Jom Mohon RM50,000 Program Pembiayaan Mikro Untuk Perniagaan Anda
Untuk Makluman, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan permohonan Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil telah dibuka.
Pelaksanaan program ini adalah sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19 dan juga bencana alam yang melanda.
Tujuan PembiayaanTujuan pembiayaan adalah pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain.
Baca Juga: ePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPay
Kadar PembiayaanUsahawan Informal: Pembiayaan maksimum RM10,000.Usahawan Mikro: Pembiayaan sehingga RM50,000.Tempoh Kelulusan PermohonanTempoh kelulusan permohonan bagi pemohon yang membuat permohonan program pembiayaan ini adalah dalam tempoh seminggu sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap.
Cara MemohonPemohon yang ingin memohon program pembiayaan ini boleh membuat permohonan di Bank Rakyat yang berhampiran anda.
Maklumat LanjutMaklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil, sila layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/ atau https://www.medac.gov.my/.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
