Zoul Yazix's Blog, page 4
May 19, 2012
Mimpi yang tak akan pernah berakhir.
"Dia sedang menangis di penjuru bilik dalam sebuah rumah yang rompong dimakan keramahan api yang menjulang. Masih, kulitnya dingin, ekspresi mukanya kosong dan postur tubuh badannya tegak. Cuma ada air mata mengalir lesu bagai buah buah yang ranum masak terlepas daripada tangkainya."
Sesekali dalam hidup kau akan jumpa sisi diri kau yang langsung berbeza dengan yang lain. Aku dah jumpa, banyak. Terlalu banyak. Antaranya cara aku menghadapi episod hidup bertajuk kesedihan. Walaupun hidup sering dirundung sedih dan keceriaan hati itu hampir hampir menjadi satu hal yang absurd, tapi tetap janggal untuk membiasakan diri.
Wajah bulat ini tak pernah dilihat teman mengalirkan air mata. Mungkin sesekali, seorang dua, itu pun yang kelihatan cuma takungan. Biar yang melekat dalam ingatan mereka cuma senyuman dan gelak tawa bersama, dan segala keperitan itu dipendam tenggelam jadi abu. Luahan hanya berlaku bila kanvas perasaan sendiri sudah tidak punya tempat lagi untuk menampung parut.
Klise menganggap diri sendiri umpama badut yang menceriakan orang, hati sendiri jadi milik kekecewaan. Umpama meminta simpati mohon dihiburkan. Sebaliknya aku lebih selesa memilih untuk meletakkan diri di tempat penonton persembahan. Ketawa tanpa pura pura walaupun menyedari yang dalam poket seluar ada bermacam masalah yang perlu di selesaikan. Aku lakukannya untuk kedua duanya, kebahagian para badut yang mencari rezeki dan juga diri sendiri.
Dan momen ketawa itu, sebenarnya adalah dua biji painkiller yang ditelan bersama sama air kosong lalu merehatkan kepala atas sebuah bantal empuk sebelum tertidur aman.
Kemudian mimpi yang sama berulang, ada yang menangis di sebuah rumah yang terbakar tanpa sebarang reaksi sakit kecuali air mata yang berjuraian jatuh di pipi.
Mimpi yang tak akan pernah berakhir.
Published on May 19, 2012 05:09
May 2, 2012
Gadis yang menyayangi aku seperti dia menyayangi Padang Besar.
Aku sayang hang macam lagu jiwang. Hang? tanya aku. Sengaja ditanya soalan itu, mahu bikin suasana romantis. Dia diam buat beberapa lama, wajahnya tenang menghadapi angin laut Kuala Perlis.
Erm. Aku sayang hang macam aku sayang Padang Besaq. Jauh, tapi aku rajin dok pi shopping tangtu. Balas gadis tersebut, lembut. Giliran aku terdiam, mengerutkan kening dengan dahi yang sedikit berpeluh.
Ke sebab badan aku besaq? aku tanya. Dia geleng kepala, angkat kedua dua bahu sambil menguntumkan sebuah senyuman kecil. Aku ikut tersenyum - biadap, tapi tetap comel. Aku suka hang. Suara aku sedikit tenggelam di tindih bunyi ombak.
Aku pun, suka hang. Dia balas, lalu terjun ke dalam laut Kuala Perlis dan mayatnya ditemui terdampar di muara Sungai Baru sebelum selamat dikebumikan di Tambun Tulang.
Senja tadi aku kembali pinggir pantai, duduk menikmati sotong goreng tepung dan kerang bakar dalam sebuah gerai terbuka di pinggir laut. Mengenangkan gadis itu, yang mengaku sayang tapi tinggalkan aku sorang sorang.

Published on May 02, 2012 08:00
April 25, 2012
Boboi lapar dan mahu makan nugget tapi disumpah atuk jadi ayam.
Boboi bukannya suka makan nugget sangat pun.
tapi waktu tengahari tu Boboi lapar sangat dan buka peti sejuk cuma ada belacan, sayur apa-nama-entah dengan beberapa kilo daging lembu keras beku. Pemandangan dalam peti sejuk buat Boboi rasa sebak, macam nak menangis. Terus berkaca mata Boboi sampai lah tiba tiba ada satu cahaya emas bersinar sinar daripada sudut tersembunyi dalam peti sejuk - nugget farm gold. Kedua dua mata Boboi bercahaya macam torchlight.
Boboi goreng nugget nugget tersebut sambil tersengih seorang diri di dapur. Dia makan nugget nugget tersebut sampai keluar bunyi om nom nom nom sambil cicah sos kimball. Tiba tiba atuk melintas Boboi, tepuk bahu dan kata,
Jangan makan sangat nugget tu, nanti badan jadi serupa badan ayam.
Boboi terus rasa sebak, sekali lagi. Nugget di mulut jatuh dengan penuh dramatik ke dalam pinggan. Dengan air mata yang berlinangan, Boboi berlari lari anak masuk ke dalam bilik, kunci pintu dan duduk memeluk lutut di penjuru bilik.
Boboi lapar, sebab tu Boboi makan nugget tu. Boboi tak nak jadi badan ayam. Rintih hati Boboi. Tengah tengah Boboi merintih sorang sorang di penjuru bilik, tiba tiba sekali lagi kedua dua belah matanya bercahaya macam torchlight.
Rupa rupanya Boboi, secara tak sengaja telah pasang niat dalam hati nak makan Malik Noor.
Published on April 25, 2012 07:20
April 17, 2012
Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya.
Pagi tadi, terbit saja matahari pagi saya ikut Atuk pergi meniaga dekat Pasar Tani Hari Hari di HB Road. Atuk saya ini meniaga bawang dan barang barang dapur seperti kentang, cili kering, ikan bilis pelbagai saiz, telur ayam dengan gred berbeza beza dan kadang-kadang atuk saya juga akan menjual bawang albino pada harga bawang bawang biasa.
Sewaktu sedang asyik memerhatikan makwe makwe morning person yang menjadi pilihan hati, saya terpandang seorang makcik separuh umur menyelitkan sebiji telur ayam gred A yang berada atas papan jualan barang dagangan perniagaan Atuk saya ke dalam raga merahnya. Sebelum sempat mata saya berkelip makcik tersebut lenyap dimamah keramaian manusia yang lalu lalang. Disebabkan saya enggan dituduh sebagai seorang lelaki comel yang rasis, maka disini saya perincikan ciri ciri makcik tersebut sebagai wanita separuh usia yang berkulit biru, bermata sebelah sepet sebelah bundar dan berleher jinjang dengan rambut kerinting dibentuk ala faux mohawk.
Sebagai seorang cucu yang menyayangi atuknya dengan sepenuh hati maka berlari lah saya mencari makcik tersebut melaung laung memanggilnya. Makcik pencuri telur, makcik.. telur saya.. Orang orang sekeliling pun merasa sayu mendengar laungan saya hinggalah seorang gadis penjual kuih menudingkan jarinya ke arah sebuah pokok ketapang berhampiran tapak pasar. Makcik tersebut sedang duduk mengelap peluh sambil tersengih sengih memegang telur saya. Saya tinggalkan gadis penjual kuih tersebut bersama sama sekeping nota yang tertulis nombor telefon dan nama fesbuk saya lalu terus meluru ke arah makcik tersebut. Dengan mata terjegil-jegil merah menyala, mana mungkin makcik tersebut mampu berdiri dengan sempurna membuka langkah seribu.
Makcik, jangan lari. Kata saya tenang. Saya duduk bersila di hadapannya, memerhatikan telur ayam yang sebiji di tangan. Makcik, jelaskan kepada saya mengapa makcik lakukan perkara yang terkutuk ini. Kata saya sekali lagi, masih dengan nada dan riak wajah yang tenang. Makcik tersebut menyusun ayatnya dengan sempurna, memberitahu saya sebuah cerita seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia yang mengenakan denda kepada orang ramai yang sebenarnya satu derma kepada seorang perempuan tua yang mencuri ubi kayu disebabkan desakan kehidupannya yang miskin, anak lelakinya yang sakit serta cucunya sedang kelaparan. Tambah makcik itu lagi, begitu lah juga keadaannya. Izinkan dia memiliki telur yang sebiji ini.
Mata saya berkaca, sebak hati mendengar kata katanya. Awan di langit kelihatan muram, angin pun bertiup sayu. Lalu saya pegang bahu makcik itu dan ambil kembali telur ayam tadi memasukkannya ke dalam poket seluar sendiri. Saya tunduk berbisik kepadanya,
maaf makcik. Ini Malaysia, mahkamahnya tak serupa.
Maka berpelukan lah kami berdua menangisi nasib bersama berpijak di tanah yang tidak sekata ini.

Published on April 17, 2012 09:23
April 11, 2012
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati.
Berpeluh peluh Boboi berdiri tepi kantin sekolah. Di tangannya ada sebungkus nasi lemak bilis telur dengan secucuk nugget tiga ketul dalam plastik berasingan. Mata meliar mencari susuk tubuh pencuri hatinya, seorang gadis kecil berlesung pipit dengan rambut lurus berponi. Terngiang ngiang di telinga semalam saat, gadis kecil itu memperkenalkan diri dihadapan seluruh kelas.
Berdebar debar juga la Boboi tunggu gadis kecil kesayangan keluar kelas. Membayangkan saat saat bahagia mereka bakal makan nasi lemak bilis telur dengan nugget bersama sekejap lagi. Mungkin juga nanti akan ada serpihan cili kecil melekat di bibir gadis kecil dan Boboi dengan tangkasnya akan mengalihkan serpihan cili tersebut dengan sapu tangan yang dicuri daripada poket belakang seluar slack ayahnya. Pasti gadis kecil suka, getus hati kecilnya.
Sampai lah tiba tiba, gadis kecil melintas di hadapannya, dengan sebungkus nasi lemak bilis telur di tangan, dan nugget ayam Uncle Bob di tangan kiri, manakala tangan kanannya pula ada tangan kiri milik ketua kelas Boboi. Mata Boboi berkaca. Terus duduk tersandar pada tiang kantin, memejamkan mata membayangkan seluruh organ organ dalamannya luruh jatuh ke dalam kolam asid dalam rongga perut.
Gadis kecil yang melihat kejadian jatuh duduk Boboi tergerak untuk menegurnya. Hai Boboi. Makan apa hari ni? Lalu Boboi, dengan mata terpejam terkenyit kenyit membalas,
makan hatiiiiiii.

Published on April 11, 2012 00:02
March 31, 2012
Gadis berkaca mata di Boco, petik gitar pakai hati.
Tadi, di Boco. Aku ada lihat seorang gadis berkaca mata sedang bermain gitar seorang diri di bangku belakang. Terus aku bangun, berdiri di hadapannya dan memintanya mengajarkan aku bermain gitar, cuma untuk sebuah lagu. Dia senyum.
Katanya main gitar ini bukannya seperti belajar matematik, hafal sifir lima terus boleh lulus peperiksaan darjah dua. Main gitar ini, katanya lagi, adalah seperti bermain dengan hati. Katakan lah tali gitar itu adalah hati, dan rangka gitar yang selebihnya adalah tubuh badan kita, maka setiap petikan adalah isi hati kita yang terluah jujur.
Aku senyum lagi, cuba mempamerkan wajah semanis mungkin lalu aku katakan padanya yang aku yakin aku cukup jujur. Melangkah dan berdiri dihadapannya menyampaikan hasrat yang tersirat ini adalah bukti aku ini jujur. Dengan berat hati, dia berikan gitar itu kepada aku, dan kata petiklah, petiklah, petiklah!
Aku petik sekali, tali gitar pertama putus, petikan kedua juga begitu. Sampai petikan ketiga aku berhenti, tali seterusnya putus sendiri tanpa disentuh. Kami berdua masing masing terkejut, kedua dua tangan gadis berkaca mata itu menutup mulutnya. Tenang, tenang sayang, tenang! kata aku.
Gadis itu mengalirkan air matanya, katanya"terpotong potonglah sudah hatiku ini. masakan ia bertenang atau terus terpotong-potong lagi"
Aku tunduk, turut mengalirkan air mata, lalu aku muntah keluarkan hati milik aku sendiri. Dan letakkannya di pada rangka gitar itu. Aku hulurkan kepada gadis berkaca mata,
petiklah, petiklah, petiklah!

Published on March 31, 2012 11:07
March 25, 2012
Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk.
Perut lapar, aku pandang bungkusan kuaci yang berselerak tepi tilam. Nak kurus la konon makan kuaci malam malam, tapi tak juga mengecil perut ni. Silap silap minggu depan aku bangun pagi dengan tubuh badan seekor hamster.
Tiba tiba tingkap bilik diketuk kuat. Aku bangun selak langsir, entah siapa ketuk tingkap bilik malam malam begini. Rupa rupanya seorang makcik memakai baju kurung kedah putih dengan selendang kuning sambil mengendong sebakul penuh karipap gemuk gemuk. Dik, karipap dik? tanya makcik tersebut. Aku pandang karipap gemuk gemuk dalam bakul merahnya dengan penuh minat. Aku buka tingkap, ni karipap inti apa ni? Makcik tersebut tersentak, tak takut ke makcik ke nak? Tengok muka makcik ni, tak takut? Aku pandang muka makcik itu, tarik nafas dalam dalam dan berkata,
Makcik, makcik, makcik. Sebenarnya memang saya perasan yang muka makcik dah reput, malah ada ulat yang bergantungan di pipi makcik. Saya juga perasan yang kaki makcik tak kelihatan. Dan saya juga perasan, yang cerita makcik jual karipap ketuk pintu bilik malam malam ini juga adalah satu cerita hantu yang klise. Saya perasan semua tu, tapi ada beberapa benda yang makcik tak perasan tentang saya.
Makcik tersebut garu kepala, apa yang makcik tak perasan?
Makcik perasan tak dada saya? Dada saya ni makcik, berlubang. Tak ada organ organ yang menjalankan fungsi fungsi vital seperti jantung, paru paru dan hati. Nampak tak? hati pun tak ada makcik. Jadi makcik, secara logiknya, kalau sekarang saya tidak ada hati untuk mengawal aras glukosa dalam darah, menyahtoksik bahan bahan beracun dalam badan dan untuk melayan perkara perkara yang berlaku disekeliling saya, makcik rasa saya ada hati untuk takut kepada makcik?
Makcik karipap geleng geleng kepala. Aku tersenyum, terus sambung soal - so ni karipap ni kira macam mana? Seringgit dapat empat ke seringgit dapat tiga?

Published on March 25, 2012 08:06
March 21, 2012
Segan bertanya sesat jalan.
"sorry i emo these days"
Gua perhatikan mesej tu sambil kelip kelip mata. Adalah dalam 5 minit gua tenung lepas tu terus bangun capai tuala, londeh seluar dan masuk dalam bilik air. Gua berdiri bawah shower, biar air membasahi seluruh kepala dan badan sambil pandang tajam dalam cermin. Sumpah serupa filem thriller, cuma tak ada part air tiba tiba jadi warna merah atau ada pembunuh bersiri cacak pisau dekat leher sampai darah memancut mancut kena cermin, tak ada. Yang ada cuma wajah tertanya tanya gua dalam cermin sambil gosok gigi. Tak puas hati, dengan badan basah basah, gua pakai lilit tuala keliling pinggang terus masuk bilik capai henfon. Gua taip mesej,
"Sorry, i nak tanya sikit, emo tu apa?"
Dia reply, "perempuan".
Terus, gua bulat kan bibir buat bunyi,
oooooooo.
Published on March 21, 2012 01:13
March 17, 2012
Rancangan aku petang ini, mahu naik belon udara panas, terjun lalu mati di hadapan dua malaikat yang terlupa membawa buku catatan sebagai saksi.
Rancangannya nanti, aku akan menyelusup masuk ke dalam belon udara panas yang besar dan berwarna merah itu. Buang beg beg pemberat sebanyak berat badan aku, lalu putuskan tali yang mengikatnya ke tanah.
Selepas itu perlahan lahan aku akan terbang, dengan bantuan belon tentunya. Bersama sama dengan dua malaikat di belakang yang aku harap, sangat sangat berharap, petang ini mereka terlupa membawa buku catatan kejadian agar ketololan aku ini tidak dipersoalkan. Bila aku rasakan sudah cukup tinggi, aku akan hentikan belon udara panas itu supaya kekal tergantung di tempat yang sama, pada satu ketinggian yang tetap. Aku tidak tahu bagaimana aku akan melakukannya, tapi aku pasti aku boleh cuba.
Kemudian, aku akan berdiri di pinggiran bakul belon, dengan tangan berpaut pada penopang yang diikat kemas. Aku akan pandang ke bawah, dan pastikan semua orang menumpukan perhatian pada aku. Aku juga tidak tahu bagaimana aku hendak melakukan ini, tapi pasti, semua mata akan tertumpu pada aku, seorang lelaki gempal di atas belon, cukup berani untuk berdiri tanpa jaminan seolah olah hidup dalam permainan video, masuk koin boleh tambah nyawa.
Waktu ini, aku akan berikan ucapan ringkas kepada orang orang di tanah, walaupun cukup yakin tak ada yang mampu mendengar. Teksnya akan berbunyi seperti ini, hampir sama, atau dengan maksud yang serupa.
"Aku adalah seorang laki laki, dengan sebahagian nafasku disedekahkan pada si perempuan kesayangan. Ketahuilah, beberapa hari yang lepas, aku telah diisytiharkan mati olehnya. Tapi jasad ku masih berjalan, jiwaku masih bertahan hanya karena aku punya kawan kawan yang berlebihan kasih sayangnya. Tapi sampai bila aku harus melutut meneguk ehsan mereka? Jadi hari ini, keputusan ini aku ambil. Aku harus ikut pergi, bersama sama sebahagian nafas yang aku berikan pada si perempuan kesayangan agar dia bahagia dengan nafas baru, yang lebih segar dan nyaman agar dia tidak lelah"
Habis sahaja ucapan itu, aku akan terjun dan jatuh ke bawah. Kepala dahulu, biar berkecai di atas lantai bumi. Supaya wajah ku nanti tidak menjadi mimpi ngeri, pada si perempuan yang ada di bawah dan memerhati.
Ini rancangan aku petang ini.
Published on March 17, 2012 02:21
March 16, 2012
Cerita biasa tentang petang semalam, aku ada sembang dengan matahari. Kau ada?
Sebenarnya semalam aku ada bersembang dengan matahari, cuma petang ini baru berani nak cerita. Bimbang, nanti pagi semua beratur ambil giliran mahu bersembang.
Aku laungkan pada dia, tentang betapa tipunya pujangga pujangga nusantara, sematkan harapan pada setiap penantian, selitkan impian dalam celah celah perkataan. Padahal, mereka sendiri pun biasanya mati kesepian, sorang sorang tanpa teman. Palsu belaka semua aksara, disusun indah cuma untuk menutup pandangan mata, tentang realiti hidup yang celaka.
Matahari hanya diam.
Aku laungkan lagi, tentang betapa tidak wajarnya orang menggunakan namanya untuk mengubati kekecewaan. Kononnya, esok matahari masih bersinar. Tapi kalau turun hujan hitam halang cahaya buat apa? Tambah berantakan dalam dada?
Matahari masih diam.
Aku teruskan melaung, kali ini aku persoalkan pula janji janji perempuan yang baik untuk laki laki yang baik. Sejujurnya, aku kejar janji itu, berusaha membawa kaki melangkah menjadi sebaik yang diharapkan walaupun berat. Tapi tiba tiba, kaki aku dicantas atas alasan aku tidak cukup baik. Hei! Aku mungkin tidak sempurna, tapi aku berusaha!
Kali ini matahari balas, aku aku, aku tak tahu! Kau pergi tanya Agnes Monica! Dan senja pun berlabuh lalu matahari langsung hilang. Kelam kelam begini, entah bagaimana aku mahu cari seorang Agnes Monica.

Published on March 16, 2012 11:33