Izza Aripin's Blog, page 6

September 27, 2011

Hikayat The X-Files...dulu kami pernah sebumbung

Alkisahnya...saya bukan jenis yang sentimental sepet tak tentu fasal. Cuma bila kenangkan semula, begini rupa-rupanya takdir yang ditulis buat kami yang pernah duduk satu bumbung dalam dunia penulisan tidak lama dahulu. Selepas beberapa ketika, selepas beberapa buah novel diterbitkan, masing-masing berubah arah, mengorak langkah demi memburu cita-cita masing-masing yang hanya disempadani oleh langit. Saya telah berhijrah ke penerbit yang lain. Begitu juga dengan Izzul Izzati dan Anita Aruszi atau nama penanya bersama Buku Prima, Mazni Aznita.Entah bagaimana, suratan atau kebetulan, novel baharu kami muncul hampir serentak waktunya. Cuma novel saya Srikandi vs Arjuna terbit awal sedikit daripada Anita Aruszi@Mazni Aznita, Sayangku Casper dan Izzul Izzati Kelat-kelat Sayang yang kedua-duanya terbit pada September dan Oktober ini.

Walau di mana pun tapak kami berjejak, langit mana yang kami junjung, kami masih memperjuangkan seni yang sama. Moga kami akan terus berkongsi minat dan aspirasi ini demi memperjuangkan seni penulisan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2011 02:18

September 15, 2011

Baik-baik memilih kekasih...pesanan Arjuna kepada Srikandi

Baik-baik menanam selasih,Jangan sampai jatuh ke tanah;Baik-baik memilih kekasih;Jangan sampai badan merana.
Siti Wan kembang perintah kelantan,Nama termasyhur zaman dahulu;Baik-baik memilih intan,Takut terkena kaca dan batu.
Pilih-pilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Pilih-pilih tempat menjadi,Pertama elok kedua pandai.
Tema yang saya bawakan dalam Srikandi vs Arjuna agak berat. Ini cubaan pertama saya meneroka satu permasalahan 'alah bisa tegal biasa' yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Berdasarkan laporan kajian oleh Woman Aid's Organization (WAO) atau Pertubuhan Pertolongan Wanita  bertajuk "Battered Women in Malaysia: Prevalence, Problems and Public Attitudes 1995", hasil dua kajian yang telah dijalankan antara tahun 1990 dengan 1992 menganggarkan pada tahun 1989, sebanyak 1.8 juta atau 39 peratus wanita berumur 15 tahun ke atas telah didera  oleh suami dan pasangan mereka. Hanya 909 wanita sahaja yang melaporkan kejadian tersebut. Ini kes yang dilaporkan. Bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan?

Dengan sikap masyarakat kita yang suka 'sembunyi pekung di dada' dan 'menyapu sampah ke bawah tikar', kes keganasan rumah tangga sering disembunyikan daripada pandangan mata umum. Bagi wanita yang terdera, jarang keadilan akan berpihak kepada mereka.

Pertamanya kerana keengganan mereka membuat laporan atau mendapatkan bantuan. Mereka percaya bahawa segala-galanya akan kembali baik. Tetapi apabila penderaan berulang, keadaan akan bertambah buruk sehingga memaksa mereka memencilkan diri, menahan emosi sehingga menyeksa diri sendiri.

Keduanya, tidak ramai yang tahu mengenai saluran undang-undang yang diperuntukan untuk membela nasib wanita yang terdera.

Ketiga, kurangnya sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa. Kebanyakan orang akan menuding jari kepada mangsa kerana dikatakan penyebab penderaan itu berlaku ke atas mereka.

Sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah dirujuk ke laman Woman Aid's Organization (WAO). Semasa entri ini ditulis, lama WAO sedang dinaik taraf.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2011 21:43

September 14, 2011

Alhamdulillah...SVSA sudah cetakan kedua


Senarai buku Alaf 21 yang sudah siap diulang cetak
1. ADAM & HAWA
2. KOMPILASI MASAKAN AYAM
3. BERITA DARI HATI
4. BUKAN KERANA SAYANG
5. CINTA PANDANG KE-2
6. DI SEBALIK WAJAH
7. VARIASI GUBAHAN PENGANTIN
8. KASIH BENAR KASIH
9. KETUK-KETUK RAMADAN
10. KETUK-KETUK SHEILA RUSLY
11. KOMPILASI HIDANGAN KERABU
12. KOMPILASI HIDANGAN KEK
13. KOMPILASI LAUK KENDURI
14. KEMAHUAN HATI
15. KOMPILASI MASAKAN BEREMPAH
16. KOMPILASI RESIPI 1 MALAYSIA
17. KOMPILASI SENI KRAF
18. KOMPILASI HIDANGAN RAMADAN
19. KOMPILASI HIDANGAN TELUR
20. MASIH SETIA
21. OMBAK RINDU
22. SETIA HUJUNG NYAWA
23. SAYANGKU MERAJUK
24. SRIKANDI VS ARJUNA
25. UDA & DARA
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2011 18:31

August 13, 2011

Teaser 2 Srikandi vs Arjuna

"Tak ada kerja lain? Terkejut aku tau tak!" marah Ridd geram; cuba melindungi fikirannya daripada dibaca oleh Zaihan.

"Tak baik untuk fighter kalau mudah sangat terkejut." Zaihan mengingatkan. Tiba-tiba wajah Zaihan bertukar serius. Dia mengalihkan perhatian seketika daripada memandang jalan di hadapan ke wajah Ridd.

Ridd hairan.

"Zarida, aku fikir lebih baik engkau berhenti sahaja daripada jadi fighter. Kalau berhenti daripada taekwondo pun bagus juga."

Hendak terkeluar biji mata Ridd merenung Zaihan. Dia pantas menoleh dan merenung tirus ke arah Zaihan.

"Kita cakap fasal apa tadi? Tiba-tiba aje masuk bab ni." Ridd mengeraskan suaranya. "Engkau siapa nak nasihatkan aku? Aku punya sukalah nak buat apa. Dan aku tak suka orang menghalang aku daripada melakukan aktiviti kegemaran aku." Entah kenapa tiba-tiba sahaja Ridd naik angin.

"Aku tak suka tengok engkau lasak macam tu. Tak manis. Engkau tu..."

"Aku tak nak dengar!" Ridd terus menutup telinganya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

****

"Aku tak mahu engkau cedera."

Ridd menggeleng kepala. Bosan betul kalau orang cakap begitu dengannya. Terlalu bimbang macam mamanya.

"Kalau aku masuk kelas menjahit pun, aku boleh cedera tau tak? Boleh kena jarum ataupun terjahit jari pada mesin dan macam-macam lagi. Silap hari bulan tergunting jari pula," jelas Ridd bersungguh-sungguh. Tetapi kesungguhannya itu disambut oleh gelak ketawa Zaihan. Ridd merenung marah ke arah pemuda itu.

"Kenapa gelak ni?" Berkerut dahinya memandang pemuda yang macam digeletek-geletek itu. Sukanya dia.

"Engkau?" Zaihan menuding jari ke muka Ridd. "Engkau nak masuk kelas menjahit?" Zaihan semakin galak ketawa. "Boleh ke engkau menjahit?"

Wajah Ridd sudah merah padam menahan marah kerana dikutuk begitu. Cis! Engkau hina aku ya. Nah! Amik sebijik!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2011 23:51

August 11, 2011

Teaser 1 Srikandi vs Arjuna

"Kalau dah perempuan tu, perempuan juga. Jangan berangan nak berlagak macam lelaki."

"Engkau...." Tanpa fikir dua kali, Ridd terus mengayunkan turning kick ke arah Zaihan.

Zaihan yang terkejut dengan tindakan tidak diduga itu, secara automatik terus mengelak. "Dah gila?" Marahnya.

"Engkau yang gila. Bencikan perempuan tak tentu fasal. Mak engkau bukan perempuan?" Ridd memang marah waktu itu. Dia sudah tidak peduli dengan apa yang dikatakannya.

"Kurang ajar!" Nampaknya kata-kata Ridd itu seperti menyiram minyak pada bara api. Zaihan terus membalas serangan Ridd dengan double turning kick.

Tendangannya hinggap ke daun pintu. Beberapa sentimeter sahaja daripada kepala Ridd. Maka berlaku perlawanan antara kedua-dua fighter UWB itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2011 00:01

July 14, 2011

Ralat 2 Srikandi vs Arjuna

Pembetulan sudah ditandakan dengan warna merah.


KHADIJA tersenyum jahat yang dibuat-buat. Dia mematah-matahkan jari-jemarinya di hadapan skrin komputer sebelum mula menekan papan kekunci. Layar tetingkap Yahoo! Messenger conference telah terbuka di layar skrin monitornya.

Elliot> cepatlah cerita. ko buat aku suspens jer
Sheba> aku debik kang
Deja> muehehehehehh...guess what?
Elliot> BUZZ!
Sheba> BUZZ!
Deja> muehehehehe...hari ni Ridd terserempak dengan BHK. tragis sadis. bersalah plak aku rasa
Sheba> what heppen???????????????
Deja> pada mulanya Ridd tak mahu cakap. dia kalut nak balik sampai tak tukar dobok. bila aku pujuk, baru dia nak bagitau. itu pun tak banyak. dia tak sangka yg pembantu Abang Kar tuh si BHK. petang tadi plak si BHK dtg umah aku minta nak jumpa Ridd
Sheba> oooo...cinta masih berputik lagi ya...eehehehehe
Elliot> so? apa plan ko seterusnya?
Deja> esok aku soh depa jumpa kt umah aku. cam biasa ridd tak tau apa2. nasib ler kalu kena marah. weh..Sheba...BHK ada call laki ko?
Sheba> tak de. tp tak tau plak kalu kt opis. Feez pun jarang citer kalu aku tak tanya
Deja> tak sangka aku tadi. tgk muka BHK serius giler. sedih pun ada. memang betullah dia masih ada hati kat ridd...muehhehe...berjayalah plan aku nampaknya
Sheba> hati2 dej. nanti ko plak yg kene bertanggungjawab klu plan ko tak menjadi
Deja> dun wurry. Ini dej. taulah aku cemna nak handle depa tuh. weh...korang turun ler kl. Banyak aku nk citer. penat jari menaip nih
Sheba > tunggu ler feez outstation ke kl
Elliot > dh tau nanti bgtau aku. bleh aku plan cuti
Sheba > gud luck again dej. carefull
Elliot > sok sambung lagi tau tau tau tau tau tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Deja> bahek!


Mohon maaf atas kesilapan typo ini
Nota: petikan ini diambil daripada manuskrip asal Srikandi vs Arjuna.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2011 21:24

July 11, 2011

RALAT

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan fakta yang terkandung dalam novel terbaharu saya iaitu Srikandi vs Arjuna. Kesilapan adalah pada Bab 16, halaman 127, baris ke-9.
"Puan Atasha bergegas ke biliknya untuk menunaikan rukun iman kedua itu."
Pembetulannya ialah:
"Puan Atasha bergegas ke biliknya untuk menunaikan rukun Islam kedua itu."

Kesilapan itu amat saya kesali. Pembetulan akan dilakukan pada cetakan akan datang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2011 22:14

June 22, 2011