Roslan Hamid's Blog, page 184
October 11, 2012
Mahalnya senyuman di kota batu Singapura
*************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *************** Renungan *************** "...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah) **************** ********************* MELIHATKAN pasport saya hampir tamat tempoh penggunaannya, saya bergegas ke kota singa, Singapura bagi manfaatkannya buat kali terakhir. Memperbaharui pasport bukan murah, RM300; jika tidak ada keperluan yang benar-benar penting tidaklah saya melakukannya. ********************** Apa yang saya dapat daripada kunjungan singkat itu? Bagi penulis selain dapat ‘penat’, berpeluanglah juga meninjau-ninjau pembangunan kota, negara dan gelagat penduduknya. ****************** Saya amat-amati orang Singapura amat ‘cermat’ dalam projek pembinaan terutama di kawasan tepi jalan dan lebuh raya. Tidak ada bukit digondolkan sesuka hati dan tanah ‘botak’ yang terdedah kepada hakisan seperti yang banyak dilihat di negara kita. Di tapak sesebuah projek, hanya kawasan kecil dibersihkan sedangkan di negara kita, apabila sesebuah projek dijayakan, habis kawasan hijau yang luas dimusnahkan. ********************** Sama seperti kebanyakan bandar raya besar lain yang pernah saya kunjungi, Singapura adalah kota batu kaku, penduduknya bergerak pantas bagi memenuhi keperluan material kehidupan. ‘Kau adalah kau dan aku adalah aku’; tiada masa untuk orang bertegur sapa atau memberikan senyum ikhlas. ***************** Daripada pegawai imigresen di pintu masuk sehinggalah para peniaga, hampir semua mempamerkan wajah kaku, mungkin ada seseorang dua yang mempamerkan ‘senyuman manis’ ala pramugari ‘Singapore Airlines’ yang terkenal itu, namun semuanya adalah palsu bagi memburu dompet tebal si pengujung. ************************** Ya, daripada ‘senyum palsu’ sesetengah orang Singapura itu, baru saya tahu mereka lebih ke depan berbanding negara kita dalam sesetengah hal seperti penjualan dan peragaan barangan seks; ubat-ubatan seperti viagara (tak tahulah sama ada tulen atau tiruan) dijual bersepah-sepah di kaki lima jalan; demikian juga alat-alat bantuan seks lain. Malah ‘kedai beristirahat’ untuk ‘dewasa melebihi 21 tahun’ kerap benar ditemui sepanjang saya menyusuri jalan dan lorongnya. *************************** Sungguh memeranjatkan kerana walaupun jam baru 5.00 petang, sudah saya ketemui sejumlah ‘wanita penjual diri’ dalam pakaian sendat dan ketat mempamerkan diri di tepi-tepi jalan. Wajah-wajah mereka walaupun di mekap tebal, kelihatan kerut muka membayangkan perit dan payahnya kehidupan, mungkinkah sukarnya mencari sesen dua di kota mencabar seperti Singapura sekali pun orang membayangkan atau diberi gambaran bahawa negara pulau ini adalah yang terkaya di Asia Tenggara malah Asia dan dunia! **************************** Bagi ‘orang biasa’ Malaysia, mereka akan mendapati harga barangan dan perkhidmatan di Singapura seperti ‘tidak masuk akal’ – sebotol air minuman biasa adalah S$1.00; kalau ‘dikirakan’ duit Malaysia sudah RM2.50; tidak jadilah seseorang itu membelinya. Harga seliter petrol adalah antara S$2.25 hingga $$2.52 sen bergantung kepada gred. Jika ditukarkan kepada RM, sudah jadi lebih kurang RM5.00. ************************ Bagi orang Singapura, membeli sebotol air minuman dengan harga S$1 adalah biasa saja; begitu juga orang Malaysia yang membeli sebotol air minuman di Malaysia dengan harga RM1.00 adalah biasa saja; tetapi apabila ada menteri Malaysia ‘membuat lawak’ membandingkan harga petrol di Malaysia ‘kononnya’ adalah berlipat kali ganda lebih murah daripada di Singapura setiap kali harga minyak dinaikkan; bagi ‘orang berfikir’ hal itu tidak dapat diterima sama sekali. ************************** Ya, membuat perbandingan secara terus begitu tidak wajar sama sekali. Harga barangan dan perkhidmatan di sana adalah sesuai dengan taraf hidup penduduknya termasuk dari segi pendapatan mereka. Misalnya pendapatan asas (basic) seorang pemandu bas di Malaysia mungkin RM500 sebulan sedangkan pemandu bas di Singapura menerima S$1,500 sebulan manakala pengawal keselamatan bergaji S$2,000 sebulan. Apakah wajar untuk menyatakan pemandu bas dan 'jaga' di Singapura hidup lumayan sedangkan kos sara hidup di negara itu tersangat tinggi dengan sebotol air minuman saja sudah berharga S$1! *********************** Berdasarkan pengamatan saya, bagi sesetengah orang Singapura, wang adalah segala-galanya. Mereka memburu wang; masa bagi mereka adalah wang bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan di kota batu penuh cabaran itu. ********************* Disebabkan di kepala mereka ‘berserabut’ memikirkan cara untuk mendapatkan wang dan wang, mereka tidak ada masa untuk ‘memberikan senyuman’; sesungguhnya ‘senyuman’ adalah sesuatu yang sukar ditemui di kota batu ini. Jika ada yang memberikan senyuman, ia mungkin 'senyuman ala pramugari Singapore Airlines' yang mempunyai maksud tersirat...apa lagi kalau bukan dompet anda yang tebal itu!!! [image error]
Published on October 11, 2012 12:16
October 5, 2012
Belanjawan: Pastikan peruntukan sampai kepada kumpulan sasaran
***************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ****************** Renungan ***************** Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah." ************ Jika Pakatan Rakyat memperuntukkan RM233 bilion dalam belanjawannya untuk tahun 2013 sedangkan tahun lalu RM220 bilion, peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September adalah lebih besar – RM251.6 bilion berbanding tahun sebelumnya RM232.8 bilion ************************* Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran. ***************************** Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan. ****************************** Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit. ****************************** Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah. *********************** Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup). ************************ Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'. *************************** Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat. **************************** Hukum-hakam Allah ada kehidupan, insya-Allah dengan kembali kepada hukumnya, kita bukan saja selamat dan bahagia di dunia tetapi juga di akhirat sejajar dengan penghulu doa yang kerap kita baca: 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar". Amin.[image error]
Published on October 05, 2012 16:33
October 2, 2012
Lakonan air: Hidup ini bukan satu sandiwara
************************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************** Renungan *************************** Saiyidatina ‘Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda mafhumnya: “Tidak ada hari yang lebih banyak Allah Taala memerdekaan hamba-Nya daripada api neraka selain daripada Hari Arafah (Hari Wukuf) dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta berfirman apa yang dikehendaki oleh mereka.” ********************* Bersyukur ke hadrat Illahi kita diberi kesempatan oleh-Nya bagi memuzakarahkan isu semasa dan kali ini kita akan menyentuh propaganda murahan pihak tertentu, mutakhir ini dengan membuat filem atau iklan bagi menunjukkan apa didakwa masalah bekalan air di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat. ****************************** Bagi orang beragama hidup ini amat mudah. Hidup mereka berpandukan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka patuh kepada hukum Allah. Hukum syara’ terbahagi kepada lima – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Perkara wajib mereka buat, yang sunat digalakkan membuatnya, yang harus terpulanglah kepada seseorang, yang makruh digalakkan untuk ditinggalkan manakala yang haram ditinggalkan terus kerana ia mengundang dosa. ******************************* Membuat filem atau iklan menggambarkan keadaan penduduk mengalami masalah air sedangkan hakikat adalah sebaliknya, sebagai kempen propaganda murahan bagi meraihkan kepentingan politik perlu dinilai berdasarkan hukum syara’ tadi – wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Bagi orang berfikir dan beriman, ia adalah haram. Haram untuk melakukan pembohongan dan kemudian menyebarkan pendustaan itu. Yalah, semua pihak yang bertarung dalam pilihan raya mahukan kemenangan tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Kaedah Machiavelli tidak terpakai dalam ajaran murni Islam. Semua orang bertanggungjawab di atas perbuatannya – tidak kira kecil atau besar semuanya akan dibalas bukan saja di akhirat tetapi kadang-kadang di dunia lagi Allah SWT sudah tunjukkan buktinya. ********************************* Pembohongan bukan saja tidak dapat diterima oleh Islam tetapi semua masyarakat dunia. Bagi orang Barat, mereka ada watak Pinnochio yang jika setiap kali dia berbohong akan bertambah panjang hidungnya. Bagi ketua kerajaan, menteri dan ahli Parlimen, pembohongan akan menyebabkan mereka kena ‘grill’ (diselidiki secara terperinci) oleh jawatankuasa khas dan jika didapat bersalah, alamat berakhirlah karier politik masing-masing. Ini kerana melakukan pembohongan tidak dapat diterima sama sekali oleh masyarakat negara-negara maju ini. ******************************** Bagi penduduk setempat yang berlakon dalam isu air, mereka perlu memikirkan ‘dosa pahala’ perbuatan mereka itu. Benar jika dipandang sepintas lalu mereka akan ‘untung’ apabila diberi RM50 atau RM100 sebagai upah untuk berlakon beratur dan mengangkat air, tetapi insaflah bahawa hidup ini sebenarnya bukan satu lakonan. Perbuatan kita seolah-olah mengundang bala Allah SWT, apa kata jika benar-benar berlaku krisis air (itu yang kita pinta melalui lakonan kita), tidak berbaloi langsung wang RM50 yang kita dapat itu jika hari-hari terpaksa mengangkat berbaldi air ke kediaman kita di tingkat 24 misalnya (jika ditakdirkan lif rosak). Jadi fikirlah masak-masak sebelum kita dieksploitasi dalam kerja-kerja propaganda murahan yang mengundang dosa dan bala ini. ************************* Penyakit ‘pembohong’ di kalangan masyarakat terutama pemimpin politik tertentu semakin kronik. Pembohongan juga dilakukan oleh sesetengah media kita. Kalau tersilap lapor, boleh dimaafkan tetapi jika sengaja menyiarkan laporan tidak benar semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu, ia akan 'melahirkan pembohong' dalam masyarakat kita. *************************** Pembohongan yang semakin menjadi-jadi ini ini akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak. Jika orang tua sudah mengajar mereka berbohong, hampir pasti sifat buruk itu akan diteladani. Kata orang jika guru kencing berdiri, pasti anak murid kencing berlari, jadi tak guna guru terpekik-pekik 'mengajar' kisah Pinnochio. ************************* Politik negara kita menyaksikan pembohongan kronik. Misalnya, dari peringkat paling atas, cakap-cakap mengenai demokrasi dan hak asasi dihebohkan, tetapi setakat mana ia benar-benar dikotakan, tidaklah diketahui. Sifat hipokrit begitu ketara menjelang satu-satu pilihan raya. Bukankah semua ini menunjukkan sesetengah pihak amat hipokrit (munafik) dalam menjalani penghidupan sehingga dalam isu air pun mereka mahu berbohong![image error]
Published on October 02, 2012 16:55
September 30, 2012
Haji, hajah bersihkanlah hati termasuk ketika hadapi pilihan raya
*********************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan *********************** "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 ************************* SEKARANG ini musim haji, sudah berbondong-bondong jemaah termasuk saudara mara kita berangkat ke Tanah Suci. Jika berpandukan kuota satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, ada 28,000 jemaah haji dari Malaysia. Mungkinkah jumlah ini termasuk ribuan jemaah yang mendapat tajaan kerajaan Persekutuan dan negeri daripada kalangan imam, bilal dan pengerusi JKKK? *********************** Boleh dikatakan semua orang menunaikan Rukun Islam kelima berharap mendapat haji mabrur (kecualilah mereka yang pergi dengan ada niat lain) yang balasannya tiada lain, kecuali syurga. Abu Hurairah menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga.” (Bukhari dan Muslim) ************************* Haji dan hajah yang baru kembali dari Tanah Suci, jika amalannya diterima, berkeadaan bersih sebersihnya. Macam bayi, suci. Namun haji yang mabrur itu bukan bermakna kepatuhan seseorang kepada semua perintah dan larangan Allah SWT berakhir sebaik saja meninggalkan Tanah Suci, sebaliknya perlu dikekalkan sepanjang hayat. *************************** Kata ulama, jika mahu tahu sama ada seseorang itu mendapat haji mabrur atau tidak, lihat kepada amalannya selepas bergelar haji dan hajah. *********************** Pembaca sendiri boleh membuat penilaian terhadap seseorang insan bergelar haji dan hajah di persekitaran masing-masing; benarlah kebanyakannya dihormati dan disegani sepanjang hayat tetapi biasalah adalah seorang dua bergelar ‘Haji Bakhil’, ‘Haji Sangkut’ ‘Pak Haji Penipu’ ‘Pak Haji Gila Kuasa’, ‘Hajah Murai’, ‘Hajah Dedah Aurat’, ‘Hajah Si Gila Beg Tangan’ dan sebagainya. Dan biasalah, ada haji dan hajah yang marah jika ada orang tidak memanggil atau menulis pada pangkal namanya dengan gelaran istimewa itu. ******************************** Seorang haji atau hajah adalah ibarat utusan kebenaran, dia menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. Hak tertinggi adalah mengakui keesaan Allah SWT dan mengharungi kehidupan berdasarkan pengakuannya dalam solat “hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam.” Dia tahu dia menghadapi dosa dan pahala dalam setiap perlakuannya. *********************** Misalnya, menolong orang dengan niat betul, mendapat pahala. Jadi dia akan terus membantu sesama manusia, hatta membantu anjing kehausan pun diganjari syurga Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam sebuah hadis. Melakukan fitnah, mendatangkan dosa besar, jadi dia menjauhkannya. Bayangkan, alangkah jijiknya seorang haji atau hajah membuat fitnah misalnya mendakwa seseorang itu berbuat perkara keji malah bersumpah pula di masjid sedangkan dia tidak pun menyaksikannya. *********************** Sebagai pejuang kebenaran haji dan hajah wajib menyatakan yang hak dan batil dalam semua aspek kehidupan termasuklah ketika menghadapi pilihan raya. Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah; jangan berselindung lagi kerana “tidak malukah kita dengan apa yang sudah kita ucapkan (berdoa) kepada Tuhan ketika kita munajat di depan Kaabah, di Arafah, Mina dan Mudzalifah.” *************************** Antara rintihan jemaah haji: “...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada MENZALIMI dan dizalimi, menyerang atau diserang atau membuat kesalahan dan dosa yang tidak Engkau ampunkan...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada kekufuran, kefasikan, pepecahan, cinta kepada kemasyhuran dan riyak...” ************************ Jadi selepas bergelar haji dan hajah, masih tergamakkah kita berbuat perkara tidak elok malah menyalahi hukum agama. Tidak payahlah dinyatakan perkara berat-berat; ambil yang mudah saja, misalnya bersalaman lelaki perempuan bukan mahram. *********************** Ewahh...dengan selamba saja kita melakukannya sedangkan Nabi yang kita cintai itu (sekarang orang cukup marah dengan filem ‘Innocence of Muslims’) tidak pernah berbuat begitu malah ada bersabda yang maksudnya: “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya." (Daripada Abi Umamah)[image error]
Published on September 30, 2012 21:12
September 28, 2012
‘Help ourselves first before helping others’
****************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ****************** Reflection ****************** "Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80) *************** In my previous posting (Our critical last 10 years), I mentioned about the importance of seeking knowledge and putting in practice those good things and deeds that we had already known as our preparation for our endless journey in the Hereafter. ********************* Before I end my piece on ‘Our critical last years’ which is especially composed to my former friends in college (but could be used as reference to readers of any age) who turn 50 this year, I would like to jot down simple things that we as laymen could do so that we have our part in performing our duties as a ‘khalifah’ (vicegerent) during our short span of living in this temporary world. ********************* Everyone should try their best to promote the Islamic way of life as suggested by the Prophet (peace be upon him, s.a.w.). Regarding this matter, he ordained all his companions and thus, every Muslim who possesses some knowledge – even as little as one verse – to disseminate it to others. The Prophet s.a.w. said, “Convey (what you learn from me) even if (it is) only one verse…”(Related by Bukhary) ********************** ‘Da’wah’ (calling mankind to Allah) is one of the most significant duties obliged upon Muslims. ‘Da’wah’ to Allah ensures ultimate success and religious benefit for individuals, as well as society at large. ****************** We should not forget that whenever a Muslim start a good ‘Sunnah’, established by Islam, and spreads it between Muslims then she or she will gain a reward similar to that earned by all those who practice this ‘Sunnah’, without decreasing THEIR OWN rewards. ******************** Note that for almost all the things we suggest others to do, we must do it first. We must help ourselves first in doing good things that would please Allah SWT before recommending it to others. ******************* Regarding helping ourselves first before helping others, a local well known scholar and preacher, Ustaz Pahrol Muhammad Joui likened it to the demonstration by the plane stewardess during flight take off to passengers that in case of emergency they need to help themselves first to oxygen masks and only then tender help to those under their care such as their children. ********************** So if we were to ask our children to perform ‘solat’ (prayers) then we should do it first so that they could emulate us. Or better still we perform the prayers together with our children. ******************** The same also applies in society, if we (especially leaders) call upon the ‘rakyat’ (people) to adhere to the principles of Islam we should practice what we mention. If not, we are only good at talking and the people would look upon us as liars, double faced persons and worst still as hypocrites. ****************** For example when a woman leader suggested to those under her leadership to follow the ‘Sunnah’ of the Prophet but she herself did not cover her head with a ‘tudung’, then she was only making a mockery of herself. There is a Malay proverb regarding this matter – ‘bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul’ (like a crab showing her infant how to walk the correct way). ******************** Other than performing our compulsory duties as a Muslim such as praying five times a day, paying ‘zakat’ (tithe), fasting during the month of Ramadan and going to hajj once in lifetime, there are many ways Muslims could do to please Allah SWT, thus paving way for him/her to get closer to Him. ******************* Of course a Muslim have to understand his/her duties and and take responsibilities to perfom obligations to his/her Lord (Allah SWT), his/her own self, his/her parents, his/her partner (wife or husband), his/her children, his/her relatives, his/her neighbours, his/her Muslim brothers or sisters and friends and lastly his/her community (society). ***************** In cementing our ties with fellow human beings especially Muslims and at the same time enriching our life to be closer to Allah SWT, the Muslim Welfare Organization of Malaysia (PERKIM) suggested that among others we; · Buy a translation of the Qur’an and present it to a non-Muslim friend. ****************** · Subscribe to an Islamic magazine and circulate the copies to others after you have read them. **************** · Visit a Muslim welfare organization to find out how you can help in their activities. ****************** · Get permission from an orphanage to let an orphan spend a weekend with you. ******************* · Get to know someone who has converted to Islam and help to strengthen his/her faith. ***************** · If you know of a public lecture on Islam, tell others about it and try to attend it. · If you have a good idea that will help the ‘ummah’ (Muslims), mention it to those that you think will take it to the next level. **************** · Write a letter of appreciation and encouragement to a Muslim brother or sister who is doing a lot to help the ‘ummah’. ***************** · Invite one Muslim family in your neighbourhood to your home for a meal as a way to streghtened your bonds of Islamic brotherhood and sisterhood. Use the opportunity to find out what aspects of Islam that they don’t understand. If you are unable to explain, find out from others and convey the explaination to them. ****************** · Keep a donation box in your home and encourage your family members to put their donation ito it. At the end of the year, use the money to buy something useful for a poor family. ******************* In a book ‘Seeds of Righteousness – Tools for Muslim Women to Spread Islam’ (published by Darussalam, Riyadh), writers Abdul-Malik Al-Qasim and Ibn Abdar Rahman aAl-Qasim among others suggested readers to emulate ‘da’wah’ works done by a few ‘Muslimah’ (Muslim women). ***************** · She writes articles in newspapers and magazines on women’s issues, dedicated her writing to the subjects that resurrect faith and modesty in her Muslim sisters. She also tries to refute the doubts that some people raise about Islam, in particular. Only her friend knows about her activities, for her friend takes her articles and asks her brother to mail them to relevant addresses. ******************** · She became ill and is admitted to hospital, but her stay there became a blessing for her and those around her. She gave away Islamic books and tapes in various languages to the doctors and nurses in the hospital. She also gave many more books and cassettes to the patients and left some books in the waiting room. She met an old woman in the hospital who does not have sufficient Islamic knowledge, so she gave her a radio and kept it tuned to the Qur’an station. ******************** · She visits women’s workshops selling Islamic books in Arabic and other languages and distributes them to the workers and visitors to these shops. Her efforts are modest, but several women have embraced Islam as a result. How many women do the same as this good Muslim woman? ************************* · She works hard for her Hereafter, attending Islamic lectures, giving sincere advise to her sisters and engaging in every act of righteous, as much as she can. At the end of every month, one of her fellow teachers came to know, she sends her entirely salary to a charity organization. She pays all her salary to the orphans, to support printing Islamic books and helping the cause of ‘Jihad’. ******************** Note that all the individuals had help themselves before helping others. For example how one is going to teach an aspect of Islam to a person if he/she does not have the knowledge on it, or how a person is going to help another person or persons financially if he/she is does not have wealth? So help ourselves first before helping others! [image error]
Published on September 28, 2012 10:49
September 24, 2012
Ketepikan kata orang, ikutlah kata Allah…
**************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************************** Renungan *************************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim) **************************** KESEMPATAN berbual-bual dengan seorang teman karib semasa kecil dulu tetapi sekarang sudah hanyut dalam dunianya sendiri seperti penyalahgunaan dadah, menginsafkan saya bahawa, "kita sebenarnya tidak melakukan kerja-kerja kebajikan, sebaliknya kita banyak syok sendiri kononnya kita orang baik kerana orang yang hampir dengan diri kita seperti isteri, anak, saudara mara dan rakan pun kita tidak mampu mendakwah mereka. Malah untuk diri sendiri pun kita tidak mampu mendakwah nafsu dan kejahatan diri." **************************** Hakikatnya, kita lemah dan jahil; kita sebenarnya tidak berdaya. Namun apabila kita akui kelemahan dan kejahilan itu sebagai sifat biasa manusia termasuk diri sendiri, insya-Allah kita dapat semangat bahawa kita boleh beriktihar dan berusaha (melakukan yang terbaik termasuk membuang ego diri); yang lain serahkan kepada Allah SWT, berjaya atau tidak itu bukan urusan dan kerja kita, itu kerja Allah SWT, mengapa kita mahu campur tangan urusan Allah SWT? Tidak malukah kita? *************************** Untuk membuang ego bukan mudah, ia perlu mujahadah yang tinggi. Ya, bukan mudah untuk diri ini bertegur sapa dan bermesra dengan seorang penagih dadah. Nanti apa orang kata, "Aiyy, budak Lan tu dah berkawan dengan si penagih dadah. Agak-agaknya dia pun sudah jadi penagih agaknya." Demikian kita terlalu memikirkan apa orang lain akan kata, namun jarang sekali kita memikirkan apa yang Allah SWT kata, apa yang Tuhan kita firmankan melalui al-Quran yang kita baca itu. Antaranya, ayat 6 Surah at-Tahrim yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka..." ************************** Akhirnya saya bertegur sapa dengan teman itu. Selepas beberapa kali berjumpa, saya hadiahkannya senaskhah buku kompilasi fadilat zikir dan doa selepas solat yang kebetulan berada di tangan saya. Terkejut besar dia, lantas bertanya: "Ehh, ini bacaan selepas solat...aku sembahyang pun tak buat lagi!" ******************************* "Itulah kau kena sembahyang," kesempatan itu saya gunakan untuk berbicara. "Kau nampak tak pokok mangga tu? Sekarang sedang berbunga. Cantik bunganya. Selepas itu akan muncul buah. Daripada putik kemudian jadi buah yang ranum. Kita petik dan makan. Sedap. Perut kita pun kenyang. Siapa jadikan semua ini. Apabila makan buah mangga, siapa beri kita kenyang?" *************************** “Allah," jawab teman itu. *********************** "Jadi ucaplah terima kasih kepada Allah. Satu cara ucap terima kasih kepada Allah ialah dengan menyembah-Nya. Jadi solatlah," kata saya. ************************ "Aku tahu,” katanya. “Bukan aku tak tahu. Aku bukan tak nak sembahyang, tapi tak ada kekuatan.” ************************** “Kau perasan tak sesetengah buruh yang buat kerja kat masjid kampung kita? Angkat batu dia boleh, tapi bila orang bang, nak angkat air sembahyang (wuduk) tidak mampu. Mana lebih berat, angkat batu ke atau angkat wuduk? Ya ramai orang boleh angkat batu tapi tak ramai yang boleh angkat wuduk. ********************** “Ya sama seperti kekuatan untuk angkat wuduk, kau juga perlu kekuatan untuk solat. Sebenarnya, bukan kau saja, semua orang malas untuk solat. Orang berjaya adalah mereka yang lawan sifat dan nafsu jahat itu. Itulah kau mesti lawan perasaan tak nak solat tu.” ************************ “Nanti kalau aku solat, apa pula orang kata? Kawan aku akan kata, “ehh budak…kaki dadah itu dah solat, dah alim dah…” ************************ “Engkau jangan peduli apa orang kata. Itu tak penting. Kau kena peduli apa Tuhan kata. Tuhan kata, kalau kau tak solat kau masuk neraka. Kau nak masuk neraka?” **************************** “Aku sekarang dah dekat 50 tahun. Ada peluang untuk aku bertaubat?” *************************** “Apa kau cakap ni, kau tentu tahu ada kisah seorang penjahat, dia sudah bunuh 100 orang tetapi Allah terima taubatnya sekali pun dia baru bergerak ke negeri orang baik-baik; demikian juga khalifah kedua Umar al-Khattab sebelum Islam dia samseng Makkah yang telah bunuh anak perempuannya sendiri, tetapi selepas Islam, Nabi pernah berkata jika ada seorang nabi selepas baginda, orang itu adalah Umar! **************************** "...(namanya) sekarang ni, kalau kau tak mampu buat baik, jangan buat jahat..." ********************** "Maksud kau?" ************************ "Kau sendiri pun tahu!" ************************* "Kalau tak mampu solat, jangan hisap dadah?" ************************** Demikianlah, dalam menjalani kehidupan, ramai berpandukan apa orang kata, sebaliknya hanya segelintir yang berpandukan apa yang Tuhan kata; berdoalah kita agar kita sentiasa mendengar dan mengikut kata Allah dan bukannya kata manusia![image error]
Published on September 24, 2012 12:14
September 22, 2012
‘Our critical last 10 years'
*** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ********************** Reflection ************************* The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. *************************** * Assalamualaikum Saudara (Brother) LanH; So sorry for not keeping in touch since coming back from 'umrah' (small hajj). Your friend's story, published in the latest issue of Harakah, about how a white blossom fell on her hands at Raudhah (in Kisah Dari Tanah Suci – Stories from the Holy Land column), made such a deep impression on me that I had to read it three times! I am so glad that you are writing more than before you ‘retired’. Actually, writers, especially prolific ones like you, do not ever retire. (e-mail from a reader) ************************* * Roc, (my nickname in college) keep it up! What's good knowledge if it’s not shared to others (this writer commented on my weekly articles in Harakah) ....coming to this age, the pursuits of life of the past has little meaning and benefits...for the life we are about to enter! We have seen those messages in our younger days but we never understood it! As you, Roc said it in an article, if we are to follow 'Sunnah', we have yet about 13 years to redeem...hopefully enough to avoid 'azab (punishment) of hell'… (e-mail from a former college mate) ************************* Time is running short. My former college mate’s insight (above) was right. Our batch (class of Form Five 1979) who turned 50 this year would only have a balance of 13 years (if we are to follow the life span of the Prophet) to do our best to avoid the punishment of hell. Nauzubillah (God Forbid). Mind you, Prophet Muhammad, may peace be upon him (s.a.w.) died at 63 according to the Hegira year; if it is based on the Christian year, he died at 60, thus perhaps we have only 10 years to live in this world! ************************** If our past 50 years were wasted that easy, imagine how are going to benefit the last 10 years left? Yes, how are we going to use that short span of time to save ourselves from Hellfire. If we were to think hard (I mean moving in the straight path), then we would panick and tremble, the time left is so short yet we have drifted too far to catch back the time that was lost when we filled it with aimless activities what’s more with ‘haram’ (forbidden) ones. *************************** At 50, are we still after those worldly pleasures; for example if we have already owned a bangalow, are we all out to renovate it into an ‘istana’? Or are we chasing after a Lamborghini after having being blessed with a fleet of five cars including a Mercedes, a Bugati and Ferrari? ************************* Or are we still chasing after women (girls to be exact) to make them Mrs. No 2, 3 or 4? ************************** Or are we madly working to make our money (or to be exact RM figures) in our bank accounts with more 0 digits behind; for example if we were having RM100,000; would we like to add another one 0 to make it RM1,000,000 (one million ringgit) or three 0s to make it RM100,000,000 (one hundred million ringgit). Wow, that’s a lot of money! *********************** Ooh friends, remember at 50, we have finished using 5/6 of our lives. We have another 1/6 of it to go with; so dear brothers and sisters, enough is enough, with the balance of about 10 years, please make the best of it to work hard so that we would not be dumped into the furthest part of hell. Allah SWT says in the Quran: “O! You who believe, save yourself and your families from Hell-fire, whose fuel are humans and stones (idols)…” (At-Tahrim 66: 6) ************************** If we were to enter a race of 600 meters and we have only another 100 meters to pass the finishing line, would we still be dazzling away with all that worldly wonders that would be of no help to us in the Hereafter or are we putting all our energy and resources to reach the finishing line? *************************** Scholars have reminded us again and again that RM, dollars, pounds, rupees and yen would of no use in the Hereafter. The much sought items there were ‘iman’ (faith) and good deeds; unfortunately the Hereafter is not a place to do good deeds but a place to reaped ‘our best crop’ grown on earth! ************************* Note that in his e-mail, my former college mate had used my nickname of Roc or Roc Tapai. That name brought back memories of my younger days. The name itself suggested that “I have rock myself in life” and lived a ‘stubborn life’ (hard like a rock or in Malay ‘keras macam batu’). ************************** I admitted I made too many mistakes in my early life such as wanting an adventurous and glomorus life but fortunately for me that style of life halted when manys things turned up against my wish such as not getting excellent results in MCE, HSC, failing to secure a place in university and worst of all, being jilted a few times by girls. ***************************** Well, what’s the way out? Repent, repent and repent my dear brothers and sisters. Remember there were many good and true Muslims all along Islamic history who before receiving ‘hidayah’ (being shown the truth path by Allah SWT) were ‘gangsters’ and 'crooks' in their own way of life. ****************************** They included Umar Al-Khattab, the second Caliphate who during his ‘jahiliah’ (period of ignorance) admitted to have killed his infant daughters and there was a story about a man who had killed 100 people but when he repented, Allah SWT have mercy on him. ******************************** After admitting our mistakes, what are our tasks in life during this critical part of our short existence on earth? Dear brothers and sisters, begin all things with knowledge, for he who knows his own self knows God. ***************************** So acquire knowledge. It enables its possessor to distinguish right from wrong; it lights the way to heaven; it is our friend in the desert, our society in soliture, our campanion when friendless; it guides us in happiness; it sustains us in misery; it is an ornament amongst friends, and an armour against enemies. ************************* With knowledge we would know that our life in this world is not for the sake of material enjoyments of this world alone. Our temporary life here is only a life of probation, for perpetual life in the Hereafter. As we sow here, we shall reap in the Hereafter. **************************** To quote a saying of the Holy Prophet: “This world is the tillage for the Hereafter” i.e. we plough and sow here to reap in the next world. We, Muslims, therefore, cannot afford to live an irresponsible and reckless life. All life ends in death. ************************** Therefore, let us remember that a certain time is fixed for us when we will be abandoned to the darkness of our graves. We should be therefore, consider the passing life of this world as a means towards our ultimate goal. Yes, this material world is not the main object of our life but a means towards a higher goal. The purpose of man’s life is ‘service to Allah’ and nothing else. ************************* This life is a preparation of what Allah has in store for us. The life of the Hereafter is eternal, and it is that which the believer should strive for. Hence let us not be deceived by the glamour and spendour around us. This life should never be wasted by merely seeking a comfortable and rice life of worldly happiness because Allah SWT tells us: “And surely the Hereafter is indeed better than this world.” ************************ Again says the Qur’an, “Every soul shall taste of death” – none shall be made to wander this world for ever. ((Pearls of the Prophet, Islamic Outreah-ABIM) ************************* Well, brothers and sisters, what would be among our first steps after acknowleging that we have only a short period (say about 10 years) of time to live in this world? Free your busy schedule to attend at least the maghrib and isyak ‘jemaah’ (mass) prayers in masjids and between the two prayers sit and listen attentively to the lectures. ************************** Do it daily sincerely for Allah's sake (ikhlas), and ‘insya-Allah’ (God willing), you will gain knowledge that would guide you for your safety in this world and Hereafter! [image error]
Published on September 22, 2012 18:07
September 17, 2012
Istidraj, manusia derhaka tetapi hidup penuh kesenangan
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************* Renungan ********************* "Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu sesungguhnya orang-orang sombong takabur daripada berdoa serta beribadat kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir, ayat 60) ********************** Bersyukur kepada Illahi kerana kita dipanjangkan usia dan diberi-Nya kesempatan untuk memuzakarahkan isu-isu semasa. ************************ Kali ini kita memperkatakan tentang moral masyarakat yang semakin merundum di samping jenayah yang semakin menjadi-jadi tetapi pada masa yang sama mereka dilimpahi rezeki dan nikmat melimpah luah. Kita bimbang ia istidraj Allah SWT. ********************** Sesetengah pemimpin dan penyokongnya kerap kali mendabik dada (takabur) dan dihebahkan secara-besaran oleh media massa kononnya kemewahan yang dinikmati sekarang ini adalah hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara termasuk mengurus ekonomi, pihak lain tidak pandai, justeru hanya mereka layak memerintah negara ini. ******************************* Tentunya jika dilihat secara zahir, seolah-olah benar apa yang direpekkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. Pemimpin dan sesetengah rakyat kelihatan hidup mewah tetapi benarkah mereka berada dalam kedudukan sewajarnya? *********************************** Allah SWT telah melimpahkan sumber alam yang cukup kaya kepada negara ini – petroleum, kelapa sawit, getah dan sebagainya – tetapi apakah kehidupan rakyat setara dengan penduduk negara jiran yang hampir tidak mempunyai sumber kekayaan alam seperti Singapura? ******************************** Ya, tentunya ada faktor manusia yang membuatkan Singapura ke depan, tetapi apabila sesetengah pemimpin kita kerap mendabik dada kononnya merekalah saja yang boleh memerintah sehingga sesetengah rakyat negara ini berupaya hidup mewah, sewajarnya mereka perlu mengambil tanggungjawab bahawa keadaan sosial dan jenayah di negara ini semakin teruk dari sehari ke sehari. ********************************** Negara dan rakyat kini ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi termasuk kecurian enjin jet sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita. ******************************** Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain termasuk suami isteri, perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini? ****************************** Kita percaya ada kaitan antara jenayah yang semakin menjadi-jadi dan moral masyarakat yang semakin buruk ini dengan kemewahan dalam negara yang didakwa pemimpin berkenaan. Kita bimbang jika berlaku istidraj, iaitu adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredai-Nya. **************************** Rasullulah s.a.w. bersabda: ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) ************************** Tetapi, manusia termasuk pemimpin yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya dan pengampunya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Sekarang kita dapat saksikan betapa sejumlah pemimpin dan rakyat (pengampu) yang bermaksiat seperti terbabit dalam amalan rasuah, perjudian dan jenayah seksual, hidup mereka semakin senang dan masih berkuasa dan berkedudukan tinggi. Mereka masih memegang jawatan pengerusi itu dan pengerusi ini. ************************* Sebagai kebalikannya, orang taat dan baik termasuk pemimpinnya, ramai yang hidup sederhana saja malah ada yang susah. Manusia istidraj adalah orang yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. ************************ Mereka memandang hina kepada orang yang beramal, mereka tidak tahu sebenarnya, Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkan mereka. Manusia, apabila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT, termasuk hukum-Nya. Misalnya, hukum hudud diperlekehkannya, ingatlah Firaun yang ada segala-galanya itu pun akhirnya binasa, apalah sangat pemimpin dan rakyat takabur negara ini. Oleh itu takutilah istidraj Allah SWT. [image error]
Published on September 17, 2012 14:08
September 13, 2012
Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan *********************** "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32 ************************ SELEPAS Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, melalui blog ini saya ada menulis beberapa komentar mengenainya. Dalam artikel bertajuk 'Perjalanan Bersihku...', antara lain saya menulis: "Ketika perhimpunan Bersih 3.0, saya saksikan sejumlah gambar besar PM Najib Razak sengaja diletakkan di atas jalan raya; dengan orang ramai terutama anak-anak muda memijak-mijaknya (ada yang berposing ketika memijak gambar itu); layaknya macam gambar George W Bush dan juga bapanya George Sr Bush (ketika menjadi Presiden Amerika) yang diinjak-injakkan oleh warga Iraq ketika Perang Teluk dulu. ************************ "Sekalipun menyokong Himpunan Bersih 3.0 (hadirnya saya sebagai buktinya); saya tidak malu menyatakan perkara ‘tidak baik’ atau yang boleh membawa natijah tidak baik pada hari perhimpunan itu. Seumur hidup saya tidak pernah saksikan gambar PM terdahulu dipijak-pijak oleh rakyat. Najiblah PM pertama yang gambar-gambarnya diinjak-injak oleh rakyat (berdasarkan pengalaman saya). Tentunya hal ini boleh dibahaskan dan diusahakan jawapannya oleh ahli politik, sosiologi, psikologi dan agamawan. *************************** "Bagi saya yang dangkal ini, ada tiga hal yang saya fikirkan mengenai kejadian tersebut. Pertama begitu bencinya segelintir rakyat kepada PM Najib sehingga mereka sanggup berbuat begitu dan kedua, segelintir anak-anak muda kita begitu rendah akhlaknya sehingga gagal mengawal diri daripada bertindak secara keterlaluan. ********************************* "Manakala yang ketiga mungkinkah pembawa gambar itu yang kemudian memijak-mijaknya adalah penyamar yang sengaja mencetuskan provokasi bertujuan menaikkan kemarahan rakyat bagi memancing mereka melakukan perkara di luar kawalan? Saya tidak dapat menjawab persoalan ini, cuma melaporkan apa yang saya saksikan dengan mata sendiri hal yang berlaku pada ‘Hari Bersih 3.0 itu’." ******************************** Kini selepas sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun, hampir saban hari rakyat disogokkan dengan apa didakwa kebiadapan segelintir individu menginjak-injak gambar PM dan isterinya melalui siaran berita TV dan media massa lain. Beberapa orang sudah ditangkap, hampir semuanya golongan muda. ******************************* Seperti kebimbangan yang saya nyatakan dalam komentar saya selepas Perhimpunan Bersih 3.0, perlakuan melampau segelintir anggota masyarakat terutama di kalangan generasi muda tidak boleh dibiarkan; namun kita tidak boleh terus dengan mudah tanpa usul periksa menuding jari kepada mereka dan juga pembangkang seperti dihebah-hebahkan hampir setiap hari oleh media massa. Ini kerana jika menuding jari satu jari kepada seseorang atau pihak, tiga lagi jari menuding ke arah diri kita sendiri. ********************** Hal inilah yang perlu kita fikirkan; apa sebenarnya sudah berlaku kepada masyarakat kita sehingga ada anak-anak muda berperangai begitu jelik sekali. Bagi memuzakarahkan hal ini, marilah kita rujuk kepada kata-kata bijak pandai kita termasuklah dari segi bahasanya. Ada menyebut, baik pemimpin, baiklah orang dipimpinnya; sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnul Abdul Barr dan Abu Naim bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.;“Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia pemimpin dan ahli fiqh (ulama).” *************************** Anak-anak muda yang rosak akhlaknya, secara tidak langsung menggambarkan perihal pemimpinnya. Mereka cerminan pemimpin. Ada sejumlah peribahasa Melayu menjelaskan hal ini, seperti 'bapa borek anak rintik'; 'bagaimana acuan begitulah kuihnya', 'apa yang disemai itulah yang dituai'; dan 'jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'. ******************** Kini kita dapat saksikan betapa kroniknya masyarakat. Aneka jenayah semakin menjadi-jadi. Pembunuhan, rogol, memeras ugut, merompak dan rasuah sudah menjadi bahan biasa hiasan dada-dada akhbar dan media elektronik. Daripada institusi keluarga sehinggalah ke peringkat tertinggi seperti pemimpin kerajaan semuanya bermasalah. *********************** Malah ada pemimpin negara mempamerkan contoh buruk dengan menggalakkan budaya asing K-pop atau berjoget semasa merayakan Aidilfitri. Jadi tak hairanlah jika anak muda kita pun terkinja-kinja akan K-pop, budaya songsang yang cuba diterapkan dalam masyarakat. Gejala songsang ini seolah-olah tidak mempunyai penamatnya. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat pun tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi. ******************** Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Jika pemimpin negara dan politik tidak dapat menunjukkan contoh baik, bagaimana golongan muda dapat diharapkan menjadi warga baik pada masa depan. Ramai yang menolak malah memperlekeh dan menghina hukum Allah seperti hudud. Apabila tidak melaksanakan hukum Allah SWT manusia jauh daripada barakah-Nya kerana di dalam undang-undang-Nya ada kehidupan. ************************** Akhir-akhir ini semakin banyak pihak dan pemimpin gila untuk berkuasa. Mereka sanggup berbuat apa saja. Fitnah termasuk dalam hal-hal sangat jelik seperti tuduhan seks menjadi 'basahan' saja bagi mereka. Berdasarkan perkembangan politik semasa, kita berasa sedih dan jijik dengan perlakuan sesetengah pemimpin politik terutama yang beragama Islam. ************************ Mereka seolah-olah mengesahkan tanggapan bahawa politik itu kotor; untuk berkuasa seseorang itu perlu bijak mencuri peluang sekalipun haram kerana matlamat menghalalkan cara (Machiavelli). Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Buatlah apa sekalipun, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. ************************** Jika pemimpin 'main kotor', maka anak muda pun mula 'main kotor'. Jadi apabila mereka bertindak kotor seperti memijak-mijak gambar pemimpin, jangan hanya salahkan mereka. Mereka adalah cerminan pemimpin - jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari![image error]
Published on September 13, 2012 19:09
September 8, 2012
Bersih yang kotor, syaitan yang baik…
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. **************** Renungan ******************** Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim) ******************** HANYA sesekali saya menonton TV. Tatkala menonton, terlihatlah iklan propaganda murahan seperti ‘Bersih yang kotor’ dan ‘Saya pilih mengundi’. *************************** Ya, sejak akhir-akhir ini media massa termasuk TV diperkudakan semahu-mahunya oleh sang penguasa demi kesinambungan politiknya untuk berkuasa dulu, kini, dan selamanya. Apabila ketamakan untuk berkuasa menguasai diri, maka keharmonian alam termasuk susunan tata kehidupan dilanggar sekehendak nafsu. ****************************** Kini kecelaruan semakin bermaharajalela di kalangan orang awam. Perkara baik dan buruk bercampur aduk, masyarakat kian keliru. Misalnya, apa maksud bersih yang kotor, dan akhir-akhir kita digembar-gemburkan dengan ungkapan ‘syaitan yang dikenali lebih baik daripada malaikat yang tidak dikenali’? **************************** Masakan orang awam tidak ‘confuse’ (terkeliru), kerana keharmonian alam (termasuk dari segi laras bahasa seperti baik macam malaikat, jahat macam syaitan; apakah kita mahu menterbalikkannya...) sudah jadi tunggang langgang; bersih dikatakan kotor manakala ada syaitan pula lebih baik daripada malaikat…kita khuatir nanti akan muncul pelbagai pelanggaran lagi yang sudah pasti membingungkan anggota masyarakat termasuklah budak-budak sekolah. Akan tertanya-tanyalah mereka apa itu bersih yang kotor dan syaitan baik…! ***************************** Bagi penulis, kehidupan kita adalah mudah, tetapi manusia sendiri merumitkannya. Sesetengah orang termasuk pemimpin cenderung atau sengaja ‘mencari pasal pada perkara yang tidak ada pasal’. ************************************* Misalnya, sejak kecil kita sudah ditancap dengan Rukun Iman yang enam termasuk percaya kepada malaikat; kita tahu makhluk ini paling taat kepada Allah manakala iblis (syaitan) makhluk paling kufur, jadi tidak timbul langsung ada syaitan lebih baik daripada malaikat. *********************************** Namun apabila ada orang menimbulkan ‘kununnya’ ada syaitan lebih baik daripada malaikat…orang ini tidak wajar dilayan…ada yang tidak kena dengannya. Lebih baik lupakannya, sebaliknya tumpukan kepada kehidupan kita untuk membuat sebanyak mungkin kebaikan sebelum kita dipanggil-Nya. **************************** Firman Allah SWT melalui ayat 179 Surah Al-A’raf bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ********************************** Berhubung kejahatan syaitan, di sini saya memetik pesanan ibu saya yang disampaikan dalam satu pertemuan keluarga tidak lama dulu. Apa ditekankan di sini adalah supaya kita awasi syaitan manusia (mereka inilah yang membuat onar dalam masyarakat) agar kita tidak disesatkan daripada mengikuti jalan lurus! ********************************* “Dalam Surah An-Nas, yang ertinya manusia kita diminta berlindung kepada Allah daripada sebesar-besar musuh yang terdiri daripada jenis iblis dan suku-sakatnya. Ada pun yang dapat menggoda yakni membisikkan hati sehingga terpesona dan mengikut atau menurut saja pihak yang menggodanya ialah syaitan daripada bangsa jin dan manusia. **************************** “Tidak syak lagi syaitan daripada bangsa manusia itu lebih jahat dan sangat bahaya berbanding syaitan daripada bangsa jin. Apabila orang membaca ‘istiazah’ yakni meminta perlindungan Allah, syaitan akan bersembunyi sedangkan syaitan daripada bangsa manusia, dia akan sentiasa memperlihatkan perbuatan keji dan mungkar dengan pelbagai perhiasan yang menarik sehingga dipandang indah dan tidak akan undur sedikit pun malahan akan terus menggoda termasuklah percakapan yang manis-manis. ************************** “Waspadalah kita semua kerana manusia itu termasuklah datuk nenek, ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, cucu, adik beradik, ipar duai, mentua, sanak saudara, sahabat handai dan jirannya tertangga. Orang yang terselamat daripada godaan syaitan jin dan manusia hanyalah orang yang diperlihara oleh Allah, orang yang ikhlas dalam amal perbuatannya. ************************* “Kalau dijaga dengan baik, manusia itulah yang paling mulia antara segala makhluk. Ada banyak ayat (firman) Allah di dalam al-Quran mengingatkan kita manusia supaya jangan ikutkan nafsu, nanti kita terjerumus ke lembah hina, lebih teruk daripada binatang. Kata pepatah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kita berusaha sikit saja, Allah memberi berlipat ganda. Dalam hidup jangan rasa tak cukup saja, manusia kebanyakannya tidak bersyukur apa yang ada… *********************** “Doa saya kepada semua: “Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan yang ikhlas dalam beramal dan hindarkan kami daripada bahaya syaitan bangsa manusia dan jin yang kerjanya menggoda hati manusia. Selamatkanlah kami daripada azab api neraka dan janganlah kami diberi malu di hadapan khalayak ramai pada hari manusia sekalian diberi pembalasan. *********************** “Ya Allah berikan kami sekeluarga petunjuk untuk mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami sekeluarga daripada azab api neraka.” [image error]
Published on September 08, 2012 14:26
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

