-Fattah sudah sah menjadi miliknya
secara mutlak. Tak dapat ditafsirkan bagaimana perasaannya saat itu.
Bersyukur...bahagia pun ada. Tapi yang pasti debaran dadanya kian menggila saat
kali pertama menatap wajah Warda yang sangat mempersonakan dengan persalinan
baju nikah putih gading itu ketika acara menyarung cincin. Ada getar yang
dirasakan saat tangan halus itu disentuhnya.
“Nothing...I just wonder macam manalah
agaknya keadaan bali tu ye. Awesome
ke macam yang I dengar.”
Tersengih
lebar Ejaz. “Totally awesome.
Silap-silap you tak nak balik Malaysia pun. The
beach...the people...the foods...the culture...the scenery is just
unforgettable. You will love it. I dah beberapa kali holiday dekat Bali, tapi tak pernah jemu.”
“With Inara?” tanpa tertahan-tahan suara
Warda terlepas perlahan seakan berbisik. Ada rasa cemburu yang menyapa bila
terkenangkan Ejaz selalu ditemani gadis cantik itu ke mana-mana pun lelaki itu
pergi.
“Pardon?” Warda ditunaknya dengan air
muka yang sudah berubah. Muka berkerut kecil. Walaupun perlahan ayat itu, tapi
masih mampu ditangkap telinganya.
“Tak
ada apa-apa la. Tak sabar rasa nak sampai sana.” Pesong Warda. Ejaz diam tak
mahu memanjang cerita. Lampu seat belt
menyala. Melihat Warda yang sedikit sukar mengenakan tali keselamatan itu, Ejaz
menghulur bantuan.
“Thanks.”
Ejaz
angguk kecil sebelum mengenakan seat belt
miliknya pula.
*****
Sebaik keluar
saja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai-Denpasar, lelaki dalam
linkungan umur lewat 30-an sudah menunggu mereka dihadapan kereta Toyota Vios silver
yang diparkir di seberang jalan. Walaupun jam baru menginjak ke angka dua pagi,
airport itu masih meriah dibanjiri
oleh pelancong asing mahupun warga tempatan yang baru sampai ataupun hendak
terbang pulang.
Warda
menjeling langit Bali yang kelihatan gelap tak berawan. Hanya ada beberapa
butir bintang saja yang masih setia memancarkan cahaya. Tangan kanannya
tiba-tiba terasa hangat dipegang. Siapa lagi kalau bukan Ejaz.
Lelaki
bernama James itu segera mendapatkan mereka.
“Selamat
pagi...apa ini bapak Ejaz sama nyonya Warda?”
Warda
kemam bibir rapat menahan gelak. Ejaz menyentap sedikit tangan isterinya. Terus
Warda ukir senyum pada lelaki berkulit agak gelap itu bila melihat kerutan dahi
Ejaz supaya dia memberi sedikit rasa hormat
“Iya...saya.
kamu James?”
“Iya...mari
pak, kita gerak ke hotelnya dulu.” tutur lelaki itu dalam lenggok bahasa indonesia. Kemudian James membantu Ejaz mengangkat
semua bagasi ke dalam bonet kereta.
Sepanjang
perjalanan mereka menuju ke villa Cosy Seminyak yang terletak di Jalan Kresna,
Gang Pandawa Seminyak itu mata Warda tak berkalih-kalih dari memerhatikan
gerai-gerai dan restoran ditepi jalan yang masih meriah dengan pengunjung. Dimana-mana
pelosok saja pasti dapat ditangkap kehadiran pelancong asing. Tiba-tiba matanya
membuntang besar tatkala matanya jatuh pada salah sebuah restoran disitu. Tak semena-mena perutnya rasa bergelora. Nak termuntah.
Ejaz
yang turut perasan segera menutup mata isterinya dengan telapak tangan dan
ditarik kepala itu rapat ke dadanya “Lain kali jangan tengok kalau rasa nak
muntah.” Ujar Ejaz dengan gelak yang tertahan, geli hati tengok muka pucat
Warda. Pemandangan yang biasa kalau datang ke Bali.
Tangan
Ejaz ditarik. “I rasa nak muntah la....memang benda macam tu biasa ke kat sini?
Bab...babi golek?” sedikit teragak-agak Warda hendak menyebutnya. Loya.
Terburai
juga gelak Ejaz yang ditahan-tahan dari tadi. “I dah agak you akan terkejut kalau datang sini. Restoran macam
tu memang bersepah la dekat sini, tak payah nak pelik sangat la.”
“Euwww...geli.”
“Cakap
pandang-pandang sayangku.” Ejaz menjuih mulut pada James yang sudah mencuri
pandang ke arah mereka di belakang.
“Ooo....”
Warda buat simbolik zip mulutnya. Hurm..Interesting...benda
baru yang dia belajar dari Bali. Kalau dekat Malaysia ada ayam golek, dekat
Bali ada ‘Khinzir golek’...balik nanti boleh cerita dengan umi.
“Kita
nanti bilik asing-asing ke...” matanya bulat bercahaya memandang kearah Ejaz
menuntut jawapan. Asing..asing...please cakap
asing!!
“You
rasa....” Sengaja Ejaz memanjangkan harakat ayatnya. Mata dia pula yang
membulat menentang mata galak itu. Comel!
Warda
memuncung mulut, dah tau sangat apa jawapan yang bakal meluncur dimulut Ejaz.
Ejaz tersenyum nipis, tak lepas wajah itu dicuri pandangnya. Dia bukanlah
mengharapkan malam-malam romantis yang bakal dilalui mereka di sini, sebab
sedar sendiri la kan yang benda tu takkan terjadi selagi hubungan mereka masih
belum mencapai tahap serius.
“So...friend?” Ejaz menghulur salam
persahabatan. Lebar senyuman yang terlorek di wajah kacak itu. Rasanya itu
adalah solution terbaik buat masa ni.
Tak
berkelip Warda memandang jejaka itu dengan tangan yang sudah dihulur di
depannya. Lambat-lambat senyumnya semakin melebar ditarik. Tanpa teragak-agak
huluran tangan itu disambutnya dengan senang hati.
“Friend...” tak salah kan mencuba...walaupun
jauh di sudut hatinya mengharapkan perhubungan yang lebih dari itu.
Akhirnya
mereka tiba juga di hotel penginapan. Memandangkan masing-masing masih dalam
mood keletihan, tanpa bertanya panjang mereka terus menapak ke kamar yang sudah
ditempah khas oleh mama untuk mereka berdua. Sebaik saja pintu kamar dibuka,
mata Warda sudah terbeliak besar. Terpesona dengan dekorasi dalaman kamar mewah
itu yang berkonsepkan Bali itu, siap ada private swimming pool lagi.
Kakinya
berhenti dihadapan katil king size
bertiang empat dan dihiasi dengan kain organza merah itu. Atas cadar katil yang
berlatar putih gading itu penuh ditaburi dengan leraian kelopak-kelopak bunga
mawar. Tak pasal-pasal degup jantungnya berubah rentak. Seram. Perlu ke
bunga-bunga ni semua!!
Bumm...
Terkejut
Warda dibuatnya bila Ejaz sudah sedap landing
atas katil. Terpandang senyuman penuh tersirat nakal di hujung bibir lelaki
itu membuatkan jantungnya seolah-olah nak terkeluar, apatah lagi hanya mereka
berdua saja yang ada di sini sekarang. Makin cuak dibuatnya. Lampu pun ala-ala
hidup segan mati tak mau je!
Ejaz
menongkat kepalanya sebelum pandangan telus dilepaskan ke arah isterinya yang
nampak mulai kalut.
“Come here sayang...i’m sure this would be an unforgettable night for us. Our first night...you
nak yang romantic...hangat...suam-suam kuku...just said it.” sengaja dilepaskan suara menggodanya seraya
menepuk-nepuk tilam empuk itu. Senyuman yang bisa menggetar jiwa mana-mana
wanita yang melihat segera dilorek buat tatapan si cantik manis. Killer smile orang kata.
Choking!!
Terbatuk-batuk Warda sebaik saja ayat maut itu meluncur keluar penuh menggoda
dari seulas bibir sensual Ejaz.
“No!! Kata tadi nak jadi kawan!” lantang
suara Warda yang terlontar keluar. Tubuhnya disilang dengan kedua-dua tangan
dengan pipi yang sudah merona merah. Makin ditonyoh-tonyoh pipinya merah bila
menangkap senyuman nakal yang semakin melebar itu. Meremang bulu roma.
“How come you believe in my word dear. Ikan
dah ada depan mata, takkan I nak lepaskan macam tu aje. Rugi!” Ejaz menapak turun
dari katil, kakinya mula melangkah mendapatkan Warda yang sudah pucat lesi,
tapi masih tak berganjak. Hai...tak takut ke?
“Freeze! Don’t you dare to take another step...or
I will shout!! Jangan I ingat I tak berani.” Terketar-ketar suara yang
keluar, nampak sangat memang tak berani. Makin lemah rasa lututnya.
Oh no....rasa
iman dah semakin luntur dengan panahan mata penuh nakal Ejaz. Cair. Kau jangan
buat onar Warda! Baru tadi cakap nak jadi kawan!
Belum
sempat dia mengorak langkah untuk lari, tangannya sudah direntap terlebih
dahulu. Terkunci sudah tubuhnya kini dalam pelukan Ejaz. Tangan sasa yang
melingkar kejap dipinggangnya terasa begitu kukuh sekali. Tak tertelan rasa air
liurnya kini. Kering macam gurun sahara!
I need an oxygen...oxygen please...
“Even
you jerit sampai bengkak tekak pun takde sesiapa nak ambil peduli la sayang. And they will understand kalau dengar
orang menjerit sekalipun. Do you think
all people have a simple and innocent thinking like you ke?”
“What? Habis tu dia orang fikir apa?”
soal Warda dengan innocentnya. Polos.
“Betul
you nak tau?” giat Ejaz lagi. Menatap wajah penuh riak polos itu membuatkan
Ejaz hendak ketawa sendiri. Takkan la simple
minded sangat isteri aku ni? Kepalanya ditundukkan ke bawah sedikit, dan dibisikkan
sesuatu dekat di telinga itu.
Terasa
nak pecah jantung Warda dengan muka yang sudah tak tahu jadi warna apa agaknya.
Hijau mungkin!
“What the hell...astaghafirullahalazim...”
dada bidang Ejaz ditolaknya supaya menjauh, tapi sedikit pun langsung tak
bergerak.
“Lepas...lepas
la!” Blushing!!
“Tak
nak buat ke apa yang I bisikkan tadi? Memang tu pun kan salah satu purpose kita datang sini.” Selamba saja Ejaz
balas, masih tak habis-habis dengan sesi menyakatnya. Suka tengok si isteri
tersipu-sipu malu.
“No...never!”
“Final decision? No regret?”
makin membulat mata Warda. “My answer is a big NO!”
haila...Warda..Warda...kau dah lupa ke apa yang umi pesan tadi? Syurga kau
sekarang terletak di telapak kaki suami kau...dan suami kau itu adalah Ejaz.
Ejaz
tersentak dengan nada separuh menjerit itu.
“Tak
handsome sangat ke suami you ni
sampai sanggup tolak mentah-mentah macam tu?” suara itu kedengaran jauh hati. Tak
bernafsu sangat ke tengok aku? Perempuan gila je kot yang takkan rasa apa-apa,
apatah lagi dalam keadaan tubuh mereka yang rapat macam ni. Ke hanya dia saja
yang terlebih berdebar? Berpeluk dengan Inara pun tak rasa jantung nak meletop
macam ni.
Sesaat
kemudian lengan Ejaz yang melingkar di tubuhnya terasa kian longgar, sebelum Ejaz
berlalu semula ke arah katil dan merebahkan badannya semula. Warda diam tak
berkutik. Rasa bersalah mula datang menimpa-nimpa hati kecilnya.
#Hari
pertama dah buat suami kau kecil hati Warda...
~Tapi
dia jugak yang cakap ‘friend’ tadi
kan. Mana ada istilah tidur sama kalau jadi kawan.
#Tapi
dia kan suami kau...kawan pun kau takkan sakitkan hati dia kan, apatah lagi
Ejaz..yang dah terang-terang jadi suami kau.
~So? Salah aku la?
Okay
stop! Makin serabut rasa otaknya. Tak
faham dengan isi hati Ejaz yang sebenar. Matanya yang kian pedih minta dipejam
digosok-gosoknya. Shawl yang melilit
dikepalanya dibuka sebelum dikirai rambut panjang separas dadanya.
Ejaz
yang baru melelapkan matanya, terus membuka sedikit tatkala haruman mempersonakan
itu menerobos masuk ke rongga hidungnya. Tak semena-mena hati yang kian tenang
sebentar tadi kembali bergetar. Dirinya seakan dipukau untuk terus terpaku pada seraut wajah itu.
Her hair was a rich
shade of ebony. It flowed in waves to adorn her glowing, porcelain-like skin.
Her eyes, framed by long lashes, were a sparkling hazel and seemed to brighten
the world. A straight nose, full lips...
Subhanallah....beautiful
creature I ever seen...detik hati kecil Ejaz.
“Can I...sleep here?” soal Warda lembut
dalam nada was-was. Dicampak semua rasa berdebarnya keluar, ni bukannya masa
untuk itu semua. Yang dia tahu, matanya dah ngantuk!
Ejaz tersentak, tapi masih tetap pamer riak tenang dan coolnya. Malu nanti kalau kantoi.
“Up to you....itu pun kalau you rasa tak
takut I terkam you karang.” Selamba bunyinya. Walaupun memang sekarang dia rasa nak
terkam Warda, then tarik selimut! Good...Memang silap besar la dia kata
nak berkawan tadi...sebab rasanya dia memang tak nak setakat kawan saja
sekarang. Tapi nak lebih dari tu!
I’m falling in love
with my own wife....is that the best answer? Absolutely yes!! Dan
sekarang dia dah tak tahu macam mana hendak membetulkan keadaan mereka semula. Friends? What the heck of being friends if
the love is already in the air?
Fine Ejaz...you are
so...STUPIDO!!
p/s: ENJOY SAYANGKU ^^ komen membina sgt dialu2 kn ahaksss
Published on March 10, 2013 09:15
date
newest »

message 1:
by
Evefifh
(new)
Sep 13, 2016 11:06PM

reply
|
flag