Zoul Yazix's Blog, page 2

May 27, 2013

Sayang, jom bercinta?


Biasalah rindu orang yang kita sayang ni. Tambah tambah lagi bila berjauhan dan bangun bangun pagi teringat mimpi yang tadi kita ada kejar makwe kita naik basikal, lepas itu dia buat perangai jahat kecil dia panggil anjing datang dekat walaupun tahu kita ni tak mesra anjing. Nasib baik mimpi. Sebab itu tadi, bila dia call terus aku cakap,
“Sayang, jom bercinta?”
Dia tanpa berfikir barang sesaat dua terus membalas, jom! Aku tak tahu macam mana kami dua punya fikiran ni serasi betul. Jenis boleh berimaginasi yang kadang kadang tak tercapai akalmu. Ini la kot yang orang putih panggil chemistry. 
Aku pun balas, okay, malam ni kita jadikan malam romantik kita! Terus dia pun kata okay, cakap kita candle light dinner la. Aku tanya kat mana, dalam rumah ke luar? Dia balas dekat tengah padang. Aku cakap okay, aku dah sedia meja dengan lilin yang bercabang tiga tu. Kita nak makan apa? Dia cakap dia nak masak, aku makan beef steak, dia makan lamb chop. Aku okaykan saja walaupun aku tahu dia tak reti masak. Tapi hei, ini kan imaginasi! Dia cakap dia nak pakai dress warna violet, dan aku pula pakai tuxedo dengan bow tie sedondon. Aku akan bagi dia jambangan bunga ros berwarna biru dan dia boleh letak dalam bekas atas meja. Aku tak tahu ada ke tidak ros warna biru, tapi hei, inikan imaginasi! Aku akan tarik kerusi untuk dia duduk.
Bila dah duduk, aku akan pandang mata dia dan puji “Awak nampak cantik malam ni”. Dia dengan perangai biasanya akan balas “Terima kasih. Saya tahu saya memang cantik pun!”. Aku akan segera berkata “Hei, patutnya awak cakap saya pun nampak kacak juga malam ni!”. Dan kami akan ketawa.
Tentu sekali, makan bersuap, dan bila mulut comot akan lap pakai napkin yang entah siapa lipat jadi bentuk swan atas meja. Dah habis makan aku akan pandang langit dan dia akan ikut pandang ke langit juga. Dia akan cakap “Awak rasa bintang bintang atas tu cantik macam saya tak?”. Aku akan lekas lekas membalas “Tak. Sikit pun tak”. Dia akan muncungkan mulut dan buat muka merajuk. Aku akan senyum dan berkata “Tak, sayang. bukan secantik, tapi awak lebih cantik daripada semua bintang di atas sana”. Dia akan ketawa.
Aku akan minta dia pejamkan mata lalu bangun dan berdiri di belakangnya. Aku akan pakaikan sebuah loket di lehernya, loket yang berbentuk bintang berkelipan. Dia akan pegang loket itu dan aku akan bisikkan “Ini untuk awak, bintang paling cantik yang terangi hidup saya”. 
Waktu ini dia terdiam di telefon. Aku tanya, hei kenapa diam? Dia kata dia tengah sengih sorang sorang. Kalau jadi benda ni betul betul mesti dia dah menangis terharu. Kami ketawa. Aku cakap imaginasi ini akan aku usahakan jadi realiti suatu hari nanti. Panggilan ditamatkan dan rindu pun menyambung tugasnya -menyeksa hati manusia yang berjauhan.
Walaupun dia ni jenis suka potong nada romantis dalam mesej aku dengan balasan "buwekkk" sahaja, aku sayang dia ni,

sayang sangat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2013 08:05

May 12, 2013

Nak gelas, sekali dengan straw dia sekali.



Segelas teh o ais, sebuah Iphone putih dan beg tangan kecil berwarna hitam dan bibir nipis seorang gadis berambut pendek yang sedang duduk di meja depan; mata Pol jamah semuanya sejak di duduk situ dan order kopi ais. Kopi ais dia dah lama habis, tapi disebabkan bibir nipis milik gadis misteri di depannya, dia kaku di meja dalam gerai makan itu.
Dup dap dup dap, Pol mula mendengar bunyi jantungnya sendiri seolah olah kebingitan dunia telah lenyap dan yang tinggal kini cuma dia, gadis berambut pendek di meja depan dan kesunyian malam.
Pol mula nekad, dia akan angkat punggung dan jadi lelaki paling berani dalam dunia. Kira kira suku saat perpisahan punggungnya dan kerusi terjadi, gadis di depannya bingkas bangun pergi dari gerai makan tersebut tanpa bagi sebarang signal. Pol kaku dalam postur tubuh yang awkward. Dia kini merenung bibir gelas teh o ais tadi, ada kesan gincu tuuuuu, hati Pol berbisik.
Pol angkat tangan. Makcik gerai makan datang dengan tersengih sengih tanya nak order makan ke? Pol geleng kepala. Katanya, makcik, saya mahu beli dan bungkus gelas teh o ais milik gadis di meja depan saya ni sekali dengan straw dia sekali. Makcik tersebut menurut sahaja. Pol dah senyum sorang sorang memikirkan yang hujung minggu nanti akan dihabiskan dengan mencumbui kesan gincu di gelas teh o ais milik gadis berambut pendek tadi. Pol pulang ke rumah sambil bersiul dan jalan terenjut enjut kegembiraan.
Oh kita bernasib baik, tidak seperti Pol, dia tidak tahu yang gadis berambut pendek tersebut telah kembali semula ke gerai makanan itu, ataupun lebih tepat lagi dia tidak pernah pergi. Dia memanggil makcik tadi, dan katanya, makcik, saya mahu beli dan bungkus gelas kopi ais ke nescafe ais tah, milik lelaki yang duduk di meja depan saya ni sekali dengan straw dia sekali. 
Tapi kali ini makcik tersebut menggeleng.Kata makcik itu, sorry babe, tapi mamat pakai baju Liverpool tadi aku punya. Dalam kocek apronnya gelas kopi ais tadi tersimpan rapi, sekali dengan straw dia sekali.
Gadis berambut pendek terpinga pinga dan makcik itu kembali ke dapur, memicit punat radio dan kononnya secara kebetulan demi memenuhi tuntutan cerita, berkumandanglah lagu
jangan tunggu lama lamananti lama lamadia di ambil orang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2013 22:43

March 12, 2013

I paranoid tak sayang?


Paranoid menurut Kamus Dewan Edisi 4 adalah 1. (orang yang) mengalami para­noia; 2. terlalu curiga, takut atau tidak per­caya terhadap orang lain. Kata Sara, waktu dia tengah tegangkan cadar katil. Aku tak beri apa apa reaksi, pakai seluar dan sarungkan t-shirt ke badan. Dia sambung lagi, you tahu, orang kalau paranoid sikit sikit ni memang nampak comel, tapi kalau melampau, dia rasa macam.. macam.. macam.. Dah mula dah perangai si Sara ni. Jenis sengaja tak nak habiskan sentence dengan harapan aku sambung sebab dia jenis yang percaya lovers finish each other's sentences.
Macam nak terajang perut dia? Balas aku. Sara ketawa, dia kata aku ni psikik, boleh baca isi hati dia. Sara bebel pasal kawan dia ni yang rasa semua orang tak suka dia. Memang lah semua orang tak suka dia, tapi tak adalah setiap masa orang nak fikir pasal hal tak suka dia. Apa dia ingat dunia ni berputar keliling pinggang dia sorang? Bentak Sara. Aku malas layan. Keluar saja bilik aku nampak kucing Parsi Sara bernama Jamal tengah jeling aku dari atas sofa. Aku angkat kening, Jamal toleh tempat lain. Sombong punya lahanat. 
You, bila nak campak kucing ni dari balkoni tingkat 7? Aku tinggikan suara sikit biar Sara dengar dari dalam bilik. Dia pun macam aku - jerit, hey! Jahat la you ni. Dan kalau ya pun kita campak dia, bukannya mati pun. Kaki dia fleksibel, i ada baca dalam magazines.
Eleh, ikat je la kaki dia. Bisik hati aku. Sara keluar, peluk aku dari belakang dan tanya, you ni kenapa.. paranoid dengan Jamal? Hehe. Mungkin la kot, dah la nama kucing dia Jamal, misai bukan main lentik, entah entah dia jelmaan bapak Sara yang kerja polis tu. Aku ingat lagi haritu dia tuding jari tanya aku pernah pegang pistol ke tak. Aku expect soalan macam kerja apa, parent duduk mana, boleh tanggung anak saya ke, tapi ini tanya pasal pistol. 
You rasa i paranoid tak? Sara tanya aku. Aku diam sambil scroll timeline twitter di laptop pink Sara. Lepas tu baca dia punya tweet,
@HeySaraAli : Hello stalkers! Tak habis habis lagi jaga tepi kain aku?
Aku cakap, eh tak la. Mana ada you paranoid. Lepas tu aku favourite tweet dia. Jamal atas sofa, menguap.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2013 03:03

February 26, 2013

Shah Alam, aku lonely.



Dia duduk tepi tasik, perhati permukaan air yang kadang kadang tenang dan kadang kadang ada bunyi plup plup sikit sikit. Sebelum ini dia percaya itu bunyi ikan puyu ambil nafas, tapi sebabkan waktu itu pukul 4 pagi, sejuk dan bunyi cengkerik bersembang hal hal yang kita tak pasti apa, dia terbayang bunyi plup plup tu ada kena mengena dengan makhluk halus.

Terus dia baca bismillah dan surah al fatihah serta beberapa lagi surah wajib hafal waktu kelas fardhu ain dulu dulu. Itu pun kena baca laju laju sebab kalau baca selow selow dia jadi lupa lepas tu sangkut sangkut. Hihi.
Habis saja baca, dia baring dan fikir masalah yang sering jatuh atas kepala dia. Atas kepala semua orang ada masalah jatuh, tapi dia peduli apa, kau dengan kepala kau aku dengan kepala aku - dia fikir. Kalau la saja masalah ini kita boleh sembunyikan bawah selimut dan biar dia duduk dekat situ sampai kita rasa bersedia nak bawa dia keluar dan slow talk dengan dia.
Lepas itu dia fikir, kalau la kawan baik dia ada. Boleh juga carik carikkan masalah ini lepas itu bahagi sorang sikit dan sakit kepala sama sama. Tapi itu lah, kawan baik dia tak ada. 
Pagi ini, Shah Alam buat dia rasa lonely.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 26, 2013 16:01

January 18, 2013

Dia tertinggal hati dia dekat Sri Iskandar, wak.



Dia turun sahaja dari bas di KL Sentral, terus raba poket belakang seluar, poket depan dan semua poket yang ada. Dompet, ada. Telefon bimbit, ada. Kunci rumah, ada. Dia angguk angguk. Tiba tiba dia teringat mahu periksa dada, dia rasa. Eh! Tak ada!
Lepas itu dia tepuk dahi, rupa rupanya tertinggal. Hati dia. Hati dia tertinggal di Sri Iskandar, dijaga oleh seorang makwe kecil yang tengah sibuk jawab periksa nombor nombor. 
Dia ada juga tanya mahu jaga sampai bila? Makwe tu cakap sampai bila bila.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2013 09:58

January 15, 2013

Travelog Anjing: KL - Ipoh




Kajang - Gombak

Semalam aku ambil keputusan untuk balik Ipoh. Sebelum balik Ipoh aku ke Gombak pergi belajar main gitar untuk PSP Hai, Saya Sayang Awak. Selalu sangat baca puisi, bermonolog, dan buat lontaran kata, jadi kali ini cuba cabar diri sendiri buat sesuatu yang berbeza. Dan rupa rupanya main gitar is fucking susah, rosak hujung jari gebu ittew. "Petik gitar pakai hati" - aku pernah tulis macam ini dulu dalam satu cerpen, dan Amira Syuhada ingatkan aku malam tadi. Bukan main cekap. Aku pun dengan hati yang cekal hafal chord dan tekan jari dekat tali gitar kuat kuat dengan mata yang terkenyit kenyit. Tengok jari Amira dah keras ada bulat sikit hujung macam jari Dobby the house elf. Jari tangan kiri aku pun sekarang dah rasa keras sikit waktu tengah type binatang ni. Harap harap muscle jari aku makin tough dan boleh menggenggam tangan makwe dengan penuh gagah dan macho.Kemudian Hana Ahmad sampai untuk memberi semangat pada aku dan tumpang makan karipap kentang. Lepas maghrib kami disumbat nasik yang Tuhan saja tahu betapa sedapnya lauk warna kuning kuning itu. Ibu dan ayah Amira lebih mesra daripada pramugari dan pramugara Air Asia, mungkin juga lebih mesra daripada mana mana pekerja syarikat penerbangan di dunia. Adiknya juga terer main piano, kagum betul aku. Hampir hampir saja aku berkata "Hai, abang sayang awak" kepada beliau, mujur nilai setia kepada cinta dalam diri aku masih utuh. Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, kami bergerak keluar untuk makan aiskrim, sebagai yuran guitar lesson aku untuk hari itu.
KL-Puduraya 
Kami ke Puduraya, beli tiket bas ke Ipoh aku. Aku beli tiket yang paling lewat sekali - jam 11. Cuma ada sejam untuk makan aiskrim bersama. Seperti biasa, semua orang akan sesat sikit sikit dalam KL sebab tak jumpa parking. Last last Hana Ahmad bawa kami ke lorong Haji Taib, sebuah lorong paling glemer dalam industri lorong lorong gelap negara. Aku tak tahu, sepatutnya aku yang gembira tapi di seat depan, Amira Syuhada yang lebih teruja. Siap buat request minta pusing satu pusingan lagi. Dan yang peliknya, Hana Ahmad ikutkan saja!
Makwe makwe berhalkum, di kiri dan kanan jalan. Ada yang besar, ada yang kecik, ada yang berdada bidang, ada yang berdada ah, biar aku simpan sendiri imej dada dada mereka. Kemudian aku nampak balai polis, depan sikit nampak orang tengah menjaja badan. Aku pun spontan bertanya kepada Hana Ahmad dalam gaya adik adik, "Pelik lah, benda terang terang haram (peraturan manusia), tapi tak kena banteras juga. Depan mata je, kenapa?". Kemudian Hana Ahmad, seperti biasa dalam gaya wartawan Sinar Harian yang cekap, pintar dan telus menjawab dalam bentuk soalan "Pernah dengan perkataan 'rasuah?'". Serentak, aku dan Amira Syuhada mengangguk angguk konon faham. Itu lah, hal hal obvious begini memang ramai orang pejamkan mata, yang penting kita bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman ini ye dak? Bersyukur my ass. Minta improve benda benda yang patut dan boleh improve itu bukan tak bersyukur sayang, tapi itu orang arab panggil haq. Orang Milo panggil hak bermain, hak kami. Hashtag lawak hambar.Selesai lawatan sambil belajar, kami bergerak kembali ke Puduraya, singgah 7E beli aiskrim. Makan aiskrim sambil berdiri dua beradik ni semata mata nak tunggu aku naik bas. Kalau aku ni akak akak, dah lama aku peluk cium terharu. 
Puduraya - Platform 6
Macam biasa mana mana bas di Puduraya tak akan pernah on time, kecuali bas Maraliner. Aku nampak seorang kawan lama waktu sekolah tengah duduk bersembang di platform sebelah. Ragu ragu juga aku nak pergi tegur, bukan apa, dia ni macam cina sikit. Akhirnya aku pergi tegur, dengan memakai strategi kalau betul kawan aku, aku salam, kalau dia cina, aku buat buat tanya dia nak naik bas pergi mana konon nak naik sekali. Mujur dia kawan aku.Rupa rupanya di sebelah dia ada seorang lelaki yang tengah bagi ceramah ugama. Sekali dengan aku kena ikut dengar sekali. Bersyukurlah kita tidak dijadikan sebagai monyet, semut api, gajah liar..... tapi kita dijadikan sebagai manusia, khalifah Tuhan di muka bumi ini. Lepas itu aku buat buat tersentak konon macam bas dah nak gerak, dan minta izin untuk beredar. Salam dengan lelaki tadi, sempat lagi dia genggam tangan aku lama sambil bagi pesanan pesanan khidmat masyarakat. Naik atas bas, aku terus rasa nak tidur. Penat you know, belajar main gitar.
Medan Gopeng - Hentian Teksi 
Pukul 2 setengah pagi. Turun daripada bas, disambut oleh seorang pakcik teksi yang mukanya macam pakcik pakcik teksi lain, berambut putih beruban dengan garis usia di dahi penuh pengalaman.  Aku tanya dia "Pakcik, pergi Manjoi berapa RM?" Dia kemudian terkerut kerut sambil mata ke atas dengan mulut terkumat kamit kira sesuatu. Aku dah muka syak yang pakcik ni tengah menurun. Lepas itu dia cakap RM30. Aku dengan rasa terkejut kemudian tercakap what the fuck dalam desibel paling rendah yang cuma serangga pilihan saja yang boleh dengar. Kalau pakcik ini dengar mungkin dia kecik hati. Aku pun fikir, RM30 aku boleh beli Mekdi kemudian patah balik KL naik bas. Lepas itu tiba tiba syaitan backpackers bisik dekat telinga "Woi, hang kan dah buat azam 2013 nak pergi jalan merata, ini lah masa untuk mulakan adventure. Jalan kaki la woi balik Manjoi!". Aku cakap alright bebeh dekat setan, setan cakap syabas betey dekat aku. 15 minit lepas itu, aku mula mengenali erti penyesalan. Bukan sebab penat jalan kaki, tapi sebab anjing. Aku ni memang jenis takut anjing sejak kecik, sebab aku dibesarkan dalam persekitaran bebas anjing. Normal la kot orang takut anjing, gigi dia tajam you know. Lain lah lah kalau macam Aaron Aziz, takut ke angsa. Itu memang ketakutan yang paling tak patut. Kembali kepad akisah aku dikejar anjing dekat bawah flyover Medan Gopeng. Fucking fucktard anjing. Aku cumalah seorang lelaki yang mahukan adventure biasa biasa jalan kaki malam malam masuk Ipoh balik rumah, bukannya adventure jenis nak kena berlari serupa orang gila, kena kejar anjing tengah jalan dengan beg besar berat dekat belakang. Fuck you anjing, aku harap kau masuk neraka. Fucking anjing tidak berhenti setakat itu. Di Ipoh ni, hampir semua kedai jual kereta terpakai ada letak anjing jaga kedai malam malam. Dan yang bodohnya deme bukannya nak reti ikat anjing tu. 5 kali you know aku kena kejar anjing! Lepas ini kalau aku nak balik jalan kaki ke rumah malam malam lagi, dan aku tak pakai sut lengkap seorang angkasawan termasuk helmet, aku akan balik ikut highway. Oh tapi aku jumpa satu rahsia ini, telah lama aku pendamkan. Jumpa anjing, jangan lari. Kau acah dia balik dengan buat bunyi anjing atau bunyi Shrek marah orang kampung. Lagi bagus kalau kau reti ikhtiar cari kayu macam aku, rasa berkuasa betul jalan depan anjing pegang kayu ni sebenarnya. 
Pekan Ipoh - Restoran Mahmud apa entah. 
Aku ambil langkah bijak dengan menapak ikut pekan Ipoh. Biasanya anjing pekan ni jenis malas ambil tahu hal orang. Hal anjing pun dia tak larat nak handle, apatah lagi hal budak gemuk jalan kaki masuk pekan galas beg besor. Aku sempat tengok satu scene dua orang lelaki naik motor singgah tepi jalan tanya sesuatu dekat pelacur. Lepas itu pelacur itu kipas kipas dia punya skirt nampak panties dan jalan hentak hentak kaki masuk dalam bangunan. Entah apa benda tiba tiba dia nak emo. Dekat Ipoh ni banyak juga scene makwe berhalkum dan makwe bayar saya abang, saya layan abang. Lepas itu aku singgah dekat satu restoran ni sebab aku dah mula rasa kaki aku minta cari R&R. Aku sambung berjalan masuk Pekan Ipoh, aku nampak ada anjing jalanan tengah jalan. Dan macam yang aku cakap tadi, anjing pekan malas ambik port hal orang. Kami berlaga bahu dan angkat muka sikit bertegur sapa sebelum masing masing meneruskan hidup sebagai gelandangan. Sampai TKK aku tiba tiba teringat installation art yang aku tolong Riduan & Rayhan buat dekat situ, namanya Ampaian Tetek. Buat frame gambar saiz kecik gila, kemudian letak gambar gambar art dalam tu dan tampal di dinding bangunan macam satu mini galeri seni. Dan malam tadi aku tengok frame frame tersebut masih utuh di dinding putih bangunan Wisma Maju UMNO sebelah TKK. Siapa berhenti dekat lampu isyarat situ boleh perhati ada satu garisan kecik memanjang di dinding putih, bawah signboard Mitsubishi.
Jalan Yong Kaltum - Taman D.R
Jalan yang dipenuhi makwe berhalkum. Ada juga pelacur yang betul betul makwe tegur "Sayang yang bawa begi tu, nak pergi mana? Mesti nak balik rumah kan?" tapi aku balas dengan jelingan angkuh dan beriman. Aku ada tengok bapuk keluar daripada kereta, lambai sikit. Kemudian aku lalu, dia masuk dalam kunci grill. Nampak tak? Bila engko pegang kayu, jangan kata anjing, bapuk pun takut. Lepas itu aku jalan sampai Taman D.R, sekali lagi those fucking anjing menyalak macam celaka. Aku berhenti, duduk sekejap tepi jalan fikir di jalan yang lurus ini mana aku nak lari kalau tiba tiba ada German Shepherd tokak kaki. Kemudian ada sebuah kereta lalu, aku malas nak angkat signal tumpang. Lepas itu ada sebuah proton Saga Aeroback lalu, dia lagi 5 kaki nak lintas depan aku, aku angkat tangan. Dan tak disangka sangka, dia berhenti. Seorang lelaki, berkopiah. Punya lah baik brother ni, sampai dia minta maaf berkali kali dekat aku sebab kereta dia semak. Aku cakap dekat dia, nak tumpang sampai depan sana je, sebab nak elak anjing. Tapi dia cakap "tak apa, saya hantar sampai rumah, lagipun Manjoi tu rumah nenek saya." Dia daripada Bangi, nak balik Kuala Kangsar. Dalam kereta kami bersembang hal Manjoi dan pembangunan yang cuma boleh nampak bila menghampiri pilihanraya. Sampai rumah, kami berpisah dengan satu silaturrahim yang telah pun terjalin antara dua orang stranger. Malangnya bila aku bangun tidur, aku tak dapat ingat nama dia. Fakar or something like that.Oh awak yang baca ini, please don't try this at home. Satu, Ipoh adalah satu tempat bahaya malam malam, banyak mat motor bangang. Dua, anjing. Tiga, kalau orang jahat yang tumpangkan awak pergi jual dekat siam macam mana? Dan last but not least, jalan kaki jauh jauh tengah malam is fucking letih ya know. 
Manjoi, aku dah sampai natang! 
Pukul 4 suku pagi. Sampai rumah, aku baring dan cuba tidur malangnya tak boleh. Aku cergas semacam, jadinya aku mula pandang siling rumah dan fikir pasal adventure aku malam ini dengan aku sebagai hero cerita dan anjing anjing Ipoh sebagai protagonisnya. Lepas itu aku sampai satu point, kita semua anjing. Dalam perjalanan aku malam itu, aku jumpa banyak anjing dan setiap anjing ada reaksi yang berbeza beza. Misalnya anjing jaga kedai kereta terpakai. Bukan main garang dan pantang nampak orang lalu nak menyerang. Kita ada orang jenis perangai begini, jenis yang berkhidmat. Berkhidmat tapi lupa untuk berfikir dia berkhidmat untuk apa dan pada siapa yang sebenar benarnya. Aku jumpa anjing yang cari makan dekat tong sampah, jumpa anjing yang teman tuannya minum kopi.Aku juga jumpa anjing yang hanya menyalak kuat, tapi duduk tak bergerak di tepi tiang kedai walau tak diikat. Kita, ramai jenis ini. Bising, tapi tak berusaha. Aku tak nak jadi anjing jaga kedai, jadi anjing menyalak, anjing makan sampah, anjing jilat bontot, anjing bajet kool, anjing bodoh sombong, anjing pentingkan diri, anjing lupa kawan, anjing ego, anjing tikam belakang member sama sama anjing dan macam macam anjing lagi.
Pesan seorang akhi di platform 6 supaya bersyukur dijadikan manusia seolah olah menjadi tema malam aku. Dan aku rasa aku dah sampai satu level dalam hidup aku, aku patut pilih anjing jenis mana aku nak jadi. 
Aku rasa aku nak jadi anjing yang malas ambil port. Aku dah letih. Aku cuma mahu enjoy hidup, buat benda benda yang aku suka dan kejar definisi kejayaan aku sendiri. Konklusi?

We are all anjing, bebeh. Cheers. 
1 like ·   •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 01:10

January 9, 2013

Peti Ais Comel Saya.



Di depan Boboi sekarang ada sebuah peti ais kecil comel setinggi 157 sentimeter dengan senyuman paling manis yang pernah dilemparkan oleh sebuah alatan elektrik sepertinya. Boboi pula terkenyit kenyit membalas senyuman peti ais kecil comel itu. Fikirnya, ini sayang. Fikirnya kali kedua, ini sayang dan kawan kawan akan berkata "Mana boleh bercinta dengan peti ais, cinta tak berbalas rindu tak siapa tahu". Dan Boboi, berfikir kali ketiga, cinta itu syaratnya cuma memerlukan sekurang kurangnya satu hati dan satu objek buat dicintai. Manakala rindu tak perlu siapa siapa tahu melainkan si tukang merindu.
Boboi pandang peti ais kecil comel lagi. Boboi bangun dan buka pintu peti ais comel dan dia peluk. Peluk erat erat sampai jantung, usus besar dan kecil serta segala organ dalam tubuh badannya termasuk seketul hati yang daripada tadi berdebar debar macam tunggu keputusan periksa ikut sejuk, selesa. 
Pintu peti ais kecil comel itu - dengan satu gerakan lembut - peluk Boboi sampai dia terjelepuk masuk ke dalam badan empat seginya dan peti ais kecil comel ketawa kecil. Peti ais kecil comel ketawa kecil, comel comel.
Macam ini, hihi hihi hihi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2013 01:44

December 21, 2012

Perihal mimpi bersama Kugy.


Tadi petang aku tertidur dek keletihan. Letih membaca dan berfikir. Bukan sahaja hal kerja tapi hal orang orang sekeliling dan kawan kawan yang telah pergi tanpa sebab yang aku atau mungkin juga dia sendiri tak pasti, malah perkara ini ikut terbawa bawa sekali ke dalam mimpi.
Dalam mimpi ceritanya mengenai kami berempat sekawan. Kenapa empat? Mungkin sebelum terlelap otak aku sempat berpaut pada beberapa isi novel Perahu Kertas yang dibaca, malah salah seorang wataknya turut sama hadir dalam mimpi sebagai salah satu ahli empat sahabat, Kugy Karmachameleon!
Dipendekkan cerita kami berempat bergaduh. Kugy monyoknya paling comel sekali, yang dua watak yang lainnya aku tidak ingat siapa. Memang sudah menjadi kebiasaan aku bila bangun tidur saja mendadak ditimpa amnesia. 
Apa yang aku ingat, perkara terakhir yang berlaku sebelum aku terjaga adalah kami bergaduh, seolah olah dunia persahabatan kami yang sebelumnya tidak wujud, saling bertengkar seperti benar benar membenci dan menarik muka sesungguh hati. Suasana sepi sebentar sampai Kugy tiba tiba memberi satu idea paling bijak pernah aku dengar dan menjadi tujuan utama aku berkongsi mimpi ini. Kata Kugy, 
"Bagaimana kalau kita tinggalkan saja pergaduhan ini dititik hidup kita jam ini, hari ini dan pada tanggal ini, kemudian kita biarkan masa mengasuh kita sampai matang. Dengan hati yang kurang berang dan fikiran yang tenang, kita boleh lawat semula titik ini dan berbincang atau langsung meninggalkannya di belakang. What say you?"
Hal seterusnya aku tidak ingat, mungkin kami sama sama menjerit setuju atau bersikap bodoh tidak ambil peduli. Jika begitu, malam ini aku harus tidur awal dan meminta maaf daripada Kugy.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2012 06:12

December 13, 2012

Pengalaman Bersunat Saya.


Saya 10 tahun lepas.
Tadi aku pergi kenduri orang bersunat. Tengok sebelum budak tu bersunat, bukan main ramai lagi golongan pasca-sunat datang kabor benda yang bukan bukan ke budak tu. Tak ketinggalan orang orang tua yang entah entah konek dia  dah tak ada fungsi, pun nak terlibat sama dalam hal menakutkan budak budak pra-sunat ni. Paling tak patut bila ada seorang makcik ni tiba tiba menyampuk beritahu dia yang sakit bersunat ni bersamaan dengan sakit nak bersalin. Namun budak itu hanya membalas dengan berpegang teguh pada  slogan tradisi masyarakat melayu, "sunat tu sakit dia macam kena gigit semut" dengan tenang. Namun dalam hati dia siapa lah yang tahu. Apatah lagi kalau tiba tiba aku pergi beritahu dia akan kewujudan sejenis spesies semut Bulldog yang boleh menyebabkan kesakitan luar biasa sekali gigit, malah menyebabkan kejutan anafilaksis pada orang yang ada alergi dan menyebabkan kematian beberapa orang setiap tahun di Australia. 
 Lepas tu dia pergi klinik dengan ayah dia bersama 3 ratus orang lain lagi yang mahu turut serta mengikut. Aku pun tak faham lagi ni konsep nak pergi bersunat dekat klinik pun nak buat macam rombongan nak pergi menikah. Mula la aku nak terkenangkan cerita aku bersunat 10 tahun lepas...
Pada satu malam yang hening sewaktu cuti sekolah, kami sekeluarga sedang menonton sebuah drama swasta di tv. Aku tak ingat drama apa, tapi yang pasti bukan cerita mistik sebab scene cerita hantu ni tak naik lagi, masa tu Senario masih lagi bertakhta di hati rakyat jelata walaupun Azlee dah start buat muka bajet kelakar mata juling jelir lidah minta penerajang dia tu. Mujur aku tak kaya, kalau tak seminggu sekali aku terajang skrin tv. Malam itu, aku tak ingat macam mana tiba tiba aku boleh suarakan pada ayah yang aku nak pergi bersunat. Ayah aku bingkas bangun dan hulur duit RM50. Sekarang nak bersunat RM150, nampak sangat industri berkhatan pun dah korup.  
Keesokkan paginya, lepas sarapan nasi lemak dua bungkus aku terus mengayuh basikal ke untuk pergi bersunat di tempat yang kira kira 17 kilometer jauhnya. Kalau ikutkan hati memang aku ingat nak pergi jalan kaki je, tapi sebab mak aku berkeras suruh naik basikal, aku ikut kan saja. Aku pun bergegas ke klinik Dr. Hj. Othman. Dr. Hj. Othman ni adalah doktor paling terkenal dekat negeri Perlis dan daerah Kodiang. Orang Perlis yang tak kenal dia ni terbahagi kepada dua kelompok masyarakat sahaja, satu masyarakat yang masih percaya bomoh dan satu lagi masyarakat yang tak reti sakit. Tapi mana ada orang yang tak sakit dah sekarang ni ye tak, Superman pun boleh lumpuh. Sampai saja depan klinik, aku turun dan sandarkan basikal dekat kereta Mercedes Dr Othman. Terus aku pergi ke kaunter campak surat beranak buat pendaftaran. 
"Hai kak, saya nak sunat ni. Esok kiranya dah boleh la dah akak nak mengorat saya" Kata aku dengan penuh yakin sebelum dibalas "hotak hang" oleh kakak jaga kaunter yang tidak berperikemanusiaan dan tidak mesra kanak kanak itu. Aku duduk di kerusi, menunggu turn untuk bersunat. Ramai juga orang yang datang bersunat pagi pagi ni, masing masing datang dengan ibu bapa. Aku sorang je yang datang solo umpama seekor serigala yang berani keluar memburu seorang diri. Tiba tiba nama aku dipanggil, aku melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Kelihatan Dr Othman bersama seorang misi yang comel macam Hello Kitty. Mungkin nama dia Siti, Siti Kitty. Aku tak ingat, tapi wajahnya masih melekat dalam ingatan aku sampai sekarang, gadis pertama yang memegang konek aku. 
Lepas baring atas katil aku sempat berpesan pada Dr. Hj. Othman " Doktor, boleh tak kalau tak pakai bius? Saya tak biasa la bius bius ni. Orang putih kabor bius is for pussy". Tiba tiba doktor terkejut, dia kata dia dah potong dah pun, takkan aku tak rasa? Aku pun ikut terkejut, dalam diam aku dah mula berdendam dengan mitos sakit sunat macam digigit semut. Tak sakit langsung, natang!
Selesai sahaja pengurusan konek, aku terus keluar dari bilik doktor dan berlari ke basikal. Seluruh warga klinik terkedu melihat ketangkasan aku bergerak walaupun baru 15 saat lepas bersunat. Aku kena balik awal, pukul 10 ada Dragon Ball. Basikal dikayuh laju, aku sempat memintas beberapa buah lori dan melanggar lampu merah di simpang depan sekolah Tok Sheikh. Sempat juga aku menegur Syarifah, budak perempuan rambut kerinting kelas 4 Seroja yang comel tu, "Hai Syarifah, awak tunggu. Nanti kita sembuh, kita cepat cepat masuk meminang awak". Syarifah hanya menjelir lidah, dan aku tersenyum sendiri. Orang tua tua cakap, jelir ni tanda setuju.
Sampai rumah terus aku buka tv, ada scene Goku tengah berborak dengan naga untuk hidupkan balik Kurin. Kurin ni aku rasa setiap 30 episod mesti dia meninggal. Buat bazir tenaga Dragon Ball. Waktu tengah memprotes kewujudan Kurin tu tiba tiba ayah aku hadir di belakang bertanya dah sunat ke belum? Aku cakap dah, entah entah dah sembuh dah pun. 
Minggu tu aku pergi sembahyang jumaat duduk saf depan sekali. Sebenarnya mula mula aku pergi duduk sebelah imam, tapi ada ada sorang pakcik ni kabor menjadi pemimpin adalah memilih untuk mengetuai dan bersendirian di barisan hadapan. Aku undur ke belakang. Kawan kawan yang masih belum bersunat hanya mampu menjeling di saf belakang. Aku terkekeh sedikit sebelum angkat takbir tanda riak kecil. 
Begitulah pengalaman saya bersunat, 10 tahun lepas. Adik adik yang masih belum bersunat, abang tinggalkan satu mutiara kata untuk kalian renung renungkan.
"Bersunat sunat dahulu, bergebang gebang kemudian".
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 13, 2012 07:26

November 14, 2012

Begini, seorang gadis berikan aku nombor telefonnya.

Seorang gadis memberi aku secebis kertas yang tertulis nombor telefonnya dan aku jadi kaget. Ini adalah kali pertama seorang gadis memberi aku nombor telefonnya secara sukarela tanpa memerlukankan kebijaksanaan aku untuk mengatur strategi seperti mengaku sebagai seorang pegawai dan memintanya mengisi borang bantuan kerajaan atau mengacu sebilah pisau ke lehernya. Taktik yang kedua biasanya berakhir dengan nombor telefon palsu yang membawa aku kepada perbualan "Gua mana ada anak perempuan. Sekarang lu nak beli ke tak tong gas ni?".
Cerita ini ditulis dalam kepala ketika aku sedang tercegat memandang kertas ditangannya, dan sekarang ianya menghampiri dua minit yang janggal. Aku yakin pada saat ketiga, dia akan menurunkan tangannya dan berlalu dengan hati yang hancur akibat ajakan bercinta yang tak berbalas. 
Dan aku, tiba tiba memegang pergelangan tangannya dan berkata, kalau awak yakin kita mampu bercinta dengan sempurna, jangan beri nombor telefon. Berikan hati awak - bukan separuh tapi sepenuhnya - pada saya. Saya akan letakkan dalam ruang kosong hati saya dan kita lihat jika Tuhan mengizinkannya. Dan kalau ya, tiada lagi hati awak atau hati saya, yang akan tinggal cuma hati kita.
Dia tunduk dan menangis. Katanya, hatinya sudah tiada. Dia tidak menyedari bila, tapi pada suatu pagi yang hening, bila terjaga dari tidur hatinya sudah berada di bawah bantal seorang lelaki yang lenjun dalam mimpi basah seorang puteri. Dan tindakannya memberi nombor telefon kepada aku adalah satu percubaan untuk meminjam hati secara curi curi untuk menyingkirkan segala toksin cinta bertepuk sebelah tangan.
Aku tersenyum dan mengusap lembut jari jemarinya sebelum memujuknya dengan berkata, awak cuma perlu berterus terang dan saya akan meminjamkan hati saya untuk awak buat sementara. Tapi jangan berbohong, kerana jika saya berikan hati ini dengan niat untuk selama lamanya, mungkin saya pula yang dicemar toksin kecewa dan mati akibat keracunan cinta pura pura.
Nombor telefonnya kini sudah disimpan dalam telefon aku, berlabel teman baik - berstatus dalam rawatan.
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2012 09:45