Myrna Part #1 - Part #3


Part #1

Muka Que tanpa perasaan Darius pandang. Malam tu Que bersut hitam dan berkemeja putih tanpa tie atau bow tie. Nampak boyish. Bahu Que dia raih rapat ke sisi. Que ni tinggi juga. Kepala dia kurang dua inci aje nak sama tinggi dengan kepala Darius.

"It's only a family dinner. Chill out,” kata Darius. Konon nak singkirkan aura dingin sepupunya.

Que dah jeling Darius dari ekor mata. Laju aje dia angkat siku dan tusuk ke dada Darius hingga tubuhnya terlepas daripada rangkulan demon tu.

“I don’t need a chill pill.” Que menjauhi Darius dan duduk bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Kepalanya didongakkan ke atas dengan kedua-dua matanya tertutup rapat.

Darius usap dadanya. Bukan sebab sakit tapi terkejut dengan tindakan Que. Dia hampiri Que dan bersandar di sebelahnya.

“Budak perempuan kena pakai gaun. Bukan sut macam ni. Keliru sedara mara kita tengok kau...lelaki ke perempuan.”

Spontan Que hayun tangan dan sesaat kemudian Darius dah melekat pada dinding yang dah retak membentuk figura demon itu.

Tetamu yang ada di sekeliling mereka terkejut besar dengan kejadian tu. Raja Kael dah mula pandang-pandang. Rihanna yang sejak tadi berbual dengan saudara jauh Darius dari Eropah, terus menerpa ke arah Darius.

“Kau okey ke?” tanya Rihanna.

Darius tergelak tak lucu. Debu-debu simen pada sut hitamnya ditepis. Rihanna bantu dia buang debu simen dari kepalanya.

“Yang kau sakat dia kenapa?” Rihanna pandang Darius sambil tunjuk muka pelik. Darius memang suka menyakat Que sejak kebelakangan ni. Entah apa sebabnya.

“Dah semua orang lain mengelak...terpaksa la aku kena buat.” Debu-debu simen dari bahunya ditepis.
“Buat apa?” Rihanna pandang Darius.

“Sedarkan Que.” Darius hayun langkah ekori Que yang dah keluar dari istana Raja Kael.

Rihanna segera mengejar Darius. Bimbang pula dia kalau dibiarkan Darius dengan Que berdua, entah apa-apa pula yang berlaku. Boleh berbunuhan kalau Darius berterusan buat Que marah.


Part #2

Tak sempat Rihanna nak kejar, kelibat Darius dan Que dah hilang. Entah ke mana mereka jump. Hati Rihanna rasa tak enak. Lain macam aje rasanya. Lalu dia fokuskan fikiran, cuba kesan aura Darius.

Que termenung di tepi cenuram yang gelap. Pandangannya tembus entah ke mana. Darius geleng kepala sambil menapak hampiri Que. “Suka sangat kau lepak kat Grand Canyon ni. Kenapa? Teringat kat Damien? Kau masih ada perasaan pada dia?”

Que jeling Darius di sebelahnya. Suka-suka aje buat tuduhan. Aura marah dah mula bersemarak dalam jiwa Que. Dia cukup tak suka orang jaga tepi kain dia. Selama ni tak ada sesiapa pun berani kacau dia. Cuma sejak kebelakangan ni hidup dia mula tak tenang. Mana-mana dia pergi mesti ada muka si penyibuk Darius yang berlagak macam coven leader. Que tak suka jadi mana-mana ahli persatuan tepi tingkap mahupun apa-apa kumpulan demon. Dia dah biasa hidup sendirian sejak seribu tahun dulu dan status quo tu tak kan berubah walau apa pun yang berlaku.

I missed the old Que. Kenapa dengan kau sejak kebelakangan ni? Lama menyepi. Dulu ada gak kau muncul minta tolong dengan kami. Tapi sekarang...sejak beberapa tahun ni...kau tiba-tiba hilang. Kau ada masalah?” Hanya dengan Que Darius selalu tunjuk sisi sensitif dia. Pada Rihanna pun Darius tak pernah tunjuk yang dia mampu menjadi sensitif pada perasaan mahkluk lain.

“Aku tak perlukan kau, Darius. Kau dan sesiapa juga. Sebelum aku naik angin, lebih baik kau blah!” Que berikan amaran.

Darius gelak. Lucu dengar Que beri peringatan pada dia. Mana ada demon yang berani ugut dia macam tu. Que lah demon pertama yang dah mencemar duli. “Aku tak takut pada kau, Que. Tak sepatutnya aku rasa takut.”

Ayat Darius bunyinya sangat bongkak hingga buat Que tersenyum mengejek. “Kau patut takut dengan aku, Darius.” Senyuman Que berubah penuh muslihat. Matanya bersinar aura bahaya. Tapi Darius tak nampak.

“Dah lama kau jadi mahkluk bongkak yang perasan bagus. Mungkin dah tiba masanya kau belajar sesuatu daripada sikap kau tu.” Que berpaling ke arah Darius. “10 tahun...hurmmm...aku rasa cukup untuk kau belajar sesuatu.”

Dahi Darius berkerut pandang Que. Dia tak faham apa maksud Que sebut ‘10 tahun’. Nak baca apa yang ada dalam fikiran Que, memang tak lah. Que memang pro bab-bab selindung fikiran dia daripada diintai demon lain.

Que senyum. Darius tak akan dapat duga apa rancangannya. Hatinya yang marah tadi berubah ceria perlahan-lahan. Que memang suka ‘hukum’ mahkluk lain yang suka ganggu kehidupan dia.

“La retromarcia!” tutur Que perlahan.

Tiba-tiba suasana di sekeliling mereka berkabus tebal. Darius tak sempat nak buat apa-apa. Nak faham apa-apa pun tak sempat. Dia dah tak nampak Que. Sekelilingnya putih. Tak lama kemudian, kabus mula menipis dan Darius kini berada di sebuah desa di kaki Gunung Etna, Sicily di Itali.

Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah satu nama.

“Myrna!”


Part #3

10 tahun lalu, Gunung Etna

Ryuu pandang gadis berambut panjang dan bersut hitam tu. Wajahnya Ryuu nampak sedih. Begitu juga dengan wajah gadis tu.

“Kau pasti?” tanya Ryuu. Dah banyak kali dia tanya. Dia sendiri pun tak pasti dengan keputusan Myrna.
Lambat-lambat Myrna angguk. “Aku dah berjaya kalahkan dia dan hapuskan hamba-hamba dia. Aku dah tak perlu melawan lagi, Ryuu...akhirnya!” Myrna lempar senyuman sedih-gembira pada Ryuu.

Ryuu ikut senyum. “Yeah...you’re finally free to live among humans and forget us.” Dia rasa sedih. Sedih sebab terpaksa lepaskan Myrna.

“Aku tak mahu kehidupan ni...” Myrna angkat pedang hitam di tangannya. “Dah terlalu lama aku jadi hamba pedang ni. Enough is enough Ryuu. Aku nak rasa cemana jadi manusia...semula.”

Ryuu tarik nafas dalam-dalam. “Kau berhak bahagia, Myrna Maya. Kau boleh lepaskan pedang tu.”

Terlepasnya pedang Klaymore bermakna Myrna terlepas daripada segala tanggungjawab sebagai Slayer.
“Aku dengar Siluman dah temui tuan baru.” Sempat lagi Myrna bertanya.

Ryuu angguk. “Kami dah temui dia. Hanya masa akan menentukan sama ada dia layak pegang Siluman.”

“Aku ucapkan moga dia berjaya jadi pengimbang kuasa. Selamat tinggal Ryuu!” Lalu Myrna melontarkan Klaymore ke tengah perut kawah gunung berapi Etna yang sedang menggelegak. Sebaik saja pedang Klaymore ditelan lava, Ryuu lenyap dari pandangan mata kasar Myrna.

Tapi sebenarnya Ryuu masih di situ. cuma Myrna yang dah bertukar jadi manusia biasa, tak dapat melihatnya. Myrna atur langkah yakin meninggalkan gunung berapi Etna. Kehidupan barunya akan bermula.
Mulai saat ini, dia bukan lagi Myrna, demon slayer yang digeruni. Kini dia Maya yang menyambung sisa hidup sebagai manusia yang dah ditinggalkannya berpuluh tahun dulu. semua kekuatan dan kebolehan yang ada padanya telah lenyap bersama Klaymore yang tenggelam di perut gunung berapi.

Tak mungkin Maya akan menjadi Myrna walau apa pun yang berlaku!

*****
Style sy menulis mmg santai. Sy tak guna bahasa buku. Jadi tulisan sy ni tak sesuai la kalau nak dijadikan rujukan utk adik2 ya. Tulisan sy ni saja suka-suka. Jadi janganlah expect lebih2 ya...tatabahasa tunggang langgang ke...tapi ejaan dlm naratif sy jaga. Yang tak jaga cuma dlm dialog sj sbb nak nampak natural. Lagipun mana ada org berborak guna bahasa baku kecuali kartun Disney yg dialih bahasa...hahah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2014 19:00
No comments have been added yet.