Myrna Part#4 - Part #6
Part #4
Hujan halus makin lebat. Angin bertiup kuat. Habis senget-senget dahan-dahan pokok dibuatnya. Maya dongak pandang langit yang gelap. Maya toleh sekeliling dia. Dia kat mana ni? Maya hanya nampak pokok-pokok yang dahannya sedang menahan tiupan angin kuat.
Bunyi ngauman haiwan buat dia tersentak. Ada sesuatu yang sedang menuju ke arah Maya dari celah-celah pokok yang merimbun. Naluri suruh dia segera lari. Lalu kaki terasa ringan melangkah. Berlari...mendaki ke tempat yang tinggi. Melalui denai kecil yang dipagari semak dan dahan rendah. Beberapa kali pakaian dia tersangkut pada ranting.
Koyak sana sini. Tapi Maya tak peduli. Kaki dipaksa berlari selaju mungkin kerana haiwan di belakang dia semakin mendekati. Maya tiba di jalan mati. Tiada apa-apa di depan dia kecuali pokok-pokok besar yang tinggi-tinggi.
Sekali lagi naluri main peranan. Maya dongak pandang pokok di depan. Ah...dia boleh panjat pokok ni. Banyak dahan yang bercabang. Lantas dia pun memanjat. Semakin tinggi dia panjat, makin dapat dia lihat sekelilingnya.
Rupa-rupanya dia berada di puncak yang sangat tinggi dan di atas pokok yang tinggi. Maya di kelilingi ngarai yang dalam dan berkabus nipis. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Sini ni mana? Dalam kebingungan, dia mula terdengar sesuatu.
Bunyi deraman haiwan. Maya pandang ke bawah. Sepasang mata merah sedang merenungnya dari bawah. Hanya mata. Tubuh badannya dia tak nampak sebab dilindungi oleh daun-daun pokok.
Dalam kedinginan hujan, Maya menggigil ketakutan. Mana dia nak lari lepas ni? Kalau dia ada sayap macam burung, boleh juga
terbang.
“Myrna!”
Suara tu memanggil jelas kedengaran di sebalik bunyi angin dan dahan yang saling berlaga. Maya tercari-cari.
“Siapa?” Maya tanya dengan cemas.
Tapi dia tak nampak sesiapa. Kabus semakin menebal. Hujan gerimis dan angin makin kuat. Sepasang mata merah yang merenung dari bawah tadi masih di situ memerhati.
“Sini!”
Maya toleh ke kanan. Seorang lelaki berpakaian serba putih seperti samurai sedang berdiri di atas dahan pokok yang rendah sedikit daripada pokok tempat dia berlindung.
“Ryuu?” Mulut Maya terbuka luas. Terkejut.
Ryuu hulurkan tangan pada Maya. Seolah-olah Ryuu mahu Maya capai tangannya dan lompat ke sebelah. Gila ke apa? Jauh jarak antara tempat Maya berdiri dengan tempat Ryuu berdiri. Agak-agak la sikit kalau nak suruh dia buat stunt.
“Myrna, capai tangan aku. Lompat,” suruh Ryuu seperti yang Maya duga.
“Ha?” Maya terjerit.
“Percaya la. Kau boleh buat,” pujuk Ryuu. Wajahnya mempamerkan kepercayaan yang tak berbelah-bahagi. Seolah-olah dia percaya dan yakin yang Maya akan lompat seperti yang dia minta.
“Jangan nak suruh aku buat kerja gila!” Maya ketap gigi rapat-rapat. Lenguh tangan berpaut pada dahan. Angin main kuat. Kalau tak pegang kuat-kuat, mau melayang dia jatuh terjunam masuk ke dalam ngarai. Tak pun jatuh kat si mata merah yang tengah tunggu dia kat bawah pokok tu.
“Lompat, Myrna!” Ryuu tetap tegar suruh Maya lompat. Tapi gaya dia suruh tu bukan gaya paksa. Lebih pada gaya memujuk. Seolah-olah dia nak suruh Maya lompat dalam gegelung aje.
Maya tarik nafas dalam-dalam. Nak suruh dia lompat ya. Baik! Dia lompat ke arah Ryuu. Maya depakan tangan dan Ryuu sambut tubuhnya. Mereka sama-sama jatuh ke belakang ke dalam ngarai. Anehnya Maya tak menjerit. Tak rasa takut. Macam dah biasa buat.
Tapi dia tak ingat. Ingatan tu terlalu jauh di simpan di lubuk hatinya.
“Kau tak apa-apa?” tanya Ryuu.
Maya pandang alam sekeliling. Dia bukan ada di tempat tinggi tadi. Hujan dah reda. Kabus pun tiada. Hutan di sekeliling dia nampak lain. Daunnya kemerah-merahan bercampur perang. Seperti warna daun mapel. Mereka jump?
“Mari ikut aku,” pinta Ryuu lalu mendahului langkah.
Maya pandang dia sebelum perlahan-lahan ekori langkahnya. Mereka keluar dari kawasan hutan dan tiba di pinggir padang rumput. Di hujung sana, ada ngarai dan hutan pokok pine. Kelihatan seperti tempat Maya berada tadi.
Maya dan Ryuu sama-sama berdiri mengadap ngarai yang berkabus nipis. Mereka tak bercakap buat beberapa ketika.
“Myrna!” seru Ryuu. “Ada sebab kenapa kita ditakdirkan bertemu...dan berpisah...dan bertemu semula.” Ryuu cakap sambil pandang muka Maya.
“Ryuu!” keluh Maya, kesal.
Bila Ryuu panggil dia dengan nama tu, terus ingatan yang terpendam selama ni muncul satu persatu hingga membanjiri fikirannya. Matanya terpejam, cuba hadam semua memori silam yang cuba dia sorok.
Part #5
Maya terjaga. Tubuhnya basah dengan peluh. Wajahnya diraup dengan tapak tangan. Dari tingkap kaca di biliknya, Maya dapat lihat Gunung Etna yang sedang berasap. Dah beberapa hari gunung tu berasap. Amaran telah dikeluarkan kepada penduduk berhampiran supaya berpindah. Gunung berapi Etna akan meletus tak lama lagi.
Klaymore. Ryuu! 10 tahun dah berlalu. Kenapa tiba-tiba dia mimpi pasal semua tu? Bukan ke dia tak sepatutnya boleh ingat apa-apa pun? Keliru...Maya bangun. Capai pijama dan sarung pada tubuhnya yang hanya berbalut gaun tidur yang pendek bertali halus. Tali pijama satin diikat pada pinggang.
Maya tuju ke dapur untuk membancuh kopi. Pagi masih awal. Ada dua jam sebelum matahari terbit. Sementara tunggu air masak, Maya termenung pandang ke arah puncak Etna yang berasap nipis. Entah kenapa hatinya tertarik-tarik saja ke arah gunung tu. Seperti Klaymore sedang seru namanya. Tak mungkin! Dia dah lama tinggalkan kehidupan tu.
Bunyi cerek mengejutkan lamunan Maya. Dia mematikan api. Lepas letak dua sudu kopi, Maya tuang air panas ke dalam mug. Perlahan-lahan sudu dikacau ke dalam mug. Sambil pegang mug, Maya paling ke belakang. Tika tu juga satu lembaga hitam melintas di depannya.
Kerana terkejut, mug di tangan terlepas dan pecah.
“Missed me?” Suara tu berbisik di belakangnya.
Pantas, Maya berpaling. Matanya bulat merenung lembaga berpakaian hitam di depannya. Tak mungkin! Kakinya jadi kaku. Dia tak dapat bergerak. Dah tentu ada suatu tenaga asing yang paksa dia berdiri kaku macam tu.
Darius atur langkah perlahan hampiri Maya. Dia berbisik di telinga gadis tu. “Myrna...my love. I missed you so much.”
Maya hanya mampu telan air liurnya bila hembusan nafas Darius yang hangat menyentuh lehernya. This isn’t happening! Maya pejam mata cuba kumpul kekuatan untuk lari dari sini.
Darius tergelak kecil. Fikiran Maya mudah sangat dibaca. Kasihan Maya. Dia dah jadi manusia yang lemah dan tak berdaya. Mudah saja Darius nak patahkan leher gadis tu. Macam patahkan ranting kayu kering saja.
Demon slayer yang terkuat dah bertukar jadi gadis desa yang biasa-biasa. Sadis dan menyedihkan. Darius mula rangkul tubuh Maya. Kepala gadis tu dia tolak ke tepi supaya senang dia nak benamkan taringnya pada leher Maya.
Maya menjerit bila lehernya terasa pedih dan bisa bila Darius mula benamkan taringnya di situ. Tubuh Maya rasa terbakar.
Ryuu! Hati Maya sempat menyeru. Harap-harap Ryuu dapat dengar. Tubuhnya terasa semakin lemah.
“Darius!”
Tindakan Darius terhenti bila dia dengar namanya dijeritnya. Perlahan-lahan dia angkat kepala pandang dua mahkluk di depannya.
Rihanna terkejut tak percaya tengok Darius sedang minum darah seorang gadis yang tak berdaya. Darius tak pernah serang manusia yang tak bersalah. Dan dia yakin 100% gadis dalam dakapan Darius tu hanyalah manusia biasa.
“Kau buat apa ni?” herdik Ryuu. Marah campur geram. Keinginan nak benamkan pedangnya ke dada Darius menggebu-gebu. Selama ni walau apa pun tindakan Darius, dia masih boleh bersabr. Tapi Darius dah serang Myrna Maya..kekasih lamanya. Harus ke dia diam dan tengok saja?
Tubuh Maya dah terkulai dalam dakapan Darius. Perlahan-lahan Darius lap sisa Darah Maya dari bibirnya dengan belakang tangan.
“Ryuu...jangan campur urusan aku. Myrna milik aku sekarang. Aku tak akan lepaskan dia.” Tubuh Maya dia cempung.
“Darius?” Rihanna rasa hairan.
Kenapa Darius macam tak kenal dia? Dan anehnya dia tak dapat baca fikiran Darius. Seolah-olah pertalian yang wujud antara mereka sebelum ni dah tak ada atau tak pernah ada.
Darius tunjuk muka tak berperasaan pada Rihanna. Dia tak kenal wanita bersama Ryuu tu. Dan dia tak minat nak tahu. Sekelip mata dia jump bawa Maya dan tinggalkan Ryuu dan Rihanna di situ.
Part #6
“Kenapa dengan Darius, Ryuu? Kenapa dia tak kenal aku? Kenapa aku tak boleh berhubung dengan dia macam selalu?” Rihanna mula panik. Panik campur cemburu sebenarnya. Siapa Myrna? Kenapa Darius macam ada apa-apa aje dengan gadis tu? “Siapa Myrna, Ryuu?”
Rihanna terkejut tengok wajah Ryuu yang nampak garang. Pertama kali dia tengok Ryuu sebengis tu.
“Myrna Maya milik aku...bukan Darius. Dia memang nak kena. Kalau jadi apa-apa pada Myrna, aku akan bunuh dia!” Ryuu hilang dari pandangan tinggalkan Rihanna kebingungan sendirian.
Apa yang dah berlaku ni? Rihanna tak suka betul berada dalam keadaan tak tahu apa-apa macam ni. Rasa macam orang bodoh. Dia tak boleh nak tunggu sampai jawapan cari dia. Dia sendiri perlu cari jawapan. Lalu Rihanna jump cari Ayuna.
Tercengang Ayuna dengar cerita Rihanna. “Kau nak suruh aku buat apa? Kalau kau tak boleh kesan Darius...aku lagi la gagal.”
“Aku tak suruh kau cari Darius. Tolong aku cari Ryuu. Hanya dia tau apa yang sebenarnya berlaku.” Rihanna cuba berlagak tenang. Perasaan panik tak akan bantu dia apa-apa.
“Okay...kau tunggu kat sini. Ganti kejap tempat aku latih budak-budak tu. Mereka bukan dapat beza pun aku ngan kau.” Ayuna tunjuk ke arah 20 orang pelatih yang tengah kena rendam dalam kolam hijau. Pelatih-pelatih tu kena denda sebab gagal jalankan tugasan yang diberi. Syaqir tengah marah mereka kawkaw pulak tu.
“Okey.” Rihanna menapak keluar dari bawah pokok yang selindungkan pertemuan dia dengan Ayuna.
Shaqir yang tengah marah pelatih-pelatihnya menoleh ke sisi. Hajat di hati nak senyum kat kekasih hati. Tapi dia terkejut bila tengok Rihanna yang muncul. Aik? Mana Ayuna?
“Aku pinjam Yuna kejap. Ada masalah,” bisik Rihanna tika dia lalu di belakang Shaqir.
Setengah jam juga la Rihanna terpaksa tunggu dan dengar Shaqir marah-marah. Garang juga si Shaqir ni. Muka hensem dia memang tak padanlah dengan sifat garang yang dia tunjukkan di depan pelatih. Adatlah tu...kalau dah jadi jurulatih kenalah tegas dan garang.
“Hanna!”
Rihanna terdengar Ayuna menyeru. Terus dia berjalan ke arah pokok ara tadi. “Dapat cari Ryuu?” Tak sabar-sabar Rihanna nak tahu.
Ayuna geleng. Rihanna lepas keluhan berat.
“Tapi aku jumpa Hudd.”
Terangkat kening Rihanna pandang Ayuna. “Apa kena-mengena pula Hudd dalam hal ni?” Nada suara Rihanna dah tak mesra.
“Rileks la.” Ayuna cuba tenangkan Rihanna. “Hudd kenal Myrna. Dia kata sebelum Siluman jumpa kau, dia la yang jadi demon slayer. Dia guna pedang Klaymore.”
Rihanna tercengang tak percaya. Kenapa dia tak pernah tau pun kisah ni? “Myrna tu pengimbang kuasa sebelum kita?”
Ayuna geleng kepala. “Dia bukan macam kita. Dia tu demon slayer. Dia berpihak pada manusia. Dia musuh kita!”
Dahi Rihanna berkerut. Dia masih lagi tak faham. “Apa kaitan dia dengan Ryuu dan Darius?”
Ayuna tarik nafas dalam-dalam. Apa yang bakal dia beritahu, pasti akan buat Rihanna pitam.
“Myrna Maya tu kekasih Ryuu. 10 tahun dulu, dia berjaya tewaskan Darius dan hapuskan semua pengikut-pengikutnya. Darius tak pernah ceritakan semua ni pada kita sebab dia sendiri pun tak ingat. Hanna...Darius 10 tahun lalu bukan Darius yang kita kenal hari ni. Dulu dia demon yang kejam. Dia bunuh manusia sesuka hati. Dia jadi jembalang macam Thamuz. Myrna hampir bunuh Darius. Tapi Raja Kael sempat selamatkan dia. Kerana tak mahu Darius jadi kejam lagi, Raja Kael kenakan jampi Shaman pada dia. Tapi Hudd kata...jampi tu dah terlerai. Ada Shaman lain dah tawarkan jampi tu dan kenakan jampi lain pada Darius.”
Rihanna tersandar pada batang pkok ara. Dia memang rasa nak pitam dengar cerita panjang lebar Ayuna. Tak mungkin! Darius yang dia kenal tak kejam macam tu. Darius mungkin sedikit jahat. Tapi membunuh sesuka hati bukan sikapnya.
“Siapa yang buat Darius macam ni?” soalnya lemah.
Ayuna tunjuk muka tak puas hati sebelum sebut nama demon tu.
“Quesara!”
“Siapa?” Rihanna tak cam nama tu.
“Que!”
Terus muka Rihanna berubah.
Published on August 04, 2014 08:03
No comments have been added yet.


