Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 244
March 8, 2022
Akhirnya Malaysia Menghitung Hari Ke Fasa Endemik
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan bahawa Malaysia akan beralih ke Fasa Endemik mulai 1 April 2022 nanti.
Beberapa SOP akan dimansuhkan dan penetapan SOP baharu akan dibuat.
Fasa peralihan adalah kembali kepada kehidupan normal selepas bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Malaysia juga turut mengumumkan membuka semula sempadannya kepada pelawat luar.
Baca juga:
Viral Lagi Sotong Goreng Berharga RM100 Seekor Di Restoran Mamak , Tetapi Penampakan “Sesuatu” Bikin Netizen KecohAzwan Ali Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Rancangan MIC ON! Tiada KompromiSOP Fasa Peralihan Endemik:Berikut merupakan sop fasa peralihan endemik berkuatkuasa pada 1 April 2022:
Maklumat lanjut akan dikemaskini dan dikongsikan dalam artikel seterusnya.
Viral Lagi Sotong Goreng Berharga RM100 Seekor Di Restoran Mamak , Tetapi Penampakan “Sesuatu” Bikin Netizen Kecoh
Sebelum ini sudah tular harga sotong dan juga kepala ikan yang terlalu mahal dan juga megundang kecaman netizen namun mendapat penjelasan daripada restoran yang terlibat.
Rata – rata kedai makan yang menyajikan makanan laut sememangnya mempunyai harga yang mahal kerana bahan mentah yang digunakan segar dan juga mahal dipasaran.
Tidak serik dengan penularan tersebut , kelmarin tular pula seorang individu berkongsi gambar resit makanan yang memaparkan harga seekor sotong goreng segar yang berharga rm100 namun gambar tersebut menjadi tanya tanya kerana diambil di belakang kereta jenis honda .
Para netizen terus terusan mengkritik dan memerli individu tersebut kerana merasakan yang individu tersebut sengaja mahu menayangkan kereta dan bukannya resit berkenaan.
Malah ada yang tidak bersetuju dengan penularan tersebut kerana pelanggan tersebut tidak terlebih dahulu menanyakan harga makanan sebelum memesan atau memeilih makanan di restoran berkenaan.
Dalam resit bekenaan juga terdapat beberapa menu lain yang normal harganya di restoran berkenaan namun hanya harga sotong yang dikatakan mendapat perhatian kerana terlalu mahal dengan harga RM 100 . Dia yang juga mengambil makanan seperti nasi , kubis dan telur masin dan jumlah keseluruhan adalah Rm 108.30.
Terdapat juga butiran lokasi iaitu di Restoran Hameediyah , Lebuh Campbell , Pulau Pinang , yang mana restoran ini juga pernah viral sebelum ini kerana harga makanan lautnya yang sememangnya mahal dan terkadang tidak masuk akal namun tetap menjadi tarikan kerana pelancong dan juga pelanggan mungkin kerana servis yang ditawarkan .
Kebanyakkan penggemar makanan yang berada di sekitar Pulau Pinang dan juga pelancong di kawasan berkenaan sudah tahu tentang harga makanan laut di kawasana berkenaan dan lebih berhati-hati dalam memlilih makanan mengikut bajet dan kemampuan.
Jika berkemampuan tidak salah untuk memilih makanan kesukaan dan juga kegemaran namun tidak perlulah membuat perkongsian yang bole menjatuhkan orang lain serta memalukan diri sendiri .
Pendaftaran Vaksin COVID19 Untuk Kanak-kanak 5 ke 11 Tahun
PICKIDS adalah Program Imunisasi COVID-19 untuk kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun.
Kerajaan telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 ini untuk melindungi populasi kanak-kanak, susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan golongan tersebut mutakhir ini.
Kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas. Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.
Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.
Baca juga:
SOP Kenduri Dan Majlis Keramaian TerkiniStatus Kuning MySejahtera Bagi Kontak Kasual Kini Tiada LagiTerkini! Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat di Kuala Lumpur Dan SelangorPendaftaran Dibuka:Perndaftaran dibuka bermula 31 Januari 2022 secara berperingkat bermula di Lembah Klang.
Cara Pendaftaran:Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar:
Langkah 1: Buka aplikasi MySejahtera.
Langkah 2: Klik pada menu ‘COVID19 Vaccination‘.
Langkah 3: Pilih tab ‘Add Vaccine Dependent‘.
Langkah 4: Isikan nama dan maklumat anak sebagai dependent anda.
Langkah 5: Sahkan pendaftaran dan jawab soalan untuk mengesahkan pendaftaran.
Nota: Setiap anak hanya boleh didaftarkan pada 1 akaun MySejahtera sahaja.
Vaksin COVID19 Yang Diluluskan:Berikut merupakan antara covid 19 yang diluluskan untuk kanak-kanak 5-11 tahun:
1. COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection:Diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.Kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.2. COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection:Diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.3. CORONAVAC (SINOVAC):
Hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.Hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir.Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.
Azwan Ali Digugurkan Serta Merta Daripada Mengacara Rancangan MIC ON! Tiada Kompromi
Pengacara yang penuh dengan kontroversi dan juga popular iaitu Azwan Ali dikhabarkan telah digugurkan serta merta sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) yang mana ianya berkuatkuasa hari ini.
Sempat mengendalikan Program tersebut pada minggu lalu namun hari ini Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas telah mengesahkan keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira segala aspek yang perlu dipertaruhkan bagi melancarkan program tersebut.
“Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas sebagai pengacara MO berkuatkuasa serta-merta.
“Pentas MO akan dikendalikan secara solo olah Issey Fazlisham,” jelas Adam.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada daripada kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terbabit dengan semua program terbitan kami.
“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Tetapi tidak kenyataan rasmi yang menyatakan punca sebenar pengguguran itu dibuat serta merta tanpa kompromi daripada pihak pengurusan.
Namun dikhabarkan , tindakan itu disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan sikap pengacara itu yang didakwa telah menjejaskan kelancaran program realiti berkenaan.
Namun Program realiti Mic On 2 pada minggu seterusnya masih dikendalikan oleh pengacara sedia ada iaitu Issey Fazlisham dan kemungkinan tiada penggantian Azwan Ali.
Program MIC ON bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga selebriti tanah air, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan Mic On musim kedua ini bagi merebut gelaran juara.
Mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta yang terlibat.
Terdahulu ,Azwan bergandingan dengan Issey sebagai pengacara rancangan MO2 yang mula bersiaran sejak 28 Januari 2022 dan mendapat kepercayaan para penonotn dengan keserasian kedua pengacara hebat tu.
Azwan Ali sememangnya seorang pengacara senior yang tersohor malah pernah memenangi beberapa anugerah dan juga mengacara pelbagai majlis anugerah hebat di Malaysia .
Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan 2022
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) merupakan skim kebajikan oleh Koperasi Tentera.
Ia adalah bantuan kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi untuk membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk merawat anggota terbabit.
Baca juga:
Semakan BKM Fasa 1 – Tarikh Rasmi Pembayaran & Status PermohonanUjian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat KuarantinTerkini! Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat di Kuala Lumpur Dan SelangorPermohonan Dibuka:Permohonan dibuka sehingga 1 April 2022.
Syarat Kelayakan:Berikut merupakan syarat kelayakan:
Permohon mestilah Anggota Koperasi Tentera sahaja.Permohon mestilah anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.Permohon mestilah tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.Permohon mestilah suami atau isteri (anggota Koperasi Tentera).Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.Permohon adalah terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak memohon dalam satu keluarga.Cara Permohonan:Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:
Langkah 1: Muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
Langkah 3: Sediakan dokumen sokongan.
Langkah 4: Hantar borang permohonan ke alamat:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)
Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan bersama borang permohonan:
1.Pemohon:
1 Salinan MyTentera.1 Salinan MyKad.1 Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank.2. Pesakit:
1 Salinan Mykad.1 Surat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik.1 Salinan Kad Kebajikan OKU.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.
March 7, 2022
Semakan BKM Fasa 1 – Tarikh Rasmi Pembayaran & Status Permohonan
Bagi meringankan kos sara hidup dan juga beban rakyat berpendapatan rendah, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Mereka yang layak menerima BKM ialah :
Isi RumahWarga emas bujang / tiada pasanganBujangSyarat KelayakanSyarat khusus bagi golongan ini boleh dilihat seperti berikut:
Permohonan BKM dan Kemaskini Permohonan BKM dan kemas kini telah ditutup pada 31 Januari 2022. Namun begitu, data penerima bantuan terdahulu seperti BPR, BPN dan GKP digunakan dalam BKM.
Anda boleh menyemak status permohonan anda di pautan:
https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Semakan BKM Melalui MYBKMSemakan status juga boleh dibuat melalui MYBKM. Tekan di sini.
– Tekan Log Masuk BKM
– Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
– Tekan Ya jika kata kuci keselamatan ada betul
– Masukkan password/kata laluan anda
– Tekan Menu Semakan Status
– Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada Terima/ Tiada Dalam Rekod/ Lulus atau tidak akan dipaparkan.
– Di bahagian Maklumat Pembayaran ialah Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima.
Bayaran akan dibuat mengikut jadual berikut:
Terdapat bayaran tambahan perlu dibuat dan layak untuk kumpulan berikut:
– Tambahan RM500 kepada isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak, atau
– Tambahan RM300 bagi penerima isi rumah berstatus warga emas.
Tarikh Pembayaran BKM 2022Pembayaran BKM dibuat 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka dibuat pada Mac 2022.
Ini bermakna pembayaran BKM Fasa 1 akan dijadualkan pada Mac 2022.
Kaedah Pembayaran BKM 2022Kaedah pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022 adalah seperti berikut:
Bila tarikh masuk bayaran BKM Fasa 1 ni?Akan masuk bulan Mac 2022 ini. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Berapa bantuan yang saya akan dapat untuk fasa ini?Jumlah bantuan untuk fasa ini masih tidak diketahui, kami akan update secara pantas apabila dapat maklumat yang sahih daripada LHDN.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Bila tarikh masuk bayaran BKM Fasa 1 ni?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Akan masuk bulan Mac 2022 ini. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat." } } , { "@type": "Question", "name": "Berapa bantuan yang saya akan dapat untuk fasa ini?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Jumlah bantuan untuk fasa ini masih tidak diketahui, kami akan update secara pantas apabila dapat maklumat yang sahih daripada LHDN." } } ] }The post Semakan BKM Fasa 1 – Tarikh Rasmi Pembayaran & Status Permohonan appeared first on Portal Malaysia.
Terkini! Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat di Kuala Lumpur Dan Selangor
7 Mac 2022 harini, hujan lebat dilaporkan melanda dan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur .
Terdapat beberapa video yang tular dikongsikan di media sosial.
Baca juga:
20 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Di Tepi Pantai , Disyaki Diracun Oleh Individu Tidak BertanggungjawabUjian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat KuarantinJalan utama mula dinaiki air selepas hujan lebat turun tanpa henti sekitar jam 3 petang tadi.
Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan jalan utama dinaiki air dan menyebabkan banjir kilat.
Kawasan Dinaiki Air:Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terlibat:
Kuchai Lama.Sungai Besi.Pudu.Jalan Cheras.Jalan Sultan Ismail.Jalan Loke Yew.Jalan Sultan Azlan Shah.Jalan Parlimen.Jalan Raja Chulan.Jalan Tun Perak.Jalan Ampang.Gombak.Bandar Baru Sungai Buloh.Kampung Gombak Batu Arang.Kampung Melayu Kundang.Kampung Melayu Sungai Serai.Batu Arang.Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.
“Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.
“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.
The post Terkini! Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat di Kuala Lumpur Dan Selangor appeared first on Portal Malaysia.
Jadual Penggiliran Murid Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023
Kenyataan Menteri Pendidikan pada 5 Mac 2022, Pengoperasian sekolah sesi persekolahan 2022/2023 akan dibuka mulai 21 Mac 2022.
Buat masa ini, jadual penggiliran masuk ke sekolah akan dibuat bagi mengelak murid dan pelajar bersesak-sesak di sekolah
Pecahan penggiliran akan dipecahkan mengikut gred dan akan dikongsikan dibawah.
Baca juga:
[DOWNLOAD] Jadual SPM 2021 | Tarikh & Masa (Telah Dikemaskini)Cara Claim Bantuan Kewangan RM400 Secara AutomatikSesi Persekolahan 2022:Berikut merupakan sesi hadir ke sekolah bagi sekolah yang tertera:
Sekolah Rendah:
Penggiliran hanya melibatkan murid Tahun 3, 4 dan 5.Selain itu, murid akan hadir tanpa penggiliran.Sekolah Menengah:
Semua murid sekolah menengah akan PdPR bermula 21 Mac hingga 3 April 2022.Semua murid akan hadir ke sekolah sepenuhnya pada 4 April 2022.Sekolah Berasrama Penuh:
Murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022.Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.Kolej Vokasional:
Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran.Kolej Matrikulasi / IPG:
Semua murid akan hadir tanpa penggiliran.Kalendar Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023:Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2022/2023, sesi persekolahan akan bermula mulai 21 Mac 2022.
Kenyataan Rasmi KPM:Garis-Panduan-Pengurusan-dan-Pengoperasian-Sekolah-3.0Maklumat Lanjut:
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk laman sesawang KPM atau hubungi talian 03-8884 6456.
The post Jadual Penggiliran Murid Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 appeared first on Portal Malaysia.
March 6, 2022
20 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Di Tepi Pantai , Disyaki Diracun Oleh Individu Tidak Bertanggungjawab
Berita tergempar melalui perkongsian gambar di media sosial yang mana terdapat sekumpulan kucing jalanan ditemui mati bergelimpangan di kawasan peranginan ppopular iaitu Pantai Bukit Keluang , Terengganu.
Terdapat sebanyak 20 ekor kucing jalanan dilaporkan telah ditemukan mati disyaki diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Yang mana tular video penemuan bangkai kucing telah dikongsi oleh seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, dan menjadi tular di laman Facebook malah mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan perkara tersebut.
Kelab pecinta dan juga penggemar kucing juga meluahkankan rasa kecewa dengan sikap individu tersebut yang sanggup membunuh tanpa belas kasihan walaupun ianya hanya kucing jalanan namun binatang itu adalah benda bernyawa yang perlu dikasihi dan dibantu bukanla boleh dibunuh sesuka hati tanpa perikemanusiaan.
Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut sehingga memaki hamun individu dan kumpulan yang melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga menaikkan kemarahan orang ramai .
Menurut penjelasan ringkas saksi yang berada di tempat kejadian semasa bangkai kucing berkenaan ditemui , dia merasa terkejut dan kecewa dengan penemuan tersebut.
“Saya dan seorang rakan iaitu Roshanapi Osman, 39, ada di situ pada 9.30 pagi. Semua kucing ini memang kenal dan manja dengan saya sebab saya suka memberi makan apabila ada masa terluang.
“Memang rasa sedih, terkilan dan geram dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup buat begitu… apa salah kucing-kucing jalanan itu. Saya muat naik video itu di Facebook dan ada yang beri cadangan untuk saya maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.
Pihak terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 3.30 petang dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam insiden itu akan menerima hukuman setimpal dan bertanggungjawab atas sikap buruknya itu supaya menjadi pedoman buat orang lain.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut dimana dua daripadanya mati berdekatan pesisiran pantai manakala 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok,” katanya dalam kenyataan disini, pada Isnin.
Menurut Abdul Rozak, pengadu percaya kematian kucing-kucing itu berpunca daripada perbuatan khianat oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab
“Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.
“Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.
Kucing yang telah mati itu telah ditanam di kawasan tersebut,” jelasnya.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Anun Man pula berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi mencari pihak yang bertanggungjawab.
Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana kucing tersebut bukanlah berada di kawasan perumahan dan hanyalah kucing jalanan yang mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup dan sentiasa menjadi peneman di kawasan peranginan tersebut.
The post 20 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Di Tepi Pantai , Disyaki Diracun Oleh Individu Tidak Bertanggungjawab appeared first on Portal Malaysia.
Ujian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat Kuarantin
Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu buat ujian RTK-Ag dan RT-PCR ulangan jika sudah melepasi 5 ke 7 hari kuarantin untuk memastikan anda benar-benar sihat dan bebas daripada Covid-19 sebelum kembali ke tempat kerja?
Tahukah ada, jika anda positif anda TIDAK PERLU mengulangi ujian kendiri RTK atau PCR setelah selesai menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan melalui MySejahtera.
Baca juga:
Cara Hilangkan Kontak Kasual di Aplikasi MySejahteraStatus Kuning MySejahtera Bagi Kontak Kasual Kini Tiada Lagi
Ini kerana disebabkan, ujianRT-PCR adalah sensitif dan masih boleh mengesan kehadiran bahan genetik pada sampel saluran pernafasan selama 2 hingga 3 bulan setelah dijangkiti.
Virus Covid sudah tidak dapat membiak dan individu yang pernah dijangkiti sudah TIDAK MUNGKIN boleh menyebarkan jangkitan.
Keputusan RTK-Ag dan RT-PCR Positif:Berikut merupakan keputusan test covid:
Ujian RTK-Ag – Mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas terdedah kepada pesakit COVID-19.
Ujian RT-PCR – Mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.
Nota: ketepatan kedua-dua ujian adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.
Ujian Covid:Berikut merupakan info berkenaan ujian covid:
Ujian RTK-Ag – Disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.
Ujian RT-PCR – Masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19 oleh KKM.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.
The post Ujian RTK Dan PCR Tidak Perlu Diulang Selepas Tamat Kuarantin appeared first on Portal Malaysia.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
