Myrna Part #7 - Part #9
  Part #7
Myrna buka matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari berbalam-balam di sebalik daun yang merimbun. Dia bangun. Sebelah tangan raba leher. Darah dah berhenti mengalir. Tapi luka tu masih ada. Myrna bukan Myrna yang dulu yang cepat sembuh kalau terluka. Myrna kini manusia biasa yang lemah tak berdaya.
Dia cuba berdiri. Tapi lututnya lemah. Myrna terus terjelepok di atas lantai batu yang dingin. Tenaganya separuh hilang. Entah berapa banyak darah yang Darius dah ambil?
Darius! Dalam keadaan lemah macam ni, tubuh Myrna terasa menggigil mengingati demon yang kejam tu. Tanpa Klaymore, dia tak kan berjaya menentang Darius. Myrna kini tak ubah seperti boneka. Hanya tunggu nasib untuk digerakkan sesuka hati oleh Darius.
Tapi Myrna tak ada keinginan nak duduk, tunggu dan mengalah. Dia harus cuba lari selamatkan dirinya. Lalu perlahan-lahan dia bangkit. Dengan berkaki ayam, Myrna redah hutan pokok pine. Hutan yang sama macam mimpi dia. Mungkin lembaga mata merah yang dia nampak dalam mimpi tu ialah Darius. Mimpi yang cuba bagi dia amaran, tapi dia tak sempat nak tafsirkannya.
“Myrna...nak ke mana tu?” Darius dah terpacak di depan Myrna sambil berpeluk tubuh dan tersenyum senget.
Sungguh Myna terkejut. Bagaimana Darius boleh berjalan di bawah matahari?
“Menarik, kan?” Darius depakan tangannya seolah-olah menadah cahaya matahari supaya menyirami seluruh tubuhnya. “Aku boleh berjalan di bawah matahari tanpa rasa sakit.” Darius sendiri terkejut bagaimana dia boleh jadi begitu. Adakah sebab dia dah minum darah seorang demon slayer?
“Mustahil!” Myrna geleng kepala. Dalam masa 10 tahun ni macam-macam boleh berlaku. Mungkin Darius dah temui cara untuk membolehkan dia berjalan di bawah matahari. Tapi Myrna tak ada masa nak fikir tu semua. Dia perlu lari. Lari daripada Darius.
“Jangan cuba nak lari.” Sepantas kilat Darius dah halang laluan Myrna.
“Kau nak apa lagi, Darius?” tengking Myrna, tak sabar. Dia dah tak peduli lagi kalau Darius nak bunuh dia kat situ juga. Mati lagi baik daripada terseksa begini. Dilayan bagaikan tawanan. Perasaannya terseksa dengan ketakutan.
“Nak apa kau tanya?” Darius ketawa jahat. “Balas dendam la. Kau dah hapuskan coven aku. Kau dah cederakan aku hingga nyawa-nyawa ikan. Kau ingat aku boleh lepaskan kau macam tu saja?” Sebelah tangan Darius dah mencekak leher Myrna hingga gadis itu terangkat beberapa kaki ke udara.
Myrna rasa lemas. Dia tak dapat bernafas. Tangan Darius yang cengkam batang lehernya dicakar-cakar sekuat hati.
Darius lepaskan tubuh Myrna. Gadis tu terjelepok di atas tanah, mencungap menarik nafas.
“Kejadian tu berlaku 10 tahun dulu!” Terbatuk-batuk Myrna bersuara. “Kalau kau nak balas dendam sekali pun...biar la adil. Biar aku bersatu dengan Klaymore macam dulu. Kemudian baru kau boleh balas dendam.”
Dahi Darius berkerut pandang Myrna yang dah berdiri di depannya sambil bersandar pada pokok. “10 tahun lalu? Apa maksud kau?”
“10 tahun dah berlalu sejak pertarungan kita yang terakhir. Aku dah buang Klaymore lepas tu. Aku bukan lagi demon slayer. Kalau kau rasa berbaloi nak balas dendam, silakan.” Giliran Myrna pula depangkan tangan.
“10 tahun dah berlalu?” Darius rasa amat terkejut dengan maklumat tu. Anehnya dia tak ingat apa-apa. Apa yang dah berlaku padanya dalam masa 10 tahun tu?
“Selama ni kau ke mana, Darius? Dalam tanah?” tanya Myrna, sinis. Perlahan-lahan dia atur langkah. Berkaki ayam menghampiri sungai yang berhampiran. Myrna tak suka cium bau darah kering yang melekat pada pijama satin dan gaun tidurnya.
“Aku ke mana?” Darius tanya balik soalah tu pada dirinya. Dan dia tak ada jawapan. “Benar ke dah 10 tahun berlalu?” Darius ikut Myrna yang dah bercangkung di gigi air sambil basuh muka.
“Lantak kau la nak percaya atau tak.” Sesungguhnya Myrna tak kisah pun kalau Darius tak ingat apa-apa. Bukan masalah dia.
Myrna terjerit kuat bila tubuhnya tercampak ke dalam sungai. Mujur air tak deras. Dengan marah dia bangun hadap Darius yang sama-sama dah masuk ke dalam sungai. Habis basah bajunya. Jarang pulak tu. Tapi dia tak kisah sebab Darius ialah demon yang tak ada nafsu pada manusia!
Tapi telahan Myrna silap. Tiba-tiba saja Darius tarik tengkuknya dan bibir mereka bersatu. Mulanya Myrna meronta minta dilepaskan. Bila dia dapat rasakan Darius sedang imbas ingatan dia, rontaannya terhenti. Tapi Myrna tetap rasa jengkel sebab Darius gunakan cara tu untuk imbas memori dia. Kenapa tak pegang aje tangan dia? Kenapa cium dia pula? Pervert!
Part #8
“Darius!”
Rihanna terjerit lantang lihat insiden di depan matanya. Sungguh tak percaya! Darius sedang berasmaradana dengan Myrna di tengah sungai. Udahlah pakaian Myrna sangat seksi...transparen gitu. Lagi menggelegak darah Rihanna hingga naik ke kepala.
Perlahan-lahan Darius lepaskan Myrna. Jeritan Rihanna tadi langsung tak datangkan apa-apa kesan padanya. Matanya tunak merenung wajah Myrna yang nampak breathless. Bila dia lepaskan tubuh Myrna, gadis tu terus terjelepok ke dalam air. Mujur paras air sampai ke dadanya saja. Jadi tak la dia lemas.
“Damn you Darius!” Rihanna hilang kawalan diri. Dia capai dahan pokok tumbang dan hayun ke arah Darius. Demon tu tercampak ke tepi sungai sebelah sana bila dahan besar tu menghentam tubuhnya.
Dengan mudah, Darius tolak dahan pokok yang menimpa tubuhnya ke tepi. Sikit pun dia tak rasa apa-apa. Wajahnya bengang pandang Rihanna. Siapa pula pompuan ni? Dahi Darius berkerut seketika sebelum tumpukan perhatian pada Myrna yang sedang terkial-kial nak bangun.
Belum sempat Darius nak capai tubuh Myrna, Ryuu muncul dulu. Sepantas kilat dia cempung tubuh Myrna yang basah lencun dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Ryuu!” keluh Myrna lega. Leher Ryuu dia peluk erat-erat. “Bawa aku pergi dari sini,” pintanya sungguh-sungguh. Sungguh dia benci bila fikirkan apa yang Darius buat pada dia tadi.
Ryuu pandang Darius dengan pandangan membunuh. Kalau tak kerana Myrna merayu, dah tentu dia akan bunuh Darius dulu. Tanpa kata apa-apa, Ryuu terus jump bawa Myrna.
Darius cuba kesan aura Ryuu. Dia tak akan lepaskan Myrna begitu saja. Tak kiralah walau 10 tahun atau 100 tahun berlalu. Dendam dia pada gadis tu tak akan padam begitu saja.
“Oh no you don’t!” Seakan-akan faham apa yang Darius cuba nak lakukan, Rihanna bergerak pantas ke arah Darius. Wajah demon itu ditempeleng hingga kepala Darius terteleng ke tepi.
“What the fang...you old hag!” desis Darius sambil pandang Rihanna dengan tajam.
“Old hag?” Rihanna dah menjerit. Rasa macam hilang akal aje dia dengar Darius panggil dia macam tu. “I’m your wife, you big oaf!”
“What?” Giliran Darius pula melaung. “Jangan jadi gila la. Demon tak kahwin, okey?” bentak Darius lalu berjalan keluar dari sungai. Dia masih lagi cuba mengesan aura Ryuu. Ke mana agaknya dia bawa Myrna.
Belum sempat dia nak tumpukan perhatian, satu tendangan hinggap kat belakang badan dia hingga dia tersungkur ke dalam tanah. Habis berlubang tanah tu ikut bentuk tubuh Darius sebab Rihanna tendang guna sepenuh tenaga.
Pedih hati Rihanna dengar Darius cakap macam tu pada dia. Walaupun dulu Darius selalu bersikap sinis kepadanya, tak pernah pula Darius tak pedulikan dia. Dulu Darius sentiasa mahukan Rihanna. Sentiasa buru dan ikut ke mana dia pergi hingga ke tahap obses. Tapi hari ni, bila dia tengok Darius dan Myrna saling berpelukan tadi, hatinya terbakar rentung jadi abu.
Darius bangun dan paling pandang Rihanna. “Aku tak tau apa masalah kau. Kalau kau rasa ada masalah, pergi jauh-jauh jangan ganggu aku. Aku tak kenal kau dan tak mahu tahu siapa kau.” Darius rasa jengkel berganda dengan sikap perempuan di depannya tu. Kenal pun tidak, suka-suka hati aje bantai dia.
“Darius...kau tak ingat aku?” Suara Rihanna mula bergetar.
Walaupun selama ni hati dia kuat dan dia tak pernah break down depan sesiapa, kali ni dia rasa tewas. Rasa macam lemah sangat sebab dia tak pernah sangka suatu hari Darius akan khianati perasaan dia. Sama seperti mana Addi pernah khianati dia dulu.
Darius pandang Rihanna. Dahinya berkerut sekejap. “Look lady...I don’t know you. Sebelum kau buat aku marah, lebih baik kau blah.” Terkejut Darius bila tengok Rihanna dah mengalirkan air mata. Demon don’t cry! Sekeras-keras hatinya, dia rasa kesian pula bila tengok muka sedih Rihanna.
“Aku mungkin pernah kenal kau...suatu waktu dulu. Tapi sekarang...aku tak ingat. Jadi tak payah simpan dendam pada aku. Aku sendiri pun ada masalah...ke mana hilangnya 10 tahun aku...” Darius mengeluh di hujung kata. Dia berpaling membelakangi Rihanna. Sekarang dia perlu fikir...siapa punya angkara sampai dia jadi macam ni.
“!0 tahun kau...dicuri.” Rihanna terpaksa tahan rasa sedih. Benar kata Darius. Dia tak kenal siapa Rihanna. Jadi tak sepatutnya Rihanna layan dia macam tadi. Sepatutnya Rihanna bantu Darius dapatkan balik ingatan dia yang dah dicuri.
“Siapa yang curi?” Darius pandang muka Rihanna.
“Quesara.”
Bulat mata Darius dengar nama tu Rihanna sebut.
“Jangan nak merepek la. Que tak akan buat macam ni pada aku!”
“Cari dia dan tanya dia sendiri,” suruh Rihanna. Hanya Darius saja yang boleh cari Que.
Darius ketap gigi. Siapa dia nak cari dulu ni? Myrna atau Que?
Part #9
Nian? Terkejut Myrna bila Ryuu bawa dia jump terus ke Nian. Tak payah mandi kat 7 air terjun dengan 7 jenis bunga bagai. Besar mandat Ryuu.
“Untuk kali pertama, memang kena buat macam tu.” Ryuu senyum bila tengok muka Myrna yang nampak keliru. Tubuh Myrna yang masih dia cempung, terus dibawa masuk ke dalam tasik pink. Luka di leher Myrna perlu dirawat sebelum melarat. Kesan gigitan demon boleh bawa maut pada manusia biasa macam Myrna. Maut yang perlahan.
Perlahan-lahan Ryuu lepaskan tubuh Myrna ke dalam air tasik. “Kau perlu menyelam sekejap.”
Myrna angguk dan terus tenggelamkan seluruh tubuhnya ke dalam air tasik yang hangat dan menyegarkan. Tingling sensation. Begitulah yang dia rasa ketika tu. Seolah-olah air tasik sedang baiki tisu-tisu tubuhnya yang cedera.
Bila tubuhnya rasa segar, barulah Myrna timbul semula ke permukaan. Anehnya tak pula dia rasa lemas tika bernafas di dalam air. Hurmmm...kuasa tuhan. Apa pun boleh jadi. Waktu tu la baru dia sedar keadaan dirinya yang super duper seksi gila. Merah terus kulit wajahnya bila terpandang Ryuu yang ralit tengok dia. Terus Myrna silang tangan kat dada.
“Ermm...” Tergagap Myrna nak cakap. Dia rasa segan pula. Tadi masa Ryuu datang selamatkan dia, sikit pun dia tak fikir keadaan dirinya.
Ryuu tanggalkan kot labuh di tubuhnya dan sarung ke tubuh Myrna. Kemudian dia pimpin Myrna keluar dari sungai. Myrna senyum sembunyi-sembunyi. Ryuu tetap macam dulu. Caring. Gentle. Same old Ryuu. Fashion sense pun tak banyak berubah. Masih lagi kekalkan leather suit warna putih.
Myrna sempat perhatikan Ryuu tika mereka berjalan menuju ke Istana Hinggap. Ryuu pakai baju kulit tanpa lengan dan seluar kulit straight cut. Dua-dua warna putih macam kot kulit pada tubuh Myrna. Selalu Ryuu bawa pedangnya. Tapi hari tu, dia tak nampak pula. Mungkin Ryuu sembunyikan pedangnya walau dia jarang buat macam tu.
Bagaimanalah dia sanggup berpisah dengan demon ni dulu? Oh ya...dia berpisah dengan Ryuu bukan sebab tiada cinta. Tapi sebab terlalu cinta. Ryuu terlalu cinta dan obses pada kehidupan dan tanggungjawabnya pada Nian.
Dia pula terlalu cintakan kehidupannya sebagai manusia biasa. Bila dia minta Ryuu tinggalkan Nian dan berlagak hidup macam manusia, Ryuu tolak. Dan bila Ryuu ajak dia tinggal di Nian, Myrna pula yang tolak. Akhirnya mereka sepakat bawa haluan masing-masing sungguhpun tak ada sengketa yang timbul. Mereka berpisah cara baik.
“Myrna!” Langkah Ryuu terhenti mendadak. Nyaris Myrna yang tengah mengelamun tak langgar tubuh demon tu. “Aku tak akan lepaskan kau lagi lepas ni.” Tubuh Myrna Ryuu peluk erat.
“Ryuu!” Terkejut Myrna bila Ryuu buat macam tu.
“Aku akan ikut ke mana saja kau pergi...walau ke dunia manusia!” janji Ryuu.
Dan Myrna...rasa macam nak buat cartwheel keliling Nian. Oh Ryuu!
Tengah sedang asyik mereka berpelukan tanpa pedulikan alam sekeliling, tiba-tiba belakang kepala Ryuu kena tepuk. Nyaris Ryuu tak tersembam ke atas Myrna yang dah undur ke belakang akibat tepukan tu. Kedua-dua mereka tergamam tengok Tuan Rafiqi dah cekak pinggang dengan muka merah padam tahan marah.
“Bukan main sedap lagi kau peluk anak dara orang? Dah ada lesen ke ni?” Tuan Rafiqi tenung muka Ryuu. Kemudian renungan tajamnya beralih ke wajah Myrna. “Kenapa mudah sangat kamu bagi lelaki peluk kamu sesuka hati?”
Muka Ryuu dan muka Myrna dah bertukar macam-macam warna macam sesumpah.
Tuan Rafiqi hembus nafas keras. “Nampaknya...aku kena kahwinkan korang berdua sebelum benda-benda buruk berlaku!
Ultimatum yang Ryuu dan Myrna tak boleh nak tolak!
        Published on August 05, 2014 17:50
    
No comments have been added yet.
	
		  
  

