Jom Mohon RM50,000 Program Pembiayaan Mikro Untuk Perniagaan Anda

Untuk Makluman, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan permohonan Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil telah dibuka.

Pelaksanaan program ini adalah sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19 dan juga bencana alam yang melanda.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan adalah pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan lain-lain.

Baca Juga: ePemula : Tebus Bantuan RM150 eWallet ShopeePay, Grab, TnG & BigPay

Kadar PembiayaanUsahawan Informal: Pembiayaan maksimum RM10,000.Usahawan Mikro: Pembiayaan sehingga RM50,000.Tempoh Kelulusan Permohonan

Tempoh kelulusan permohonan bagi pemohon yang membuat permohonan program pembiayaan ini adalah dalam tempoh seminggu sekiranya dokumen yang dihantar adalah lengkap.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon program pembiayaan ini boleh membuat permohonan di Bank Rakyat yang berhampiran anda.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil, sila layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/ atau https://www.medac.gov.my/.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2022 20:53
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.