Mohon MYWiT Pengambilan Penganggur Insentif Gaji & Latihan

MYWiT adalah insentif yang diberikan kepada majikan untuk menggambil penganggur sebagai pekerja bagi pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan menerusi MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Jawatan

Insentif ini akan melibatkan pengambilan jawatan pekerja bagi 2 jawatan berikut:

Jawatan dalam bidang Teknologi Digital bagi mana-mana industri.Jawatan dalam bidang Perkhidmatan Digital bagi mana-mana industri.

Baca Juga: SPA9 – Login, Semakan & Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi majikan yang ingin memohon insentif ini adalah seperti berikut:

Syarikat tersebut merupakan syarikat diperbadankan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965/Akta Syarikat 2016.Modal berbayar minimum: RM20,000.Syarikat tidak tertakluk kepada perintah pembubaran/penggulungan/tidak aktif.Bukan syarikat sektor awam, persekutuan, badan berkanun negeri/pihak berkuasa tempatan (PBT).Menawarkan pekerjaan minimum selama 12 bulan.Tidak mempunyai hubungan keluarga/perniagaan rapat dengan ahli Lembaga pengarah, pemegang saham/pekerja MDEC.

Bagi pekerja pula, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia.Tiada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan/siswazah baru/pekerja yang diberhentikan.Tarikh mula bekerja dengan syarikat antara 5hb April 2021 hingga 30 April 2022.Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah/pemegang saham dalam syarikat pengambilan pekerja.Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat.Bukan sebahagian daripada peserta program PenjanaKerjaya, Jamin Kerja dan Penjana KPT-CAP.Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa permohonan adalah seperti berikut:

Maklumat syarikatSijil SSMMaklumat pekerjaan termasuk:Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon.Maklumat pekerja termasuk:Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan.Salinan MyKad pekerja baru.Maklumat pekerja (templat disediakan).Salinan transkrip akhir/sijil/surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti/Institusi (bagi siswazah baru).Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan).Maklumat Latihan Latihan:Templat latihan luaran (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).Sebutharga untuk kursus yang dipilih.Maklumat Latihan Luaran:Templat latihan dalaman (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel).Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn).Pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.Cara Permohonan

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Dapatkan calon pekerja dan pilih latihan yang bersesuaian.Buat permohonan atas talian menerusi https://mdec.my/ms/mywit/ & muat naik dokumen sokongan.Terima permohonan daripada MDEC.Majikan menandatangani perjanjian perkongsian.Maklumat Lanjut

Sila layari laman web https://mdec.my/ms/mywit/.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2022 20:15
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.