Jodohku Mr. Pilot - Bab 8







Bab 8




Keadaan bertukar havoc.
Warda dan Ejaz masing-masing blur bila mereka berdua mula dihujani dengan
bermacam-macam soalan daripada para reporter
yang hadir melaporkan tentang fashion
show
yang julung-julung kali diadakan itu. Naik berpinar biji mata Warda dengan
silauan flash kamera yang
berebut-rebut menangkap gambar mereka berdua.




Muka
Ejaz bertukar merah. Barannya mula datang dengan rancangan gila mamanya itu. Apa
yang lebih membuatnya naik berang adalah kerana dia langsung tak tahu menahu
soal perkara itu.




“Apa
mama buat ni?!! Siapa pulak yang nak kahwin dengan Warda? Ejaz tak pernah
setuju pun!!” Ujar Ejaz dengan nada tertahan-tahan ditelinga mamanya. Terbakar
dadanya memandang muka mama yang masih beriak bersahaja.




Warda
yang secara tak sengaja terdengar mula menundukkan wajah. Terguris dengan
bicara tajam Ejaz itu. Namun untuk membalas, lidahnya pula kelu. Apatah lagi
bila melihat muka walidnya yang turut terkejut dengan berita yang tak
disangka-sangka itu.




“Senyum
sayang! Orang ramai ni...jangan malukan mama!” Kata ugutan meluncur keras dari
mulut Datin Afifah yang masih tersenyum memandang kamera-kamera yang berebut
dihadapan mereka tika itu




Ejaz
tarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba membendung amarahnya dengan kesabaran yang
makin menipis. Dalam kalut tiba-tiba dia teringat tentang kehadiran teman
wanitanya, Inara. Kelibat wanita itu mula dicarinya dalam celah orang ramai
yang membanjiri.




Nafas
Warda bertukar sesak, masih terkejut dengan keadaan yang terjadi sekarang.
Dirinya seolah-olah berada diawangan. Dalam keadaan yang bertolak-tolakan itu,
matanya sempat mencuri pandang kearah wajah kacak Ejaz yang seolah-olah hilang
arah dengan mata yang meliar ke sekeliling. Tak lama kemudian dilihat Ejaz
sudah memboloskan diri dari kepungan manusia-manusia yang ketagih dengan cerita
panas mereka, meninggalkan dirinya terkulat-kulat sendirian dengan soalan dan
pertanyaa yang tak henti-henti menujah lubang telinganya.




“Minta
maaf...minta maaf semua. Saya rasa ada baiknya kita bersurai dulu. Saya akan
buat oficial announcement nanti.
minta maaf ye semua,” ujar Datin Aafifah untuk meleraikan keadaan yang bertukar
gamat itu. bayang anak lelakinya disebelah sudah hilang dari pandangan.




Ejaz
mengejar langkah laju Inara yang sudah melepasi pintu hotel. Tangan itu terus
direntapnya untuk menghentikan langkah kaki panjang itu.




“Sayang....you
jangan buat kesimpulan sendiri. I sumpah I tak tahu langsung pasal benda ni!”




Melipat
maut Inara kebelakang menentang tajam ke anak mata Ejaz seakan-akan mahu
menelan.




“You
tak tau...I lagi la tak tau,” ujarnya acuh tak acuh dengan senyuman sinis yang
bergayut dibibir berkilatnya. Berangnya menyengat hingga ke kepala sebaik saja
mendengar kata-kata Datin Afifah sebentar tadi. serasa hendak menjerit dan
mengamuk saja ditengah-tengah orang ramai itu. Apatah lagi bila matanya sempat
menangkap senyuman sinis Datin Afifah yang sengaja dilemparkan kepada dirinya
tadi. Tersiat-siat rasa hatinya!




Please dear...kita boleh bincang benda
ni dengan mama. I promise you!” rayu Ejaz seraya menarik kuat tangan Inara yang
hendak berlalu pergi.




“Itulah
you...dari dulu tak habis-habis menabur janji manis you. Tapi sampai kesudah
you tak bawak-bawak I jumpa dengan family you!! sekarang dah settle kan! no more you and me!” ditunjal-tunjak dada bidang Ejaz dengan jari
telunjuknya, keras.




“You
nak break up dengan I?” soal Ejaz
dengan rasa tak percaya.




“Bukan
I yang nak break up dengan you! but you yang sebenarnya nak putuskan
hubungan kita kan?! sebab you dah jumpa perempuan yang lagi baik dari I, lagi
sopan, bertudung, anak jutawan pulak tu! there
you go
...pergilah kahwin dengan perempuan tu!!! pergi!!” Suara Inara mula
bertempik garang dengan muka merah padam. Kalau nak diikutkan hatinya yang
baran tadi, memang sudah dikerjakan perempuan yang berani-beraninya merampas
Ejaz daripadanya itu.




Ejaz
terpanar. Tangan Inara digenggamnya erat. “No...no...dear...please,
jangan layan I macam ni. Sumpah, I tak cintakan perempuan tu!!” Ejaz menegaskan
pendiriannya dengan penuh yakin.




Jantung
Warda seolah dipanah petir. Terasa lumpuh kakinya untuk melangkah menemui Ejaz
tika itu sebaik saja telinganya menagkap kata-kata pedih itu. Sebak mula
merempuh dada hingga berkaca matanya.




“Warda.”





Kepalanya
segera menoleh ke belakang sebaik saja suara garau seseorang kedengaran
menyapanya. Jelas dipandangannya kini sekujur tubuh Daniel sudah tegap berdiri
dihadapannya dengan riak muka yang tak mampu ditafsir. Segera  air mata yang mengalir ke pipi disekanya.
bibirnya diketap seraya menunduk ke bawah. Malu dengan Daniel yang melihat. dan
mungkin Daniel turut mendengar suara lantang Ejaz sebentar tadi.




“You
dah nak balik ke?” Soal Warda dengan suara yang cuba dibuat-buat ceria.




Daniel
angguk. Wajah comel itu direnungnya dalam. “You okay ke?” soalnya berbunyi
risau. Entah kenapa hati lelakinya sakit melihat air mata yang gugur sebentar
tadi, apatah lagi dia pasti kalau air mata itu mengalir kerana lelaki bernama
Ejaz Fakhri!!




“Okay...I
nampak macam tak okay ke?” Warda menyoal bodoh. padahal sudah terang lagi
bersuluh dia tak okay saat itu.




Daniel
tersenyum kelat. “Kalau you tak okay pun...you still nampak okay dan cantik di mata I.”




Warda
tersenyum kecil mendengar kata puji Daniel itu.




“You
nak balik jugak ke? come..i’ll send you,”
pelawa Daniel dengan senyuman lebar. barulah dia tahu kini, kalau Warda adalah
satu-satunya puteri tunggal pemilik Al-Fattah Corporation, Tan Sri Khalid
Al-Fattah. Antara anak melayu yang tersenarai dalam sepuluh orang terkaya di
Malaysia. Jutawan! dan apa yang tak disangka juga, Warda rupa-rupanya adalah
bekas bakal tunang Ejaz satu masa dulu. itupun setelah dia terdengar kata-kata
Jay yang turut terlopong sebentar tadi sebaik saja Datin Afifah membuat
pengumuman mengejut itu.




“Eh...takpe
la Daniel, I tak nak susahkan you. Lagipun I nak jumpa walid dengan umi I dulu,”
tolak Warda. Dia tak manu menimbulkan spekulasi lain memandangkan beberapa
reporter masih kelihatan berlegar disekeliling hotel itu. Kepalanya sudah cukup
berat dengan masalah yang tiba-tiba timbul ni. Tak mahu menambah masalah lagi.




Daniel
tarik senyum. “Kalau macam tu I balik dulu la. take care...” Sebaik saja melihat anggukan kepala Warda itu dia
mula mengatur langkah ke tempat parkir keretanya. Sesaat kemudian kepanya
dipaling kebelakang.




“Warda....”
serunya kuat. Dilihat Warda berpaling kearahnya. Senyumnya terkoyak dihujung
bibir.




“Kalau
Ejaz tak nak you, I nak!” laungnya agak kuat dengan sengihan yang semakin
melebar. Senyuman kecil Warda terlayar dimatanya. Dilihat gadis itu menggeleng
kecil sebelum menghilang dari pandangannya.




“Umi...”
Terus dipeluk tubuh itu erat sebaik saja ternampak kelibat umi dan Waidnya yang
sedang berjalan keluar dari bahagian dewan itu.




“Esok
Warda balik rumah. Walid nak cakap something,”
kata Puan Sri Nabiha seraya mengusap bahu anaknya itu lembut. Warda menjarakkan
diri. lama matanya merenung mata uminya sebelum beralih pula pada walidnya yang
masih bermuka serius tanpa segaris senyum. dapat dikesan riak tegang diwajah
tua itu. Liurnya terasa payau. Pasti walidnya hendak berbincang soal apa yang
terjadi malam ini.




“Jom
Biha...kita balik.” Suara tegas itu bersuara.




“Balik
esok!” Puan Sri Nabiha mengingatkan sekali lagi. Bila melihat anggukan puteri
tunggal mereka itu, pipi si anak diusapnya. “Umi balik dulu...assalamualikum.”




“Waalaikumsalam...”
Jawabnya rendah dan perlahan. Setelah kelibat orang tuanya menghilang, duduknya
dilabuhkan ke sofa mewah di lobby
hotel itu. Lama dia termenung, sebelum Blackberrynya
ditarik keluar dari tas tangan.




“Warda...”
Baru dia berura-ura hendak menghubungi Jannah untuk mengambilnya disini, suara
Datin Afifah kedengaran. Segera kepalanya mendongak. Terpempam dia seketika
tatkala matanya bertembung pandang dengan sepasang mata Ejaz yang memandangnya
penuh riak benci.




“Warda
balik naik apa ni? bawak kereta tak tadi?” soal Datin Aafifah yang berdiri
sebelah anak bujangnya itu. Sebentar tadi baru saja dia bertemu empat mata
dengan Tan Sri Khalid Al-Fattah dan Puan Sri Nabiha menerangkan niatnya yang
sebenar untuk menyambung semula ikatan yang tak kesampaian tiga tahun lalu.




“Warda
naik cab tadi, sebab kereta kawan
pinjam kejap,” terang Warda tanpa sekilas pun memandang Ejaz. Hatinya tak cukup
kuat, apatah lagi setelah mendengar perbalahan antara lelaki itu dan perempuan
bernama Inara sebentar tadi.




“Kalau
macam tu suruh Ejaz jela hantar balik ye. Lagipun dah malam, bahaya naik teksi
sorang-sorang,” terkeluar sudah arahan Datin Afifah tanpa persetujuan dari
pihak Ejaz. Warda serba salah. Ditoleh Ejaz sekilas.




“Takpe
la auntie...Warda call Jannah suruh dia ambil. Rasanya dia
pun dah balik.” Warda berkata lembut. Tika itu juga hansetnya berlagu
menandakan panggilan masuk. Jannah!




Wait a minutes auntie.” Dia bangun
sebaik saja menghabiskan ayat. Bergerak beberapa langkah menjauhi mereka. “Hello Jan...kau dekat mana tu? Ambil la
aku dekat hotel. Show dah habis.”
Laju saja mulutnya bersuara. Tak mahu dia menumpang kereta ejaz dalam keadaan
mereka yang sebegini.




Sorry la Warda...aku still dekat Puchong lagi ni. Mak aku ada
dekat rumah abang aku, so rasanya malam ni aku tak balik kot,” kata Jannah
dihujung talian mematikan kata Warda.




What?! Habis tu kereta aku macam mana?” Soalnya
dengan kening berkerut hebat.




“Esok
cuti kan...bagi la aku pinjam kejap.”




“Amboi...banyak
cengkadak kau! Habis tu aku nak balik naik apa ni?” Serabut otaknya dengan fiil
Jannah yang bermacam-macam. Memang nak kena luku la perempuan ni! Kalau tahu
jadi macam ni baik tak payah bagi Jannah pinjam keretanya, kata nak pergi
sekejap saja! Sekarang nak overnight pulak dah!




“Bakal
mak mertua kau kan ada, apa yang susahnya?” Suara penuh selamba badak Jannah
dengan ketawa yang mula mengekek dihujung sana buat Warda nak hentak kepala ke
dinding! Memang masin sangat mulut kau Jannah! Dari haritu tak habis-habis
mengusiknya dengan Ejaz. Sekarang dah kenyataannya kan!




“Dah
la! Malas aku nak cakap dengan kau...buat sakit hati je. Jaga kereta aku
baik-baik, clar sikit pun, aku tuntut ganti rugi nanti!” Mulutnya membebel tapi
tetap mengawal volume suaranya. Setelah salam diberi, panggilan dimatikan.




“Siapa?”




“Jannah.”
Beritahunya pendek seraya mengajukan hansetnya kearah Auntie Fifah.




“Habis
tu nak balik naik apa ni?”




“Teksi...takpe
la auntie, bukan tak biasa pun. Lagipun
Warda ada tekwando.” Penuh yakin Warda mengeluar suara. Hujung matanya
menangkap senyum sinis yang tertarik dibibir merah Ejaz. Mungkin tak percaya
dengan kata-katanya. Takpe...kau kenal lagi siapa aku! Ni Warda Erina Tan Sri
Khalid Al-Fattah la! Setakat pemandu teksi tu...sekali tendang je dah terpelanting
keluar kereta!




No...no...auntie tak izinkan. Kalau apa-apa
jadi dekat Warda nanti siapa yang nak bertanggungjawab.” Tekan Datin Afifah
lagi tetap dengan keputusannya. Hati tuanya tetap berlagu bimbang untuk
melepaskan gadis secantik ini menaiki teksi tengah malam begini. Seorang diri
pula tu!




Anak
bujangnya disebelah dipandang. “Ejaz, hantar Warda balik. No excuse!” Tegasnya dengan mata tajam memberi arahan keras.




Ejaz
cuba mengawal rasa sebal yang mengasak-asak di dadanya. Warda ditunaknya tajam
sebelum satu rengusan kasar terlepas. “Fine!
But this is the last time
,” jawabnya kasar seraya berpeluk tubuh. Sakit jiwanya
melihat muka tenang mama.




“Warda
balik dengan Ejaz ye sayang.”




Warda
diam, tak mahu mengulas apa-apa.




“Jom!”





Warda
hela nafas dalam mendengar nada suara Ejaz itu. Nak tak nak terpaksa juga dia
mengekor. Bag kertas besar berisi pakaiannya ketika datang ke sini tadi
disambarnya kasar sebelum mengatur langkah dibelakang Ejaz yang sudah mengorak
langkah panjang. Terkedek-kedek dia mengejar. mentang-mentanglah kakinya tak
berapa nak panjang!




“Jangan
melencong pulak Ejaz....anak dara orang tu!” Laungan suara mama yang menerjah
masuk ke lubang telinga Ejaz itu membuahkan dengusan sinis dibibirnya. Macamlah
mukanya aku ni ada niat buruk pada Warda!




Kunci
kereta dibawa keluar dan central lock
dibukanya. pintu kereta Lexus LFA miliknya dibuka, belum sempat dia membolos
masuk ke dalam, hujung matanya menangkap langkah kaki Warda yang agak jauh
dibelakang.




“Cepat
la....terkedek-kedek!”




Mulut
mungil Warda dah mula terkumat kamit, menyumpah seranah si pemilik kereta sport
mewah itu. Tahu la kaki dia panjang macam model! kalau ya pun sabar la. sebaik
tiba di situ, terus pintu kereta dibuka dan dia membolos masuk ke dalam. Ejaz
menguatkan sedikit air-cond, mungkin
perasan dengan peluh kecil yang merenik kecil di dahinya.




“Rumah
you dekat mana ni?” Soal Ejaz berbunyi kerek plus berlagak.




“Hari
tu kan baru hantar...takkan dah lupa kot.” Komen Warda.




“You
ingat rumah you sorang je ke yang I kena ingat?!”




Psstttt...Warda
mendengus. Bajet bagus betul la lelaki ni!




“Mont
Kiara.” Pendek katanya berbunyi marah mengingatkan Ejaz. Tanpa menunggu lama,
terus enjin dihidupkan dan kereta mula mengaum garang meninggalkan perkarangan
hotel yang sudah mencipta sejarah ‘bahagia’ dalam hidup mereka berdua.




Hampir
dua puluh minit perjalanan. Perut Warda mula terasa sesuatu. Kepala disandar ke
kerusi dan matanya dipejamkan rapat kearah panorama luar tingkat melawan rasa
sakit yang mula menghiris-hiris perutnya. Bag Carlo Rino diatas ribanya
ditekan sedikit dalam ke arah perutnya. Macam manalah dia boleh terlupa untuk
mengalas perut sebentar tadi, semuanya gara-gara nervous punya pasal hingga terlupa kalau dirinya menghidap gastric.
Rasa yang semakin menyucuk-nyucuk pedih membuatkan peluh mula membasahi
dahinya. Tanpa sedar air matanya sudah megalir dihujung matanya.




Ejaz
yang mula pelik dengan keadaan yang senyap sunyi menoleh sekilas kearah si
cantik manis disebelah. Berkerut hebat dahinya tatkala mata tajamnya menangkap
wajah berkerut-kerut itu seolah menahan sakit yang amat sangat.




“you...you
okay tak ni? You sakit ke?” Soal Ejaz berbunyi cemas seraya memandang jalan
raya dan Warda disebelah silih berganti. makin kalut dan takut dirinya bila
ternampak pipi mulus itu sudah dibasahi air mata.




Warda
menoleh perlahan kearah eja dengan nafas yang semakin sesak. “Perut....perut I
sakit...” Luahnya lemah dengan air mata yang semakin lebat turun.




Ejaz
mula tak keruan. Risau dan gementar melihat keadaan lemah Warda itu. Stereng
kereta digengamnya kuat, cuba memikirkan jalan penyelesaian. Air liur
ditelannya payau.




“Kita...kita
pergi klinik. Kita pergi klinik okay....you tahan kejap,” putus Ejaz berbunyi
bimbang yang amat sangat. Terus pedal minyaknya ditekan semakin dalam hingga
menderum laju kereta mewahnya itu membelah jalan raya mencari klinik yang
berhampiran.

*****

Sudah hampir lima
belas minit Ejaz duduk dikerusi Poliklinik Al-Haj itu, namun kelibat Warda
masih belum kelihatan keluar dari bilik yang tertera jelas nama Dr. Ilham
disitu. Sekilas jam Tissot ditangan dikerling. Sudah hampir pukul sebelas
malam, matanya pun semakin pedih menunggu. Matanya mula dipejam kejap.




Baru
seminit dua berlalu, bunyi kuakan pintu menampar cuping telinganya. Pantas matanya
dibuka luas. Sebaik terlihat wajah lemah Warda yang melangkah keluar, segera dia
bangkit mendapatkan gadis itu. Kalau orang tengok mesti dah melabel mereka
sebagai pasangan suami isteri.




What did the doctor said?” Soal Ejaz
laju. Hendak memaut lengan gadis itu, namun hatinya ragu-ragu. Rasa tak proper pula hendak menyentuh gadis itu
sesuka hati. Warda bukannya Inara. Tengok saja shawl peach yang masih cantik
melilit dikepala gadis itu saja sudah tahu. Sudahnya dia hanya mampu
memerhatikan langkah lemah yang diatur Warda.




“Gastric.”
Pendek jawab Warda seraya melabuhkan duduknya keatas kerusi yang disediakan di
hadapan kaunter farmasi.




Ejaz
hela nafas geram. “You dah tau kan you gastric? Habis tu kenapa tak makan?!” Suaranya
sedikit meninggi. Geram dengan sikap sambil lewa Warda. Bukannya dia tak tahu
kalau penyakit gastic ni boleh jadi makin worse.
Saah seorang kawannya di aviation school dulu pun ada yang menghidap gastric
yang boleh tahan kronik. Kadang-kadang sampai pengsan dalam kelas!




Warda
terdiam, sungguh dia tiada tenaga untuk berbalah dengan Ejaz.




“Cik
Warda Erina...”




Ejaz
segera melangkah kearah kaunter. Dipasang telinganya mendengar butir bicara
perempuan yang menjaga di kaunter farmasi itu dengan penuh tekun. Setelah bayaran
dibuat dia mendapatkan semula Warda.




“Jom...kita
balik,” gamit Ejaz. Warda bangkit dan mereka beriringan keluar dari klinik itu.




“Ubat
you...makan tiga kali sehari lepas makan,” ujar Ejaz lagak seorang doktor
peribadi pula. Plastik ubat dihulurkan pada Warda.




Thanks...” Plastik ubat itu diambil dan
dimasukkan ke dalam bag Carlo Rinonya.
Jam di dashboard kereta dipandangnya
sekilas. Sudahlah esok kerja. Perjalanan mereka diteruskan. Hujung mata Warda
sekali sekali menjeling kearah Ejaz disebelah yang tenang memandu. Serba
sedikit hatinya tersentuh dengan keprihatianan yang ditunjukkan lelaki itu.




Sorry...I dah susahkan you.” Entah macam
mana suaranya boleh terlepas, namun cukup perlahan. Bunyi keluhan menampar
cuping telinganya.




“Kalau
dah tau diri tu gastric...jangan la sampai tak makan. Benda penting macam ni
pun takkan la you tak sedar!” Kata Ejaz tegas dengan muka serius.




“I
nerveous sangat tadi sampai lupa nak
makan,” balas Warda pula. Rasanya tadi semasa dibelakang pentas dia sudah
mengeluarkan plastik berisi roti. Tapi bila Jay memanggilnya, dia sudah terlupa
tentang semuanya.




“Makan
pun boleh lupa!” Warda hanya mencebik mendengar kata perlian itu. Sesaat kemudian
plastic logo 7-elevan melayang dihadapan matanya.




“Untuk
you...I pergi beli tadi.” Beritahu Ejaz mendatar tanpa intonasi seraya meletakkan
plastic putih itu ke riba Warda. Dalam marah-marahnya pun entah kenapa dia tak
boleh menolak rasa bimbang yang bergayut di tangkai hatinya buat gadis
disebelahnya ini.




Warda
tersenyum kecil, matanya mula menggeledah bag plastic itu. Ada roti perisa
coklat dan twiggies juga perisa
coklat, susu kotak pun ada. Macam tahu-tahu je coklat adalah kegemaranya.




Masing-masing
mengunci mulut. Warda memandang keluar, manakala Ejaz fokus dengan
pemanduannya. Sedar tak sedar kereta mewah itu sudah berhenti tepat-tepat
dihadapn pagar rumah sewanya. Kelihatan kereta Persona silver milik kak Rina
sudah tersadai ditempat letak kereta. Seat
belt
dibukanya, dan pintu kereta ditolaknya.




“Cakap
dekat mama you...baju ni nanti lusa I hantar balik dekat butik.” Sempat lagi
Warda menitipkan pesanan buat Auntie Afifah.
Disebabkan kejadian tadi, langsungnya sampai ke sudah bajunya tak
ditukar-tukar.




“Tak
payah la....mama dah call I tadi. Dia
kata dia hadiahkan you baju tu.” Semasa di klinik tadi mamanya ada
menghubunginya. Bimbang mungkin sebab sampai sekarang masih belum sampai ke
rumah.




Warda
terdiam. Baju yang melekat ditubuhnya itu ditelek sepintas lalu. Segan pula
untuk menerima baju semahal ini sebagai hadiah. Lambat-lambat dia mengangguk. “okay...thanks sebab hantar I balik. Good night.”




“Warda.”
Seruan nama itu menghentikan gerak tangan Warda yang sudah berura-ura untuk
menutup pintu kereta itu. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk melihat wajah
Ejaz yang turut memandangnya. Keningnya berkerut sedikit seakan bertanya.




We need to talk...you pun tau kan pasal
apa. But esok I terbang pergi L.A, maybe three to four days from now. I’ll call
you later
beritahu you dekat mana.” Serius saja nada suaranya itu. Dia tak
mahu menangguh lebih lama. Sudah puas dipujuk Inara yang mengamuk tadi. Nampaknya
dia terpaksa berdepan empat mata dengan mama yang dah menimbulkan onar dalam
hidupnya sekarang.




Warda
angguk setuju. “Okay..take care.” Pintu
kereta ditutupnya.




Baru
dua tiga langkah dia menapak mendekati pintu pagar, namanya kedengaran diseru
lagi. Kepalanya ditoleh ke belakang melihat Ejaz yang sudah menjengahkan kepaLanya
disebalik tingkap kereta yang diturunkan.




“Jangan
lupa makan ubat....I tak nak you sakit.” Setelah tersedar ayat terakhir yang
meluncur dicelah bibirnya itu, Ejaz gigit bibir bawahnya. Macam mana pulak ayat
tu boleh terkeluar! Cepat-cepat tingkap kereta bertinted itu dinaikkan dan pantas pedal minyak ditekannya
meninggalkan Warda yang masih memandangnya tak berkelip. Mukanya terasa panas. Mata
bulat galak itu meresahkan jiwa lelakinya, tambahan lagi dengan simbahan cahaya
malam. Gadis itu kelihatan sangat cantik dan mempersona dimatanya. Dadanya dipegang
dengan degup jantungnya yang tiba-tiba berubah rentak. Laju mengepam darah
menghantar debaran menggila ke seluruh pembuluh darahnya. Riak resah jelas terbias
diwajah kacaknya. Aku dah jatuh cinta ke?




Kau
jangan buat kerja gila Ejaz!!!!




p/s: seperti yg dijanjikan...update new chapter 4 Ejaz n Warda hewheww....komen yuk...rsenye dua2 dh jtuh cintuk ke stu sme lain??? love is in the air ~lalalalala <3 muahaha >____<  ~ngeeeeeeeeeeeee

yuk...yuk..kongsi komen anda sume
 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2013 07:57
Comments Showing 1-1 of 1 (1 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Yusniatira (new)

Yusniatira I want more chapter from this novel. #surihatimrpilot


back to top