Umum: Pendaftaran LangitIlahi Community Sudah Dibuka!
[PENDAFTARAN MENJADI AHLI LANGITILAHI COMMUNITY DIBUKA!]
Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah. Kami telah membuka pendaftaran untuk anda menjadi ahli LangitIlahi Community.
Jika anda ingin mendaftar, sila ke http://langitilahi.com/community/?pag...
Terbuka kepada semua peringkat umur.
Yuran tahunan RM30 sahaja untuk setahun keahlian.
Keistimewaan yang bakal anda perolehi:
1 – Discount 10% ketika membeli apa-apa barang pun di LangitIlahi Store.
2 – Discount 20% dari harga yuran jika mengikuti program yang dianjurkan oleh LangitIlahi Consultancy.
3 – Berpeluang mengikuti pengisian online khas untuk ahli LICommunity di FB Grup LICommunity(grup tertutup, ahli sahaja).
4 – Berpeluang menyertai program Training of Trainers(ToT) untuk menaikkan taraf anda dari ahli biasa kepada ‘ahli aktif’, dan dengan itu anda menjadi Fasilitator LangitIlahi, yang semestinya berpeluang menjadi fasilitator program-program anjuran LangitIlahi.
5 – Berpeluang bersama LangitIlahi Community menjalankan program berbentuk community dan charity.
Buat masa ini sistem pembayaran hanyalah melalui PayPal.
Bagi yang tiada PayPal, tidak mengapa. Anda boleh register dahulu sebagai ahli ‘free’(ahli free tidak akan mendapat keistimewaan seperti yang dinyatakan di atas). Kami sedang usahakan agar payment secara bankin online boleh dilakukan dalam masa terdekat.
Nanti bila kami berjaya uruskan sistem pembayaran secara bankin online tersebut, maka ketika itu jika anda nak naikkan level anda sebagai ahli yang mendapat keistimewaan, anda boleh berbuat demikian bila-bila masa sahaja.
Mari Membina Komuniti Berjiwa Hamba!