KEKASIH YANG MEMBAHAGIAKAN

SMAHADZIR

 

APABILA kita bercinta, orang yang kita cintai amatmembahagiakan. Setiap saat kita akan teringat padanya. Apabila berada disisinya kita rasa dunia ini milik kita. Apa yang dipandang semuanya indah, apayang diucapkan oleh kekasih kita semuanya mempersonakan, apa yang dilakukanolehnya semuanya tidak ada cacat celanya. Begitulah yang dapat dikatakantentang kebahagiaan apabila berada di samping seorang kekasih.
Alangkahbahagianya apabila kita menjadikan al-Quran sebagai kekasih. Tidak salah malahdituntut supaya al-Quran dijadikan kekasih kita. yang saya maksudkan ‘kekasih’ialah sesuatu yang kita sayang, kita cintai dan kita kasihi sepenuh hati.Ibaratkan seorang gadis atau seorang jejaka yang kita jadikan kekasih, apakahbentuk kasih sayang yang kita mampu berikan? Tentu sekali kita tak mahu berpisahdengannya walau sesaat. Sebab itulah saya menggunakan perkataan ‘kekasih’ untuklebih memudahkan saya membuat ulasan di dalam rencana ini.
Anggapkan al-Quran itu seumpamaseorang kekasih kita. Mungkin ini merupakan tamsilan mudah untuk menerangkanperkaitan al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itumenjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yangbegitu mendalam, apa bentuk dan cara sekalipun. dan sememangnya jika kitabercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!
Lantaran itu, marilah kitamerenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai al-Quran kalam Allah yangMaha Agung ini.

 

1.Kekasih yang Memberi Ketenangan

 

Sekeping surat atau mesej yang kita terima daripadaorang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kalidibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanyasekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistimewaan?
Berbanding dengan al-Quran,biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikitpun kita akan merasa jemuapatah lagi membencinya. Allah SWT telah berfirman, maksudnya; ‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenangtenteram hati mereka dengan ‘zikrullah.’ Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu,tenang tenteramlah hati manusia.’ (Surah Ar-Rad: 28 )
Malah dijanjikan oleh Allah SWTsesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan-Nya. dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka diaakan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. dan zikrullah yang paling afdal(terbaik) itu ialah membaca al-Quran.
Seterusnya Allah SWT jugamenyatakan keistimewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengansebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23bermaksud; ‘Allah telah menurunkansebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Quran yang bersamaan isi kandugannyaantara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yangberulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara); yang (oleh keranamendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhanmereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenangtenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulahhidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itukepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.’

 

2.Kekasih yang Perlu Diagungkan

 

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perludiagungkan atau diletakkan di tempat yang mulia kerana sifatnya yang berkat danbanyak manfaatnya. dengan itu Allah SWT telah menyeru kita agar mematuhikandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatandaripada-Nya.
Firman Allah SWT bermaksud: ‘dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kamiturunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), itu, hendaklah kamumenurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.’(Surah Al-An’am: 155)
Malah Allah SWT juga menggariskanadab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kitamendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri,sebagaimana ingatan Allah SWT dalam surah al-A’raf, ayat 204, maksudnya: ‘dan apabila al-Quran itu dibacakan, makadengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untukmendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.’

 

3.Kekasih yang Setia

 

Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminankebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersamaal-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasamengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya?
Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini keranakesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itumenggambarkan pengorbanan.
Maksud firman Allah SWT: ‘Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepadaagama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktumalam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepadaAllah SWT dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, danmelarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pulasegera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikiansifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.’ (Surah Ali Imran, ayat113-114 )
Malah at-Tabrani meriwayatkandaripada Sahl bin Sa’ad r.a daripada Rasulullah SAW, sabda baginda; ‘Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail(bangun pada waktu malam untuk beribadat).’
Baginda juga menceritakan tentangkelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda: ‘Sesiapa yang melakukan qiamullail denganmembaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yanglalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akanditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapa yang melakukanqiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yangberlaku adil.’ (Riwayat Abu Daud)

 

4.Kekasih yang Perlu Dibelai Sentiasa

 

Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlumenjaganya dan sentiasa mendampinginya. dari itu, Rasulullah SAW sering memberiamaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.
Daripada Anas bin Malik r.akatanya, Rasulullah SAW bersabda: ‘Dibentangkankepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuangkotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidakdapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yangdikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan.’ (Riwayat Abu Daud danat-Tarmidzi)
Selain itu, kita membelai kekasihini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malahberasa iri hati dengan ‘kegilaan’ orang lain membaca Kalamullah itu. dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWbersabda: ‘Hasad (iri hati) itu tidakdibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaanal-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seoranglagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannyasiang dan malam.’

Hasad dan iri hati semestinyadilarang oleh Allah SWT. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai ghitbah yang dimaksudkan sifat inginberlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu samaseperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.
Semoga kita akan terus istiqamah atau beramal secara berterusanuntuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yangmembahagiakan?

 

Keutamaan MenjadikannyaKekasih

 
Menjadikan al-Quran sebagai kekasih atau seringmendekatkan diri dengan al-Quran mempunyai banyak keutamaan, antaranya ialah: Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.Pahala membaca al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.Untuk selamat daripada api neraka.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.Pembaca akan memperolehi keamanan.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin.Pahala membaca satu huruf al-Quran; dalam sembahyang - 100 kebajikan, di luar sembahyang berwuduk 50 kebajikan dan tanpa wuduk - 10 kebajikan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 31, 2023 16:26
No comments have been added yet.


Syed Mahadzir Syed Ibrahim's Blog

Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Syed Mahadzir Syed Ibrahim isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Syed Mahadzir Syed Ibrahim's blog with rss.