Jodohku Mr. Pilot - 12
Bab 12

Kopi panas
dituang Warda ke dalam cawan, kemudian sebelah tangannya pula ligat mengisi air
susu ke dalam gelas. Dengan langkah diatur penuh berhati-hati dia berjalan
mendekati meja. Hot coffee diletak
dihadapan Ejaz yang dari tadi tak bergerak-gerak mengambil makana. Apa ingat
dekat sini ada dayang ke yang nak tolong ambilkan makanan dia. Sudahnya dia
juga yang jadi dayang tak bergaji. Oh tidak Warda...takkan nak praktis jadi
isteri mithali pulak?
“your coffee.”
Mata
Ejaz yang terpejam terus terbuka sebaik saja aroma pekat coffee menyengat hidungnya. Mukanya diraup kasar menghilangkan
ngantuk yang masih bersisa. Merah mata memang tak boleh nak tutup dah.
Warda
kerut dahi. Dia duduk depan Ejaz yang serupa zombie saja pagi ini. Insomnia apa?
“you
ni tak cukup tidur ke?”
“Huh?
Tidur la.” Jawab Ejaz malas-malas seraya menggesek-gesek mata.
“you
jangan nak kelentong I...nampak sangat eye
beg bawah mata you tu.” Jemari runcingnya sudah memegang dagu Ejaz.
Dibelek-belek muka suaminya yang nampak tak bermaya. Jelas sangat kot.
Ejaz
kalih mukanya ketepi sampai terlepas sentuhan jemari sejuk isterinya. Mananya
nak cukup tidur kalau sepanjang pagi tu langsung tak boleh nak lelap! Sudahnya
dia tidur atas lantai...tak tenteram rasa dirinya kalau tidur menghadap muka
lena Warda. Cantik sangat sampai dia rasa tak tahan! So better dia tidur kat lantai, at
least tak nampak muka pengacau ketenteraman jiwa tu!
Warda
jungkit bahu. Pisau atas meja diambil dan dicalitkan jem chocolate yang
diambilnya tadi, disapu rata atas roti bakarnya. Matanya dililaukan keserata
pelosok Cafe yang rata-ratanya dipenuhi oleh warga asing sambil menggigit roti
ditangannya penuh selamba, langsung tak perasan kalau setiap tingkah lakunya
diperhatikan Ejaz penuh minat.
“suap
I.”
Terus
Warda kalih semula pada Ejaz yang tengah menopang dagu sambil memandangnya.
“Huh?”
aku silap dengar ke? Dia nak aku... suapkan?
“suap
I.” Ulang Ejaz lagi bersahaja.
Memang
sah kepala otak Ejaz dah tingtong! tak pun jatuh terhantuk dekat sinki bilik air. Warda tolak pinggan berisi roti bakar dan jam ke
depan Ejaz. “buat la sendiri.”
“tak
nak...I nak you suapkan!”
Ternganga
mulut Warda. Apasal mengada pulak pagi-pagi ni?! “suka hati you la...you yang
lapar, bukan I.” Selamba saja dia menjawab. Baki roti ditangannya dibawa dekat
ke mulut, belum sempat mendarat ke dalam mulut Ejaz sudah bangkit dan
membongkok ke arahnya. Sekelip mata saja baki roti ditangannya sudah masuk ke
dalam mulut Ejaz.
Terpanar
dan membuntang matanya dengan darah yang entah berapa gelen menyimbah ke
mukanya bila baki coklat yang melekat dihujung jari runcingnya turut dijilat
Ejaz? Huhhhhh?
Suhu
pipi naik mendadak! Rasa nak meletop dadanya dengan tindakan yang tak
dijangka-jangka itu. Sepantas kilat tangannya ditarik ke bawah meja dengan muka
merah menahan malu bukan kepalang. Menggeletar! Tak pernah-pernah ada lelaki
yang berbuat sebegitu padanya.
“I...I
nak pergi ladies kejap.” Terketar-ketar suara ditekaknya. Tanpa sekilas pun
memandang Ejaz terus dia bangkit meninggalkan meja.
Ejaz
tarik sengih lebar. Ahhh...She’s so
sweet...macam coklat!!
Sebaik
saja masuk ke dalam toilet, terus dadanya dipegang. Kronik sungguh degup
jantungnya tika ini. Rasa nak pitam la ni jugak!! Nafas yang ditarik juga sudah
tak sekata panjang pendeknya.
“aku
mimpi ke ni?” pipi dicubit kuat.
“awww....”
jeritnya kecil seraya menggosok pipinya yang mula menunjuk kesan merah.
Maknanya semua yang jadi tadi tu bukan mimpi la? He lick my...my...finger? okay coklat....tapi masalah coklat tu
dekat jari...AKU!
Kalau
kawan lelaki perempuan memang macam ni ke? Pelik sungguh! Tapi kenapa dia tak
rasa yang tindakan Ejaz tadi adalah tak disengajakan? Apa ayat belit-belit ni.
Bermakna suaminya memang sengaja buat begitu ke? Tapi untuk apa? Nak
menggoda...atau sengaja nak mempermainkan perasaan?
Tanpa
sedar agak lama matanya tertunak jatuh pada jarinya itu. Kalau rasa tak nak
basuh boleh tak? Tiba-tiba akalnya menyentap.
“what are you thinking Warda? Ejaz Cuma
menganggap kau macam kawan...just..
F.r.i.e.n.d. tak lebih dan tak kurang.” Katanya sendirian. Tapi kenapa dia
masih rasa kalau perbutan Ejaz tadi agak melampau. Sedikit terkilan dengan
sikap lepas laku lelaki itu. Takkanlah dengan semua kawan perempuan dia buat
macam tu? Kalau kawan pun dia dah buat macam tu, apatah lagi dengan kekasih
hati. Mungkin lebih dari itu...
Tiba-tiba
wajah Inara melayang dilayar mata. Kalau
tak silapnya, sudah hampir dua tahun Ejaz menyulam cinta dengan gadis itu.
Pastinya sudah banyak kenangan romatis yang dicipta bersama. Bagaimana agaknya
Ejaz sebagai seorang teman lelaki ye? Pastinya seorang yang romantic...caring...loving...
Hati
jadi kelat sendiri.
Warda
menapak keluar dengan muka mendung. Meremamg rasa bulu roma bila ada mata-mata
yang memerhati setiap langkahnya dengan senyuman penuh makna yang tertampal. Ni
mesti sebab kes tadi ni!!
Langkahnya
tiba-tiba mati bila ada seorang perempuan free hair yang sedang berbual rancak
dengan Ejaz di meja mereka. Malay girl?
Salah seorang pramugari MAS agaknya. Baju memang tak boleh seksi lagi agaknya,
sampai nak terkeluar semua khazanah negara!!
Bibirnya
diketap geram. Sedar diri Warda! Ejaz tak cintakan kau. Sebaik saja gadis seksi
itu berlalu segera dia melangkah mendapatkan suaminya yang masih duduk santai.
“you
memang sengaja kan!”
Dahi
Ejaz berkerut seribu bila Warda tiba-tiba menerpa kearahnya dengan muka marah
“sengaja
apa pulak ni?” soal Ejaz bingung. Datang tiba-tiba nak memarah. Mana pulak dah
terbang semua blusher dekat pipi gebu
tu?
“you
memang sengaja nak main-mainkan perasaan I kan! Memang dasar buaya darat dari
dulu, sekarang dan selama-lamanya!!” Warda memuntah lahar kemarahan dengan mata
yang berkaca-kaca.
Berubah
mendadak air muka Ejaz.
“bila
masa pulak I main-mainkan perasaan you? For your information, memang I playboy...tapi I jenis yang setia pada
seorang perempuan tu kalau I dah jatuh sayang pada dia!” Suara itu turut
melantun tinggi menaggah segala tuduhan.
“lelaki
macam you ni tahu ke nak setia? Kalau betul you setia, you takkan kahwin dengan
I. You patut kahwin dengan Inara!!” sinis bunyi balasan Warda.
Ejaz
terkelu.
“dan
I tak habis fikir kenapa you beria-ria sangat nak kahwin dengan I, sedangkan
Inara yang you cinta! I minta maaf banyak-banyak...tapi kalau macam inilah you
layan I.” Nafas ditarik.
“I
tak rasa kita boleh jadi kawan.” Terus disambar tote bagnya dan melangkah
keluar dari restoran.
Ejaz
terpaku. Terkelu untuk menghalang langkah gadis itu pergi.
*****
Ejaz
meliarkan matanya di sekitar Taman Kaja Community itu. Dilihat sudah ramai para
pelancong yang mengambil tempat untuk menyaksikan persembahan kechak dance yang
sangat popular jika datang melawat di Uluawatu tample ini. Jarum jam ditangan
sudah menjangkau ke pukul lima setengah petang. Seharian dia mencari Warda,
tapi tak jumpa-jumpa. Malah telefon gadis itu juga dimatikan. Setelah mendapat
panggilan daripada James tadi barulah dia tahu kalau isterinya itu sudah sampai
ke Pura Uluwatu iaitu kuil yang terkenal di Bali ini. Kuil yang terletak
ditebing menghadap lautan Hindi itu memang antara tempat yang wajib dilawati
kalau bercuti ke sini.
Cari
punya cari, matanya menyinggah pada si empunya diri yang masih nampak santai
dengan jeans, t-shirt pink lengan pendek dan cardigan putih yang tersarung. Aku
punyalah macam nak gila cari dia merata tempat, dia boleh pulak duduk
santai-santai dekat sini!!
Bahu
pelancong lelaki jerman yang duduk rapat disebelah isterinya itu ditepuk
sedikit. “can I sit here? she’s my wife.”
Lelaki
yang mulanya agak ragu itu terus ukir senyum. “yeah...sure.”
Dia
segera mengambil tempat yang sudah dikosongkan itu. Warda disebelah ditunak
tajam bagai nak tembus. Dilihat gadis itu masih buat derk...siap menguap lagi.
Pandangannya jatuh pada tangan itu.
“Ipod?”
baru dia perasan wayar earphone putih
yang terselit pada pashmina yang melilit dikepala itu. Patut la pekak semacam
je!
“Heii!!”
terjerit kecil Warda bila wayar earphonenya
tiba-tiba direntap kasar. Terus keplanya menoleh pada manusia yang kurang ajar
sangat tu. Ejaz?!
“macam
mana you boleh sampai sini?!”
“naik
troli,” jawab Warda selamba dengan loyar buruknya. Tali earphonenya direntap kembali. Sibuk jela!
“hahaha...not funny okay.”
“ada
I kata I buat lawak.”
“Ada
je mulut tu nak menjawab!” Getus Ejaz bengang.
“karang
I bisu you jugak yang menyesal kan kahwin dengan I!”
“okay
stop it!”
Ward
menjeling tajam. Ada aku kesah! Tiba-tiba bunyi dari Krincingan mula kedengaran.
Terus earphone sebelah lagi ditarik keluar dan dicampak semula Ipodnya ke dalam
tote bag miliknya. Time for kecak dance!!
Mood:
teruja
Dilihat
kira-kira tiga puluh orang lelaki yang tak berbaju mula membentuk bulatan dan
mengangkat tangan mereka ke atas sambil menyebuk ‘cak’ beberapa kali.
Terkebil-kebil matanya melihat tarian yang tak pernah dilihatnya selama ini.
Macam upacara ritual pula bila dilihat penari-penari itu semua seolah-olah
sudah dirasuk roh sambil menari-nari. Mood teruja mula berubah seram. Nak-nak
pula matahari yang lambat-lambat mula menenggelamkan cahayanya. Kebiasaannya memang
persembahan kecak dance ni hanya akan dipersembahkan antara jam enam petang
hingga tujuh malam saja. Untung-untung boleh tengok matahari terbenam.
Tiba-tiba
muncul seorang manusia berpakaian seperti monyet disebelahnya. Kering semua
darahnya, apatah lagi bila melihat topeng yang dikenakan.
“arghhh!!!”
sepantas kilat tiba-tiba mulutnya ditekup
“diamlah!”
tegas Ejaz rendah seraya melepaskan mulut Warda.
Mata
Warda mula berair sambil memandang Ejaz. “I nak balik...scary...” gumamnya.
Ejaz
garu kepala. “jauh-jauh kita datang, takkan nak balik pulak. Bukan senang okay
nak tengok semua ni. Dekat sini je ada.” Katanya nada memujuk.
Terdiam
Warda dibuatnya.
“it’s okay...I ada.” Tangan Warda
disulamnya erat. Lambat-lambat kepala Warda mengangguk. Betul jugak apa yang
dikatakan Ejaz...bukan senang nak sampai sini. Kemudian digagahkan juga
pandangannya untuk menyaksikan persembahan tarian kecak itu. Tanpa sedar
tangannya turut membalas sulaman tangan Ejaz itu. Erat. Sedikit demi sedikit
perasaan takutnya tadi beransur hilang
Ejaz
tersenyum nipis.
“tarian ni pasal apa sebenarnya? I tak faham satu
apa pun.” Tanya Warda rendah dengan mata yang masih melekat di depan.
Dari
tadi dia hanya memandang kosong persembahan itu. Apa yang ada di dalam
fikirannya hanya satu. Seram! Apatah lagi matahari sudah tenggelam sepenuhnya.
Keadaan sudah bertukar gelap, hanya cahaya dari api yang dikelilingi oleh
penari-penari itu saja yang menerangi mereka semua.
“tarian
ni sebahagian kisah dari cerita Ramayana. You nampak karakter-karakter tu
semua, ada yang jadi monyet, Rama, evil king Ravana, and Shinta.”
“ooo...”
tahulah dia kalau kisah Hindu Ramayana ini. Memang Bali ni banyak terpengaruh
dengan budaya Hindu agaknya. Tengok sajalah kuil-kuil yang ada. Setelah hampir
setengah jam berlalu, akhirnya persembahan berakhir. Bergema tepukan gemuruh
dari semua pelancong yang hadir.
Warda
turut bertepuk tangan dengan sengihan lebar. Ternyata banyak benda baru yang
dia belajar di sini. Tadi sempat juga dia melawat ke tempat-tempat menarik yang
lain bersama James yang tak segan untuk memperkenalkannya dengan budaya
masayarakat di sini. Sempat juga mereka singgah di Pasar Seni Sukawati.
Warda
melajukan langkahnya mengejar Ejaz yang sudah jauh ke depan. Baju T-shirt itu
ditariknya.
“makan
jom...”
“tadi
berani sangat kan jalan sorang-sorang dengan James. Kenapa tak ajak je dia pergi
makan dengan you sekarang?!” Soal Ejaz nada memerli. Berani betul isterinya itu
keluar berdua saja bersama James, dibuatnya lelaki indonesia itu buat apa-apa,
tak ke bahaya!
Memuncung
Warda dibuatnya. “dah you pun menggatal sangat layan perempuan lain kan. Mana
ada masa nak layan ‘kawan’ you ni.”
“ni
takde isu I menggatal or melayan
perempuan lain Warda. Kalau mama tau you jalan sorang-sorang macam ni, terkoyak
telinga I kena ceramah tau!”
“iyelah...itu
aje la yang buat you risau kan, takut kena bebel dengan mama. I ni?!”
Ejaz
hela nafas cuba bersabar dengan sikap keras kepala isterinya itu. Kalaulah
Warda boleh tau apa yang dia rasakan sebentar tadi, confirm dia takkan dituduh
sebegitu.
“fine...kalau you tak nak teman I takpe,
I boleh pergi sendiri dengan James.” Kakinya mula melangkah untuk mendapatkan
james. Baru dua tiga langkah diatur, lengannya ditarik.
“you
jangan nak mengada. James tu duda anak satu!” nada yang terkeluar berbaur
cemburu.
“so...apa
masalahnya? Bukannya I nak buat maksiat pun dengan dia, nak makan je.”
“takde..takde...kita
balik hotel.” Tegas Ejaz berura-ura untuk menarik tangan Warda supaya
membuntutinya.
“what point kita datang sini tapi nak
makan dekat hotel? Kalau macam tu baik kita honeymoon
dekat Malaysia je!” tukas Warda. Dah jauh-jauh datang sampai ke sini, nak makan
dekat hotel je?
“Okay...I
bawak you makan dekat satu tempat special. Tapi jangan you sakit perut pulak
lepas tu dah.” Ejaz beri kata putus. “Jom.” Tangan Warda ditariknya menuju ke
tempat parkir kereta.
*****
Ejaz
memandang penuh minta Warda yang nampak berselera menyuap nasi padang untuk
mengisi perut yang kosong sejak tengah hari tadi sambil menyandar badannya
santai. Warda angkat muka bila terasa ada mata yang memerhati segala gerak
gerinya.
“tak
nak makan ke?” tanpa sedar soalan itu melantun lembut menyapa cuping telinga
Ejaz.
“kenyang
tengok you makan.” Balas Ejaz dengan senyuman nipisnya.
Alunan
jantung Warda mula berdegup laju bila guara garau romantis tu menyapa halwa
telinganya. Tambahan lagi bila sepasang mata itu tak lepas-lepas menjamah
wajahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan maknanya. Gulp...
Matanya
dililaukan kearah pelosok restoran. “ramai jugak eh pelancong makan dekat sini.”
Warda cuba ubah topik. Rasa sesak nafasnya kalau Ejaz berterus-terusan
memandangnya sebegitu. Tersekat rasa nasi di kerongkong.
“ermm...
one of famous halal restaurant in
Bali. Sedap kan.”
Warda
angguk laju.
“you
pergi mana tadi?”
“arr...James
bawak I tengok Barong and keris dance.
Lepas tu bawak pergi tempat kraftangan dengan logam perak...”
“berani
kan you.” Bunyi suara Ejaz itu kedengaran memerli.
“apa
nak takutnya? Bukannya I pergi tempat sunyi pun, ramai orang okay.” Balah Warda.
“but still bahaya kalau you keluar berdua
aje dengan James. Ni bukan Malaysia yang you boleh ikut sesuka hati mak bapak
you!”
Telapak
tangan Warda naik ke depan muka Ejaz. “okay stop
babbling macam I budak umur lima tahun Ejaz! Lagipun siapa jugak yang buat
perangai tadi?”
“you!”
laju Ejaz menjawab terlebih dahulu.
“okay fine...salah I? You licking my finger and you expect me untuk buat bodoh dan tak
terasa apa-apa?! I perempuan normal Ejaz...tak pernah ada lelaki lagi yang buat
macam tu pada I!” Warda lepas nafas.
“tak
tahu la pulak kalau benda tu memang dah biasa bagi you...but not for me!!”
Ejaz
sebak rambutnya ke belakang. “okay I’m
sorry puan Warda Erina...I tak sengaja.”
“betul
ke you tak sengaja?” Warda cuba menebak. Lambat-lambat sengih nakal Ejaz tertarik
mendengar soalan isterinya itu.
“kenapa?
You mengharap kalau I sengaja ke?” soal Ejaz nakal.
Pipi
Warda mula merona merah bila soalan Ejaz menjerat. “ma...mana ada! Kita kan
kawan.”
Ejaz
berkerut dahi. “hai...tadi siapa jugak yang kata dia tak boleh berkawan dengan
I? Kalau macam tu kita upgrade sikit
la jadi teman tapi mesra. Boleh?”
“apesal
pulak nak jadi teman tapi mesra ni? For your
information Mr. Ejaz Fakhri...there is no actual relationship boundries between
adam and eve. Samaada tak payah kawan langsung or being a lovers. As simple as that”
“then I pilih the second one. Lover...” sambut Ejaz seraya mengenyitkan matanya
nakal pada Warda.
“jangan
nak merepek boleh tak...”
“betul
la I cakap!”
“Inara
nak campak mana? Lautan Hindi?”
Ejaz
terdiam. masih basah lagi diingatannya bagaimana dia ditempik di kawasan parkir
KLIA beberapa minggu lalu bila dia mengatakan kalau dia hendak berkahwin dengan
Warda. Nightmare...tak pernah-pernah Inara naik hantu macam itu sekali
sepanjang dua tahun hubungan mereka terjalin. Ingatannya terimbau semula
peristiwa yang berlaku tiga minggu lalu....
Lexus
LFA Ejaz berhenti dihadapan kawasan kondominium Inara yang terletak di Sri
Hartamas itu. Kad kahwin dikerusi sebelah dipandangnya bagai nak tembus.
“mama
ni memang sengaja ke apa?” soal Ejaz sendirian seraya menganbil kad kahwinnya
itu. Beria-ria sangat mama menyuruh dia menyerahkan kad itu pada Inara. Memang mama
sengaja nak suruh aku cari nahas!
Ejaz
menapak keluar kereta. Handset dalam kocek dibawa keluar dan nombor Inara di
dial. Engaged!
Dia
mengorak langkah kearah rumah jaga disitu. “tumpang tanya bang...owner rumah
154 dah balik ke?”
Seketika
kemudian, pak guard itu kelihatan menyemak dalam buku log dihadapnnya. “dah
encik...baru kejap tadi.”
“okay
thanks..” kakinya bergerak kearah
bangunan kondo mewah yang rata-ratanya diduduki oleh orang warga asing itu. Baru
dia berura-ura hendak menapak kearah lif, bunyi sayup-sayup yang datang dari
sebuah kereta BMW 8-series hitam yang diparkir dikawasan gelap berhampiran
menarik perhatiannya.
“ada
orang nak merompak ke?” teragak-agak dia mula bergerak merapati kereta itu. Matanya
cuba dipicingkan kerah tingkap kerta yang bertinted itu. Namun manusia berbaju
merah di dalam kereta itu membantu penglihatannya. Semakin dekat dan dekat dia
menapak.
Danng...
Tiba-tiba
kepalanya terasa seakan dipukul keras sebaik saja matanya jelas menangkap
sesusuk tubuh langsing Inara dengan dress merah ketat sedang asyik bercumbu
dengan seorang lelaki. Terpanar dia bila benda dah jadi depan mata sendiri. Tanpa
sedar matanya mula kabur dengan air mata. Sedih bukan kerana mengenangkan
perbuatan khianat Inara...tapi bila mengenangkan kalau ternyata Allah masih
menyayanginya. Jelas kini kalau keputusannya untuk berkahwin dengan Warda
adalah pilihan yang tepat!
Mukanya
diraup kasar sebelum melangkah dengan muka selamba kearah kereta itu.
Tuk..tuk...
Tingkap
kereta diketuk dengan muka tanpa perasaan. Penuh bersahaja. Cumbuan Inara dan
lelaki tua dalam lingkungan umur papanya itu terus terhenti sebaik saja
mendengar bunyi ketukan itu. Terbuntang besar bola mata Inara sebaik saja
terpandang kelibat Ejaz diluar. Pucat lesi mukanya, kalau ditoreh pasti tak
berdarah. Ejaz membuat isyarat supaya Inara keluar.
“baby...you buat apa dekat sini?” soal
Inara menggeletar takut. Tembelangnya yang disembunyikan selama ini daripada
Ejaz akhirnya pecah!
“you
buat apa pulak dekat dalam tu? Memasak?” sindir Ejaz pedas, Inara membetulkan
letak tali halus dress merahnya yang jatuh ke bahu.
“I...I discuss something dengan Dato’. You pun
tau kan yang I nak bukak business
spa.” Tergagap-gagap Inara cuba menutup perbuatan terkutuknya tadi.
“oo...berbincang...lipstick you dah terkeluar la sayang.” Balas
Ejaz tenang. Kemudian tangannya menyentuh hujung bibir Inara yang sudah
jelas-jelas kelihatan sedikit comot akibat bercumbu penuh perasaan sebentar
tadi.
“ah...takpe.
kejap lagi I bersihkan. You datang sini kenapa?”
“arr...almost forgot lepas tertonton scene ‘HOT’ kejap tadi.” Sinis kata yang
terlontar. Kad kahwin di tangan dilempar tepat ke muka Inara.
Inara
tergamam dan terlopong dengan muka terkejut.
“ambil
tu...my wedding card. Jemput datang...itu
pun kalau you masih tak rasa malu dengan apa yang you dah buat belakang I
selama ni. So...starting from this
moment, our relationship is END!!! Sila...teruskan balik apa yang you
tengah buat tadi. Sorry for interrupting.”
Ujar Ejaz dengan cerlungan mata yang bersinar garang. Terus langkahnya diatur
untuk beredar.
“baby...baby I can explain.” Rayu Inara. Lengan
Ejaz cuba ditariknya.
“you
nak terang apa lagi?!!! Semuanya dah cukup jelas Inara. You bercumbu dengan
lelaki lain dalam kereta. Yang ni yang I nampak...yang I tak nampak? You betray me Inara!!!” bertempik garang
suara Ejaz memecah kesunyian malam pekat. Turun naik dadanya yang bergelora
ganas dengan mata membuntang berang.
“I...I
minta maaf sayang. Dato’ tu yang paksa I, kalau tak dia taknak invest dalam business I.” Inara bagi alasan dengan air mata yang bercucuran
keluar.
Ejaz
bertepuk tangan kuar. “bravo...bravo Inara! You memang patut menang grammy award dengan bakat lakonan you
yang mantap tu!! But i’m sorry...skill
lakonan you masih belum cukup mantap untuk memperbodohkan I sekali lagi.”
Kemudian
kepalanya dijengah ke arah pintu kereta BMW 8-series yang masih ternganga luas
itu. Tangannya diangkat penuh riak selamba kearah lelaki tua di dalam kereta
itu. “assalamualikum Dato’. I think you
should invest your money on her spa business la. Sebab I takut dia cari Tan
Sri pulak lepas ni untuk mintak duit.”
Dilihat
Dato’ tua dalam kereta itu hanya mampu tersengih kelat memandangnya.
“oh by the way... I think you should quit
from MAS as soon as possible before video apa yang you buat tadi jatuh ke
tangan sesiapa. It will ruin your
innocent looks.” Samsung Galaxy notenya ditangan digoyang-goyang depan mata
Inara. Senyuman sinis ditariknya sebelum berlalu dengan langkah tenang.
“You...you.”
suara gemersik Warda menerbangkan semua lamunannya.
“huh?
Dah habis makan dah?”
“dah
la...you mengelamun sampai mana ni?”
Ejaz
tersengih seraya menggeleng laju. “Eh jom...I bawak you nikmati night life in Bali.”
“gila
ke you... I tak nak pergi kelab okay!”
“hello...you ingat night life tu sekadar pergi disco, kelab malam je ke?”
“dah
tu?” soal Warda seraya mengeluarkan purse dari tote bagnya atas kerusi sebelah.
“ada
la...jangan banyak tanya boleh tak! Ikut aje...dengan duda anak satu tu boleh
je you mengekor ke mana, dengan I suami you ni banyak soal pulak!” balas Ejaz
bernada rajuk. Masam mukanya mengalahkan kanak-kanak tak dapat mainan saja.
“lalala....talk to the hand.”
Ejaz
ketap bibir gerap. Rasa nak digigit-gigit aje bibir merah yang banyak sangat
modal nak menjawab tu! Eiii..geram!
Kemudian
mereka berdua melangkah keluar restoran. Baru saja tangan Warda hendak membuka
pintu kereta, tangan sasa Ejaz menahan terlebih dulu.
“Eh...kejap...kejap.
I got a text from mama pagi tadi. Dia
nak kita MMS gambar sebagai bukti.”
Warda
jatuh rahang. “huh?”
“cepat
la!” gesa Ejaz bila Warda masih tunjuk muka bingung. Tangan Warda ditarik
sebelum tangannya melingkar ke bahu gadis itu. Samsung Galaxynya dibawa keluar.
“perlu
ke peluk-peluk macam ni? Tangkap gambar biasa-biasa dah la.” Mulut mungil itu
mula merungut. Tangan Ejaz dibahunya cuba ditepis.
“kita
datang sini berbulan madu my dear...takkan
nak tangkap gambar macam dalam perbarisan hari merdeka pulak.” Ejaz loyar
buruk. Warda buat muka.
“senyum....”
arah Ejaz yang sudah menghalakan kamera kearah mereka. Kepala mereka dirapatkan
ala-ala mesra gitu.
“say cheese...”
Cupp...
Snap...
Membulat besar mata Warda seraya memegang pipinya yang masih terasa hangat dikucup
Ejaz.
“you!!”
“What? Kita kan nak jadi lover.” Balas Ejaz penuh selamba badak
dengan sengihan nakal yang tertampal di muka kacaknya. Melihat muka Warda yang
sudah naik memerah itu, kakinya mula membuka langkah besar. Lari!!!!
“jangan
lari!!!” jerit Warda seraya mula mengorak langkah mengejar Ejaz yang sudah jauh
berlari ke depan. Memang nak kena pukul tau lelaki ni!
Ejaz
tergelak besar.
Akhirnya langit
cinta mula menyanyi, bersama si teruna dan dara yang berkejaran sesama
mereka. Irama tawa yang bergabung menjadi satu melodi yang cukup indah malam itu...
p/s: wah...i pun rasa nak main kejar2 jugak la. siapa nak join??? kihkih...komen2 membina didahului dgn ucapan sayang kamu ketat2 <3
Published on March 18, 2013 10:37
No comments have been added yet.