Umum: Defending Malaysia – Game sulung Langit Ilahi Edutainment

10917410_10153042562758464_1876203673766325164_n


InsyaAllah, sekiranya Allah SWT mempermudahkan dan memberikan pertolongan, game sulung Langit Ilahi Edutainment – Defending Malaysia akan boleh didapati di Play Store pada 16hb Januari 2015.


Langit Ilahi Edutainment ialah sebuah cabang dakwah dan perusahaan baru di Langit Ilahi, yang akan memberikan fokus kepada penghasilan game yang bermanfaat dan patuh syariah. Untuk tahun-tahun awal ini, kami akan fokus kepada menghasilkan game untuk handphone & tablet. Jangka panjang, kami berharap dapat berkembang dan membina game untuk PC, Playstation dan XBox.


Ini juga merupakan satu usaha kami untuk mengumpul pendapatan, agar dapat memberikan dana kepada pergerakan Langit Ilahi itu sendiri, yang kini semakin berkembang.


Defending Malaysia ialah sebuah game interaktif, yang berlatarkan Malaysia diserang oleh roket yang ingin memusnahkannya. Roket-roket tersebut dilengkapi dengan formula matematik, dan kita perlu menyelesaikan formula-formula tersebut untuk menyelamatkan negara kita.


LangitIlahi Edutainment


Bila sudah ada di Play Store nanti, sila muat turun dan cuba. Ianya percuma sahaja. Promosikan kepada rakan-rakan, sanak saudara, kaum kerabat dan kenalan.


Sasaran kami, game ini mampu mencapai sekurang-kurangnya 100,000 orang pemain.


Saya dengan rendah diri mewakili Tim Langit Ilahi seluruhnya, mengharapkan doa dan sokongan penuh daripada rakan-rakan, agar kami diizinkan Allah SWT untuk terus berkembang dengan baik dan berjaya. Besar harapan saya agar Langit Ilahi dapat terus berkembang menjadi pelantar yang sangat meraikan generasi belia, dan mampu membawa belia ke arah yang lebih bermanfaat serta diredhai Allah SWT, insyaAllah.


Terima kasih saya dahulukan.


Mari Menjadi Hamba!


~ seorang hamba,


Hilal Asyraf

Pengasas Langit Ilahi

CEO Lantera Iman Resources


The post Umum: Defending Malaysia – Game sulung Langit Ilahi Edutainment appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2015 04:16
No comments have been added yet.