Ikhlas. Benar, hampir tidak dapat disukat rasa ini. Sukar sekali. Saya pernah mendengar begini, seperti surah al Ikhlas yang tidak ada sekalipun sebutannya tentang ikhlas. Barangkali begitulah keikhlasan itu tidak perlukan sebutan, apa lagi diulang-ulang. Biar sahaja ia terbang bersama angin. Barangkali nyamannya sama seperti yang dihantar petang ini. Ia terasa tenteram seperti mahu menjadi bujukan.
Published on December 07, 2023 01:29