Roslan Hamid's Blog, page 130
October 16, 2016
Ummah dihina kerana tidak tegak hukum Allah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***
REJIM Israel mengganas dan terus mengganas. Terbaru Tel Aviv bertindak kejam menyerang bot bantuan aktivis wanita, 'Zaytouna-Olivia' ke Gaza yang turut disertai seorang aktivis Muslimat Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan. Syukur beliau selamat dan sudah kembali ke pangkuan keluarga.
Permasalahan Israel dengan dunia Islam sudah berlarutan berdekad-dekad, jelas sekali rejim ini tidak takut dengan sebarang negara Islam (penduduknya majoriti orang Islam). Tentu ada sebabnya...ada pemikir berkata rejim ini hanya gentar jika umat Islam termasuk pemerintahnya kembali kepada Islam sepenuhnya.
Hari ini bukan saja umat Islam Palestin dihina sedemikan rupa tetapi juga Muslim di serata dunia terutama di negara mereka adalah kumpulan minoriti seperti di China (Muslim Uighur dianiaya), di Myanmar (membabitkan orang Rohingya), di Kashmir (India) dan di selatan Filipina.
Sehubungan itu sempena tahun baru Hijrah 1438 alangkah elok jika pemimpin dan ummah bermuhasabah diri, mengkoreksi dan memperbaiki apa-apa kelemahan yang menyebabkan umat Islam seluruh dunia dihina sedemikian rupa.
Hakikatnya selepas kebanyakan tanah air umat Islam dijarah penjajah dan daulah Khilafah Islam terakhir, Uthmaniyah tersungkur pada 1924, kehidupan umat semakin jauh daripada panduan Allah dan Rasul-nya termasuk dari segi pemerintahan.
Selagi umat Islam terutama pemimpinnya tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-nya (termasuk melaksanakan semua hukum hakam Islam tidak terkecuali hudud) selagi itu penghinaan akan dihadapkan kepada umat ini.
Kini dari China ke Afrika Selatan, dan dari Amerika Syarikat ke Australia, umat Islam hidup penuh tekanan sehinggakan di negara yang mengaku negara Islam contoh, hukum-hakam Islam dicemuh walaupun baru ada ura-ura melaksanakan sebahagian daripadanya.
Selagi sebahagian besar pemimpinnya dan juga pemimpin negara umat Islam masih berkiblatkan Washington, London dan Moscow, selagi itulah ummah akan dihina. Adalah dibimbangi selepas Iraq dan Afghanistan dihancur-leburkan oleh Amerika Syarikat, ada lagi negara umat Islam akan menjadi mangsa; gara-gara ummah tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-Nya.
Isu Palestin adalah sandiwara Barat, terutama oleh Amerika Syarikat yang pemimpinnya berterusan menjalin hubungan kejap dengan rejim Zionis. Beberapa presiden Amerika berjanji menjalin hubungan baik dengan dunia Islam, hakikat itu hanyalah menanam tebu di bibir, kini Palestin dan rakyatnya terumbang ambing tidak bernegara dan beridentiti (berdaulat) dan akan berterusan menghadapi kekangan, cengkaman, serangan serta pencabulan rejim ganas Zionis.
Selain Amerika Syarikat yang mengaku penegak demokrasi dan keamanan dunia tidak serius dalam menyelesaikan masalah Palestin, pertubuhan antabarangsa seperti PBB juga bertindak sama. Persoalannya mengapakah nasib rakyat Palestin dan umat Islam minoriti tidak dihirau masyarakat antarabangsa termasuk PBB tetapi rantau bukan Islam seperti Selatan Sudan dan Timor Timur (kini Timor Leste) diutamakan untuk mendapat kemerdekaan, malah tidak menghadapi masalah diiktiraf oleh badan dunia itu.
Lebih mengusarkan kerana dunia Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memayungi lebih 50 negara umat Islam, berterusan mendiamkan diri dalam permasalahan Palestin. OIC yang ditubuhkan pada 25 September 1969 selepas berlaku kebiadapan Yahudi membakar Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam, dilihat bisu dalam isu tuntutan Palestin sebagai negara berdaulat.
OIC lesu dalam menangani permasalahan ummah apatah lagi pada peringkat lebih tinggi seperti permohonan Palestin untuk diiktiraf sebagai negara berdaulat in. Hari ini isu kebiadapan rejim Zionis-Yahudi yang menjadi titik tolak penubuhan OIC tetap gagal ditangani.
Tangan-tangan zalim rejim Zionis berterusan mencemar kesucian al-Aqsa dan kawasan sekitarnya di Haram al-Sharif (Temple Mount) manakala nasib orang Palestin tidak berubah sejak puluhan tahun lalu malah menjadi semakin buruk. Ekstremis Yahudi bertindak berani mengorek terowong di bawah al-Aqsa, tetapi apa reaksi ummah, negara dan organisasi yang memayungi mereka? Jika badan dunia seperti PBB tidak dapat diharapkan, mengapa OIC, negara dan umat Islam masih lena tidur?
Apabila umat Islam dan organisasi memayungi mereka seperti OIC membisu, musuh-musuh semakin berani menindas dan menghina umat Islam di seluruh dunia. Lihatlah apa yang terjadi kepada saudara se-Islam di negara di mana mereka kumpulan minoriti seperti di Myanmar, China, Rusia, Thailand, India dan Filipina.
Muslim Rohingya, Uighur, Chechnya, Melayu, Kashmir dan Moro menjadi mangsa; sesetengahnya diperangi dan dihalau dari kampung halaman masing-masing. Namun apa dibuat oleh OIC dan negara Islam yang bernaung dalam organisasi ini? Paling kuat mereka mengeluarkan kenyataan mengutuk, lebih menyedihkan sebahagian besar daripadanya memilih membisu seribu bahasa.
Bukan saja umat Islam minoriti dizalimi, malah negara ummah anggota OIC seperti Iraq dan Afghanistan dijarah sepuas-puasnya oleh kuasa biadap tetapi ummah terutama pemimpin mereka mendiamkan diri. Tiada yang berani menyatakan yang hak dan batil malah ada pemimpin bersengkokol dengan musuh untuk menghancurkan Islam.
Kemudian pemimpin zalim, sekutu dan pengikutnya yang menjarah negara umat Islam tanpa segan silu menuduh pula orang Islam sebagai pengganas dan memburu mereka di seluruh dunia. Umat Islam mengiyakan saja, malah sesetengahnya berganding tenaga membantu musuh. Dengan bantuan media massa dikuasai mereka, maka tergambarlah seolah-olah penganut Islam itu ganas, agama itu menganjurkan keganasan.
Demkianlah pemimpin dan ummah perlulah bermuhasabah diri; sempena tahun baru Hijrah 1438, kembalilah kepada Islam sepenuhnya untuk mendapat pertolongan dan kerahmatan Allah SWT. Jika ada pihak atau kumpulan ummah mahu menegakkan hukum Allah SWT, bantulah mereka dan jangan dihalangi usaha mereka kerana dibimbangi bukan saja kita akan mendapat pembalasan buruk di akhirat nanti tetapi di dunia lagi kita sudah dihina sedemikian rupa.

Published on October 16, 2016 03:22
October 12, 2016
Jurnalis: Antara agama dan kerjaya...
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***Artikel dipetik daripada https://syamimijamil.wordpress.com Tidak dapat ditolak kepentingan surat khabar dan wartawan dalam menyampaikan maklumat semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Pada ketika ini, surat khabar digunakan sebagai alat untuk memupuk semangat kebangsaan serta kemerdekaan. Selain itu, komunikasi adalah untuk politik dan sosio ekonomi.Perkembangan bidang komunikasi ini bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Sekitar tahun 1970-an, operasi persuratkhabaran di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Bidang ini mula mendapat perhatian umum dan berkembang dari semasa ke semasa.Wartawan jugalah yang bertungkus-lumus dalam menyemarakkan semangat demi menuntut kemerdekaan suatu ketika dahulu. Tokoh-tokoh seperti Ishak Haji Muhammad juga dikenali sebagai Pak Sako dan A Samad Ismail terbukti berjasa besar dalam menyumbang tenaga demi kemerdekaan negara.Harus diketahui bahawa bidang kewartawanan ini bukan sahaja sekadar menyalurkan berita semata-mata, ia bersifat menyeluruh sehingga merangkumi aspek kemasyarakatan, pandangan, dan ekonomi termasuk politik.Wartawan bukan sahaja melapor, malah perlu bertanggungjawab dalam menulis berita yang tepat, telus dan tersusun. Hal ini bagi memastikan bahawa pembaca jelas berkenaan dengan isu yang dibincangkan.Menurut bekas wartawan, LanH, kerjaya sebagai wartawan ini adalah kerjaya yang mulia. Dalam dunia yang semakin mencabar sekarang, akhbar boleh menjadi medan untuk memperjuangkan kebaikan tetapi pada masa yang sama juga mempamerkan kejelekan.Namun begitu, kerjaya dalam bidang kewartawanan kini dianggap sebagai salah satu kerjaya yang popular kerana ramai beranggapan kerjaya ini paling hampir dengan golongan kenamaan kerana berpeluang mendapat maklumat lebih awal berbanding orang lain.Tidak ramai menyedari bahawa tugas seorang wartawan itu sebenarnya mirip kepada tugas pendakwah, iaitu menyampaikan kebenaran. Persoalannya masih adakah kebenaran dalam penulisan masa kini? Ataupun kebenaran itu telah dibuang jauh demi mengejar keuntungan daripada hasil penjualan media terbabit.Menyampaikan sesuatu yang tidak sahih faktanya ataupun mengubah corak pemberitaan untuk tujuan meraih keuntungan merupakan salah satu contoh wartawan yang tidak beretika.Etika KewartawananMenerusi buku tulisan Jeniri Amir, Belajar Menjadi Wartawan terbitan PTS Profesional Sdn Bhd penulis berpendapat bahawa tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar. Ini bermaksud, wartawan harus menyampaikan maklumat yang tepat buat pembaca.Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan harus benar-benar menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama selagi tidak menyentuh mana-mana isu yang sensitif.Jika terdapat sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat wartawan terbabit harus memperbetulkannya.Wartawan yang beretika perlu berbudi pekerti semasa menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan atau tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.Wartawan perlu menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.Dalam perspektif Islam pula, pengamal kewartawanan Islam harus menyedari teori kewartawanan dan pendekatan mencari dan menyebarkan berita telah disimpulkan dalam salah satu ayat al-Quran.Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran dan jika kamu memutar-balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Nisa’ : 135)Mana-mana wartawan berjuang dengan ikhlas mencari berita yang benar dan menyampaikan kebenaran itu kepada masyarakat sebenarnya menjalankan tugas murni di sisi Islam.Namun etika kewartawanan Islam ini semakin tidak dihayati sebahagian pengamal media hari ini. Selama mana kita tidak berpegang kepada etika kewartawanan Islam, selama itulah kita tidak mampu pergi jauh dan menjadi sumber berita yang mempunyai kredibiliti serta diterima ramai.Mungkin pada dasarnya, dapat meraih keuntungan dengan gaji yang tinggi namun selama mana kita mampu untuk terus hidup dalam penipuan seterusnya berdosa di sisi agama?Islam begitu mementingkan kebenaran bukan saja dalam laporan pemberitaan bahkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Contohnya, pada sifat Rasullulah s.a.w. yang terkenal ‘al-Siddiq’ yang membawa maksud benar dalam tutur kata dan tingkah laku.Tanggungjawab atau dosa?Menyampaikan sesuatu yang tepat dan benar bukanlah merupakan masalah yang besar buat seorang wartawan Islam. Hal ini kerana, Malaysia masih ambil berat mengenai isu kesahihan sesuatu perkara, selagi perkara tersebut tidak sahih selagi itu tidak akan disiarkan kepada umum.Namun cabaran terbesar buat wartawan khususnya yang beragama Islam adalah apabila mereka berada di persimpangan antara kerjaya dan tuntutan agama.Seperti kita semua sedia maklum bahawa sudah menjadi tugas wartawan untuk mencari sesuatu yang unik dan luar biasa untuk dikongsi mahupun diselongkar buat tontonan umum.Semasa menjalankan tugasan sebagai wartawan, adakalanya mereka akan di tugaskan oleh pihak atasan untuk menjalankan sesuatu tugasan. Sekiranya wartawan terbabit diberi tugasan membuat liputan di kilang arak atau melaporkan liputan laporan tahunan syarikat arak yang terkemuka di negara sebagai contoh, wartawan terbabit tidak punya hak untuk mengelak dari melakukan tugasan. Di sinilah keimanan mereka akan diuji.Firman Allah Taala yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)”Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Rasulallah s.a.w. telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu, orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, dan orang yang meminta dibelikan arak untuknya." (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)Pastinya dosa yang besar menanti wartawan yang membuat liputan berkenaan dengan syarikat arak.Memetik kata-kata LanH dalam buku beliau yang bertajuk Travelog Wartawan Islam terbitan Kemilau Publika: “Menunggu prospek sumber berita merupakan salah satu tugas sebagai wartawan."Semua wartawan dari pelbagai akhbar akan menyerbu sebaik sahaja ‘sumber berita’ berkenaan keluar daripada bilik mesyuarat. Menunggu kemunculan VIP di lapangan terbang juga merupakan salah satu tugas wartawan.Namun begitu, terkadang mereka harus menunggu berjam-jam lamanya untuk melakukan sidang media. Menurut beliau lagi, di sini wartawan Muslim akan merasa resah berikutan tidak dapat menunaikan solat.Hal ini kerana, sekiranya wartawan terbabit menunaikan solat, berkemungkinan besar untuk mereka terlepas prospek sumber berita. Sudah pasti akan mendapat habuan apabila pulang dengan tangan kosong ke pejabat nanti.Cabaran seumpama ini merupakan cabaran terbesar buat seorang wartawan Muslim, dalam memilih untuk menunaikan solat mahupun menunggu sidang media yang belum tentu bila akan bermula.Mengelirukan pembacaKebanyakan bahan yang disiarkan di dalam akhbar kini banyak memberi dan menambahkan pengetahuan pembaca, namun tidak ketinggalan yang menyajikan sesuatu bahan yang tidak baik.Sebuah akhbar kini banyak berdiskusi berkenaan dengan isu halal haram terutama di ruangan rencana. Sebagai contoh rencana yang menceritakan perihal isu sosial remaja kini, memberi pencerahan mengenai kewajipan menutup aurat, tetapi akhbar yang sama menyiarkan gambar-gambar artis yang tidak menutup aurat atau bergaul dengan mesra dengan artis lelaki yang bukan muhrim.Pembaca semakin keliru dengan konsep yang cuba dibawa oleh sesebuah akhbar yang ternyata jauh tersasar daripada landasan Islam yang sebenar. Secara tidak langsung, konsep berbeza yang digunakan akan menyebabkan masyarakat menjadi rosak.Pecanggahan ini mungkin nanti akan melahirkan masyarakat yang tidak mengenali konsep halal dan haram sebenar didalam islam.“Pemikiran sekular seperti ini juga wujud dalam syarikat akhbar. Melalui majalah agama, segala kebaikan dan kemurnian agama akan ditonjolkan. Tetapi pada masa yang sama syarikat itu juga mengeluarkan bahan media yang bertentangan,” tulis LanH.Seterusnya masyarakat yang kurang ilmu agama akan terus keliru dan akan terus hanyut jauh dari konsep Islam.Di sebalik sesebuah karyaDalam bidang komunikasi massa, setiap individu harus bekerja dengan individu lain dalam menghasilkan sesebuah karya, sama ada bercetak mahupun elektronik. Seseorang wartawan memerlukan jurugambar untuk menghasilkan berita yang berkesan.Selain itu, dalam menghasilkan sebuah tulisan sebagai contoh, banyak pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Bermula daripada wartawan, jurugambar sehinggalah ke penyunting seterusnya ke pengarang berita.Tugas seorang penyunting adalah untuk menyunting berita termasuklah bertanggungjawab dalam menyusun atur grafik. Sekiranya penyunting tersebut diarahkan untuk menyunting sebuah tulisan berkenaan artis di dalam dunia hiburan, sudah pasti penyunting tersebut harus menyusun atur gambar-gambar yang menonjol, bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim atau harus menyunting kisah kehidupan artis yang belum sahih kebenaranya.Situasi yang sama juga akan berlaku buat wartawan dan jurugambar yang terbabit dalam menghasilkan berita dan mengambil gambar dengan aksi yang tidak cocok untuk tontonan umum atau yang tidak bertepatan dengan norma masyarakat Malaysia.Buat mereka yang mengambil mudah, sudah pasti tugasan ini bukan suatu tugasan yang mencabar. Tetapi bagaimana pula kepada mereka yang menitikberatkan soal hal berkenaan dosa dan pahala?Harus disedari bahawa hasil kerja tangan ini dikira bersubahat kerana membantu atau terlibat dalam menyiarkan berita dan gambar menghairahkan. Mereka juga turut menanam saham dalam merosakan akhlak masyarakat yang membaca atau melihat gambar yang disiarkan.IbadahTugas sebagai wartawan ini merupakan ibadah. Jelas LanH, wartawan mempunyai peranan dan saham yang besar dalam membangunkan ummah dan negara yang memiliki bangsa yang bejaya.Namun adakah masih dikira sebuah ibadah sekiranya berita yang disampaikan berat sebelah, fakta yang tidak tepat, memuatkan iklan empat nombor ekor, fitnah, gosip artis dan sebagainya?.“Adakah juga ‘hasil titik peluh’ iaitu gaji yang diperoleh dianggap halal untuk diberi makan kepada keluarga?” tegas LanH.Jelas beliau, wang gaji yang diterima setiap bulan adalah daripada hasil kerja subahat yang boleh diragui. Apabila wang tersebut digunakan, daging-daging daripada rezeki yang tidak halal akan mula tumbuh. Daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram ini akan menjadi bahan api di neraka kelak.“Daging yang tumbuh akibat daripada makan harta haram akan dibakar oleh api jahanam.” (Riyawat al-Baihaqi dan Abu Naim)Selain itu, kehidupan sebagai wartawan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan kekuatan mantal dan fizikal yang kuat dan kental.Sokongan daripada orang terdekat seperti sahabat dan keluarga sangat penting bagi memastikan seseorang itu kuat dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan sebagai perantara dan menyebar maklumat buat pembaca namun masih berpegang teguh pada ajaran agama.Adakalanya sehingga tidak punya masa untuk bercuti atau meluangkan masa bersama keluarga. Pengorbanan seorang wartawan begitu besar, tetapi apakah ia benar-benar memberi manfaat kepada seseorang di akhirat?Justeru, dalam menjadi Muslim sejati pada masa yang sama wartawan yang berkaliber, sesorang itu harus bijak dalam mencari ruang pekerjaan. Dewasa kini, terdapat banyak peluang pekerjaan yang menunggu untuk penuhi oleh wartawan Muslim.Selagi mampu, adalah lebih baik jika mencuba untuk jadikan pekerjaan sebagai amalan dan bekalan di akhirat kelak. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk bekerja di bawah syarikat yang berteraskan Islam, bukanya Islam pada nama semata.Mencari pekerjaan yang betul dan selari dengan landasan yang telah disusun oleh Allah SWT. Adalah penting bagi memastikan kita dapat bekerja dan pada masa yang sama dapat menyumbang sesuatu yang bernilai untuk kegunaan ummah.Diharap corak kerjaya kewartawanan dan industri komunikasi massa akan berubah mengikut rentak yang telah disyariatkan oleh Islam dengan menghasilkan bahan berinformasi bebas daripada unsur barat yang melalaikan.“Sesungguhnya Allah tidak akan menubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka menggubah keadaan mereka sendiri.” (Surah Al-Ra’d ayat 11)

Published on October 12, 2016 16:49
October 10, 2016
Harga barangan naik, peluang kerja hampir tiada…
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
TERKEJUT saya di kedai baru-baru ini apabila si peruncit memberitahu harga sepaket (sekilogram) makanan kucing sudah naik RM1 menjadi RM9. Kasihan ‘miaw’ saya, dalam seminggu saya perlukan dua paket, dengan kenaikan itu saya perlu tambahan RM8 sebulan; fikir punya fikir saya ambil keputusan mengurangkan kuantiti pembelian, jadi kucing-kucing itu perlu makan lebih banyak sisa makanan dan tulang!
Masalahnya, di kediaman saya jumlah kucing sentiasa bertambah – ada saja orang membuang kucing mereka. Baru-baru ini saya membawa balik dua ekor anak kucing yang dibuang di surau (depa ingat surau tempat orang makan ke?) manakala isteri pula membawa pulang seekor anak kucing yang dibuang di sekolahnya. Kenapa semakin banyak kucing dibuang, apakah ia petanda semakin ramai orang tidak mampu memberi makan kepada kucing?
Pertanyaan ini nampaknya macam satu ‘lawak’, tetapi jika diamat-amati ada kebenarannya. Seorang jiran selang beberapa rumah dari rumah saya memberitahu bahawa haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu tidak lagi di’welcome’ (alu-alukan) ke rumahnya. “Aku sendiri pun nak makan payah…inikan pula nak bagi kucing makan!” katanya membuatkan saya terkedu.
Mungkin sesetengah daripada kita terkejut dengan ‘statement’ si jiran itu tetapi selepas diselidiki dia sekarang ini tiada kerja. Dia adalah seorang daripada ribuan orang yang dibuang kerja. Ketika ini pembuangan pekerja bukan saja membabitkan syarikat kecil tetapi juga firma gergasi.
Menurut laporan, Petronas akan memberhentikan 51,000 pekerjanya, CIMB mengumumkan 23 cawangannya di seluruh negara ditutup manakala Tesco bakal mengurangkan 600 peluang pekerjaan. Dulu pun syarikat gergasi MAS memberhentikan 6,000 kakitangannya.
Sekarang ini sukar untuk seseorang itu termasuk graduan universiti memasuki dunia pekerjaan. Sebagai contoh seorang anak saudara saya yang menamatkan pengajian MBBS-nya Jun lalu masih belum dipanggil untuk menjalani ‘housemanship’-nya manakala seorang lagi anak saudara yang mempunyai ijazah kejuruteraan terpaksa berpuas hati dengan menjadi guru sementara.
Menurut bakal doktor itu, ratusan rakan-rakannya masih menunggu tempat 'housemanship'. Dilaporkan di Malaysia hanya ada 5,000 tempat menjalani ‘housemanship’ di hospital-hospital awam. Jumlah ini ternyata tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan ribuan graduan kedoktoran setiap tahun. Jadi, adalah biasa untuk graduan menunggu tiga hingga enam bulan untuk mendapat tempat.
Baru-baru ini saya berpeluang bercakap dengan seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi mengenai masalah ‘housemanship’ ini. Menurut beliau selain tempat terhad, masalah itu diperburukkan lagi oleh semakin ramai bakal doktor gagal menamatkan tempoh pelatihan selama dua tahun. Ini mungkin bermaksud graduan kedoktoran kita semakin menurun mutunya.
Apabila tempoh ‘housemanship’ mereka dilanjutkan, peluang pelatih baru semakin mengecil, kata pensyarah itu membuatkan saya bertanya: “Tidak bolehkah ditambah tempat ‘housemanship’ itu?”
Beliau berkata perkara itu adalah berkaitan polisi, jadi beliau tidak boleh mengulasnya tetapi mengakui untuk menambah tempat ‘housemanship’ memerlukan kos tersangat tinggi dan persoalannya mampukah negara kita melakukannya pada ketika era yang sangat mencabar sekarang ini?
Ya, sekarang ini sukar untuk anak muda memasuki pasaran pekerjaan; ada yang memilih untuk berusaha sendiri seperti apa diviralkan di internet baru-baru ini mengenai seorang gadis lepasan Universiti Tun Hussein Onn berniaga nasi lemak, malangnya baru saja berniaga dia dikenakan saman oleh pihak berkuasa tempatan.
Subhanallah, untuk mendapat kerja payah, untuk bekerja sendiri pun banyak masalah… untuk menjalani kehidupan harian pun payah kerana harga barangan keperluan mahal dan sentiasa naik, misalnya dalam kes saya harga makanan kucing pun sudah naik RM1 sekilogram (kasihan kucing-kucing saya); ya apa nak jadi dengan negara kita ini, 'hidup susah mati pun susah' (macam dialog dalam sebuah filem P Ramlee).
Kalau pemimpin Umno BN sekarang tak dapat berperanan membantu rakyat, apa kata kita buat perubahan pada PRU-14 nanti? Mulakan kerja dan perjuangan mulai sekarang, jangan sudah terhantuk baru tengadah!

Published on October 10, 2016 19:45
October 8, 2016
Sistem pendidikan sebabkan murid, guru, ibu bapa tertekan...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
MENJELANG akhir tahun ini, saya berkesempatan hadir di dua majlis perbincangan prestasi pencapaian anak-anak; seorang di sekolah menengah dan seorang lagi di pra-universiti. Ya, pihak institusi berkenaan memanggil ibu bapa bagi membincangkan pencapaian pelajaran anak masing-masing.
Nampaknya semua pihak mahukan anak-anak mencapai keputusan peperiksaan terbaik...apa yang dilihat cemerlang adalah anak-anak yang mendapat deretan 'A' - lagi banyak lagi bagus dan kalau boleh semua mata pelajaran adalah 'A'. Tak cukup dengan 'A', mereka mahu 'A+'. Berdasarkan perkembangan semasa di sekolah sekarang ini apakah cemerlang dalam bidang pendidikan diukur berdasarkan jumlah 'A' yang didapati oleh pelajar?
Jika hal ini menjadi penekanan kepada pelajar kita, ini bermakna sistem pendidikan kita hari ini melahirkan murid, guru dan ibu bapa yang amat tertekan. Murid tertekan kerana mahu mendapat sebanyak mungkin 'A', guru tertekan kerana mahu 'melahirkan' seberapa banyak murid mendapat 'A' dalam subjek diajarnya manakala ibu bapa tertekan kerana 'ditekan' pihak sekolah bagi membimbing (termasuk menasihati) anak masing-masing.
Demikianlah, apakah ini matlamat pendidikan kita? Beberapa hari lalu saya berpeluang melihat satu senario perbandingan pendidikan di dunia Barat seperti Amerika Syarikat dan Finland di internet yang menunjukkan pelajar-pelajar yang berpeluang belajar 'secara santai' berupaya mencapai prestasi cemerlang dalam pelajaran.
Murid negara berkenaan yang belajar secara formal di sekolah dalam jumlah jam yang sedikit mencatat kejayaan bertaraf dunia sedangkan jika diamat-amati murid-murid dan guru-guru kita dibebankan dengan 'tugas sekolah' dari awal pagi sehingga lewat tengah hari, kemudian bersambung lagi dari petang sehingga senja (misalnya sekolah agama rakyat) dan kemudian pada sebelah malam, ada ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti tuisyen; persoalannya betulkah kaedah ini untuk melahirkan anak-anak cemerlang bukan saja bagi masa depan mereka di dunia tetapi juga di akhirat nanti.
Dalam kita mempersiapkan anak-anak mendapat deretan 'A' sebagai bukti kecemerlangan dalam pendidikan, saya perhatikan kita mengabaikan perkara-perkara yang amat penting.
Di sini sukalah saya memberikan satu contoh. Masjid di kampung saya terletak bersebelahan sekolah agama rakyat (sesi petang). Suatu petang, ketika saya sampai di masjid untuk solat asar, azan berkumandang di udara. Dari masjid jelas kedengaran suara lantang seorang guru perempuan yang pada anggapan saya sedang 'membedah siasat' soalan peperiksaan yang dibentangkan kepada sejumlah murid. Mungkin ada seminar peringkat sekolah atau daerah bagi membimbing murid-murid menjawab soalan peperiksaan.
Apa yang saya perhatikan, ketika azan, guru perempuan itu tetap 'menjalankan tugasnya'. Suaranya lantang bergema, seolah-olah mahu 'melawan' suara azan. Bukankah azan itu adalah panggilan Illahi Yang Maha Hebat untuk seluruh insan menyahutnya? Tiada Yang Maha Besar melainkan Dia, tetapi di sekolah (sekolah agama pula), murid-murid seolah-olah ditunjukkan bahawa 'kerja sekolah' mereka lebih penting daripada panggilan Allah Yang Maha Agung!
Terfikir di benak saya kenapa murid-murid tidak diajar (dipraktikkan) untuk menghormati azan dan mereka kemudian dipimpin oleh guru secara beramai-ramai untuk solat berjemaah di masjid. Alangkah bagusnya jika anak-anak dilatih sejak kecil untuk bersama-sama ke masjid untuk solat berjemaah. Tidak bolehkah berhenti kira-kira 10-15 minit untuk solat berjemaah dan kemudian disambung balik 'diskusi yang amat penting' berkenaan.
Pada hari-hari lain, saya amat-amati di sekolah agama rakyat itu, ketika azan berkumandang, aktiviti sekolah berjalan seperti 'biasa'. Jika bertepatan dengan waktu rehat (waktu solat berubah-rubah), murid-murid dilihat melompat, jika waktu lain, guru masih mengajar dan murid-murid menjerit mengikut apa yang guru suruh sebut. Subhanallah, tidakkah guru mahu mengajar anak muridnya 'melakukan apa yang patut' apabila mendengar seruan azan?
Jika guru-guru dan murid-murid menyertai solat berjemaah, insya-Allah akan beres banyak perkara. Rahmat dan kebarakahan Allah akan mencurah-curah. Alangkah ruginya jika kita tidak membimbing anak-anak untuk solat berjemaah semata-mata untuk mengikuti jadual berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan.
Ya, sekarang ini, anak-anak diajar untuk menimba ilmu sebanyak mungkin tetapi kurang dari segi pengamalannya. Budak-budak sekarang pandai menghafaz itu dan ini, dalam peperiksaan mereka mendapat berderet A, tetapi satu kajian menunjukkan hanya 20 peratus murid-murid yang cukup solat waktunya. Apa sudah jadi pada yang 80 peratus itu? Akhlak murid-murid juga perlu dipertingkatkan, sekarang ini jika kita amat-amati, gejala sosial generasi muda semakin parah.
Berdasarkan apa yang saya saksikan ini, sempena Maal Hijrah saya rayulah pihak berkuasa agama (di Malaysia hal berkaitan agama adalah di bawah kerajaan negeri), bermuhasabahlah; lakukan penambah-baikan kaedah pembelajaran anak-anak kita, biar mereka mempraktikkan apa yang diajar.
Jika kita mengajar solat berjemaah itu sangat penting, marilah kita bimbing anak-anak murid kita untuk menyertai solat berjemaah di masjid dengan meninggalkan sebentar apa saja aktiviti di sekolah. Bukankah panggilan Allah itu lebih besar daripada segala-galanya! Adakah kita sudah tidak ada masa lagi (kerana sibuk menyediakan anak-anak untuk mendapat sebanyak mungkin 'A') hatta untuk menunaikan kewajipan kita kepada Yang Maha Kuasa?
Jika hak Allah SWT kita jaga, percayalah semua urusan duniawi kita termasuk dalam dunia pendidikan akan beres! Yakinilah, ini janji Allah dan sempena Maal Hijrah marilah kita bersama-sama melakukan perubahan!

Published on October 08, 2016 17:04
October 5, 2016
The fruitless tree…
n the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***
“BEFORE I learned about Muslim,I learned about The Qur’an first.If I learned about the Muslim first before the Qur’an,I would have never became a Muslim,Because Muslims is not perfect but Islam is.” – Yusuf Islam@ Cat Stevens
I attended a ‘kuliuh subuh’ (early morning lesson) at a ‘masjid’ near my house last Sunday, September 25th where the ustaz commented that nowadays ‘knowledge could be gained anywhere’ for example from classes in masjids, via mass media such as TV, by using social media such as Facebook and Youtube but in true sense ‘kebarakahan ilmu’ (blessedness of knowledge) is fast disappearing from us.
The ustaz made a comparison to the way of living of people of the past for example during our father our grandfather prime times; then they only had one or two ustazs in a kampung or none at all and there were hardly any ‘tazkirah’ (lesson) at the masjid, but once the people got inputs from once in a blue moon ‘tazkirah’, they put it into action. In this way, good deeds flourished and the bad ones were only committed once in a while.
He claimed that nowadays there are many ustazs and ustazahs around – they are giving lectures almost ‘around the clock’ including by using latest gadgets - but the irony of it if we were to open up our hearts and eyes we would realized that our society is getting worse by each day. The people do not put into action to what they had learned and sadly there are ustazs and ustazahs themselves do not walk their talk.
Subhanallah, the blessedness of knowledge is getting ‘thinner and thinner’ by each day, said the ustaz. Negative traits and crimes are on raise; what has become to our society when crimes unimaginable to us some time ago such as killing ones parents or spouse kept on filling the pages of our newspapers! One way knowledge ‘is taken away’ from us is more and more ‘ulamas’ (Islamic scholar) had left us for the Hereafter (died). The death of an ‘ulama’ is a great loss and disaster to us, he said.
After his lesson, I met the ustaz to have a clear picture on the subject about 'ilmu' and 'amal' (knowledge and the practicing of it or putting it into action). Among others, I mentioned to him about the sayings of Yusuf Islam or Cat Stevens (above) that he would never be a Muslim if he were to look at the doing of Muslims.
The ustaz said 'ilmu' and 'amal' are intrinsically and inexorably tied together, complementing one another. For any action to be correct, it has to be based on true knowledge. Knowledge that is not put into practice is of no benefit, regardless how correct that knowledge might be.
He then read a wise man saying that knowledge without action is like a tree without fruit. Ibn Hazm mentioned that from the benefits of knowledge is that it repels evil whispers from the soul and it rids one of the worries and troubles. This is especially true for the one who loves knowledge, who studies constantly, and who applies in practice what he has learned. The student of knowledge should distribute his time between memorizing, reading, revising, researching, and reflecting.
The ustaz said he agreed with the words of Yusuf Islam. Its tally of the saying of a Muslim thinker who said he found the values of Islam being practiced in Western countries while the Muslims themselves distanced away from its teaching. By looking and studying the conduct and way of living by the nonpracticing Muslims even if they are knowledgeable, a non-Muslim would not have noticed the beauty of Islam. Thus they would not be attracted to the religion. By the way, Islam is not only a religion but a way of life.
Knowledge is the key to serenity and ease, said 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni in his book Don't Be Sad. "Knowledge and an easy-going nature are like two inseparable companions: if the first is present, the other can be counted upon to accompany it.
"If you study the lives of Islam's greatest scholars, you will find that they led simple lives and that they were easy to deal with. They understood the purpose of life and knew which issues were paramount and which were less important.
"Meanwhile, you will find that the most obstinate of people are those who, without having knowledge, are ascetics. They misunderstand revealed texts and are ignorant of religious issues."
Muslims were also taught about beneficial knowledge and the fruitless ones. In the Qur'an 30: 56 Allah SWT says, "And those who have been bestowed with knowledge and faith will say: 'Indeed you have stayed according to the Decree of Allah, until the Day of Resurrection, but you knew not'.
There is knowledge that is useful and there is knowledge that is harmful. As for the knowledge that is useful, the believer's faith strengthens as a result of it; on the other hand, the disbeliever does not reap any benefit whatsoever from gaining this kind of knowledge; though the information required is the same, the results are very different.
Allah SWT says of His enemies: "They know only the outside appearance of the life of the world (i.e. the matters of their livelihood, like irrigation or sowing or reaping, etc.) and they are heedless of the Hereafter." (Qur'an 30: 7).
So gaining knowledge is important but the most important is how to use or handle it accordingly for the benefit of oneself and others, not only in this world but in the Hereafter.
It is useless to gain knowledge if the person involved only thinks about his or her personal benefits derived from it or becomes ignorant, proud and doesn't remember Allah SWT at all.
Nowadays how many times have we witnessed people with higher education being brought to the courts for misconduct such as being involved in bribery, breaching trusts and stealing monies and being involved in various scandals. And those in power do whatever they wished, sometimes to the extend that even laws are at their feet.
Remember what Allah has to say about the Jews who had abundant knowledge but became ignorant. "The likeness of those who were entrusted with the Torah, but who subsequently failed in those (obligations), is as the likeness of a donkey who carries huge burdens of books (but understand nothing from them). How bad is the example of people who deny the Ayaah (proof, evidence, signs, verses, etc.) of Allah. (Qur'an 62 ; 5).
In gaining knowledge and putting them into practice we hope to be among the seven groups of people who will be rewarded handsomely as promised by Allah SWT.
In a hadith narrated by Abu Hurairah, the Prophet s.a.w. said, “"Seven people will be shaded by Allah under His shade on the day when there will be no shade except His. They are: (1) a just ruler; (2) a young man who has been brought up in the worship of Allah, (i.e. worship Allah (Alone) sincerely from his childhood), (3) a man whose heart is attached to the mosque (who offers the five compulsory congregational prayers in the mosque); (4) two persons who love each other only for Allah's sake and they meet and part in Allah's cause only; (5) a man who refuses the call of a charming woman of noble birth for an illegal sexual intercourse with her and says: I am afraid of Allah; (6) a person who practices charity so secretly that his left hand does not know what his right hand has given (i.e. nobody knows how much he has given in charity). (7) a person who remembers Allah in seclusion and his eyes get flooded with tears."
Islam stressed the importance of knowledge; Muslims, men or women are asked to learn and enrich themselves, to seek knowledge from the cradle to the grave, a hadith said: “Seeking knowledge is incumbent upon every Muslim, male and female.” (Bukhary and Muslim)
No matter what kind of knowledge are there, all for the benefits of this world and Hereafter, every Muslim should study and try to be a kind hearted believer, and get success in this world and Hereafter. A hadith said: “He who wants to be successful in this world, then he must have knowledge; he who wants to get successful in the Hereafter, then he must have knowledge; he who wants to get successful in this world and Hereafter, then he must have knowledge.” (Bukhary and Muslim)
A learned person should practice what he himself preaches, and spread his or her knowledge to other people. But, please do remember that 'ilmu' without 'amal' is like a tree without fruit. For a practicing scholar he will be holding a higher rank in front of Allah and in social community as well. The Qur’an says: “Allah will exalt those who believe among you, and those who have knowledge, to high ranks.” (58: 11)

Published on October 05, 2016 16:20
October 3, 2016
PRU-14; SPR didakwa alih tiang gol...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)
DALAM apa juga pertandingan termasuk sukan diminati ramai iaitu bola sepak ada pengadil. Selain itu ada dua penjaga garisan yang boleh dianggap pengadil juga. Namanya saja sudah membayangkan sifatnya - adil - tidak boleh berat sebelah, orang putih kata 'bias'.
Dalam negara demokrasi jika diadakan pilihan raya, pengadilnya adalah seumpama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negara kita. Sama seperti pertandingan bola sepak yang mana pengadil diberikan amanah, pengendali pilihan raya perlu adil, telus dan mendukung ciri-ciri baik lain.
Dua penjaga garisan boleh diberi peranan kepada sejumlah pihak lain seperti polis dan badan kehakiman. Malah media massa juga boleh berperanan dengan syarat ia juga adil, telus, bebas dan tak 'bias'.
Dalam pertandingan bola sepak, pengadil bukan saja perlu adil tetapi dilihat adil. Jika tidak, akan berlaku perkara-perkara tidak diingini termasuklah rusuhan oleh penonton. Sering kali kita mendengar penyokong sesuatu pasukan berpuas hati hatta pasukan mereka tewas dalam sesuatu pertarungan hebat yang 'diadili' oleh 'pengadil hebat'!
Tetapi bagaimana jika pengadil 'lousy' (teruk)? Silap-silap haribulan belum habis permainan, kasut dan botol serta tin minuman sudah dilontar ke arahnya. Itu permainan bola sepak; jika pengadil pilihan raya sejak sebelum pilihan raya lagi bertindak 'lousy', sudah pasti rakyat berteriak - sebagai bukti di negara kita ada pihak mahu mengadakan perhimpunan Bersih dan pelbagai bantahan lain.
Persoalannya sebab apa? Berdasarkan perkembangan terkini, SPR sedang giat melaksanakan persempadan semula kawasan pilihan raya termasuk memindah pengundi. Siapa yang meminta ini semua kalau bukan pemerintah Umno BN yang pada pilihan raya lalu tewas berdasarkan undi majoriti (mendapat 49 peratus jumlah undian)? Namun disebabkan negara kita mengamalkan sistem perebutan kerusi 'first-past-the-post', Umno BN masih boleh berkuasa tetapi dalam situasi 'sangat bahaya'!
Umum mengetahui pilihan raya diadakan di negara kita bukan di atas padang yang sama rata. Sebagai parti pemerintah, Umno BN memperkuda semahu-mahunya pelbagai jentera termasuk milik kerajaan untuk menang pilihan raya. Malah media massa tradisional dipergunakan secara maksimum bagi kepentingan mereka.
Terkini, Umno BN yang dalam keadaan terdesak bagi menyelamatkan kerusi-kerusi Dun dan kawasan Parlimen pada PRU-14, mempergunakan SPR melakukan persempadanan semula (pecah sempadan) yang boleh dianggap dalam permainan bola sepak sebagai mengalihkan tiang gol.
Apabila pihak lawan didapati semakin 'menyengat' iaitu hampir menjaring gol, tidak mahu tidak pelbagai taktik licin dilakukan termasuklah mengalih tiang gol. Selain itu pemain (pengundi yang menyokong mereka) secara tiba-tiba bertambah pula; persoalannya dari mana mereka datang?
Jika 'di sebelahnya', tiang gol dialihkan, di kawasan gawang gol lawan pula, pengadil sudah disuapi agar tindakan 'mencuri ayam' dibenarkan. Jadi dengan cara ini ditambah 'pemain import' (Bangla, Indon, Nepal?), yang ramai, mudahlah Umno BN menyumbat gol sebanyak-banyaknya pada PRU-14 nanti.
Jika begini keadaannya, Umno akan terus berkuasa sejajar dengan slogannya 'Dulu, Kini dan Selamanya'. Namun harus diingat bahawa arus air (kebenaran) tidak dapat disekat sepenuhnya, suatu hari nanti empangan akan pecah jua.
Sekarang pun sudah ada bukti 'empangan' itu sudah retak teruk, menanti pecah saja, misalnya ramai bekas pemimpin Umno BN termasuk mereka yang dulunya paling berkuasa terpaksa menjilat kembali air ludah masing-masing.
Demikian juga pengendali (pengadil) pilihan raya, ramai bekas pemimpinnya mengaku tersilap...malangnya mereka 'insaf' akan kebobrokan itu hanya selepas bersara. Ayam pencen berkokok kurang nilainya berbanding si ayam jantan juara sabung tetapi setidak-tidak mereka boleh 'menyumbang sesuatu' sebelum 'berangkat pergi'!
Realitinya sekarang, rakyat bermain bola sepak di padang tak sama rata, tiang gol dialihkan ke sana sini, manakala pengadil pula daripada jenis 'cap ayam'...apa adakah kita boleh terus berdiam diri? Pemimpin Bersih pun sudah tak tahan; dengar khabar mereka akan mengerakkan perhimpunan besar-besaran 17 November nanti, kita pula bagaimana? Mahu terus bermain di padang tak sama rata ini?

Published on October 03, 2016 09:20
October 1, 2016
Bas percuma: Selangor boleh; Pusat, negeri lain pun boleh...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
TERSENYUM saya tatkala membaca rencana pengarang New Straits Times (NST) bertarikh Jumaat, 23 September 2016 bertajuk 'Free school bus service for all' (Perkhidmatan bas sekolah percuma untuk semua) yang antara lain menyebut: "If a free bus service can be provided for adults in Selangor, why not school buses for children?" (Jika perkhidmatan bas percuma boleh disediakan untuk orang dewasa di Selangor, mengapa tidak ia membabitkan bas sekolah untuk kanak-kanak?)
Membaca petikan ayat ini boleh membawa pelbagai tafsiran dan pengertian, salah satunya pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha murni kerajaan negeri Selangor yang berusaha untuk 'menyenangkan' rakyatnya!
Syabas kerajaan Pakatan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan sebelum ini oleh Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim. Jika kerajaan Selangor boleh menyediakan perkhidmatan bas percuma, kenapa tidak kerajaan-kerajaan negeri lain malah kerajaan Pusat sendiri. Ya, Selangor boleh, negeri-negeri lain malah Malaysia pun boleh!
Sejajar dengan apa disyorkan melalui rencana pengarang itu, kerajaan Pusat melalui pelbagai agensinya dan yang paling penting Kementerian Pendidikan memikirkan secara serius untuk menawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk semua kanak-kanak sekolah.
Pihak-pihak berkenaan sewajar berhenti daripada bercakap dan mengesyorkan 'begitu dan begini' kerana usaha mengelakkan kemalangan di depan sekolah yang kerap berlaku perlu diberi perhatian utama sekarang ini. Bertindaklah secara berkesan daripada banyak bercakap!
Mengenai kos mengadakan perkhidmatan bas sekolah percuma itu, apalah yang 'hendak dirisaukan' kerana sudah pasti ia 'ciput' (sikit saja) berbanding berbilion-bilion ringgit wang rakyat yang 'hilang entah ke mana'!
Rencana pengarang itu secara tidak langsung telah menjadikan usaha kerajaan negeri Selangor sebagai contoh. Bercakap mengenai kerajaan negeri ini beberapa hari lalu saya berkesempatan solat Jumaat di sebuah masjid di Selangor dan di sana saya berpeluang mendapatkan akhbar 'Selangor Kini' bertarikh 23-30 September 2016.
Akhbar ini diberikan percuma sejajar dengan perkataan PERCUMA yang dicetak di muka depan. Berdasarkan pengalaman saya, ada kerajaan negeri lain yang mengeluarkan buletin yang diedarkan secara percuma di masjid dan premis awam tetapi di muka depannya ditulis harganya, misalnya RM1.50.
Persoalannya, jika akhbar diedarkan secara percuma, mengapa perlu diletakkan harganya? Kita bimbang kos pengendalian akhbar itu dibiayai daripada wang rakyat...tetapi wang perolehannya masuk ke kantung pihak tertentu.
Ya, kerajaan Selangor sudah menunjukkan contoh yang baik - jika percuma katakan percuma, tidak perlu berselindung apa-apa lagi. Jika akhbar percuma bagi saja secara percuma; demikian juga bas atau perkhidmatan lain, jika percuma tidak payah susahkan rakyat dengan macam-macam syarat seperti "awak mesti sokong parti kami" atau hendak letakkan logo parti pada barangan seperti peralatan tulis, kampit baja atau beras.
Ringkasnya, beri saja pada rakyat, jangan banyak 'songeh-songeh'. Ini baru kerajaan menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan mereka seperti dikenakan GST tetapi dipropagandakan melalui media massa bahawa 'GST memberi kebaikan kepada rakyat'. Apa punya cakap daa!
Sempena 'pengiktirafan' NST kepada perkhidmatan bas percuma Selangor, saya petik mutiara kata MB Azmin Ali yang disiarkan di muka tengah Selangor Kini. Cuba bandingkan pula dengan kata-kata seorang pemimpin Umno Selangor tidak lama dulu. Terima kasih rakyat(Genap dua tahun memikul amanah)
Inilah realiti Selangor.Rencam dan penuh harapan.Usah bimbang dan gundah gulana.Ekonomi kuat, rakyat selamat, negeri berkat.Rakyat telah memberikanMandat berdasarkanmuafakat yang berpegangkepada prinsip keadilan dankemakmuran untuk semua.Jangan khianati amanah.
Kain songket tenunnya halus,Sesuai dipakai segak terikat,Pemimpin adil mentadbir telus,Dihargai rakyat sepanjang hayat.
(Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali)Selangor Kini (23-30 September 2016)
Manakala di bawah ini ungkapan seorang Ketua Wanita Umno Bahagian mengenai keadaan di Selangor dalam sajak bertajuk 'Selangor Kini' tidak lama dulu.
Pakatan rakyat makin terdesak,
DAP pula sentiasa mengasak,
Otak MB dah makin rosak,
Keputusan dibuat,
Betul ke tidak?
Rakyat Selangor sudah masak,
Lakonan mereka,
Semakin nampak,
Ke mana-mana orang,
Dah mula berborak,
Menyokong PR parti,
Yang haprak.

Published on October 01, 2016 17:06
September 30, 2016
'Shah-i-Zinda' in California?
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Do not spy one another,
nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49: 12)
***IN June 1992 I was in Samarkand, Uzbekistan. One memorable place I visited was the Shah-i-Zinda Ensemble which includes the mausoleum of Khusam ibn Abbas, the cousin of Prophet Muhammad s.a.w. (peace be upon him).It was claimed that the body of the 7th century preacher was buried here after he was beheaded for his faith. Shah-i-Zinda means 'The Living King' - to some people of Khurasan (modern day Uzbekistan), Khusam is still living; he's in their hearts. Nowadays Islam is by far the dominant religion in Uzbekistan, as Muslims constitute more than 90 percent of the population. Recently the Shah-i-Zinda Ensemble came into limelight when the body of Uzbekistan's President, Islam Karimov was buried there. He was in power for 27 long years; his reign began a year before Uzbekistan's independence in 1991 from the claws of the Soviet Empire.Khusam died in Samarkand (Khurasan) and he was buried there and to make a comparison our beloved Tok Guru Haron Din died at the Stanford University Hospital in San Francisco, California and his body was buried at Five Pillars Farm. To the people of Uzbekistan, Khusam who 'brought' Islam to them was Shah-i-Zinda (The Living King), so could our Tok Guru Haron Din be 'Shah-i-Zinda' in California?Alhamdulillah, last Sunday morning, September 15th, I was lucky to meet a former 'mufti' who was cheerful to answer 'doubts' from a 'unlearned' layman such as the writer. When I asked him about the possibility of a future 'Shah-i-Zinda' in California where the 'tok guru' was buried, he did not answer directly but told about the story of Imam Sheikh Al-Shadhili (Abu al-Hasan ash-Shadhili (1196-1258 AD), the founder of the Shadhili Sufi order. He said when Al-Shadhili fell ill in the eastern desert of Egypt, he told his followers if he dies, they should bury him there; a lonely land far away from civilization. He did want people to honour him but that area which was called Humaithara now known as Sheikh Shazly had became a focal point of people from all over the world.Answering other questions from the writer, the former mufti said the deceased should not be moved from the place he dies to another land unless that is for a valid reason. He cited that Prophet Muhammad s.a.w. who died in Aisya's (his wife) room was buried there even at time, the graveyard of Baqi' of Madinah was in existence.'Sahaabah' (companion) of the Prophets s.a.w. too was to bury the deceased in the graveyard of the land or city in which he died, and to bury martyrs (for example Khusam ibn Abbas) where they died. Scholars said it is not proven in any 'hadith' or report that any of the 'sahaabah' was moved to a place other than the graveyard of the land or city in which he died, or to another place nearby.They said it is not permissible to moved the deceased before burial to a land other than the one in which he died, unless that is for a valid reason such as fear that his grave may be violated. Scholars said part of honouring the deceased is to prepare him and bury him as soon as possible.The former mufti said if a person had made a 'wasiat' (wish) that he or she was to be buried at the place he/she died, then it must be fulfilled. Reports said family members of Tok Guru Haron Din were in agreement that he be laid to rest in San Francisco as he had left a 'wasiat' regarding the matter.He said the cost of bringing back the body would be very high and in Tok Guru Haron Din's case, Prime Minister, Dato' Seri Najib Razak dan his deputy, Dato' Seri Zaid Hamidi had arranged for an aircraft to bring back the remains of the 'ulama'. Thanks for their concern, but the former mufti said, it is the duty of Muslims to bury the deceased as quickly as possible including to protect the deceased from the procedures that may be done to his body to prevent decay, and to avoid the extravagance of spending large amounts of money unnecessarily. To bring back bodies from far away places, many 'troublesome' and expensive and mostly importantly against 'syariah' procedures and process such as embalming including surface embalming where alcohol were used, had to be done.This is in addition to delays in burial and un-necessary expenditure of thousands of ringgits. The Prophet s.a.w. was emphatic when he said: “Hasten to bury the corpse; for if it was righteous then you are sending it off to its welfare; and if it was otherwise then you are putting off a liability from your necks.” (Narrated by Imam al-Bukhari)
Scholars said the Prophet s.a.w. never moved a dead body from one location to another; he buried the person in the graveyard of the locality where the person died. He never transported the dead bodies to Makkah or Madinah even if the person/persons passed away just a few miles away from these holy places. This was the practical model followed by the 'sahaabah' during the time of the Four Rightly Guided Caliphs (Abu Bakar, Omar, Othman and Ali r.a.)
The former mufti said to this day, pilgrims including from Malaysia who died in Makkah and Madinah were buried in the city they passed away. There's a hadith that mentioned the grave of a blessed person would be widen from the place he/she was buried to his homeland in the Hereafter.As a conclusion, scholars said burial of dead bodies in the graveyard of the city or place they die in as quickly as possible is a practical Sunnah. Corpses must not be transported to far away destinations except in a very rare, extraordinary situation where Islamic burial is not possible or corpse dignity is feared to be compromised.

Published on September 30, 2016 06:41
September 27, 2016
'Kerajaan lalu gagal beri tumpuan pengangkutan awam'...
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***TAJUK ruangan ini adalah pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri...beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika perasmian majlis pecah tanah MRT aliran Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya di Putrajaya Sentral 15 September lalu.Najib dipetik sebagai berkata: "Sejak berdekad lalu kita (kerajaan) tidak memberi tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam," lantas mengumumkan dia sendiri akan membetulkan keadaan itu.Syabas PM Najib tetapi siapakah kerajaan lalu itu? Bukankah ia Umno BN. Ertinya kerajaan Umno BN gagal dalam menyediakan pengangkutan awam dan istimewanya kali ini ketuanya sendiri mengakui kelemahan itu.Bagi Najib, beliau bukan baru memegang tampuk kerajaan 'untuk membetulkan keadaan'. Beliau menjadi PM sejak 2009...sudah tujuh tahun di singgahsana kuasa, sungguh pelik baru sekarang beliau mengakui pengangkutan awam negara agak teruk.Pada awal pemerintahannya, Najib gemar melaungkan slogan "BN memerintah, semua masalah selesai" tetapi terbukti sekarang dalam perkara berkaitan pengangkutan awam pun ia gagal apatah lagi dalam bidang lain. Mungkin PM Najib baru sedar keadaan ini selepas dikejutkan dengan laporan penumpang terpaksa berjalan di atas rel LRT baru-baru ini akibat 'ketidak-efisyenan' perkhidmatan pengangkutan awam.Baru-baru ini saya berpeluang menaiki tren komuter KTM dari Bandar Tasik Selatan ke Tampin (Pulau Sebang); sehubungan itu dapatlah saya memberi sedikit input mengenai situasi pengangkutan awam negara kita. Alhamdulillah di Bandar Tasik Selatan saya tak perlu menunggu lama, saya menaiki tren jam 6.50 pagi dan sejam kemudian sudah sampai di Seremban, Cepat dan efisyen perkhidmatan itu!Namun di stesen Seremban saya terpaksa menunggu satu jam untuk meneruskan perjalanan ke selatan. Tren yang bertolak hampir jam 9.00 pagi itu sampai di Tampin kira-kira jam 10 pagi. Dari stesen Tampin tiada bas penghubung (cuma ada sebuah dua kereta sewa yang cepat mendapat penumpang), jadi terpaksalah penulis 'menapak' sejauh lebih sekilometer ke stesen bas Tampin bagi mendapatkan bas ke Melaka.Di stesen berkenaan, bas ke Melaka belum sampai. Hampir sejam menunggu barulah bas Panorama (di Melaka, semua perkhidmatan bas domestik dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri) muncul. Pemandu memakir bas di lorong pertama stesen itu tetapi kemudian 'ghaib', mungkin dia pergi minum. Sejam kemudian baru dia kembali, penumpang yang resah gelisah termasuk sudah basah baju mereka, masih bersopan beratur mengikut giliran menaiki bas.Antara pengajaran daripada pengalaman saya menaiki pengangkutan awam itu adalah masa yang terbuang begitu banyak manakala kosnya juga tidak kurang tinggi. Bayangkan daripada memulakan perjalanan pada jam 6.30 pagi (menaiki komuter jam 6.50 pagi) saya hanya tiba di bandar Melaka jam 12.30 tengah hari sedangkan jika saya memandu sendiri masa diambil mungkin satu setengah jam saja! Kos pengangkutan awam juga tinggi; tambang tren Bandar Tasik Selatan ke Tampin lebih RM12 manakala tambang bas ke Tampin-Melaka RM4. Rasanya 'tak berbaloi' untuk menaiki pengangkutan awam untuk perjalanan seperti ini!Sebenarnya, sudah puluhan tahun saya tidak menaiki bas berhenti-henti di Melaka yang kini dikuasai Panorama. Namun sebagai seorang bekas pengguna bas henti-henti yang memahami suka duka penumpang bas awam, sekarang ini hati saya bagaikan 'luruh' melihatkan datuk, nenek, makcik, pakcik dan anak-anak muda dan kecil menunggu berjam-jam dalam keadaan panas terik atau hujan di tepi jalan; bas yang ditunggu bagai tak kunjung tiba.Benar, sebahagian besar pengguna bas awam di Melaka sekarang ini mengalami masalah berat. Sekalipun saya bukan penggunanya; jiran, saudara, rakan sebagai penumpang selalu merungut menyatakan; "memang susah nak dapatkan bas sekarang ini." Menunggu satu dua jam di tepi jalan adalah perkara biasa kerana kekerapan perjalanan bas dikurangkan. Seorang pemandu bas berkata, hal itu terpaksa dilakukan kerana jika tidak pengusaha bas akan mengalami kerugian besar.
Pengguna bas henti-henti semakin kurang kerana semakin ramai orang berkenderaan sendiri. Disebabkan kekurangan penumpang inilah pengusaha terpaksa mengurangkan perjalanan bas di samping mengelak laluan tidak menguntungkan. Namun bukan semua orang ada kenderaan sendiri; mereka terpaksa bergantung kepada perkhidmatan bas. Di seluruh Melaka, dilaporkan ada 30,000 pengguna tetap bas awam. Merekalah golongan teraniaya apabila perkhidmatan bas lembap atau tiada langsung.
Pengguna bas berhenti-henti Melaka dan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar akan 'terus setia' menunggu di tepi jalan raya; menunggu bas yang seolah-olah tak kunjung tiba, jadi di manakah kebenaran cakap berapi-rapi PM Najib Razak kononnya apabila "BN memerintah, semua masalah selesai."
Sekarang ini saya perhatikan, di Kuala Lumpur misalnya, kerusi pemandu bas semakin ramai diduduki oleh Mat Indon, Bangla, Myanmar dan sebagainya. Ya kini sudah ramai pemandu dan konduktor bas adalah orang seberang. Mereka menjerit: "Destinasinya mana ya Pak" seolah-olah kita berada di Jakarta pulak!

Published on September 27, 2016 21:45
September 23, 2016
Mantapkan hubungan suami isteri di Tanah Suci...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
SYUKUR alhamdulillah, musim haji 1437 sudah tamat; jemaah haji mula berbondong-bondong kembali ke tanah air masing-masing. Tanggal 2 Oktober nanti kita akan menyambut tahun baharu Hijrah 1438 maka bermulalah kalendar baharu amalan kita diawali bulan mulia Muharam.
Seorang tuan guru dalam tazkirahnya yang saya hadiri baru-baru ini mengingatkan jemaah akan kepentingan meningkatkan amalan pada 30 hari setahun iaitu pada 10 hari pertama bulan Muharam, 10 hari terakhir Ramadan dan 10 hari terawal Zulhijah.
Berceloteh mengenai bab haji, teringat saya kolum kendalian saya dulu 'Kisah Dari Tanah Suci' yang bersiaran di Harakah lebih 10 tahun (2002-2014). Rupa-rupa masih ada insan yang menghantar coretan mereka kepada saya.
Pada kolum kali ini izinkan saya menyiarkan celoteh seorang haji muda yang usahlah saya sebutkan namanya mengenai 'bilik berkat' (kamar khas yang boleh disewa pasangan suami isteri) di Makkah ketika musim haji.
Bagi sesetengah orang bilik berkat adalah 'hal kecil (remeh)', tetapi kita perlulah berlapang dada kerana 'manusia tidak sama' - ada yang menganggap perkara itu sebagai 'perkara pokok' yang dapat menyumbang kepada kebahagiaan suami isteri yang akhirnya membawa seseorang bakal haji dan hajah fokus kepada ibadah.
Ketahuilah wujud perbezaan lelaki-perempuan dari segi perasaan, emosi, fikiran, tanggapan, dan sebagainya. Apabila mengetahui perbezaan itu, diharapkan suami isteri bermuhasabah diri seterusnya sedia 'melakukan pengorbanan'. Yalah, bukankah haji itu pengorbanan, pasangan suami isteri perlu melakukan pengorbanan menjaga hati (perasaan) dan naluri pasangan masing-masing demi keutuhan hubungan suci mereka. Mentelaahan godaan 'untuk tidak berkesefahaman' adalah tersangat tinggi di Tanah Suci', ya iblis dan syaitan kuat mengacau..
Menurut sesetengah ustaz, ada suami isteri veteran 'terlajak' ketika ihram, yalah kenapa tidak 'menyalurkannya' dengan jalan betul pada masa yang betul...bukankah bilik berkat boleh diperolehi dengan sedikit bayaran; agar hubungan suami isteri tidak keroh dan pada masa yang sama jemaah dapat menunaikan rukun, wajib dan sunat umrah dan haji dengan sempurna dengan gembira bagi memperolehi haji mabrur yang balasannya tiada lain melainkan syurga!
Berikut adalah celoteh jemaah haji muda itu: "Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar mengenai bilik berkat di Tanah Suci bagi jemaah haji Malaysia. Mengerjakan haji pada ketika usia muda dan bertenaga memang ada banyak kelebihan. Bakal haji dan hajah muda boleh berulang alik dari bilik hotel ke masjid sehingga lima kali sehari jika mahu.
"Saya sangat bersimpati dengan bakal haji dan hajah veteran; yang memang tidak dapat sepenuhnya untuk ke masjid lima kali sehari khususnya pada waktu kemuncak musim haji. Ini kerana kesesakan dan jauh.
"Sebelum saya ke Tanah Suci ada rakan-rakan yang juga sebaya (40-an) dan telah mengerjakan haji, mengusik dan mengingatkan saya jangan malu 'menempa' bilik berkat di Makkah ketika 'naik' haji. Dia menambah di Tanah Suci tahap 'libido' kita agak tinggi dan kalau tidak diuruskan dengan baik kita mungkin kurang fokus dan dikhuatiri akan melilau dalam beribadah.
"Saya hanya tersenyum mendengar nasihat sahabat-sahabat tersebut... sehinggalah saya sendiri mengalaminya. Betul kita tidak boleh menolak naluri kita sebagai manusia. Jika kita tidak berada di dalam ihram dan tidak terikat dengan pantang larangnya - kenapa tidak...khususnya selepas menyelesaikan umrah bagi jemaah yang mengerjakan haji tamattuk dan menunggu masa untuk menunaikan haji."Pada saya bukan aktiviti dalam bilik berkat itu yang menjadi fokus. Tetapi urusan ibadah di Tanah Suci akan jadi lebih 'tenteram' dan kita menjadi 'fokus' setelah perasaan dan naluri kita sebagai suami isteri ditundukkan mengikut fitrahnya."Ada jemaah yang mempunyai kemampuan menyewa bilik di hotel lain bagi tujuan 'berdua' suami isteri, itu terpulanglah kepada mereka. Apa yang pasti ada jemaah haji muda (malah veteran) perlu menerima hakikat - ada 'masanya' kita perlu untuk menggunakan bilik tersebut dan menunaikan 'tanggungjawab'. Percayalah selepas itu seseorang jemaah itu akan kelihatan sangat ceria dan santai dan bolehlah dia fokus kepada ibadah. Sebaliknya ada jemaah terutama lelaki sentiasa 'marah-marah' dan kelihatan amat tertekan.
Tak perlulah kita menyeksa diri dengan menjauhi isteri selama 43- 53 hari semata- mata kerana berada di Tanah Suci...Asal sahaja kita tidak berada di dalam pantang larang ihram,,,'go ahead'."Saya pernah bertemu dan berbual dengan seorang jemaah muda yang merungut dan memarahi staf Tabung Haji yang padanya sengaja berdolak dalik mengenai bilik berkat apabila dia memohonnya.
"Jelas kelihatan 'tension' di muka jemaah tersebut. Kebetulan kami ditakdirkan memilih sudut dan saf yang sama setiap kali ke masjid. Puas jugalah saya mendengar keluhan beliau. Saya akhirnya faham apabila melihat beliau dan isterinya yang sangat muda ketika usai solat dan pulang dari masjid.
'Moral of the story'...jangan malu-malu memohon dan guna bilik berkat...insya-Allah ia membantu kita fokus, tenteram, ceria dan gembira untuk beribadah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah."

Published on September 23, 2016 17:16
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.